laporan felo

11
Laporan Pertandingan Futsal Kolej Kediaman Pada 17 Mei 2015, Majlis Tertinggi Kolej Kediaman (MTKK) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menganjurkan pertandingan futsal kolej kediaman pelajar di gelanggang futsal Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Terdapat 5 buah pasukan yang menyertai pertandingan ini dan permainan diadakan secara liga manakala pemenang akan diadili melalui pungutan mata pada setiap jaringan gol yang diperoleh. Setiap pasukan terdiri daripada 8 orang pemain iaitu 5 pemain tetap, 2 simpanan dan seorang pengurus pasukan. Acara dimulakan dengan penerangan khas oleh pengarah program mengenai peraturan permainan kepada setiap pengurus pasukan. Kemudian, setiap kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk mengadakan sesi regangan sebelum permainan dimulakan. Masa perlawanan adalah 7-1-7 dimana 7 minit sesi pertama, 1 minit rehat serta pertukaran gelanggang dan 7 minit sesi kedua. Pertandingan bermula pada pukul 9 pagi dan berhenti sebentar pada pukul 11.00pagi kerana turunnya hujan membasahi lantai futsal dan menyukarkan perlawanan pertandingan berlangsung. Perlawanan diteruskan lagi 15 minit selepas itu dan berakhir pukul 12.30tengah hari. Markah dikira oleh Pengarah program, dan keputusan untuk Johan pertandingan futsal ini adalah milik pasukan Lipan Bara manakala di tempat kedua adalah pasukan Lintah Besi dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Blacks. Johan telah menerima wang tunai sebanyak RM300.00 beserta medal emas dan naib johan menerima wang tunai sebanyak

Upload: fashreen-shamsuddin

Post on 15-Sep-2015

35 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

LAPORAN OLRH FELO BAGI AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DI ASRAMA

TRANSCRIPT

Laporan Pertandingan Futsal Kolej KediamanPada 17 Mei 2015, Majlis Tertinggi Kolej Kediaman (MTKK) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menganjurkan pertandingan futsal kolej kediaman pelajar di gelanggang futsal Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Terdapat 5 buah pasukan yang menyertai pertandingan ini dan permainan diadakan secara liga manakala pemenang akan diadili melalui pungutan mata pada setiap jaringan gol yang diperoleh. Setiap pasukan terdiri daripada 8 orang pemain iaitu 5 pemain tetap, 2 simpanan dan seorang pengurus pasukan. Acara dimulakan dengan penerangan khas oleh pengarah program mengenai peraturan permainan kepada setiap pengurus pasukan. Kemudian, setiap kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk mengadakan sesi regangan sebelum permainan dimulakan. Masa perlawanan adalah 7-1-7 dimana 7 minit sesi pertama, 1 minit rehat serta pertukaran gelanggang dan 7 minit sesi kedua. Pertandingan bermula pada pukul 9 pagi dan berhenti sebentar pada pukul 11.00pagi kerana turunnya hujan membasahi lantai futsal dan menyukarkan perlawanan pertandingan berlangsung.Perlawanan diteruskan lagi 15 minit selepas itu dan berakhir pukul 12.30tengah hari. Markah dikira oleh Pengarah program, dan keputusan untuk Johan pertandingan futsal ini adalah milik pasukan Lipan Bara manakala di tempat kedua adalah pasukan Lintah Besi dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Blacks. Johan telah menerima wang tunai sebanyak RM300.00 beserta medal emas dan naib johan menerima wang tunai sebanyak RM150.00 beserta medal berwarna perak. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Unit Kebudayaan merangkap sebagai Felo Kolej Kediaman, Cik Safina bt Dzulkepli diiringi oleh Felo Kolej Kediaman, Encik Rizal b Abu Bakar.Disediakan oleh,

(Syarifah bt Bahraini)Setiausaha AgungMajlis Tertinggi Kolej Kediaman,Universiti Pertahanan Nasional Mslaysia.