lanskap.pdf

21
2.0 Kreativiti hiasan dan susun atur. 2.1 Susun atur tanaman edible garden. Kawasan tanaman yang berhampiran dengan dapur agar mudah untuk ambil hasilnya. Kawasan yang ingin di tanam tidak memerlukan kawasan yang terlalu luas dan terlalu sempit kerana tanaman yang hendak ditanam adalah tanaman jangka pendek. Sistem batas di buat bagi susun atur tanaman secara kemas, sistematik, memudahkan pembajaan. Bentuk batas juga dibuat dalam pelbagai bentuk untuk membentuk lanskap yang menarik.

Upload: adam-azahari

Post on 08-Nov-2015

52 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 2.0 Kreativiti hiasan dan susun atur.

    2.1 Susun atur tanaman edible garden.

    Kawasan tanaman yang berhampiran dengan dapur agar mudah untuk ambil

    hasilnya.

    Kawasan yang ingin di tanam tidak memerlukan kawasan yang terlalu luas

    dan terlalu sempit kerana tanaman yang hendak ditanam adalah tanaman

    jangka pendek.

    Sistem batas di buat bagi susun atur tanaman secara kemas, sistematik, memudahkan

    pembajaan. Bentuk batas juga dibuat dalam pelbagai bentuk untuk membentuk lanskap

    yang menarik.

  • Pokok yang hendak ditanam mempunyai jarak yang sesuai supaya tumbuhan

    tersebut tidak bersaing dan tumbesaran pokok tidak terencat akal. Sehubungan

    itu, Membuat petak atau batas mengikut kategori tumbuhan yang hendak

    ditanam.

    Pengabungan soft scape dengan hard scape (gabungan tanaman dengan hiasan

    peralatan atau aksesori lanskap)

    Membina para kayu bagi tumbuhan memanjat sekali gus dapat menjimatkan ruang kawasan taman tersebut

  • 2.2 Penggabungan dengan aksesori taman yang sesuai.

    Aksesori yang sesuai untuk diletakkan di kawasan tanaman edible garden adalah

    seperti tayar untuk menjimatkan kos daripada membeli pasu. Tayar itu dicat supa-

    ya berkilat dan kelihatan cantik untuk diletakkan.

    Sumber : www.ahamodernliving.com

    Selain itu, batu-batu sungai juga sesuai untuk diletakkan di sekeliling tanaman yang beduri seperti dikawasan tanaman pokok lidah buaya atau sebagai untuk menghalang hakisan batas tanaman.

    Sumber : sublimegardendesign.com

    Ditambahkan lagi dengan eksesori tambahan di kawasan tanaman dengan meletakkan

    tempat mandi burung di tengah-tengah kawasan tanaman sebagai daya penarik

    pengunjung.

    Sumber : www.etsy.com

  • Pagar kayu yang telah dicat cantik untuk memagari kawasan tanaman. Pagar ini

    bukanlah untuk keselamatan tetapi ianya sebagai satu eksesori dikawasan tanaman

    tersebut.

    Sumber : http://www.tillysnest.com

    Tempayan yang serdahana besar diletakkan dihujung sudut untuk tujuan

    penggunaan air pada tanaman dan juga untuk tujuan membasuh kaki. Tempayan

    ini juga boleh digunakan apabila sebarang kecemasan atau sebarang masalah air

    berlaku untuk bekalan jangka masa pendek.

    Sumber : mekarharum.blogspot.com

    Membuat laluan mini menggunakan batu-bata, batu kapur, batu sungai dan sebagainya

    untuk memudahkan pengunjung mengambil hasil tanaman.

    Sumber : www.rosalindcreasy.com

  • 2.3 Cara untuk wujudkan keceriaan dengan persekitaran.

    Menamakan setiap pokok yang telah ditanam. Menamakan dengan nama saintifik dan juga nama traditional supaya murid dapat mengetahui nama pokok tersebut.

    Sumber : kgnelayan.blogspot.com

    Pemilihan pokok yang mempunyai warna yang menarik sekaligus dapat

    menambahkan keceriaan kawasan tanaman.

    Sumber : greenreview.blogspot.com

    Penggunaan teknologi hijau (hidroponik) lebih menceriakan kawasan kerana ia Nampak kelihatan satu eksesori yang baru untuk digunakan di kawasan edible garden.

    Sumber : www.tropicalfloridagardens.com

  • Rumput padang juga sebagai eksesori tambahan untuk menambahkan keceriaan

    kawasan tanaman kerana rumput yang digunakan kelihatan cantik.

    Sumber : tnhomeandfarm.com

    Pokok yang jenis kekacang boleh ditanam sekeliling kawasan tanaman untuk dijadikan

    pagar dan juga mengawal daripada kepanasan matahari.

    Ruang lebih tersusun dan luas juga menambahkan lagi keceriaan supaya mata tidak

    semak apabila memandang.

  • 3.0 Keselamatan dan kebersihan.

    3.1 Ciri-ciri keselamatan yang perlu ditekankan.

    Penggunaan belerang di sekeliling edible garden bertujuan untuk mencegah kehadiran binatang

    berbisa seperti ular. Sehubungan itu, Pembersihan semak samun perlu dilakukan terlebih dahulu

    bagi memastikan tiada lagi binatang berbisa, tumbuhan berduri dan pelbagai perkara yang

    mendatangkan bahaya yang tersembunyi di dalam semak samun.

    Pagar berkunci perlu diadakan supaya kanak-kanak atau binatang liar seperti anjing dan sebagainya tidak menceroboh ke dalam kawasan taman

    Penggunaan bahan-bahan organic atau tradisional serta menghadkan penggunaan bahan-bahan

    kimia. Contohnya penggunaan baja organic seperti baja tahi kambing, sekam padi, najis ayam,

    serta sisa makanan. Penggunaan serampang ketika merumput dapat menggantikan penggunaan

    racun kimia yang berbahaya.

    Sumber : Buku Penerapan Pertanian Organik

  • 3.2 Cara mewujudkan persekitaran yang bersih dan teratur

    Untuk mengekalkan kebersihan, penyelenggaraan berkala perlu dilakukan seperti menyapu

    daun yang gugur dan memotong tumbuh-tumbuhan liar.

    Penyediaan peralatan kebersihan yang mencukupi penting untuk memastikan tugas mem-bersih taman lancer seperti tong sampah, penyakar daun kering, gunting daun/ rumput dan sebagainya.

    Sumber: www.diytrade.com

    Susunan tanaman perlu lah mengikut kadar banding dan komposisi yang stabil dan ter-

    susun sesuai dengan keluasan taman. Susunan para kayu dan petak-petak tanaman haruslah

    mengambil kira kesesuaian ruang supaya taman kelihatan

    terbuka dan tidak terlalu sesak.

    Sumber : Buku The Beautiful Edible Garden

  • Sudut yang sesuai perlu dikhaskan untuk penyimpanan peralatan kebun serta tempat

    pengumpulan bahan-bahan yang tidak mahu digunakan lagi seperti pasu lama dan

    sebagainya. Sehubungan itu, Sudut penyimpanan atau stor tersebut perlu dipagari

    agar tidak diceroboh oleh pengunjung yang tidak diingini.

  • 4.0 Pengetahuan mengenai tumbuhan makanan

    Berbuah

    Jenis Tumbuhan Ciri Tumbuhan Faedah & kelebihan Kaedah Penjagaan

    Tomato

    Solanum lycopersicum

    Terbahagi kepada dua kumpulan,

    iaitu yang tumbuh menegak dan yang

    tumbuh menjalar.

    Akar tunjang yang kuat dan banyak

    akar serabut.

    Kalsium, karbohidrat, protin, lemak, serat,

    zat besi, fosforus, karotena beta, vitamin

    B1, B2, C dan niacin.

    Perlu dibaja.

    Hasil boleh dipungut lebih kurang 8-9

    minggu selepas mengubah.

    Buahnya akan masak 30 hari selepas ber-

    bunga dan tempoh pengeluaran hasil adalah

    30-45 hari selepas kutipan pertama.

    Terung

    Solanum melongena

    Buah sejati tunggal.

    Berdaging tebal.

    Lunak. Berair.

    Buah tergantung pada tangkai buah.

    Biji terdapat dalam jumlah banyak

    dan tersebar di dalam daging buah.

    Melancarkan buang air kecil.

    Menyembuhkan sakit perut, Batuk.

    Mengurangi jumlah sel darah putih dalam tubuh.

    Melindungi kerosakan sel membrane dan

    menurunkan kolesterol.

    Merumput dan siram selalu.

    Tambah baja setiap 2 minggu.

    Alih anak benih apabila ia tumbuh setinggi

    8 hingga 10 cm (3 hingga 4 inci)

    Petik buah ketika ia paling berkilau.

    Rozel

    Hibiscus sabdariffa

    Tumbuh daripada biji benih atau

    keratan dengan ketinggian yang

    boleh mencapai sehingga 35 meter

    serta mengeluarkan bunga hampir

    sepanjang tahun. Buahnya boleh di-

    proses menjadi makanan ialah salut

    bunganya (kaliks) yang mempunyai

    rasa yang amat masam.

    Bagi 100 gram kaliks asam belanda

    terkandungnya protein 1.145 g, lemak 2.61

    g, serat 12.0 g, abu 6.90 g, kalsium 1.263 g,

    fosforus 0.2732 g, zat besi 0.00898 g,

    karotena 0.00029 g, thiamin 0.00117 g,

    riboflavin 0.00277 g, niasin 0.003765 g,

    asid askorbik (Vitamin C) 0.0067 g.

    Cara penanamanya dengan menggunakan

    biji yang kering kemudian disemai.

    Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika

    cuaca panas ia memerlukan banyak air, dan

    pembajaanya adalah setengah bulan sekali.

  • Berbuah.

    Jenis Tumbuhan Ciri Tumbuhan Faedah & kelebihan Kaedah Penjagaan

    Lada

    Capsicum annuum

    (MC4) variety ini dibiakkan oleh mardi.

    Saiz sederhana panjang dan kurang pedas.

    Boleh menurunkan berat badan,

    menyihatkan jantung, mencegah kenser,

    menurunkan tekanan darah dan mengu-

    rangkan stress.

    Ejen penyembuh luka yang baik.

    Meningkatkan kadar denyutan jantung.

    kaya dengan vitamin C, vitamin A dan

    zat-zat galian seperti besi, kalsium,

    fosforus, sodium dan potasium

    Labu

    Cucurbitamoschata

    Labu tumbuh merambat atau

    menjalar dengan kait pada ba-

    tangnya dan jarang berkayu.

    Kait pada batang labu berbentuk

    melingkar seperti spiral. Batang

    tumbuhan ini berwarna hijau

    muda dan berbulu halus serta

    berakar lekat. Panjang

    batangnya mencapai lebih dari 5

    meter. Tumbuhan labu yang

    menjalar.

    Buah labu banyak mengan-

    dung karotenoid (betakaroten),

    vitamin A, vitamin C, serat,

    mineral, lemak dan karbohid-

    rat.

    Perlu dibaja dan disiram.

    Hasil boleh dituai selepas 8-18

    minggu selepas menanam

  • Berakar

    Jenis Tumbuhan Ciri Tumbuhan Faedah & kelebihan Kaedah Penjagaan

    Kunyit

    Curcuma domestica

    Loir

    Tumbuhan berbatang basah, tingginya

    sampai 0,75 m, daunnya berbentuk lon-

    jong, bunga majemuk berwarna merah

    atau merah muda.

    Banyak juga ditanam di perkarangan.

    dapat tumbuh di dataran rendah sampai

    ketinggian 2000 m dpl.

    Dapat hidup tanpa bantuan manusia.

    Membiak melalui mata tunas yang

    dipaggil rizome

    Mencegah leukemia.

    Penyembuh luka yang baik

    Menyingkir toksin dalam badan.

    Bertindak meremajakan sel dalam

    badan.

    Bawang

    Allium cepa var

    Herba sederhana besar setinggi 45-60

    cm. Akar serabut. Batang pendek, tidak

    berkayu. Daun jenis tunggal, bilah daun

    berbentuk silender, susunan berpilin,

    berbentuk panjang dengan hujung

    meruncing, tengah daun berlubang,

    berwarna hijau tua, permukaan berkilat

    dan berbau kuat.

    Sesuai ditanam di atas tanah gembur

    berpasir.

    Benih bawang besar (jenis Red Creole)

    perlu disemai diatas tapak semaian

    selama 6 - 8 minggu dan perlu diberikan

    teduhan.

    menggunakan baja organik dan baja

    sebatian kimia.

    Menjaga kesehatan jantung.

    Melancarkan peredaran darah.

    Mencegah osteoporosis.

    Membantu mengontrol gula darah.

    Halia

    Zingiber officinale

    Roscoe

    merupakan sejenis tumbuhan yang sela-

    lu digunakan sebagai rempah perasa

    dalam masakan.

    Dibiakkan dengan menggunakan rizom

    yang matang. Boleh ditanam di atas

    batas dengan jarak tanaman 25 cm

    antara pokok dalam baris dan 45 cm

    antara baris. Pengutipan hasil hendaklah

    dijalankan pada 7-8 bulan.

    Rawatan untuk membuang angin dalam

    perut, sebagai bahan perangsang, untuk

    mengeluarkan peluh, merangsang

    pengeluaran air liur, kembung, sakit

    perut, mual, selsema, batuk, demam,

    lelah.

  • Jenis Tumbuhan Ciri Tumbuhan Faedah & kelebihan Kaedah Penjagaan

    Lobak

    Daucus carota

    Tumbuhan yang masuk ke dalam

    famili Cruciferae. Bentuk umbi

    lobak seperti wortel, tapi isi dan

    kulitnya berwarna putih. Tanaman

    mudah ditanam baik di dataran ren-

    dah maupun tinggi (pegunungan).

    Lobak ditanam dari bijinya.

    Mudah berbunga dan berbiji.

    Biji-biji tersebut dapat ditanam

    terus di kebun tanpa disemai

    terlebih dulu.

    Dituai hasilnya setelah umur 2-3

    minggu.

    Meningkatkan kecergasan mata.

    Menyihatkan kulit.

    Menyihatkan badan.

    Keladi

    Colocasia gigantea

    Bentuk daunnya yang seperti simbol

    hati/jantung. Daunnya biasanya

    licin dan mengandung lapisan lilin.

    Ukuran keladi tidak pernah lebih

    daripada 1m. Beberapa jenis dan

    hibridanya dipakai sebagai tanaman

    hias pekarangan

    Dapat hidup tanpa penjagaan yang

    rapi oleh penjaga atau manusia.

    Hidup di kawasan lembap dan

    berair.

    Boleh membantu di dalam

    mengaktifkan, menyeimbangkan

    penghasilan hormon, memastikan

    tubuh menerima hormon yang sesuai

    apabila tubuh memerlukannya.

    Tambahan lagi, bahan aktif tumbuhan

    ini iaitu Diosgenin.

    Berakar.

  • Memanjat

    Jenis Tumbuhan Ciri Tumbuhan Faedah & kelebihan Kaedah Penjagaan

    Kacang penjang

    Vigna unguiculata sesquipedalis

    Batang pokok kacang panjang adalah

    jenis memanjat dengan cara melilit

    pada penyokong dan boleh mencapai

    sehingga empat meter tinggi.

    Mempunyai akar tunjang dan daunnya

    jenis mejmuk.

    Mempunyai protin, karbohidrat, lemak,

    kalsium, zat besi, kalium, karotina beta,

    vitamin B1, B2 dan C.

    Memerlukan tmpat yang tidak terlalu

    panas.

    Hasil boleh dituai selepas lima atau

    enam minggu selepas penanaman.

    Jangka hayat pokok ini antara 8

    hingga 10 minggu.

    Petola

    Luffa acutangula

    Tempoh umur pokok petola yang

    eknomik ialah 105-110 hari.

    Petola segi (Luffa acutangula) adalah

    sayuran berbuah yang tumbuh melilit

    di tanah-tanah rendah. Ia adalah jenis

    mentimun (cucurbit).

    Pokok petola akan mula mengeluarkan

    hasil apabila berumur lebih kurang 45

    hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak

    60 kali.

    Buah boleh dipetik setiap hari yang

    masih lembut dan belum bersabut.

    Menggalakkan muntah sebagai julap.

    Daun dikisar ditampal pada kulit bagi

    mengubati demam panas.

    Baik untuk ibu-ibu selepas bersalin.

    Sireh

    Piper betle L.

    Tinggi maksima 15m. Batang

    berwarna coklat kehijauan,berbentuk

    bulat, beruas dan merupakan tempat

    keluarnya akar. Daunnya berbentuk

    jantung, berujung runcing, tumbuh

    berselang-seling, bertangkai.

    Panjangnya sekitar 5 - 8 cm dan lebar

    2 - 5 cm

    Pokok sireh perlu dilatih menjalar pada

    tiang atau pancang pada peringkat awal

    penanaman. Pokok sireh yang berumur

    lebih 4-6 bulan dengan ketinggian 0.5-

    1.0 meter boleh mula dipetik daunnya

    secara berperingkat-peringkat.

    Batuk, jerawat ,Keputihan

    Sakit gigi kerana berlubang,

    Demam berdarah, Bau mulut

    Asma, Radang tenggorokan

    Gusi bengkak , Membersihkan Mata

    dan Bau ketiak

  • Jenis Tumbuhan Ciri Tumbuhan Faedah & kelebihan Kaedah Penjagaan

    Timun

    Cucumis sativus

    Hidup menjalar dan memanjat.

    Mempunyai daun yang agak lebar

    dan berbatang lembut.

    Dapat mengimbangi air dalam badan

    dan melegakan pedih hulu hati.

    Melegakan demam panas dan

    menyingkirkan toksin dalam badan.

    Mempunyai vitamin A, B, C, tinggi

    dengan potassium, magnesium dan

    silikon.

    Tidak memerlukan pemerhatian yang

    rapi seperti pokok-pokok lain.

    Perlu dibaja dua minggu sekali bagi

    membekalkan nutrient yang secukupnya.

    Kacang botol

    Psophocarpus tetragonolobus

    Tumbuh secara menjalar dan me-

    manjat.

    Daun berbentuk bujur dan tirus di-

    hujung.

    Buahnya mempunyai empat cuping

    dan bewarna hijau muda dan hijau

    tua.

    Mempunyai banyak kalsium, zat

    besi, protein, garam galian, vitamin

    A dan C.

    Aisid amino sama dengan kacang

    soya.

    Boleh mengubati demam campak.

    Mengandungi 30% karbohidrat.

    Perlu dibaja dan dipantau untuk

    mengelakkan serangan serangga

    perosak.

    Boleh dituai selepas 2-3 bulan

    penanaman sehingga pokok mati.

    Memanjat

  • Berdaun

    Jenis Tumbuhan Ciri Tumbuhan Faedah & kelebihan Kaedah Penjagaan

    Ulam raja

    Cosmos caudatus

    Berbunga kuning dan ungu.

    Boleh tinggi sehingga 1meter.

    Mengandungi 3% protein, 0.4 % lemak

    dan karbohidrat.

    Kaya dengan kalsium dan vitamin A.

    Dapat memperbaiki peredaran darah,

    mencuci darah dan menguatkan tulang.

    Perlu siram dan baja.

    Hasil boleh di pungut selepas 6

    minggu ditanam.

    Pengaga

    Centella asiatica

    Mempunyai daun yang besar dan

    lebar serta berbentuk bulat seperti

    payung.

    Hidup secara menjalar dalam

    rumpun yang banyak dan boleh

    membesar sehingga 8inci dan daun

    mampu mencecah diameter 2.5

    inci.

    Kaya dengan vitamin A dan C serta zat

    besi.

    Melawaskan kencing, merawat batu

    karang, mencuci darah dan ketidak

    hadaman.

    Tanam ditempat yang redup serta

    kurang sinaran matahari.

    Selepas 80-90 hari ditanam, hasil

    sudah boleh dituai.

    Pandan

    Pandanus amaryllifolius

    Pokok hijau menegak dengan daun

    panjang dan lurus seperti berbilah,

    jambak dan akar berkayu.

    Pokok ini adalah mandul dan ja-

    rang berbunga, dan ia membiak

    melalui keratan.

    Boleh digunakan dalam masakan dan

    minuman.

    Dapat mengubati lemah saraf, membu-

    ang angin dalam badan, mengurangkan

    gelisah, menghitamkan rambut dan

    mengurangkan kelimumur.

    Perlu dibaja semasa penanaman.

    Tidak memerlukan penjagaan yang

    rapi kerana pokok pandan mudah

    hidup dan membiak.

  • Berdaun.

    Jenis Tumbuhan Ciri Tumbuhan Faedah & kelebihan Kaedah Penjagaan

    Daun sup

    Apium graveolens

    Sejenis sayur yang berbatang lembut.

    Mempunyai akar serabut.

    Ketinggian 30-45 cm.

    Tumbuh merumpun, batang bersegi,

    bewarna hijau muda dan terkandung

    banyak air.

    Kaya dengan zat besi, fosforus, natri-

    um, kalium, korotena, vitamin A, B-

    kompleks dan C serta magnesium.

    Penawar bagi menurunkan tekanan

    darah tinggi dan dapat mengubati

    keracunan yang berpunca daripada

    jangkitan bakteria.

    Pokok ini memerlukan tanah yang

    kaya dengan bahan organic dan

    berudara.

    Tuai daun yang besar di bahagian

    bawah pokok terlebih dahulu.

    Jika ingin tuai daun yang banyak

    sekali gus, kerat batang kira-kira satu

    inci dari tanah dan tunas baru akan

    tumbuh.

    Daun kesum

    Persicaria odorata

    Tanaman herba yang renek, lempai,

    menjalar dan boleh tumbuh mencapai

    ketinggian satu meter.

    Daunnya panjang dan runcing ber-

    bentuk anak panah.

    Batangnya berbentuk silinder bewarna

    hijau dan sedikit kemerah-merahan.

    Bahan perencah dalam masakan

    seperti laksa dan asam pedas.

    Boleh dibuat ulam atau kerabu.

    Mampu mengubati masalah

    penghadaman, menghilangkan

    kelemumur dan minuman selepas

    bersalin.

    Kaya dengan beta karotena, vitamin

    A, C, kalium, kalsium dan fosforus.

    Memerlukan tempat yang agak

    lembap.

    Boleh dipetik selepas 30hari selepas

    penanaman.

    Memerlukan baja organik.

  • Garden Edible The

    R E K A B E N T U K L A N S K A P DISEDIAKAN OLEH :

    MUHAMAD AIDIL B. ZAIDI .MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR B. ALIAS .MUHAMMAD ADAM AZAHARI B. RAMLI TUAN MUHAMAD ALIFF B. TUAN MOHD SANUSSY .KU MUHAMMAD FADHLI B. KU ABDUL HALIM

  • 5.0 Promosi.

    5.1 Cara untuk mempromosikan konsep eco-green dalam edible garden

    Mewujudkan satu pertubuhan atau sesebuah organisasi yang berkaitan dengan edible garden untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai. Pihak organisasi ini dapat memberikan pendedahan-pendedahan yang sepatutnya kepada orang ramai ataupun kepada mana-mana masyarakat yang ingin mengetahui tentang edible garden ini dengan lebih terperinci.Khususnya kepada golongan ibu-ibu yang telah berkahwin yang menjadi suri rumah sepenuh masa ataupun pendedahan awal terhadap kanak-kanak supaya mereka tahu pendedahan awal dari kecil lagi.

    Mengedarkan risalah kepada orang awam yang berkaitan dengan edible garden. Dengan kaedah ini,sedikit sebanyak dapat memberitahu kepada mereka tentang apa itu edible garden yang disertakan dengan pelbagai contoh-contoh yang menarik di atas risalah tersebut.Penggunaan ayat-ayat yang mudah supaya orang awam dapat memahami apa itu edible garden.

    Membuat beberapa blog yang berkaitan dengan edible garden.Cara ini juga amat afektif dan berkesan kerana ia jimat tanpa menggunakan modal dan dapat dilihat ke seluruh pelusuk dunia jika seseorang itu membuka blog berkenaan,blog juga harus mempunyai ciri-ciri yang bagus supaya orang ramai yang teruja untuk membaca dan melihat blog berkenaan tanpa rasa jemu.Blog mempunyai banyak kelebihan untuk mempromosikan kepada orang ramai khususnya kepada penggemar yang selalu on line melawati blog-blog di internet.

  • 5.2 Cara menjimatkan kos.

    Menggunakan bahan yang dapat dikitar semula.seperti botol minuman plastik dan tayar kereta. Nilai estetika akan muncul apabila dapat menghias sepertt tayar tadi dengan potong membuat corak.Ini bergantung kepada daya kreativiti masing-masing untuk menampakkan edible garden itu brtambah cantik selain daripada jimat. Sumber : http://www.actiontyres.com.au Amazing Ways to Recycle Old Tyres

    Menggunakan polybag untuk bertanam.Hal ini bertujuan untuk menggantikan pasu

    yang diperbuat daripada tanah liat yang memerlukan jumlah modal yang besar. Tanam

    tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rumit seperti lada,terung,bendi dan

    sebagainya kerana jika tanam tanaman seperti sawi ia memerlukan tanah yang lembap

    untuk subur sekali gus memerlukan penggunaan air yang banyak.

    Sumber : www.wilko.com

  • 1.0 Pengenalan

    Reka bentuk landskap trend masa kini ialah yang berkonsepkan laman dapur (Edible Garden). Taman sebegini selain cantik, ianya boleh dimanfaatkan oleh pengguna taman sehingga ke kuali dan hasilnya dapat dinikmati oleh ahli keluarga. Edible garden membawa maksud mini t aman yang menggabungkan jenis tanaman yang terdiri daripada sayur-sayuran, ulam-ulaman, pokok herba dan buah-buahan. Jika di definisikan ianya membawa maksud taman yang boleh dimakan.Ini bermakna taman tersebut dibangunkan berkonsepkan tumbuhan yang boleh dimakan mengikut kepelbagaian warnanya. contoh, cili merah,salad,sawi, tomato chery yang berwarna oren, kobis bunga termasuklah pokok kunyit yang mempunyai daun yang lebar dan menghijau dengan cantik apabila di kombinasikan menjadi mini taman yang indah. Bagaimanapun,kebiasaannya edible garden ini menampilkan tumbuhan jangka pendek iaitu tumbuhan jangka pendek iaitu tumbuhan yang hidup dalam tempoh satu hingga enam bulan.Namun ada juga tumbuhan yang kekal yang boleh hidup lama yang sesuai ditanam

    seperti kayu manis,serai dan pandan. Biasanya edible garden dibangunkan di suatu sudut yang sempit, minimum dan digabungkan dengan hiasan lanskap. seperti blok pancuran air terjun buatan, batu-batuan putih(peble wash) untuk menambahkan lagi keserian taman ini. Ianya adalah bagi membantu golongan suri rumah untuk meminimumkan kos dapur. Konsep ini adalah amat bermanfaat selain dapat mengurangkan kos sara hidup masyarakat yang semakin meningkat dari hari kehari.