pekeliling aktiviti pendaftaran kursus semester...

12
PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2013/2014 1. Jadual Aktiviti Pendaftaran Kursus TARIKH AKTIVITI 11 16 Februari 2014 (Sistem E-Daftar ditutup pada 17 Februari 2014) 17 Februari 2014 (Isnin) (Semester 2, S.A. 2013/2014 bermula) 18 Februari 2014 (Selasa) hingga 28 Mac 2014 (Jumaat) [ Minggu Pertama(hari kedua) hingga Minggu Ke-6 ] 28 Mac 2014 (Jumaat) [ Akhir Minggu Ke-6 ] Aktiviti pendaftaran kursus secara E-Daftar’ menerusi portal Campus OnlineUSM (https://campusonline.usm.my). Dibenarkan hanya kepada pelajar yang bertaraf akademik aktif. Tidak dibenarkan kepada pelajar bertaraf akademik Percubaan (P1/P2). Dokumen CL(A) dan CL(B) boleh dicetak oleh Pusat Pengajian/Pusat menerusi Sistem Maklumat Universiti-Pelajar (SMU-P) mulai 11 Februari 2014. i) Tempoh RASMI aktiviti pendaftaran kursus secara PKDT di Pusat-pusat Pengajian/Pusat :- Melalui SMU-P Pusat Pengajian. Dibenarkan kepada semua pelajar termasuk :- - Pelajar bertaraf akademik Percubaan (P1/P2). - Pelajar bertaraf akademik Aktif yang mempunyai masalah/tidak boleh mendaftar semasa tempoh E-Daftar. - Kes-kes yang tidak dapat diselesaikan semasa tempoh E-Daftar. - Pelajar-pelajar baru kemasukan Semester 2, S.A. 2013/2014 (sekiranya ada). ii) Sesi kuliah / kelas / pengajaran bermula. Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara PKDT di Pusat-pusat Pengajian/Pusat Termasuk aktiviti gugur/tambah. Pendaftaran kursus atau penambahan kursus tanpa alasan yang kukuh oleh pelajar dalam fasa lewat ini perlu didenda RM50.00. Pengguguran kursus tidak dikenakan denda dalam tempoh ini (kecuali kursus Kokurikulum & Bahasa yang dibenar minggu pertama sahaja). Hari terakhir aktiviti pendaftaran/gugur/tambah kursus di Pusat-pusat Pengajian/Pusat.

Upload: vuongtram

Post on 13-Jul-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

PEKELILING

AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS

SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2013/2014 1. Jadual Aktiviti Pendaftaran Kursus

TARIKH AKTIVITI

11 – 16 Februari 2014

(Sistem E-Daftar ditutup pada

17 Februari 2014)

17 Februari 2014 (Isnin)

(Semester 2, S.A. 2013/2014 bermula)

18 Februari 2014 (Selasa)

hingga

28 Mac 2014 (Jumaat)

[ Minggu Pertama(hari kedua) hingga Minggu Ke-6 ]

28 Mac 2014 (Jumaat)

[ Akhir Minggu Ke-6 ]

Aktiviti pendaftaran kursus secara ‘E-Daftar’ menerusi portal “Campus Online” USM (https://campusonline.usm.my).

Dibenarkan hanya kepada pelajar yang bertaraf akademik aktif.

Tidak dibenarkan kepada pelajar bertaraf akademik Percubaan (P1/P2).

Dokumen CL(A) dan CL(B) boleh dicetak oleh Pusat Pengajian/Pusat menerusi Sistem Maklumat Universiti-Pelajar (SMU-P) mulai 11 Februari 2014.

i) Tempoh RASMI aktiviti pendaftaran kursus secara PKDT di Pusat-pusat Pengajian/Pusat :-

Melalui SMU-P Pusat Pengajian.

Dibenarkan kepada semua pelajar termasuk :-

- Pelajar bertaraf akademik Percubaan (P1/P2).

- Pelajar bertaraf akademik Aktif yang mempunyai masalah/tidak boleh mendaftar semasa tempoh E-Daftar.

- Kes-kes yang tidak dapat diselesaikan semasa tempoh E-Daftar.

- Pelajar-pelajar baru kemasukan Semester 2, S.A. 2013/2014 (sekiranya ada).

ii) Sesi kuliah / kelas / pengajaran bermula.

Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara PKDT di Pusat-pusat Pengajian/Pusat

Termasuk aktiviti gugur/tambah.

Pendaftaran kursus atau penambahan kursus tanpa alasan yang kukuh oleh pelajar dalam fasa lewat ini perlu didenda RM50.00.

Pengguguran kursus tidak dikenakan denda dalam tempoh ini (kecuali kursus Kokurikulum & Bahasa yang dibenar minggu pertama sahaja).

Hari terakhir aktiviti pendaftaran/gugur/tambah kursus di Pusat-pusat Pengajian/Pusat.

Page 2: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 2 - 2. Keputusan Peperiksaan Semester 1, Sidang Akademik 2013/2014

Keputusan peperiksaan “Provisional” (lulus/gagal) dijangka akan diumumkan pada 7 Februari 2014 manakala keputusan rasmi (bergred) pada 14 Februari 2014 melalui perkhidmatan-perkhidmatan berikut :- (a). TeleAkademik

- Dail 600 83 7899

(b). Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

i. Taipkan :

USM<>jarak<>RESULT<>jarak<>No. Kad Pengenalan Pelajar<>jarak<>Angka Giliran>

ii. Dan hantar ke 15888

( Contohnya = USM RESULT 760230075685 45687 )

(c). Portal “Campus Online” (https://campusonline.usm.my) 3. Semakan & Pengemaskinian Data Penawaran Kursus Menerusi Sistem Maklumat

Kursus (dalam SMU-P Pusat Pengajian) Oleh Pusat-Pusat Pengajian/Pusat

(a). Maklumat penting kursus-kursus yang akan ditawarkan oleh setiap Pusat Pengajian/Pusat di ketiga-tiga kampus pada Semester 1/Semester 2 boleh disemak menerusi menu ‘Maklumat Kursus’ dalam SMU-P Pusat Pengajian. Ini adalah bagi tujuan semakan/pengemaskinian oleh setiap Pusat Pengajian seperti penetapan kumpulan dan bilangan maksima pelajar yang dibenarkan (ceiling) atau diutamakan mendaftar sesuatu kursus, penetapan kursus boleh didaftarkan/mengikut kampus (KI, KJ dan KK), penetapan gred MUET untuk pendaftaran kursus Bahasa Inggeris tertentu (khusus untuk Pusat Pengajan Bahasa, Literasi & Terjemahan), tahun pengajian pelajar yang dibenarkan atau yang diutamakan mendaftar sesuatu kursus, penetapan prasyarat dan kandungan sinopsis kursus.

(b). Menu ‘Maklumat Kursus’ ini akan dibuka sepanjang tahun kepada semua Pusat

Pengajian/Pusat dengan aktiviti pengemaskinian boleh dijalankan pada bila-bila masa. Menu ‘Maklumat Kursus’ ini akan ditutup sepanjang tempoh Minggu Peperiksaan Universiti (di Semester 1 dan Semester 2).

(c). Sistem E-Daftar dan Sistem PKDT akan mengguna-pakai segala data yang telah

dimasukkan oleh semua Pusat Pengajian dalam pangkalan data ‘Maklumat Kursus’ ini. Sehubungan itu, semua Pusat Pengajian adalah dinasihatkan untuk menyemak dengan teliti maklumat penting setiap kursus masing-masing supaya aktiviti pendaftaran kursus dapat berjalan dengan lancar menggunakan data-data yang telah dimasukkan dalam pangkalan data ‘Maklumat Kursus’ ini.

Page 3: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 3 -

4. Syarat-Syarat Dan Maklumat Am Pendaftaran Kursus Secara E-Daftar

(a). Dijalankan menerusi menerusi portal “Campus Online” USM (https://campusonline.usm.my).

(b). Dibenarkan hanya kepada pelajar yang bertaraf akademik aktif sahaja.

Pelajar bertaraf akademik aktif boleh juga mendaftar kursus melalui kaedah biasa iaitu ketika tempoh aktiviti PKDT di Pusat Pengajian/Pusat, jika mengalami masalah mendaftar secara E-Daftar atau jika tiada akses kepada internet semasa tempoh E-Daftar.

Pelajar dibenarkan/boleh mendaftar kursus terus melalui E-Daftar tanpa mendapatkan kelulusan Penasihat Akademik masing-masing.

(c). Tidak dibenarkan kepada pelajar bertaraf akademik Percubaan (P1/P2).

Kumpulan pelajar ini perlu mendaftar kursus semasa tempoh aktiviti PKDT di Pusat Pengajian masing-masing.

Perlu berjumpa dan mendapatkan kelulusan Penasihat Akademik terlebih dahulu sebelum mendaftar kursus.

(d). Keputusan ‘Provisional’ peperiksaan Semester 1, S.A. 2013/2014 boleh digunakan

sebagai data awal bagi penentuan taraf akademik terkini pelajar. (e). Pelajar boleh menggugur/tambah kursus beberapa kali selagi dalam tempoh aktiviti

E-Daftar. Walau bagaimanapun, data terakhir transaksi akan diguna-pakai sebagai data pendaftaran kursus yang muktamad bagi setiap pelajar.

(f). Senarai kursus yang telah didaftar semasa tempoh E-Daftar masih boleh

dikemaskini (gugur/tambah) semasa tempoh aktiviti PKDT di Pusat Pengajian/Pusat.

(g). Kes-kes yang tidak dapat/boleh diselesaikan semasa tempoh E-Daftar boleh

diselesaikan semasa tempoh aktiviti PKDT di Pusat Pengajian/Pusat.

(h). Melalui E-Daftar, pelajar boleh mendaftar semua kursus kecuali kursus Kokurikulum.

Pendaftaran Kokurikulum adalah di bawah tanggungjawab/pentadbiran Pusat Rancangan Kokurikulum (di Kampus Induk)/Pengerusi Rancangan Kokurikulum (di Kampus Kejuruteraan)/Penyelaras Rancangan Kokurikulum (di Kampus Kesihatan).

Kursus-kursus Kokurikulum akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam rekod pendaftaran kursus pelajar yang terlibat sebelum aktiviti E-Daftar (jika permohonan pra daftar berjaya).

(i). Pendaftaran kursus jenis ‘Audit’ (berkod jenis ‘Y’) adalah tidak dibenarkan. (j). E-Daftar masih mengekalkan peraturan-peraturan/polisi am pendaftaran kursus

Universiti termasuk bilangan beban kerja/unit minima dan maksima pendaftaran kursus yang dibenarkan iaitu dalam julat 9 – 21unit.

(k). Pendaftaran kursus bagi pelajar Usahasama Akademik USM-IPTS akan mengguna

pakai kaedah pendaftaran kursus yang biasa (PKDT) di Pusat-pusat Pengajian terlibat.

Page 4: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 4 - 5. Capaian Ke Sistem E-Daftar Oleh Pelajar

(a). Sistem E-Daftar ini boleh dicapai menerusi portal “Campus Online” USM (https://campusonline.usm.my).

(b). Pelajar perlu berdaftar dengan portal ini untuk menjadi ahli (member). Setiap ahli

akan diberikan ‘ID’ (Kata Pengenalan) dan ‘Password’ (Kata Laluan).

(c). Pelajar menggunakan ‘ID’ dan ‘Password’ ini untuk mengakses (login) ke laman profailnya yang akan mengandungi satu menu bertajuk ‘E-Daftar’.

(d). Seterusnya pelajar perlu klik menu ‘E-Daftar’ ini untuk mengaksesnya dan

seterusnya mendaftar kursus-kursus yang berkenaan. (e). Pelajar boleh mencetak slip pengesahan pendaftaran kursusnya selepas selesai

mendaftar atau selepas setiap kali mengemaskini (gugur/tambah) senarai pendaftaran kursusnya semasa dalam tempoh E-Daftar.

(f). Sistem E-Daftar akan dibuka dalam tempoh 11 – 16 Februari 2014. (g). Panduan untuk berdaftar/mengakses portal “Campus Online” ini ada disediakan di

halaman utama portal ini. 6. Maklumat-Maklumat Dan Dokumen Yang Akan Diberikan Kepada Pusat

Pengajian/Pusat Menerusi Sistem Maklumat Universiti-Pelajar (SMU-P) Pusat Pengajian (a). Senarai pelajar di bawah seseorang Penasihat Akademik. (b). Maklumat akademik pelajar seperti taraf akademik, nilai PNG, nilai PNGK dan

tahun pengajian. (c). Cangred & Borang Daftar Kursus. (d). Senarai kursus yang ditawarkan mengikut semester dari semua Pusat

Pengajian/Pusat. (e). Statistik dan senarai-senarai tertentu berkaitan aktiviti pendaftaran kursus pelajar.

Page 5: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 5 - 7. Maklumat-Maklumat Dan Dokumen Yang Diberikan Kepada Pelajar Menerusi Portal

“Campus Online” USM

(a). Maklumat (Nama) Penasihat Akademik. (b). Maklumat akademik seperti taraf akademik, nilai PNG, nilai PNGK dan tahun

pengajian. (c). Cangred dan Borang Daftar Kursus

(d). Senarai kursus yang ditawarkan mengikut semester dari semua Pusat

Pengajian/Pusat.

(e). Jadual-jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran dari Pusat-pusat Pengajian/Pusat di ketiga-tiga kampus.

(f). Senarai kursus pra-daftar yang telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam rekod

pendaftaran kursus pelajar yang berkenaan (jika ada). (g). Peringatan-peringatan tertentu mengenai polisi/syarat umum pendaftaran kursus

Universiti.

8. Maklumat-Maklumat Dan Dokumen Yang Diberikan Kepada Penasihat Akademik Menerusi Portal “Campus Online” USM

(a). Senarai pelajar di bawah tanggungjawab.

(b). Maklumat akademik bagi pelajar-pelajar di bawah tanggungjawab seperti taraf

akademik, nilai PNG, nilai PNGK dan penarafan tahun pengajian. (c). Cangred bagi pelajar-pelajar di bawah tanggungjawab.

(d). Data pendaftaran kursus pelajar-pelajar di bawah tanggungjawab. (e). Jadual-jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran dari Pusat-pusat Pengajian/Pusat

di ketiga-tiga kampus (f). Senarai kursus yang ditawarkan mengikut semester dari semua Pusat

Pengajian/Pusat. (g). Peringatan-peringatan tertentu mengenai polisi/syarat umum pendaftaran kursus

Universiti. * Penasihat Akademik juga perlu berdaftar dengan portal “Campus Online” dahulu dan

seterusnya mengaksesnya untuk memperolehi maklumat-maklumat di atas. Panduan untuk berdaftar/mengakses portal ini ada disediakan di halaman utama portal ini.

Page 6: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 6 -

9. Pendaftaran Kursus Di Pusat Pengajian/Pusat (a). Menu ‘Online PKDT’ (menerusi SMU-P Pusat Pengajian) bagi operasi Pusat-pusat

Pengajian/Pusat akan diaktifkan mulai 17 Februari – 28 Mac 2014 (hingga akhir minggu ke-6). Sehubungan itu, semua Pusat Pengajian/Pusat diberi ruang masa sehingga akhir minggu ke-6 bagi aktiviti pendaftaran/gugur/tambah data-data pendaftaran kursus pelajar masing-masing.

(b). Bilangan beban kerja (unit) minima dan maksima pendaftaran kursus yang

boleh/perlu didaftarkan pelajar adalah dalam julat 9 – 21 unit (melalui E-Daftar atau PKDT).

(c). Pendaftaran semula kursus-kursus bergred ‘TL’ pada Semester 1/Semester 2

ke Semester 2/Semester 1 bagi kumpulan pelajar berkaitan hanya boleh dilakukan mulai hari keputusan peperiksaan “provisional” Semester 1/Semester 2 dikeluarkan Universiti pada 7 Februari 2014. Ini boleh dilakukan menerusi menu ‘Kemaskini’ pada SMU-P Pusat Pengajian.

(d). Pendaftaran kursus ke peringkat kursus yang lebih tinggi (terutamanya

kursus-kursus Kokurikulum oleh Pusat Rancangan Kokurikulum) bagi kumpulan pelajar berkaitan juga hanya boleh dilakukan mulai hari keputusan peperiksaan “provisional” Semester 1/Semester 2 dikeluarkan Universiti pada 7 Februari 2014. Ini boleh dilakukan menerusi menu ‘Kemaskini’ pada SMU-P Pusat Pengajian.

10. Pendaftaran Kursus Bahasa Dan Kokurikulum

(a). Pendaftaran kursus-kursus Bahasa secara E-Daftar adalah dibenarkan.

Walau bagaimanapun, jika berlaku sebarang masalah, pendaftaran kursus-kursus Bahasa masih boleh dijalankan/dikemaskini semasa tempoh rasmi aktiviti PKDT, di pejabat Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan (PPBLT).

Semua urusan kelulusan/pendaftaran/pengguguran/penambahan bagi kursus-kursus Bahasa adalah di bawah tanggungjawab dan pentadbiran pihak PPBLT.

Sebarang masalah berkaitan pendaftaran kursus-kursus Bahasa boleh dibuat kepada pihak PPBLT seperti berikut ; Pejabat Am = 04-6534542, Penyelaras kursus Bahasa Malaysia = 04-6533974, Penyelaras kursus Bahasa Inggeris = 04-6533406 dan Penyelaras kursus Bahasa Asing = 04-6533396 (bagi pelajar Kampus Induk) / 04-5995407 (bagi pelajar Kampus Kejuruteraan) / 09-7671252 (bagi pelajar Kampus Kesihatan).

(b). Pendaftaran kursus-kursus Kokurikulum secara E-Daftar adalah tidak dibenarkan.

Pendaftaran kursus Kokurikulum adalah sama ada secara pra-daftar sebelum semester bermula atau semasa dalam minggu pertama semester. Hanya kumpulan pelajar yang terpilih sahaja akan dimasukkan data-data pendaftaran kursus Kokurikulum mereka.

Semua urusan kelulusan/pendaftaran/pengguguran/penambahan bagi kursus-kursus Kokurikulum/Kebudayaan adalah di bawah tanggungjawab dan pentadbiran pihak Pusat Rancangan Kokurikulum, Kampus Induk (04-6535243/45/48) / Pengerusi Rancangan Kokurikulum, Kampus Kejuruteraan (04-5995091) / Penyelaras Rancangan Kokurikulum, Kampus Kesihatan (09-7677547).

Page 7: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 7 -

(c). Pengguguran kursus-kursus Bahasa dan Kokurikulum, jika perlu, hendaklah dibuat dalam tempoh minggu pertama. Selepas minggu pertama, denda RM50.00 akan dikenakan.

(d). Dalam tempoh 17 Februari – 28 Mac 2014 pengguguran kursus Bahasa perlu

dilakukan di pejabat PPBLT manakala kursus-kursus Kokurikulum di pejabat Pusat Kokurikulum (di Kampus Induk)/Pengerusi Rancangan Kokurikulum (di Kampus Kejuruteraan)/Penyelaras Rancangan Kokurikulum (di Kampus Kesihatan).

(e). Seterusnya, mulai 31 Mac 2014, pengguguran kursus Bahasa dan

Kokurikulum (jika ada, hanya bagi kes-kes khas) perlu dilakukan di pejabat Seksyen Peperiksaan & Pengijazahan.

11. Pendaftaran Kursus Melebihi Had Maksima 21 Unit (a). Hanya pelajar di tahun akhir sama ada pada Semester 1 atau Semester 2

dibenarkan untuk memohon untuk mendaftar melebihi 21 unit dengan formulanya 21 unit + tambahan 1 kursus sahaja.

(b). Prosedur permohonannya boleh dirujuk pada perkara 13.

12. Pendaftaran Kursus Di Bawah Had Minima 9 Unit

(a). Hanya pelajar yang telah memenuhi tempoh minima bermastautin dibenarkan mendaftar kursus di bawah had minima 9 unit, dengan perakuan dari Dekan/Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan) Pusat Pengajian.

(b). Pelajar yang telah diluluskan pengecualian sejumlah unit tertentu yang

melayakkannya diberi pengecualian satu atau dua semester akan layak dikurangkan tempoh minima bermastautinnya berdasarkan bilangan semester yang telah dikecualikan (satu atau dua).

(c). Semester ketika pelajar bercuti/tangguh pengajian (cuti dengan kebenaran) atau

digantung dari pengajian tidak diambilkira dalam penjumlahan keseluruhan tempoh minima bermastautin.

(d). Kursus ‘Audit’ tidak diambil kira dalam memenuhi had minima 9 unit (rujuk

perkara 18). (e). Prosedur permohonan untuk mendaftar kursus di bawah 9 unit bagi pelajar yang

layak boleh dirujuk pada perkara 13.

Page 8: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 8 -

13. Pendaftaran Kursus Bagi Kes-Kes Khas (Di Luar Julat 9 – 21 Unit) & Prosedurnya (a). Boleh dibuat sama ada secara bertulis oleh pelajar (surat rasmi) atau melalui

pengisian borang pendaftaran kursus atau melalui catatan atas slip pengesahan pendaftaran kursus diikuti dengan perakuan (sokongan) Dekan/Timbalan Dekan berserta tandatangan dan cop jawatannya atas mana-mana bentuk dokumen permohonan yang dinyatakan berkenaan dan seterusnya diserahkan/dialamatkan kepada pejabat-pejabat berikut mengikut tempoh tertentu yang dinyatakan ini :-

- Dalam tempoh 17 Februari 2013 – 28 Mac 2014

(minggu ke-1 hingga minggu ke-6)

= Pejabat Seksyen Data & Rekod Pelajar

- Mulai 31 Mac 2014 dan ke atas (minggu ke-7 dan ke atas)

= Pejabat Seksyen Peperiksaan & Pengijazahan Pelajar

(b). Semua permohonan kes-kes khas ini akan dimajukan untuk pertimbangan/kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

(c). Bagi permohonan kes-kes khas yang dimajukan selepas minggu ke-2

(mulai 3 Mac 2014), perakuan denda/tidak didenda kepada pelajar terlibat adalah di bawah penilaian/budibicara Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

(d). Selepas diluluskan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), semua

urusan pendaftaran kursus bagi lebihan unit/kursus terlibat sahaja akan dilakukan oleh/di pejabat-pejabat yang dinyatakan pada perkara (a) di atas.

14. Senarai Pelajar Yang Mendaftar Kursus Di Luar Julat 9 – 21 Unit Tanpa

Perakuan/Kelulusan Pusat Pengajian/Universiti Untuk Disemak Pusat Pengajian (a). Pusat Pengajian boleh menyemak dan mengambil tindakan selanjutnya ke atas

mana-mana pelajarnya yang telah mendaftar kursus di luar julat 9 – 21 unit tanpa kelulusan Pusat Pengajian/Universiti termasuk yang telah mendaftarnya secara E-Daftar dengan mendapatkan senarainya melalui SMU-P Pusat Pengajian menerusi menu ‛Pelajar Yang Mendaftar Kursus < 9 unit > 21 unit’.

(b). Mana-mana pelajar yang mendaftar kursus di luar julat 9 – 21 unit tanpa

perakuan/kelulusan Pusat Pengajian/Universiti adalah tidak sah dan akan dianggap tidak mendaftar kursus pada semester berkenaan. Pusat Pengajian boleh mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu dan sesuai bagi memastikan pelajar terlibat mematuhi pendaftaran kursus pada julat 9 – 21 unit.

Page 9: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 9 - 15. Penguatkuasaan Denda RM50.00 Ke Atas Kes-Kes Pendaftaran Lewat Dan

Penambahan Kursus Lewat (Kes Tanpa Alasan Kukuh/Munasabah)

Kerjasama semua Pusat Pengajian adalah dipohon untuk menguatkuasakan denda RM50.00 bagi kes-kes berikut :- (a). Pelajar yang mendaftar lewat tanpa alasan yang kukuh/munasabah. Pelajar

dianggap lewat mendaftar kursus sekiranya mereka menyerahkan borang pendaftaran kursus mulai 18 Februari 2014. Walau bagaimanapun, pengecualian boleh dipertimbangkan Pusat Pengajian kepada pelajar yang menghadapi masalah luar jangka misalnya bencana alam seperti banjir dan mengalami kemalangan.

(b). Penambahan kursus lewat iaitu pelajar yang sudah memuktamadkan pendaftaran

kursusnya tetapi ingin menambah lagi kursus mulai 18 Februari 2014 tanpa alasan kukuh/munasabah/disebabkan kelalaian pelajar merancang pendaftaran kursusnya.

16. Borang Pendaftaran Kursus dan Cangred

(a). Penyediaan borang pendaftaran kursus dan Cangred adalah di bawah

tanggungjawab setiap pelajar. Ini termasuklah kepada kumpulan pelajar yang bertaraf akademik Percubaan (P1/P2). Pelajar boleh mencetak borang pendaftaran kursus dan Cangred masing-masing melalui portal “Campus Online” USM.

(b). Pusat-pusat Pengajian/Pusat boleh mencetak Borang Daftalian dan Cangred bagi

mana-mana pelajarnya pada bila-bila masa melalui SMU-P Pusat Pengajian. (c). Penasihat-Penasihat Akademik boleh mencetak Borang Daftalian dan Cangred

bagi mana-mana pelajarnya pada bila-bila masa melalui portal “Campus Online” USM.

17. Pendaftaran Kursus ‘Prasyarat’ (berkod jenis Z)

Pendaftaran kursus ‘Prasyarat’ (kod jenis Z) DIAMBILKIRA dalam penjumlahan keseluruhan beban kerja (unit) sebenar yang didaftar.

- Gred yang diperolehi dari kursus ‘Prasyarat’ tidak diambil kira dalam pengiraan PNGK dan penjumlahan unit ke arah pengijazahan.

18. Pendaftaran Kursus ‘Audit’ (berkod jenis Y)

Pendaftaran kursus ‘Audit’ (kod jenis Y) TIDAK DIAMBILKIRA dalam penjumlahan keseluruhan beban kerja (unit) sebenar yang didaftar.

- Gred yang diperolehi dari kursus ‘Audit’ tidak diambil kira dalam pengiraan PNGK dan penjumlahan unit ke arah pengijazahan.

Page 10: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 10 -

19. Penetapan Beban Kerja/Unit Sebenar Bagi Pendaftaran Kursus Ko-Kurikulum Jenis Satu Sidang Di Semester 1 dan 2

Berunit Dua (2) [Kursus Ko-Kurikulum berpakej seperti PALAPES] Universiti telah menetapkan ”setting” berikut bagi pendaftaran kursus-kursus sebegini pada Semester 1 dan Semester 2:-

= 21 unit dari kursus-kursus lain + kursus Ko-K terlibat

(beban kerja di῾set’ 0 unit) 20. Pelajar Yang Berhutang Dihalang Mendaftar Kursus & Senarainya

Mana-mana pelajar yang masih mempunyai tunggakan hutang hingga akhir Semester 1, S.A. 2013/2014 tidak akan dibenarkan mendaftar kursus. Kumpulan pelajar terlibat hanya akan dibenarkan mendaftar kursus setelah mereka menjelaskan hutang ini. Makluman dan prosedur berkaitan perkara ini telah dimaklumkan Jabatan Bendahari dan pejabat Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (HEPP) kepada semua pelajar. Pelajar yang ingin berbincang/membuat pertanyaan berkaitan atau mempunyai masalah tunggakan hutang ini boleh menghubungi :-

(i). Jabatan Bendahari di 04-6533946 (bagi pelajar Kampus Induk) / 04-5995024 (bagi pelajar Kampus Kejuruteraan) / 09-7672111 (bagi pelajar Kampus Kesihatan).

(ii). Pejabat Unit Biasiswa & Pinjaman, Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar

(HEPP) di 04-6533627 (bagi pelajar Kampus Induk) / 04-5995532 (bagi pelajar Kampus Kejuruteraan) / 09-7671314 (bagi pelajar Kampus Kesihatan).

Maklumat/senarai pelajar berhutang boleh diperolehi melalui SMU-P Pusat pengajian menerusi menu ‛Senarai Pelajar Berhutang’.

Page 11: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 11 -

21. Kegagalan Pelajar Mendaftar Kursus, Senarainya & Tindakan Oleh Pusat Pengajian Mengikut peraturan Universiti, seseorang pelajar yang berstatus aktif wajib mendaftar kursus pada setiap semester. Pihak Universiti melalui kuasa yang diperuntukkan Senat Universiti kepada Majlis Peperiksaan Universiti boleh menamatkan pengajian (deregister) mana-mana pelajar yang gagal mendaftar kursus tanpa sebarang alasan yang munasabah/tanpa sebarang berita. Pusat Pengajian boleh mendapatkan senarai pelajar berstatus aktif masing-masing yang masih belum mendaftar kursus pada sesuatu semester itu melalui SMU-P Pusat Pengajian menerusi menu ‛Senarai Pelajar Aktif–Belum/Tidak Mendaftar Kursus’. Dengan merujuk kepada senarai ini, setiap Pusat Pengajian perlu menghubungi mana-mana pelajarnya yang masih gagal mendaftar kursus (sekiranya ada) dan memantau mereka sehingga status pengajian mereka dalam semester berkenaan diketahui dan diselesaikan. Kerjasama Pusat Pengajian adalah dipohon untuk memaklumi segera pejabat Seksyen Data & Rekod Pelajar (sambungan 2336/2924/4194) sekiranya mempunyai maklumat pelajar yang akan datang lewat mendaftar kursus atau yang sedang/akan memohon cuti. Perkara ini akan mengelakkan tindakan penamatan pengajian diambil Universiti terhadap mana-mana pelajar terlibat. Biasanya urusan penamatan pengajian kepada kumpulan pelajar yang tidak mendaftar kursus akan diselesaikan sebelum Peperiksaan Semester berlangsung.

22. Tarikh Pelajar Lama Dibenarkan Mula Mendaftar Di Desasiswa Bagi Penginapan Semester 2, S. A. 2013/2014

Tarikh pendaftaran desasiswa bagi penginapan Semester 2, S.A. 2013/2014 adalah seperti berikut :- * Pelajar Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan = 16 Februari 2014 (Ahad)

* Pelajar Kampus Kesihatan = 15 Februari 2014 (Sabtu)

Page 12: PEKELILING AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER …forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/pentadbir_forumusm-my/2013/12/... · Tempoh LEWAT aktiviti pendaftaran kursus secara

- 12 –

23. Pertanyaan / Rujukan

Berikut adalah pegawai-pegawai atau pejabat yang boleh dihubungi jika pihak Pusat-pusat Pengajian/Pusat mempunyai sebarang pertanyaan lanjut/masalah mengenai aktiviti pendaftaran kursus ini, sistem-sistem yang terlibat dan perkara-perkara yang berkaitan :-

Perkara

Pegawai / Pejabat Yang Bertanggungjawab

No. Sambungan

Pejabat

Urusetia Pendaftaran Kursus Pelajar Ijazah Pertama & Diploma

Data penawaran kursus Universiti

Encik Amir Imran bin Zainoddin

Penolong Pendaftar Kanan Seksyen Data & Rekod Pelajar (SDRP),

BPA, Jabatan Pendaftar

3211

Pej. Am = 4194 & 3169

Kelulusan penawaran kursus

Seksyen Senat, BPA, Jabatan Pendaftar

Pej. Am = 3276

Sistem Maklumat Universiti – Pelajar (SMU-P)

– SISTEM UTAMA

Puan Roshita Shariff

Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Unit Sistem Maklumat, PPKT

2485

Isu-isu teknikal Sistem E-Daftar dan Sistem PKDT

Puan Kasma Hussain

Pegawai Teknologi Maklumat Perkhidmatan SMU-Pelajar, Unit Sistem Maklumat, PPKT

Puan Fauzlina Mohamed Husin

Pegawai Teknologi Maklumat Perkhidmatan SMU-Pelajar, Unit Sistem Maklumat, PPKT

4296

4479

Paparan maklumat akademik pelajar dan Sistem E-Daftar dalam portal “Campus Online” USM

Cik Nur Razeany Razlan

Pegawai Teknologi Maklumat Kanan Unit Pengurusan Sistem Maklumat Universiti

3914

Sistem “Network” (talian) Universiti

Bahagian Infostruktur, PPKT

4273 / 4274 / 4277

Hal-hal kewangan / tunggakan hutang pelajar

Encik Rafizal Abd Rahim

Ketua Penolong Bendahari Seksyen Hasil & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari (Kampus Induk)

3772

Pej. Am = 3777

Pinjaman / Biasiswa Pengajian

Cik Moganeswary Muthusamy

Penolong Pendaftar kanan Sektor Perkhidmatan & Kemudahan Pelajar,

Bahagian HEPP

4368

Pej. Am = 3627

Cuti Dengan Kebenaran (CDK)

Encik Roslan Kamarudin

Ketua Penolong Pendaftar Sektor Kerjaya Kaunseling

Bahagian HEPP

2267

Pej. Am = 3205/3845