langkah2 mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan (2016)

Upload: shah-affendi

Post on 27-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Langkah2 Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan (2016)

    1/6

    1

    LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN

    KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (2016)

    Bil Belanjawan Tahun 2015 Tahun 2016 Perbezaan Peratus(%)1 Pembangunan 594,000,000 540,660,000 (53,340,000) (8.98)2 Mengurus 801,770,000 836,128,000 34,358,000 4.29

    Jumlah 1,395,770,000 1,376,788,000 (18,982,000) (1.360)

    Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah merencana langkah-langkah

    yang akan diambil pada tahun 2016 bagi mengoptimumkan perbelanjaan

    berdasarkan peruntukan yang diluluskan seperti berikut:

    1. Perjalanan Di Dalam Negeri

    Perbelanjaan bagi perjalanan di dalam negeri akan dihadkan kepada

    perjalanan yang benar-benar perlu sahaja dengan bilangan pegawai yang

    minima dan kaedah perjalanan yang menjimatkan, tertakluk kepada

    jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada setiap

    Jabatan/Bahagian.

    2. Perjalanan Ke Luar Negara

    Keutamaan akan diberikan kepada mesyuarat-mesyuarat antarabangsa

    berkala dan yang melibatkan keputusan Jemaah Menteri. Pegawai yang

    hadir akan dipastikan yang terlibat secara langsung dengan tugas yangdipertanggungjawabkan dan bilangan pegawai adalah dihadkan mengikut

    bidang kemahiran. Perancangan perjalanan ke luar negara yang

    melibatkan anggota pentadbiran dan pengurusan tertinggi KSM dengan

    anggaran kos berjumlah RM1,820,000 adalah seperti di LAMPIRAN I .

  • 7/25/2019 Langkah2 Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan (2016)

    2/6

    2

    3. Promosi

    Penggunaan kain pemidang ( bunting dan banner ) bagi penganjuran

    program-program akan dihadkan untuk program yang melibatkan YAB

    Perdana Menteri, YB Menteri KSM dan YB Timbalan Menteri sahaja.

    Penyediaan booth / showcase / partition Kementerian hanya pada

    program yang berskala besar dan mempunyai impak kepada pengunjung.

    4. Penganjuran Persidangan / Seminar / Pameran/ Mesyuarat /

    Kursus / Bengkel / Retreat Tempatan / Antarabangsa

    Penganjuran persidangan/ seminar/ pameran/ mesyuarat/ kursus/bengkel/ retreat akan dihadkan dan keutamaan diberikan kepada premis

    Kerajaan serta memastikan premis yang digunakan bersesuaian dengan

    matlamat penganjuran persidangan/ seminar/ pameran/ mesyuarat/

    kursus/ bengkel/ retreat tersebut.

    Perbelanjaan yang terlibat dalam penganjuran persidangan/ seminar/

    pameran/ mesyuarat/ kursus/ bengkel/ retreat tersebut akan dibuat

    secara sederhana pada kadar yang diluluskan dan tanpa perbelanjaan

    yang keterlaluan untuk perhiasan, acara persembahan, cenderamata

    dan jamuan makan. Penggunaan Institut-institut latihan di bawah KSM

    akan dioptimumkan bagi tujuan penganjuran program-program seperti di

    atas.

    5. Kos Bayaran Utiliti

    Usaha pengurangan penggunaan utiliti seperti elektrik, air dan alat

    perhubungan akan dilaksanakan melalui penyediaan dan

    penguatkuasaan peraturan dalaman Kementerian/Jabatan. Amalan

    penjimatan akan sentiasa diutamakan bagi memastikan pengurangan

  • 7/25/2019 Langkah2 Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan (2016)

    3/6

    3

    perbelanjaan utiliti tercapai. Cadangan supaya tetapan masa lampu dan

    pendingin hawa diselaras semula iaitu dibuka bermula jam 7.00 pagi

    dan ditutup pada jam 8.00 malam .

    6. Elaun Lebih Masa

    Perbelanjaan bagi kerja lebih masa akan diadakan kawalan. Ketua

    Jabatan/Setiausaha Bahagian dan pegawai yang mengarahkan kerja

    lebih masa hendaklah memastikan bahawa kerja lebih masa itu benar-

    benar penting untuk disiapkan atau dilaksanakan dalam tempoh yang

    ditetapkan. Semua arahan kerja lebih masa akan dikeluarkan secarabertulis sebelum sesuatu tempoh kerja lebih masa dimulakan.

    7. Penganjuran Majlis/Keraian Rasmi

    Penganjuran majlis/upacara keraian seperti pembukaan / perasmian

    pejabat/ penganugerahan / pelancaran program / persidangan /

    mesyuarat, penyampaian hadiah, perasmian bengkel/kursus akandihadkan. Sekiranya perlu diadakan, program tersebut akan dipastikan

    untuk dibuat pada tahap yang sederhana, perbelanjaan dihadkan

    kepada perkara yang penting dan tidak melibatkan perbelanjaan yang

    besar. Majlis sebolehnya akan dibuat dengan menggunakan

    kemudahan/premis sedia ada Kerajaan.

    Pemberian cenderamata akan diteliti semula tetapi sekiranya benar-

    benar diperlukan, akan dihadkan kepada yang memberi nilai tambah

    kepada penerima seperti buku dan sebagainya.

  • 7/25/2019 Langkah2 Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan (2016)

    4/6

    4

    8. Penyelarasan Semula Penggunaan Waran Udara

    Cadangan supaya penggunaan waran udara dihadkan kepada program

    yang benar-benar perlu sahaja dan diluluskan oleh pihak pengurusan

    atasan. Bagi program yang telah dikenal pasti butirannya, disarankan

    supaya tempahan dibuat sendiri oleh pegawai secara online dan dituntut

    dalam tuntutan perjalanan bulanan masing-masing.

    9. Penganjuran Mesyuarat Secara Back to Back

    Dicadangkan supaya penganjuran mesyuarat-mesyuarat yang

    melibatkan ahli yang sama diadakan secara back to back bagimengurangkan kos perbelanjaan mesyuarat. Kehadiran ahli mesyuarat

    dari luar terutamanya Sabah dan Sarawak bagi sesuatu mesyuarat perlu

    diteliti semula kewajarannya kerana terdapat mesyuarat yang berskala

    kecil memadai dengan mengemukakan laporan sahaja.

    10. Pengurangan Penggunaan Kertasi. Edaran memo atau surat perlu dibuat dengan menggunakan

    emel;

    ii. Dokumen mesyuarat hanya disediakan salinan hardcopy

    kepada anggota pentadbiran dan pengurusan tertinggi sahaja;

    iii. Penggunaan kertas terpakai( reuse ) untuk menyediakan draf

    surat/kertas kerja;iv. Menggunakan kedua-dua belah muka surat bagi

    memaksimumkan penggunaan kertas;dan

    v. Menggunakan e-mel dan portal Kementerian/Jabatan untuk

    mengedarkan laporan/surat panggilan/minit mesyuarat/

    Pekeliling/ Surat Pekeliling.

  • 7/25/2019 Langkah2 Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan (2016)

    5/6

    5

    11. Land Swap

    Kementerian menggalakkan projek pembangunan ILJTM yang baru

    melalui kaedah land swap .

    12. Penggu naan Akaun Am anah

    Semua Institut Latihan di bawah JTM dan JPK disarankan

    memaksimumkan penggunaan Terimaan Akaun Amanah masing-

    masing bagi perolehan bahan guna habis dan penyelenggaraan

    bangunan dan peralatan latihan untuk mengurangkan bebanan padaperuntukan mengurus.

    Bahagian Pembangunan, Kewangan dan Sumber ManusiaKementerian Sumber Manusia

  • 7/25/2019 Langkah2 Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan (2016)

    6/6

    6

    LAMPIRAN I

    PROGRAM LUAR NEGARA DAN ANGGARAN KOS KESELURUHAN DELEGASIMELIBATKAN YB MENTERI DAN KSU KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA BAGI

    TAHUN 2016

    Bil. Program Ketua Delegasi Tempat/Tarikh

    *AnggaranKos

    KeseluruhanDelegasi

    1. Senior Labour OfficialsMeeting (SLOM)

    KSU Vientiane,Laos PDR10-15 Mei

    2016

    520,000.00

    2. Asean LabourMinisters Meeting(ALMM)

    YBM Vientienne,Laos PDR15-18 Mei

    2016

    300,000.00

    3. International LabourConference (ILC)

    KSU(Committee

    Session) YBM

    (PlenarySession)

    GenevaJun 2016

    1,000,000.00

    JUMLAH 1,820,000.00* Nota : Mengambil kira tukaran wang asing semasa

    Disediakan

    Bahagian AntarabangsaKSM