laporan kayu

42
Penghargaan…………………………………………………. ii 1. 0 Pendahuluan ………………………………………………… 1 1. 1 Objektif ……………………………………………………… 2 1.2 1.2 .1 1.2 .2 1.2 .3 Langkah keselamatan……………………………………................... langkah keselamatan pada diri…………………………………………. langkah keselamatan semasa menggunakan mesin…………………….. langkah keselamatan di kawasan kerja…………………………………. 2 2 2 3 1.3 Langkah keselamatan di bengkel kayu……………………………… 4 1.4 1.4 .1 Projek kayu……………………………………………………………... Bahan yang digunakan…………………………………………………. 5 5 1.5 1.5 .1 1.5 .2 1.5 .3 Alatan yang digunakan……………………………………………… Alatan untuk mengukur………………………………………………… Alatan untuk memotong………………………………………………... Alatan untuk kemasan………………………………………………….. 7 7 10 23 1.6 Langkah kerja…………………………………………………………. 25 Laporan bengkel kayu Page | i

Upload: sppj1415

Post on 24-Jan-2017

1.871 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kayu

Penghargaan…………………………………………………. ii

1.0 Pendahuluan ………………………………………………… 1

1.1 Objektif ……………………………………………………… 2

1.2

1.2.1

1.2.2

1.2.3

Langkah keselamatan……………………………………...................

langkah keselamatan pada diri………………………………………….

langkah keselamatan semasa menggunakan mesin……………………..

langkah keselamatan di kawasan kerja………………………………….

2

2

2

3

1.3 Langkah keselamatan di bengkel kayu……………………………… 4

1.4

1.4.1

Projek kayu……………………………………………………………...

Bahan yang digunakan………………………………………………….

5

5

1.5

1.5.1

1.5.2

1.5.3

Alatan yang digunakan………………………………………………

Alatan untuk mengukur…………………………………………………

Alatan untuk memotong………………………………………………...

Alatan untuk kemasan…………………………………………………..

7

7

10

23

1.6 Langkah kerja…………………………………………………………. 25

1.7 Kesimpulan …………………………………………………………… 29

1.8 Rujukan ……………………………………………………………….. 29

Isi kandungan

Laporan bengkel kayu Page | i

Page 2: Laporan kayu

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukurnya saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya, dapat

juga saya menyiapkan amali kerja kayu saya yang diberi tempoh selama 4 minggu untuk

menyiapkannya. Alhamdulillah report amali kerja kayu ini juga dapat saya siapkan pada tempoh

waktu yang diberi.

Pertama sekali, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr Amirmudin bin

Udin yang merupakan pensyarah saya bagi subjek Asas Ketukangan ini. Dr Amir telah banyak

membantu saya dalam proses menyiapkan amali kerja kayu ini di mana beliau memberi tunjuk ajar

cara untuk menggunakan setiap alatan tangan yang terdapat di bengkel kayu dan membantu saya

menyelesaikan masalah yang saya hadapi sepanjang tempoh saya menyelesaikan amali kayu ini,

tambahan lagi ini banyak terdapat alatan yang baru pertama kali saya gunakan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang terhingga saya kepada rakan-rakan yang

bersama-sama menjalani amali bengkel kayu ini. Terima kasih kerana membantu menyelesaikan

masalah yang dihadapi sepanjang tempoh amali ini berlangsung.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang tidak putus memberi semangat

kepada saya sepanjang tempoh berlangsungnya amali bengkel kayu ini dan sepanjang pengajian saya

di UTM ini.

Laporan bengkel kayu Page | ii

Page 3: Laporan kayu

1.0 Pendahuluan

Projek kayu yang telah saya telah hasilkan adalah penyangkut kunci. Penyangkut kunci ini

mempunyai beberapa fungsi dan kegunaannya. Antaranya fungsinya adalah untuk

meletakkan menyangkut kunci dan dapat dijadikan barangan perhiasan di dalam rumah

mahupun di mana sahaja. Di dalam membuat bingkai kayu ini, beberapa teknik-teknik telah

saya pelajari. Antaranya bagaimana untuk memilih dan memotong kayu dengan betul. Bukan

itu sahaja, saya juga mempelajari cara untuk memtotong kayu di bahagian dalam. Malah,

saya juga dapat mempelajari bagaimana mengunakan alatan tangan dan mesin dengan betul

untuk menghasilkan projek kayu yang berkualiti. Di dalam bengkel kayu, kerja kayu ini

dilaksanakan secara individu. Setiap individu tersebut mestilah menghasilkan bentuk yang

berbeza. Saya telah memilih logo superhero, superman untuk dijadikan projek kayu

saya.justeru itu, terdapat beberapa langkah keselamatan harus dititikberatkan di dalam

bengkel kayu, bagi mengelakkan terjadinya kemalangan yang tidak diingini.

Oleh itu, sebelum memulakan kerja-kerja pertukangan kayu, semua pelajar hendaklah

memakai pakaian bengkel yang telah dikhususkan dan memakai kasut yang sesuai. Pakaian

yang sesuai akan dilapirkan di bahagian langkah-langkah keselamatan. Mahasiswa dan

mahasiswi ditekankan untuk tidak memakai aksesori tangan terutamanya jam tangan kerana

perkara ini merupakan kesalahan yang selalu dilakukan oleh pelajar. Ini adalah bertujuan

untuk menjaga keselamatan masing-masing. Di dalam bengkel kayu juga hendaklah

tersedianya kotak pertolongan cemas. Kotak pertolongan cemas adalah bertujuan untuk

mendapatkan rawatan sementara sekiranya terdapat kes yang berat dan mendapatkan rawatan

bagi yang menghadapi kes-kes kecil. Semua pelajar hendaklah mematuhi kesemua peraturan-

praturan yang telah disediakan semasa di dalam bengkel kayu. Antaranya adalah datang tepat

pada masanya dan tidak dibenarkan sama sekali untuk makan dan minum di dalam bengkel

kayu. Para pelajar juga tidak boleh bergurau senda dan bermain-main semasa melakukan

kerja-kerja pertukangan. Ini bagi memastikan semua pelajar berada didalam situasi yang

selamat semasa menjalankan kerja-kerja amali

Laporan bengkel kayu Page | 1

Page 4: Laporan kayu

1.1 Objektif1. Mengunakan peralatan dengan betul dan kesesuaian di samping mengutamakan

keselamatan pada diri sendiri.

2. Mempelajari beberapa jenis tanggam dan bagaimana membuat tangam.

3. Memadankan tanggam yang dibuat mengikut pelan sebenar dan tepat.

4. Menguruskan bahan dengan bijak untuk mengelakkan pembaziran.

5. Melakukan kerja-kerja bersama rakan kumpulan dengan jayanya.

6. Menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan

1.2 langkah keselamatanberikut adalah langkah keselamatan yang asas yang perlu pelajar patuhi setiap kali

memasuki kawasan bengkel.

1.2.1 Langkah keselamatan terhadap diri sendiri

I. Elakkan memakai pakaian yang terlalu longgar, di galakkan untuk

mematuhi pakaian yang di tetapkan oleh OSHA untuk setiap bengkel.

II. Elakkan memakai barang-barang perhiasan, terutamanya perhiasan tangan.

III. Tidak di benarkan bergurau semasa berada di dalam bengkel terutamanya

semasa menjalankan kerja-kerja amali.

IV. Bagi lelaki rambut mestilah pendek dan kemas. Bagi mahasiswi pula,

rambut mestilah diikat kemas. Untuk memastikan keselamatan,

mahasiswa/mahasiswi digalakkan menggunakan ‘net hair’.

V. Pastikan tangan kering semasa memetik suis elektrik.

VI. Menggunakan setiap alat pelindung yang disediakan disetiap bengkel.

Laporan bengkel kayu Page | 2

Page 5: Laporan kayu

1.2.2 Langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin/tangan.

I. Pastikan mana-mana bahagian yang mempunyai risiko/berbahaya dipasang

alat pelindung.

II. Setiap mesin mestilah mempunyai sus keselamatan dan suis saling

mengunci. Suis tersebut perlu dipastikan sama ada berfungsi atau tidak

sebelum menggunakan mesin tersebut.

III. Elakkan menyentuh alat-alat ataupun bahagian-bahagian yang tajam pada

mesin.

IV. Buangkan tepi yang tajam pada benda kerja.

V. Matikan suis kuasa sepenuhnya bagi peralatan dan mesin apabila tidak lagi

menggunakan mesin ataupun semasa menjalankan aktiviti pembersihan.

VI. Laporkan kepada pensyarah ataupun juruteknik bengkel sekiranya terdapat

bahaya ataupun mesin tidak berfungsi dengan baik.

VII. Bersikan alatan yang telah digunakan dan letakkan semula di tempatnya.

1.2.3 Langkah keselamatan tempat kerja

I. jangan biarkan alatan tangan atau bahan kerja bersepah di atas lantai atau

di sekeliling mesin. Ini bagi mengurangkan bahaya di kawasan kerja.

II. Elakkan minyak atau gris tertumpah di atas lantai tempat kerja kerana

minyak sangat licin dan mudah tergelincir apabila terpijak. Bersihkan

menggunakan habuk kayu yang disediakan.

III. Jangan biarkan tatal atau logam bersepah di atas lantai, sebaiknya

bersihkan kawasan mesin sebaik sahaja selesai menggunakan.

IV. Bengkel mestilah mendapat pencahayaan yang terang dan pengudaraan

yang baik serta laluan kecemasan yang sempurna.

V. Pastikan kawasan kerja dibersihkan sesudah menggunakan.

Laporan bengkel kayu Page | 3

Page 6: Laporan kayu

1.3 Langkah keselamatan di bengkel kayu1. Masuk ke dalam bengkel dengan kebenaran daripada pensyarah/guru.

2. Periksa terlebih dahulu keadaan bengkel sama ada selamat atau tidak untuk

digunakan.

3. Memakai pakaian yang lengkap dan sesuai untuk kerja yang akan dilakukan.

4. Tidak membawa masuk makanan atau minuman ke dalam bengkel.

5. Mematuhi setiap langkah keselamatan yang telah disediakan semasa

menggunakan mesin atau alatan tangan.

6. Tidak gopoh semasa menjalankan kerja amali.

Laporan bengkel kayu Page | 4

Page 7: Laporan kayu

1.4 Projek kayu Projek kayu yang dipilih adalah membuat penyangkut kunci dengan menggunakan

logo superhero superman. Berikut adalah lakaran awal projek sebelum kerja-kerja

pemilihan kayu dan pemotongan dijalankan

Kemudian lakaran tersebut digunting mengikut setiap penjuru dan lekuk lukisan.

1.4.1 Bahan yang digunakan

a) kayu

Laporan bengkel kayu Page | 5

Page 8: Laporan kayu

Kayu dipilih berdasarkan ketebalan kayu dan jenis kayu. Kayu jenis plywood adalah tidak digalakkan. Hal ini disebabkan kayu jenis tersebut mudah untuk menggembang apabila

terkena air.

b) syelek kayusyelek digunakan pada akhir projek. Ia digunakan untuk kemasan akhir projek.

c) stainless steel screw hookDigunakan untuk menyangkut kunci. Ia dipasang selepas siap proses syelek.

1.5 Peralatan yang digunakanPeralatan terbahagi kepada tiga jenis. Iaitu peralatan untuk mengukur dan menanda, peralatan untuk memotong dan peralatan untuk kemasan. Berikut adalah gambar alat, kegunaan dan cara guna alat tersebut

Laporan bengkel kayu Page | 6

Page 9: Laporan kayu

1.5.1 alat untuk mengukur dan merancang

No Gambar alat Nama alat Kegunaan alat

1. PITA PENGUKUR diperbuat daripada

plastik atau keluli. Panjang pita yang

biasa boleh dilihat adalah antara 2.0m ke 8.0m

Untuk mengukur jarak yang panjang dan pendek.

Boleh juga digunakan untuk memindahkan ukuran.

2. PENSIL TUKANG Mata dan badannya

lebar dan tebal. Permukaannya

berbentu segiempat tepat.

Khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang tanda.

3. PEMBARIS KELULI diperbuat daripada

keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.

Permukaan keluli ditanda dengan ukuran cm dan mm

Mengukur dan memindahkan

Membina garis lurus pada permukaan.

Menguji kerataan permukaan.

5. SESIKU BERGABUNG Badan dan matanya

diperbuat daripada keluli.

Matanya boleh dilaraskan dan diubahsuai kedudukannya.

Badannya mempunyai satu muka sudut 90◦ dan mukanya yang lain bersudut 45◦.

Laporan bengkel kayu Page | 7

Page 10: Laporan kayu

7. PISAU PENANDA

Sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli khas.

Digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.

8. PEMBARIS LIPAT Diperbuat daripada

kayu yang keras dan boleh dilipat.

Hujung pembaris diperkuat dengan Loyang supaya tahan lasak.

Saiznya berbeza-beza daripada 90sm hingga 480sm.

Berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran ke benda kerja yang dibuat.

9. ARAS SPIRIT

Diperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan rata kedua-dua mukanya.

Dibahagian tengah serta hujung dipasangakan tabung spirit atau air untuk mendapatkan aras atau kepunggakkan.

Panjangnya antara 300mm hingga 1.5mm.

Untuk menentukan aras dan kepunggakkan.

Laporan bengkel kayu Page | 8

Page 11: Laporan kayu

10. TOLOK PENANDA

Diperbuat daripada kayu.

Mempunyai badan dan pelaras.

Terdapat dua jenis tolok penanda iaitu tolok penanda satu paku(mata) dan tolok penanda tanggam puting(dua mata)

Untuk menandai ukuran tebal atau lebar.

Ia dapat ditandai dengan ukuran garisan selari dengan iras kayu yang dibuat pada sisi atau permukaan kayu

Garisan ini menunjukkan tebal atau lebar kayu dalam ukuran yang seragam.

11. TOLOK BERSENGAT

Diperbuat daripada keluli dan kedua-dua kakinya adalah tajam seperti paku.

Untuk membuat bulatan pada kayu atau membuat tanda melengkung.

Laporan bengkel kayu Page | 9

Page 12: Laporan kayu

1.5.2 Alatan untuk mengapit dan menyangga

Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja kayu atau logam, alat-alat khas mestilah digunakan untuk mengapit atau menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Peralatan ini rekabentukkan khas untuk jenis pemasangan tertentu. Antara peralatan tersebut adalah:

No.

Gambar alat Nama alat Kegunaan alat

1. RAGUM MEJA Ragum meja

dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya bagi menggelakkan berlakunya kerosakkan pada benda kerja semasa diapit.

Untuk memegang benda kerja semasa proses bekerja berjalan.

2. APIT G Diperbuat daripada

bahan keluli Saiz apit G

ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.

Mengapit kayu ketika proses menglukan dua kepingan kayu.

Memegang kayu yang hendak digerudi, pahat atau gergaji.

3. APIT F Diperbuat daripada

bahan keluli Saiz apit F

ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.

Mengapit kayu ketika proses menglukan dua kepingan kayu.

Memegang kayu yang hendak digerudi, pahat atau gergaji.

Laporan bengkel kayu Page | 10

Page 13: Laporan kayu

4. APIT PANJANG Diperbuat daripada

besi tuangan atau aluminium.

Panjangnya adalah 0.6m, 0.9m, 1.5m dan 1.8m.

Untuk proses pemasangan tanggam, [emidang pintu, tingkap, perabot, papan yang hendak dicantumkan atau diglukan.

5. KAKAK TUA Bersaiz 125mm

hingga 300mm Kakaktua terdiri

daripada lengan, rivet, rahang dan kuku.

Untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan lain-lain.

Laporan bengkel kayu Page | 11

Page 14: Laporan kayu

1.5.3 Alat memotong dan menajamAlat-alat di bahagian ini adalah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki. Alat-alatnya adalah seperti berikut:

No. Gambar alat Nama alat Kegunaan alat1. i. KETAM KASAR

Terdiri daripada jenis kayu atau logam

Panjang ketam kasar adalah 335-380mm.

Mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang diperlukan secara cepat.

Permukaan yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat.

ii. KETAM PELICIN Diperbuat daripada

kayu atau logam Badanya terdapat

yang berukuran 203mm-228mm

Mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37mm hingg 62mm

Mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketam kasar kepada saiz yang lebih tepat.

Laporan bengkel kayu Page | 12

Page 15: Laporan kayu

iii. KETAM TETINGKAT

Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz

Boleh didapati dalam kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.

Dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu

iv. KETAM PANGKAS

Bersaiz kecil Panjangnya 170mm

dan lebarnya 50mm.

Khas untuk mengetam penhujung atau pangkal kayu secara melintang ira.

Untuk membuat kerja-kerja penyudah atau kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam lain seperti menyediakan kumai serong.

Laporan bengkel kayu Page | 13

Page 16: Laporan kayu

v. KETAM LURAH Dibina dengan mata

seumpamanya bagi membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu.

Mempunyai penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.

Membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu.

vi. KETAM GOLEK Diperbuat daripada

logam Bermata lengkung

ataupun lurus untuk kerja yang berasingan.

Untuk mengetam bahagian tepi permukaan kayu yang cembong

vii. KETAM PANCAGUNA

Bersifat besar dan berat

Diperbuat daripada logam

Mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.

Untuk membuat tetingkat dan lurah

2. I. GERGAJI KERAT Mempunyai gigi

Mengerat kayu secara melintang

Laporan bengkel kayu Page | 14

Page 17: Laporan kayu

berbentuk pisau dihujungnya

Tepi hujungnya bersudut 70-80 darjah

Mempunyai bilahan giginya sebanya 8-9 batang bagi setiap 25mm

Panjang antara 550mm-700mm

ira

II. GERGAJI BELAH Mempunyai mata

yang serupa dengan mata pahat dan tepi hadapannya bersudut tepat dengan garis gigi

Mempunyai bilangan bilah 3-6 pada setiap 25mm

Mempunyai 3 jenis iaitu kecil, sederhana dan besar

Panjang antara 600-700mm

Membelah kayu yang telah digergajikan mengikut atau selari dengan ira kayu

Penggunaan bergantung pada ketebalan kayu

III. GERGAJI PUTING Mempunyai mata

yang nipis Jalur logam(patil

keluli) dibina untuk menyokong mata gergaji

Gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus

Untuk memotong kayu-kayu yang kecil

Untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam

IV. GERGAJI Untuk membuat Laporan bengkel kayu Page | 15

Page 18: Laporan kayu

LENGKUNG HALUS

Mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingaki logam yang tegak

Panjang matanya adalah 150mm

lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar

V. GERGAJI BAJANG

Merupakan gergaji putting tetapi lebih kecil saiznya

Giginya lebih kecil iaitu 18 hingga 22 setiap inci

Untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih tepat dan ketat terutamanya dalam membuat

VI. GERGAJI TEBUK Bermata halus

berbentuk tirus Panjang 300mm-

450mm

Untuk memotong benda kerja yang lurus dan melengkung di bahagian dalam

3. i. PAHAT PELUBANG/KUKUH

Memotong lebihan kayu

Mengemas kerja Laporan bengkel kayu Page | 16

Page 19: Laporan kayu

Matanya tebal supaya tahan diketuk dengan gandin

Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30 hingga 35 darjah

Semasa mencanai mestilah bersudut 20 hingga 25

kayu

ii. PAHAT PERAUT/TEPI SERONG

Serong pada bahagian tepi, dan bahagian serong lebih panjang dan nipis.

Matanya nipis dibahagian tepi dan tebal dibahagian tengah

Lebar mata 3mm-50mm

Sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti menggemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai

iii. PAHAT KUKU JENIS PERAUT (SERONG DALAM)

Bersaiz antara 3mm hingga 40mm

PAHAT KUKU JENIS PERAUT (SERONG LUAR)

Saiz 3mm hingga 40mm

Digunakan untuk mendapat lengkung didalam

Untuk membuat lurah tepat

Membuat lengkung pada kerja ukir-mengukir

Laporan bengkel kayu Page | 17

Page 20: Laporan kayu

1.5.4 Alat menukul dan memutar Proses kerja kayu di bengkel kayu melibatkan banyak peralatan tangan. Peralatan munukul dan memutar ini boleh di kelaskan kepada dua, iaitu satu kumpulan alatan menukul manakala satu kumpulan lagi merupakan alatan memutar. Berikut adalah atlatan-alatan tersebut:

No.

Gambar alatan Nama alat Kegunaan alat

1. i. TUKUL KUKU KAMBING (TUKUL BESI BERKUKU)

Mempunyai pemegang yang di buat daripada kayu atau besi

Bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah

Saiz lazimnya antara 0.5kg hingga 0.6kg

Untuk mengetuk dan mencabut paku

ii. TUKUL BESI WARRINGTON

Bongkol berbentuk baji yang melintang

Bongkol berbentu baji ini mampu mengetuk paku halus yang berada di celah jari

Menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke tempatnya semasa diglu

Laporan bengkel kayu Page | 18

Page 21: Laporan kayu

iii. GANDIN Kepala gandin

berbentuk segi empat atau selinder

Diperbuat daripada kayu yang keras.

Untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.

iv. PEMUTAR SKRU JENIS ALUR DAN PHILIPS

Terdiri daripada dua jenis iaitu biasa atau pub bergear

Matanya diperbuat daripada keluli alaoi bentuk bulat dan hujung sama ada kepala atau Philip

Panjang mata antara 75mm hingga 300mm

Pemegang diperbuat daripada kayu atau plastik

Fungsinya untuk memasang atau menanggalkan skru

Laporan bengkel kayu Page | 19

Page 22: Laporan kayu

v. GERUDI Terdiri daripada dua

jenis iaitu : Bergear lebih

ringan Jenis gear sal

(engkol) Terdapat beberapa

jenis mata antaranya Tengah Terlaras Paku Pulas Froster Pelubang

benam

Untuk memudahkan kerja melubang

vi. GERUDI TANGAN Bahagian utama

adalah hulu, pemegang tepi, tangkai engkol, piring gear, pinion, bindu dan rahang

Mata gerudi pntal adalah 0.2mm hingga 12.5mm

Untuk membuat lubang yang berdiameter tidak melebihi 8mm

Membuat lubang pada kayu dan logam

vii. GERUDI ENGKOL Bahagian utama

adalah kepala, pemegang, cincin sesondol, gear sehala, bindu dan rahang.

Digunakan bersama mata gerimit

Saiz mata gerimit lebih besar daripada mata gerudi pntal

Tidak boleh buat lubang pada logam

Menebuk lubang pada kayu

Saiznya ditentukan pada hayunan

Laporan bengkel kayu Page | 20

Page 23: Laporan kayu

viii. SENGGERAK Untuk membuat

lubang , pusingkan mata senggerak ke kanan dan ke kiri sambil menekan.

Untuk membuat lubang kecil pada kayu

Laporan bengkel kayu Page | 21

Page 24: Laporan kayu

1.5.5 Alat untuk menajamKikir menajam, sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Kegunaan utama adalah memotong, mengikir dan menipiskan dan melicinkan permukaan sesuatu komponen.terdapat pelbagai jenis kikir antaranya:

No.

Gambar alat Nama alat Kegunaan alat

2. KIKIR PIPIH KASAR digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.

4. KIKIR BULAT digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.

5. KIKIR SEGI EMPAT SAMA digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.

Laporan bengkel kayu Page | 22

Page 25: Laporan kayu

KIKIR SEGI TIGA digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.

1.5.6 Alat untuk kemasan kerja

No.

Gambar alat Nama alat Kegunaan alat

1. KERTAS LAS/KERTAS PASIR

Kasar Memberikan

permukaan kasar seperti mengeluarkan permuakaan bercat

Sederhana Digunakan

sebelum gred halusHalus

Untuk mendapatkan permukaan yang halus

2. BERUS Untuk menyapu syelek pada permukaan kerja kayu.

Laporan bengkel kayu Page | 23

Page 26: Laporan kayu

3. SYELEK Untuk kemasan dan tarikan kerja kayu.

4. TEPUNG PENYUMBAT Untuk menutup lubang pada kerja kayu.

Laporan bengkel kayu Page | 24

Page 27: Laporan kayu

1.6 Langkah kerja

No. Gambar kerja Penerangan 1. Pemilihan tema projek2. Pemilihan kayu

3. Lakaran projek

4. Memindahkan lakaran di atas kayu yang dipilih

5. Tanda kawasan yang hendak dibuang menggunakan pensil tukang

6. Kapit kayu pada ragum meja Gergaji bahagian luar projek yang

hendak dibuang menggunakan gergaji putting.

Laporan bengkel kayu Page | 25

Page 28: Laporan kayu

7. Tanda bahagian yang hendak dibuang pada bahagian dalam menggunakan pahat serong dalam.

Projek tidak dapat dipahat kerana tidak sesuai dan kepingan kayu yang rapuh dan mudah patah.

8. Projek terpaksa digerudi terlebih dahulu di setiap bahagian dalam yang hendak dibuang.

Dengan menggunakan gergaji jenis lengkung dalam, bahagian dalam projek mula dibuang. 9Untuk menggergaji bahagian dalam, mata gergaji terlebih dahulu dibuka dan kemudian dipasang kembali apabila mata gergaji telah berada di kawasan dalam yang hendak dibuang.

Kerja-kerja menggergaji pun bermula.

Laporan bengkel kayu Page | 26

Page 29: Laporan kayu

9. Projek mengalami masalah apabila saya memahat projek tersebut terlalu kuat. Ia menyebabkan projek kayu saya patah.

Hal ini berlaku akibat dari kecuaian saya yang hendak menyiapkan projek dengan cepat dan tanpa sedar telah memahat projek terlalu kuat.

Projek dicantum semula dengan mengglukan ia.

Bahagian yang diglu diapit menggunakan apit G dan dibiarkan kering bagi memastikan projek dapat bersambung semula.

10. Projek telah dapat bersambung semula. Aktiviti mengemaskan projek

berlangsung dengan menggunakan kikir kasar terlebih dahulu.

Kemudian disambung menggunakan kikir halus.

Setelah projek kelihatan halus dan rata, projek dihaluskan dan dikemaskan lagi menggunakan kertas las atau kertas pasir kasar.

11. Kerja-kerja memberus syelek pada projek berlangsung.

Projek di keringkan. Projek digosok dengan menggunakan

kertas las atau kertas pasir halus bagi menghilangkan ‘bubble’ yang timbul akibat dari angina yang keluar dari kayu semasa proses pengeringan syelek.

Laporan bengkel kayu Page | 27

Page 30: Laporan kayu

12. Proses syelek kali kedua berlangsung Projek dikeringkan

13. Projek dihantar dan dinilai

HASIL KERJA AMALI

Laporan bengkel kayu Page | 28

Page 31: Laporan kayu

KESIMPULAN

Kesimpulan dari kerja amali bengkel kayu yang saya jalani ini, saya dapati melakukan kerja kayu bukan la sesuatu yang mudah dan ia memerlukan kemahiran yang mantap dalam menggunakan alatan tangan di bengkel kayu. Tanggapan saya bahawa kerja kayu perkara mudah berbanding kerja logam adalah salah, kerana kerja kayu adalah lebih rumit dan lebih banyak jenis peralatan tangan yang terdapat dalam bengkel tersebut.

Saya juga dapat menggunakan alatan tangan yang terdapat dalam bengekl tersebut dan cuba memahirkan diri dalam mengendalikan alatan tersebut. Hal ini kerana saya berada dalam bidang pendidikan, seharusnya saya dapat mengendalikan alatan-alatan tangan supaya ia boleh diaplikasikan sewaktu saya menjadi tenaga pengajar nanti.

Meskipun ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam kerja kayu, tetapi saya dapat menghasilkan dan menyiapkan kerja kayu tersebut dalam waktu yang diberi.

RUJUKANhttp://akutensionla.blogspot.my/2012/04/jenis-alatan-tangan-dan-fungsinya.html

Laporan bengkel kayu Page | 29