laporan harian latihan praktikum

Upload: noorul-faedzah

Post on 03-Apr-2018

387 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    1/25

    Disediakan oleh:

    Noorul Faedzah binti Rosli (P56562)

    Januari 2012

    FAKULTI PENDIDIKANSARJANA PENDIDIKAN SUMBER DAN TEKNOLOGI

    MAKLUMAT

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUMMIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    SEM 3; 2010/2011

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    2/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 2

    PERAKUAN

    Saya mengaku bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali ekstrak dan

    ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    PENGESAHAN PENYELIA AKADEMIK

    Saya mengesahkan bahawa Laporan Praktikum ini telah ditulis oleh calon di atas mengikut

    peraturan-peraturan yang disediakan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    20 Januari 2012NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI

    P56562

    AIDAH BINTI ABDUL KARIM

    5009395

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    3/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 3

    PENGHARGAAN

    Dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirahim, saya ingin memanjatkan rasa syukur

    yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya,

    Alhamdulillah saya telah berjaya menamatkan latihan praktikum di MIMOS Berhad,

    Kuala Lumpur. Sebagai penghargaan, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan

    terima kasih kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi kerana telah memberi

    peluang kepada semua pelajarnya termasuk saya untuk menjalani latihan praktikum

    bagi menambahkan pengalaman saya serta dapat menyesuaikan diri dengan suasana

    pekerjaan yang sebenar. Saya ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada

    Profesor Madya Dr. Norazah Mohd. Nordin selaku Penyelaras Latihan Praktikum dan

    juga Penyelia Akademik saya, Cik Aidah Abdul Karim kerana telah memberikan

    komitmen dalam mengatur perjalanan Latihan Industri agar saya dapat menjalaninya

    dengan baik. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada mereka kerana telah

    banyak memberikan sokongan, dorongan serta motivasi kepada saya ketika menjalani

    latihan praktikum ini. Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan

    sekiranya terdapat salah dan silap yang dilakukan sepanjang menjalani latihan

    praktikum ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga turut diberikan kepada Ketua

    Jabatan Psikometriks, Dr. Haniza Yon kerana telah membenarkan dan memberikan

    saya peluang menjalani latihan praktikum selama 14 minggu di pusat penyelidikan ini.

    Tidak ketinggalan juga kepada semua warga Psikometriks kerana kesudian mereka

    untuk berkerjasama dalam memberi tunjuk ajar tanpa jemu kepada saya

    sepanjang latihan praktikum ini dijalankan di MIMOS Berhad. Akhir sekali, saya ingin

    tujukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga saya atas

    sokongan yang padu dan dorongan yang tidak pernah putus agar saya terus

    maju ke hadapan. Mereka tidak pernah berhenti berdiri di belakang saya sepanjang

    saya menjalani latihan praktikum ini dan sememangnya telah memberikan saya motivasi

    yang cukup kuat untuk bertahan sehingga ke penghujung latihan tersebut. Saya juga

    ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara

    langsung mahupun tidak langsung sepanjang tempoh saya menjalani Latihan Praktikum

    ini. Sesungguhnya, tanpa sokongan padu daripada mereka, saya tidak mungkin akan

    dapat berjaya mengharungi liku-liku yang dihadapi sewaktu latihan praktikum ini

    dijalankan.

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    4/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 4

    SINOPSIS

    Laporan praktikum ini merangkumi dua aspek utama yang disentuh di sini iaitu pertama

    mengenai kajian tentang organisasi tempat latihan dijalani. Seterusnya ialah

    kajian tentang tugasan atau kerja yang dilakukan sepanjang tempoh latihan di sini.

    Dari segi kajian tentang organisasi, kajian adalah ditumpukan kepada pengenalan

    setiap latar belakang MIMOS Berhad, termasuklah lokasi serta sejarah penubuhan

    pusat penyelidikan ini. Tidak ketinggalan juga objektif dan falsafah organisasi dengan

    misi dan visi organisasi. Namun demikian, fungsi dan aktiviti organisasi lebih ditekankan

    kepada beberapa bahagian yang merangkumi fungsi serta aktiviti yang berbeza.

    Bersama-sama ini disertakan dengan carta organisasi yang menunjukkan sistem

    pentadbiran di dalam organisasi ini. Manakala dari sudut kajian bidang tugasan dan

    kerja pula, segala tugas yang dilaksanakan sepanjang tempoh latihan juga dinyatakan

    di sini. Tumpuan latihan lebih banyak diberikan kepada aktiviti pembinaan item dari segi

    pembinaan bahan grafik dan juga pemantapan pengetahuan mengenai pengukuran dan

    penilaian item dengan menggunakan IRT (Item Response Theory). Di sini juga

    ditunjukkan proses aliran kerja tugas utama yang dilakukan dari awal hingga akhir.

    Tidak ketinggalan juga tugasan lain yang berkaitan dengan urusan operasi

    organisasi akan dihuraikan di sini. Bahagian akhir laporan ialah kesimpulan dan penutup

    di mana kesimpulan mengenai Jabatan Psikometriks serta penutup yang

    menyatakan kesimpulan tentang bidang tugasan atau kerja yang dilakukan di organisasi

    ini.

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    5/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 5

    ISI KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1.0 Latar Belakang Organisasi

    1.1 Pengenalan

    1.2 Sejarah Awal Penubuhan MIMOS

    Berhad

    1.3 Logo MIMOS Berhad

    1.4 Misi dan Visi MIMOS Berhad

    1.5 Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa

    MIMOS Berhad

    1.6 Piagam Pelanggan

    1.7 Jabatan Psikometriks (Psychometrics

    Cluster)

    6

    6

    6

    7

    7

    8

    9

    9

    2.0 Carta Alir Proses Rangka Kerja Pembinaan Item

    Ujian

    11

    3.0 Laporan Mingguan 12

    4.0 Kesimpulan dan Cadangan 20

    5.0 Sumber-sumber Rujukan 21

    6.0 Lampiran

    5.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di

    Jabatan Psikometriks

    5.2 Lampiran Salinan Surat-surat Praktikum5.3 Lampiran salinan cuti sakit, surat kematian

    dan sijil penyertaan bengkel IRT

    22

    24

    25

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    6/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 6

    1.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI

    1.1 Pengenalan

    Rajah 1: Bangunan MIMOS Berhad dan cogan kata

    MIMOS merupakan singkatan kepada Malaysian Institute of Microelectronic System atau

    Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia. Ia merupakan sebuah pusat penyelidikan yangditerajui oleh tenaga pakar untuk meningkatkan ekonomi Malaysia dengan mencipta

    teknologi yang inovatif serta yang diperlukan oleh industri; menawarkan produk dan

    perkhidmatan yang memenuhi kehendak pengguna. Tagline atau cogan kata Innovation

    for Life membawa maksud usaha yang berterusan untuk mengeluarkan produk

    berinovasi memangkin ke arah perubahan taraf hidup masyarakat.

    Penyelidikan dan pembangunan serta komersialisasi MIMOS berfokuskan 9

    kluster iaitu (i) Advanced Informatics, (ii) Advanced Information Security, (iii) Advanced

    Analysis and Modeling, (iv) Green Technology, (v) Grid Computing, (vi) Knowledge

    Technology, (vii) Micro Systems & MEMS, (viii) Nano Electronics and (ix) Wireless

    Communications.

    1.2 Sejarah Penubuhan MIMOS

    Rajah 2:Permulaan MIMOS di Jalan Kolam Air

    MIMOS ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri bertempat di

    sebuah banglo di Jalan Kolam Air off Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dan dipelopori

    oleh Dr. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen. Institusi ini memperkenalkan produk

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    7/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 7

    internet yang pertama iaitu projek RangKom (Rangkaian Komputer Malaysia) pada

    tahun 1987. Institusi ini kemudiannya berkolaborasi dengan Kementerian Pelajaran

    untuk memperkenalkan integrasi pengkomputeran dalam kurikulum pendidikan. MIMOS

    telah dipindahkan menjadi sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam

    Sekitar (MOSTE- Ministry of Science Technology and Environmentkini dikenali sebagai

    MOSTI- Ministry of Science, Technology and Innovation) pada bulan November 1990.

    Pada 1992, MIMOS melancarkan Internet Service Provider (ISP) yang pertama iaitu

    JARING. MIMOS kemudian berpindah ke Kompleks Bukit Jalil dan memulakan seminar

    teknologi berkaitan mikroelektronik pada tahun 1995. 1996 merupakan tahun di mana

    MIMOS Berhad telah diswastakan di bawah pengurusan Kementerian Kewangan

    berdasarkan 3 fungsi iaitu penyelidikan dan pembangunan, pembangunan polisi IT

    kebangsaan dan pembangunan perniagaan. Pada tahun 2006, Dato Abdul Wahab

    Abdullah telah menjadi presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk meneruskan

    kecemerlangan dalam bidang ICT dan inovasi penyelidikan. MIMOS juga

    bertanggungjawab membantu melaksanakan R & D (research and development) kepada

    industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih kompetatif dan inovatif.

    1.3 Logo MIMOS Berhad

    MIMOS = warna putih; tulisan Bauhaus: memainkan peranan

    penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial berterusan

    Maksud lambang ini ialah bersifat optimis dalam menjadipeneraju teknologi yang utama.

    Lekuk tebal berwarna perak: frekuensi dalam teknologi masa

    hadapan

    Warna maroon: peka terhadap perusahaan teknologi terkini

    1.4 Visi dan Misi MIMOS

    1.4.1 Visi

    Pusat penyelidikan dan pembangunan yang utama ke arah teknologi

    inovatif.

    1.4.2 Misi

    Pencetus inovasi teknologi maklumat dan komunikasi untuk peningkatan

    global dan persaingan dalam industri berkaitan.

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    8/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 8

    1.5 Carta Organisasi Ahli Lembaga MIMOS Berhad

    Rajah 3: Carta Organisasi Tertinggi MIMOS Berhad

    1.5.1 Bahagian Pengurusan MIMOS Berhad

    Rajah 4: Lembaga Pengurusan MIMOS Berhad

    Chairman

    1. Dato Suriah Abdul Rahman

    Members2. Dato Abdul Wahab Abdullah (President &

    Chief Executive Officer)

    3. Abdul Rahim Abdul Hamid

    4. Gho Peng Seng

    5. Mohamed Rashdi Mohamed Ghazalli

    6. Datu Dr Hatta Solhi

    7. Datuk John Maluda

    8. Prof Datin Paduka Dr Khatijah MohdYusoff

    9. Dato Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad

    (Alternate Director to Prof Datin Paduka

    Dr Khatijah)

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    9/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 9

    1.6 Piagam Pelanggan

    Visi MIMOS ialah menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan yang utama ke arah

    teknologi inovatif. Demi mencapai visi ini, kami:

    1) Berpegang kepada piawaian integriti dan amanah yang tinggi dalam penyelidikandan hubungan yang konsisten dengan pelanggan.

    2) Meningkatkan kesedaran terhadap nilai hak cipta teknologi maklumat dan

    komunikasi.

    3) Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi untuk teknologi maklumat dan

    komunikasi kepada penerima.

    1.7 Jabatan Psikometriks (Psychom etrics Cluster)

    Psychometrics adalah bidang kajian yang berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran

    pendidikan dan psikologi, termasuk pengukuran pengetahuan, kebolehan, sikap, dan

    personaliti. Psychometrics, sains mengukur sifat mental, adalah salah satu alat yang

    paling berkuasa dan teliti dalam bidang-bidang seperti penilaian pendidikan, peruntukan

    sumber manusia, ekonomi, tingkah laku genetik, epidemiologi, kecerdikan buatan,

    keselamatan dan sains forensik. Bidang terutamanya berkenaan dengan pembinaan

    dan pengesahan instrumen pengukuran, seperti soal selidik, ujian dan penilaian

    personaliti.

    1.7.1 Ketua Jabatan Psikometriks

    Dr. Haniza Yon

    Pendidikan:

    Med in Science Education

    PhD in Measurement and Quantitative Methods

    Pengalaman bekerja:

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Educational Testing Service of Princeton (ETS),New Jersey, USA

    Rajah 4: Biodata Ketua Jabatan Psikometriks

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    10/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 10

    1.7.2 Visi Jabatan Psikometriks

    Menerajui kepimpinan komunikasi pembangunan dan penyelidikan (R&D-

    Research and Development) untuk teknologi berkaitan psikometriks.

    1.7.3 Kepentingan Psikometriks

    Kegunaan psikometriks membolehkan kita mengenal pasti calon-calon yang

    menepati kriteria kelayakan kepada sesebuah organisasi dan sumber manusia.

    Tambahan pula, psikometriks membantu mengukur keupayaan pekerja,

    kebolehan, minat dan penilaian personaliti pendidikan, peruntukan sumber

    manusia, ekonomi, tingkah laku genetik, epidemiologi, artificial intelligence,

    sekuriti dan ujian sains forensik Psikometriks memberikan ramalan yang tepat

    sama ada personaliti calon sepadan dengan bidang pekerjaannya.

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    11/25

    2.0 Carta Alir Proses Rangka Kerja Pembinaan Item Ujian

    Rajah 5: Carta Alir Proses Kerja Pembinaan Item

    Pembinaan Item(Item Development)

    Semak semula Item(Item Review)

    Cetakan (Printing)

    Ujian Lapangan

    (Field Test)

    Dapatan

    (Scor)

    Analisis Dapatan

    (Analysis)

    Pembinaan item menggunakan perisian Adobe

    Photoshop CS5

    Pembinaan item mencakupi 3 subjek:

    Bahasa Malaysia

    Matematik

    Bahasa Inggeris

    Grafik Matematik menggunakan perisian TpX

    Pembahagian tugas di bawah penyeliaan:

    Dr. Haniza Yon (Ketua Jabatan)

    Dr. Sharon Lee (Kementerian Pelajaran Malaysia)

    Nur Nuha Sultan (pelatih projek)

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    12/25

    3.0 LAPORAN MINGGUAN

    MINGGU PERTAMA

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    18 Julai 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Melapor diri

    Sesi memperkenalkan diri kepada jabatan

    Pembahagian tugas: merekabentuk

    grafik/imej untuk pembangunan sistem (Item

    development)

    19 Julai 2011 8.30 Pagi 6.45 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Malaysia

    Mesyuarat mengenai *Lab Warming

    diadakan

    20 Julai 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Malaysia

    21 Julai 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

    Gotong-royong membersihkan kawasan lab

    sebagai persediaan untuk Lab Warming

    22 Julai 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris

    Menghias kawasan lab (bahagian keceriaan)

    *Lab Warming- Jamuan Makan di Psychometrics Cluster.

    MINGGU KEDUA

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    25 Julai 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (Pra-sekolah Menengah)

    26 Julai 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris

    Gotong-royong kawasan lab

    27 Julai 2011 8.30 Pagi 6.15 Petang Persediaan untuk Lab Warming

    Majlis bacaan Yaasin

    Lab Warming- Jamuan Makan Tengahari

    28 Julai 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris

    29 Julai 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris

    Knowledge Sharing Session-oleh

    Ngadiman Djaja : Senior Researcher

    *Knowledge Sharing Session= Sesi perkongsian ilmu (pembentangan) hasil dari pembacaan

    artikel

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    13/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 13

    MINGGU KETIGA

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    1 Ogos 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (Pra-universiti)

    Mesyuarat bersama antara pelatih praktikaldengan Dr. Haniza Yon mengenai halatuju

    projek

    2 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris

    3 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris

    Pencarian sumber imej yang telah

    digunakan

    Mesyuarat Educational Test (perbincangan

    mengenai rangka kerja projek Aptitude Test

    yang akan dijalankan di beberapa buah

    sekolah MRSM

    4 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris

    Mesyuarat bersama Dr. Haniza mengenai

    clusterdan carakerja grouping task

    5 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris

    Penghantaran item Bahasa Inggeris

    Pengenalan kepada Rasch Model oleh Encik

    Kashfi dari UKM

    Knowledge Sharing Session oleh Dr.

    Sharon Lee: Senior Researcher

    MINGGU KEEMPAT

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    8 Ogos 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Matematik (Tahap rendah: 7-12 tahun)

    Mesyuarat bersama antara pelatih praktikal

    dengan Dr. Haniza Yon

    9 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris

    10 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Matematik tahap rendah dan tahap

    menengah (13-15 tahun)

    Penghantaran grafik item Matematik tahap

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    14/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 14

    rendah (7-12 tahun)

    11 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Matematik

    Penghantaran item Matematik tahap

    menengah (13-15 tahun)

    Mesyuarat *Field Test for LSI Persediaan bahan untuk Field Test

    12 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Mesyuarat kemuncak Field Test

    Persediaan bahan untuk Field Test

    Field Testdi Sekolah Menengah Sains Seri

    Puteri, Kuala Lumpur

    Persediaan bahan untuk Field Test pada

    minggu berikutnya

    *Field Test for LSI (Learning Style Inventory) =Kajian Inventori Gaya Pembelajaran

    MINGGU KELIMA

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    15 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Mesyuarat kemuncak Field Test

    Persediaan bahan untuk Field Test

    Field Test di Sekolah Dato Abdul Razak,

    Seremban, Negeri Sembilan

    Persediaan bahan untuk Field Test pada

    esok hari

    16 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Persediaan bahan untuk Field Test

    English graphic reviewoleh Nur Nuha Sultan

    Test Administration briefing oleh Puan

    Hasibah Sufian

    Field Test di Sekolah Menengah Agama

    Persekutuan Kajang, Selangor

    17 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Pembetulan dan edit bahan grafik item

    Bahasa Inggeris

    Ramadhan Charity Shopping(Giant, Kinrara)

    membeli-belah bahan untuk persediaan

    menderma ke badan-badan kebajikan

    Remark Office OMR Trainingoleh Ngadiman

    Djaja (Cara menyemak ujian pelajar)18 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Pembetulan dan edit bahan grafik item

    Bahasa Inggeris

    Psychometrics knowledge sharing : Classical

    test theoryoleh En. Mohd. Kashfi

    19 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Ramadan Charity-Satria1 Programme

    Psychometrics knowledge sharing : Rasch

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    15/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 15

    Measurementoleh En. Mohd. Kashfi

    Pembetulan dan edit bahan grafik item

    Bahasa Inggeris

    MINGGU KEENAM

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    22 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Pembetulan dan edit bahan grafik item

    Matematik

    23 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Pembetulan dan edit bahan grafik item

    Matematik

    24 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Pembetulan dan edit bahan grafik item

    Matematik

    25 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Ramadhan Charity Session: Flag-off and

    distribution

    Persediaan bahan untuk Field Test pada

    bulan September

    26 Ogos 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Psychometrics Knowledge Sharing Session

    oleh Ngadiman Djaja

    Persediaan bahan untuk Field Test pada

    bulan September

    *Ramadhan Charity Session= Sesi Menderma kepada Badan-badan Kebajikan yang terpilih

    oleh pihak MIMOS Bhd.

    MINGGU KETUJUH

    Cuti Hari Raya Aidilfitri:29 Ogos 2011 hingga 2 September 2011

    MINGGU KELAPAN

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    5 September 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Cuti sakit (lihat lampiran)

    6 September 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Pembetulan dan edit bahan grafik item

    Matematik

    Persediaan untuk Field Test

    Field Test di Sekolah Menengah Agama

    Persekutuan Labu, Negeri Sembilan.

    7 September 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Cuti sakit (lihat lampiran)

    8 September 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Mesyuarat persediaan Field Test

    Persediaan bahan untuk Field Test pada

    bulan September

    Mesyuarat untuk persediaan MIMOS

    Merdeka Raya yang akan diadakan pada

    13 September 2011

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    16/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 16

    9 September 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Pemeriksaan ujian HIV saringan pra-

    perkahwinan

    MINGGU KESEMBILAN

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    12 September 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Pembetulan dan edit bahan grafik item

    Matematik

    Persiapan MIMOS Merdeka Raya:

    Membina replika KLCC daripada kuih

    bahulu dan membina potret 1Malaysia

    sebagai perhiasan

    13 September 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Sambutan MIMOS Merdeka Raya 2011 di

    Kelab Golf Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

    14 September 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Cuti sakit (lihat lampiran)

    15 September 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Pembetulan dan edit bahan grafik item

    Matematik

    16 September 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Cuti Umum: Hari Malaysia 16 September

    MINGGU KESEPULUH DAN KESEBELAS

    Permohonan Cuti rehat khas 2 minggu (19 September 2011 30 September 2011) :

    Kematian Ayahanda Rosli bin Sulaiman pada 17 September 2011 di Tawau, Sabah

    (Lihat Lampiran Sijil Kematian)

    Praktikal diganti pada minggu kelima belas dan keenam belas.

    MINGGU KEDUA BELAS

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    3 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15)

    Semak semula item Pre-U, PST dan PUST

    4 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Sambutan MIMOS Merdeka Raya 2011 di

    Kelab Golf Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

    5 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Cuti sakit (lihat lampiran)

    6 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang

    Pelepasan menghadiri kuliah di UKM Bangikursus GGGE6543: Teknologi Maklumat

    dalam Pendidikan

    7 Oktober 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15)

    Semak semula item Pre-U, PST dan PUST

    *Pre-U, PST dan PUST= Inventori Matematik tahap Menengah Atas

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    17/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 17

    MINGGU KETIGA BELAS

    Cuti pelepasan dari pihak MIMOS Bhd seminggu (10 Oktober 2011- 14 Oktober

    2011)

    Psychom etrics Clustermenganjurkan ICMEE (International Conference) Seminar

    Antarabangsa di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Praktikal diganti pada minggu ketujuh belas, lapan belas, sembilan belas dan dua

    puluh.

    Menghadiri kuliah di UKM Bangi pada 13 Oktober 2011.

    MINGGU KEEMPAT BELAS

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    17 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Menyediakan senarai nama untuk peserta

    bengkel yang telah menghadiri seminar di

    USM, Pulau Pinang

    Merekabentuk grafik/imej bagi perisianBahasa Inggeris (MII 13-15)

    Semak semula dan pembetulan item Pre-U,

    PST dan PUST

    18 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15)

    Semak semula item Pre-U, PST dan PUST

    19 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Cuti sakit (lihat lampiran)

    20 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Pelepasan menghadiri kuliah di UKM Bangi

    kursus GGGE6543: Teknologi Maklumat

    dalam Pendidikan21 Oktober 2011 8.00 Pagi 5.00 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15)

    Semak semula item dan pembetulan Pre-U,

    PST dan PUST

    MINGGU KELIMA BELAS

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    24 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15) Semak semula dan pembetulan item Pre-U,

    PST dan PUST

    25 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15)

    Knowledge Sharing: Pengenalan kepada

    SEM-CFA (hypothesis testing) oleh Tala

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    18/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 18

    Mirzae (Bahagian Statistik)

    26 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15)

    27 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Pelepasan menghadiri kuliah di UKM Bangi

    kursus GGGE6543: Teknologi Maklumat

    dalam Pendidikan28 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15)

    Semak semula item Pre-U, PST dan PUST

    *CFA= Confirmatory Factor Analysis (pengujian hipotesis)

    MINGGU KEENAM BELAS

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    31 Oktober 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15)

    Pembetulan item PST- Matematik

    Knowledge Sharing: AMOS oleh Tala

    Mirzae (Bahagian Statistik)

    1 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Cuti sakit (lihat lampiran)

    2 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15)

    Pembetulan item PST- Matematik

    3 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Pelepasan menghadiri kuliah di UKM Bangi

    kursus GGGE6543: Teknologi Maklumat

    dalam Pendidikan

    4 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 13-15)

    Pembetulan item PST- Matematik

    Mesyuarat mengenai pengenalan kepada

    IP (Intellectual Property) danpatent

    MINGGU KETUJUH BELAS

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    8 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 16-19)

    Cuti ganti Hari Raya Haji pada 7 November 2011

    Cuti pelepasan persiapan Hari Persandingan di Kuching, Sarawak; 9 November

    2011 15 November 2011 (Lihat Lampiran: tiket penerbangan)

    MINGGU KELAPAN BELAS

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    19/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 19

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    16 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 16-19)

    17 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 16-19)

    18 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisianBahasa Inggeris (MII 16-19)

    MINGGU KESEMBILAN BELAS

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    22 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 16-19)

    23 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 16-19)

    24 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Pelepasan menghadiri kuliah di UKM Bangikursus GGGE6543: Teknologi Maklumat

    dalam Pendidikan

    25 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisianBahasa Inggeris (MII 16-19)

    Pengenalan kepada IPMS

    Cuti pelepasan sempena Majlis Menyambut Menantu di Batu Pahat pada 21

    November 2011.

    IPMS= Intellectual Property Management Syst em

    MINGGU KEDUA PULUH

    TARIKH WAKTU AKTIVITI

    28 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 16-19)

    Pencarian item LLM

    29 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 16-19)

    Pencarian item LLM

    30 November 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 16-19)

    Pencarian item LLM1 Disember 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisian

    Bahasa Inggeris (MII 16-19)

    Pencarian item LLM

    2 Disember 2011 8.30 Pagi 5.30 Petang Merekabentuk grafik/imej bagi perisianBahasa Inggeris (LLM)

    4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    20/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 20

    Sepanjang saya menjalani latihan praktikum ini, saya telah mempelajari pelbagai

    pengetahuan yang baru mengenai bidang psikometriks dan teknologi maklumat di Jabatan

    Psikometriks, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Di sini, saya dapat mempraktikkan apa yang telah saya

    pelajari semasa di universiti iaitu dengan mengikuti kerja-kerja yang berkaitan pengurusan ujian

    penilaian psikologi di sekolah (Field test), pembinaan item untuk ujian (item development) dan

    pengukuhan penggunaan perisian Adobe Photoshop CS5 sebagai medium untuk membina

    bahan grafik item. Selain itu, saya dapat melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja

    yang berkaitan dengan teknologi semasa di sekolah, bagaimana hendak berurusan dengan

    pihak sekolah untuk mengadakan ujian, menguruskan sesuatu dokumen seperti senarai nama

    sekolah dan peserta ujian dan bengkel, mengikuti mesyuarat untuk perkara berbangkit dan

    mendengar perbincangan masalah-masalah yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti jabatan.

    Di samping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi dengan para

    pekerja sama ada dari pihak bawahan mahupun pihak atasan yang terlibat dengan jabatan ini.

    Memahami kerenah-karenah pelbagai pihak yang mempunyai bermacam-macam permintaan

    untuk mendapat kepuasan dalam mencapai hasil yang terbaik. Oleh itu, adalah sangat berguna

    latihan praktikum ini dijalankan supaya pelajar dapat memahami segala aspek yang terkandung

    dalam bidang yang diikuti iaitu pendidikan sumber dan teknologi maklumat.

    Saya selaku pelatih yang menjalani latihan praktikum ini ingin mencadangkan supaya

    pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan agar sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas

    yang bakal dilakukan dan sentaiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab. Di samping itu,

    pelajar harus didedahkan dengan kerja-kerja lapangan seperti cara berurusan dengan pihak

    sekolah, pengurusan rekod, pengukuran dan penilaian melalui ujian statistik antara teori dan

    amali supaya dapat lebih memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut

    dilaksanakan. Selain itu, pelatih-pelatih juga seharusnya dibimbing dengan sebaik mungkin oleh

    penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih menjalani latihan. Para pelatih seharusnya

    didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan tentang kerja-kerja berkaitan projek, di mana

    pengetahuan ini tidak dapat diperolehi di universiti hanya dengan mendapatkannya secara teori.

    Saya juga ingin memberikan saranan iaitu ketua dan pekerja bawahan perlulah

    mempunyai hubungan komunikasi yang baik seperti memberi penerangan secukupnya tentang

    sesuatu acara dan rangka kerja supaya pekerja dapat melakukan kerja dengan sebaik

    mungkin.

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    21/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 21

    Akhir sekali, saya mengharapkan agar pelatih tidak mensia-siakan peluang yang telah

    diberi semasa menjalani latihan praktikum supaya ilmu yang diperolehi sepanjang latihan dapat

    digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi aset

    yang berguna kepada diri sendiri serta masyarakat.

    5.0 SUMBER-SUMBER RUJUKAN

    1) Dr. Haniza Yon

    Director of Psychometrics Centre

    Psychometrics Cluster, Level 3,

    MIMOS Berhad, Bukit Jalil,

    Kuala Lumpur.

    2) http://www.mimos.my/

    http://www.mimos.my/http://www.mimos.my/http://www.mimos.my/
  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    22/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 22

    6.0 LAMPIRAN

    5.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Jabatan Psikometriks

    Lab Warmin g& Majlis Bacaan Yaasin

    Persiapan untuk juadah Majlis Bacaan Yaasin

    Ramadhan Charity Session : Flag-off and distr ibution(Aktiviti Kebajikan)

    Bergambar bersama bahan derma Ketika pulang dari membeli-belah

    Field Test(Ujian Lapangan)

    Penerangan ringkas sebelum ujiandijalankan di SMAP Labu Kenangan semasa di SM Sains Puteri

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    23/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 23

    MIMOS Merd eka Raya 2011

    Replika KLCC daripada kuih bahulu Kenangan bersama rakan sekerja

    Worksh op on IRT, CAT and Testing in Onlin e Environment(Bengkel IRT)

    Bersama penceramah bengkel IRT,Mr. Michal Konsinski Penyampaian sijil penyertaan

    Majlis Perpisahan

    Antara juadah yang disediakan Penyampaian cenderamata kepada pelatih

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    24/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    NOORUL FAEDZAH BINTI ROSLI 24

    LAMPIRAN 5.2:

    SALINAN SURAT-

    SURAT PRAKTIKUM

  • 7/28/2019 Laporan Harian Latihan Praktikum

    25/25

    LAPORAN HARIAN PRAKTIKUM MIMOS BERHAD, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

    LAMPIRAN 5.3:

    SALINAN CUTI SAKIT,

    SURAT MATI

    &

    SIJIL PENYERTAAN

    BENGKEL IRT