langkah meningkatkan penguasaan bi tahun 2

8
138 Meningkatkan Minat Murid Tahun 2 Berinteraksi Dalam Bahasa Inggeris Melalui Pelaksanaan Minggu Bahasa Inggeris Oleh KAMARUL AIFIN BIN HAJI KAMARUDZZAMAN Sekolah Kebangsaan Merting 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur ABSTRAK Dalam mengharungi arus pembangunan yang serba moden ini, manusia tidak dapat lari dari berinteraksi atau berkomunikasi sesama mereka untuk menyampaikan maklumat yang diperlukan. Untuk mencapai wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad rakyat Malaysia perlu mengusai pelbagai bidang ilmu untuk maju. Untuk itu Bahasa Inggeris merupakan kunci kepada penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu masa kini. Didikan dan pendedahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di peringkat akar umbi perlu dilakukan. Dalam perkara ini penyelidik telah melaksanakan Minggu Bahasa Inggeris dan hasil dari kajian tersebut murid telah dapat meningkatkan minat mereka untuk berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. ISU KAJIAN Umum mengetahui bahawa Bahasa Inggeris merupakan satu elemen penting dalam komunikasi kehidupan seharian khususnya di Malaysia. Dalam bidang pendidikan, beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan Malaysia telah mewajibkan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik hendaklah diajar dalam Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan menengah. Melalui penguasaan Bahasa Inggeris, para guru dan khususnya pelajar akan terdedah kepada limpahan ilmu yang tiada sempadan sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Untuk menguasai Bahasa Inggeris, kita perlulah terlebih dahulu cuba untuk menuturkannya terlebih dahulu walau dalam apa keadaan sekalipun. Ini kerana untuk mengusai sesuatu bahasa itu seseorang perlulah terlebih dahulu bertutur untuk menyampaikan kepada orang lain apa yang dingininya. Saya yakin dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang maksimum di kalangan pelajar maka Negara Malaysia akan menjadi sebuah Negara yang amat pesat dan membangun menjelang tahun 2020 nanti.

Upload: sampoernahijau

Post on 20-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BI

TRANSCRIPT

  • 138

    Meningkatkan Minat Murid Tahun 2 Berinteraksi Dalam Bahasa Inggeris Melalui Pelaksanaan

    Minggu Bahasa Inggeris

    OlehKAMARUL AIFIN BIN HAJI KAMARUDZZAMAN

    Sekolah Kebangsaan Merting27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur

    ABSTRAK

    Dalam mengharungi arus pembangunan yang serba moden ini, manusia tidak dapat lari dari berinteraksi atau berkomunikasi sesama mereka untuk menyampaikan maklumat yang diperlukan. Untuk mencapai wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad rakyat Malaysia perlu mengusai pelbagai bidang ilmu untuk maju. Untuk itu Bahasa Inggeris merupakan kunci kepada penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu masa kini. Didikan dan pendedahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di peringkat akar umbi perlu dilakukan. Dalam perkara ini penyelidik telah melaksanakan Minggu Bahasa Inggeris dan hasil dari kajian tersebut murid telah dapat meningkatkan minat mereka untuk berinteraksi dalam Bahasa Inggeris.

    ISU KAJIAN

    Umum mengetahui bahawa Bahasa Inggeris merupakan satu elemen penting dalam komunikasi kehidupan seharian khususnya di Malaysia. Dalam bidang pendidikan, beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan Malaysia telah mewajibkan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik hendaklah diajar dalam Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan menengah.

    Melalui penguasaan Bahasa Inggeris, para guru dan khususnya pelajar akan terdedah kepada limpahan ilmu yang tiada sempadan sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Untuk menguasai Bahasa Inggeris, kita perlulah terlebih dahulu cuba untuk menuturkannya terlebih dahulu walau dalam apa keadaan sekalipun. Ini kerana untuk mengusai sesuatu bahasa itu seseorang perlulah terlebih dahulu bertutur untuk menyampaikan kepada orang lain apa yang dingininya. Saya yakin dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang maksimum di kalangan pelajar maka Negara Malaysia akan menjadi sebuah Negara yang amat pesat dan membangun menjelang tahun 2020 nanti.

  • 139

    REFLEKSI ISU KAJIAN

    Melalui pemerhatian selama lebih setahun di Sekolah Kebangsaan Merting, saya dapati kurang daripada 5% pelajar yang cuba untuk berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Fenomena ini menunjukkan bahawa penguasaan mereka dalam berbahasa Inggeris amatlah rendah dan membimbangkan. Ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak ada keinginan untuk mencuba bertutur dalam Bahasa Inggeris dan tidak kurang juga yang berasa malu serta janggal apabila ingin bercakap menggunakan Bahasa Inggeris. Saya percaya terdapat ramai murid yang ingin mencuba bertutur dalam Bahasa Inggeris akan tetapi keinginan mereka ini terhenti begitu sahaja kerana mereka tidak mempunyai rakan atau seseorang untuk berinteraksi dalam Bahasa Inggeris bersama-sama dengan mereka.

    Pada pendapat saya, antara sebab-sebab yang dihadapi oleh mereka ialah tiada semangat dalaman yang kuat untuk menuturkan Bahasa Inggeris di semua peringkat umur dan tahap sekolah. Pelajar juga tidak didedahkan dengan meluas tentang komunikasi dalam bahasa Inggeris sama ada di sekolah ataupun di rumah, ini kerana perbualan dari guru dan ibubapa di hadapan mereka amatlah penting kepada mereka kerana murid-murid di peringkat umur yang sebegini mereka amat mudah untuk mengikut dan mengajuk apa sahaja perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif utama kajian adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Minggu Bahasa Inggeris dalam meningkatkan minat murid tahun 2 untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

    KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN

    Responden kajian terdiri daripada 22 murid tahun 2 SK Merting. Murid tahun 2 SK Merting terdiri daripada pelbagai aras pemikiran murid iaitu baik, sederhana dan lemah. Pengkaji merasakan bahawa murid yang berada di semua tahap amat kurang berminat untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sesama mereka. Malah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, kecenderungan mereka untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris juga amat lemah, walaupun soalan yang diajukan menghendaki mereka menjawab dalam Bahasa Inggeris.

    INSTRUMEN KAJIAN

    Pengkaji menjalankan ujian pra dan ujian pasca menggunakan borang dalam kajian ini (sila rujuk lampiran A). Sepanjang kajian ini dijalankan pengkaji mendapati pada permulaan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid tahun dua kekok dan nampak janggal serta berasa malu untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Mereka merasakan apa yang mereka tuturkan itu adalah satu perkara yang amat asing bagi mereka lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan guru-guru dan rakan-rakan. Ada juga di antara mereka yang cuba untuk bercakap dengan ibu bapa mereka dalam bahasa Inggeris namun peratusan mereka amatlah kecil.Tambahan pula dengan sindiran dan ketiadaan sokongan serta galakan daripada ibu bapa mereka, membuatkan mereka berasa malu dan niat mereka terus terhenti begitu sahaja.

    Tidak kurang juga ada yang menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang salah dan pengkaji sendiri berasa lucu dan ketawa secara diam. Namun begitu kesalahan yang dilakukan itu bukanlah topik atau perkara yang difokuskan akan tetapi usaha murid tersebut untuk menyebut perkataan

  • 140

    dalam bahasa Inggeris itulah yang penting, meskipun mereka melakukan kesalahan dalam sebutan atau pronounciation. Selain itu, pengkaji juga mendapati kebanyakan daripada murid kerap mencampuradukkan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu, sebagai contoh cuba try dan awak ni terror lah!. Ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung sudah ada sebilangan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dalam diri mereka mungkin tidak menyedarinya.

    Ujian pra telah dijalankan sebelum Minggu Bahasa Inggeris dilaksanakan iaitu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dan juga di luar kelas selama tiga hari berturut-turut dengan dibantu oleh dua orang guru praktikum Bahasa Inggeris. Tujuan ujian pra dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat awal tentang tahap dan kadar kekerapan murid tahun 2 berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ujian pra ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian dan rekod. Pemerhatian terbahagi kepada dua, iaitu di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Skala pemarkahan diberikan berdasarkan kekerapan pelajar berbahasa, iaitu apabila setiap kali pelajar berkomunikasi satu kali maka akan ditandakan () dalam borang pemerhatian.

    LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

    Langkah-langkah tindakan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

    1. Sebelum Minggu Bahasa Inggeris dilaksanakan2. Ujian Pra3. Semasa Minggu Bahasa Inggeris dijalankan4. Ujian Pasca

    Sebelum Minggu Bahasa Inggeris dilaksanakan ( 5 7 April 2005 )

    Sebelum kajian ini dilaksanakan, pengkaji telah menjalankan beberapa aktiviti dan pemerhatian selama 3 hari berturut-turut ke atas murid tahun 2 seramai 22 orang seperti berikut:

    a. mengedarkan beberapa contoh komunikasi dalam Bahasa Inggeris yang mudah kepada murid.

    Dalam langkah ini, pengkaji mengedarkan kepada murid beberapa kad imbasan yang tertera padanya ayat-ayat komunikasi Bahasa Inggeris yang mudah, sebagai contoh hello! Good morning / afternoon / night, hi! I am Hassan, what is your name? My name is Rahman, I am eight years old, Teacher, may I go out?, Ahmad, may I borrow your eraser?, Sure, here you are dan sebagainya lagi (sila lihat lampiran B). Pada peringkat ini, pengkaji menunjukkan kepada murid, menyebut dengan jelas apa yang tertera pada kad tersebut, seterusnya meminta murid untuk menyebut semula apa yang dipamerkan kepada murid.

    b. guru bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas.

    Dalam aktiviti ini, guru bercakap sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dari mula masuk kelas sehinggalah ke akhir waktu tanpa diselitkan sebarang perkataan dalam Bahasa Melayu. Ini bagi membantu murid mendengar dan cuba memahami makna perkataan yang diucapkan oleh guru. Walaupun murid tidak faham, guru cuba untuk memberikan pemahaman dengan menggunakan bahasa badan kepada murid.

  • 141

    c.

    Dalam perkara ini, guru sentiasa memberi ingatan dan galakan murid supaya bercakap dalam bahasa Inggeris dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada ingin meminjam sesuatu daripada kawan, meminta izin untuk keluar kelas daripada guru, menegur kawan yang bising dan sebagainya lagi.

    d.

    Aktiviti seperti yang disebutkan di atas dijalankan dengan bantuan dua orang guru praktikum dari IPBA. Pengkaji beserta dua guru praktikum tersebut menggantung dan menampal poster-poster bergambar dan tanpa gambar yang berkaitan dengan perbualan harian dalam bahasa Inggeris di kawasan-kawasan yang biasa dilalui oleh murid, seperti yang dinyatakan di atas.

    e.

    Seterusnya, pengkaji dengan dibantu oleh dua orang guru praktikum akan menjalankan pemerhatian tentang penglibatan murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

    Ujian Pra ( 11 13 April 2005 )

    Ujian pra telah dijalankan sebelum minggu Bahasa Inggeris dilaksanakan iaitu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dan juga di luar kelas selama tiga hari berturut-turut dengan dibantu oleh dua orang guru praktikum Bahasa Inggeris. Tujuan ujian pra dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat awal tentang tahap dan kadar kekerapan murid tahun 2 berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (sila rujuk lampiran A). Ujian pra ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian tentang penglibatan murid tahun 2. Pemerhatian penglibatan murid terbahagi kepada dua, iaitu di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Skala pemarkahan diberikan berdasarkan kekerapan pelajar berbahasa, iaitu apabila pelajar berkomunikasi satu kali maka akan ditandakan 1 dalam borang pemerhatian.

    Analisis Ujian Pra

    Jadual 1 : Borang Analisis Keseluruhan Ujian Pra

    ketika di dalam kelas, murid diberi ingatan dan galakan supaya bercakap dalam bahasa Inggeris, walaupun dengan kawan mereka, tak kira apa perkara yang hendak mereka sampaikan.

    Menggantung dan melekatkan poster-poster bergambar dan tanpa gambar tentang perbualan harian dalam Bahasa Inggeris di tempat-tempat yang biasa dilalui oleh murid, seperti dewan makan, kantin laluan-laluan menuju ke kelas dan sebagainya.

    melakukan pemerhatian terhadap penglibatan murid berinteraksi dalam bahasa Inggeris.

  • 142

    Jadual 1 menunjukkan analisis keputusan keseluruhan ujian pra. Daripada 22 pelajar tahun 2 tersebut kekerapan murid berinteraksi dalam Bahasa Inggeris hanyalah 13 kali dalam satu hari. Melalui jadual tersebut, didapati bahawa masa berinteraksi dalam Bahasa Inggeris yang kerap oleh murid ialah pada jam 8.00 sehingga jam 9.00 pagi, walaupun hanya terdapat 4 kekerapan sahaja. Secara keseluruhannya, penglibatan yang ditunjukkan oleh mereka adalah amat kurang memuaskan.

    Semasa Minggu Bahasa Inggeris Dijalankan ( 18 22 April 2005)

    Perancangan Tindakan

    Setelah data awal diperoleh daripada keputusan ujian pra, penyelidik dapat mengenal pasti bilangan penglibatan murid tahun 2 yang tidak berminat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Keadaan ini perlu dikikis supaya dapat menjadi titik tolak kepada usaha pelajar dalam menguasai bahasa tersebut dengan mudah.

    Pelaksanaan Tindakan

    Tindakan penambahbaikan yang menggunakan pendekatan Minggu Bahasa Inggeris ini telah diadakan pada 18 hingga 22 April (isnin hingga jumaat) kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Merting yang mana lebih fokus kepada murid tahun 2. Sepanjang minggu Bahasa Inggeris ini dijalankan, penyelidik memfokuskan tindakan hanya kepada kelas tahun 2 sahaja dengan dibantu oleh 2 orang pembantu seperti yang dimaklumkan. Penyelidik telah meyediakan beberapa aktiviti atau program yang khas untuk tahun 2. Antaranya ialah permainan yang memerlukan murid untuk berinteraksi dalam Bahasa Inggeris, mini indoor treasure hunt, persembahan nyayian dalam Bahasa Inggeris dan lain-lain lagi.

    Jadual 3 : Antara Aktiviti-Aktiviti Sepanjang Minggu Bahasa Inggeris

    Rakan penyelidik, Nurwani dan Nurhanim yang kedua-duanya merupakan guru praktikum Bahasa Inggeris di sekolah yang sama telah menjalankan ujian pemerhatian sesi 2 terhadap murid tahun 2 sekolah tersebut.Tindakan pemerhatian ini dijalankan selama tiga hari berturut-turut menggunakan borang pemerhatian yang sama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas, dan juga di luar waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu di luar kelas.

    1

    Mini Indoor Treasure Hunt

    -murid akan mencari perkataan past tense, dan sebutkannya -murid akan memadankannya dengan present tense dan sebutkannya

    2

    Menampal dan Melekatkan Poster-Poster Dalam Bahasa Inggeris

    -murid akan memandang dan secara tak langsung akan membacanya

    3

    Nyanyian Lagu Bahasa Inggeris

    -kaset akan dipasang murid akan menyanyi bersama-sama lagu-lagu yang pendek dan mudah diingati, sebagai contoh lagu My Mother.

    4

    Spontanious Interpretation

    - murid akan diminta oleh guru untuk menterjemah ayat-ayat pendek yang mudah ke dalam Bahasa Inggeris

  • 143

    Ujian Pasca ( 25 27 April 2005 )

    Ujian pasca ini adalah untuk mendapatkan data terkini sebagai perbandingan dengan data yang diperoleh dari ujian pra.

    Pemantauan Tindakan

    Semasa sesi tindakan ujian pasca dijalankan, rakan penyelidik Nurwani dan Nurhanim membantu usaha untuk mendapatkan data yang diperlukan. Mereka telah dibekalkan dengan borang senarai skala pemarkahan dan mengisinya semasa sesi tersebut berlangsung (rujuk lampiran A).

    Ujian Pasca ini dijalankan dengan mencatat dan merekod kekerapan murid bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun satu perkataan yang diucapkan. Jika murid bercakap dengan mencampurkan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, penyelidik dan rakan penyelidik tetap akan merekod dan mencatat setiap kali perkataan tersebut dituturkan. Apa yang penting dalam proses merekod ini ialah kekerapan murid dalam menuturkan apa-apa perkataan dalam bahasa Inggeris.

    Penyelidik amat yakin kebanyakan murid akan cuba untuk menuturkannya dalam Bahasa Inggeris walaupun mereka tahu sebutan atau bunyi yang dikeluarkan adalah tidak tepat. Perkara lain yang penyelidik jangkakan ialah apabila salah seorang murid terdengar atau melihat dua orang rakan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris maka murid tersebut akan merasakan dirinya terpanggil dan tercabar untuk berbuat demikian juga. Ini satu keadaan yang amat baik dan satu perkembangan yang positif.

    METODOLOGI PENYELIDIKAN

    Rekabentuk Penyelidikan

    PENGUMPULAN DATA

    Proses kutipan data awal telah dilaksanakan melalui kaedah dan prosedur sebagaimana yang dinyatakan dalam bidang metodologi kajian.

    Membuat tinjauan terhadap daerah kelemahan pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

    Melaksanakan tindakan mengikut perancangan

    Mengumpul data dan analisis maklumat

    Membuat refleksi keberkesanan tindakan yang diambil

    Merancang untuk meningkatkan keupayaan pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

    b

    b

  • 144

    KEPUTUSAN (ANALISIS DATA)

    Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Jadual 1 : Borang Analisis Keseluruhan Ujian Pra

    Jadual 2 : Borang Analisis Keseluruhan Ujian Pasca

    Daripada kedua-dua jadual yang ditunjukkan, jelas kepada kita bahawa terdapat peningkatan yang baik hasil daripada pelaksanaan Minggu Bahasa Inggeris. Apa yang ketara ialah murid kerap berinteraksi dalam bahasa Inggeris pada awal waktu persekolahan iaitu sekitar jam 8.00 hingga 9.00 dan pada waktu selepas rehat iaitu antara jam 10.30 hingga 11.30. Antara sebab mengapa perkara ini berlaku ialah pada awal pagi dan selepas rehat tahap kecerdasan murid pada masa tersebut amat baik dan secara tidak langsung keinginan atau gelora perasaan untuk berkomunikasi adalah pada tahap yang tinggi.

    Setelah selesai Minggu Bahasa Inggeris diadakan, penyelidik dapati terdapat perubahan yang positif dan memberangsangkan, terutama peningkatan murid dalam menyebut satu perkataan sahaja. Walaupun hanya satu atau dua sahaja perkataan yang dituturkan ini memberi gambaran bahawa mereka sebenarnya mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Apa yang penyelidik maksudkan ialah mereka ini mempunyai keinginan dan semangat dalaman untuk mencuba sesuatu yang baru, apabila melihat rakan lain melakukannya.

    Di Luar Bilik Darjah (di luarwaktu persekolahan)

    Di Dalam Bilik Darjah(di dalam waktupersekolahan)

    Di Luar Bilik Darjah (di luarwaktu persekolahan)

    Di Dalam Bilik Darjah(di dalam waktupersekolahan)

  • 145

    REFLEKSI TINDAKAN

    Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyelidik merasakan bahawa murid telah menunjukkan minat bertutur dalam Bahasa Inggeris. Walaupun peratusan peningkatan adalah tidak besar,namun apa yang penting ialah kesungguhan dan sikap ingin mencuba yang perlu diambil kira.

    Penyelidik merasa bangga dan gembira kerana selama ini apa yang selalu diperkatakan orang ramai, khususnya penduduk di pedalaman bahawa belajar dan memahami Bahasa Inggeris dan berbahasa inggeris itu adalah amat sukar adalah salah sama sekali. Ini kerana untuk mengusai sesuatu bahasa itu, selalu mempraktikkannnya adalah kunci kepada penguasaan bahasa tersebut.

    Penyelidik juga berpuas hati dengan kajian yang dijalankan dan tindakan yang wajar dilakukan selepas ini adalah dengan mengadakan lebih banyak aktiviti sama ada di sekolah mahupun di rumah. Antara aktiviti yang penyelidik rasakan sesuai sebagai tindakan susulan adalah sentiasa berbahasa Inggeris antara guru dengan guru dan antara guru dengan murid, tayangan rancangan kartun yang menggunakan bahasa mudah, speech corner, mini indoor treasure hunt, crossword puzzle, dan sebagainya.

    PENUTUP

    Secara keseluruhannya, pengkaji menganggap bahawa kajian yang telah dijalankan telah memenuhi dan menepati apa yang telah dijangkakan oleh penyelidik sebelum ini. Penyelidik dapati bahawa Minggu Bahasa Inggeris yang telah dijalankan memberi kesan yang positif kepada sikap murid untuk cuba bertutur dalam bahasa inggeris. Melalui bertutur dengan kadar yang kerap dalam satu minggu secara tidak langsung akan membuatkan murid kerap mendengar dan seterusnya perkataan yang didengarinya selalu akan lekat dalam ingatan mereka.