laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

Upload: romanus-peter

Post on 04-Jun-2018

354 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    1/122

    KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI MALAYSIA KAJIANPEMATUHAN PERATURAN DI SYARIKAT TERPILIH

    MOHD ASRUL BIN RAFIIN @ SHAFIEN

    Laporan Projek Sarjana Muda ini

    Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

    Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

    (Pengurusan Pembinaan)

    Fakulti Kejuruteraan Awam

    Universiti Teknologi Malaysia

    Skudai, Johor

    APRIL, 2005

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    2/122

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : ___________________________________

    Nama Penulis : MOHD ASRUL BIN RAFIIN @ SHAFIEN

    Tarikh : 7 APRIL 2005

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    3/122

    Khas buat :

    (Abah & ma yang tercinta)

    Raffin @ Shafien Mamat & Rukiah Daud

    (Serta adik beradik yang dikasihi)

    Siti Narahuda & Roslan

    Siti Rohaya & Aidulfitri

    Siti Rohani & Mohd Johari

    Muhamaad Asmawi

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    4/122

    PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan selawat

    salam kepada RasulNya yang membimbing manusia ke jalan kebenaran.

    Alhamdulillah, dengan segala sifatNya yang maha sempurna yang telah

    mengurniakan kekuatan untuk saya menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda

    ini.

    Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas

    dan ucapan terima kasih kepada para penyelia projek, Puan Balqis Omar, Dr.

    Aminah Md. Yusof yang sentiasa memberikan semangat, bimbingan, dorongan, dan

    juga nasihat kepada saya sepanjang tempoh penghasilan projek ini.

    Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas kepada abah (Rafiin

    Mamat) dan emak (Rukiah Daud) dan semua ahli keluarga yang telah banyak

    berkorban masa dan tenaga demi melihat kejayaan saya sepanjang tempoh pengajian

    ini. Jasa dan pengorbanan kalian pastinya tidak akan dilupakan buat selamanya.

    Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan sayayang telah bayak

    membantu dalam menyiapkan projek ini iaitu Ahmad Tarmizi, Mat Nang, Mat Din,

    Wan Ikram, Niknor, Kasyfi dan rakan-rakan yang lain serta yang terlibat secara tidak

    langsung.

    Akhir kalam, semoga laporan ini akan berguna dan menjadi panduan yang

    terbaik untuk semua.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    5/122

    ABSTRAK

    Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh pertubuhan yang berkaitan seperti

    PERKESO, Jabatan Buruh dan lain-lain menunjukkan tahap keselamatan dan

    kesihatan di Malaysia masih berada dalam keadaan yang membimbangkan.

    Kebanyakan projek pembinaan masih tidak mempraktikkan sepenuhnya elemen

    keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Ini boleh dilihat daripada projek

    yang kecil hingga yang besar di mana elemen keselamatan sepatutnya ditekankan.

    Menjadi isu, mengapakah keadaan ini masih lagi berterusan walaupun banyak usaha

    yang telah dilakukan untuk menyedari pihak yang terbabit tentang kepentingan

    keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan? Objektif kajian ini untuk meninjau

    elemen-elemen keselamatan yang seharusnya diamalkan oleh majikan, pekerja dan

    pihak yang lain dalam industri pembinaan. Kajian ini dijalankan dengan soal selidik

    di mana ia merangkumi prosedur, polisi dan sebagainya. Perbandingan dibuat antara

    hasil soal selidik dengan aspek keselamatan sebenar bagi perlaksanaan keselamatan

    dan kesihatan di tapak pembinaan. Keseluruhannya terdapat kesedaran dan

    kefahaman dalam perlaksanaan dan pematuhan peraturan keselamatan dan kesihatan

    di syarikat pembinaan di Malaysia.

    .

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    6/122

    ABSTRACT

    Annual report by related organizations such as SOCSO, Labour Department

    and others show that safety and health level in Malaysia still happen to be in a quit

    anxiety condition. Most construction project still not entirely practice the safety

    element. This can obviously be seen anywhere, from smaller project to bigger project,

    which the safety elements are suppose to be emphasized. The issue is why did its still

    continue despite many efforts have be done so that all the participants in the industry

    realize the importance and needs of safety and health at construction site? The

    purpose of the study is to review the safety elements, which should be applied by

    employers, employees and others in the industry. The study was conducted using

    structured questionnaires which cover safety aspect includes procedures, policy etc.

    Then, comparison is made between the responds and the real safety aspect to obtain

    safety and health implementation level at the construction site. Generally, there are

    awareness and understanding in implementing and enforcing the safety and health

    regulations at construction companies in Malaysia.

    .

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    7/122

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    TAJUK i

    PENGAKUAN iii

    DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL xiii

    SENARAI RAJAH xiv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

    BAB I PENGENALAN

    1.0 Pengenalan 1

    1.1 Kenyataan Masalah 3

    1.2 Objektif Kajian 4

    1.3 Skop Kajian 4

    1.4 Metodologi 5

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    8/122

    BAB II KESIHATAN DAN KESELAMATAN

    DI TAPAK PEMBINAAN

    2.0 Pengenalan 6

    2.1 Istilah-istilah Keselamatan dan Kesihatan 6

    2.1.1 Keselamatan dan Kesihatan 7

    2.1.2 Hazard 7

    2.1.3 Risiko 7

    2.1.4 Kemalangan 8

    2.2 Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan 8

    2.3 Kelas-kelas Keselamatan dan Kesihatan 10

    2.3.1 Tahap Kecederaan 11

    2.3.2 Jenis Peristiwa Yang Mengakibatkan

    Kemalangan 11

    2.3.3 Agensi Kemalangan 13

    2.3.4 Lokasi Kecederaan Pada Tubuh 13

    2.3.5 Sifat Kecederaan 14

    2.4 Penutup 15

    BAB III AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

    DI MALAYSIA

    3.0 Pengenalan 16

    3.1 Keselamatan dan Kesihatan Dalam

    Industri Pembinaan 17

    3.1.1 Ramalan Pengiraan 17

    3.1.2 Mesyuarat Perancangan Keselamatan

    dan Kesihatan Pekerjaan 18

    3.2 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 23

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    9/122

    3.2.1 Tanggungjawab Pekerja 24

    3.2.2 Tanggungjawab Pihak Majikan

    dan Pihak Berkuasa 24

    3.3 Statistik Kemalangan 26

    3.4 Penutup 33

    BAB IV PENGUMPULAN DATA

    4.0 Pengenalan 34

    4.1 Pengumpulan Data Kajian 35

    4.2 Penyediaan Borang Soal Selidik 36

    4.3 Kaji Selidik 37

    4.3.1 Pengagihan Borang Soal Selidik 38

    4.3.1.1 Kaedah Pengagihan Melalui Pos 39

    4.3.1.2 Kaedah Pengagihan Melalui

    Serahan Tangan 39

    4.3.1.3 Temuramah 40

    4.3.2 Penyusunan dan Pemindahan Data 41

    4.3.3 Penganalisisan Data 42

    4.4 Latar Belakang Responden atau Syarikat 43

    4.5 Masalah Yang Dihadapi 43

    4.6 Analisis Awal 44

    4.6.1 Agihan Maklum Balas Borang Soal Selidik 45

    4.6.2 Analisis Soalan Bahagian A 45

    4.6.3 Analisis Soalan 2 47

    4.6.4 Analisis Soalan 3 47

    4.7 Penutup 48

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    10/122

    BAB V ANALISIS TERPERINCI

    5.0 Pengenalan 49

    5.1 Analisis Pengurusan Keselamatan

    dan Kesihatan Pekerjaan 50

    5.2 Analisis Kemudahan Perubatan 56

    5.3 Analisis Aspek-aspek Pencegahan Kemalangan 57

    5.4 Analisis Jawatankuasa Keselamatan

    dan Kesihatan Pekerjaan 58

    5.5 Analisis Kajian Kes 59

    5.5.1 Pengenalan 59

    5.5.2 Latar Belakang Projek 60

    5.5.3 Kewajipan Majikan dan Syarikat 60

    5.5.4 Polisi Keselamatan 61

    5.5.5 Maklumat, Arahan, Latihan

    dan Pengawasan Keselamatan 63

    5.5.6 Organisasi Keselamatan dan Kesihatan 63

    5.5.6.1 Pengerusi / Pengurus Projek 65

    5.5.6.2 Pegawai Keselamatan 65

    5.5.6.3 Penyelia 66

    5.5.7 Sistem Permit Kerja 67

    5.5.7.1 Prinsip-prinsip Sistem Permit Kerja 67

    5.5.7.2 Dokumentasi Sistem Permit Kerja 69

    5.5.7.3 Pihak Yang Bertanggngjawab

    Terhadap Permit Kerja 71

    5.5.8 Prosedur Kecemasan 73

    5.5.9 Program Peralatan Perlindung Persendirian 75

    5.5.9.1 Pengenalan 75

    5.5.9.2 Peralatan Perlindungan Kepala 75

    5.5.9.3 Peralatan Perlindungan Mata

    dan Muka 77

    5.5.9.4 Peralatan Perlindungan Kaki 77

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    11/122

    5.5.9.5 Peralatan Perlindungan Telinga 78

    5.5.9.6 Peralatan Perlindungan Tangan 78

    5.5.9.7 Peralatan Perlindungan

    Sistem Pernafasan 78

    5.5.9.8 Tali Pinggang Keselamatan 79

    5.6 Penutup 79

    BAB VI KESIMPULAN DAN CADANGAN

    6.0 Pengenalan 80

    6.1 Penilaian Objektif 81

    6.1.1 Mengkaji kepentingan aspek keselamatan

    dan kesihatan dalam industri pembinaan 82

    6.1.2 Mengkaji amalan keselamatan dan

    kesihatan dalam projek pembinaan

    di Malaysia 83

    6.1.3 Mengkaji dan menilai pengurusan

    keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang

    diamalkan syarikat kontraktor terpilih 84

    6.2 Kesimpulan 85

    6.3 Cadangan 85

    RUJUKAN 86

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    12/122

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    2.1 Statistik kemalangan mengikut jenis peristiwa

    tahun 2003 dalam industri di Malaysia 12

    2.2 Statistik kemalangan menurut sifat kecederaan

    tahun 2003 dalam industri di Malaysia 14

    3.1 Bilangan kemalangan dalam perusahaan

    pembinaan pada tahun 2003 28

    3.2 Bilangan kemalangan mengikut jenis

    kecederaan tahun 2003 28

    3.3 Bilangan kemalangan mengikut lokasi

    kecederaan tahun 2003 29

    3.4 Bilangan kemalangan mengikut jenis

    peristiwa tahun 2003 31

    4.1 Bilangan dan peratus responden mengikut

    tempoh penubuhan syarikat 47

    4.2 Bilangan dan peratus responden mengikut

    bilangan projek yang telah dijalankan 48

    5.1 Senarai jawapan kepada soalan bagi

    subtopik kemudahan perubatan 56

    5.2 Senarai jawapan kepada soalan bagi

    subtopik pencegahan kemalangan 57

    5.3 Perjalanan mesyuarat jawatankuasa

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    13/122

    keselamatan dan kesihatan 58

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    2.1 KlasifikasiBird 11

    3.1 Jumlah kemalangan mengikut sektor

    tahun 1999 hingga September tahun 2003 27

    4.1 Bilangan responden mengikut negeri operasi 46

    4.2 Bilangan responden mengikut kelas kontraktor 46

    5.1 Kewujudan polisi keselamatan di tapak pembinaan 50

    5.2 Pengetahuan tentang fungsi polisi keselamatan 51

    5.3 Kemudahan yang terdapat di tapak pembinaan 52

    5.4 Penyediaan peralatan peribadi (PPE) oleh syarikat 52

    5.5 Kejadian kemalangan nyaris di tapak pembinaan

    dalam tempoh 3 bulan 53

    5.6 Kejadian kemalangan minor di tapak pembinaan

    dalam tempoh 3 bulan 54

    5.7 Kejadian kemalangan major di tapak pembinaan

    dalam tempoh 6 bulan 54

    5.8 Kejadian kemalangan maut di tapak pembinaan

    dalam tempoh 6 bulan 55

    5.9 Kewujudan jawatankuasa keselamatan

    dan kesihatan pekerjaan 58

    5.10 Polisi keselamatan dan kesihatan

    NC & B Resources (M) Sdn. Bhd. 62

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    14/122

    5.11 Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan

    Kesihatan NC & B Resources (M) Sdn. Bhd. 67

    5.12 Permit kerja yang digunakan oleh

    NC & B Resources (M) Sdn. Bhd. 72

    5.13 Peringkat-peringkat bagi laporan kemalangan

    NC & B Resources (M) Sdn. Bhd. 74

    5.14 Polisi penggunaan peralatan perlindungan peribadi 76

    NC & B Resources (M) Sdn. Bhd.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    15/122

    SENARAI LAMPIRAN

    NO. LAMPIRAN MUKA SURAT

    LAMPIRAN A 89

    LAMPIRAN B1 94

    LAMPIRAN B2 95

    LAMPIRAN B3 96

    LAMPIRAN B4 97

    LAMPIRAN B5 98

    LAMPIRAN C 99

    LAMPIRAN D 102

    LAMPIRAN E 106

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    16/122

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.0 Pendahuluan

    Industri pembinaan dikatakan berkait rapat dengan ekonomi sesebuah negara.

    Meningkatnya aktiviti pembinaan banyak didorong oleh kepesatan ekonomi yang

    memerlukan kemudahan fizikal selaras dengan kepesatan itu. Selain daripada itu

    pertambahan penduduk yang mempengaruhi industri pembinaan di sesebuah negara.

    Bertambahnya bilangan rakyat memperlihatkan peningkatan kepada keperluan asas

    seperti kediaman malah kemudahan infrastruktur yang lain. Sehubungan dengan itu,

    kerajaan selalu menjadikan sektor pembinaan sebagai alat untuk menguruskan

    ekonomi negara. Sering kali disebut, industri pembinaan yang giat tumbuh ialah

    penyumbang penting kepada kepesatan ekonomi negara, manakala kemerosotan

    industri pembinaan merupakan gambaran yang paling jelas kepada krisis ekonomi

    negara. Di Malaysia, industri pembinaan telah berkembang pesat sejajar dengan

    perkembangan ekonomi yang meningkat sejak tahun 1988. Purata kadar

    pembangunan tahunan bagi sektor pembinaan adalah 11.0 peratus. Sektor ini

    melibatkan 659,400 orang pekerja dalam tahun 1995 dan telah meningkat kepada

    850,000 orang bagi tahun 2000 (Laporan Ekonomi, 2001). Pertumbuhan ekonomi

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    17/122

    yang pesat, walaubagaimanapun tidak meningkatkan perkembangan positif daripada

    segi keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan.

    Dalam industri pembinaan, keselamatan membawa erti disiplin melindungi

    para pekerja daripada keadaan bahaya dan berisiko. Manakala kesihatan di tapak

    pembinaan merujuk kepada aspek kesan jangka panjang, iaitu ancaman penyakit

    akibat pendedahan kepada keadaan yang bahaya secara berterusan.

    Dalam isu keselamatan, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)

    menganggarkan antara 1.9 hingga 2.3 juta pekerja di seluruh dunia yang meninggal

    dunia setiap tahun berpunca dari sebab-sebab berkaitan pekerjaan. Dari jumlah ini,

    sebanyak 354,000 kematian adalah berpunca dari kemalangan dan benua Asia

    mencatatkan peratusan paling tinggi iaitu 81.45 peratus atau 288,300 kematian. (ILO,

    1988). Sejak tahun 1977, kemalangan dalam sektor pembinaan di Asia bersamaan

    dengan 5.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan. Pada tahun 2000,

    terdapat 4,873 kes kemalangan dilaporkan dalam industri pembinaan yang

    melibatkan 159 kematian dan 642 kecacatan kekal. Jumlah kes kemalangan yang

    tidak dilaporkan mungkin mencapai dua atau tiga kali lebih tinggi daripada kes yang

    dilaporkan. (Undang-undang Malaysia, 1994).

    Di samping itu, ILO mengangkakan bagi setiap satu kematian yang

    direkodkan di seluruh dunia, kesannya amatlah membimbangkan di mana seramai

    2,400 orang perlu bercuti atau mendapatkan kelepasan masa, 5000 orang

    memerlukan bantuan kecemasan dan mereka yang hampir terlibat dengan

    kemalangan adalah sebanyak 79,000. Kos bagi kemalangan dan penyakit-penyakit

    berkaitan pekerjaan adalah di antara tiga hingga empat peratus daripada Keluaran

    Dalam Negara Kasar (KDNK/GDP).

    Malahan berdasarkan anggaran ILO lebih dari 5,000 pekerja di seluruh duniakehilangan nyawa mereka semasa bekerja setiap. Kos untuk tidak berbuat apa-apa

    terhadap semua kemalangan ini adalah sebanyak 4 peratus KDNK gabungan semua

    negara. Ini adalah bersamaan dengan jumlah KDNK semua negara Afrika, Timur

    Tengah dan Asia Tenggara.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    18/122

    Bagi industri pembinaan yang sedia terkenal dengan bahaya dan imej buruk

    lain, keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak pembinaan semakin menjadi isu

    penting. Ini kerana, dalam keghairahan pihak majikan untuk mendapatkan

    keuntungan yang maksimum, isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak

    pembinaan semakin diabaikan dan dilupakan dalam menjalankan projek-projek

    pembinaan. Berpunca daripada itu, angka-angka kemalangan dan kematian di tapak

    pembinaan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan ini mempunyai

    implikasi yang besar kepada kedua-dua pihak sama ada majikan atau pekerja dari

    aspek penderitaan, kos ekonomi dan tindakan undang-undang yang merugikan

    kedua-duanya. Keadaan ini menggugat keyakinan orang ramai terhadap pekerjaan

    dalam sektor ini. Keselamatan dan kesihatan sepatutnya menjadi pertimbangan yangpenting dalam semua peringkat projek dalam industri pembinaan. Ini adalah

    disebabkan pekerja-pekerja yang terlibat merupakan aset penting negara dan menjadi

    tulang belakang negara. Oleh kerana itu, pengetahuan dan kefahaman yang

    mendalam tentang program keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah satu aset

    yang amat bernilai kepada majikan dan juga pekerja.

    1.1 Kenyataan Masalah

    Dalam projek ini, faktor yang menjurus kepada peningkatan kemalangan akan

    dikaji. Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk mewujudkan persekitaran yang

    selamat di tapak pembinaan memerlukan kos yang tinggi dan penglibatan ramai

    pihak termasuk pihak berkuasa , pihak majikan dan pekerja itu sendiri. Namun

    begitu ia bukan alasan untuk mengabaikan dan melupakan tentang keselamatan dan

    kesihatan di tapak pembinaan.

    Berdasarkan kepada fakta jumlah kemalangan, didapati isu keselamatan dan

    kesihatan di tapak pembinaan agak meruncingkan. Adakah komen ini berdasarkan

    kepada pengabaian atau faktor tentang punca yang menjurus kepada faktor

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    19/122

    persekitaran yang lain? Kajian perlu dibuat untuk mengkaji kepentingan penekanan

    aspek keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan di Malaysia.

    Melalui analisis data dan maklumat yang akan dikumpulkan dari beberapa

    pihak di tapak pembinaan, dapat dilihat punca-punca kemalangan dan tahap

    pengabaian pengabaian tentang aspek keselamatan dan kesihatan dan seterusnya

    penyelesaian yang lebih efektif dapat dicadangkan kepada pihak majikan, pihak

    berkuasa dan pekerja.

    1.2 Objektif Kajian

    Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

    i. Mengkaji kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan dalam

    industri pembinaan.

    ii. Mengkaji amalan keselamatan dan kesihatan dalam projek

    pembinaan di Malaysia.

    iii. Mengkaji pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

    yang diamalkan syarikat kontraktor terpilih.

    1.3 Skop Kajian

    Skop kajian adalah bertumpu kepada polisi keselamatan dan kesihatan yang

    dilaksanakan di tapak pembinaan. Kajian ini lebih menekankan kepada kaedah

    perancangan, perlaksanaan dan keputusan yang dilakukan terhadap program

    keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Kajian ini dibandingkan dengan hasil

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    20/122

    kajian yang dijalankan di tapak pembinaan secara literatur, pengumpulan data-data

    dan maklumat serta dari pembacaan jurna-jurnal dan tesis-tesis terdahulu.

    1.4 Metodologi

    i. Mengenalpasti permasalahan yang hendak dikaji berkaitan dengan

    faktor keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan.

    ii. Kajian literatur - Kajian dijalankan berdasarkan pengumpulan

    maklumat berkaitan pengurusan terhadap program keselamatan dan

    kesihatan dari buku-buku, jurnal-jurnal dan tesis-tesis yang berkaitan

    dengan bidang tersebut

    iii. Menghasilkan satu kaji selidik yang menyentuh isu-isu keselamatan

    dan kesihatan negara. Kajian kes dilakukan terhadap syarikat

    kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

    yang menjalankan projek pembinaan. Lawatan ke tapak pembinaan

    dibuat untuk meneliti penekanan yang diberikan terhadap aspek

    keselamatan dan kesihatan dengan lebih terperinci.

    iv. Membuat analisa dari data kaji selidik ke atas beberapa syarikat

    pembinaan yang dikenalpasti di Malaysia.

    v. Menghasilkan keputusan ke atas kerja cadangan yang dijangka dapat

    membantu ke arah meningkatkan mutu tahap keselamatan dan

    kesihatan di Malaysia.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    21/122

    BAB II

    KESIHATAN & KESELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN

    2.0 Pengenalan

    Di bab ini akan membincangkan tentang istilah-istilah yang berkaitan dengan

    keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Istilah-istilah ini amat penting untuk difahami

    sebelum penerangan yang lebih terperinci pada bab yang seterusnya. Selain daripada

    itu perbincangan tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan

    diulas dalam bab ini bagi membolehkan pencapaian objektif satu projek ini.

    2.1 Istilah-Istilah Keselamatan dan Kesihatan

    Terdapat beberapa istilah yang perlu difahami sebelum perbincangan lebih

    lanjut dibuat. Ini termasuklah;

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    22/122

    2.1.1 Keselamatan dan Kesihatan

    Keselamatan bermaksud bebas daripada bahaya yang wujud di persekitaran

    kerja dan menurut kamus Websterpula ia bermaksud kualiti atau keadaan yang tidak

    membawa risiko.Manakala kesihatan pula bermaksud keadaan tubuh badan atau

    minda berada dalam keadaan baik atau tidak baik (OHSAS 18002).

    2.1.2 Hazard

    Occupational Safety and Health Assessment Series, 18002 (OHSAS 18002)

    dan (ISO/IEC Guide 51:1999) mentakrifkanHazardsebagai punca atau keadaan

    yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan

    dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat

    kerja, atau gabungan kedua-duanya. Contoh-contohHazardadalah seperti bahan

    kimia , sinaran, elektrik, biohazard dan sistem kerja yang tidak selamat.

    2.1.3 Risiko

    Risiko adalah gabungan kemungkinan dan akibat sesuatu peristiwa berhazard

    berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan faktor-faktor kemungkinan

    berlakunya peristiwa malang , dedahan dan impak kemalangan tersebut. (OHSAS

    18002.)Kemungkinan di sini bermaksud kebarangkalian kemalangan itu berlaku.

    Kebarangkalian boleh ditentukan daripada statistik kemalangan. Sebagai contoh, dua

    kecederaan berat berlaku dalam satu juta jam kerja. Dedahan bermaksud kekerapan

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    23/122

    pekerja terdedah kepada hazard. Kesan kemalangan pula bermaksud impak

    kemalangan. Di dalam konteks kecederaan, impak kemalangan boleh melibatkan

    kematian, kecederaan besar, kecederaan kecil atau kemalangan nyaris.

    2.1.4 Bahaya

    Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Panduan

    ISO/IEC 51:1990(E)mencadangkan perkataan Bahaya digunakan untuk

    menerangkan kepada keadaan berisiko tinggi.

    2.1.5 Kemalangan

    Kemalangan ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang tidak dirancang, yang

    berkemungkinan mengakibatkan kecederaan perseorangan atau kerosakan harta

    benda.(KingdanHudson).

    Setelah membincangkan takrifan dapatlah dilihat bahwa keselamatan dan

    kesihatan mefokus kepada risiko dan bahaya. Sehubungan dengan itu, wajar pula

    dilihat kepentingan penjagaan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan

    2.2 Kepentingan Penjagaan Keselamatan dan Kesihatan

    Keperluan untuk meningkatkan usaha bagi membendung kemalangan di tempat

    kerja kini amat mendesak dan perlu disegerakan secara kolektif. Kawasan pembinaan

    adalah satu tempat yang amat terdedah kepada berlakunya kemalangan. Oleh itu,

    setiap pekerja yang berada di dalam kawasan tersebut perlu mengambil langkah

    pencegahan supaya kemalangan tidak berlaku. Pada asasnya, terdapat tiga sebab

    mengapa berlakunya kemalangan di tapak pembinaan yang perlu dicegah.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    24/122

    i. Sikap Perikemanusiaan

    Sikap ini perlu ada pada setiap pekerja yang bekerja di dalam kawasan

    tapak pembinaan bagi memastikan semua pekerja berada dalam keadaan

    selamat ataupun sihat dan tiada sesiapa yang mengalami kemalangan

    semasa bekerja atau dijangkiti penyakit semasa di tempat kerja. Dengan

    berlakunya kemalangan atau kecelakaan, kehilangan nyawa atau

    kecederaan akan meninggalkan kesan negatif kepada industri dan juga

    masyarakat. Kesedihan tidak akan dapat dibayar ganti. Seterusnya ini akan

    terus menjadikan industri pembinaan satu industri yang bahaya, tidak

    digemari dan melanjutkan penggantungan kepada buruh asing bagi

    menggerakkan industri pembinaan negara.

    ii. Undang-Undang

    Semua pekerja perlu mengetahui, memahami dan mempraktikkan

    segala peraturan yang telah digariskan di dalam Akta Keselamatan dan

    Kesihatan Pekerjaan. Undang-undang tersebut telah dipiawaikan khusus

    untuk memastikan tidak berlakunya sesuatu kemalangan yang tidak diingini

    di kawasan tapak pembinaan. Kemalangan atau kecelakaan di tapak

    pembinaan akan mengundang beberapa implikasi perundangan. Kegagalan

    mematuhi peraturan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.

    Prosedur perundangan yang memakan masa yang panjang boleh

    menjejaskan perjalanan projek pembinaan.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    25/122

    iii. Ekonomi

    Bagi mencegah kerugian yang disebabkan oleh kemalangan yang

    berlaku semasa pembinaan sedang berjalan iaitu berkaitan dengan

    perbelanjaan perubatan jika seseorang itu cedera atau sakit, kos gantirugi

    jika berlaku kemusnahan barang-barang pembinaan atau logi dan ia juga

    akan berlakunya pembaziran terhadap masa. Ternyata impak ekonomi

    adalah paling penting. Ini berlaku secara langsung atau tidak langsung di

    mana pembayaran ganti rugi boleh dilihat sebagai kerugian terus. Selain

    daripada itu penutupan tapak untuk penyiasatan merupakan satu kerugian

    yang akan ditukar kepada masa, wang dan kualiti.

    Secara praktikal, tujuan pencegahan kemalangan yang telah dihuraikan di

    atas adalah mempunyai kaitan antara satu sama lain.

    2.3 Kelas-Kelas Keselamatan dan Kesihatan

    International Labour Organisation (ILO)mengklafikasikan kemalangan

    mengikut lima kategori berikutan suatu resolusi hasil dari Konferens Antarabangsa

    Statistik Pekerja Ke-10 pada Oktober 1962. King dan Hudson (1985) menerangkan

    tujuan pengkelasan kategori kemalangan dibuat adalah untuk merancang strategi

    pendekatan yang sesuai untuk menangani kemalangan di tapak pembinaan.

    Pengkelasan tersebut dibincangkan pada bahagian-bahgian seterusnya.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    26/122

    2.3.1 Tahap Kecederaan

    Mengikut klasifikasi ini, kemalangan dipecahkan kepada tiga tahap iaitu

    kematian, kecacatan kekal serta kecederaan major dan minor. KlasifikasiBirdpula

    menunjukkan pengkelasan peringkat kecederaan kepada empat iaitu kecederaan

    kekal (kecederaan major), kecederaan sementara (kecederaan minor), kerosakan

    harta benda dan kemalangan nyaris. Rajah 2.1 menunjukkan klasifikasiBird.

    Rajah 2.1: KlasifikasiBird

    (Klasifikasi kemalangan menurut tahap kecederaan)

    2.3.2 Jenis Peristiwa Yang Mengakibatkan Kemalangan

    TAHAP

    Kecederaan Kecil

    Kemalangan Nyaris

    Kerosakan

    Kecederaan Besar

    600

    30

    10

    1

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    27/122

    Klasifikasi ini mengkelaskan kemalangan kepada sembilan kategori. Jadual

    2.1 menunjukkan statistik kemalangan dalam industri di Malaysia mengikut jenis

    peristiwa yang telah dikeluarkan oleh pihak PERKESO pada tahun 2003.

    Berdasarkan jadual tersebut, sebanyak 12.5% daripada bilangan kes yang dilaporkan

    menyebabkan kecacatan kekal dan kematian, manakala 41% daripada kemalangan

    disebabkan oleh peristiwa terpijak benda atau objek.

    Jadual 2.1: Statistik kemalangan mengikut jenis peristiwa tahun 2003 dalam

    industri di Malaysia

    Sebab kemalangan BilanganKes

    Kecacatankekal

    Maut

    Orang terjatuh

    i.tempat tinggi/lubang

    ii.aras sama

    10,776

    7,380

    1,096

    896

    301

    49

    Terhempap oleh benda jatuh

    i.tertimbus oleh tanah

    ii.ditimpa dinding,tangga

    iii.benda jatuh semasa

    penyenggaraan

    iv.dihempap oleh lain-lain benda

    985

    828

    7,349

    4,323

    61

    71

    526

    395

    8

    10

    10

    24

    Terpijak benda

    i.terpijak sesuatu objek

    ii.terkena objek pegun

    iii.terkena objek bergerak

    iv. terhempap benda melayun

    1,871

    9,270

    16,097

    8,385

    180

    614

    2,218

    645

    5

    12

    252

    52

    Tersepit di dalam atau di antara

    benda

    i.tersepit di dalam objek

    ii.tersepit antara objek peguniii.tersepit antara objek bergerak

    3,955

    3,136

    1,306

    943

    495

    207

    16

    6

    19

    Pergerakan yang berat

    i.terseliuh apabila mengangkat

    objek

    ii.terseliuh apabila menolak objek

    iii.terseliuh apabila melontar objek

    iv. pengerakan yang berat

    1,675

    478

    154

    451

    70

    24

    15

    66

    1

    0

    0

    0

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    28/122

    Terdedah/tersentuh objek panas

    i. terdedah haba yang panas

    ii terdedah hawa dingin beku

    iii. tersentuh objek panas

    iv. tesentuh objek sejuk

    567

    20

    1,076

    11

    27

    17

    79

    19

    3

    1

    2

    0

    Terdedah/tersentuh karan elektrik

    i.tersentuh arus elektrik 75

    20 8

    Terdedah kepada bahan merbahaya

    i.terhidu/terserap bahab merbahaya

    ii.terdedah sinaran radiasi/ion

    iii.terdedah kepada lain-lain radiasi

    820

    119

    107

    39

    9

    17

    1

    0

    0

    Lain-lain kemalangan

    i.kemalangan yang tidak dijeniskan

    ii.kemalangan tidak

    diklasifikasikan

    4,151

    1,402

    779

    144

    313

    68

    JUMLAH 86,767 9,672 1,162

    (Sumber:Pertubuhan Keselamatan Sosial Skim Pampasan Pekerja, Laporan

    Tahunan PERKESO 2003)

    2.3.3 Agensi Kemalangan

    Kemalangan diklasifikasikan kepada tujuh kategori. Misalnya, kemalangan

    yang berlaku daripada kegagalan jentera atau logi dan barangan yang berterbangan

    walaupun pengkelasan ini jarang digunakan dalam analisis statistik kemalangan.

    2.3.4 Lokasi Kecederaan Pada Tubuh

    Kemalangan dikelaskan kepada tujuh bahagian menurut anggota tubuh yang

    cedera iaitu kepala, tangan, leher, kaki dan lain-lain anggota. Pengkelasan ini juga

    jarang dijumpai pada statistik umum.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    29/122

    2.3.5 Sifat Kecederaan

    Dalam kaedah ini, kemalangan dikelaskan kepada enam belas kelas kategori

    iaitu menurut jenis kemalangan. Tujuan pengkelasan ini adalah untuk memudahkan

    perancangan peralatan perlindungan persendirian (PPE). Jadual 2.3 menunjukkan

    statistik kemalangan menurut sifat kecederaan dalam industri di Malaysia yang

    dilaporkan oleh PERKESO pada tahun 2003.

    Jadual 2.2 : Statistik kemalangan menurut sifat kecederaan tahun 2003 dalam

    industri di Malaysia

    Jenis Kecederaan Bilangan Kes Kecacatan Kekal Maut

    Keretakan 10,755 3,412 127

    Dislokasi 1,419 165 3

    Tergeliat/terseliuh 4,274 301 4

    Hentaman kuat 2,979 314 61

    Amputasi/enukulasi 1,153 432 3

    Kecederaan lain 38,516 3,816 69

    Luka luaran 6,291 439 9

    Kontusi dan kehancuran 2,566 416 23

    Terbakar 1,284 129 9

    Terdedah kepada racun 119 4 1

    Kesan cuaca 123 8 19

    Mati lemas 69 3 27Terdedah kepada elektrik 43 5 4

    Kesan radiasi 26 3 0

    Kecederaan berganda 1,911 239 131

    Kecederaan tak khusus 2,330 185 332

    JUMLAH 73858 9871 822

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    30/122

    (Sumber : Pertubuhan Keselamatan Sosial Skim Pampasan Pekerja, Laporan

    Tahunan PERKESO 2003)

    2.4 Penutup

    Bab ini telah membincangkan beberapa istilah-istilah yang berkaitan dengan

    aspek pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kepentingan pengurusan

    keselamatan dan kesihatan pekerjaan daripada aspek keperimanusiaan, undang-

    undang dan ekonomi telah dikumpas.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    31/122

    BAB III

    AMALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI MALAYSIA

    3.0 Pengenalan

    Kesungguhan kerajaan membangunkan negara dalam menuju ke arah sebuah

    negara maju pada tahun 2020 dapat dilihat dengan perancangan dan peruntukan yang

    besar yang disediakan. Pada masa kini kerajaan Malaysia terus membuat

    perancangan dengan membangunkan pelbagai sektor pembinaan sebagai pemancu

    ekonomi negara.

    Dengan bertambahnya aktiviti pembinaan, keperluan untuk

    mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja projek

    pembinaan. Setelah Bab II melihat kepentingan keselamatan dan kesihatan dalam

    industri pembinaan, Bab ini akan membincangkan amalan keselamatan dan kesihatan

    yang dipraktiskan di Malaysia.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    32/122

    3.1 Keselamatan dan Kesihatan Dalam Industri Pembinaan

    Maksud dan istilah-istilah yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan

    telahpun diterangkan didalam Bab II. Daripada penerangan awal ini, ia dapat

    memudahkan pemahaman bagi maksud dan istilah-istilah yang telah dan akan

    digunakan kelak.

    Sepanjang tempoh pembinaan berjalan, aktiviti kerja dan tapak adalah

    berubah-ubah.Banyak suasana berbahaya timbul pada setiap fasa baru. Ini akanmemberikan cabaran kepada pengurusan keselamatan dan kesihatan

    pekerjaan.Pengurusan projek perlu menyediakan kaedah perancangan keselamatan

    dan kesihatan pekerjaan yang sesuai terutamanya sebelum setiap projek pembinaan

    atau sesuatu fasa baru. Perancangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan

    memastikan pengurangan risiko dengan mengambil kira kos, penjadualan, kualiti dan

    lain-lain yang berkaitan. Sekiranya ini tidak menjadi sebahagian daripada elemen

    pengurusan projek, pastinya faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan

    terancam semasa pembinaan ataupun memasuki fasa baru.

    Dalam memastikan perjalanan projek selamat daripada bahaya, beberapa

    aspek penting seperti di bawah perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Aspek-aspek

    tersebut adalah;

    3.1.1 Ramalan Pengiraan

    Perancangan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri

    pembinaan bermula semasa proses pemilihan kontraktor atau sub-kontraktor.

    Sebutharga yang dimajukan mestilah melibatkan sejumlah peruntukan untuk

    keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pengurus atau Pegawai Keselamatan dan

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    33/122

    Kesihatan Pekerjaan yang kompetan dan betrampilan perlu menyediakan belanjawan

    keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

    Dengan pengalaman dalam menguruskan projek yang lalu, pastinya

    belanjawan ini dapat dikemukakan dengan tepat. Adalah penting untuk mengetahui

    seramai manakan sumber manusia - kakitangan/pekerja yang diperlukan supaya masa

    dan kos yang bersabit dengan latihan dan pembangunan keatas perkara-perkara

    berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat diambilkira.

    Rekabentuk pelan juga perlu disemak kembali bagi menentukan kos tambahan ke

    atas keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang mungkin dicetuskan oleh faktor-

    faktor rekabentuk pelan.

    Jika terdapat jadual projek, kos-kos tambahan keselamatan dan kesihatan

    pekerjaan juga dapat ditentukan. Kos-kos yang dijangka adalah peralatan

    perlindungan diri, peralatan keselamatan dan lain-lain data, dokumen dan rekod yang

    diperlukan dalam belanjawan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

    Penyelenggaraan belanjawan pengurusan projek adalah suatu kerja yang amat

    mencabar. Sekiranya belanjawan keselamatan dan kesihatan pekerjaan tidak

    dimasukkan bersama, pastinya kerumitan akan dialami semasa pembinaan projek.

    3.1.2 Mesyuarat Perancangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    Mesyuarat perlu bermula serta merta terutamanya di kalangan ahli-ahli

    jawatankuasa induk yang terpilih selepas dianugerahkan kontrak dan sebelum projek

    bermula. Mesyuarat ini perlu digunakan untuk mendiskusikan program keselamatan

    dan kesihatan pekerjaan secara keseluruhan, menentukan tugas dan tanggungjawab.

    Perancangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu didokumenkan terutamanya

    dalam dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, strategi pengurusan dan peraturan

    di tempat kerja.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    34/122

    Pengurusan dokumen, data dan rekod yang sempurna diperlukan semasa dan

    selepas mesyuarat ini dijalankan. Antara agenda yang biasa dibincangkan ialah

    strategi pengurusan, kawalan suasana berbahaya, keperluan subkontraktor dan

    analisa kerja yang melibatkan suasana berbahaya dan pembelian

    a. Strategi Pengurusan

    Dalam sektor pembinaan terdapat satu latihan yang sering dilupakan oleh

    pengurusan projek. Selain latihan luaran dan dalaman atau latihan semasa kerja, satu

    lagi bentuk latihan dalam definisi prosedur "Latihan" iaitu "Latihan yang diwajibkan

    oleh Undang-Undang"; samada disukai atau tidak disukai oleh majikan. Latihan yang

    diwajibkan undang-undang, banyak merujuk kepada latihan teknikal dan latihan

    bersabit keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperlukan oleh Akta. Perkara ini

    juga perlu dipertimbangkan oleh pengurusan projek semasa penyediaan belanjawan.

    Latihan dan pembangunan adalah aspek yang terpenting dalam perancangan

    keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia bermula dengan orientasi pekerja baru yang

    melibatkan penyebaran maklumat am kepada mereka umpamanya corak dan aliran

    komunikasi semasa kecemasan dan induksi harian. Selain itu, latihan boleh

    diserapkan kedalam mesyuarat mingguan "toolbox". Sesetengah pekerja mungkin

    memerlukan latihan kemahiran khusus seperti memasangscaffolding dan tatacara

    pembinaan dalam konteks struktur dan sivil. Kursus ini banyak disediakan oleh

    pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan(CIDB), Institut Keselamatan dan

    Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan,

    Universiti Teknologi Malaysia, MARA dan lain-lain.

    Selain itu, program memeriksa sendiri bagi mengenalpasti, memperbetulkan

    dan mencegah suasana tidak selamat dan tindakan yang boleh diambil, juga perlu

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    35/122

    diwujudkan. Penguatkuasaan keatas sebarang ketidakpatuhan mestilah diketahui oleh

    semua peringkat organisasi menerusi dasar. Kaunseling dan tunjukajar boleh

    digunakan untuk kesalahan yang kecil.

    b. Kawalan Susunan Bahaya

    Kawalan suasana berbahaya adalah bergantung diatas skop projek dan jenis

    aktiviti pembinaan yang dijalankan. Antara yang melibatkan kawalan suasana

    berbahaya ialah;

    Letupan Kawalan Trafik Pelan Kecemasan dan Bencana Alam

    Kren Keperluan Sanitari Perlindungan daripada jatuh

    Komunikasi Alat Pernafasan Pencegahan/Perlindungan KebakaranKebersihan Lock Out/Tag Out Sisa Lebihan Bahaya/Toksik

    Tangga Pertolongan Cemas Penstoran dan Pengendalian Bahan

    Lampu Elektrik & Mekanikal Penggunaan dan Penyelenggaraan

    Peralatan

    Kebisingan Ruangan Terhad Papan tanda Amaran, Isyarat dan

    Barricade

    Scaffolding Kerja-Kerja Konkrit Peralatan Perlindungan Diri

    Jentera

    Berat

    Pemampatan Udara Kimpalan dan Pemotongan

    Senarai ini tidaklah lengkap, tetapi ianya boleh digunakan sebagai panduanam bagi membantu pengamal OSH menentukan mana-mana keperluan tambahan

    yang relevan dengan projek pembinaan.

    c. SubKontraktor

    Projek pembinaan selalunya memerlukan pekerja daripada kontraktor yang

    berlainan pada masa yang sama. Aktiviti pekerja dari sebuah firma kontraktor

    kadangkala berpotensi membahayakan pekerja-pekerja kontraktor lain yang

    berdekatan. Kebanyakan OSHA dan syarat kontrak didunia telah menentukan

    kontraktor terutama akan memikul tanggungjawab dan tindakan yang perlu diambil

    bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul berpunca daripada aktiviti

    subkontraktor.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    36/122

    Perjanjian atau kontrak dengan subkontraktor perlu melibatkan klausa

    penjagaan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh subkontraktor

    termasuk apa-apa yang melibatkan OSHA dan apa-apa kod amalan atau piawai yang

    berkaitan. Kesemua program keselamatan dan kesihatan pekerjaan subkontraktor

    perlu dimajukan dan ianya mestilah konsisten dengan keperluan kontraktor terutama

    dan klien. Pastikan penelitian dan semakan yang rapi keatas program yang

    disediakan oleh subkontraktor sebelum memulakan kerja. Penilaian prestasi

    subkontraktor juga akan ditentukan dari segi keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

    Ini dapat diluahkan semasa mesyuarat dengan wakil-wakil subkontraktor samada

    mingguan atau bulanan. Klien juga diperlukan hadir bagi menguatkan kedudukan

    kontraktor dan jaminan lisan atau tulisan dari subkontraktor.

    d. Analisis Kerja yang Melibatkan Suasana Bahaya

    Suatu lagi amalan yang baik ialah mengenalpasti terlebih dahulu apa-apa

    peralatan keselamatan atau kaedah mengendalikan suasana berbahaya bagi

    mempastikan keberkesanan kerja dalam konteks keselamatan dan kesihatan

    pekerjaan. Pertimbangan teliti perlu diberikan keatas suasana berbahaya yang

    berkaitan dengan egronomik seperti pergerakan berulang, getaran, suhu yang terlalu

    tinggi atau terlalu rendah dan pengubahsuaian dan penyesuaian peralatan. Dengan

    merancang terlebih dahulu secara proaktif, penangguhan kerja atau pemberhentian

    mengejut dapat diminimakan.

    Analisa Kerja yang melibatkan Suasana Berbahaya (Job hazard analysis)

    adalah proses mengenalpasti suasana berbahaya yang berkaitan dengan kerja atau

    fasa sesuatu pekerja. Pembangunan analisa ini akan membantu menyelesai atau

    meminimakan suasana berbahaya yang berkaitan dengan aktiviti kerja-kerja tertentu.

    Pilihan keatas aktiviti kerja-kerja tertentu yang diketahui kemerbahayannya perlu

    dilakukan.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    37/122

    Cara penyediaan analisa ini biasanya melibatkan :-

    1. Pemilihan kerja untuk analisa.

    2. Memecahkan tugas menjadi komponen individu atau aktiviti.

    3. Mengenalpasti suasana berbahaya.

    4. Membangunkan prosedur keselamatan.

    5. Mengaplikasikannya terhadap kerja berkenaan.

    Analisa ini boleh digunakan bagi menerapkan nilai-nilai murni dan sikap

    mengamalkan kerja yang selamat. Ia juga boleh menjadi panduan latihan bagi

    pekerja baru dan mengenalpasti punca kemalangan sekiranya ianya berlaku. Setiap

    analisa perlu disemak dalam tempoh-tempoh tertentu bagi meningkatkannya secara

    berterusan.

    e. Pembelian

    Pengurusan Projek perlu merancang pembelian peralatan keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan. Pembekal perlu diperiksa bagi memastikan bekalan secukupnya

    dan harga yang berpatutan tanpa membelakangkan kualiti. Pengurusan projek

    mungkin perlu membuat pembelian pelbagai bagi mempastikan peralatan

    perlindungan diri adalah sesuai dan selesa digunakan mengikut jenis kerja yang

    dilakukan. Mungkin juga pembekal dapat mengubah rekabentuk mengikut fesyen

    semasa tetapi tidak membelakangkan elemen keselamatan untuk menarik perhatian

    pembeli. Kesemua faktor keselamatan perlu dikenalpasti dan didokumenkan keatas

    mana-mana peralatan yang melibatkan penggunaan kuasa.

    Selain daripada membincangkan perkara penting dalam keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan, penguatkuasaan undang-undang perlu juga dilihat di Malaysia.

    Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu undang-undang penting

    bagi menyediakan penyelarasan, pentadbiran dan penguatkuasaan keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    38/122

    3.2 Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994

    Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 94) ditubuhkan

    untuk melengkapi Akta Kilang dan Jentera 1967. Akta ini ditubuhkan bagi

    memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang bekerja supaya tidak

    berada dalam keadaan berisiko tinggi daripada berlakunya kemalangan. Akta

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini mengandungi 15 bahagian. Akta

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditubuhkan adalah bertujuan seperti berikut:-

    i. Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang

    sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang

    berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.

    ii. Untuk melindungi orang-orang yang berada di tempat kerja selain

    daripada orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau

    kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang sedang

    berkerja.

    iii. Untuk mengadakan cara yang menurut perundangan keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan berkaitan melalui sistem peraturan dan tata amalan

    industri yang diluluskan.

    Setiap pihak mempunyai tanggungjawab sebagaimana yang digariskan dalam

    Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Tanggungjawab pihak yang

    terlibat adalah seperti di bawah;

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    39/122

    3.2.1 Tanggungjawab Pekerja

    Adalah menjadi tanggungjawab pekerja untuk:

    i. Memberi perhatian sewajarnya dan munasabah bagi keselamatan

    dan kesihatan dirinya dan pekerja lain yang mungkin terjejas akibat

    dari tindakan dan aktiviti kerjanya

    ii. Bekerjasama dengan majikan dan orang lain dalam menunaikan

    kewajibannya sebagai seorang pekerja.

    iii. Memakai dan menggunakan apa jua kelengkapan dan alat

    perlindungan diri yang disediakan untuk tujuan keselamatan dan

    kesihatan diri semasa bekerja.

    iv. Mematuhi arahan dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan

    yang diperkenalkan oleh majikan dan Akta Keselamatan dan

    Kesihatan Pekerjaan.

    3.2.2 Tanggungjawab Pihak Majikan dan Pihak Berkuasa

    Di pihak berkuasa, sekurang-kurangnya ada dua undang-undang bertulis yang

    relevan di sini iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (AKKP 1994)

    dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ 1967). Di dalam AKKP 1994, ditekankan

    tentang tugas-tugas am majikan dan pekerja dalam hal keselamatan dan kesihatan.

    Seksyen 15 AKKP 1994 menekankan bahawa adalah menjadi tugas setiap majikan

    memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya, di mana ini termasuklah

    soal-soal sistem dan prosedur kerja yang selamat, peralatan yang selamat dan tempat

    serta suasana kerja yang selamat.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    40/122

    Secara khususnya, menurut Seksyen 15(1) AKKP 1994, tugas menjaga

    keselamatan dan kesihatan pekerja termasuk di tapak pembinaan merangkumi:-

    a) Penyediaan dan penyelenggaraan mesin jentera, logi dan alatan, dan sistem

    kerja yang selamat, dan tidak memberi risiko kesihatan.

    b) Diwujudkan dan dipastikan pengoperasian serta penggunaan jentera atau apa-

    apa jenis alatan pekerjaan adalah selamat.

    c) Memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai kepada

    pekerja berkaitan dengan keselamatan mereka semasa bekerja.

    d) Penyenggaraan tempat dan keadaan di tempat kerja supaya sentiasa berada di

    dalam keadaan yang selamat

    e) Suasana di dalam kawasan tempat kerja juga pada keseluruhannya perlulah

    selamat. Meliputi kawasan tempat tinggal pekerja supaya ia terhindar

    daripada berlakunya sebarang kemalangan dan jangkitan penyakit.

    Dapatlah disimpulkan peranan setiap pihak telah digariskan dengan jelas

    dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Ini merupakan langkah perlu

    untuk membendung kemalangan di tapak pembinaan. Sejauhmanakah tahap

    kemalangan pekerjaan di malaysia dapat dilihat dari statistik kemalangan di bahagian

    seterusnya.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    41/122

    3.3 Statistik Kemalangan

    Walaupun di tempat kerja telahpun dilengkapi dengan peralatan keselamatan

    yang serba canggih, tetapi tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikebanyakan

    tempat kerja masih kurang memuaskan. Malah, ia jauh lebih rendah berbanding

    keperluan minimum yang digariskan di dalam Akta Keselamatan & Kesihatan

    Pekerjaan 1994 (OSHA 1994).Menurut statistik yang dilaporkan kepada Pertubuhan

    Keselamatan Sosial (PERKESO), jumlah kes kemalangan pada tahun 1999

    menjangkau 92,074 kes. Bagi tahun berikutnya, sebanyak 95,006 kes dilaporkan.

    Sehingga September tahun 2003, sebanyak 55,509 kes telah dilaporkan.Rajah 3.1

    menunjukkan statistik kemalangan yang dilaporkan kepada PERKESO dari tahun

    1999 sehingga September tahun 2003.

    Berdasarkan Rajah 3.1, sektor pembinaan boleh dianggap sebagai sektor

    pekerjaan yang berisiko tinggi terjadi kemalangan. Kadar kemalangan di tapak

    pembinaan mencatat jumlah kelima tertinggi selepas sektor pembuatan, sektor

    pertanian, perhutanan, dan perikanan, sektor kewangan dan sektor perkhidmatan

    awam. Memandangkan situasi yang membimbangkan ini, isu keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan tidak patut diabaikan dan dilupakan.

    Perhatian tidak seharusnya ditumpukan kepada soal pengeluaran sahaja, malahan

    patut ditumpukan juga kepada keperluan sumber tenaga kerja agar kelancaran

    perkembangan ekonomi tidak tergugat.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    42/122

    KEMALANGAN PERUSAHAAN DARI TAHUN 1999 HINGGA 2003

    0

    5000

    10000

    15000

    20000

    25000

    30000

    35000

    40000

    45000

    1 2 3 4 5

    Tahun

    Bilangan

    Pertanian, Perhutanan &Perikanan

    Perlombongan & Kuari

    Pengilangan

    Perkhidmatan Elektrik,Gas, Air & Kebersihan

    Pembinaan

    Perdagangan

    Pengangkutan

    Institusi Kewangan &Insurans

    Perkhidmatan

    Perkhidmatan Awam

    2000 20022001 20031999

    Rajah 3.1: Jumlah kemalangan mengikut sektor tahun 1999 hingga September

    tahun 2003

    (Sumber: PERKESO dan Jabatan Tenaga Buruh)

    Jadual 3.1 menunjukkan bilangan kemalangan dalam perusahaan pembinaan

    pada tahun 2003. Dalam sector pembinaan terdapat dua jenis kontraktor iaitu

    kontraktor am termasuk jurutera awam dan kontraktor dagang khas. Sebanyak 81 kes

    kemalangan dilaporkan dalam syarikat kontraktor am manakala 14 kes kemalangan

    dilaporkan dalam syarikat kontraktor dagang khas. Secara keseluruhan didapati 80

    peratus kes maut yang dilaporkan adalah yang terlibat dalam syarikat kontraktor am.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    43/122

    Jadual 3.1 Bilangan kemalangan dalam perusahaan Pembinaan pada tahun

    2003

    HUK: Hilang Upaya Kekal

    (Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial Skim Pampasan Pekerja, Laporan Tahunan

    PERKESO 2003)

    Jadual 3.2 menunjukkan bilangan kemalangan yang berlaku dalam industri

    mengikut jenis kecederaan pada tahun 2003. Daripada 73,858 kes yang dilaporkan,

    9,871 kes yang mengakibatkan hilang upaya kekal manakala 822 kes menyebabkan

    kematian. Secara keseluruhannya, sebanyak 1.1 peratus daripada jumlah kemalangan

    dalam industri menyebabkan kematian dan 13.3 peratus pula mengakibatkan hilang

    upaya yang kekal kepada pekerja-pekerja.

    Jadual 3.2: Bilangan kemalangan mengikut jenis kecederaan tahun 2003

    Bil. Kes

    Dilapor

    Kes HUK

    Dilapor

    Kes

    Maut

    Dilapor

    Jenis Kecederaan

    1) Keretakan 10,755 3,412 127

    2) Dislokasi 1,419 165 3

    3) Tergeliat & terseliuh 4,274 301 4

    4) Hentaman Kuat dan Cedera Dalaman 2,979 314 61

    Pembinaan Bil. Kes Dilapor Kes HUK

    Dilapor

    Kes Maut

    Dilapor

    Kontraktor Am

    Termasuk

    Jurutera Awam

    81 3,677 453

    Kontraktor

    Dagang

    Khas

    14 977 113

    JUMLAH 95 4,654 566

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    44/122

    5) Amputasi dan Enukelasi 1,153 432 3

    6) Lain-lain Kecederaan 38,516 3,816 69

    7) Luka luaran 6,291 439 9

    8) Kontusi dan Kehancuran 2,566 416 23

    9) Terbakar 1,284 129 9

    10) Terdedah kepada racun 119 4 1

    11) Kesan Cuaca 123 8 1912) Mati lemas 69 3 27

    13) Terdedah Kepada Elektrik/ 43 5 4

    14) Kesan radiasi 26 3 0

    15) Kecederaan Berganda 1,911 239 131

    16) Lain-lain Kecederaan Tak Khusus 2,330 185 332

    JUMLAH 73,858 9,871 822

    HUK: Hilang Upaya Kekal

    (Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial Skim Pampasan Pekerja, Laporan Tahunan

    PERKESO 2003)

    Jadual 3.3 menunjukkan bilangan kemalangan dalam industri mengikut lokasi

    kecederaan yang dilaporkan pada tahun 2003. Terdapat lapan lokasi yang

    diklafikasikan oleh PERKESO iaitu kepala, leher, tubuh, anggota atas, anggota

    bawah, pelbagai lokasi, kecederaan umum dan lain-lain lokasi kecederaan.

    Kecederaan pada bahagian kepala mencatatkan kes maut tertinggi sebanyak 214

    kematian iaitu bersamaan dengan 26 peratus daripada jumlah kes maut yang

    dilaporkan.

    Jadual 3.3: Bilangan kemalangan mengikut lokasi kecederaan tahun 2003

    Bil. Kes

    Dilapor

    Kes HUK

    Dilapor

    Kes Maut

    DilaporA. KEPALA

    1. Bahagian Tengkorak 472 30 27

    2. Mata 3,791 235 0

    3. Telinga 182 13 1

    4. Mulut 315 22 0

    5. Hidung 124 9 0

    6. Muka, lokasi yang tidak diklafikasi 989 92 2

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    45/122

    7. Kepala, lokasi yang tidak

    ditentukan 1,338 81 105

    8. Kepala, lokasi bahagian 729 36 79

    B. LEHER

    1. Leher (termasuk lokasi depan dan

    belakang) 165 18 7

    C. TUBUH1. Belakang 1,544 182 7

    2. Dada 746 60 8

    3. Perut 472 46 10

    4. Punggung 300 52 3

    5. Tubuh, pelbagai lokasi 2,090 245 61

    6. Tubuh, lokasi yang tidak

    ditentukan 98 10 3

    D. Anggota Atas

    1. Bahu 2,008 376 1

    2. Tangan 413 46 0

    3. Siku 436 47 0 4. Lengan 1,016 87 0

    5. Pergelangan tangan 1,105 136 0

    6. Tapak tangan 8,670 1,216 0

    7. Jari 18,495 3,111 2

    8. Anggota atas, pelbagai lokasi 132 47 10

    9. Anggota atas, lokasi yang tidak

    ditentukan 59 11 1

    E. PELBAGAI LOKASI

    1. Kepala dan tubuh, kepala dan satu

    atau lebih anggota 556 50 2

    2. Tubuh dan satu atau lebih anggota 630 116 1

    3. satu anggota atas dan satu anggotabawah 2,104 298 0

    4. Pelbagai lokasi berlainan 7,470 1,055 2

    5. Pelbagai lokasi yang tidak

    ditentukan 1,108 112 0

    F. ANGGOTA BAWAH

    1. Pangkal paha 3,784 517 0

    2. Pangkal lutut 1,816 169 0

    3. Lutut 148 17 2

    4. Paha 108 12 0

    5. Pergelangan kaki 258 21 4 6. Kaki 134 8 0

    7. Tumit 1,303 152 0

    8. Anggota bawah, lokasi yang tidak

    ditentukan 5,393 917 73

    9. Anggota bawah, pelbagai lokasi

    lain 1,716 130 82

    G. KECEDERAAN UMUM

    1. Sistem peredaran darah 14 0 0

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    46/122

    2. Sistem pernafasan 5 0 6

    3. Sistem percernaan 2 0 0

    4. Sistem saraf 7 1 1

    5. Lain-lain kecedraan umum 442 16 11

    6. Kecederaan umum, tidak

    dispefikasi 139 8 17

    H. KECEDERAAN LOKASI YANGTIDAK DIKLAFIKASI 1032 64 294

    JUMLAH 73858 9871 822

    HUK: Hilang Upaya Kekal

    (Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial Skim Pampasan Pekerja, Laporan Tahunan

    PERKESO 2003)

    Jadual 3.4 pula menunjukkan bilangan kemalangan dalam industri mengikut

    jenis peristiwa pada tahun 2003. Kemalangan yang disebabkan oleh terpijak objek

    mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 35,623 kes dan 321 daripada kes

    tersebut menyebabkan kematian.

    Jadual 3.4: Bilangan kemalangan mengikut jenis peristiwa tahun 2003

    Sebab kemalangan Bil. Kes

    Dilapor

    Kes HUK

    Dilapor

    Kes Maut

    Dilapor

    Orang terjatuh

    i.tempat tinggi/lubang

    ii.aras sama

    10,776

    7,380

    1,096

    896

    301

    49

    Terhempap oleh benda jatuh

    i.tertimbus oleh tanah

    ii.ditimpa dinding,tangga

    iii.benda jatuh semasa

    penyenggaraan

    iv.dihempap oleh lain-lain

    benda

    985

    828

    7,349

    4,323

    61

    71

    526

    395

    8

    10

    10

    24

    Terpijak benda

    i.terpijak sesuatu objek

    ii.terkena objek pegun

    iii.terkena objek bergerak

    iv. terhempap benda melayun

    1,871

    9,270

    16,097

    8,385

    180

    614

    2,218

    645

    5

    12

    252

    52

    Tersepit di dalam atau di

    antara benda

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    47/122

    i.tersepit di dalam objek

    ii.tersepit antara objek pegun

    iii.tersepit antara objek

    bergerak

    3,955

    3,136

    1,306

    943

    495

    207

    16

    6

    19

    Pergerakan yang berat

    i.terseliuh apabilamengangkat objek

    ii.terseliuh apabila menolak

    objek

    iii.terseliuh apabila melontar

    objek

    iv. pengerakan yang berat

    1,675

    478

    154

    451

    70

    24

    15

    66

    1

    0

    0

    0

    Terdedah/tersentuh objek

    panas

    i. terdedah haba yang panas

    ii terdedah hawa dingin

    bekuiii. tersentuh objek panas

    iv. tesentuh objek sejuk

    567

    20

    1,076

    11

    27

    17

    79

    19

    3

    1

    2

    0

    Terdedah/tersentuh karan

    elektrik

    i.tersentuh arus elektrik 75 20 8

    Terdedah kepada bahan

    merbahaya

    i.terhidu/terserap bahan

    merbahaya

    ii.terdedah sinaran

    radiasi/ion

    iii.terdedah kepada lain-lain

    radiasi

    820

    119

    107

    39

    9

    17

    1

    0

    0

    Lain-lain kemalangan

    i.kemalangan yang tidak

    dijeniskan

    ii.kemalangan tidak

    diklasifikasikan

    4,151

    1,402

    779

    144

    313

    68

    JUMLAH 86,767 9,672 1,162

    (Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial Skim Pampasan Pekerja, Laporan Tahunan

    PERKESO 2003)

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    48/122

    3.4 Penutup

    Bab ini telah membincangkan amalan-amalan keselamatan dan kesihatan

    pekerjaan yang dipraktiskan di Malaysia. Dalam bab ini juga mebincangkan tentang

    statistik kemalangan yang berlaku bagi meneliti sejauhmana tahap keselamatan dan

    kesihatan dalam pelbagai cabang industri di Malaysia.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    49/122

    BAB IV

    PENGUMPULAN DATA

    4.0 Pengenalan

    Setelah mengaji amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak

    pembinaan secara teori melalui kajian literatur, proses seterusnya adalah untuk

    mencapai objektif kajian ini melalui cara yang lebih praktikal iaitu mendapat

    maklumat daripada kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan. Bab ini akan

    menfokuskan kepada hasil kaji selidik yang telah dijalankan.

    Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk medapatkan data-data

    yang diperlukan daripada pihak kontraktor seperti kaedah temubual dan kaedah

    borang soal selidik. Bagi kajian ini, kaedah yang paling sesuai digunakan adalah

    kaedah borang soal selidik. Pengendalian soal selidik akan dibincangkan dalam

    bahagian seterusnya

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    50/122

    4.1 Pengumpulan Data Kajian

    Data yang dikumpulkan dalam kajian ini secara amnya dapat diklasifikasikan

    kepada dua sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer ialah

    data terkini yang diperlukan dalam penyelidikan. Biasanya data jenis ini sentiasa

    berubah-ubah mengikut keadaan pembinaan semasa. Data jenis ini juga lebih objektif

    dan memenuhi kriteria serta matlamat penyelidikan ini. Ini kerana ia berkait terus

    dengan keadaan sebenar dalam pembinaan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

    Dalam membuat analisis, rumusan dan cadangan bagi penyelidikan, data

    primer digunakan kerana lebih sesuai. Walaupun terdapat pelbagai kaedah empirikal

    yang dapat digunakan bagi mengumpul data dari sumber primer seperti soal selidik,

    temubual dan pemerhatian, hanya kaedah yang bersesuaian akan digunakan. Kaedah

    yang bersesuaian yang digunakan telah dibincangkan secara terperinci dalam Kaedah

    Penyelidikan. Kaedah pemerhatian tidak digunakan kerana, ia memerlukan

    penyelidik untuk berada sendiri di tapak pembinaan bagi memerhatikan dan

    mengalami sendiri situasi yang berlaku dalam jangka masa yang tertentu. Jadi, faktor

    masa yang agak terhad yang dimiliki oleh penyelidik membataskan kaedah ini

    daripada digunakan.

    Bagi sumber data sekunder pula, ia merupakan sumber data yang diterbitkan

    oleh sektor awam dan sektor swasta secara rasmi. Sumber data ini dapat diperolehi

    melalui kajian literatur seperti yang dibincangkan dalam kaedah penyelidikan dalam

    Bab II. Walaupun tidak digunakan di dalam menjalankan analisis, data ini mesti

    diperolehi juga memandangkan ia dapat memberi pemahaman kepada penyelidik

    dalam bidang yang hendak dikaji. Semasa proses soal selidik dijalankan, pemahaman

    ini yang diperlukan oleh penyelidik dan memastikan penyelidik tahu dan faham apa

    yang sedang berlaku atau penerangan yang diberikan oleh responden.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    51/122

    Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini

    dapat diperolehi. Dalam mempraktikkan kaedah ini, ia biasanya melibatkan satu

    turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian dilakukan. Turutan

    aktiviti yang dimaksudkan ialah seperti berikut

    a) Perancangan awal

    b) Penyediaan borang soal selidik

    c) Pemilihan responden

    d) Pengumpulan data

    e) Pemindahan data

    f) Penganalisisan

    g) Rumusan

    4.2 Penyediaan Borang Soal Selidik

    Seperti yang telah dibincangkan, kajian ini merupakan kajian berbentuk

    penyelidikan tinjauan. Oleh itu, satu set lengkap borang soal selidik untuk setiap

    responden disediakan untuk tujuan pengumpulan data-data. Soalan-soalan disediakan

    berdasarkan kepada amalan-amalan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak

    pembinaan yang diperoleh melalaui kajian literatur.

    Jenis-jenis soalan yang dikemukakan secara umum dalam borang soal selidik

    terdiri daripada soalan-soalan objektif yang berkaitan dengan amalan sebenar tentang

    keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Soalan yang disediakan dipecahkan

    kepada empat bahagian ( rujuk Lampiran A ) iaitu Bahagian A, B, C dan D seperti

    berikut:

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    52/122

    i. Bahagian A ialah tentang latar belakang responden atau syarikat

    kontraktor.

    ii. Bahagian B ialah tentang pengurusan keselamatan dan kesihatan

    pekerjaaan yang diamalkan oleh pihak responden atau syarikat

    kontraktor.

    iii. Bahagian C ialah tentang kemudahan perubatan yang terdapat di tapak

    pembinaan respoden atau syarikat kontraktor.

    iv. Bahagian D ialah tentang prosedur kerja yang diamalkan oleh

    responden atau pihak kontraktor di tapak pembinaan.

    4.3 Kaji Selidik

    Kajian yang dijalankan merupakan satu penyelidikan yang berbentuk tinjauan

    (survey research) yang memerlukan kepada pelbagai kaedah kajian. Pemilihan

    kaedah-kaedah tersebut perlu dilakukan secara sistematik dan berkesan agar hasil

    kajian yang diperolehi memenuhi kehendak objektif atau matlamat yang ingin

    dicapai. Dengan itu, perancangan yang rapi dan teliti harus dilakukan terhadap setiap

    tindakan yang ingin diambil. Dalam penyelidikan ini, kaedah kajian yang digunakan

    ialah kaedah kajian empirikal.

    Melalui kaedah empirikal, ia dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah

    iaitu kaedah soal selidik dan kaedah temu ramah. Melalui kaedah soal selidik,

    pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Dalam

    mempraktikkan kaedah ini, ia biasanya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus

    diikuti untuk memudahkan kajian dilakukan. Turutan aktiviti yang dimaksudkan

    ialah seperti berikut

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    53/122

    Kelebihan yang diperolehi dalam mempraktikkan kaedah ini ialah data yang

    dikehendaki boleh didapati secara terus daripada borang soal selidik, masa menjawab

    yang singkat dan memudahkan responden untuk memberi jawapan. Ini kerana

    kesemua jawapan yang dikehendaki telah tersedia dalam borang soal selidik dan

    responden hanya perlu menanda sahaja pada jawapan yang difikirkan sesuai. Dengan

    itu, kaedah ini paling sesuai dipraktikkan bagi tujuan pengumpulan data

    memandangkan pihak responden yang terlibat dalam industri pembinaan sentiasa

    sibuk dan mempunyai masa terluang yang sangat singkat.

    Namun begitu, tidak kesemua data dapat diperolehi dengan menggunakan

    borang soal selidik sahaja. Maklumat-maklumat seperti pandangan, komen dan

    penjelasan terhadap punca-punca yang berlaku oleh responden bagi mencerminkan

    praktis sebenar dengan jelas dan efektif amat sukar dimasukkan bersama dengan

    borang soal selidik. Oleh itu, bagi menampung kelemahan ini, kaedah temu ramah

    telah dijalankan. Melalui temu ramah, pemahaman yang jelas dan dalam juga dapat

    diperolehi memandangkan wujudnya komunikasi dua hala antara penyelidik dengan

    responden. Pemahaman yang jelas ini amat penting dalam membantu penyelidik

    menyediakan sebuah laporan yang baik.

    4.3.1 Pengagihan Borang Soal Selidik

    Dalam kajian ini, dua kaedah penyerahan borang soal selidik telah digunakan.

    Kaedah yang dimaksudkan ialah melalui pos dan melalui serahan tangan oleh

    penyelidik sendiri. Walaupun terdapat pelbagai kaedah lain yang dapat dipraktikkan

    dalam mengagihkan borang kepada responden, penyelidik berpendapat kaedah ini

    sudah cukup untuk memenuhi objektif kajian ditambah pula dengan faktor masa

    yang terhad membolehkan hanya dua kaedah ini digunakan.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    54/122

    4.3.1.1 Kaedah Pengagihan Melalui Pos

    Dalam kaedah ini, sebanyak 50 responden telah dipilih. Sebelum proses

    penghantaran dilakukan,setem dan sampul surat beralamat sendiri turut dikirimkan

    bersama-sama dengan borang soal selidik. Ini bagi memudahkan responden untuk

    mengembalikan borang yang dikirim. Tempoh masa yang dijangka untuk

    menghantar dan mengumpul kembali borang soal selidik ini ialah lebih kurang satu

    bulan bermula dari tarikh penghantaran borang yang pertama. Setelah borang

    dihantar, penyelidik akan menghubungi melalui telefon firma yang berkenaan untuk

    tujuan mendapat maklum balas dari responden.

    4.3.1.2 Kaedah Pengagihan Melalui Serahan Tangan

    Dalam kaedah ini pula, pemilihan kontraktor sebagai responden dibuat

    secara rawak dengan mengenal pasti projek-projek yang sedang dijalankan. Projek-

    projek dikenal pasti melalui tinjauan bergerak yang dilakukan oleh penyelidik.

    Setelah dikenal pasti projek yang ingin dipilih sebagai responden, proses penyerahan

    borang soal selidik melalui serahan tangan bolehlah dibuat. Kontraktor yang

    mengendalikan projek yang dipilih dipastikan tidak terdapat dalam senarai kontraktor

    dalam kaedah agihan melalui pos. Ini bagi mengelakkan berlaku pengisian borang

    soal selidik oleh 2 atau lebih responden yang sama. Dalam kaedah ini 12 responden

    dipilih.

    Dalam mempraktikkan kaedah ini, pelbagai cara penyerahan dan

    pengumpulan balik borang dapat dilakukan. Namun, untuk kajian ini, penyerahan

    dilakukan dengan menyerahkan borang kepada pihak kontraktor yang terbabit di

    tapak bina dan pengumpulan balik borang dibuat sejurus selepas borang lengkap diisi

    oleh responden. Ini bermakna, responden akan diminta oleh penyelidik untuk

    mengisi borang yang diserahkan pada masa itu juga.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    55/122

    Kaedah ini dipilih kerana ia dapat memudahkan penyelidik mengumpul balik

    borang yang diedarkan tanpa perlu kembali semula pada tempat yang sama pada hari

    yang berlainan. Walaupun dilihat agak memakan masa, namun peratusan borang

    yang dihantar untuk diperoleh kembali adalah tinggi. Malah penyelidik juga dapat

    memastikan borang yang dihantar diisi oleh personel yang sepatutnya. Ini kerana

    proses pengisian borang dilakukan di hadapan penyelidik.

    4.3.1.3 Temuramah

    Maklumat yang diperolehi dalam borang soal selidik di lihat masih tidak

    mencukupi. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan sesuatu

    perkara, kaedah temu ramah telah diaplikasikan. Soalan-soalan yang akan

    dikemukakan semasa temu ramah telah disediakan terlebih dahulu dalam bentuk

    yang mudah difahami. Secara amnya, soalan yang dikemukakan merupakan soalan

    jenis terbuka yang berkaitan dengan industri pembinaan dan bersangkut paut dengan

    isu kelewatan.

    Responden-responden yang sesuai untuk temu ramah akan dikenal pasti

    melalui pengalaman mereka dalam mengendalikan projek. Pengalaman bekerja ini

    diperolehi dengan bertanya terus kepada responden semasa borang diserahkan secara

    serah tangan dan pada masa berkenaan juga jika difikirkan responden mempunyai

    kriteria yang dikehendaki sebagai responden untuk temu bual, maka penyelidik akan

    meminta kebenaran responden untuk ditemu bual selepas responden mengisi borang

    soal selidik.

    Daripada 15 responden yang diserahkan borang soal selidik, seramai 3 orang

    responden dipilih untuk temu bual kerana memenuhi kriteria. Kriteria yang dilihat

    ialah berdasarkan pengalaman mengendalikan projek lebih dari 5 tahun dan jawatan

    yang dipegang dalam struktur organisasi projek iaitu sebagai pengurus projek.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    56/122

    Temu bual dijalankan dalam tempoh masa yang terkawal. Tujuan kawalan

    masa dilakukan ialah agar temu ramah yang dijalankan tidak mengambil terlalu lama

    masa pengurus projek kerana difahami, masa terluang pengurus projek adalah sangat

    terhad memandangkan mereka perlu melakukan pelbagai kerja. Kesemua bahan

    perbincangan akan dicatat semasa temu bual dijalankan.

    Setelah dipersetujui oleh responden untuk menerbitkan bahan temu bual yang

    dijalankan, kesemua data yang dibincangkan dan dicatatkan akan disimpan dan

    disusun semula mengikut kesesuaian bagi pencapaian objektif kajian.

    4.3.2 Penyusunan dan Pemindahan Data

    Kesemua data yang telah dikumpulkan melalui kedua-dua kaedah yang telah

    dibincangkan akan disusun dalam susunan yang berasingan untuk tujuan

    penganalisisan. Data-data tersebut akan dibahagikan mengikut soalan-soalan yang

    ditanya. Bagi data temu bual, data yang diperolehi tidak dianalisis secara berasingan

    tetapi dimasukkan ke dalam analisis borang soal selidik dan jawapan yang diperolehi

    melalui temu bual akan di masukkan ke dalam soalan-soalan yang terdapat dalam

    borang mengikut kesesuaian.

    Bagi data yang terdapat dalam borang soal selidik pula, dengan menggunakan

    bantuan komputer data-data yang diperolehi akan disimpan sebelum dianalisis

    mengikut pembahagian yang telah dibuat. Setelah lengkap kesemua data disimpan,

    baru proses analisis dengan menggunakan komputer dapat dijalankan.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    57/122

    4.3.3 Penganalisisan Data

    Bagi mencapai objektif penyelidikan, penganalisisan data terhadap maklumat

    yang berkaitan telah dijalankan. Bagi memudahkan proses analisis dijalankan,

    perisian komputer telah digunakan. Perisian komputer yang dimaksudkan ialah

    perisian Statistical Package For Social Science(SPSS 10.0for Windows). Perisian

    ini menganalisis data yang dikumpulkan secara statistik. Ia juga dapat

    membentangkan hasil analisis dalam bentuk graf atau carta yang lebih mudah

    difahami serta menarik minat.

    Dalam menggunakan kaedah statistik berbantukan perisian SPSS 10.0 untuk

    menganalisis data, pelbagai pecahan kaedah statistik dapat diaplikasikan oleh

    pengguna. Antaranya ialah statistik deskriptif, analisis purata, analisis kolerasi,

    analisis linear model am, klafikasi data, analisis regresi dan banyak cara lagi.

    Namun, dalam penyelidikan ini hanya kaedah kekerapan (frequency) sahaja

    digunakan. Analisis statistik kekerapan secara amnya menunjukkan peratusan

    kekerapan bagi setiap pembolehubah atau soalan jika merujuk kepada kajian ini.

    Secara amnya, data-data yang dikumpulkan akan dibahagi kepada 2 bahagian

    sebelum dianalisis iaitu bahagian analisis awal dan bahagian analisis terperinci.

    Analisis awal dilakukan terhadap data-data tentang latar belakang responden dan

    projek manakala analisis terperinci pula merupakan penganalisisan terhadap data

    bagi tujuan mencapai objektif-objektif penyelidikan.

    Pada peringkat akhir kajian, hasil data yang telah dianalisis akan dirumuskan

    dan cadangan mengikut pandangan penyelidik berdasarkan hasil kerja yang telah

    dibuat juga akan disediakan untuk panduan di masa akan datang.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    58/122

    4.4 Latar Belakang Responden atau Syarikat

    Dalam kajian ini, responden yang dipilih untuk kajian soal selidik adalah

    terdiri daripada pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan keselamatan dan

    kesihatan di tapak pembinaan. Borang soal selidik dihantar kepada pelbagai kelas

    kontraktor bagi mendapatkan jawapan yang berlainan dan tidak bertumpu kepada

    kontraktor kelas A sahaja. Kebanyakan responden terdiri daripada pekerja yang

    berjawatan pertengahan dan atasan dalam sesebuah syarikat pembinaan tersebut.

    Senarai nama syarikat kontraktor diperolehi dengan merujuk kepada Buku Panduan

    CIDB 2003-2004 dan Senarai Syarikat Untuk Latihan Industri dari Pejabat Fakulti

    Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.

    4.5 Masalah Yang Dihadapi

    Walaupun perancangan yang telit telah dilakukan sebelum proses

    penghataran borang soal selidik bagi mendapatkan data, pelbagai masalah timbul.

    Masalah yang timbul ini boleh menjejaskan pengumpulan data dari borang soal

    selidik.

    Antara masalah yang telah dihadapi ialah pengumpulan balik borang soal

    selidk setelah diedarkan. Bagi kaedah serahan tangan, masalah kurang berlaku

    disebabkan responden telah mengisi borang soal selidik dengan segera selepas

    diberikan dan mengembalikannya sebaik sahaja siap diisi. Masalah yang timbul bagi

    kaedah pengagihan borang secara pos yang memerlukan tempoh agak lama untuk

    dikembalikan. Penyelidik telah membuat andaian bagi menjelaskan tentang masalah

    yang timbul ini. Antara andaian yang telah dibuat ialah;

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    59/122

    i. Masalah mungkin berlaku semasa proses penghantaran oleh pihak

    yang menguruskan urusan pos.

    ii. Responden tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengisi borang

    yang telah dihantar.

    iii. Tiada kerjasama yang sepatutnya diberikan oleh responden bagi

    menjaga nama syarikat mereka dan enggan mendedahkan maklumat

    syarikat mereka.

    Borang soal selidik yang tidak lengkap juga menjadi masalah kepada

    penyelidik bagi mendapatkan data-data daripada pihak responden. Terdapat

    beberapa jawapan yang sepatutnya diisi ditinggalkan kosong sahaja oleh responden.

    Masalah ini berlaku bagi borang yang diserahkan secara pos kerana bagi borang

    serahan tangan peyelidik akan meyemak terlebih dahulu selepas diisi oleh responden

    dan mengembalikan semula sekiranya terdapat soalan yang belum diisi kepada

    responden.

    Secara kesimpulannya, masalah yang timbul telah menjejaskan pengumpulan

    data-data daripada responden-responden yang terlibat. Oleh itu, tiada apa-apa

    langkah susulan yang dapat diambil oleh penyelidik bagi mengatasi masalah ini

    memandangkan tempoh masa yang sangat terhad dalam menjalankan soal selidik.

    4.6 Analisis Awal

    Setelah borang soal selidik dapat dikembalikan oleh responden, proses

    seterusnya yang terlibat dalam kajian ini ialah menganalisis data yang diperolehi

    melalui borang berkenaan. Analisis yang perlu dibuat ialah analisis awal dan analisis

    terperinci. Analisis awal akan menganalisis dan membincangkan tentang agihan

    borang soal selidik, latar belakang syarikat dan latar belakang projek. Analisis ini

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    60/122

    akan dibincangkan di dalam bab ini manakala analisis terperinci pula akan

    dibincangkan secara terperinci di dalam bab 5. Analisis yang dibuat lebih kepada

    pencapaian objektif utama kajian yang melibatkan analisis terhadap amalan-amalan

    keselamatan dan kesihatan yang dipraktikan di tapa pembinaan.

    4.6.1 Agihan Maklum Balas Borang Soal Selidik

    Daripada sejumlah 40 borang yang diedarkan (30 melalui serahan pos dan 10

    melalui serahan tangan) hanya sebanyak 15 borang sahaja yang berjaya diterima

    balik.. Secara peratusannya, daripada jumlah borang yang diedarkan 37.5 peratus

    borang yang diterima balik dan dapat digunakan untuk analisis. Jika dibandingkan

    borang yang boleh diterima untuk analisis dengan jumlah borang yang diterima, 83%

    borang boleh digunakan untuk tujuan analisis.

    4.6.2 Analisis Soalan Bahagian A

    Bagi latar belakang syarikat pula, daripada borang yang dianalisis, 73.3

    peratus responden adalah terdiri daripada kontraktor kelas A, 6.7 peratus adalah

    terdiri daripada kontraktor kelas B,13.4 peratus kontraktor kelas C dan 6.7 peratus

    terdiri daripada kontarktor kelas D. Semua kontarktor yang dipilih beroperasi di

    Semenanjung Malaysia iaitu 40 peratus beroperasi di Kelantan, 26.7 peratus

    beroperasi di Kuala Lumpur, masing-masing 13.3 peratus beroperasi di Johor dan

    Selangor manakala 6.7 peratus lagi beroperasi di Perak.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    61/122

    Bilangan Responden Mengikut Negeri Operasi

    0

    1

    2

    3

    45

    6

    7

    Perak Johor Selangor Kuala

    Lumpur

    Kelantan

    Negeri

    B

    ilangan

    Rajah 4.1 : Bilangan responden mengikut negeri operasi

    Bilangan Responden Mengikut Kelas Kontraktor

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    A B C D

    Kelas Kontraktor

    Bilang

    anRespondem

    Rajah 4.2 : Bilangan responden mengikut kelas kontraktor

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    62/122

    4.6.3 Analisis Soalan 2

    Bagi tempoh penubuhan syarikat pula,daripada borang yang dianalisis, 20

    peratus syarikat kontraktor telah beroperasi selama 2 hingga 5 tahun, 13.3 peratus

    telah beroperasi selama 5 hingga 10 tahun, manakala 66.7 peratus telah beroperasi

    lebih dari 10 tahun.

    Jadula 4.1 :Bilangan dan peratus responden mengikut tempoh

    penubuhan syarikat

    Tempoh Penubuhan Bilangan Responden Peratus (%)

    2 hingga 5 tahun 3 20

    5 hingga 10 tahun 2 13.3

    Lebih dari 10 tahun 10 66.7

    4.6.4 Analisis Soalan 3

    Analisis terakhir dalam bahagian analisis awal ialah tentang bilangan projek

    yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor. Daripada analisis yang telah dibuat,

    masing-masing 13.3 peratus responden telah menjalankan 4 hingga 8 projek dan 9

    hingga 13 projek manakala 73.3 peratus laggi responden telah menjalankan lebih dari

    10 projek semenjak penubuhan syarikat tersebut.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    63/122

    Jadula 4.2 : Bilangan dan peratus responden mengikut bilangan projek

    yang telah dijalankan

    Bilangan Projek Bilangan Responden Peratus (%)

    4 hingga 8 projek 3 13.3

    9 hingga 13 projek 2 13.3

    Lebih dari 13 projek 10 73.3

    4.7Penutup

    Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan pengumpulan data dan

    analisis awal kajian. Dua kaedah empirikal yang digunakan ialah kaedah soal selidik

    dan kaedah temu ramah. Selain itu, analisis tentang latar belakang responden dan

    projek yang dijalankan turut dibentangkan sebagai analisis awal.

    Sebagai kesimpulan, kedua-dua kaedah empirikal amat bersesuaian bagi

    memenuhi keperluan kajian. Dalam kaedah soal selidik, berbanding serahan borang

    secara pos, serahan borang secara tangan dilihat lebih efektif memandangkan

    kesemua borang berjaya dikumpul balik. Malah, pemantauan terhadap responden

    yang mengisi borang juga dapat dilakukan. Cuma, faktor masa dan kewangan yang

    terhad membataskan serahan borang secara tangan mendapat jumlah responden yang

    tinggi. Rumusan yang dapat dibuat ialah hasil pengumpulan data untuk kajian adalah

    memuaskan.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    64/122

    BAB V

    ANALISIS TERPERINCI

    5.0 Pengenalan

    Dalam Bab IV, perbincangan yang terperinci tentang kaedah empirikal yang

    dipraktikkan telah dijalankan meliputi kaedah soal selidik dan temu ramah. Juga

    telah dijalankan analisis awal bagi data-data yang telah dikumpulkan. Di dalam bab

    ini pula, analisis terperinci bagi setiap aspek pengurusan keselamatan dan kesihataan

    pekerjaan di tapak pembinaan bagi tujuan pencapaian objektif-objektif penyelidikan

    akan dilakukan.

    Di dalam menjalankan proses analisis, terdapat pelbagai kaedah statistik dan

    matematik yang boleh diaplikasikan untuk tujuan penganalisisan data. Antaranya

    ialah seperti kaedah kolerasi, penentuan purata atau min, hubungan regresi,

    penentuan sisihan piawai, dan lain-lain kaedah lagi. Namun, kaedah analisis yang

    sesuai sahaja akan digunakan dalam kajian ini dan pemilihan kaedah analisis

    dilakukan terhadap kaedah yang dapat menghasilkan keputusan yang penting untuk

    pencapaian objektif kajian serta membantu di dalam membuat kesimpulan yang

    munasabah.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    65/122

    5.1 Analisis Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    Apabila responden ditanya tentang polisi keselamatan di tapak pembinaan,

    kekerapan jawapan yang diperoleh daripada responden adalah seperti yang

    gambarkan dalam Rajah 5.1 di bawah.

    Kewujudan Polisi Keselamatan Di Tapak

    Pembinaan

    15

    0

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    Ya Tidak

    Bilangan

    responde

    Rajah 5.1 : Kewujudan polisi keselamatan di tapak pembinaan

    Berdasarkan kepada keputusan analisis (Rajah 5.1), didapati 100% daripada

    responden memberi jawapan bahawa syarikat mereka mempunyai polisi keselamatan

    di tapak pembinaan. Jelas menunjukkan kepada kita bahawa, setiap syarikat

    pembinaan diwajibkan mempunyai polisi keselamatan seperti yang dikehendaki oleh

    Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

    Manakala, apabila responden ditanya adakah semua pekerja, pengurus tapak

    dan peyelia tahu tentang fungsi polisi keselamatan ini frekuensi jawapan yang

    diperoleh adalah seperti Rajah 5.2

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    66/122

    Pengetahuan tentang fungsi polisi

    keselamatan

    9

    6

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    Ya Tidak

    Bilanganresponden

    Ya

    Tidak

    Rajah 5.2 : Pengetahuan tentang fungsi polisi keselamatan

    Berdasarkan kepada hasil analisis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2,

    60 peratus menyatakan pekerja di tapak pembinaan mereka tahu tentang fungsi polisi

    keselamatan, manakala 40 peratus memberikan jawapan yang pekerja di tapak

    pembinaan mereka tidak tahu tentang fungsi polisi keselamatan tersebut.

    Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya

    mungkin kerana pekerja-pekerja di syarikat terbabit terdiri daripada pekerja-pekerja

    asing yang yang tidak mengetahui apakah itu polisi keselamatan yang terdapat di

    tapak pembinaan.

    Bagi soalan-soalan lain yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan ditunjukkan dalam rajah-rajah di bawah.

  • 8/14/2019 laporan industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan.pdf

    67/122

    Kemudahan perubatan di tapak

    pembinaan

    11

    2 2

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    Ya Tidak Tidak Tahu

    Bilangan

    responden

    Ya

    Tidak

    Tidak Tahu

    Rajah 5.3 : Kemudahan yang terdapat di tapak pembinaan

    Rajah 5.3 menunjukkan analisis kepada soalan yang berkaitan dengan

    kemudahan perubatan di tapak pembinaan. Sebanyak 73.3