laporan aktiviti bulanan jabatan - puo.edu.my · pdf fileindustri/ badan kerajaan contoh...

11
LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN : KEJURUTERAAN PERKAPALAN BULAN : MAC 2014 BIL AKTIVITI CATATAN 1. Mesyuarat Pengurusan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP) 1. Bengkel Penilaian Dan Pemurnian Item Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013 (Tarikh : 13/03/2014) 2. Mesyuarat Semakan Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013 bagi Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) di antara Lembaga Peperiksaan JKP bersama panel Luar daripada Jab. Laut Malaysia, UniKL- MIMET, ALAM Academy, BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd, & Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) (Tarikh : 24/03/2014) 2. Usaha kolaborasi dengan pihak industri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; 2.1 Lawatan kolaborasi Peringkat Bil Tarikh Industri/ badan kerajaan JKP,PUO 1. 19/03/2014 Technip MHB Hull Engineering Sdn. Bhd. Lain-lain Ringkasan lawatan dilampirkan 2.2 Konsultansi Industri/ Organisasi Skop Konsultansi Ringkasan konsultasi dilampirkan 2.3 Cadangan Kerjasama melalui kolaborasi Industri/ Organisasi Bidang Kerjasama Cadangan Tarikh Kolaborasi Ringkasan konsultasi dilampirkan 3. Penyertaan pelajar dan pensyarah dalam aktiviti/pertandingan Contoh maklumbalas; Kategori Jenis Peringkat Pencapaian Sukan

Upload: vutu

Post on 08-Feb-2018

382 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

LAPORAN AKTIVITI BULANAN

JABATAN : KEJURUTERAAN PERKAPALAN

BULAN : MAC 2014

BIL AKTIVITI CATATAN

1. Mesyuarat Pengurusan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP)

1. Bengkel Penilaian Dan Pemurnian Item Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013 (Tarikh : 13/03/2014)

2. Mesyuarat Semakan Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013 bagi Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) di antara Lembaga Peperiksaan JKP bersama panel Luar daripada Jab. Laut Malaysia, UniKL-MIMET, ALAM Academy, BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd, & Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) (Tarikh : 24/03/2014)

2. Usaha kolaborasi dengan pihak industri/ badan kerajaan

Contoh maklumbalas; 2.1 Lawatan kolaborasi

Peringkat Bil Tarikh Industri/ badan kerajaan

JKP,PUO 1.

19/03/2014

Technip MHB Hull Engineering Sdn. Bhd.

Lain-lain

Ringkasan lawatan dilampirkan 2.2 Konsultansi

Industri/ Organisasi Skop Konsultansi

Ringkasan konsultasi dilampirkan 2.3 Cadangan Kerjasama melalui kolaborasi

Industri/ Organisasi

Bidang Kerjasama Cadangan Tarikh Kolaborasi

Ringkasan konsultasi dilampirkan

3. Penyertaan pelajar dan pensyarah dalam aktiviti/pertandingan

Contoh maklumbalas;

Kategori Jenis Peringkat Pencapaian

Sukan

Page 2: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

BIL AKTIVITI CATATAN

Persatuan/ Kelab

1. Kursus Renang dan Keselamatan Air (01 - 02/03/14)

2. Majlis Penyampaian Anugerah Ketua Jabatan Pelajar DKP (28.03.2014)

JKP

Akademik 1. PUO Campus Green Week 2014 (11/03/2014)

2. Ceramah Health, Safety & Enviroment (HSE) JKP (18/03/2014)

3. Lawatan Indusri ke Makhostia Sdn. Bhd. (26/03/2014)

PUO

JKP

JKP

Lain-lain

Ringkasan penyertaan dilampirkan

4. Program “Finishing School” Contoh maklumbalas;

Nama Program &

Rakan Kerjasama

Tempoh (hari)

Bilangan Peserta

Pelajar Politeknik

Pelajar luar

Jumlah

Ringkasan penyertaan dilampirkan

5. Status Niche Area/COT Contoh maklumbalas;

Niche Area Aktiviti/Status Perkembangan Niche Area/COT

1. Audit Tahunan Jabatan Laut Malaysia

1. Kursus : Ultrasound (04/03/2014)

1. Perlaksanaan Kursus TSP dibengkel Jabatan Kej. Perkapalan bagi peserta daripada Royal Navy Of

Page 3: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

BIL AKTIVITI CATATAN

Oman (RNO) dengan kerjasama BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. Lumut, Perak pada 03 hingga 05 Mac 2014.

2. Perlaksanaan Kursus TSP dibengkel Jabatan Kej. Perkapalan bagi Perantis BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd pada 10 hingga 12 Mac 2014

3. Pelaksanaan Kursus ‘Training of Trainer’(TOT) dibengkel Jabatan Kej. Perkapalan Tahap 2 bagi peserta daripada Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) pada 29 hingga 30 Mac 2014

Ringkasan lawatan dilampirkan

Page 4: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

LAMPIRAN

1.0 MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN (JKP)

1. BENGKEL PENILAIAN DAN PEMURNIAN ITEM SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI

DISEMBER 2013

Bengkel Penilaian Dan Pemurnian Item Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Disember

2013 Diploma Kejuruteraan Perkapalan telah diadakan pada 13 Mac 2014. Bengkel

ini bertujuan menyemak Soalan Peperiksaan Akhir bagi Sesi Disember 2013.

2. MESYUARAT SEMAKAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI DISEMBER 2013 BAGI

PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKAPALAN (DKP) DI ANTARA LEMBAGA

PEPERIKSAAN JKP BERSAMA PANEL LUAR

Mesyuarat Semakan Soalan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013 bagi Program

Diploma Kejuruteraan Perkapalan di antara Lembaga Peperiksaan JKP bersama

panel Luar daripada Jab. Laut Malaysia, UniKL-MIMET, ALAM Academy, BNS-

Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)

telah diadakan pada 24 Mac 2014 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Utama PUO.

Page 5: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, En.

Mohana Krishnan G. Wakil panel luar terdiri daripada En. Kanagalingam T.

Selvarasah (Jabatan Laut Malaysia), Dr. Md Redzuan B. Zoolfakar (UniKL-MIMET), En.

Mohd Fahim B. Ilias (JPS) dan En. Mohd Zahid B. Idris (ALAM Academy) dan En.

Baniyamin B. Bahari (BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd).

2.0 USAHA KOLABORASI DENGAN PIHAK INDUSTRI / BADAN KERAJAAN

1. TECHNIP MHB HULL ENGINEERING SDN. BHD. KUALA LUMPUR

Pada 19 Mac 2014, pihak Politeknik Ungku Omar khususnya Jabatan Kejuruteraan

Perkapalan telah dikunjungi oleh pihak Technip MHB Hull Engineering Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur. Pihak Technip MHB Hull Engineering Sdn. Bhd. Kuala Lumpur ini

telah diwakili 11 orang dan diketuai oleh En. Ishmayel Sulaiman (Manager).

Tujuan lawatan kerja adalah untuk memberi pendedahan berkaitan bidang marin

kepada staf syarikat dan memperkenalkan syarikat Technip MHB Hull Engineering

Sdn. Bhd. Kuala Lumpur kepada pihak JKP, PUO serta bekerjasama berkenaan

peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan.

Page 6: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

3.0 PENYERTAAN PELAJAR DAN PENSYARAH DALAM AKTIVITI/PERTANDINGAN

1. KURSUS RENANG DAN KESELAMATAN AIR

Program kursus renang dan keselamatan air ini diadakan pada 1 Mac hingga 2 Mac

2013 yang diadakan diSultan Azlan Shah Ipoh Sports Complex ,Jalan Kmpleks Sukan ,

31400 Ipoh , Perak Darul Ridzuan.

Jumlah peserta yang akan terlibat dalam aktiviti ini adalah seramai 27 orang peserta

pelajar dan diiringi oleh seorang pensyarah.

Dalam program ini, pensyarah dan pelajar dari Kelab Kejuruteraan Perkapalan akan

diajar kemahiran asas berenang dan keselamatan diri ketika berada di dalam air.

Program ini diadakan dengan bantuan jurulatih daripada jabatan bomba sebagai

jurulatih seramai 3 orang.

Program diadakan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada tarikh yang

ditetapkan.

2. MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KETUA JABATAN PELAJAR DKP

Majlis Penyampaian Anugerah Ketua Jabatan Pelajar Diploma Kejuruteraan

Perkapalan (DKP) ini diadakan bertujuan meraikan kecemerlangan pelajar DKP yang

memperolehi keputusan cemerlang CPA 3.50 ke atas di dalam peperiksaan bagi Sesi

Jun 2013. Majlis ini telah diadakan pada 28 Mac 2014 di Restoran Syabu-Syabu, Ipoh.

Page 7: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

3. PUO CAMPUS GREEN WEEK 2014 (11/03/2014)

PUO Campus Green Week 2014 merupakan satu program yang telah dianjurkan oleh

Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar yang berteraskan 3 objektif

utama iaitu memupuk dan mengukuhkan kesedaran memelihara dan memulihara

alam sekitar, memdedahkan kepada warga politeknik pendekatan berguna dan

terkini mengenai aspek pengurusan ekosistem dan mempertingkatkan usaha PUO

melestarikan kampus terutama dikalangan warga PUO.

PUO Campus Green Week 2014 telah dirasmikan oleh YB. Dr. Muhammad Amin Bin

Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau

dan ianya berlangsung 10 hingga 13 Mac 2014.

Pada 11 Mac 2014, seramai 15 orang pelajar Diploma Kej. Perkapalan dengan diiringi

oleh pensyarah Jabatan Kejuruteraan Perkapalan telah mengikuti salah satu aktiviti

yang dianjurkan iaitu Program 1000 Langkah, 100 Pokok, 10 Lokasi dan 1 Matlamat.

Page 8: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

4. CERAMAH HEALTH, SAFETY & ENVIROMENT (HSE) JKP

Pada 18 Mac 2014, pihak Jabatan Kejuruteraan Perkapalan telah menjemput wakil

daripada pihak Makhostia Sdn. Bhd, Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri

Iskandar, Tronoh, Perak iaitu En Rohaizat B. Mohd Som dibawah program Pensyarah

Pelawat Industri (PPI) untuk memberikan ceramah dan maklumat terkini kepada

pelajar DKP dan staf JKP berkenaan Health, Safety & Enviroment (HSE) di industri.

5. LAWATAN INDUSRI KE MAKHOSTIA SDN. BHD, UNIVERSITI TEKNOLOGI

PETRONAS, BANDAR SERI ISKANDAR, TRONOH, PERAK

Lawatan Sambil Belajar Pelajar DKP, Jabatan Kejuruteraan Perkapalan ke Makhostia

Sdn. Bhd, Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak telah

dijalankan pada 26 Mac 2014. Seramai 27 orang pelajar DKP telah terpilih bagi

mengikuti sesi lawatan tersebut diiringi 3 orang pensyarah JKP.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan

sistem dan penyelengaraan janakuasa di Makhostia Sdn. Bhd, Universiti Teknologi

Petronas, Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak.

Disamping itu juga lawatan tersebut dapat merialisasikan perjalanan Kelab Jab. Kej.

Perkapalan terhadap aktiviti yang dijalankan dan juga dapat memantapkan serta

menaikkan semangat dikalangan pelajar DKP.

Page 9: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

5.0 STATUS NICHE AREA/COT

1. AUDIT TAHUNAN JABATAN LAUT MALAYSIA

Audit Tahunan bagi Tahun 2014 daripada Jabatan Laut Malaysia ke atas Jabatan

Kejuruteraan Politeknik Ungku Omar telah berlangsung pada 10 dan 11 Mac 2014

bertempat di Bilik COT Jabatan kejuruteraan Perkapalan. Audit ini dipengerusikan

oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Perkapalan En. Mohana Krishnan G. Manakala

Jabatan Laut Malaysia telah diwakili oleh Tn. Hj Ghadzali B. Ahmad (Ketua Juruaudit)

dan En. Adam Ronny B. Rosly.

2. KURSUS : ULTRASOUND

Seramai 5 orang staf JKP telah menghadiri kursus “Ultrasound” yang dianjurkan oleh

ULPL, PUO pada 04 Mac 2014 bertempat di T&T Inspection & Engineering Sdn. Bhd.,

Puchong, Selangor. Kursus berkenaan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran staf JKP terhadap bidang pengkhususan marin dan mekanikal.

Page 10: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

3. PERLAKSANAAN KURSUS TSP DIBENGKEL JABATAN KEJ. PERKAPALAN BAGI

PESERTA DARIPADA ROYAL NAVY OF OMAN (RNO) DENGAN KERJASAMA BNS-

BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD. LUMUT, PERAK

Perlaksanaan Kursus TSP di bengkel Jabatan Kejuruteraan Perkapalan bagi Peserta

Daripada Royal Navy Of Oman (RNO) Dengan Kerjasama BNS-Boustead Naval

Shipyard Sdn. Bhd. Lumut, Perak telah dijalankan pada 03 hingga 05 Mac 2014.

4. PERLAKSANAAN KURSUS TSP DIBENGKEL JABATAN KEJ. PERKAPALAN BAGI

PERANTIS BNS-BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN. BHD.

Perlaksanaan Kursus TSP (Boiler & Steam Turbine) di bengkel Jabatan Kejuruteraan

Perkapalan bagi Perantis BNS-Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. Lumut, Perak telah

dijalankan pada 10 hingga 12 Mac 2014.

Page 11: LAPORAN AKTIVITI BULANAN JABATAN - puo.edu.my · PDF fileindustri/ badan kerajaan Contoh maklumbalas; ... peluang latihan kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Perkapalan. ... Bhd, Universiti

5. PELAKSANAAN KURSUS ‘TRAINING OF TRAINER’ (TOT) DIBENGKEL JABATAN KEJ.

PERKAPALAN TAHAP 2 BAGI PESERTA DARIPADA AKADEMI MARITIM SULTAN

AHMAD SHAH (AMSAS)

Perlaksanaan Kursus ‘Training Of Trainer’ (TOT) di bengkel Jabatan Kejuruteraan

Perkapalan bagi peserta daripada Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS)

telah dijalankan pada 29 dan 30 Mac 2014.