laporan kem membaca 2015

4
SEKOLAH KEBANGSAAN KITA, NIAH LAPORAN PROGRAM KEM MEMBACA 2015 Tarikh Perlaksanaan : 21 Hingga 23 April 2015 (3 Hari) 1.0 Pengenalan Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Abd Wahab Ibrahim berkata hasil kajian mendapati budaya membaca rakyat negara ini berada pada tahap memberangsangkan, namun masih belum mencapai sasaran dua puluh buku seorang setiap tahun. Kajian MBKM mendapati seorang rakyat negara ini hanya membaca sebelas buku sahaja setahun dan ini adalah normal untuk sebuah negara membangun. Namun berbanding negara maju, rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan. Dengan itu, sekolah pemupuk budaya membaca. Proses membaca berlaku di sekolah dan guru merupakan sumber utama yang mampu memupuk budaya membaca dalam kalangan murid. 2.0 Objektif a) Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai penggerak utama dalam membudayakan amalan membaca. b) Memudahkan akses bahan bacaan di dalam dan luar pusat sumber. c) Memupuk budaya membaca dan minat membaca dalam kalangan warga sekolah. 3.0 Strategi Pelaksanaan Pada 15 April 2015, Mesyuarat Jawatankuasa Program telah dilaksanakan bagi mengenal pasti keperluan dan perancangan program. Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah, ketua panitia subjek Bahasa Malaysia dan Pendidikan Seni Visual telah mengikuti mesyuarat tersebut bagi mengenal pasti tarikh, aktiviti dan pembentukan jawatankuasa kerja mengikut keperluan program. Pada 16 April 2015 kertas kerja telah disediakan dan dihantar kepada GPK 1, Puan Nur Fathin Nadhirah binti Abdullah bagi mendapat kelulusan. Beberapa pertandingan telah dianjurkan memastikan objektif-objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya. Perbincangan dengan penyelaras program, Cik Nur Adibah binti Harun telah diadakan beberapa kali bagi memastikan program ini berjalan

Upload: allyis1504

Post on 04-Sep-2015

38 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Guru PSS

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN KITA, NIAH LAPORAN PROGRAM KEM MEMBACA 2015

Tarikh Perlaksanaan : 21 Hingga 23 April 2015 (3 Hari)

1.0Pengenalan Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Abd Wahab Ibrahim berkata hasil kajian mendapati budaya membaca rakyat negara ini berada pada tahap memberangsangkan, namun masih belum mencapai sasaran dua puluh buku seorang setiap tahun. Kajian MBKM mendapati seorang rakyat negara ini hanya membaca sebelas buku sahaja setahun dan ini adalah normal untuk sebuah negara membangun. Namun berbanding negara maju, rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan. Dengan itu, sekolah pemupuk budaya membaca. Proses membaca berlaku di sekolah dan guru merupakan sumber utama yang mampu memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.

2.0Objektifa) Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai penggerak utama dalam membudayakan amalan membaca.b) Memudahkan akses bahan bacaan di dalam dan luar pusat sumber.c) Memupuk budaya membaca dan minat membaca dalam kalangan warga sekolah.

3.0Strategi Pelaksanaan

Pada 15 April 2015, Mesyuarat Jawatankuasa Program telah dilaksanakan bagi mengenal pasti keperluan dan perancangan program. Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah, ketua panitia subjek Bahasa Malaysia dan Pendidikan Seni Visual telah mengikuti mesyuarat tersebut bagi mengenal pasti tarikh, aktiviti dan pembentukan jawatankuasa kerja mengikut keperluan program.

Pada 16 April 2015 kertas kerja telah disediakan dan dihantar kepada GPK 1, Puan Nur Fathin Nadhirah binti Abdullah bagi mendapat kelulusan. Beberapa pertandingan telah dianjurkan memastikan objektif-objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya. Perbincangan dengan penyelaras program, Cik Nur Adibah binti Harun telah diadakan beberapa kali bagi memastikan program ini berjalan dengan sepenuhnya walaupun di minggu peperiksaan. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:-

i. Program 10 Minit Cerna Minda ( Tahap 1 dan 2)ii. Pertandingan Mewarna Kulit Buku ( Tahap 1 )iii. Pertandingan Mengarang Sinopsis Buku ( Tahap 2 )

Pada 20 April 2015, taklimat tentang pertandingan dan aktiviti yang dijalankan kepada murid disampaikan secara ringkas di semasa perhimpunan bagi memaklumkan jawatankuasa kerja serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan kepada guru-guru serta murid-murid. Laporan program disediakan oleh setiausaha untuk diserahkan kepada guru besar serta penyelaras program. Hal ini bertujuan untuk memaklumkan tentang kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan bagi setiap aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan.

PROGRAM 10 MINIT CERNA MINDA

Kekuatan1) Program ini dapat menyemai amalan membaca dalam kalangan murid dengan menetapkan masa khas untuk membaca. 2) Selain itu, penggunaan sumber bacaan daripada perpustakaan dapat dimaksimumkan untuk keperluan murid.

Kelemahan1) Semasa program ini berlangsung, terdapat murid yang terlupa membawa bahan bacaan masing-masing dengan alasan tidak ingat.2) Terdapat kelas yang lewat memulakan program kerana makan terlalu lama.

Cadangan Penambahbaikan1) Guru-guru mata pelajaran sebelum waktu rehat perlu diingatkan untuk melepaskan murid tepat pada waktunya untuk melancarkan program ini. 2) Program ini diteruskan pada tahun yang akan datang dengan melibatkan keseluruhan warga sekolah.

PERTANDINGAN MEWARNA KULIT BUKU

Kekuatan1) Guru-guru memperkenalkan kulit buku yang mengandungi tajuk dan nama penulis.2) Murid-murid berasa seronok dengan aktiviti mewarna dan fokus menyiapkannya.3) Sambutan yang sangat baik dari guru dan murid-murid menyebabkan objektif pertandingan ini tercapai.

Kelemahan1) Kulit buku yang diberikan kurang menarik kerana tidak terdapat banyak gambar yang boleh diwarnakan.

Cadangan Penambahbaikan1) Penganjur perlu mencari kulit buku yang mempunyai gambar yang lebih menarik agar murid-murid ini akan menggunakan pelbagai warna di samping berasa seronok.2) Dengan itu, cadangan agar membuat salinan berdasarkan kulit buku yang sedia ada di perpustakaan. Kulit buku tersebut boleh diubahsuai dalam bentuk hitam putih.

PERTANDINGAN MENGARANG SINOPSIS BUKU

Kekuatan1) Pertandingan ini menguji kemampuan mengarang murid berdasarkan penguasaan bahasa masing-masing. 2) Murid-murid diterapkan kemahiran menulis sesuai dengan galakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Kelemahan1) Murid menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan untuk dikarang kerana bahan bacaan di kelas terhad. 2) Tempat pertandingan yang berbeza menyebabkan berlakunya banyak kekurangan informasi mengenai pertandingan.

Cadangan Penambahbaikan1) Murid-murid Tahun 4 dan 5 dikumpulkan di satu tempat yang sama untuk pertandingan ini. Ini memudahkan pengurusan pembahagian borang dan pengumpulan jawapan sinopsis. 2) Guru-guru yang terlibat perlu diingatkan semula dari masa ke semasa mengenai pertandingan yang dijalankan.

4.0Kesimpulan

Alhamdulillah, syukur kehadrat Tuhan yang maha Esa kerana program ini telah dapat dilaksanakan. Walaupun program tidak dapat dijalankan sebaik yang dirancangkan, namun pihak Pusat Sumber Sekolah telah mendapat kerjasama yang erat daripada guru-guru serta para pengawas Pusat Sumber Sekolah. Seterusnya, pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh dalam mengendalikan program ini amat bermanfaat untuk program akan datang kelak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ ____________________________(NUR ADIBAH BINTI HARUN)(EN. KADIR BIN HJ YAAKUP)Setiausaha,Guru Besar,Program Kem Membaca 2015SK Kita, Niah