“ke arah merealisasikan wawasan jpsm menjelang · majlis jamuan perpisahan pengarah perhutanan...

24
Edisi Julai-Disember 2011 Untuk Kakitangan Jabatan Sahaja www.forestry.gov.my Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia Ke-31 Sesi Wawancara RTM 1 bersama YBhg. Dato’ Dr. KPPSM Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 Program Tanaman Bakau Di Pesisiran Pantai - 23 - 21 - 19 Diterbitkan sejak 1932 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Menarik di dalam “Ke Arah Merealisasikan Wawasan JPSM Menjelang 2020” UCAPAN AMANAT KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA - 10 - 15

Upload: others

Post on 24-Oct-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Edisi Julai-Disember 2011 Untuk Kakitangan Jabatan Sahaja

    www.forestry.gov.my

    Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia Ke-31

    Sesi Wawancara RTM 1 bersama YBhg. Dato’ Dr. KPPSM

    Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16

    Program Tanaman BakauDi Pesisiran Pantai

    - 23- 21- 19

    Diterbitkan sejak 1932

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Menarik di dalam

    “Ke Arah Merealisasikan Wawasan JPSM Menjelang 2020”UCAPAN AMANAT KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

    - 10

    - 15

  • Buletin Majutan

    2

    JAWATANKUASA MAJUTAN 2012

    PENASIHAT- YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia PENGERUSI- YBhg. Dato’ Masran bin Md. Salleh Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan)KETUA PENGARANG- YBhg. Dato’ Hj. Nor Akhirrudin bin Mahmud Pengarah Kanan Bahagian Perancangan dan Ekonomi HutanPENGARANG- Mohd Radhi Chu bin AbdullahPENOLONG PENGARANG 1- Kumaresan SivakavePENOLONG PENGARANG 2- Norica OkangKONSEP DAN REKA BENTUK- Siti Raihana binti RamliURUSAN PERCETAKAN & EDARAN- Mohd Fadli bin Ahmad Fuad

    WAKIL JABATAN PERHUTANAN NEGERI

    JOHOR - Thilagawathy a/p RajaKEDAH - Siti Sarah binti ShaharuddinKELANTAN - Sanja a/p Boon KongMELAKA - Wan Yusof bin Wan KarimN. SEMBILAN - Nur Hidayah binti Abdul RazifPAHANG - Grippen Anak AkengPERAK - Nor Halizah binti Abd HalimPERLIS - Ahmad Fikri bin MistarPULAU PINANG - Siti Nursyuhada binti Md HassanSELANGOR - Tharmizie bin SagiranTERENGGANU - Zailani bin Man

    WAKIL BHGN. IBU PEJABAT PERHUTANAN

    PERANCANGAN & EKONOMI HUTAN- Kamal Kusyairi bin Abd GhaniPENGURUSAN HUTAN- Izaidah binti TalibSILVIKULTUR & PEMELIHARAAN BIOLOGI HUTAN- Regina Mariah JongFOREST ECO-PARK & HUTAN TAMAN NEGERI- Tuan Hj. Samsudin bin SallehLADANG HUTAN DAN PERLINDUNGAN HUTAN- Khairunnisa binti M. MamatHAL EHWAL ANTARABANGSA- Siti Dessyma binti IsnaniKEJURUTERAAN HUTAN- Ab. Rashid bin OthmanTEKNIKAL & INDUSTRI KAYU- Zulazfar Husaini bin Abdullah SaniLATIHAN PERHUTANAN- Rahimi bin OthmanPENGURUSAN MAKLUMAT- Mutia Anggerek binti JusohKHIDMAT PENGURUSAN- Hairul bin Abdul HamidKOMUNIKASI KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAM- SitiSyafiqahbintiYusopSEKRETARIAT BAKAU- Sulahi @ Suhaili bin Hj. Rosli SETIAUSAHA PUSPANITA- Zurina binti JusohSETIAUSAHA PKSIP- Muhammad Ezhar bin YusufJURUFOTO- DzulkiflibinTukiman- Hairul bin Abdul Hamid

    Dari Meja

    Kandungan Edisi Julai - Disember 2011

    Ketua Pengarang

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Ketemu lagi di Buletin MAJUTAN Edisi Julai – Disember 2011. Edisi MAJUTAN kali ini memuatkan pelbagai peristiwa dan berita menarik yang telah berlansung dari bulan Julai hingga Disember tahun 2011. Dikesempatan ini saya merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim di atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia mulai 16 Oktober 2011. Majlis Perhimpunan Pagi Bersama YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 31 Oktober 2011 di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan pasti masih segar diingatan warga jabatan mengenai kisah pelayaran Bahtera Hijau menuju Tahun 2020 dan saranan ‘TOLAK : CAMPUR : BAHAGI : KALI’ beliau. Dalam pada itu, JPSM juga telah berjaya mengadakan Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 yang telah berlansung dari 5-9 Disember 2011 bertempat di Melaka Bandaraya Bersejarah yang telah dihadiri oleh 277 peserta dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada semua warga JPSM yang telah menyumbang penulisan dalam penerbitan edisi MAJUTAN ini.

    Pihak Jawatankuasa Majutan mengalu-alukan sebarang bentuk Cadangan / Artikel / Rencana / Komen daripada seluruh warga Perhutanan.

    email: kumaresan@[email protected] [email protected]

    03. MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KILANG PEMPROSESAN GAHARU SYARIKAT KONSESI UTAMA SDN. BHD.

    PERASMIAN “DENAI RAZANI”

    04. LAWATAN KERJA AHLI MESYUARAT JKPOH KE TAMAN NEGARA THALE BAN, THAILAND

    LAWATAN KERJA AHLI MESYUARAT JKPOH JPSM KE KHAONANKANG, THAILAND

    05. MAJLIS BERBUKA PUASA PEJABAT HUTAN DAERAH KEDAH SELATAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL

    MAJLIS PENYERAHAN KUNCI GERAI KOMPLEKS ARKED NIAGA

    06. MAJLIS HARI INOVASI, ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG TAHUN 2011 JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR

    07. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA BIL. 9/2011

    BENGKEL PENSIJILAN ‘OCCUPATIONAL HEALTH & SAFETY ASSESSMENT SYSTEM’ (OHSAS 18001)

    08. MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

    MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432H JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK

    09. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, HARI KUALITI DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

    KURSUS LATIHAN MODEL SIMULASI HUTAN DENGAN “RGUI” BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

    10. PERSIDANGAN PENGARAH-PENGARAH PERHUTANAN NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA KE-31

    11. MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN PENGARAH PERHUTANAN NEGERI KEDAH

    LAWATAN RAJA MUDA PERLIS DAN RAJA PUAN MUDA PERLIS KE MUZIUM PERHUTANAN GUNUNG JERAI

    12. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT HUTAN DAERAH JOHOR UTARA, (SEGAMAT, LEDANG, MUAR)

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SYARIKAT GAHARU TECHNOLOGIES SDN.BHD., GOPENG, PERAK

    13. PERTANDINGAN MENEMBAK PIALA KPPSM 2011

    PERTANDINGAN KOIR INOVASI 2011

    14. PEMANTAUAN UDARA WESTAR AVIATION HELICOPTER OLEH UNIT PENGUATKUASAAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR

    MAJLIS SAMBUTAN HARI PERHUTANAN SEDUNIA KE-40 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

    15. MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BERSAMA KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA TAHUN 2011

    16. MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS TIMBALAN KETUA PENGARAH PERHUTANAN (DASAR DAN PERANCANGAN)

    MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KORBAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK

    17. PROGRAM QURBAN JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA 2011

    MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH PERHUTANAN NEGERI DENGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH

    18. MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU DAN SPESIES-SPESIES YANG SESUAI DI PESISIRAN PANTAI NEGARA BIL. 2/2011

    KURSUS SIASATAN DAN PENDAKWAAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANU

    19. SESI WAWANCARA RTM 1 BERSAMA YBHG. DATO’ Dr. KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

    20. MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PERAK

    21. PERSIDANGAN PERHUTANAN MALAYSIA KE-16

    22. PERTANDINGAN FUTSAL SEMPENA PERSIDANGAN PERHUTANAN MALAYSIA KE-16

    23. PROGRAM TANAMAN BAKAU DAN SPESIES-SPESIES YANG SESUAI DI PESISIRAN PANTAI DI BAWAH PROGRAM INTERNATIONAL YEAR OF FOREST 2011: FOREST FOR PEOPLE BERSAMA MASYARAKAT TEMPATAN SEMPENA PERSIDANGAN PERHUTANAN

    MALAYSIA KE-16

    24. SAJAK: “1 PERINGATAN, 1 PERINGATAN UNTUK KITA” DARI SEORANG RIMBAWAN KERDIL

  • Buletin Majutan

    3

    YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim memotong riben perasmian.

    Encik Norazlan bin Lumi memberi penerangan tentang mesin yang digunakan dalam penghasilan produk gaharu.

    MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KILANG PEMPROSESAN GAHARU SYARIKAT KONSESI UTAMA SDN. BHD.Disediakan oleh:Tharmizie bin Sagiran,Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

    KAJANG, 24 Julai 2011 – Majlis Perasmian Pembukaan Kilang Pemprosesan Gaharu, Syarikat Konsesi Utama Sdn. Bhd. telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) dan diiringi oleh Encik Borhanuddin bin Hj. Arshad, Pengarah Perhutanan Negeri Selangor. Syarikat ini diterajui oleh Encik Norazlan bin Lumi, seorang usahawan yang bekerja keras dan berdedikasi dalam industri gaharu dan mempunyai visi dalam melaksanakan penanaman pokok karas di setiap negeri bagi tujuan perlindungan alam sekitar serta perniagaan. Syarikat ini mempunyai hubungan kerjasama di antara pihak Kerajaan mahupun swasta dalam memastikan keaslian produk gaharu yang bermutu tanpa sebarang bahan kimia.

    Penyampaian amanat oleh YBhg. Dato’ Razani Ujang.

    Sesi bergambar untuk kenangan. Minum petang di Rimba Herba.

    PERASMIAN “Denai Razani”Disediakan oleh: Ridzuan bin Man & Mahfuzah binti Badian,Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

    BUKIT AYER, 25 Julai 2011 – Majlis Perasmian “Denai Razani” telah diadakan di Rimba Herba, Bukit Ayer, Perlis. Denai ini diberi nama bersempena nama Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia yang ke-21. Denai ini telah dirasmikan oleh beliau sendiri iaitu YBhg. Dato’ Razani Ujang. “Denai Razani” diwujudkan bertujuan bagi memudahkan laluan jalan kaki kepada pengunjung/pelawat yang datang ke Rimba Herba untuk mengenali dan menikmati alam flora secara dekat. Penubuhan denai ini siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2011. Jarak laluan denai ini ialah sepanjang 821 meter. Selepas perasmian denai tersebut, YBhg. Dato’ Razani Ujang sempat meluangkan masa bersama warga kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis serta menyampaikan amanat terakhir beliau selaku Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Harapan beliau kepada semua warga kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis agar dapat bekerjasama demi meningkatkan peranan dan imej Jabatan khususnya bagi sektor Eko-pelancongan Negeri Perlis.

    Kunjungan YBhg. Dato’ Razani Ujang ke Denai Razani.

    3

  • Buletin Majutan

    4

    LAWATAN KERJA AHLI MESYUARAT JKPOH KE TAMAN NEGARA THALE BAN, THAILANDDisediakan oleh:Ridzuan bin Man & Mahfuzah binti Badian, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

    SATUN, 26 Julai 2011 – Lawatan Kerja ke Taman Negara Thale Ban di Thailand adalah untuk melihat konsep taman yang diwujudkan oleh Kerajaan Negara Thailand. Taman ini mempunyai nilai estetika serta merupakan sebuah tempat rekreasi yang unik kerana dipenuhi dengan pelbagai spesies flora dan fauna yang jarang ditemui dari negara lain. Taman ini mengandungi 64 spesies mamalia termasuklah Pardofelis marmorata, Tapirus indicus dan Capricornis sumatraensis, 282 spesies burung, 40 spesies reptilia dan 20 spesies amfibia yang pernah ditemui. Lawatan kerja ahli mesyuarat JKPOH ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan disertai oleh Pengarah-Pengarah Bahagian dari Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri. Jarak antara Taman Negara Thailand Thale Ban (Thailand) dengan Taman Negeri Perlis (Malaysia) ialah tiga (3) kilometer. Keluasan taman ini ialah 196 km².

    Lawatan kerja YBhg. Dato’ Razani Ujang bersama Y.B. Yip Soon Onn, Adun Kaki Bukit di Khaonankang

    Sesi bergambar di Taman Negara Thale Ban.

    LAWATAN KERJA AHLI MESYUARAT JKPOH JPSMKE KHAONANKANG, THAILANDDisediakan oleh:Ridzuan bin Man & Mahfuzah binti Badian,Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

    KHAONANKANG, 26 Julai 2011 – Lawatan Kerja ahli JKPOH seramai 27 orang yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) bersama Y.B. Yip Soon Onn, Adun Kaki Bukit ke Khaonankang, Thailand telah diadakan pada 28 Julai 2011. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara dua negara ini. Khaonankang merupakan kawasan penyembunyian anggota Parti Komunis Malayan pada suatu masa yang lalu. Di sini terdapat beberapa laluan dan kawasan terowong tersembunyi dalam tanah yang telah dibina oleh pihak komunis.

    4

    Sesi bergambar di Taman Negara Thale Ban.

  • Buletin Majutan

    5

    MAJLIS BERBUKA PUASA PEJABAT HUTAN DAERAH KEDAH SELATAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGALDisediakan oleh: Siti Sarah binti Shaharuddin, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    BALING, 17 Ogos 2011 – Satu Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan ibu tunggal Kampung Teluk Teduri, Baling yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diadakan di Masjid Insaniah, Kupang, Baling. Seramai 50 orang anak yatim dan 10 orang ibu tunggal telah dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama. Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan, En. Mohd Azmi bin Mohd Zain dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perhutanan Kedah Darul Aman. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan ringkas dari Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan. Setelah azan berkumandang, hadirin-hadirin telah dijamu dengan kuih-muih dan lauk-pauk yang disediakan oleh Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan. Majlis bersurai selepas selesai solat Maghrib berjemaah.

    MAJLIS PENYERAHAN KUNCI GERAI KOMPLEKS ARKED NIAGADisediakan oleh:Ridzuan bin Man & Mahfuzah binti Badian,Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

    WANG KELIAN, 26 Ogos 2011 – Y.B. Datuk Mat Rawi bin Kassim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMK) telah merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Gerai Kompleks Arked Niaga anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang bertempat di Dataran Kompleks Arked Niaga, Wang Kelian. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y.B. Tuan Ahmad Bakri bin Dato’ Ali (AMMK) dan Y.B. Tuan Hj. Khairi bin Hasan (Timbalan AMMK). Pasar Wang Kelian mula diperkenalkan pada 1996 dan terletak di dalam Taman Negeri Perlis serta bersempadanan dengan negara jiran kita iaitu Thailand. Pasar ini selalu dilawati oleh pelancong dari dalam dan luar negara kerana keunikan tempat dan kepelbagaian barangan menarik pada harga berpatutan. Atas peningkatan pemohonan untuk menjaja di Pasar Wang Kelian maka pihak Kerajaan Negeri telah mengambil langkah menambah tempat berniaga dengan membina Kompleks Arked Niaga Wang Kelian di bawah Rancangan Malaysia ke-8. Dengan wujudnya Kompleks Arked Niaga ini, maka konsep perniagaan berbentuk harian dan mingguan dapat dilaksanakan. Kerajaan Negeri juga hendak menjadikan bangunan ini sebagai Pekan Pelancongan Wang Kelian dan pusat eko-pelancongan yang menawarkan prasarana membeli-belah dengan lebih selesa serta bercirikan kebudayaan tempatan.

    Penyerahan kunci oleh Y.B. Datuk Mat Rawi bin Kassim (AMMK) dalam majlis ini.

    En. Mohd Azmi bin Mohd Zain menyampaikan cenderahati kepada anak-anak yatim.

    Antara juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan.

  • Buletin Majutan

    6

    MAJLIS HARI INOVASI, ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG TAHUN 2011 JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR Disediakan oleh: Tharmizie bin SagiranJabatan Perhutanan Negeri Selangor

    SHAH ALAM, 15 September 2011 – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Inovasi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2011 bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia . Seramai 29 orang penerima APC, 8 orang pesara dan 6 orang kakitangan yang telah berkhidmat 25 tahun telah diraikan dalam majlis ini. Majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengingati sumbangan kakitangan terhadap Jabatan. Semoga APC dapat memberi inspirasi dan juga meningkatkan lagi prestasi semua kakitangan Jabatan pada masa akan datang.

    Penyampaian cenderahati kepada YBhg. Dato’ Razani Ujang.

    1. Persembahan Kumpulan Koir Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.2. Penyampaian hadiah oleh YBhg. Dato’ Razani Ujang

    kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.3. Sesi bergambar untuk dibuat kenangan.

    1

    2

    3

  • Buletin Majutan

    7

    MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIABIL. 9/2011Disediakan oleh: Kamal Kusyairi bin Abd Ghani,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    KUALA LUMPUR, 15 September 2011 – Majlis Perhimpunan Bulanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil. 9/2011 telah diadakan bersama dengan Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat Secara KUP bertempat di ruang legar Bangunan Pejabat Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Penyerahan Surat kenaikan pangkat melibatkan jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred G27 ke G32 seramai 15 orang, Pembantu Penyelidik Gred Q17 ke Q22 seramai 2 orang, Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 ke N22 seramai 4 orang, Pengajar Membalak Gred G17 ke G22 seramai 4 orang, Pengawas Hutan Gred G11 ke G14 seramai 9 orang, Pemandu Kenderaan Gred R3 ke R6 seramai 7 orang, Pembantu Am Pejabat Gred N1 ke N4 seorang, Pekerja Awam Khas Gred R3 ke R6 seramai 3 orang dan Pekerja Awam Gred R1 ke R4 seramai 2 orang. Perhimpunan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia di mana perhimpunan kali ini merupakan yang terakhir bagi beliau sepanjang berkhidmat dalam Jabatan. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan jamuan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 peringkat Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

    BENGKEL PENSIJILAN ‘OCCUPATIONAL HEALTH & SAFETY ASSESSMENT SYSTEM’ (OHSAS 18001)Disediakan oleh: Zulazfar Husaini bin Abdullah Sani,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    SUNGAI TONG, 19-22 September 2011 – Bahagian Teknikal & Industri Kayu, IPPSM telah menganjurkan Bengkel Pensijilan ‘Occupational Health & Safety Assessment System’ (OHSAS 18001) bertempat di Pusat Latihan Perhutanan Terengganu (PLPT), Sungai Tong, Terengganu. Objektif bengkel ini adalah mengenal pasti keperluan undang-undang dan lain-lain yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti IPPSM. Seramai 11 orang kakitangan dari IPPSM dan PLPT telah mengikuti bengkel ini. Penceramah bengkel ialah Hj. Mohd Esa Baruji, Pengurus, Bahagian Keselamatan Pekerjaan, NIOSH. Secara ringkasnya, OHSAS 18001 merupakan satu spesifikasi penilaian untuk sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia dibangunkan untuk membantu sesebuah organisasi memenuhi kehendak keselamatan dan kesihatan dengan cara yang lebih berkesan dan cekap.

    1. Penyampaian surat kenaikan pangkat oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

    2. Jamuan sambutan Hari Raya Aidilfitri

    1. Interaksi dua hala di antara peserta dan fasilitator.2. Antara kakitangan IPPSM yang mengikuti bengkel ini.

    YBhg. Dato’ Razani Ujang sedang menyampaikan ucapan.

    Sesi bergambar bersama peserta dan fasilitator.

    2

    2

    1

    1

  • Buletin Majutan

    8

    MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIADisediakan oleh: Kumaresan Sivakave, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    KEPONG, 19 September 2011 – Majlis Perasmian Hari Inovasi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah diadakan di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Seramai 38 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 15 orang pesara telah diraikan dalam majlis ini. Majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengingati sumbangan kakitangan Jabatan agar ia dapat memberi inspirasi serta meningkatkan lagi prestasi mereka.

    Sesi bergambar sempena Majlis Perasmian Hari Inovasi.

    MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432H JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAKDisediakan oleh: Zaimarmeen binti Zainal & Khairul Nizam bin Mohamed,Jabatan Perhutanan Negeri Perak

    IPOH, 20 September 2011 – Persatuan Kebajikan Sukan Jabatan Perhutanan (PERKSPER) telah menganjurkan jamuan hari raya bertempat di perkarangan Pejabat Perhutanan Negeri Perak. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu YBhg. Dato’ Razani Ujang, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) dan YBhg. Dato’ Razali bin Othman, Timbalan Setiausaha Kerajaan. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan pertandingan gerai tercantik yang telah dimenangi oleh Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung. Selain itu, pertandingan karaoke lagu raya dan pakaian tercantik juga telah diadakan sempena majlis ini. Diharapkan majlis ini dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga Jabatan.

    1. Sesi bergambar tetamu-tetamu kehormat bersama isteri.2. Pemenang tempat pertama pertandingan gerai tercantik dari Pejabat Hutan

    Daerah Kinta/Manjung.3. Penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.4. Suasana di perkarangan Pejabat Perhutanan Negeri Perak sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri.

    Artis Jemputan menyampaikan lagu raya.

    8

    Sesi bergambar sempena Majlis Perasmian Hari Inovasi.

    1 2

    3 4

  • Buletin Majutan

    9

    1. Latihan secara praktikal berkenaan model simulasi pertumbuhan hutan menggunakan R software.

    2. Bentuk Model Simulasi Pertumbuhan Hutan yang diperkenalkan oleh Dr. Hj. Abd. Rahman bin Kassim.

    3. Gambar semasa kursus

    KURSUS LATIHAN MODEL SIMULASI HUTAN DENGAN “RGUI” BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIADisediakan oleh: Izaidah binti Talib,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    KEPONG, 26 September 2011 – Kursus Latihan Model Simulasi Hutan dengan RGUI bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Training Course on Forest Simulation Modeling with RGUI for FDPM) anjuran Seksyen Perancangan dan Penilaian Sumber Hutan, Bahagian Pengurusan Hutan telah dijalankan selama dua (2) hari bertempat di Makmal Komputer, Bangunan ICT, FRIM. Penceramah kursus ialah Dr. Hj. Abd. Rahman Kassim, Ketua Program Kualiti Air di Bahagian Perhutanan & Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Seramai 12 orang pegawai dan penolong pegawai dari Gred G48 sehingga G27 dari Bahagian Pengurusan Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengikuti kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan model simulasi bagi menilai impak pengusahasilan hutan ke atas tumbesaran dan pengeluaran spesies dominan di kawasan hutan Dipterokarpa Bukit. Objektif kursus ini ialah menjadikan R software sebagai pengkalan data bagi kajian yang dijalankan oleh JPSM di samping memberi latihan intensif kepada pegawai berkaitan untuk menyimpan serta menganalisis data menggunakan R software.

    MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, HARI KUALITI DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANUDisediakan oleh: Maziah binti Mahtar,Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

    KUALA TERENGGANU, 22 September 2011 – Sambutan Hari Kualiti dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Negeri Terengganu telah diadakan bertempat di Pejabat Hutan Daerah Terengganu Utara dan dimeriahkan lagi dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Azmi bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Dalam majlis ini, Tuan Hj. Azmi bin Nordin telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan Jabatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi tahun 2010. Majlis seperti ini menjadi motivasi kepada semua kakitangan Jabatan agar lebih berusaha dalam memajukan diri ke tahap yang lebih baik di samping dapat mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan Jabatan.

    Sesi bergambar sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Kualiti dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

    Pengenalan berkenaan Model Simulasi Pertumbuhan Hutan (Forest Growth Simulation Model) oleh Dr. Hj. Abd. Rahman Kassim.

    1 2

    3

  • Buletin Majutan

    10

    PERSIDANGAN PENGARAH-PENGARAH PERHUTANAN NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA KE-31Disediakan oleh: Norica Okang,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    BANDAR HILIR, 26–30 September 2011 – Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPPSM) telah menganjurkan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia Ke-31 bertempat di Hotel Equatorial Melaka, Bandar Hilir, Melaka. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk R. Perumal, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa Dan Pertanian, Negeri Melaka yang mewakili Y.A.B. Datuk Seri Ketua Menteri Melaka. Seramai 40 orang pegawai kanan telah menghadiri persidangan ini yang terdiri daripada Ahli Direktorat, Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri dan Pengarah-Pengarah Bahagian IPPSM serta urus setia.

    Objektif Persidangan ini adalah seperti berikut:

    i. Persidangan ini merupakan tempat pertemuan semua Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri dan Pengarah-Pengarah Bahagian IPPSM untuk membincangkan mengenai perkara-perkara semasa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan terutama dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan pengurusan hutan Negara.

    iii. Persidangan ini juga merupakan salah satu landasan untuk menyeragamkan keputusan-keputusan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri berkenaan dasar, garis panduan teknikal, pensijilan perhutanan dan jaminan kualiti.

    ii. Persidangan ini merupakan platform yang penting sebagai satu jalan untuk merangka hala tuju dan masa depan pengurusan hutan Negara.

    YBhg. Dato’ Razani Ujang bersama dengan YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim menaiki bas untuk ke tapak lawatan.

    Sesi bergambar Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia.

    Sesi bergambar Pengarah-Pengarah Bahagian IPPSM.

    Sesi bergambar beramai-ramai semasa lawatan kerja luar.

    10

    Sesi bergambar beramai-ramai semasa lawatan kerja luar.

  • Buletin Majutan

    11

    MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN PENGARAH PERHUTANAN NEGERI KEDAHDisediakan oleh: Siti Sarah binti Shaharuddin,Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    ALOR SETAR, 02 Oktober 2011 – Satu Majlis Perpisahan Pengarah Perhutanan Negeri Kedah telah diadakan di Hotel Holiday Villa sempena kenaikan pangkat Tuan Hj. Mohd Nasir bin Abu Hassan, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah ke Bahagian Pengurusan Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPPSM) yang berkuatkuasa pada 15 september 2011. Majlis ini telah dimeriahkan dengan kehadiran pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bagi tujuan menghargai segala sumbangan yang telah beliau berikan sepanjang berkhidmat di negeri Jelapang Padi ini. Secara ringkasnya Tuan Hj. Mohd Nasir bin Abu Hassan telah ditukarkan dari Bahagian Penguatkuasaan Hutan, IPPSM ke Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sebagai Pengarah Perhutanan Negeri pada 1 November 2009. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Perhutanan Negeri Kedah selama tempoh 2 tahun serta telah menyumbangkan banyak jasa dan bakti kepada Jabatan Perhutanan Negeri termasuklah penganjuran Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Ke-30.

    Para Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bergambar bersama dengan Tuan Hj. Mohd Nasir bin Abu Hassan.

    LAWATAN RAJA MUDA PERLISDAN RAJA PUAN MUDA PERLIS KE MUZIUM PERHUTANAN GUNUNG JERAIDisediakan oleh: Nor Azura binti Majid,Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    GURUN, 04 Oktober 2011 – Raja Muda Perlis D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis D.Y.T.M. Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Dato’ Akashah Khalil bersama-sama Pegawai-Pegawai Kanan, Jabatan Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan lawatan ke Muzium Perhutanan Gunung Jerai, Gurun, Kedah. Ketibaan rombongan telah disambut oleh kakitangan Jabatan yang bertugas di Muzium Perhutanan, Unit Hutan Lipur dan Kakitangan dari Ibu Pejabat Perhutanan, Alor Setar. Raja Muda dan Raja Puan Muda serta ahli rombongan telah dibawa melawat ke Muzium Perhutanan dan Muzium Sejarah & Arkeologi yang menyimpan banyak sejarah awal Negeri Kedah.

    1. Peserta lawatan bergambar bersama-sama kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

    2. Raja Muda Perlis melawat Muzium Perhutanan Gunung Jerai.

    Raja Muda Perlis sempat meluangkan masa menandatangan Buku Lawatan Pengunjung

    Tuan Hj. Mohd Nasir bin

    Abu Hassan menyampaikan

    ucapan.

    1

    2

  • Buletin Majutan

    12

    BATU ANAM, 04 Oktober 2011 – Buat pertama kalinya Pejabat Hutan Daerah Johor Utara telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bertempat di Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam, Segamat. Majlis ini disertai seramai 65 orang warga kerja yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan. Majlis dimulakan dengan Ceramah Motivasi ‘Kecemerlangan Diri’ yang disampaikan oleh Pegawai Hutan Daerah Johor Utara. Beliau telah menyarankan agar semua warga kerja berubah ke arah yang lebih baik dan positif. Ceramah Motivasi diikuti dengan Ceramah Amalan 5S yang disampaikan oleh penceramah yang sama.

    MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT HUTAN DAERAH JOHOR UTARA, (SEGAMAT, LEDANG, MUAR)Disediakan oleh: PHK Roslan bin Mohd Ali, Jabatan Perhutanan Negeri Johor

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SYARIKAT GAHARU TECHNOLOGIES SDN.BHD., GOPENG, PERAK Disediakan oleh: Jackson Kinsabul,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    GOPENG, 6 Oktober 2011 – Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, IPPSM telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke ladang gaharu milik Syarikat Gaharu Technologies Sdn. Bhd. di Gopeng, Perak. Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan pengetahuan dan pendedahan mengenai penanaman pokok Karas/Gaharu spesis hybrid, rawatan yang dijalankan dan teknik inokulasi untuk penghasilan gaharu. Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan dari setiap bahagian IPPSM telah menyertai lawatan ini. Encik Nicklaus Ho C.W., Pengurus Besar Syarikat Gaharu Technologies Sdn. Bhd. telah memberi pendedahan kepada rombongan IPPSM mengenai penanaman pokok Karas / Gaharu hybrid, rawatan yang diperlukan, teknik inokulasi untuk menghasilkan gaharu serta mengenali produk-produk pokok Karas / Gaharu yang telah dihasilkan oleh syarikat tersebut.

    Sebelum jamuan makan tengahari, warga kerja yang lahir pada bulan September dan Oktober telah diraikan dengan upacara memotong kek harijadi serta penyampaian hadiah. Pada sebelah petang, Ustaz Ismail bin Salam, penceramah jemputan dari Pejabat Agama Daerah Segamat telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Insan yang Cemerlang’. Dalam ceramah tersebut, beliau telah menekankan bahawa untuk menjadi insan yang cemerlang seseorang itu perlu mengenali siapa diri sendiri sama ada di sisi manusia mahupun Tuhannya. Keikhlasan kepada Pencipta adalah perkara utama dalam menjalankan pekerjaan seharian. Perhimpunan bulanan yang diadakan ini telah memberi pendedahan ilmu dan pengetahuan kepada warga kerja Pejabat Hutan Daerah Johor Utara agar dapat bekerja dalam satu pasukan dengan ikatan kekeluargaan, ikhlas, bersatu hati dan gigih tanpa rasa ragu terhadap tugas yang diamanahkan demi untuk diri, agama, bangsa dan negara.

    Seragam

    Sentiasa AmalMelatih tabiat yang baik

    Seragam tempat kerja yang produktif dan selesa

    SapuSapu tempat kerja secara menyeluruh

    Susun Susun item yang diperlukan

    Sisih Sisih dan buang item yang tidak diperlukan

    5S

    Buletin Majutan

    Sesi bergambar sempena Majlis Perhimpunan Bulanan.

    Rombongan warga IPPSM ke Syarikat Gaharu Technologies Sdn. Bhd.

    Rombongan warga IPPSM ke Syarikat Gaharu Technologies Sdn. Bhd.

    12

  • Buletin Majutan

    13

    PERTANDINGAN MENEMBAK PIALA KPPSM 2011Disediakan oleh:Tharmizie bin Sagiran,Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

    CHERAS, 10 Oktober 2011 – Buat pertama kali, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Menembak Piala KPPSM 2011. Pertandingan ini disertai oleh kakitangan dan pegawai dari Bahagian-bahagian Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah memantapkan lagi kemahiran kakitangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri serta mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan Jabatan.

    1. Aktiviti pemanasan badan sebelum pertandingan bermula.

    2. Jurulatih memberi tunjuk ajar dan peringatan akan langkah-langkah keselamatan.

    3. Pemenang pingat dalam pertandingan menembak ini bergambar bersama dengan YBhg. Dato’ Razani Ujang.

    4. Johan keseluruhan bagi pertandingan menembak ini menerima hadiah daripada YBhg. Dato’ Razani Ujang.

    YBhg. Dato’ Razani Ujang mencuba sendiri pistol pertandingan.

    PERTANDINGAN KOIR INOVASI 2011Disediakan oleh: Suzana binti Mohamad Kabid,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    PUTRAJAYA, 17 Oktober 2011 –Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menganjurkan Pertandingan Koir Inovasi 2011 bertempat di Dewan Baiduri Wisma Sumber Asli, Putrajaya. Pertandingan ini mendapat penyertaan daripada 11 agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, hanya lima (5) agensi yang berjaya ke peringkat akhir. Kumpulan Koir Malar Hijau dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang terdiri daripada 20 orang ahli dipimpin oleh Cik Fadlita Mohd Taib telah menjadi johan pertandingan ini dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai sebanyak RM3000. Kumpulan Koir Malar Hijau telah menjuarai pertandingan ini selama 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2009 dan YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim merupakan penasihat kepada kumpulan koir ini. Tujuan pertandingan koir ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara agensi-agensi dibawah NRE serta memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan ahli-ahli kumpulan koir.

    Kumpulan koir Malar HIjau JPSM

    1

    3

    2

    4

  • Buletin Majutan

    14

    PEMANTAUAN UDARA WESTAR AVIATION HELICOPTER OLEH UNIT PENGUATKUASAAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGORDisediakan oleh: Tharmizie bin Sagiran,Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

    SUBANG, 19 Oktober 2011 – Program ini merupakan aktiviti bulanan yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Pada kali ini, pegawai-pegawai lantikan baru yang mengikuti program pra-penempatan telah berpeluang dan diberikan pendedahan mengenai pemantauan melalui udara. Aktiviti ini dijalankan bagi mengenalpasti kawasan-kawasan yang diceroboh dan tidak dapat dikesan melalui jalan darat. Pemandangan dari helikopter bagi kawasan yang dipantau.

    Pegawai-pegawai lantikan baru diberi pendedahan mengenai pemantauan udara.

    MAJLIS SAMBUTAN HARI PERHUTANAN SEDUNIA KE-40 PERINGKAT NEGERI TERENGGANUDisediakan oleh: Maziah binti Mahtar,Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

    DUNGUN, 31 Oktober 2011 – Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke-40 Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan dengan jayanya bertempat di Rimba Bandar Bukit Bauk, Dungun, Terengganu. Majlis yang bertemakan ‘Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hj. Za’abar bin Hj. Mohd Adib, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu. Dalam majlis ini, pelancaran telah dibuat bagi Buku Herba Edisi II, minuman herba Teh Karas dan Teh f5. Produk-produk ini merupakan keluaran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, hasil penyelidikan Jabatan sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu telah mengucapkan syabas dan tahniah dalam ucapannya kepada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu atas daya inisiatif mensasarkan penanaman sebanyak 1.5 juta pokok sehingga tahun 2014. Setakat September 2010, Jabatan ini telah berjaya menanam sebanyak 236,289 batang pokok di Terengganu. Diharapkan agar sasaran penanaman pokok ini dapat dicapai dengan adanya kerjasama dari pelbagai agensi termasuk Majlis Daerah, Institusi Pengajian Tinggi Awam, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dan sekolah. Majlis ini telah diserikan lagi dengan acara penanaman pokok beramai-ramai diketuai oleh Y.B. Datuk Hj. Za’abar bin Hj. Mohd Adib.

    Majlis dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hj. Za’abar bin Hj. Mohd Adib, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu.

    Acara penanaman pokok diketuai oleh Y.B. Datuk Hj. Za’abar bin Hj. Mohd Adib.

    14

  • Buletin Majutan

    15

    MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI BERSAMA KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA TAHUN 2011Disediakan oleh: Kumaresan Sivakave,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    KEPONG, 31 Oktober 2011 – Majlis Perhimpunan Pagi Bersama Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia telah diadakan di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negara Ku dan Warisan Hijau serta diikuti dengan Gema Wahyu – Bacaan Surah As-Shaf (Barisan) Kitab Suci Al-Quran oleh Encik Abd. Kader bin Udo Umar, Qari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan terjemahan oleh Encik Ahmad Hanafe bin Ahmad Kamali.

    YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) telah menyampaikan ucapan Amanat beliau yang bertajuk “Ke Arah Merealisasikan Wawasan JPSM Menjelang 2020” dengan menegaskan bahawa setiap warga Perhutanan mempunyai peranan penting serta bertanggungjawab dalam memperkasakan JPSM. Pembangunan dan peningkatan imej JPSM dapat dilakukan dengan penerapan dan penghayatan Budaya Kerja Cemerlang di kalangan kakitangan Jabatan. Warga Perhutanan diseru untuk melakukan anjakan paradigma yang positif serta keluar dari penetapan minda (Mind set) yang negatif. YBhg. Dato’ Dr. KPPSM juga menyeru agar warga Perhutanan menghayati simbol “TOLAK, CAMPUR, BAHAGI, KALI” yang bermaksud “Buangkan Semua Sikap Negatif, Sentiasa Bersikap Positif, Berikan (Bagikan) Sentiasa Yang Terbaik & Berulang-Ulang Kali (Istiqamah)” bagi membolehkan Bahtera Hijau mencapai destinasi Wawasan 2020.

    Majlis diteruskan dengan Sesi Soal – Jawab / Dialog Bersama YBhg. Dato’ Dr. KPPSM dan Pelancaran Buku “Economic Valuation of Ornamental Plants in Peninsular Malaysia” oleh YBhg. Dato’ Dr. KPPSM. Majlis diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Fikirkan Boleh serta jamuan makan tengahari selepas sesi bergambar.

    • Dato’ Muhammad bin Jabil “YOU MUST HAVE GOOD KNOWLEDGE

    ON ANYTHING THAT YOU DO”.• Dato’ Mohamad bin Darus “GIVE YOUR BEST SHOT”.• Dato’ Ismail bin Awang “DO YOUR VERY BEST”.• Dato’ Hashim bin Saad “JANGGAP (Jangan Anggap)”.• Dato’ Zul Mukhshar bin Shaari “NO RHETORIC”.• Dato’ Hj. Abd. Rashid bin Mat Amin “JPSM BERWAWASAN”.• Dato’ Seri Azahar bin Muda “ASK - Attitude, Skills and Knowledge”.• Dato’ Razani bin Ujang “LU FIKIRLAH SENDIRI”.

    Cogan Kata Bekas KPPSM Terdahulu

    Saranan Dato’ Dr. KPPSM

    Lakukan Perubahan• Fokus kepada Kerja (dengan Niat yang betul)• Perkukuhkan Barisan (Organisasi)• Perkasakan Semangat Berpasukan (Teamwork)• Tambahkan Ilmu Pengetahuan (Life Long Learning)• Tingkatkan Kemahiran dan Kepakaran (Skill and Knowledge)• Istiqamah (Consistent)• Pantas dan Tangkas (Tidak Bertangguh-tangguh)• Jangan Negatif (Elakkan Bersikap Negatif)• Positif dan Pro-Aktif (Sentiasa Bersikap Positif)

    15

    “Majlis Perhimpunan Pagi di Dewan Alwy, Kepong.”

  • Buletin Majutan

    16

    MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KORBAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAKDisediakan oleh: Zaimarmeen binti Zainal & Khairul Nizam bin Mohamed,Jabatan Perhutanan Negeri Perak

    IPOH, 09 November 2011 – Persatuan Kebajikan Sukan Jabatan Perhutanan (PERKSPER) dengan kerjasama PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Hari Raya Korban bertempat di Pejabat Perhutanan Negeri Perak. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hj. Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa, Pengarah Perhutanan Negeri Perak serta warga Perhutanan Negeri Perak. Majlis ini diadakan bersempena tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu, peristiwa ini jelas membayangkan bahawa setiap perkara yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin. Sebanyak tiga (3) ekor lembu telah dikorbankan dan penyembelihan tersebut telah dilaksanakan oleh Ustaz Yusri dari Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP). Semua daging korban tersebut telah diagihkan kepada semua warga perhutanan yang hadir.

    MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS TIMBALAN KETUA PENGARAH PERHUTANAN (DASAR DAN PERANCANGAN)Disediakan oleh: Kumaresan Sivakave,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Penyerahan nota serah tugas oleh YBhg. Dato’ Dr. KPPSM kepada YBhg. Dato’ TKP(DP).

    KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2011 – Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia sempena kenaikan pangkat YBhg. Dato’ Masran bin Md. Salleh yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal) sebelum ini. Kemuncak majlis ini ialah penyerahan nota serah tugas oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) kepada YBhg. Dato’ Masran bin Md. Salleh, selaku Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) yang baru. Turut hadir sama ialah Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri untuk menjayakan majlis ini.

    YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) menandatangani nota serah tugas.

    1. Warga perhutanan sedang bergotong-royong melapah kulit lembu.2. Aktiviti gotong-royong memotong daging korban untuk diagihkan.3. Pengarah Perhutanan Negeri Perak menyampaikan daging korban kepada

    Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Perak.4. Pengarah Perhutanan Negeri Perak mengagihkan daging korban kepada semua

    warga perhutanan yang hadir.

    4

    3

    2

    1

    YBhg. Dato’ Masran bin Md Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) menandatangani nota serah tugas.

    YBhg. Dato’ Masran bin Md Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) menandatangani nota serah tugas.

  • Buletin Majutan

    17

    Program Qurban JPSM 2011 disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Masran bin Md. Salleh.

    Proses penyembelihan lembu qurban. Proses pemotongan daging lembu tersebut.

    PROGRAM QURBAN JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA 2011Disediakan oleh: Kamal Kusyairi bin Abd Ghani,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    KUALA LUMPUR, 9 November 2011 – Sambutan Hari Raya Qurban yang diadakan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada hari Rabu bersamaan 13 Zulhijjah 1432 telah mengorbankan 3 ekor lembu. Sambutan ini yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Masran bin Md. Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) dan dijalankan secara gotong-royong bersama oleh kakitangan JPSM dari pelbagai bahagian. Proses penyembelihan ini dilakukan oleh Ustaz Zakaria tanpa berlakunya sebarang masalah di atas kerjasama yang diberikan oleh semua kakitangan yang terlibat. Setelah selesai pemotongan, daging lembu tersebut diagihkan kepada kakitangan JPSM dan anak yatim.

    MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH PERHUTANAN NEGERI DENGAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAHDisediakan oleh: Siti Sarah binti Shaharuddin,Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    KULIM, 09 November 2011 – Satu Majlis Perjumpaan Pengarah Perhutanan Negeri dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah diadakan di Hutan Lipur Bukit Hijau sempena Majlis Ibadah Korban dan Hari Keluarga. Majlis ini telah dirasmikan oleh YM Ku Azmi bin Ku Aman, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah dan disertai oleh 200 orang warga Jabatan dari pelbagai peringkat jawatan. Antara acara yang telah dijalankan bagi memeriahkan Hari Keluarga ialah aktiviti Bowling Kelapa, Gubahan Barangan Terbuang, Teka Biji Labu dan Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak. Setelah selesai majlis ini, satu mesyuarat Majlis Bersama Jabatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Hutan Lipur Bukit Hijau sehingga jam 4.00 petang.

    YM Ku Azmi bin Ku Aman, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah bersama Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

    Pengarah Perhutanan Negeri Kedah menyampaikan ucapannya dalam majlis ini.

  • Buletin Majutan

    18

    MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU DAN SPESIES-SPESIES YANG SESUAI DI PESISIRAN PANTAI NEGARA BIL. 2/2011Disediakan oleh: Nurul Hana binti Mohd Sayuti,Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    ALOR SETAR, 22-23 November 2011 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Bil.2/2011 telah diadakan di Hotel Holiday Villa, Alor Setar dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Masran bin Md. Salleh. Pada 22 November 2011, semua ahli jawatankuasa telah dibawa ke kawasan penanaman bakau pesisiran pantai Kuala Sala, Kota Setar bagi melawat tapak penanaman bakau yang telah ditanam pada tahun 2010. Kemudian, rombongan ahli jawatankuasa ini dibawa ke tapak penanaman bakau di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan. Seramai 8 orang wakil dari ahli jawatankuasa telah menanam pokok bakau dari spesies Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) di tapak penanaman tersebut sebagai simbolik dan tanda ingatan untuk menjayakan Program Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara ini. Seterusnya, rombongan ahli jawatankuasa telah dibawa ke Jeti Semeling, Sungai Petani untuk melawat galeri-galeri yang terdapat di jeti tersebut dan diteruskan dengan tayangan video serta berakhir dengan sesi bergambar. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat pemantauan serta penilaian kawasan penanaman di lapangan selain mengetahui dengan lebih dekat kadar kehidupan dan tumbesaran pokok bakau yang ditanam di Negeri Kedah.

    Pengarah Perhutanan Negeri Kedah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Masran bin Md. Salleh.

    Tuan Hj. Azmi bin Nordin bersama dengan penceramah kursus ini.

    KURSUS SIASATAN DAN PENDAKWAAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI TERENGGANUDisediakan oleh: Maziah binti Mahtar,Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

    MERANG, 27-30 November 2011 – Satu Kursus Siasatan dan Pendakwaan telah dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bertempat di Gem Beach Resort, Merang, Terengganu. Kursus ini dihadiri oleh 34 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan kakitangan beruniform serta dirasmikan oleh Tuan Hj. Azmi bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang prosedur dan tatacara siasatan yang betul selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993), Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1986 serta Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Antara pengisian kursus ini ialah Kuasa Menyiasat di bawah Peruntukan Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), taklimat mengenai Kandungan Kertas Siasatan, Tatacara Mengambil Rakaman Percakapan (Pengadu, Orang Kena Tuduh, Orang Yang Disyaki dan Saksi), Pengurusan dan Persediaan Pendakwaan bagi Kes Mahkamah serta Latihan Dalam Kumpulan bagi penyediaan Kertas Siasatan.

    Ahli Mesyuarat bergambar bersama-sama selepas mesyuarat dijalankan.Ahli Mesyuarat bergambar bersama-sama selepas mesyuarat dijalankan.Ahli Mesyuarat bergambar bersama-sama selepas mesyuarat dijalankan.

    Sesi bergambar bagi rombongan ahli jawatankuasa.Sesi bergambar bagi rombongan ahli jawatankuasa.Sesi bergambar bagi rombongan ahli jawatankuasa.

  • Buletin Majutan

    19

    KUALA LUMPUR, 30 November 2011 – Satu sesi wawancara bersama YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM), selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 (PPM Ke-16) telah diadakan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM1.

    Sesi wawancara yang disiarkan secara langsung ini bertujuan untuk mewar-warkan kepada masyarakat mengenai PPM Ke-16 yang diadakan pada 5-9 Disember 2011 di Negeri Melaka. Tema PPM Ke-16 “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat” telah dipilih pada kali ini bagi menzahirkan iltizam dan komitmen berterusan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah (JP Sabah) dan Jabatan Hutan Sarawak (JH Sarawak) dalam menjaga kepentingan hutan dan kualiti kehidupan masyarakat. Selain itu, ianya juga bersesuaian dengan fokus pengurusan hutan dari “Single-use” kepada “Multiple-use” mengikut kehendak masyarakat semasa.

    Dalam wawancara tersebut, YBhg. Dato’ Dr. KPPSM menerangkan objektif dan kepentingan PPM Ke-16 ialah untuk menyelaras pengurusan dan penggunaan sumber hutan yang dirancang secara efektif demi pembangunan negara. PPM Ke-16 turut memberi ruang dan peluang kepada warga rimbawan dari JPSM, JP Sabah dan JH Sarawak untuk saling bertukar fikiran dan maklumat, serta berkongsi pengalaman berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, perancangan dan pembangunan sektor perhutanan di Malaysia. Beliau berharap agar halatuju sektor perhutanan akan dapat diperkasakan bagi mengurus khazanah hutan negara secara berkekalan untuk menjadi pemangkin bukan sahaja dari aspek penjanaan ekonomi negara dan kestabilan alam sekitar, malah untuk menjamin kesejahteraan masyarakat.

    Selain melibatkan 6 sesi pleno dan 36 kertas kerja pembentangan yang mengupas tentang aspek penting bidang perhutanan, PPM Ke-16 pada kali ini turut memuatkan lawatan luar semasa persidangan, pameran dan lawatan ahli keluarga. Pada akhir sesi wawancara tersebut, YBhg. Dato’ Dr. KPPSM berharap agar satu resolusi bersama dapat dicapai dalam PPM Ke-16 agar kawasan Hutan Simpanan Kekal di Malaysia dapat diuruskan secara mapan demi kepentingan negara dan kesejahteraan masyarakat.

    SESI WAWANCARA RTM 1 BERSAMA YBHG. DATO’ Dr. KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIADisediakan oleh: Regina Mariah Jong,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Sesi wawancara bersama YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

  • Buletin Majutan

    20

    MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PERAKDisediakan oleh:Zaimarmeen binti Zainal & Khairul Nizam bin Mohamed,Jabatan Perhutanan Negeri Perak

    IPOH, 01 Disember 2011 – Satu Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Perhutanan Negeri Perak telah diadakan di Pejabat Perhutanan Negeri Perak sempena kenaikan pangkat YBhg. Dato’ Hj. Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi & Teknikal), Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia. Manakala Tuan Hj. Roslan bin Ariffin, Pengarah Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan dari Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Perhutanan Negeri Perak yang baru. Majlis di mulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg. Dato’ Hj. Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa, mantan Pengarah Perhutanan Negeri Perak dan majlis menandatangani nota serah tugas serta penyerahan nota serah tugas kepada Pengarah Perhutanan Negeri Perak yang baru. Penyerahan nota serah tugas telah dibuat dengan upacara simbolik di mana penyerahan tongkat kuasa oleh mantan Pengarah Perhutanan Negeri Perak kepada Pengarah Perhutanan Negeri Perak yang baru. Majlis diteruskan dengan upacara menanam pokok di perkarangan Pejabat Perhutanan Negeri oleh YBhg. Dato’ Hj. Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa dan Tuan Hj. Roslan bin Ariffin. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama mantan Pengarah Perhutanan Negeri Perak dan Pengarah Perhutanan Negeri Perak yang baru dan diakhiri dengan jamuan ringan.

    Sesi bergambar bersama pegawai kanan dan renjer hutan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

    YBhg. Dato’ Hj. Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa, mantan Pengarah Perhutanan Negeri Perak memberi ucapan.

    1. Penanaman pokok di perkarangan Pejabat Perhutanan Negeri oleh Tuan Hj. Roslan bin Ariffin.

    2. Penanaman pokok di perkarangan Pejabat Perhutanan Negeri oleh YBhg. Dato’ Hj. Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa.

    3. Majlis menandatangani penyerahan nota serah tugas Pengarah Perhutanan Negeri Perak.

    4. Penyerahan tongkat simbolik sebagai penyerahan tugas kepada Pengarah Perhutanan Negeri Perak yang baru.

    4

    31

    2

    20

  • Buletin Majutan

    21

    PERSIDANGAN PERHUTANAN MALAYSIA KE-16Disediakan oleh: Kumaresan Sivakave,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    BANDAR MELAKA BERSEJARAH, 05-09 Disember 2011 – Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 telah diadakan di Negeri Melaka - Bandaraya Bersejarah dengan tema ‘Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’. Lokasi persidangan ialah di Dewan Bunga Raya, Hotel Renaissance, Bandar Melaka Bersejarah. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk R. Perumal, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa Dan Pertanian, Negeri Melaka yang mewakili Y.A.B. Datuk Seri Ketua Menteri Melaka.

    Persidangan Perhutanan Malaysia diadakan sekali bagi setiap tiga tahun dan dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak secara bergilir. Persidangan ini merupakan satu platform bagi semua warga Jabatan Perhutanan dan Sarawak Forestry Corporation untuk saling bertukar fikiran dan maklumat, dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, perancangan dan pembangunan sektor perhutanan di Malaysia.

    Seramai 277 orang peserta dan pemerhati telah berkampung selama 5 hari di Hotel Renaissance untuk menjayakan Persidangan dengan objektif seperti berikut:

    Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat sempena perasmian Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16.

    Membincang dan mengenalpasti cara penyelesaian bersama terhadap masalah berkaitan pengurusan dan pembangunan hutan.

    Menyelaras pengurusan dan penggunaan sumber hutan yang dirancang secara efektif demi pembangunan negara.

    Memupuk perhubungan erat dan persefahaman di kalangan warga perhutanan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

    Membincang dan mengenalpasti cara penyelesaian bersama terhadap masalah berkaitan pengurusan dan pembangunan hutan.

    Menyelaras penyelidikan dan penggunaan teknik-teknik terbaik dalam semua aspek operasi dan penggunaan hasil hutan.

    Memupuk dan meningkatkan kesedaran orang awam melalui publisiti dan pendidikan berkaitan kepentingan perhutananan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

    I II IVIII V VI

    Promosi produk herba kepda tetamu kehormat.

    Para peserta persidangan sedang mendengar pembentangan kertas kerja.

    Peserta persidangan mendapatkan bantuan khidmat kaunter pendaftaran.

    Salah seorang daripada pembentang kertas kerja.

    Peserta persidangan mendapatkan bantuan khidmat kaunter pendaftaran.

    Para peserta persidangan sedang mendengar pembentangan kertas kerja. Salah seorang daripada pembentang kertas kerja.

  • Buletin Majutan

    22

    PERTANDINGAN FUTSAL SEMPENA PERSIDANGAN PERHUTANAN MALAYSIA KE-16Disediakan oleh: Kumaresan Sivakave,Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia

    BATU BERENDAM, 07 Disember 2011 – Sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 (PPM16), satu Pertandingan Futsal antara Jabatan Perhutanan telah diadakan di Kompleks Sukan Batu Berendam. Acara sukan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan menyempurnakan sepakan pertama sebagai simbolik perasmian. Lima (5) pasukan dari tiga (3) Jabatan iaitu JPSM A, JPSM B, JH Sarawak A, JH Sarawak B dan JP Sabah telah bertanding dalam acara sukan ini secara round-robin. Setiap pasukan telah mempamerkan kemahiran dan semangat berpasukan serta telah bermain dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan ini. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap pemain di gelanggang telah memeriahkan pertandingan ini. Keputusan Pertandingan Futsal: Johan ialah JPSM B, tempat kedua JH Sarawak A dan tempat ketiga JP Sabah.

    Majlis Penutupan Persidangan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia mewakili Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 9 Disember 2011. Jabatan Perhutanan Sabah akan menjadi tuan rumah untuk Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-17 yang dijadual diadakan pada tahun 2014.

    Pembentang kertas kerja bagi Sesi Pleno 4

    Sepakan pertama daripada YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia sebagai simbolik perasmian.

    Aksi permain semasa pertandingan.

    Kehadiran YBhg. Dato’ Razani Ujang selaku Presiden IRIM.Kehadiran YBhg. Dato’ Razani Ujang selaku Presiden IRIM.Pembentang kertas kerja bagi Sesi Pleno 4

    22

  • Buletin Majutan

    23

    Program tanaman bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16.

    PROGRAM TANAMAN BAKAU DAN SPESIES-SPESIES YANG SESUAI DI PESISIRAN PANTAI DI BAWAH PROGRAM INTERNATIONAL YEAR OF FOREST 2011: FOREST FOR PEOPLE BERSAMA MASYARAKAT TEMPATAN SEMPENA PERSIDANGAN PERHUTANAN MALAYSIA KE-16

    Disediakan oleh: Nur Hidayah binti Abdul Razif,Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

    PORT DICKSON, 07 Disember 2011 – Program tanaman bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai telah diadakan sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 di bawah Program International Year Of Forest 2011: Forest For People di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Tujuan program ini ialah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan ekosistem hutan pesisiran pantai dan menyemai rasa cinta terhadap alam semulajadi di kalangan orang ramai. Di samping itu, ia menggalakkan penglibatan aktif pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan belia/pelajar sekolah dan masyarakat tempatan serta peserta dari Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dalam aktiviti-aktiviti penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai. Melalui program ini peserta dapat pendedahan secara hands-on berhubung aspek-aspek pemeliharaan dan pemuliharaan hutan pesisiran pantai. Sejumlah 300 anak pokok jenis Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) telah ditanam oleh peserta dari PERTIS dengan iringan peserta Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16.

  • Buletin Majutan

    24

    MAKLUMAN – Sajak “1 Peringatan, 1 Peringatan Untuk Kita” telah dideklamasikan sendiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia di Majlis Makan Malam 1Forestry sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16 di Hotel Bayview, Bandar Melaka Bersejarah, Melaka pada 08 Disember 2011.

    Wahai Teman-teman Ku…

    Malam IniSampailah Jua Ke Penghujung 5 Hari Perkampungan KitaJayakan Bersama Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16, 5-9 Disember 2011Temanya “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat”Sempena Jua “Tahun Hutan Antarabangsa 2011”Di Negeri Melaka Maju Negeri Ku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau

    Wahai Teman-teman Ku…

    Janganlah Kita Pula AlpaBahawa Di Hati KitaTersemat Niat Untuk Membangunkan Khazanah Hutan NegaraBagi Dimanfaatkan Oleh Generasi Hari IniDan Akan Datang Untuk Selama-lamanya

    Janganlah Kita Pula AlpaBahawa Di Pundak Bahu KitaTerpikul Satu Tanggungjawab BesarMengurus, Membangun dan Mentadbir Sumber Hutan Negara

    Janganlah Kita Pula AlpaBahawa Di Kepala KitaBanyak Perancangan StrategikUntuk Memakmurkan Khazanah Hutan NegaraBagi Dimanfaatkan Oleh Kita Semua

    Janganlah Kita Pula AlpaBahawa Di Tangan KitaTerletaknya Kuasa MelaksanakanPelbagai Perundangan Perhutanan NegaraAgar Hutan Kita Tidak Diceroboh Secara Berleluasa

    Janganlah Kita Pula AlpaJanganlah Kita Pula AlpaJanganlah Kita Pula AlpaBahawa Di Kaki KitaBumi Hijau Ini Yang Kita PijakDan Berjalan Di AtasnyaMenuju Destinasi Yang Penuh BeronakYang Perlu Kita Harungi Bersama-sama

    Demi Yang Maha Esa…Ayuh Kita Bersama-sama BerdoaAyuh Kita Bersama-sama BerusahaAgar Sektor Perhutanan Negara Akan Terus Perkasa KeranaBumi Ini Belum Hilang Lagi Warna Hijaunya

    Sajak: “1 PERINGATAN, 1 PERINGATAN UNTUK KITA” DARI SEORANG RIMBAWAN KERDIL

    www.forestry.gov.my