laporan akhir kursus kemahiran kreatif dan … · penyelaras:prof madya dr rokiah binti omar . page...

14
Page 1 LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF NAMA:NUR ANIS FASHA BINTI ROSLAN NO MATRIK:A144150 PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR

Upload: lethu

Post on 28-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 1

LAPORAN AKHIR KURSUS

KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

NAMA:NUR ANIS FASHA BINTI ROSLAN

NO MATRIK:A144150

PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR

Page 2: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 2

KANDUNGAN

1.0 Abstrak 3

2.0 Pengenalan Program 4

3.0 Perancangan Program

3.1 Sebelum Program

3.2 Semasa Program

3.3 Selepas Program

5

6

6

7

4.0 Hasil Pembelajaran

4.1 Kesan Kepada Pelajar

4.2 Kesan Kepada Masyarakat

4.3 Nilai Inovasi

8

8

8

9

5.0 Lampiran 10

6.0 Penutup 14

Page 3: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 3

1.0 ABSTRAK

Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan dapatan daripada

program yang telah diikuti dan dijalankan.Program yang dijalankan

mempunyai aktiviti ataupun nilai yang dapat menggambarkan kursus ini

iaitu kemahiran kreatif dan inovatif.Seperti yang diketahui umum

kreativiti dan inovasi adalah suatu komponen penting dalam

pembangunan masyarakat lestari.Melalui kursus ini,pelajar dapat

membentuk kreativiti dalam diri serta dapat menganalisis dan menilai

isu, serta membangun strategi dalam menyelesaikan masalah secara

kreatif dan inovatif.Program yang telah diikuti ialah kem pembinaan

insaniah waja diri fatani UKM 2013.Sepanjang program ini berlangsung

terdapat aktiviti yang dapat dikaitkan dengan kreatif dan inovatif.Salah

satu daripadanya ialah cara mengikat kain batik bagi perempuan dan

kain pelikat bagi lelaki.Dalam seni persilatan,ikatan kain batik atau kain

pelikat adalah penting kerana ianya mencerminkan jati diri bangsa

melayu.Kain batik atau pelikat ini akan dipakai apabila membuat

persembahan ataupun dalam pertandingan.Nilai kreativiti dan inovatif

dapat ditunjukkan apabila peserta melakukan gubahan dalam cara

mengikat kain batik atau pelikat daripada cara ikatan yang sedia

ada.Seterusnya,nilai kreativiti dan inovatif dapat dilihat apabila peserta

mereka sendiri teknik menyambut buah pukulan (cara menyambut

serangan) yang berbeza daripada cara asal yang diajar oleh

jurulatih.Akhir sekali,aktiviti yang dapat menunjukkan nilai kreatif dan

inovatif ialah perlawanan berbalas pantun dimana peserta diberikan tema

yang berbeza dan hanya diberikan masa selama satu minit untuk

bertanya dan menjawab soalan dalam bentuk pantun.

Page 4: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 4

2.0 PENGENALAN

Program kem pembinaan insaniah waja diri fatani UKM 2013 ini

bertujuan untuk memberi ruang kepada setiap ahli menghayati dan

menghargai keindahan seni silat yang telah diwariskan oleh generasi

terdahulu selain memupuk kasih sayang dan silaturrahim di antara ahli

Kelab Seni Gayung Fatani di Universiti Kebangsaan Malaysia supaya

ukhwah terus terjalin antara satu sama lain.Antara objektif program ini

dijalankan ialah Melahirkan mahasiswa yang berjiwa patriotik dan

mempunyai daya ketahanan diri serta kekuatan peribadi, menghasilkan

mahasiswa yang kreatif, inovatif dan berbudaya disamping cintakan

warisan seni kebanggaan Negara dan memupuk semangat kerjasama

dalam kumpulan dan melatih sifat kepimpinan pada diri peserta.Program

ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar

dengan kod kelulusan DN 00775/2013.Jawatan yang disandang dalam

program ini ialah sebagai ahli jawatankuasa pemasaran dan

kebajikan.Selain itu,saya juga menjadi pengacara majlis sepanjang

program ini berlangsung.Sebagai,ahli jawatankuasa pemasaran,saya

telah bertemu dan menghubungi beberapa pihak untuk mendapatkan

sedikit sumbangan.Antaranya ialah Econsave Kajang dan Wisma

UNIKEB.Sebagai ahli jawatankuasa kebajikan,saya perlu sentiasa

bersedia dan membawa bersama alatan kecemasan sekiranya berlaku

kemalangan ataupun perkara yang tidak diingini sepanjang program ini

berlangsung.Ketika menjadi pengacara majlis,saya dapat belajar cara

menguruskan sesuatu majlis.

Page 5: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 5

3.0 PERANCANGAN PROGRAM

Page 6: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 6

3.1 Sebelum Program

Pelbagai persiapan dilakukan sebelum program bermula.Mesyuarat

untuk melantik ketua projek,setiausaha,bendahari dan ahli jawatankuasa

diadakan bagi memastikan kelancaran pengurusan projek. Saya telah

diberi jawatan sebagai ahli jawatankuasa pemasaran di mana,tugas saya

ialah mencari sumbangan ataupun dana untuk membantu program kami

dari segi kewangan.Dalam persiapan untuk mencari sumbangan,saya

telah mencari nombor telefon beberapa syarikat seperti Econsave dan

Wisma Unikeb serta menghubungi mereka untuk temu janji.Selain

itu,saya juga diberi jawatan sebagai ahli jawatankuasa kebajikan kerana

ahli jawatankuasa kebajikan sedia ada terpaksa menarik diri daripada

projek atas sebab-sebab tertentu.Oleh itu,saya telah mengambil alih

tempat beliau dan bertugas sebagai ahli jawatankuasa kebajikan.Saya

menyediakan ubat-ubatan untuk dibawa ke tempat projek diadakan

sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat ahli yang cedera.

3.2 Semasa Program

Semasa program ini berlangsung,sebagai ahli jawatankuasa

kebajikan,saya sentiasa membawa peti keselamatan sebagai langkah

berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kerana

kawasan persekitaran tempat program ini agak berbahaya kerana

dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas sebagai

pengacara majlis juga telah diberi kepada saya untuk majlis penutup

projek ini.Melalui tugas ini,saya dapat belajar cara untuk mengendalikan

sesuatu majlis dan menyediakan teks ucapan.

3.3 Selepas Program

Setelah program tamat,refleksi diadakan untuk peserta

menceritakan ataupun berkongsi pengalaman dan nilai yang diperolehi

daripada aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program.Dapat

Page 7: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 7

disimpulkan bahawa misi dan objektif program dapat dicapai setelah

program tamat. Setelah program tamat,pengarah,setiausaha,bendahari

dan ahli jawatankuasa projek telah mengadakan mesyuarat untuk

menyiapkan laporan program untuk dihantar kepada penasihat kelab

Seni Gayung Fatani iaitu En Roslan Bin Abd Salam dan juga kepada

Jabatan Perkhidmatan Pelajar(JPPEL).

Page 8: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 8

4.0 HASIL PEMBELAJARAN

4.1 Kesan Kepada Pelajar

Melalui program ini pelajar dapat memupuk rasa

bertanggungjawab pada diri,agama,bangsa dan

masyarakat.Seterusnya,pelajar dapat belajar cara untuk berinteraksi

dengan pelbagai pihak kerana projek ini bukan sahaja melibatkan

mahasiswa dan mahasiswi UKM tetapi juga alumni-alumni UKM

mahupun bukan UKM yang pernah belajar seni Silat Gayung

Fatani.Selain itu,projek ini dapat memberi pengetahuan yang lebih

mendalam tentang seni silat dan mempertahankan diri kepada pelajar

serta keperluan jasmani dan rohani ketika mempelajari seni silat.Pelajar

juga dapat mempelajari cara menguruskan sesuatu projek melalui projek

ini.Akhir sekali,pelajar dapat memupuk semangat cintakan aktiviti

kokurikulum dalam diri masing-masing.

4.2 Kesan Kepada Masyarakat

Program ini turut memberi kesan kepada masyarakat.Antara kesan

projek ini kepada masyarakat ialah memberi kesedaran kepada

masyarakat tentang kepentingan seni mempertahankan diri.Dalam era

globalisasi ini,seni pertahanan diri adalah sangat penting bagi

mempertahankan diri daripada gejala sosial seperti rompakan yang

sering terjadi pada masa kini.Selain itu,masyarakat dapat mewarisi ilmu

persilatan melayu yang menjadi jati diri bangsa melayu sejak dari zaman

nenek moyang lagi.Seterusnya,masyarakat dapat mengeratkan hubungan

antara satu sama lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

seperti ini.

Page 9: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 9

4.3 Nilai Inovasi

Terdapat beberapa nilai inovasi yang dapat dipelajari sepanjang

program ini berlangsung.Antara nilai inovasi yang dapat dipelajari ialah

cara megubah ikatan kain batik atau pelikat.Di dalam seni persilatan

kain batik dan pelikat sering digunakan dalam pertandingan mahupun

persembahan.Seperti yang diketahui umum,terdapat pelbagai cara untuk

mengikat kain batik atau pelikat dan cara mereka diikat adalah berbeza

di setiap negeri.Oleh itu,dalam program ini,mahasiswa dan mahasiswi

UKM dikehendaki mengubah sendiri cara ikatan kain batik atau pelikat

yang dapat menunjukkan nilai inovasi mereka.Selain itu,terdapat

pertandingan berpantun dalam program ini yang melibatkan semua ahli

untuk berpantun.Melalui pertandingan ini,mahasiswa dan mahasiswi

UKM dapat mengembangkan cara pemikiran mereka dan juga

menunjukkan nilai kreativiti mereka dalam mereka pantun mahupun

mengubah pantun yang sedia ada.

Page 10: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 10

5.0 LAMPIRAN

Setelah tamat ujian kenaikan bengkung

Page 11: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 11

Ujian Kenaikan Bengkung

Page 12: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 12

Gubahan Ikatan Kain Batik

Page 13: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 13

Majlis Penutup

Page 14: LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN … · PENYELARAS:PROF MADYA DR ROKIAH BINTI OMAR . Page 2 KANDUNGAN 1.0 Abstrak 3 ... dikelilingi hutan dan terdapat banyak batu-batuan.Tugas

Page 14

6.0 PENUTUP

Terdapat berbagai aktiviti yang dapat menjana minda untuk

berfikir secara kreatif dan inovatif.Kadangkala secara tidak langsung

dalam kehidupan,kita juga berfikir atau melakukan sesuatu secara kreatif

dan inovatif tanpa kita menyedarinya.Berfikir secara kreatif dan inovatif

dapat menjana, menganalisis dan menilai idea-idea baru.Dalam

mencipta sesuatu yang inovatif,eksplorasi dan eksperimen boleh

dilakukan untuk mencari kaedah bagi mengatasi masalah.Oleh itu, kita

harus menguasai kemahiran praktikal untuk membentuk kreativiti dalam

diri, menggunakan alatan inovatif dalam keadaan tertentu dan

memahami elemen yang dapat memupuk budaya kreatif dan inovatif.