laporan amali awan dan cuaca

Upload: kbx8876

Post on 03-Jun-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Laporan Amali Awan Dan Cuaca

    1/8

    LAPORAN AMALI AWAN DAN CUACA

    Awan

    Awan merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter 0.02 mm

    0.06 mm serta terapung di udara. Awan terbentuk

    akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera Troposfera adalah

    tempat berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah atmosfera. Hampir keseluruhan awan terbentuk di

    bahagian tersebut. Terdapat dua kumpulan besar awan iaitu Kumulus ( Cumiliform) dab berlapis-laois ( Stratiform ).

    Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin

    berat dan perlahan lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan

    terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan. Tetapi jikan titik-titik itu bertemu dengan udara panas , titik

    titik itu akanmengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung

    di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang

    tidak membawa hujan. Berikut adalah peringkat-peringkat awan dan jenis-jenis awan.

    Awan peringkat rendah : Stratokumulus dan Stratus

    Awan peringkat pertengahan : Altokumulus

    Awan peringkat tinggi : Sirus, Sirokumulus dan Sirostratus

    Awan peringkat rendah ( 0 hingga 2 kilometer )

    i. Stratokumulus

    ii. Stratus

    iii. Kumulus

  • 8/11/2019 Laporan Amali Awan Dan Cuaca

    2/8

    iv. Kumulonimbus

    Awan peringkat pertengahan

    i.I Altokumulus

    ii. Altostratus

    Awan peringkat tinggi ( 5 hingga 13 kilometer )

    i. Sirus

    ii. Sirokumulus

    iii. Sirostratus

    GAMBAR-GAMBAR JENIS AWAN.

  • 8/11/2019 Laporan Amali Awan Dan Cuaca

    3/8

    TUJUAN :

    Mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan mengetahui tentang cuaca pada hari tersebut.

    PERALATAN :

    a ) Kamera

    b ) Termometer

    c ) Buku catatan

    d ) Aplikasi Accuweather

    PROSEDUR :

    1 . Maklumat yang berkaitan dengan awan telah didapatkan melalui rujukan buku-buku

    teks, internet serta bahan rujukan yang lain.

    2 . Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenis-jenis

    awan yang terbentuk selama 14 hari.

    3 . Pemerhatian yang diperolehi telah direkodkan termasuklah perubahan iklim yang ber

    laku sama ada hujan, cuaca cerah ataupun mendung.

    4 . Hasil pemerhatian dianalisis dan ditafsir berdasarkan gambar-gambar, jadual dan bahan rujukan.

  • 8/11/2019 Laporan Amali Awan Dan Cuaca

    4/8

    PERBINCANGAN

    Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan yang pelbagai bentuk dan jenis yang boleh kita perhatikan

    dilangit saban hari amat berguna dalam mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-

    merah bumi. Awan juga membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku contohnya awan Kumulus dapat

    menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Disamping itu juga awan dapat membantu

    mengagihkan semula haba tambahan dari Khatulistiwa ke kawasan kutub.

    Awan juga diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dimana ianya amat penting dalam kitaran hidrologi.Berdasarkan

    penemuan ini, terdapat beberapa implikasi penemuan ini dalam kehidupan harian iaitu ia dapat membantu para nelayan

    yang ingin ke laut untuk meramalkan cuaca pada hari itu sama ada ianya sesuai ataupun tidak untuk ke laut. Ini akan

    dapat menggelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku dan ianya juga dapat membantu dari sudut ekonomi

    nelayan itu sendiri dengan membantu mereka untuk mendapat hasil tangkapan yang lumayan kerana ianya juga sedikit

    sebanyak bergantung kepada cahaya.

    Awan juga memberi kesan kepada iklim dan pada masa yang sama, iklim juga memberi impak kepada awan.

    Hubungan ini mewujudkan satu sistem tindakbalas iklim yang rumit, di mana awan mengubah radiasi dan keseimbangan

    air bumi.Kehadiran awan boleh menyejukkan permukaan bumi dengan memantulkan cahaya matahari yang masuk ke

    permukaan bumi. Dengan ini, sinaran matahari yang mengenai permukaan bumi akan berkurangan dan ini dapat

    menurunkan suhu persekitaran.

    Bagi seorang guru pula, keadaan awan ini dapat membantu dalam merancang sesuatu aktiviti yang akan

    dijalankan diluar, contohnya latihan sukan, perkhemahan dan sebagainya, ini kerana guru yang mempunyai ilmutentang

    awan ini boleh membuat ramalan tentang cuaca pada hari tersebut dengan melihat pada awan yang terbentuk. Awan

    juga dapat membantu kita membuat ramalan tentang hujan .

  • 8/11/2019 Laporan Amali Awan Dan Cuaca

    5/8

    KESIMPULANNYA

    Awan-awan yang terbentuk dari pelbagai jenis dan bentuk sebenarnya mempunyai pelbagai maklumat yang

    hendak disampaikan seperti ramalan cuaca, hujan malahan tentang rebut yang bakal berlaku juga dapat diramalkan

    melalui pembentukan awan dilangit selain daripada suhu dan kadar kelembapan. Awan yang berlainan bentuk juga

    menunjukkan keadaan cuaca pada masa itu serta awan yang dicipta oleh Allah ini juga bertindak sebagai pelindung

    kepada bumi serta ia juga dapat menyejukkan permukaan bumi.

  • 8/11/2019 Laporan Amali Awan Dan Cuaca

    6/8

    RUJUKAN

    Lutgens,F.K.,Tarbuck,E.J. (2005). Foundations of Earth Science 4thEdition.New Jersey:

    Pearson Prentice Hill.

    Seed, M.A. (2007). Foundation of Astronomy 9thEdition.Belmont:Thomson.

    Broadfoot, J.B (2004). Weather and Climate. Brisbane:QUT.

    http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.html

    http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/

    http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126

    http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan

    http://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.html

    http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.html

    http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.htmlhttp://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.htmlhttp://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awanhttp://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awanhttp://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.htmlhttp://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.htmlhttp://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.htmlhttp://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.htmlhttp://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2011/05/definisi-2.htmlhttp://rahmat-priyono.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-awan-beserta-gambar.htmlhttp://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awanhttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126http://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/http://geoenviron.blogspot.com/2011/12/pembentukan-awan-dan-jenis-jenisnya.html
  • 8/11/2019 Laporan Amali Awan Dan Cuaca

    7/8

  • 8/11/2019 Laporan Amali Awan Dan Cuaca

    8/8