langkah menjahit pakaian

Upload: muhammad-syafiq

Post on 03-Apr-2018

710 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    1/12

    Langkah menjahit pakaianLangkah jahitan ialah proses menjahit mengikut turutan sesuatu pakaian. Langkah menjahit bagi setiap pakaian adalah

    berbeza mengikut stail kerana proses menjahit bergantung kepada ciri-ciri yang terdapat pada stail sesuatu pakaian.

    Berikut ialah langkah-langkah menjahit sehelai kemeja:

    Gambar rajah Langkah menjahit

    Langkah 1: Menjahit bahu mendatang.

    1. Cantumkan bahu mendatang pada badan belakang dengan kelim lipat tindih

    2. Bahagian lipatan atas lisu setentang dijahit sekali semasa menjahit bahu

    mendatang.

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    2/12

    Langkah 2: Menjahit kelim bahu

    1. Cantumkan bahu mendatang pada badan hadapan dengan kelim belah kangkung

    2. Gunting basi kelim yang berlebihan dan kemaskan dengan jahitan mesin pengemas

    tepi.

    Langkah 3: menyediakan dan mencantumkan kolar lurus

    1. Sediakan kolar lurus. Lekatkan lapik tebal dalam berperekat pada sebelah dalam

    lapisa atas fabric kolar.

    2. Jahit mesin di sekeliling bahagian atas kolar

    3. Gunting basi kelim yang berlebihan dan snip bahagian yang melengkung.

    Balikkannya ke sebelah luar.

    4. Cantumkan kolar ke garis leher dengan jahit mesin

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    3/12

    Langkah 4: menjahit kelim rasuk

    1. Temukan sebelah luar badan hadapan

    dengan sebelah luar badan belakang.

    2. Cantumkan dengan kelim belah kangkung. Tekan kelim terbuka.

    Langkah 5: Menyediakan dan mencantum lengan.

    1. Buatkan kedut lepas di kepala dan di hujung lengan.

    2. Cantumkan kelim lengan dengan kelim belah kangkung. Jahitkan ben di hujung

    lengan

    3. Cantumkan lengan ke lubang lengan dengan jahit mesin

    4. Gunting basi kelim yang berlebihan dan kemaskan dengan jahitan pengemas tepi

    Langkah 6: menjahit kelepet

    1. Lipat kelepet di dalam garisan lipatan

    2. Lekatkan pada pakaian dengan jahitan silang pangkah

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    4/12

    Langkah 7: menjahit kancing

    1. Letakkan butang pada kedudukanya. Buatkan tangkai/kaki pada bahagian bawah

    butang berlubang empat

    2. Sudahkan dengan jahit ulat-ulat pada sebelah dalam pakaian

    Langkah 8: tekanan akhir

    Seterika keseluruhan pakaian untuk mereta serta melicinkannya.

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    5/12

    Penyediaan kolar lurusLangkah 1 : Menyediakan kolar

    Temukan sebelah luar fabrik dan

    semat di garis pemadam.

    Jahit di kedua-dua tepi kolar di garis

    pemadam.

    Trim basi jahitan hingga 0.6cm.

    Snip penjuru kolar.

    Langkah 2 : Meratakan kolar

    Terbalikkan kolar ke sebelah luar dan

    tekan.

    Jelujur pada tepi kolar.

    Jelujur tegak pada tengah kolah.

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    6/12

    Penyediaan Badan PakaianLangkah 3 : Menyediakan badan pakaian

    Cantum kelim bahu dan kemaskan.

    lekatkan lapik dalam ke bahagian kelepet

    sama lebar

    Kemas tepi kelepet.

    Langkah 4 : Menyediakan belah kelepet sama

    lebar

    Lipat kelepet pada garis lipatan ke sebelah

    luar.

    jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari

    garis lipatan ke garis tengah hadapan.

    Trim basi leher.

    Snip sudut basi leher hingga G.T.H.

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    7/12

    Langkah 5 : Memadan garis bahu dengan

    kelepet

    terbalikkan kelepet ke sebelah dalam

    pakaian.

    padankan garis leher lapik ke garis leher

    badan hadapan.

    padankan hujung kelepet dengan kelim

    bahu.

    Langkah 6 : Mencantumkan kolar ke badan

    Lekatkan kolar atas pada sebelah dalampakaian di garis pemadan. Tentukan hujung

    kolar terletak di garis tengah hadapan

    (G.T.H) dan garis tengah belakang (G.T.B)

    kolar bertemu dengan garis tengah belakang

    badan.

    jelujur kolar atas pakaian sepanjang garis

    leher. Jahit dengan jahit mesin.

    Trim basi jahitan hingga 0.2cm. Snip basi

    jahitan.

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    8/12

    Langkah 7 : Mengemas kolar

    Masukkan basi kelim ke dalam kolar.

    Letakkan bahagian bawah 0.2cm dibawah

    jahitan mesin.

    Semat dan jelujur kolar bawah ke garis leher

    ke sebelah luar.

    Jahit mesin dari sebelah dalam pdi garis

    pemadan.

    Tekan supaya kolar kemas dan rata.

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    9/12

    Lengan Padanan Rata

    Lengan padanan rata dicantum pada lubang lengan. Lengan padanan rata akan tergantung dengan elok jika ukuran kepala lengan

    dibuat melebihi ukuran lubang lengan. Oleh itu, kedut halus dibuat dan diseratakan elok supaya tidak ada kedut atau lisu sebelah

    luar lengan apabila siap dijahit.

    Proses menyediakan lenganLangkah 1: menyediakan lengan

    Jahit dua barisan jahitan longgar diatas garis

    pemadan dikepala lengan.

    Baris yang pertama dijahit 0.3cm diatas garis

    pemadan dan yang kedua dijahit 0,3 cm

    dibawah garis pemadan

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    10/12

    Langkah 2 : menjahit kelim lengan

    Temukan garis pemadan lengan disebelah

    luar fabrik. Jahit kelim dan tekan kelim lengan

    supaya terbuka.

    Langkah 3: mengemaskan hujung lengan

    Kemaskan hujung lengan dengan kelepet,

    kun, lapik

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    11/12

  • 7/28/2019 Langkah menjahit pakaian

    12/12

    Langkah 6 Menjahit lengan

    Jahit mesin di garis pemadan lubang lengan

    untuk memudahkan mengawal keserataan

    kedut supaya lengan dapat dijahit denganelok. Tindihkan mata jahitan yang berakhir di

    atas jahitan yang awal 3cm hingga 4 cm agar

    kelim lebih kukuh

    Langkah -7 mengemas kelim lubang lengan

    Kelim lubang lengan boleh dikemaskan

    dengan:o Jahitan mesin

    o jahitan mesin sendiri

    o balutan sendiri

    o jahit lilit ubi

    o jahit insang pari

    o jahit kemas tepi