laporan kajian tindakan 2010

13
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PEMANTAPAN KEMAHIRAN ASAS IAITU TAMBAH, TOLAK, DARAB DAN BAHAGI TAHUN 3 MELALUI LATIHAN BERKALA Oleh

Upload: salmie-ramli

Post on 22-Jun-2015

1.111 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan kajian tindakan 2010

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PEMANTAPAN KEMAHIRAN ASAS IAITU TAMBAH, TOLAK, DARAB DAN

BAHAGI TAHUN 3 MELALUI LATIHAN BERKALA

Oleh

Salmie binti Ramli

SK Parit Bakar Darat

84000 Muar, Johor.

Page 2: laporan kajian tindakan 2010

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt yang telah mengizinkan saya

menjalankan kajian tindakan ini walaupun tidak sesempurna mana dan penuh dengan

kelemahan dan kekurangan. Tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar

Nabi Muhammad saw.

Sekalung penghargaan buat Tuan Guru Besar kerana meletakkan kepercayaan

kepada saya untuk menjalankkan kajian tindakan ini walaupun saya masih baru dan perlu

belajar banyak perkara.. tidak juga dilupakan ucapan terima kasih kepada pihak

pentadbir, GPK, GPK HEM dan GPK KOKO yang banyak membantuk dan memberikan

sokongan yang baik kepada saya.

Guru-guru rakan seperjuangan yang penuh dedikasi dan berpengalaman, saya

mengucapkan jutaan terima kasih atas tunjuk ajar dan bantuan yang diberikan. Sukar

untuk diluahkan tetapi jasamu hanya Allah yang mampu membalasnya. Kesusahan

tuan/puan dalam membantu saya dan jika ada tersilap bicara, maaf dipinta. Keterbukaan

rakan-rakan guru semua merupakan jalan kejayaan dalam menjayakan program ini.

Untuk itu ucapan terima kasih sekali lagi dihulurkan.

Kepada kawan-kawan serumah… terima kasih, kaulah kawanku. Semoga Allah

balas yang lebih baik buatmu.. .

Page 3: laporan kajian tindakan 2010

ABSTRAK

Kajjian ini dijalankan untuk menentukan dan meningkatkan penguasaan empat

operasi utama dalam matematik iaitu tambah (+), tolak (-), darab (x) dan bahagi (÷) oleh

murid-murid tahun 3 sekolah rendah. Untuk itu seramai 42 orang murid terlibat secara

langsung bersama 3 orang guru yang bekerjasama untuk menjayakan kajian ini.

Perancangan tindakan kajian ini berfokus kepada penguasaan murid dan kepantasan

murid dalam membuat pengiraan keempat-empat operasi digunakan dalam matematik

yang merupakan asas kepada matematik. Kemahiran yang diberi perhatian khusus ialah

teknik dan asas pengiraan dalam +, -, x dan ÷. Tinjauan awal dibuat dan kelemahan murid

dikesan melalui aktiviti soal jawab di dalam kelas, melalui ujian , kerja-kerja rumah yang

diberikan dan latihan-latihan tambahan. Kelemahan murid dikesan dalam teknik

menjawab dan asas operasi tersebut. Sehubungan dengan itu, setiap hari bermula bulan 3

sehingga bulan 8, setiap murid mesti menjawab 4 soalan yang diberikan oleh cikgu

menggunakan semua operasi dan perbincangan dibuat. Latihan berkala ini dilaksanakan

oleh guru mengajar matematik tahun 3. Kemahiran operasi +, -, x dan ÷ perlu

diperkukuhkandan merupakan asas dalam mempelajari matematik. Latihan ini membantu

murid-murid yang lemah dan mengurang kesilapan dalam pengiraan. Harapan, latihan ini

diteruskan untuk masa-masa yang mendatang.

Page 4: laporan kajian tindakan 2010

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN

ABSTRAK

1.0 REFLEKSI P& P YANG LALU

2.0 ISU KEPERIHATINAN

3.0 0BJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN & PEMERHATIAN

5.4.1 PELAKSANAAN AKTIVITI 1

5.5 REFLEKSI KAJIAN

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

LAMPIRAN

Page 5: laporan kajian tindakan 2010

1.0 REFLEKSI P& P YANG LALU

Saya mengajar mata pelajaran Matematik tahun 3, 4 dan 5. Semasa ujian

PROTIM baru-baru ini yang melibatkan tahun 4, hampir 100% bermasalah. Ini

mengambarkan mereka masih belum menguasai operasi asas setelah tamat darjah 3.

Selain itu, murid-murid tahun 3 belum menguasai dan mahir dengan 4 operasi asas iaitu

tambah, tolak, darab dan bahagi (+, -, x, ÷).

Hampir seluruh topik-topik yang diajar menggunakan operasi ini. Oleh sebab itu,

dalam setiap topik yang diajar, guru menghadapi masalah yang sama, iaitu murid tidak

cekap membuat pengiraan. Murid-murid bermasalah dan guru-guru yang nebgajar juga

menhadapi masalah kerana terpaksa mengajar dan menyediakan bahan pelbagai tahap.

Dengan itu, secara tidak langsung menganggu P&P yang dijalankan.

Hasilnya keputusan peperiksaan menunjukkan margin yang sangat besar iaitu

wujud murid yang mendapat 100% dan 0%. Perbezaaan yang ketara seperti ini

merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius. Murid-murid menghadapi masalah

asas pengiraan yang telah mempebgaruhi pemahaman mereka dalam setiap topik-topik

selain nombor bulat yang diajar.

2.0 ISU KEPERIHATINAN

Walaupun setiap operasi mempunyai masalah sendiri dari segi penguasaan murid,

tetapi kita cuma pergi kepada lingkup yang kecil iaitu latihan berterusan untuk

memantapkan kemahiran murid yang akan murid-murid belajar dengan guru dalam kelas.

Kemahiran-kemahiran operasi tidak akan dilihat satu persatu tetapi teknik menjawab dan

kecekapan murid menjadi ukuran dalam kajian ini.

Selain daripada itu, latihan yang berterusan sangat penting dalam matapelajaran

matematik dan murid-murid perlu pendedahan yang berterusan menjawab soalan yang

melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

Page 6: laporan kajian tindakan 2010

3.0 0BJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti tahp penguasaan murid dengan operasi asas iaitu +, -, x dan ÷.

Meningkatkan kemahiran murid dengan operasi-operasi asas.

Meningkatkan pencapaian murid dan memudahkan perjalanan P&P bagi topik-

topik yang lain.

Meningkatkan keputusan peperiksaan murid tahun 3.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 3 seramai 42 orang yang terdiri daripada

17 murid lelaki dan 25 murid perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Murid – murid diberi ujian asas seperti soalan PROTIM untuk

menganalisis tahap kemahiran operasi asas murid. Selain itu tempoh masa

menjawab juga di ambil kira untuk menganalisis tahap kemahiran mereka.

Selepas itu barulah akan dimulakan latihan berkala. Dari semasa ke semasa guru

memantau secara pemerhatian dan daripada keputusan peperiksaan sekolah.

Ujian telah dijalankan dan murid-murid dikehendaki menjawab 40 soalan

iaitu 10 soalan operasi tambah, 10 soalan operasi tolak, 10 soalan operasi darab

dan 10 soalan operasi bahagi. Jawapan murid dikumpulkan dan disemak. Satu

jadual keputisan murid telah dibuat untuk mengesan tahap penguasaan murid-

murid. Disertakan disini jadual pencapaian murid dan juga graf analisis

pencapaian murid yang mengusai dan tidak menguasai. Bagi operasi tambah,

murid yang mendapat 8-10 dikira mengusai, tolak 7-10 dikira menguasai, darab 6-

10 dikira menguasai dan bahagi 5-10 dikira menguasai.

Page 7: laporan kajian tindakan 2010

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Graf 1.1 Penguasaan murid tahun 3 mengikut operasi dalam matematik

Daripada graf yang diperoleh menunjukkan murid-murid kurang

menguasai darab dan bahagi. Mungkin mereka baru diperkenalkan dan kurang

mahir operasi bahagi dan darab disebabkan murid-murid bermasalah dengan sifir.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.3.1 LATIHAN BERKALA DALAM BUKU TULIS

5.3.1.1 Murid – murid menyediakan sebuah buku tulis. Setiap hari

akan diberi 4 soalan iaitu 1 soalan tambah, 1 soalan tolak, 1

soalan darab dan 1 soalan bahagi. Murid-murid

dikehendaki menjawab soalan tersebut dan keesokannya

akan diberikan jawapan. Murid-murid dikehendakai

menulis jawapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh guru.

Guru akan mula dengan soalan mudah pada bulan petama,

diikuti soalan yang sederhana pada bulan ke dua, ke tiga

dan sukar pada bulan ke empat dan lima.

Page 8: laporan kajian tindakan 2010

5.3.2 UJIAN PENILAIAN BULANAN

5.3.2.1 Setiap akhir bulan akan diadakan ujian penilaian yang

mana 50% daripada soalan adalah soalan yang telah

diberikan semasa latihan berkala. Hasil ujian akan

dianalisis dan dibuat penambahbaikan yang perlu.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN & PEMERHATIAN

Setiap hari pagi, soalan akan ditulis di papan hitam dan murid-murid

menjawabnya dalam buku tulis yang telah disediakan. Guru menyemak jawapan

dan membuat pembetulan. Sebelum balik, jawapan ditulis di papan hitam untuk

murid-murid membuat pembetulan.

Pemerhatian dibuat, ada murid yang tidak membuat kerja dan hanya

meniru jawapan bila ingin pulang dan masalah tahap penguasaan murid yang

berbeza. Untuk itu, buku murid dikumpulkan untuk disemak dan murid- murid

dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai soalan yang

berbeza mengikut tahap pencapaian murid tersebut.

Daripada keputusan peperiksaan analisis dibuat dan murid-murid

bermasalah dalam menjawab soalan bahagi. Kelas khusus diadakan untuk

memberi penerangan tentang kaedah menjawab soalan bahagi. Kelas ini diadakan

menerangkan cara-cara untuk menjawab soalan daripada yang mudah sehingga

pembahagian 2 digit.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Kajian ini baik dan ada sedikit peningkatan dalam kemahiran murid.

Cuma sedikit masalah iaitu tidak berjalan secara berterusan kerana masalah pergi

kursus dan cuti. Berlaku kenkangan dari segi jumlah soalan yang dijawab oleh

murid-murid. Selain itu, program ini tidak berjalan lancar dan hanya sampai bulan

5 dibuat. Selepas itu, masalah murid tak bawa buku, buku hilang dan masa-masa

berkurangan.

Page 9: laporan kajian tindakan 2010

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Oleh kerana kajian tindakan ini tidak berjaya memenuhi objektifnya

disebabkan kelemahan dalam skop pelaksaan dan refleksi yang dibuat, kajian ini

akan diteruskan dengan sedikit pengubah suaian iaitu murid-murid di pecahkan

kepada kumpulan yang lebih kecil. Soalan yang diberikan adalah mengikut aras

murid dan seorang guru sebagai pembimbing. Kaedah ini digabungkan dnegan

sistem mentor-mentee.

Page 10: laporan kajian tindakan 2010

LAMPIRANLAMPIRAN