pusat kokurikulum dan pembangunan pelajar€¦ · antara impak terbesar dr. param ialah buku beliau...

24

Upload: vuongbao

Post on 29-Apr-2018

263 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana
Page 2: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

SIDANG REDAKSI ISI KANDUNGAN

KATA ALUAN PENGARAH

CARTA ORGANISASI PUSAT KOKURIKULUM DAN

PEMBANGUNAN PELAJAR

Lawatan KEDUTAAN MAURITIUS KE UNIVERSITI

PUTRA MALAYSIA

PROFESOR MADYA DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY

Harumkan Nama UPM di Mauritius

PROGRAM VARSITY INTENSIVE BUSINESS EXPOSURE

(VIBE) 2017

PELAJAR UPM ANJUR PROGRAM MOBILITI KE BALI,

INDONESIA

HIGHER INSTITUTION NATIONAL EXPLORATION &

CAMPING (HINEX CAMP)

SEMINAR KEMAHIRAN INSANIAH KEBANGSAAN

(SKIK) 2016

PENDUDUK SAMBUT BAIK ‘FREE MARKET’

PUTRA TAEKWONDO OPEN DAY 2016 “Happy

Healthy Kids”

Program Menyemai Kasih DI SERDANG ERATKAN

HUBUNGAN

1

2

3

5

6

9

10

12

14

16

18

PENASIHAT

PROF. MADYA

DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY

KETUA EDITOR

SAHEH SAID

EDITOR

PROF. MADYA DR. SITI

SALWA ABD. GANI

EDITOR

MOHD SYAWAL SAUTI

EDITOR

SITI AFIQAH MASTOR

EDITOR

NOOR HABIBAH

MOHAMED DAUD

FOTOGRAFI

HAIRUL NIZAM MOHD SAROJI

Page 3: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1

KATA ALUAN

PENGARAH

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas

penerbitan Majalah PKKMAG bil 1/2017. Sejak penubuhan PKPP yang

dahulunya dikenali sebagai Pusat Kokurikulum pada 9 Ogos 2006, PKPP

berperanan untuk membantu universiti dalam melahirkan graduan yang

berkualiti, berdaya saing dan berupaya terus maju melalui pembelajaran

berterusan dengan memiliki elemen kemahiran insaniah yang tinggi untuk

menjadi graduan universiti yang hebat dan mantap.

PKPP melangkah setapak demi setapak ke arah kecemerlangan

dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pihak

pengurusan atasan dan juga warga kerja PKPP yang telah banyak

mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan PKPP sentiasa

cemerlang. Sikap kerjasama dan komitmen itu yang ditunjukkan oleh

warga PKPP ini telah menjadikan setiap amanah yang diberikan

dapat dijalankan dengan sempurna.

Bermula dengan penawaran Kursus Kokurikulum Berkredit,

PKPP meluaskan bidang fungsinya dengan menawarkan dua

lagi kursus untuk pelajar UPM iaitu Kursus Permulaan Graduan

(Starting School) dan Kursus Ketrampilan Graduan (Finishing

School). Melalui ketiga-tiga kursus ini, elemen kemahiran

insaniah sememangnya menjadi tulang belakang asas kepada

pelaksanaannya.

Setelah kejayaan demi kejayaan dikecapi, PKPP telah

membuat penjenamaan semula kursus ini dengan mewujudkan

Kursus Putra Success, Putra Journey dan Putra Excellent.

Selain itu, PKPP juga sedang berusaha untuk menganjurkan

beberapa kursus pendek yang berkaitan kemahiran dengan menawarkan pensijilan dari badan-badan yang diiktiraf

sebagai nilai tambah kepada pelajar UPM. Kini, PKPP sedang merancang untuk mengadakan beberapa kursus

pendek seperti Selam Skuba, Batik Canting, Kursus Manikayu, Sukarelawan Sukan dan beberapa kursus lain yang

dilihat berpotensi untuk dipasarkan.

Akhir kata, semoga segala kejayaan yang dikecapi sepanjang penubuhan PKPP dapat diteruskan dan

dipertingkatkan dari masa ke semasa dan setiap yang dirancang dapat disempurnakan dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

“BERILMU BERBAKTI”

PROF. MADYA DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY

Pengarah

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar

Page 4: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

2

PENGARAH

PROF. MADYA DR. PARAMASIVAM MUTHUSAMY

TIMBALAN PENGARAH

PROF. MADYA DR. SITI SALWA ABD. GANI

PENOLONG PENDAFTAR KANAN

SAHEH SAID

SEKSYEN

KOKURIKULUM BERKREDIT

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

MOHD SYAWAL SAUTI

PEMBANTU TADBIR (P/O) KANAN

HAIRUL NIZAM MOHD SAROJI

PEMBANTU TADBIR (P/O)

MOHAMAD AMIRUDDIN ZAWAWI

SEKSYEN

PENTADBIRAN & KEWANGAN

PEMBANTU TADBIR (P/O)

FARAH DAYANA JAMALUDDIN

PEMBANTU OPERASI

NORAZRIHAN MISNGAN

PEMANDU

MOHD ZALI HAMID

SEKSYEN

PEMBANGUNAN PELAJAR

PEMBANTU TADBIR (P/O)

NOOR HABIBAH MOHAMMED DAUD

PEMBANTU TADBIR (P/O)

SITI AFIQAH MASTOR

SETIAUSAHA PEJABAT

HAFIDZAH NOR ISMAIL

Page 5: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

3

SERDANG, 10 Mac – H. E. Issop Patel dari

Kedutaan Mauritius telah mengadakan lawatan

ke Universiti Putra Malaysia bagi mengadakan

perbincangan program dua hala UPM – Mauritius. Dalam

lawatan tersebut beliau telah berkunjung ke Pejabat

Naib Canselor, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan

Pelajar dan Muzium Warisan, Fakulti Bahasa Moden &

Komunikasi UPM.

Hasil daripada perbincangan tersebut, banyak perkara

telah dibincangkan. Antaranya adalah Pusat Kokurikulum

dan Pembangunan Pelajar mencadangkan untuk

mengadakan Program Mobiliti yang melibatkan pelajar

Kursus Bakti Siswa. Program tersebut akan dapat

membantu pelajar menimba pengalaman dalam aspek

kepimpinan, perkongsian ilmu serta mengenali budaya

masyarakat luar.

Page 6: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

4

Page 7: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

5

PORT LOUIS (Mauritius), 18 Mac - Profesor Madya Dr. Paramasivam Muthusamy, Pengarah PKPP telah menerima Anugerah Khas Sijil Pengiktirafan

Mauritius daripada Perdana Menteri Mauritius, Pravind Kumar Jugnauth dalam satu Majlis Sambutan Ulangtahun ke-80 Mauritius Tamil League.

Majlis turut dihadiri seramai 800 orang termasuk Timbalan Presiden Mauritius, menteri-menteri, dif-dif kehormat, ahli pertubuhan badan-badan NGO Mauritius, para pensyarah, penderma dan orang ramai.

Pengiktirafan diberi kepada Dr. Param kerana sumbangannya di Mauritius selama 21 tahun di mana beliau telah berusaha mengembangkan ilmu kesarjanaan (Language and Culture) di Mauritius melalui pelbagai aktiviti seperti Penyelidikan dan Penerbitan, Seminar & Persidangan, Students Cultural Exchange Program, Foster Family Program, Malaysian Food Festival dan Entrepreneur tour.

Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau yang merupakan penerbitan UPM telah menjadi buku rujukan di universiti-universiti dan sekolah-sekolah di Mauritius . Dr. Param berkata beliau telah mengunjungi Mauritius sebanyak 50 kali, kali pertama semasa beliau menjadi pelajar program Ijazah Bacelor UPM iaitu pada 1996. “Perhubungan Malaysia-Mauritius diteruskan lagi semasa saya mula bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. “Perhubungan dua hala Malaysia-Mauritius masih berterusan bersama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar melalui pelbagai aktiviti pelajar,” katanya.

Kini, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar sedang dalam usaha untuk mengadakan hubungan dua hala Malaysia-Mauritius dalam program Bakti Siswa dan pertukaran budaya antara dua negara.

Profesor Madya Dr. Paramasivam Muthusamy membuat kunjungan hormat bertemu Presiden Mauritius, Prof. Dr. Ameenah Gurib-Fakim.

Page 8: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

6

SERDANG, 11 MAC 2017- Pusat Kokurikulum dan

Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra

Malaysia dengan kerjasama Fizo Omar Channel

(FOC) telah menganjurkan Program Varsity Intensive

Business Exposure (VIBE) “Softskills Enhancement”

2017 yang menampilkan penceramah hebat iaitu:

• Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad (Pakar Motivasi)

• WanHaizolWanOmar@FizoOmar(Keusahawanan)• Abang Abu Mekanik Wang (Pengurusan Kewangan

Pelajar)

• Abu Talib Husin (Pengacara TV9)

Page 9: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

7

VIBE 2017 ini telah dihadiri oleh 3,000 pelajar

Kokurikulum Berkredit. Program ini bagi memberi

pengetahuan yang lebih luas mengenai keusahawanan.

Program ini juga merupakan salah satu usaha PKPP

UPM untuk membantu perkongsian ilmu kepada pelajar

terutama dalam strategi keusahawanan masa kini.

Apabila melihat kepada unjuran fakta kira-kira

200,000 mahasiswa yang dilahirkan seluruh negara

setiap tahun, dengan kadar pengangguran yang agak

membimbangkan serta bebanan hutang pelajaran yang

tidak dapat dilangsaikan pada waktunya dan tambah

malang, secara purata rakyat Malaysia seawal usia 25

tahun, terjerumus dalam kancah kebankrapan yang

majoritinya mengakui punca utama adalah kerana kurang

ilmu pengurusan kewangan dan bebanan hutang keliling

pinggang. Pihak PKPP memandang serius perkara ini

dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran insaniah

dalam kalangan pelajar demi menghadapi masa depan

selepas bergraduat kelak.

VIBE 2017 merupakan landasan terbaik

sebagai nilai tambah kepada pelajar disamping

memantapkan ilmu sebagai persiapan mahasiswa untuk

menghadapi dunia selepas bergraduat termasuk dalam

bidang keusahawanan selain dapat mengukuhkan

kebolehpasaran mahasiswa didalam dunia kerjaya.

Program yang telah dirasmikan oleh Yang

Berbahagia Prof. Dr. -Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo,

Page 10: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

8

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan

Masyarakat) ini juga dilihat salah satu usaha PKPP UPM

dalam melahirkan graduan holistik yang mempunyai jati diri

yang tinggi dan penguasaan serta penghayatan terhadap

elemen kemahiran insaniah, graduan yang berkualiti,

berketrampilan dan berdaya saing serta seimbang dalam

bidang akademik dan pembangunan sahsiah diri bagi

membentuk pemimpin masa hadapan negara kerana

program seumpama ini dapat meningkatkan penghayatan

kemahiran insaniah sejajar dengan matlamat negara untuk

menghasilkan insan yang cemerlang demi pembangunan

negara serta meningkatkan imej universiti sebagai

pemangkin pembangunan insan.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Menyokong hasrat universiti dalam

menghasilkan pelajar yang berketrampilan,

berdaya saing dan mampu untuk terus

maju

2. Menjalankan usaha membantu universiti

untuk melahirkan graduan holistik yang

seimbang dalam pencapaian akademik

dan kokurikulum sebagai nilai tambah

kemahiran pelajar sekaligus menanam

nilai keusahawanan

3. Mendedahkan peri pentingnya pengurusan

kewangan yang berkesan semasa dan

selepas pengajian di UPM & komunikasi

berkesan

4. Menambah kemahiran komunikasi

berkesan kepada pelajar Kokurikulum

Berkredit

Page 11: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

9

SERDANG 8 Dis. - Persatuan Teater dan Drama Pentas Kumpulan 1 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP),

Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menyahut cabaran untuk mengadakan mobiliti ke luar negara selama empat hari di Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Pengarah program Layar Pariwisata, Aditya Hutama berkata program yang mendapat kerjasama Universiti Udayana, Denpasar, Indonesia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai budaya serta keunikan Indonesia selain memperkenalkan budaya Malaysia di Indonesia.

“Program ini adalah platform untuk memperkenalkan UPM sebagai landasan kepada pembangunan dan kepimpinan anak muda pada era globalisasi ini dan saya berharap rakan-rakan menerapkan ilmu baharu,” katanya.

Tambah beliau, objektif program adalah untuk memperkenalkan budaya dan tradisi Malaysia kepada Indonesia khususnya di Bali serta mengetengahkan pengetahuan dan silang budaya negara lain kepada pelajar-pelajar UPM.

“Saya bersyukur diberi peluang untuk mengikuti program ini. Pada saya, pengalaman ke negara orang sangat berharga selain dapat meningkatkan kemahiran insaniah daripada segi komunikasi serta kepimpinan dalam diri,” kata Nurunnajwa Nor Aripin daripada Bacelor Ekonomi ketika ditemubual.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dalam program ini. Program ini telah dirancang selama setahun dan alhamdulillah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak terutamanya pengarah program,” kata En Qadry sebagai fasilatator kumpulan ini.

Antara aktiviti utama program termasuklah persembahan Tarian Saraswati daripada pihak Universiti Udayana dan persembahan sajak daripada UPM selain perkongsian ilmu dan pertukaran pendapat mengenai budaya oleh kedua-dua universiti.

Turut mengikuti program ini adalah pemantau program, Puan Farah Dayana Jamaluddin dan dua orang fasilator kumpulan, En Qadry Basri dan En Khalrul Amin Mirsa Husain. - UPM

PELAJAR UPM ANJUR PROGRAM MOBILITI KE BALI, INDONESIA

Page 12: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1 0

BINTULU, 10 Okt - Universiti Putra Malaysia bercadang menubuhkan Akademi

sebagai sokongan kuat kepada aktiviti kesukarelawanan yang boleh dimanfaatkan oleh institusi pengajian tinggi yang mempunyai Kumpulan Latihan Kelana Siswa (KLKM).

“UPM menyambut cabaran yang dicadangkan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Kumpulan Latihan Kelana Siswa (KLKM), Prof Madya Dr Abdul Rashid Mohamad supaya UPM menerajui usaha aktiviti-aktiviti pengakap dengan KLKM universiti lain.

“Usaha KLKM dan elemen-elemen pergerakan pengakap sememangnya sangat signiikandengan keperluan pelajar pada masa kini kerana selaras dengan konsep IHSAN sebagai tonggak kecemerlangan UPM iaitu pekerjaan dilaksanakan dengan eisien untuk mencapai kualitikecemerlangan dalam berbakti kepada masyarakat dan Negara,” katanya selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah UPM.

Beliau mengulas cadangan Dr Rashid semasa merasmikan program Higher Institution National Exploration & Camping (HINEX CAMP) kali ke-14, di Dewan Sri Kenyalang, UPM Kampus Bintulu (UPMKB), di sini, kelmarin di mana UPM dipilih sebagai tuan rumah dengan penyertaan seramai 205 peserta dan pegawai pengiring menyertai program HINEX bermula 9 hingga 15 Oktober depan.

Beliau berkata, pengurusan UPM juga menyalurkan sejumlah peruntukan RM150,000 bagi tujuan menaik taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana di UPMKB sebagai sokongan padu UPM yang menjadi tuan rumah dalam menjayakan program berkenaan.

Page 13: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1 1

Naib Canselor sudah melakukan lawatan tapak ke kawasan perkhemahan ini, dan yakin dengan kenaikan taraf ini dapat merealisasikan harapan untuk menjadikan program ini sebagai program yang akan dikenang dan memberikan impak yang tinggi kepada peserta.

“Kita berharap dengan program ini akan dapat melahirkan pelajar yang cergas serta mempunyai ketahanan dari segi mental dan izikal melalui aktivitiizikaldanaktivitipengakap,”katanya.

Selain Dr Abdul Rashid, turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM merangkap Pesuruhjaya Kehormat Pengakap Daerah UPM, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin dan Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPMKB Prof. Madya Dr. Zamri Rosli.

Program itu adalah anjuran KLKM daerah UPM membabitkan pelajar UPM, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Politeknik Mukah.

Program itu turut dijayakan dengan kerjasama UPM Kampus Bintulu, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Persatuan Pengakap Negeri KLKM dan Persatuan Pengakap Malaysia.

Antara aktiviti peserta kem itu ialah Similajau Jungle Tracking, Night Walk Kem Hutan Nirwana, Malam Mesra Alumni selain menyertai ekspedisi ke Gua Niah, lawatan ke rumah panjang dan program seperti khidmat komuniti di Kuala Tatau dan Sebauh.

Sehari sebelum perasmian, Prof Datin Paduka Dr Aini membuat tinjauan HINEX CAMP di Kem Hutan Nirwana untuk meninjau persiapan program peserta HINEX CAMP dan menanam pokok Kapur (Dipterocarpaceace) di kawasan perkhemahan itu sebagai simbolik perasmian HINEX.

Sempena HINEX 2016, UPM Kampus Bintulu julung kalinya mengadakan International Youth Forum selama dua hari yang bertujuan membolehkan peserta bertukar idea dalam pelbagai isu dari pelbagai negara seperti Ghana, Bangladesh, Nigeria, Indonesia dan Brunei yang akan menyertai forum ini selama 2 hari.

Page 14: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1 2

SERDANG, 12 NOVEMBER 2016 - Pusat

Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP)

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan

Seminar Kemahiran Insaniah Kebangsaan (SKIK) 2016

selama 1 hari yang menampilkan penceramah hebat

iaitu:

• YH.Prof.Dato’Dr.MohammadShatarSabran

Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) UPM

• YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose,

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Profesor Negara

• Encik Afdlin Shauki, Pelakon/ Pengacara/

Pelawak dan Penerbit Filem

• Encik Wan Haizol Wan Omar (Fizo Omar), Pelakon/ Pengacara dan Usahawan

Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 2,500 pelajar

seluruh IPTA dan IPTS dalam negara bertujuan untuk

berkongsi idea, pengalaman dan pandangan tentang

sejauh mana pelaksanaan dan penghayatan elemen

kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar-pelajar

IPTA/IPTS di seluruh negara semasa mereka belajar dan

bekerja.

Selain itu, ia juga merupakan sebagai platform

untuk menjana idea dan pandangan yang baharu melalui

pertukaran idea dan perkongsian pelaksanaan elemen

kemahiran insaniah di setiap IPTA dan IPTS serta

perkongsian dan maklum balas agensi kerajaan dan

swasta terhadap graduan masa kini.

Program yang telah dirasmikan oleh Yang

Berhormat Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan

Menteri Pendidikan Tinggi ini juga dilihat salah satu

usaha PKPP UPM dalam melahirkan graduan holistik

yang mempunyai jati diri yang tinggi dan penguasaan

serta penghayatan terhadap elemen kemahiran insaniah,

graduan yang berkualiti, berketrampilan dan berdaya

saing serta seimbang dalam bidang akademik dan

pembangunan sahsiah diri bagi membentuk pemimpin

masa hadapan negara kerana program seumpama ini

dapat meningkatkan penghayatan kemahiran insaniah

sejajar dengan matlamat negara untuk menghasilkan

insan yang cemerlang demi pembangunan negara

serta meningkatkan imej universiti sebagai pemangkin

pembangunan insan.

Page 15: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1 3

Page 16: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1 4

KOTA TINGGI – Free market yang menjadi salah satu pengisian sempena Projek Mega Siswa@Kampung Bukit Lintang 2016 mendapat sambutan

menggalakkan penduduk kampung.

Pengarah program, Muhammad Aqil Rifqi Mohamed Azlan berkata, program inisiatif pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan KPJ Healthcare University College kampus Nilai, mengumpulkan pakaian terpakai, buku dan juga mainan untuk diberi secara percuma kepada penduduk.

Menurutnya, ia dijayakan 57 pelajar UPM menerusi Kursus Bakti Siswa, turut melibatkan empat pelajar KPJ Healthcare University College, berkolaborasi bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Lintang.

“Program ini bertujuan untuk beri pendedahan dan pembelajaran secara berterusan kepada ahli kumpulan dalam merancang dan menguruskan program yang berskala besar.

“Program sebegini mendidik siswa tentang tatacara pelaksanaan program pada setiap fasa daripada prapersediaan program, perangkaan kertas kerja, pengumpalan dana, kerjasama antara mahasiswa dan pihak – pihak berkepentingan dan segala yang berkaitan dengan pelaksanaan projek berskala besar.

“Ia juga untuk mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan, semangat kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar yang sealiran dengan usaha UPM untuk menerapkan sebilangan kemahiran insaniah dalam siswa - siswinya.

Page 17: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1 5

“Program yang mempunyai tema ‘Menjalin Budi,Mengeratkan Kasih’ berkemampuan untuk memberipeluang kepada siswa untuk berbakti serta meringankan beban warga kampung dengan menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan kepada komuniti setempat,” katanya.

Muhammad Aqil Rifqi berkata, program turut mengukuhkan ukhuwah sesama penduduk setempat dan siswa UPM dan KPJ Healthcare University College.

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik dijayakan sepanjang program memberikan impak positif kepada siswa secara individual mahupun kolektif.

“Melalui program ini, pelbagai aktiviti sesuai untuk segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan bangsa diadakan. Antaranya program kampungku hijau. Aktiviti yang dijalankan dalam program sehari itu seperti melukis mural, pertandingan mewarna, program kesedaran kesihatan, gotong – royong bersama penduduk kampung dan juga Free Market.

“Turut dimeriahkan adalah aktiviti kebudayaan bersama warga kampung, selain program bersama ibu bapa angkat bagi mewujudkan ikatan erat antara mahasiswa dan keluarga angkat.

“Program berunsur kerohanian, majlis tahlil dan bacaan Yasin turut diadakan bagi memantapkan nilai insani dalam masyarakat,” katanya.

Jelasnya, Projek Mega Siswa@Kampung BukitLintang 2016 dilihat mampu menjadi satu wahana berkesan membentuk masyarakat bersatu padu, penyayang dan sentiasa dahagakan nilai murni sepanjang hayat.

Terdahulu, program berkenaan disempurnakan wakil rasmi ahli parlimen Tenggara, Datuk baderi Dasuki yang juga merupakan Adun Panti.

Hadir sama, Ketua Kampung Lukut, Mohn Nor Lawang, Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Tenggara, Zulkeri Yusof dan Guru Besar SK Bukit Lintang, Samsiah Hussin.

Page 18: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1 6

BANTING -22Oktober2016, seramai 60 pelajar

daripada Kursus Pengenalan taekwondo UPM

telah mengajurkan Program Putra Taekwondo

Open Day 2016 bersama anak-anak yatim daripada

Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Banting.

Kursus taekwondo dibimbing oleh Encik Selvakkumar

dan Encik Azrin.

Programyangbertemakan “HappyHealthyKids’ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anak-

anak yatim mengenai gaya hidup sihat, kepentingan

keselamatan diri, cara-cara mempertahankan diri

disamping mengajar beberapa teknik asas seni

taekwondo yang boleh digunakan dalam keadaan

kecemasan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk

menerapkan nilai-nilai bertanggungjawab, kepimpinan

dan kasih sayang dalam kalangan pelajar. Program

ini telah dikendalikan dalam Bahasa Inggeris bagi

meningkatkan keupayaan pelajar untuk berkomunikasi

dalam Bahasa Inggeris.

Page 19: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1 7

Program dimulakan

dengan ketibaan anak-

anak yatim seramai 38

orang yang berumur 7

hingga 18 tahun daripada

Rumah Anak Yatim dan

Asnaf As-Solihin, Banting.

Program ini bertempat di

sekitar Fakulti Perubatan

dan Sains Kesihatan,

UPM. Selepas bersarapan

program diteruskan dengan

perbentangan mengenai

gaya hidup sihat dan

pemakanan seimbang.

Seterusnya, anak-anak

yatim tersebut didedahkan

mengenai keadaan

berbahaya dalam kehidupan

seharian serta cara-cara

mengatasinya. Selain itu,

mereka telah diajar tentang

cara-cara mempertahankan

diri sekiranya didatangi oleh

orang yang tidak dikenali. Semua perbentangan dan

bengkel telah dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar KKB

Kursus Pengenalan Takewando Semester 1 2016/2017.

Melalui program ini, pelajar dapat memupuk

sifat kepimpinan, tanggungjawab, kesabaran dan

rasa kesyukuran atas nikmat dalam kalangan pelajar

UPM. Pengarah program berharap agar program

ini dapat dijalankan pada setiap tahun agar dapat

melahirkan graduan bersahsiah tinggi, berkepimpinan,

bertanggungjawab, berdaya saing serta mempunyai ciri-

ciri semnagat berpasukan dan kasih sayang yang mampu

menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara

serta menaikkan nama UPM ke pentas dunia.

Page 20: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1 8

Serdang, 4 Disember- Kehadiran pelajar Bakti

Siswa dari Universiti Putra Malaysia (UPM)

seramai 60 orang pada pagi Ahad lalu sempena

penganjuran program Menyemai Kasih bersama Warga

Taman Sri Serdang di Surau Al-Hidayah disini sangat

mengembirakan warga Taman Sri Serdang. Seawal jam

7.00 pagi mereka telah tiba untuk membuat persiapan

bagi menjayakan program mereka bersama komuniti

Taman Sri Serdang.

Menurut salah seorang penduduk disitu, beliau

sangat mengalu-alukan kedatangan para pelajar

ke tempat mereka. Pagi itu, warga taman sangat

bersemangat dalam menjayakan program pelajar

university itu. Ia jelas terbukti apabila penduduk taman

telah berkumpul di anjung surau untuk bersarapan

setelah selesai tazkirah subuh pada pagi itu ketika mana

para pelajar sedang aktif melakukan persiapan tempat.

Mereka pulang hanya untuk menukar pakaian sahaja

dan kemudian terus kesurau untuk menyertai program

yang dianjurkan oleh pelajar Bakti Siswa (Baksis) dari

kumpulan 3 dan 11.

Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pelajar

yang berbilang kaum dan agama itu sangat tinggi apabila

mereka sepenuh hati melaksanakan tugasan yang

telah diberikan. Antara aktiviti yang paling ketara dapat

dilihat adalah ketika gotong-royong. Kebanyakan pelajar

berbangsa Cina aktif membersihkan kawasan surau

tidak kira di dalam surau mahupun di sekitar kawasan

surau. Mereka tidak menunjukkan sikap perkauman

ketika melakukan aktiviti khidmat masyarakat tersebut

walaupun jelas terbukti bahawa surau adalah tempat

ibadat umat Islam. Tidak kurang juga usaha yang

ditunjukkan oleh pelajar berbangsa Melayu dan India.

Mereka semua bekerjasama dalam melakukan pekerjaan

tersebut.

Pengerusi surau Al-Hidayah iaitu Encik Haji Meor

Nazri Bin Meor Razlan mengucapkan ribuan terima

kasih kepada para pelajar kerana sudi berbakti kepada

masyarakat. Beliau berharap program sebegini dapat

dilakukan secara berterusan pada masa akan datang.

“Saya bagi pihak AJK surau Al-Hidayah

mengucapkan setinggi tahniah dan berbanyak terima

kasih diatas sumbangan gotong royong daripada pihak

UPM serta En. Saheh Bin Said selaku Pengerusi

KRT Taman Sri Serdang. Semoga akan ada lagi

kesinambungannya pada masa akan datang. Terima

kasih sekali lagi.” Ucapan Encik Haji Meor Nazri Bin

Meor Razlan.

Bagi pihak pelajar pula, mereka sangat berpuas

hati dan gembira dengan program yang dianjurkan kerana

melalui program sebegini mereka dapat membantu

golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu

tunggal dan OKU. Melalui sumbangan yang diberikan

oleh mereka itu dapat meringankan beban mereka yang

kurang kemampuan.

Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan secara

berterusan agar masyarakat setempat khususnya

mereka yang memerlukan bantuan dapat dibantu. Sama-

samalah kita memupuk sikap saling membantu dalam

kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Pengerusi Surau Al-Hidayah, Tuan Haji Meor Nazri Bin Meor

Razlan sedang berucap ketika majlis perasmian.

Page 21: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

1 9

Gambar pelajar-pelajar Bakti Siswa UPM.

Page 22: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

2 0

Page 23: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

2 1

Page 24: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR€¦ · Antara impak terbesar Dr. Param ialah buku beliau ... program, Puan Farah Dayana ... taraf tapak perkhemahan di Kem Hutan Nirwana

P U S A T K O K U R I K U L U M D A N P E M B A N G U N A N P E L A J A R

2 2