laporan kelab bola jaring sk lembah jaya

3
LAPORAN KELAB BOLA JARING SK LEMBAH JAYA BAGI TAHUN 2013 Kelab Bola Jaring SK Lembah Jaya mula ditubuhkan pada 8 Januari 2013.Kelab Bola Jaring ini mempunyai ahli seramai 30 orang.Bilangan ahli yang sedikit ini tidak mematahkan semangat ahli-ahli untuk bergiat secara aktif. Kelab Bola Jaring ini diterajui oleh empat orang guru iaitu Puan Asrul Azura bt Abdullah,Puan Syarifah Rokiah Samani bt Mahasan , Puan Hanani bt Daud dan Puan Lila Shakira bt Shafpii.Tujuan Kelab ini ditubuhkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang permainan yang sesuai diceburi oleh murid perempuan.Selain itu murid-murid juga boleh menonjolkan bakat mereka yang terpendam selama ini tanpa dicungkil oleh mana-mana pihak.Secara tak langsung mereka boleh menjadi pemain yang boleh mewakili sekolah dalam sukan bola jaring. Bermula pada 22 Januari 2013,ahli-ahli kelab diberi pendedahan oleh guru- guru penasihat tentang kawasan permainan bola jaring .Ahli-ahli dibawa ke padang supaya mereka dapat melihat dengan jelas kawasan permainan bola jaring yang sebenar.Rupa-rupanya terdapat segelintir ahli kelab yang tidak mengetahui keadaan dan keluasan padang permainan bola jaring. Pada 5 Februari 2013,Puan Lila Shakira telah memberi penerangan kepada ahli-ahli kelab tentang kedudukan pemain dalam padang semasa permainan bola jaring berlangsung.Selain itu Puan Lila juga menerangkan tentang kawasan- kawasan yang boleh dilintasi oleh pemain-pemain semasa perlawanan sedang berlangsung.Ahli-ahli juga diberi pendedahan tentang undang-undang permainan bola jaring. Ahli-ahli kelab memulakan sesi latihan pada 19 Februari 2013.Kebanyakan ahli kelab tidak pernah bermain bola jaring sebelum ini.Agak sukar juga bagi guru penasihat untuk memilih pemain-pemain yang bakal mewakili sekolah kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mengetahui langsung tentang undang-undang bola jaring.Walau bagaimanapun ahli-ahli menunjukkan minat dan mudah memahami undang-undang yang telah diberitahu oleh guru dalam sukan bola jaring ini. Murid-murid menunjukkan minat dan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan.Segala teguran dan tunjuk ajar guru dipatuhi dengan baik.Waktu yang ada digunakan sebaik mungkin oleh guru penasihat untuk mengajar teknik-teknik bermain dan undang-undang yang betul kepada ahli-ahli kelab agar mereka dapat bermain dengan baik apabila menghadapi pihak lawan

Upload: shakira-zamarudin

Post on 02-Sep-2015

45 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

LAPORAN KELAB BOLA JARING SK LEMBAH JAYABAGI TAHUN 2013

Kelab Bola Jaring SK Lembah Jaya mula ditubuhkan pada 8 Januari 2013.Kelab Bola Jaring ini mempunyai ahli seramai 30 orang.Bilangan ahli yang sedikit ini tidak mematahkan semangat ahli-ahli untuk bergiat secara aktif.

Kelab Bola Jaring ini diterajui oleh empat orang guru iaitu Puan Asrul Azura bt Abdullah,Puan Syarifah Rokiah Samani bt Mahasan , Puan Hanani bt Daud dan Puan Lila Shakira bt Shafpii.Tujuan Kelab ini ditubuhkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang permainan yang sesuai diceburi oleh murid perempuan.Selain itu murid-murid juga boleh menonjolkan bakat mereka yang terpendam selama ini tanpa dicungkil oleh mana-mana pihak.Secara tak langsung mereka boleh menjadi pemain yang boleh mewakili sekolah dalam sukan bola jaring.

Bermula pada 22 Januari 2013,ahli-ahli kelab diberi pendedahan oleh guru-guru penasihat tentang kawasan permainan bola jaring .Ahli-ahli dibawa ke padang supaya mereka dapat melihat dengan jelas kawasan permainan bola jaring yang sebenar.Rupa-rupanya terdapat segelintir ahli kelab yang tidak mengetahui keadaan dan keluasan padang permainan bola jaring.

Pada 5 Februari 2013,Puan Lila Shakira telah memberi penerangan kepada ahli-ahli kelab tentang kedudukan pemain dalam padang semasa permainan bola jaring berlangsung.Selain itu Puan Lila juga menerangkan tentang kawasan-kawasan yang boleh dilintasi oleh pemain-pemain semasa perlawanan sedang berlangsung.Ahli-ahli juga diberi pendedahan tentang undang-undang permainan bola jaring.

Ahli-ahli kelab memulakan sesi latihan pada 19 Februari 2013.Kebanyakan ahli kelab tidak pernah bermain bola jaring sebelum ini.Agak sukar juga bagi guru penasihat untuk memilih pemain-pemain yang bakal mewakili sekolah kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mengetahui langsung tentang undang-undang bola jaring.Walau bagaimanapun ahli-ahli menunjukkan minat dan mudah memahami undang-undang yang telah diberitahu oleh guru dalam sukan bola jaring ini.

Murid-murid menunjukkan minat dan kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan.Segala teguran dan tunjuk ajar guru dipatuhi dengan baik.Waktu yang ada digunakan sebaik mungkin oleh guru penasihat untuk mengajar teknik-teknik bermain dan undang-undang yang betul kepada ahli-ahli kelab agar mereka dapat bermain dengan baik apabila menghadapi pihak lawan nanti. Walau bagaimanapun Sesi latihan tidak dapat dijalankan setiap hari kerana keadaan cuaca yang tidak menentu dan sentiasa hujan pada waktu petang.

Pada 17 Mac 2013 hingga 18 Mac 2013,pasukan bola jaring SK Lembah Jaya telah menyertai kejohanan bola jaring sekolah-sekolah peringkat Zon Setiu Selatan.Dalam kejohanan tersebut,pasukan bola jaring SK Lembah Jaya telah dikalahkan oleh pasukan bola Jaring SK Kampung Besut dan SK Banggol.Walaupun tidak memenangi perlawanan tersebut,tetapi pasukan bola jaring SK Lembah Jaya telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Pemain-pemain bermain dengan penuh semangat.Mungkin nasib belum menyebelahi pasukan SK Lembah Jaya.

Kekalahan yang dialami tidak mematahkan semangat guru-guru dan murid-murid untuk terus berlatih sebagai persediaan perlawanan yang akan datang.Insya-Allah,pada tahun hadapan pasukan Bola Jaring SK Lembah Jaya akan menyertai lagi kejohanan yang bakal diadakan.

Harapan ahli-ahli pasukan bola jaring SK Lembah Jaya,semoga pasukan bola jaring sekolah akan terus bergiat aktif dan dapat mencapai kemenangan dalam perlawanan yang disertai.Jika latihan mencukupi dan mempunyai ahli-ahli yang bersemangat tinggi,tidak mustahil pasukan bola jaring SK Lembah Jaya akan mencipta nama dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah suatu hari nanti.Insya-Allah.

Laporan disediakan oleh,30 Mac 2013.

(LILA SHAKIRA BT SHAFPII)Guru Penasihat Bola jaring ,SK Lembah Jaya,22100 Setiu.