nfo @ utm ipf · jamuan raya ipf 2015 kertas kerja kebajikan felo & pembantu felo kerohanian...

2
Biro Komunikasi & Dokumentasi IPF 2014 Institusi Pembangunan Felo UTM Bengkel Pelan Strategik IPF 2015 Pada 1 Disember 2014, IPF telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik IPF bertempat di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak (KTR). Bengkel ini bermula pada jam 9.00 malam dengan kehadiran sebahagian besar daripada barisan Pengetua, Felo dan Pembantu Felo kolej-kolej kediaman UTM. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak IPF dan biro-biro sepanjang tahun 2015 di samping mengemaskini ahli-ahli biro IPF bagi tahun 2015. Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi IPF, Dr. Ahmad Johari bin Sihes. Antara intipati ucapan adalah beliau mengharapkan agar semua ahli IPF dapat memberikan komitmen terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti IPF walaupun ahli-ahli sibuk dengan urusan kerjaya dan keluarga. Bengkel diteruskan dengan ahli-ahli IPF telah dibahagikan mengikut biro masing-masing untuk merancang aktiviti-aktiviti IPF bagi setiap biro sepanjang tahun 2015. Perancangan aktiviti-aktiviti kemudian dibentangkan oleh ketua atau wakil biro. Di akhir bengkel, Biro Sukan & Rekreasi telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan hadiah bagi pemenang Pertandingan Boling IPF bagi tahun 2014. nfo @ UTM IPF Edisi 4/2014 Institusi Pembangunan Felo (IPF) UTM http://www.utm.my/ipf MENARIK EDISI INI Bengkel Strategik IPF Aku Kotak Hitam Aktiviti IPF 2015 Institut Pembangunan Bioproduk English Corner SIDANG REDAKSI Ketua Editor: En. Azizul bin Azman Jurugambar: En. Hadafi Fitri bin Mohd Latiff En. Nor Mohd Afif bin Osman Wartawan: Dr. Rabia Bakhteri Pn. Siti Aishah binti Abdul Hamid Pn. Nurul Na’immah binti Hamdan Pn. A. Rafidah binti A. Mohd Yunos En. Mohd Fadthul Ikmal bin Misnal Pereka Grafik: En. Mohammed bin Mohd Hasni Dr. Nor Fasiha binti Mohd Yusof Dr. Noorfa Haszlina bte Mustaffa Tugas-tugas Khas: Cik Siti Marsilawati binti Mohamed Esivan 1 FAKTA NOMBOR Jumlah Graduan UTM Konvokesyen ke-53 201 1,065 2,914 2 1,408 Doktor Falsafah Sarjana Sarjana Muda Diploma Lepasan Ijazah Ijazah Diploma

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: nfo @ UTM IPF · Jamuan Raya IPF 2015 Kertas Kerja Kebajikan Felo & Pembantu Felo Kerohanian KDOJ Jamuan Raya IPF 2015 Aktiviti Korban Program Israk Mikraj Ceramah/Forum Bahaya Syiah

Biro Komunikasi & Dokumentasi IPF 2014 Institusi Pembangunan Felo UTM

Bengkel

Pelan Strategik IPF 2015

Pada 1 Disember 2014, IPF telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik IPF

bertempat di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak (KTR). Bengkel ini bermula

pada jam 9.00 malam dengan kehadiran sebahagian besar daripada barisan

Pengetua, Felo dan Pembantu Felo kolej-kolej kediaman UTM. Bengkel ini

diadakan bertujuan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh

pihak IPF dan biro-biro sepanjang tahun 2015 di samping mengemaskini ahli-ahli

biro IPF bagi tahun 2015. Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada

Pengerusi IPF, Dr. Ahmad Johari bin Sihes. Antara intipati ucapan adalah beliau

mengharapkan agar semua ahli IPF dapat memberikan komitmen terhadap

pelaksanaan aktiviti-aktiviti IPF walaupun ahli-ahli sibuk dengan urusan kerjaya

dan keluarga. Bengkel diteruskan dengan ahli-ahli IPF telah dibahagikan mengikut

biro masing-masing untuk merancang aktiviti-aktiviti IPF bagi setiap biro sepanjang

tahun 2015. Perancangan aktiviti-aktiviti kemudian dibentangkan oleh ketua atau

wakil biro. Di akhir bengkel, Biro Sukan & Rekreasi telah mengambil kesempatan

untuk menyampaikan hadiah bagi pemenang Pertandingan Boling IPF bagi tahun

2014.

nfo @ UTM IPF

Edisi 4/2014 Institusi Pembangunan Felo (IPF) UTM http://www.utm.my/ipf

MENARIK EDISI INI

Bengkel Strategik IPF

Aku Kotak Hitam

Aktiviti IPF 2015

Institut Pembangunan

Bioproduk

English Corner

SIDANG REDAKSI

Ketua Editor: En. Azizul bin Azman

Jurugambar: En. Hadafi Fitri bin Mohd Latiff En. Nor Mohd Afif bin Osman

Wartawan: Dr. Rabia Bakhteri

Pn. Siti Aishah binti Abdul Hamid Pn. Nurul Na’immah binti Hamdan Pn. A. Rafidah binti A. Mohd Yunos En. Mohd Fadthul Ikmal bin Misnal

Pereka Grafik: En. Mohammed bin Mohd Hasni Dr. Nor Fasiha binti Mohd Yusof Dr. Noorfa Haszlina bte Mustaffa

Tugas-tugas Khas: Cik Siti Marsilawati binti Mohamed

Esivan

1

FAKTA NOMBOR

Jumlah Graduan UTM Konvokesyen ke-53

201

1,065

2,914

2

1,408

Doktor Falsafah

Sarjana

Sarjana Muda

Diploma Lepasan Ijazah Ijazah Diploma

Page 2: nfo @ UTM IPF · Jamuan Raya IPF 2015 Kertas Kerja Kebajikan Felo & Pembantu Felo Kerohanian KDOJ Jamuan Raya IPF 2015 Aktiviti Korban Program Israk Mikraj Ceramah/Forum Bahaya Syiah

Biro Komunikasi & Dokumentasi IPF 2014 Institusi Pembangunan Felo UTM

Edisi 4/2014 Institusi Pembangunan Felo (IPF) UTM http://www.utm.my/ipf

2

Biro Pusat Aktiviti Perancangan Aktiviti 2015

Kebajikan KP Lawatan Kebajikan

Jamuan Raya IPF 2015

Kertas Kerja Kebajikan Felo & Pembantu Felo

Kerohanian KDOJ Jamuan Raya IPF 2015

Aktiviti Korban

Program Israk Mikraj

Ceramah/Forum Bahaya Syiah

Program Maulidur Rasul

Sukan & Rekreasi KTR Le Tour de UTM

Mendaki Gunung Belumut

Pertandingan Badminton

Pertandingan Boling

Water Rafting

Lawatan ke Melaka

Futsal Persahabatan bersama MPM

Pembangunan &

Budaya Ilmu

KTC Kertas Kerja Penyelidikan

Forum DNA Institusi Felo

Kem Felo

Komunikasi &

Dokumentasi

KTHO Buletin IPF Edisi ke-4 2014

Kompilasi Gambar Program 2014

Buletin IPF

Mengambil Gambar Korporat

Mengemaskini emel dan facebook IPF

Idiom: A phrase that has meaning of its own than the actual meaning of the words used. Idioms are used in everyday conversation to offer ideas, principles and values of a given culture/society. Below are some famous idioms: 1. At a drop of a hat Meaning: without hesitation; instantly Example: She considers him to be a reliable person as he often responds to her every request at a drop of a hat. 2. Strike while the iron is hot Meaning: taking advantage of a good opportunity Example: We need to strike while the iron is hot during the big sale this weekend! 3. Blessing in disguise Meaning: something good that isn’t recognized at first Example: Rejecting the job offer is actually a blessing in disguise so that you stay close to your family who needs you more right now. 4. Feel a bit under the weather Meaning: feeling slightly sick Example: I’ve been feeling a bit under the weather lately because of the drastic change in climate. 5. Cut corners Meaning: when something is done badly to save money Example: Sometimes, some companies cut corners in order to remain competitive in the market. Have fun using them in our everyday conversation!

INSTITUT PEMBANGUNAN BIOPRODUK UTM (IBD)

Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) yang berpusat di Universiti Teknologi Malaysia, Johor

Bahru merupakan sebuah Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) yang memberi tumpuan

kepada penyelidikan dan pembangunan produk yang berasaskan dari bahan bio. Institut ini

yang sebelum ini dikenali sebagai Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) berperanan besar

dalam menghasilkan komponen dan teknologi pemprosesan bernilai tinggi bagi industri

nutraseutikal, kosmeseutikal, fitokimia, perisa dan wangian, bahan ramuan makanan, probiotik,

baja bio dan racun perosak bio.

Antara produk berasaskan tumbuhan dan herba yang berjaya dihasilkan oleh para

penyelidik IBD termasuklah minyak kelapa dara, kapsul kacip Fatimah, kapsul tongkat ali,

minyak rambut VCO, minyak aromaterapi, baja organik dan banyak lagi. Produk-produk ini

boleh dibeli terus dari IBD sendiri atau melalui website Living Active www.livingactive.net.my

atau laman Facebook: Living Active Wellness Shop.

Selain daripada penghasilan produk berasaskan herba dan bahan bio, IBD juga giat

menganjurkan kursus-kursus berkaitan peningkatan kemahiran dalam sektor herbal,

bioteknologi dan terapi holistik. Antara kursus yang dianjurkan termasuklah Kursus Penghasilan

Minyak Kelapa Dara, Kursus Penyediaan Baja Organik Menggunakan Teknologi EM, Kursus

Pemprosesan Herba dan Formula Produk dan Kursus Formulasi Produk Aromaterapi. Selain itu,

IBD juga aktif menganjurkan kursus berkaitan terapi holistik dan kesejahteraan termasuklah

Kursus Urutan Tradisional Melayu Selepas Bersalin, Kursus Terapi Holistik dan Kursus

Aromaterapi.

IBD juga ada menawarkan khidmat spa dan terapi di Bakawali Spa: Malay House of

Wellness yang terletak di blok N23. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang

berpatutan antaranya urutan holistik, refleksologi, rawatan wajah dan sebagainya. Bagi sesiapa

yang berminat untuk mendapatkan khidmat Bakawali Spa bolehlah melayari terus di website

Bakawali Spa http://www.bakawalispa.com/ atau laman Facebook: Bakawali Spa.

aku KOTAK HITAM

karya: Mohamad Firdaus Ab Aziz

(bernama pena ilham seni)

Dibawa ku terbang melayang di udara siang

dan malam pagi dan petang meninggalkan tanah dan daratan

Aku duduk diam dihujung ekormu membisu tanpa sebarang kata hanya bisa mendengar

luahan hati manusia, Dalam suka ada gembira

dalam duka ada tangisan, setiap kali kau melanggar awan, Kadang kala aku rasa

seram Tatkala guruh dan pusar angin membadai

dirimu, Aku dihentak kerisauan

Aku hanya bisa merakam suara-suara manusia

yang bijak mengatur kata, yang pandai mengawal dirimu, ke kanan dan ke kiri

Kau pergi dengan berhati-hati ke utara atau ke selatan kau hampiri

atau ke timur dan ke barat kau tempuhi Aku hanya menjadi peneman setiamu di

saat susah dan senangmu

Hari ini, Aku masih di sini.. Menanti dan terus menanti

Aku masih setia bersamamu, MH370 Seakan janji yg telah terikat

Sebagai sahabat jauh dan dekat Kita juga hamba Tuhan, Kita juga makhluk yang

lemah, Menunggu masa untuk diselamatkan, Semoga aku ditakdirkan

oleh-NYA, Untuk diketemukan denganmu Jika aku rebah bersamamu, Aku redha dan

pasrah, Sehingga ke akhirnya juga Kita akan tetap berjasa kepada mereka Dikenang dalam doa dan harapan yang

tiada berkesudahan

PERANCANGAN AKTIVITI IPF 2015

English Corner - Idioms

Gambar ehsan - diaridrsepet.blogspot.com