laporan bendahari jamuan 1 malaysia
DESCRIPTION
Contoh Laporan Bendahari IPGTRANSCRIPT
Laporan Bendahari Jamuan 1 Malaysia
Saya Phavetra sebagai naib bendahari dalam Jamuan 1 Malaysia, telah menjalankan
tugas saya dengan penuh bertanggungjawab. Sesungguhnya, tema untuk jamuan ini telah
dicadangkan oleh guru pelatih dari unit Q7 dan Q8. Jadi temanya ‘Jamuan 1 Malaysia’. Tujuan
memilih tema ini adalah untuk membawa erti berhimpunkanketiga-tiga bangsa guru pelatih dari
unit Q7 dan Q8. Jadi Jamuan ini telah diadakan pada 6 April 2016 pada pukul 11pagi hingga 3
petang di Hotel Syuen Ipoh. Saya dengan bendahari iaitu Nor Azera telah menjalankan tugas
kami secara teratur dan baik.
Jadi saya sebagai bendahari telah bekerjasama dengan bendahari saya dari unit Q7
dalam merancang anggaran perbelanjaan untuk Jamuan 1 Malaysia yang telah berlangsung di
Hotel Syuen Ipoh dan kami telah membuat perancangan perbelanjaan secara statik untuk
Jamuan 1 Malaysia. Selepas, melayari dengan lebih lanjut dan setelah mengadakan
perbincangan antara ahli jawatankuasa yang lain saya bersama bendahari telah mengambil
keputusan yang rasional serta tidak berat sebelah. Konklusinya, kami bercadang untuk
mengutip sebanyak RM30 daripada guru pelatih yang akan menghadiri ke Jamuan tersebut. RM
30 termasuk dengan pembayaran untuk jamuan makan dan untuk barang –barang perhiasan
untuk Jamuan 1 Malaysia.
Seterusnya, kami mengutip RM30 untuk perbelanjaan seperti barang perhiasan tempat
jamuan dan untuk makanan tengah hari untuk guru pelatih serta empat tetamu khas yang terdiri
daripada pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Antara tetamunya adalah Encik
Yusri bin Mat Johor selaku Penolong Ketua Unit Kokurikulum, pensyarah bagi kursus
Pengurusan Kokurikulum bagi unit Q7 dan Q8, Encik Mohammad Radzi bin Johari dan tutor unit
Q7 dan Q8 Puan Selina Liew dan Encik Hairi bin Yahya. Terdapat 32 guru pelatih dan 4 tetamu
khas yang telah menghadiri ke Jamuan 1 Malaysia dan jumlahnya adalah 36 orang.
Pembayaran makanan untuk seorang adalah RM23 dan jika didarab dengan 36 orang dan
jumlah yang telah dibayar untuk jamuan makan adalah sebanyak RM828.
Bakinya, RM132 dan duit ini telah digunakan untuk barang-barang untuk perhiasan. Jadi
RM46 telah dibelanjakan untuk pembelian barang perhiasan untuk jamuan dan bakinya adalah
RM 86 dan telah dibahagikan dan dipulangkan kepada 32 guru pelatih. Saya telah membuat
sebuah Penyata Penerimaan dan Pembayaran untuk Jamuan 1 Malaysia (Rujuk Lampiran).
Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa saya telah merancangkan perbelanjaan secara
rasional serta tidak membebankan orang lain. Kesimpulannya, saya berterima kasih kepada
pengerusi Jamuan 1 Malaysia, ahli jawatankuasa Jamuan dan pensyarah bagi kursus
Pengurusan Kokurikulum iaitu En Mohammad Radzi bin Johari yang telah memberi peluang
untuk memegang jawatan sebagai Naib Bendahari dan membantu saya dalam menjayakan
Jamuan 1 Malaysia dengan baik sekali.