langkah menangani stres (prister)

4
Langkah menangani stres. Riadah merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengurangkan stres khususnya dalam kalangan pelajar. Aktiviti riadah seperti bersukan bukan sahaja dapat menjadikan fizikal lebih mantap malah organ dalaman serta sistem pernafasan kita juga dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, riadah dari segi minda juga perlu bagi mengurangkan masalah stres. Antara riadah minda yang dapat kita lakukan ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-quran selain komik, novel dan segala bahan-bahan yang dapat menenangkan jiwa. Oleh itu, riadah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian kita. Luangkan sedikit masa untuk beriadah bagi mengelakkan stres dari membelenggu diri kita. Beriadah pada hujung minggu bersama keluarga bukan sahaja dapat memupuk keharmonian antara ibu bapa dan adik beradik tetapi juga dapat membina badan yang sihat dan otak yan cerdas sekali gus dapat melupakan masalah yang bersarang di fikiran. Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. Pemilihan makanan akan mempengaruhi tenaga kita sekaligus mengurangkan perasaan stress tersebut timbul. Tambahan lagi, pengambilan makanan secara diet yang seimbang juga akan dapat menambah zat makanan yang diperlukan dalam tubuh badan manusia. Dengan itu, adalah amat penting untuk mengambil makanan yang menjamin kesihatan tubuh badan Seterusnya adalah istirehat dengan tidur. Apabila kita tidur, tubuh kita tidak aktif. Otak kita akan diidi dengan zat-zat biokimia yang diperlukan, yang membantu kita mengatasi stress. Kurang tidur memudahkan kita terkena stress dan hak ini akan menyebabkan kita mengalami kesukaran untuk tidur. Dalam hal ini, waktu untuk tidur perlu ditentukan dengan betul dan pengambilan minuman-minuman yang mengandungi banyak kafein atau alcohol pada saat tidur perlu dielakkan. Namun, sekiranya kita baru sahaja selesai melakukan kerja yang berat, kita tidak seharusnya terus tidur, malah kita haruslah terlebih dahulu melakukan aktiviti ataupun kegiatan yang boleh menenangkan minda dan boleh membuatkan kita berada dalam keadaan tenang seperti aktiviti membaca, menonton TV, berjalan-jalan dan

Upload: mutang20

Post on 25-Sep-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

Langkah menangani stres.Riadah merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengurangkan stres khususnya dalam kalangan pelajar.Aktiviti riadah seperti bersukan bukan sahaja dapat menjadikan fizikal lebih mantap malah organ dalaman serta sistem pernafasan kita juga dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, riadah dari segi minda juga perlu bagi mengurangkan masalah stres.Antara riadah minda yang dapat kita lakukan ialah dengan membaca ayat-ayat suci al-quran selain komik, novel dan segala bahan-bahan yang dapat menenangkan jiwa. Oleh itu, riadah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian kita.Luangkan sedikit masa untuk beriadah bagi mengelakkan stres dari membelenggu diri kita. Beriadah pada hujung minggu bersama keluarga bukan sahaja dapat memupuk keharmonian antara ibu bapa dan adik beradik tetapi juga dapat membina badan yang sihat dan otak yan cerdas sekali gus dapat melupakan masalah yang bersarang di fikiran. Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.Pemilihan makanan akan mempengaruhi tenaga kita sekaligus mengurangkan perasaan stress tersebut timbul. Tambahan lagi, pengambilan makanan secara diet yang seimbang juga akan dapat menambah zat makanan yang diperlukan dalam tubuh badan manusia. Dengan itu, adalah amat penting untuk mengambil makanan yang menjamin kesihatan tubuh badanSeterusnya adalah istirehat dengan tidur. Apabila kita tidur, tubuh kita tidak aktif. Otak kita akan diidi dengan zat-zat biokimia yang diperlukan, yang membantu kita mengatasi stress. Kurang tidur memudahkan kita terkena stress dan hak ini akan menyebabkan kita mengalami kesukaran untuk tidur. Dalam hal ini, waktu untuk tidur perlu ditentukan dengan betul dan pengambilan minuman-minuman yang mengandungi banyak kafein atau alcohol pada saat tidur perlu dielakkan. Namun, sekiranya kita baru sahaja selesai melakukan kerja yang berat, kita tidak seharusnya terus tidur, malah kita haruslah terlebih dahulu melakukan aktiviti ataupun kegiatan yang boleh menenangkan minda dan boleh membuatkan kita berada dalam keadaan tenang seperti aktiviti membaca, menonton TV, berjalan-jalan dan sebagainya untuk menurunkan putaran darah dan zat-zat biokimia kita.[footnoteRef:1] [1: A. M. Mangunhardjana, ST. Cara mengatasi stress. M.s 32.]

Berehat sangatlah penting bagi mengatasi masalah stress. Kebiasaannya, individu yang mengalami stress akan sibuk dan kekurangan masa untuk tidur. Hal ini bermaksud, tubuh badan tidak memperolehi rehat yang secukupnya lalu ia akan memudaratkan kesihatan seseorang. oleh yang demikian, seseorang individu hendaklah mengatur masa tidur dan rehat secara sistematik agar tubuh badan tidak menjadi lemah.Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.[footnoteRef:2] [2: David D. Chen, Jeffrey A. Kottler. Stress Management. Ind Preventation. M.s. 170.]

Bellarusa (1997) melihat relaksasi sebagai intervensi yang digunakan untuk membantu mengurangkan stress. Ia dapat merelaksasikan tubuh badan. Antara intervesi relaksasi yang terdapat ialah relaksasi progresif, (Jacoson, 1938), relaksasi kawalan (Paul & Ahannon, 1966). Relaksasi dapat menurunkan tekanan darah, mempebaiki pernafasan, mengurangkan tegangan oto dan mengurangkan tekanan emosi. Walaupun teknik lebih bersifat individualistic, teknik relaksasi didapati berkesan dalam pengurangan stress. Langkah seterusnya berfikiran positif. Hal ini amat penting untuk kita berfikir secara bernas dan bijak ketika berada dalam sesuatu situasi yang tegang. Semua masalah boleh diselesaikan jika kita berfikir secara positif dan rasional dan stress hanya akan membebanka nmasalah yang timbul dalamdiri seseorang. Oleh itu, seseorang akan lebih mudah mengawal emosi jika berfikiran positif dan bersedia untuk mencari altenatif penyelesaian yang terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah tanpa perlu mempengaruhi kesihatan diri sendiri. Selain itu, individu juga tidak perlu membeban kandiri masing-masing. Hal ini berlaku apabila seseorang itu menaruh harapan yang tinggi dalam sesuatu perkara hingga terlupa akan kemampuan diri yang dimiliki beliau. Oleh itu, individu harus sedarakan kemampuan kita kerana stess akan berlaku jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan atau mengalami kegagalan. Lalu, jalan penyelesaian adalah melakukan tugasan secara sistematik agar perasaan stress dapat dielakkan dari semasa ke semasa.[footnoteRef:3] [3: Paul M. Lehrer, Robert L. Woolfolk, Wesley E. Sime. Principles and Practice of Stress Management. M.s. 68.]

Alternatif yang seterusnya ialah berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan. Sebagai seorang manusia, kita hendaklah berinteraksi dengan orang lain agar hidup tidak berseorangan. Hal ini kerana berseorangan juga boleh menimbulkan perasaan stress. Kita perlukan seseorang untuk menyokong dan mendorong supaya hidup lebih bermotivasi dan ia jugaa kan menghilangkan rasa rungsing yang berada dalam fikiran. Olehitu, individu haruslah meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan pada masa kelapangan.Amalkan sikap dan gaya hidup sihat juga merupakan salah satu cara untuk menangani stress dalam diri seperti bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana. Dalam hal ini, kita perlu sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang. Dalam erti kata lain, amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.[footnoteRef:4] [4: Mohd. Taib Dora, Hamdan Abd. Kadir. PTS Professional, 2006. Stress Management. M.s. 120.]

Ianya amat penting juga untuk kita tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri. Hal ini kerana melakukan perkara yang tidak mampu akan membuatkan kita tidak berpuas hati sedangkan perkara tersebut adalah di luar kemampuan kita. Seterusnya akan mengundang perkara yang tidak diingini kepada diri kita seperti masalah emosi ataupun stress. Oleh itu jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung dan serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan. Pertolongan daripada orang yang lebih mahir sangatlah penting bagi menyelesaikan suatu perkara yang sukar dilakukan sendirian. Dalam hal ini, secara tidak langsung, proses pembelajaran melalui orang yang lebih mahir akan berlaku dan pengalaman meyelesaikan masalah yang dihadapi melalui seseorang yang mahir dapat dialami.[footnoteRef:5] [5: Susan R. Gregson. Stress Management. M.s. 40.]

Pelajar juga boleh menghilangkan stress dengan meluahkan perasaan kepada sahabat karib ataupun meluhkannya dalam diari. Pelajar mungkin melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib. Meluahkan perasaan kepada sahabat dapat mengurangkan stress. Selain itu, stress juga boleh diatasi apabila pelajar melihat segala masalah itu dari segi positif. Misalnya, apabila pelajar menghadapi sesuatu masalah pelajar mestilah cuba berfikir secara positif dengan menerina masalah itu sebagai panduan atau hikmah dalam kehidupan pada masa akan datang. Disamping itu, pelajar juga boleh menetapkan semula matlamat atau keutamaan yang realistik dalam kehidupan seharian bagi menangani stress.[footnoteRef:6] [6: Jonathan C. Smith. Stress Management: A Comprehensive Handbook of Techniques and Strategies. M.s. 56.]

Akhir sekali, meditasi juga merupakan salah satu lagicarayang baik untuk menghadapi dan mengatasi masalah stres dan mengamalkan latihan relaksasi seperti regangan atau bernafas sangat boleh membantu kita mengatasi tekanan. Kita boleh menyertai pusat-pusat latihan yang mengajar yoga dan meditasi untuk belajarcara-carayang betul untuk melakukan meditasi. Kita perlu melakukan meditasi secara kerap untuk membuat ia satu tabiat dan memberi inspirasi kepada ahli-ahli lain keluarga anda untuk melakukan perkara yang sama.[footnoteRef:7] [7: Shambhu Nath (Pandit). Stress Management Through Yoga And Meditation. M.s. 70. ]