laporan jamuan perpisahan guru

Upload: kiuum6554

Post on 10-Feb-2018

987 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Laporan Jamuan Perpisahan Guru

    1/3

    1

    LAPORAN

    MAJLIS PERPISAHAN GURU 2011

    Tarikh : Jun 2011

    Hari :

    Tempat :, Sekolah Kebangsaan

    Masa : 1.15 - 3.00 pet ang

    Pada 17 Junyang lalu, warga guru Sekolah Kebangsaan telah mengadakan satu

    jamuan perpisahan sempena pertukaran sekolah oleh seorang guru Pendidikan

    Khas iaitu En Mohd B. Isa yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan , Baram

    Sarawak. Kehadiran warga guru SKAM adalah amat memuaskan dan telah

    menambahkan lagi seri perjalanan majlis yang diadakan. Majlis jamuan perpisahan

    ini telah diadakan di Kamar Seri Anis, Sekolah Kebangsaan .

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Badan Kebajikan

    Guru dan Staf 2011, Pn Bt Jaafar dan diiringi dengan bacaan doa. Majlis

    kemudiannya diteruskan pula dengan ucapan orang yang diraikan iaitu En. B. Isa.

    Dalam ucapannya beliau menyampaikan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

    kepada pihak sekolah di atas terutamanya pihak pentadbir yang telah banyak

    memberi peluang kepada beliau untuk menimba ilmu dan pengalaman yang tidak

    ternilai dalam hal-hal berkaitan pengurusan data, penganjuran kem kecemerlangan

    murid dan sebagainya. Beliau juga turut mengambil kesempatan mengucapkan

    setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan-rakan guru yang

    selama ini telah banyak membantu, berkerjasama serta memberi tunjuk ajar kepada

    beliau.

  • 7/22/2019 Laporan Jamuan Perpisahan Guru

    2/3

    2

    En B. Isa mula menapak di SK .. pada pertengahan tahun 2008 iaitu

    sewaktu beliau menjalani praktikum di bawah Institut Perguruan Darul Aman (IPDA)

    selama 3 bulan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Setelah menamatkan

    pengajiannya di IPDA, beliau bertuah kerana sekali lagi beliau ditawarkan untuk

    bertugas di SK sebagai guru Pendidikan Khas bermula Januari 2009.

    Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai sajian makanan enak yang

    disediakan oleh Ahli Jawatan Kuasa Kelab Kebajikan Guru dan Staf serta jamuan

    Pot Luck dari Kumpulan 3. Sesudah selesai menjamu selera, majlis diteruskan pula

    dengan upacara penyampaian cendera hati kenangan oleh pihak SK melalui Guru

    Besar, Pn. Hjh Bt Osman kepada Pn. Bt Ali sebagai tanda penghargaan atas

    jasa dan sumbangan beliau tidak ternilai.

    Disediakan Oleh

    _____________________

    EN.A/L MURUGAN

    Setiausaha

    Badan Kebajikan Guru dan Staf

    Disahkan Oleh

    _____________________

    PN. HJH .BT OSMAN

    Guru Besar

    SK .

  • 7/22/2019 Laporan Jamuan Perpisahan Guru

    3/3

    3