laporan bsmm

Upload: femala-vellu

Post on 10-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

H

TRANSCRIPT

LAPORAN KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN CPRSEMESTER 4/2015Kursus PBSM (CPR) telah diadakan pada hari Jumaat dan sabtu 03-04 Julai 2015 yang bertempat di Dewan Seri Keledang 8.00 pagi - 6.00 petang. Jurulatih yang hadir untuk memberi taklimat mengenai CPR adalah Encik Krishnakumar dan Jurulatih Encik Ilangovan (Jurulatih BSMM Cawangan Perak) telah menghadiri untuk menguji pertolongan cemas, CPR, ujian bertulis dan balutan. Pada 03 Julai 2015, pada pukul 8.00 pagi telah mengadakan pendaftaraan pelajar. Seterusnya taklimat yang diadakakan pada hari pertama adalah mengenai pertolongan cemas dan balutan. Beliau telah menerangkan mengenai definisi CPR, objektif,prinsip, garis panduan, alatan kotak CPR serta jenis-jenis balutan. Manakala pada slot kedua dan slot ketiga pula beliau mengajar mengenai Kecederaan tisu lembut dan renjatan. Pembalut dan balutan, penilaian asas pesakit , bantuan hidup asas (CPR), kecederaan tulang, sendi dan otot, kecederaan terbakar dan cara mengangkat pesakit. Beliau membahagikan kepada sepuluh kumpulan. Beliau telah memberi tugasan untuk membentangkan tajuk yang berkaitan CPR, jenis-jenis balutan, kecederaan dan sebagainya pada hari yang kedua iaitu 04 Julai 2015. Beliau telah mengajar jenis- jenis balutan seperti balutan tangan besar, balutan tangan kecil, balutan tangan segitiga, balutan kepala, balutan dahu, cincin, balutan lutut, balutan tapak kaki, balutan tapak tangan dan sebagainya.Pada 04 julai 2015, beliau mengajar tentang Dr. ABC untuk memperkenalkan CPR. Dalam hal itu beliau telah mengajar lebih mendalam mengenai cara-cara yang patut diamalkan dalam keadaan kecemasan. Beliau menggunakan Dummy sebagai model untuk tujuan CPR. Beliau telah memberitahu langkah demi langkah iaitu langkah pertamanya kita memastikan tempatnya selamat, Selepas itu mengejutkan mangsanya jika tiada sebarang respon maka minta bantuan daripada orang sekeliling untuk menghubungi ambulans. Langkah seterunya melakukan Airway. Selepas membuat Airway hendaklah membuat hembusan 2 kali dan 30 kali tekanan. Kitaran ini dilakukan selama 5 kali. Selepas mangsa sedar maka hendaklah membuat aktiviti pemulihan. Pengerusi program memberi cenderamata kepada jurulatih BSSM dari cawangan Perak

Pada 09 Julai 2015, telah mengadakan ujian amali Pertolongan cemas dan cara balutan dan ujian bertulis Pertolongan cemas dan CPR di Dewan Seri Keledang. Kami dapat mempelajari pelbagai kaedah dan teknik baru daripada kursus ini.

Semasa menguji tentang balutan kepala, mata dan tangan

Semasa membuat aktiviti pertolongan cemas menggunakan Dummy Mengadakan ujian bertulis di Dewan Seri Keledang

Bersurai