tahniah selamat datang - webapps3.puo.edu.mywebapps3.puo.edu.my/edaftar/dokumen/buku msk sesi...

19
1 TAHNIAH SELAMAT DATANG Ke Politeknik Ungku Omar Politeknik Premier Kepada semua pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi September 2018 Buku panduan MSK ini hendaklah dibaca dengan teliti dan difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan anda di sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar. Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum, seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Upload: duonglien

Post on 12-Jul-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

TAHNIAH

SELAMAT DATANG

Ke

Politeknik Ungku Omar Politeknik Premier

Kepada semua pelajar baharu Ijazah Sarjana

Muda

Sesi September 2018

Buku panduan MSK ini hendaklah dibaca dengan teliti dan

difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana

sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan anda di

sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.

Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh

kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas

dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum,

seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi demi agama,

bangsa dan negara tercinta.

2

PIAGAM PELANGGAN 1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama

pelajar sampai untuk mendaftar.

2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan

secara sistematik, terancang dan berkesan.

3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang

berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan

perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 10

hari bekerja.

4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu

selepas semester pengajian berakhir.

VISI Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri.

MISI

Menghasilkan graduan yang holistik, kompeten dalam teknologi dan berdaya keusahawanan.

3

LIRIK LAGU

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Politeknik Ungku Omar Megah Terbina di Lembah Kinta di Ipoh Bandaraya Perak Darul Ridzuan Menjunjung Wawasan Pertiwi Mendidik Ilmu Teknologi Membantu Membangun Industri

Negara Berdikari

Menyahut Segala Cabaran

Bina Negara Perusahan

Walaupun Seribu Halangan

Maju Terus ke Hadapan

Politeknik Ungku Omar

Mendukung Cita-Cita Bangsa

Prinsip Rukun Negara

Menjadi Panduan Kita

Tunjukkan Kepada Dunia

Kita Juga Ada Upaya

Menjadi Bangsa Berjaya

Hidup Bebas dan Merdeka

4

LIRIK LAGU

POLITEKNIK MALAYSIA

Politeknik Adalah Warisan Kita

Membekal Tenaga Bidang Teknikal

Bersama Membina Kemajuan Negara

Malaysia Ku Tercinta

Akhlak Mulia Asas Jaya

Itulah Amalan Hidup Kita

Di Mana Sahaja Politeknik Berada

Harapan Tetap Sama

Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu

Mencipta Lembaran Sejarah

Harapan Impian kan Menjadi Nyata

Cekal Takwa Usaha Penentu Arah

Maju Politeknik Ayuh Maju

Semangatmu Merestui Perjuanganku

Teknologi Teras Pembangunan Negara

Politeknik Malaysia

5

MS ISO 9001: 2008

Politeknik Ungku Omar (PUO) mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara Sistem Pengurusan

Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan MS ISO

9001:2008.

Pelanggan Politeknik

Pelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik.

Dasar Kualiti

Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di

dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang

menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk memastikan kehendak pelanggan

dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan

keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

Objektif Kualiti

Kecemerlangan Pelajar

1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 85% mendapat

pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian.

Kecemerlangan Staf

1. Memastikan setiap staf yang menghadiri kursus/ menjalani latihan/ seminar/ bengkel/

persidangan/ konvesyen/ taklimat sekurang-kurangnya 10 hari setahun.

2. Memastikan sekurang-kurangnya seorang pensyarah memperolehi kelayakan industri atau

setaraf dengannya mengikut bidang.

Kecemerlangan Proses

1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk prestasi yang

ditetapkan.

-

KATA-KATA ALUAN

6

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu kerana berjaya menyambung pengajian di Politeknik Ungku Omar ini.

Terima kasih kerana memilih Politeknik Ungku Omar sebagai institusi pilihan saudara/saudari. Sesungguhnya saudara/saudari

merupakan golongan bertuah yang terpilih untuk memasuki politeknik yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Kecemerlangan

yang diperoleh dalam peperiksaan SPM/setaraf yang lalu adalah hasil usaha gigih para pelajar selama ini. Justeru, diharapkan

para pelajar akan terus berjaya untuk mengukir sejarah hidup yang lebih gemilang sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku

Omar.

Politeknik Ungku Omar kini berada dalam era transformasi. Proses tranformasi ini melibatkan semua pihak dalam usaha

untuk meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di negara kita. Transformasi ini boleh

dicapai melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan dan latihan di politeknik. Ini

bermakna bahawa semua warga politeknik perlu sentiasa memikirkan cara dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan

pendidikan dan latihan ini.

Transformasi politeknik bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pengajian tinggi demi

kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Transformasi ini juga

diharapkan dapat melahirkan graduan-graduan yang mempunyai nilai-nilai kebolehpasaran yang tinggi disamping keupayaan

keusahawanan yang cemerlang. Seandainya, graduan-graduan mempunyai nilai-nilai tersebut, sudah pasti politeknik ini akan

menjadi institusi pilihan kepada para lepasan SPM/setaraf di Negara ini. Selain itu, pihak politeknik juga berhasrat untuk menjadi

peneraju dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional serantau.

Disamping kemahiran hard skill , kemahiran soft skill juga diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

untuk memastikan kebolehpasaran dan keupayaan keusahawanan graduan. Oleh itu, kemahiran teknikal yang tinggi di samping

penguasaan teori yang mantap dapat membantu graduan mengisi kekosongan jawatan sama ada di sektor awam atau swasta.

Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat yang berpendapatan tinggi juga mampu direalisasikan dengan menghasilkan graduan-

graduan daripada politeknik yang mempunyai kemahiran tersebut.

Politeknik Ungku Omar berharap agar saudara/saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal ini

dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama tiga tahun akan datang. Hindarkan diri daripada

melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari adalah contoh kepada

masyarakat. Peranan politeknik bukan sahaja menjadi tempat untuk menuntut ilmu tetapi di sinilah para pelajar perlu

membangunkan keterampilan dan personaliti diri yang akhirnya dapat melahirkan modal insan yang hebat. Semoga dengan

kehadiran pelajar-pelajar baharu akan dapat memastikan hasrat PUO tercapai seperti mana yang digarap dalam moto PUO iaitu

“Kekuatan dan Keamanan Melalui Teknologi“. Akhir sekali, kepada semua pelajar, saya mendoakan semoga anda semua

mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan bereputasi tinggi demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI TEKNOLOGI.

Haji Zairon Bin Mustapha

Pengarah

Politeknik Ungku Omar

Politeknik Premier

7

PENGURUSAN POLITEKNIK UNGKU OMAR Pengarah

Haji Zairon Bin Mustapha

Timbalan Pengarah (Akademik) Encik Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)

Encik Juhaidie Zamani Bin Jamaludin

Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai Kanan

Kejuruteraan Awam Tuan Hj. Che Nor Azman Bin Che Wan

Kejuruteraan Elektrik Cik Hajah Juhaida Bt Zakaria

Kejuruteraan Mekanikal Dr Adzuieen Bt Nordin

Kejuruteraan Perkapalan Encik Hairi Haizri B. Che Amat

Perdagangan Puan Mazilah Binti Abdullah

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dr. Shazarin Binti Ahmad Zainuddin

Matematik, Sains Dan Komputer Puan Zaitun Bt Mohd Zain

Pengajian Am Puan Haniza Norlin Bt Md Yusof

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Cik Shamsuri Bt. Mior Khalid

Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan Encik Mohd Asri Bin Zahid @ Mamat

Hal Ehwal Pelajar (P&D) Cik Khamsiah Bt. Ishak

Hal Ehwal Pelajar (K&D) Puan Siti Aishah Bt. Ali

Ketua Unit Asrama Puan Arshidah Bt. Mat Johor

Penilaian Dan Peperiksaan Saiful Azmin Bin Abdul Wahid

Perhubungan & Latihan Industri

Pengurusan Kualiti Puan Nur Margfirah Binti Nordin

Pegawai Psikologi Encik Amir Bin Azli

Pegawai Perhubungan Awam Puan Nur Azrina Binti Zainal Ariff

Latihan Dan Pendidikan Lanjutan Puan Lily Yuzie Bt. Md. Yusof

Pembangunan Puan Noraini Binti Mohd Hamil

Multimedia dan Sumber Encik Ahmad Azahan Bin Mohamad

Teknologi Maklumat Puan Nur Azliza Bt. Ali

Pegawai Eksekutif Tertinggi

Penolong Akauntan Encik Hafiz Hasbullah Bin Ismail

Perpustakaan Puan Nur Hafiza Binti Jusoh

8

CARTA ORGANISASI

PENGARAH HAJI ZAIRON BIN MUSTAPHA

TIMBALAN PENGARAH AKEDAMIK MUHAMMAD ZUBIR BIN MOHD

HANIFAH

TIMBALAN PENGARAH AKEDAMIK SOKONGAN

JUHAIDIE ZAMANI BIN JAMALUDIN

KETUA JAB. KEJ. AWAM CHE NORAZMAN BIN CHE WAN

KETUA JAB. KEJ. ELEKTRIK HJH. JUHAIDA BT. ZAKARIA

KETUA JAB. KEJ. MEKANIKAL DR. ADZUIEEN BT. NORDIN

KETUA JAB. KEJ. PERKAPALAN HAIRI HAIZRI B. CHE AMAT

KETUA JAB. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

DR. SHAZARIN BINTI AHMAD ZAINUDDIN

KETUA JAB. MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER

ZAITUN BT MOHD ZAIN

KETUA JAB. PENGAJIAN AM HANIZA NORLIN BT MD YUSOF

KETUA JAB. PERDAGANGAN MAZILAH BINTI ABDULLAH

KETUA JAB. HAL EHWAL PELAJAR SHAMSURI BT MIOR KHALID

KETUA JAB. SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN

MOHD ASRI BIN ZAHID @ MAMAT

9

MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL

i. MSK memperkenalkan pelajar kepada pengurusan Politeknik

Ungku Omar.

ii. MSK menerangkan kepada pelajar sistem pengurusan Hal Ehwal

Pelajar.

iii. MSK memberi pendedahan tentang kemudahan dan

perkhidmatan yang terdapat di PUO bagi memudahkan pelajar

menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik.

iv. MSK membentuk pelajar lebih berkeyakinan untuk memulakan

kehidupan sebagai warga politeknik.

v. MSK meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

10

PERATURAN MINGGU SUAIKENAL Sepanjang menjalani Minggu Suaikenal:

1. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam kampus. Syarat-syarat dan peraturan

pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO.

2. Pelajar diwajibkan mematuhi jadual pakaian Minggu Suaikenal. (Rujuk Jadual Tempat dan Pakaian MSK)

3. Pelajar-pelajar hendaklah menggantungkan Kad Pelajar PUO mereka di sebelah kiri baju supaya mudah dilihat dan gambarnya menghala ke hadapan sepanjang masa. Ketetapan pakaian dan rupadiri ini adalah dikuatkuasakan di seluruh kawasan kampus PUO bermula dari tarikh 1hb Februari 1992. Arahan ini hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang ingkar mematuhi arahan ini.

4. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar semasa aturcara Minggu Suaikenal dijalankan kecuali untuk ke

surau dan bilik air.

5. Pelajar wanita Islam digalakkan memakai tudung dan berpakaian sopan.

6. Pelajar lelaki yang memakai baju berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipatkan. Kemeja “T”

tidak boleh digunakan melainkan ketika upacara tertentu sahaja.

7. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek seperti ternyata dalam peraturan pelajar / Sahsiah Rupadiri

Pelajar PUO.

8. Semua pelajar baharu diwajibkan menghadiri semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan setelah

mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal.

9. Pelajar baharu tidak dibenarkan keluar dari kampus atau Kolej Kediaman Pelajar semasa Minggu

Suaikenal melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal

atau Warden Asrama.

10. Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia Minggu Suaikenal

dan peraturan Kolej Kediaman Pelajar PUO.

11. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, segala pengaduan tentang gangguan, kecederaan, kehilangan

harta benda dan sebagainya boleh dibuat di bahagian Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama.

12. Pelawat tidak digalakkan berjumpa pelajar baharu semasa Minggu Suaikenal. Walau bagaimanapun

dalam keadaan tertentu dan terdesak, pelajar dibenarkan berjumpa pelawat di bilik rehat atau bilik

tamu yang disediakan.

13. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau selepas minggu

suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada pihak Urusetia Minggu

Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

11

AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK

SESI SEPTEMBER 2018

PENAUNG

Haji Zairon Bin Mustapha

Pengarah ,Politeknik Ungku Omar

PENASIHAT

En. Juhaidie Zamani Bin Jamaludin

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

PENGERUSI

Cik Shamsuri Binti Mior Khalid

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

NAIB PENGERUSI

Pn. Siti Aishah Bt. Ali

SETIAUSAHA I

En.Mohd Hamizan Bin Radzi

SETIAUSHA II

En. Mohd Fadil Bin Abdullah

JAWATANKUASA:

1 Encik Mohd Dzulhari Bin Zulkupli

2 Pegawai Hal Ehwal Pelajar Jabatan

JKM, JKP, JKA, JP, JKE, JTMK, JMSK,JPA

12

PERATURAN LALULINTAS

Panduan penggunaan kenderaan dan peraturan lalu lintas

A) Kenderaan Rasmi Politeknik

1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon

dan mendapat kelulusan daripada Pengarah.

2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan

yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.

B) Kenderaan Persendirian

1. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya

dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.

2. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk

kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak

politeknik.

3. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan

dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak

kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik.

4. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar)

yang rosak atau hilang di dalam kampus.

5. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat

untuk digunakan.

6. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi

peraturan-peraturan berikut :-

a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.

b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik.

c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang

kuat atau diubahsuai.

d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.

e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal

adalah digalakkan

f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.

g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya

seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan

Jalan.

7. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah

mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

8. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau

peralatan kenderaan.

13

TINDAKAN TATATERTIB

Kesalahan sahsiah diri

Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda

tidak melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran)

kaedah 26 A.

Kesalahan Lalu Lintas Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara

pentadbiran.

Atau,

Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual

Kedua, Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.

Perlanggaran Peraturan Am

Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh

dikenakan tindakan berikut:

1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik.

2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta

Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).

“Hukuman Tatatertib”

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan

mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih

hukuman-hukuman itu disatukan sekali”

i) amaran;

ii) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);

iii) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan

kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;

iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang

ditentukan;

v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di institusi;

vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag ditentukan;

vii) pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib.

14

TENTATIF PROGRAM MSK SESI SEPTEMBER 2018

TARIKH

MASA PERKARA TEMPAT TINDAKAN

28. 08.18

(SELASA)

8.30- 10.00 pagi Taklimat HEP

Bilik Seminar 1

Siti Aishah Binti Ali 10.00- 10.30 pagi Rehat

10.30- 12.00 tghari Taklimat HEP

12.00-2.30 ptg Rehat

2.30 -3.30 ptg Taklimat Perpustakaan Norlaina Binti Mohd

Razi

3.30-4.30 ptg Taklimat ISO Nur Magfirah

29. 08.18

(RABU)

8.30 – 9.00 pagi Ucapan Aluan Ketua

Jabatan JKA

- Pengenalan Staf BCT

TRC EDU Centre

Che Norazman bin Che

Wan

9.00 – 9.15 pagi Taklimat oleh Penyelaras

Ijazah PUO

Yong Rashidah bt Mat

Tuselim @ Selamat

9.15 – 10.00 pagi Taklimat oleh Ketua

Program

Dr Azuin Bt Ramli

10.00- 10.30 pagi Rehat

10.30 – 11.00pagi Taklimat WBL Pn Mazziyatol

11.00– 11.30 pagi Taklimat Peperiksaan Noor Akmal bt

Mohammed Khalid

11.30-12.00 Taklimat CIDOS Pn Julaiha Bt Abd

Rahim

12.00 – 2.30 tgh Rehat

2.30 – 3.00 ptg Taklimat Sistem

Penasihatan Akademik

Dayana Safra Binti

Mohd Sopian

3.00 – 4.30 Sesi Beramah Mesra

dengan Penasihat

Akademik

Arutchelvi a/p

Thayanandan

& Haspina bt.

Sulaiman

30. 08.18

(KHAMIS)

8.30pg –10.00pg

Taklimat dan ceramah

daripada Unit Psikologi

& Bimbingan Kerjaya TRC EDU Centre

En Amir bin Azli

10.00- 10.30 pagi Rehat

10.30 pg-11.30 pg Ujian Personaliti

15

SESI SEPTEMBER 2018

SAHSIAH DAN RUPA DIRI SEMASA MINGGU SUAIKENAL

Pelajar Lelaki

‘slack’ berwarna hitam – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.

– pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.

rnakan atau mengikut potongan fesyen rambut

tertentu.

dan paras depan tidak menyentuh paras dahi. Pelajar Perempuan

in hitam.

dipadankan dengan kain berwarna hitam.

k mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan yang sensitif adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Kasut bertumit tinggi tidak melebihi 1 inci dan kasut sukan tidak dibenarkan.

diwarnakan serta tidak berfesyen. Lain-lain

gelang dan subang adalah tidak dibenarkan sama sekali.

dan seluar sukan semasa menghadiri Minggu Suaikenal

16

NO.PENDAFTARAN:_______________________ HEP 6

AKU JANJI PELAJAR

Saya, _____________________________________________________________________________________,

No. Kad Pengenalan _________________________________, dengan sesungguhnya dan

sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah,

peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar POLITEKNIK

UNGKU OMAR, yang dibuat dari masa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar

institusi ini. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:-

(a) Akan mematuhi subsyeksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976

[Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan,

mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan,

badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-

mana undang-undang, sama ada ianya dalam Institusi atau di luar Institusi, dan sama

ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang

diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976,

atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri

Pengajian Tinggi;

(b) Akan mematuhi subsyeksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976

untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai

menyokong, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti poltik atau kesatuan

sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana

pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram;

(c) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang

dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976

termasuk-

(i) Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan-larangan am, yang

antara lain termasuklah-

(A) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan,

kesentosaan dan nama baik Institusi, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau

pekerja Institusi;

(B) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau

keselamatan awam, kesopanan atau tatatertib; dan

(C) Tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis;

sama ada di dalam atau di luar kampus.

17

(ii) Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan

penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah;

(iii) Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasikan perhimpunan, penggunaan

pembesar suara, panji-panji dan plakad-plakad;

(iv) Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-

dokumen;

(v) Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar

dalam apa-apa pekerjaan;

(vi) Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras,

memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan

(vii) Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad

pelajar;

(d) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama atau sebagaimana yang

dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976; dan

(e) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang

dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976.

Saya sesungguhnya faham sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-

undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan

daripada Institusi.

*

Tarikh: 28 Ogos 2018

Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar :

No. Pendaftaran :

Program :

**

Tandatangan Saksi Pelajar

(Ketua Jabatan/ Pegawai JHEP)

Nama Saksi :

Jawatan Saksi :

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 28 Ogos 2018) **(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

18

NO.PENDAFTARAN:__________________________

HEP 7

IKRAR PELAJAR

Kami faham bahawa/ Politeknik Ungku Omar/ mempunyai peraturan-peraturan

tertentu/ untuk menjamin/ sistem pembelajaran dapat berjalan/ dengan baik dan

sempurna.

Oleh itu/ saya berikrar akan mematuhi/ semua peraturan yang ditetapkan/ oleh

Politeknik Ungku Omar/ dari semasa ke semasa. Saya tidak melibatkan diri/ dalam

apa jua aktiviti/ yang tidak diingini/ yang tiada kaitan dengan pelajaran/ dan yang

boleh mencemarkan/ imej Politeknik Ungku Omar/ sepanjang menjadi pelajar/ di

Politeknik ini.

Jika saya didapati/ melakukan kesalahan di atas/ semasa saya/ masih menjadi

pelajar di sini/ maka saya/ dengan rela hati/ sedia menerima sebarang hukuman yang

diputuskan/ oleh pihak berwajib/ Politeknik Ungku Omar/ termasuk diberhentikan

dari menjadi pelajar. Dan ibu bapa/ atau penjaga saya/ tidak akan membuat/

sebarang bantahan dan rayuan/ ke atas hukuman yang diambil/ oleh pihak Politeknik

Ungku Omar/ terhadap saya.

Ikrar ini saya lafazkan/ dengan penuh kesedaran/ di hadapan Pengarah/ dan

Ketua Jabatan saya/ pada hari Selasa/ dua puluh lapan Ogos/ Dua Ribu Lapan Belas/

di Bilik Seminar/ Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

*

____________________________________________

Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar : ___________________________________________________________

No. Pendaftaran : ___________________________________________________________

No. Kad Pengenalan : ___________________________________________________________

Program : ___________________________________________________________

HEP 8

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 28 Ogos 2018) **(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)

19

POLITEKNIK UNGKU OMAR

POLITEKNIK PREMIER

BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM MINGGU SUAIKENAL SESI SEPTEMBER 2018

ARAHAN: Bagi kenyataan 1 hingga 8, sila bulatkan mengikut skala 1 hingga 4. Jantina : L / P

Ulasan Peserta

Kesediaan dan berkeyakinan untuk berkongsi ilmu yang diperoleh. YA / TIDAK, jika TIDAK sila nyatakan sebab.

1 1 2 3 4 5

2 1 2 3 4 5

3 1 2 3 4 5

4 1 2 3 4 5

5

a. Taklimat keselamatan dan kesihatan 1 2 3 4 5

b. Taklimat Kesedaran Pembudayaan Keusahawanan. 1 2 3 4 5

c. Taklimat MS ISO 9001:2008. 1 2 3 4 5

d. Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan. 1 2 3 4 5

e. Taklimat Perpustakaan. 1 2 3 4 5

f. Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN). 1 2 3 4 5

g. Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Pengambilan dan Data. 1 2 3 4 5

h. Taklimat Disiplin/ Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan & Kebajikan. 1 2 3 4 5

6 1 2 3 4 5

7 1 2 3 4 5

AJK MSK membantu dan memberi kerjasama yang baik.

Susunan jadual aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian.

MSK dapat memperkenalkan saya kepada pengurusan Politeknik Ungku Omar.

MSK dapat memperkenalkan sistem perjalanan dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar.

MSK dapat menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk memulakan

kehidupan sebagai warga politeknik.

MSK dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar.

Taklimat -taklimat di bawah berkesan :-

1. Amat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Setuju 4. Amat Setuju