laporan diy bunga

3
LAPORAN AKTIVITI DIY BUNGA FESTIVAL SENI LIKU DAN PERASMIAN GALERI SENI Sepanjang Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti seni yang diadakan di ruang legar galeri. Jadi, saya dan Nur Ezzatul Ameera telah ditugaskan untuk mengadakan aktiviti diy bunga pada 12 Ogos 2015 seperti yang telah dirancang. Terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat dilihat sepanjang kami bertugas menjaga tapak aktiviti diy bunga. Antara kekuatan yang dapat dilihat ialah aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelawat yang hadir ke tapak aktiviti. Kunjungan dari siswi pendidik dan pensyarah ke tapak kami tidak henti-henti dari pagi hinggalah ke petang. Hal ini menyebabkan kami terpaksa membuka lagi satu tapak akibat tidak cukup ruang untuk menampung pelawat yang mengunjungi tapak aktiviti diy bunga. Pelawat yang hadir begitu berminat untuk menghasilkan bunga menggunakan kertas crepe. Selain itu, hiasan tapak dan contoh bunga crepe yang menarik menjadi salah satu faktor pelawat berminat mengunjungi tapak aktiviti kami. Susun atur meja, alat dan hiasan yang sesuai dan strategik memudahkan pelawat mengunjungi dan membuat bunga crepe tanpa sebarang masalah. Tambahan lagi, contoh bunga crepe yang telah siap telah menarik minat pelawat untuk belajar cara menghasilkan bunga. Disamping itu, kami telah membahagikan tugas agar aktiviti diy bunga ini berjalan dengan lancar. Saya ditugaskan untuk mengajar cara menghasilkan bunga phoeny manakala Nur Ezzatul pula ditugaskan mengajar bunga mawar. Pembahagian tugas ini memudahkan kami untuk

Upload: ieka-adila

Post on 03-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

CONTOH LAPORAN AKTIVITI

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN Diy Bunga

LAPORAN AKTIVITI DIY BUNGAFESTIVAL SENI LIKU DAN PERASMIAN GALERI SENI

Sepanjang Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni berlangsung, terdapat pelbagai

aktiviti seni yang diadakan di ruang legar galeri. Jadi, saya dan Nur Ezzatul Ameera telah

ditugaskan untuk mengadakan aktiviti diy bunga pada 12 Ogos 2015 seperti yang telah

dirancang. Terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat dilihat sepanjang kami bertugas

menjaga tapak aktiviti diy bunga.

Antara kekuatan yang dapat dilihat ialah aktiviti ini mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada pelawat yang hadir ke tapak aktiviti. Kunjungan dari siswi pendidik

dan pensyarah ke tapak kami tidak henti-henti dari pagi hinggalah ke petang. Hal ini

menyebabkan kami terpaksa membuka lagi satu tapak akibat tidak cukup ruang untuk

menampung pelawat yang mengunjungi tapak aktiviti diy bunga. Pelawat yang hadir begitu

berminat untuk menghasilkan bunga menggunakan kertas crepe.

Selain itu, hiasan tapak dan contoh bunga crepe yang menarik menjadi salah satu

faktor pelawat berminat mengunjungi tapak aktiviti kami. Susun atur meja, alat dan hiasan

yang sesuai dan strategik memudahkan pelawat mengunjungi dan membuat bunga crepe

tanpa sebarang masalah. Tambahan lagi, contoh bunga crepe yang telah siap telah menarik

minat pelawat untuk belajar cara menghasilkan bunga.

Disamping itu, kami telah membahagikan tugas agar aktiviti diy bunga ini berjalan

dengan lancar. Saya ditugaskan untuk mengajar cara menghasilkan bunga phoeny

manakala Nur Ezzatul pula ditugaskan mengajar bunga mawar. Pembahagian tugas ini

memudahkan kami untuk mengajar dan dapat memberi perhatian kepada pelawat yang

hadir. Jadi, pelawat boleh membuat pilihan untuk belajar menghasilkan bunga phoeny

ataupun mawar.

Penghasilan bunga crepe ini tidak banyak menggunakan bahan dan menjimatkan

kos. Bunga crepe ini hanya menggunakan kertas crepe, lidi, dawai dan gunting. Apatah lagi,

bahan ini sudah ada di studio seni dan kelas. Kami hanya menggunakan semula bahan-

bahan tersebut untuk membuat aktiviti diy bunga sekaligus dapat menjimatkan kos

perbelanjaan bagi aktiviti diy bunga.

Kelemahan yang ada sepanjang aktiviti diy bunga berlangsung adalah kerbersihan.

Hal ini kerana hasil guntingan dari kertas crepe berteraburan di lantai menyebabkan tapak

Page 2: LAPORAN Diy Bunga

aktiviti ini bersepah dengan longgokan kertas. Walaupun sudah disediakan tong sampah di

tapak aktiviti namun ada segelintir pelawat yang tidak prihatin membiarkan hasil gunting itu

berteraburan di atas meja dan lantai. Apatah lagi faktor angin yang kuat ketika itu telah

menerbangkan kertas tersebut ke tapak aktiviti yang lain

Akhir sekali, saya berharap aktiviti diy bunga dapat diteruskan di IPGK PM pada

masa hadapan. Aktiviti ini dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berguna

mengenai cara menghasilkan bunga diy menggunakan kertas crepe kepada pelawat yang

hadir.

Disediakan oleh : 14 OGOS 2015

(NUR ‘ATIQAH ‘ADILAH BINTI MEDON)

AJK Diy Bunga