langkah 1

19
[KEMAHIRAN AKADEMIK ] KM A 1301K/ 2013 TAJUK : LANGKAH- LANGKAH MENANGANI PENGURUSAN MASALAH MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH MAHUPUN SEKOLAH MENENGAH NAMA : BHAVANII A/P RAJASEGAR [email protected] ABSRTAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti langkah-langkah yang membanteras tingkah laku merokok dalam kalangan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah.Tiga persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya , faktor keluarga dan faktor persekitaran. Jika membuat kajian secara rasional, pelajar sekolah menengah memberi responden terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti dan mempunyai rekod pernah ditangkap atas kesalahan merokok oleh guru disiplin sekolah. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.Keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor persekitaran adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan faktor rakan sebaya. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan. Untuk mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar ini, beberapa langkah perlu diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk membanteras isu merokok ini. Daripada kajian ini, saya dapati beberapa langkah memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah ini. 1.0 PENGENALAN Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh ditafsir dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan sosial, persekitaran, risiko kebergantungan, risiko kesihatan dan lain- lain lagi. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat samada di kampung, bandar dan sebagainya. Dari aspek sosiobudaya, masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya di kalangan orang lelaki. 1

Upload: haressh-bhavanii

Post on 16-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

dfc

TRANSCRIPT

kemahiran akademik

[kemahiran akademik ]KM A 1301K/ 2013

TAJUK : LANGKAH- LANGKAH MENANGANI PENGURUSAN MASALAH MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH MAHUPUN SEKOLAH MENENGAH

NAMA : BHAVANII A/P [email protected]

ABSRTAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti langkah-langkah yang membanteras tingkah laku merokok dalam kalangan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah.Tiga persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya , faktor keluarga dan faktor persekitaran. Jika membuat kajian secara rasional, pelajar sekolah menengah memberi responden terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti dan mempunyai rekod pernah ditangkap atas kesalahan merokok oleh guru disiplin sekolah. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.Keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor persekitaran adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan faktor rakan sebaya. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan. Untuk mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar ini, beberapa langkah perlu diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk membanteras isu merokok ini. Daripada kajian ini, saya dapati beberapa langkah memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah ini.

1.0 PENGENALAN

Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh ditafsir dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan sosial, persekitaran, risiko kebergantungan, risiko kesihatan dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat samada di kampung, bandar dan sebagainya. Dari aspek sosiobudaya, masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya di kalangan orang lelaki.

Terdapat remaja lingkungan belasan tahun yang tidak segan silu merokok secara terbuka di tempat awam. Fenomena ini biasa kita lihat dalam pelbagai situasi dan sesetengahnya lengkap berpakaian sekolah. Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah remaja daripada terjebak kedalam tabiat merokok. Kempen ini dijalankan samada melalui media cetak, media elektronik serta penyebaran poster. Ini menunjukkan seriusnya masalah merokok di kalangan remaja sekarang. Remaja juga merokok tanpa menghiraukan papan tanda larangan merokok samada di institusi pengajian atau ditempat awam.

Tabiat ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja yang sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang.Faktor umur turut mempengaruhui pandangan mereka terhadap tabiat merokok. Bagi remaja,kemungkinan mereka merokok sekadar untuk berseronok sahaja tanpa memikirkan kasan buruk akibat tabiat merokok. Manakala orang dewasa merokok mungkin di sebabkan faktor kebergantungan atau ketagihan. Mereka sedar tentang masalah yang sedang dan bakal di hadapinya tetapi terpaksa meneruskan tabiat tersebut dengan pelbagai alasan.

Perokok sentiasa mempertahankan kepercayaan bahawa merokok mempunyai kebaikannya tersendiri seperti tumpuan perhatian yang lebih baik, keupayaan berfikir yang lebih tajam, boleh mengurangkan tekanan, ketegangan, dan berasa lebih tenteram. Griesar (2002) melalui kajian klinikal mereka mendapati bahawa merokok memang boleh memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan.

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Perlaksanaan disiplin sekolah yang berkesan adalah penting untuk membentuk golongan pelajar berkeperibadian dan bersemangat kebangsaan. Bagaimanapun perlaksanaannya bergantung kepada sokongan, rasa tanggungjawab bersama, kesedaran dan penglibatan aktif pihak tertentu, khasnya guru, ibu bapa serta para pelajar sendiri (Chariya, 1986).

Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah menjadikan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok. Dalam surat pekeliling Iktisas Bil 5/1997 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri menyatakan bahawa semua premis sekolah sama ada di kawasan terbuka atau di dalam bilik atau di tempat terselindung adalah termasuk dalam kawasan larangan merokok.

Menjadi persoalannya ialah sejauh manakah peraturan ini dilaksanakan dan memberi kesan positif dalam masalah merokok di kalangan pelajar ?. Kegiatan merokok merupakan salah satu aktiviti yang tidak sihat yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Pelbagai kempen dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah remaja dari merokok dan penyingkiran pelajar dari sekolah setelah diberi amaran bukanlah tindakan baru oleh Kementerian Pelajaran. Kempen juga dijalankan sama ada melalui media cetak, media elektronik serta penyebaran poster ke sekolah-sekolah.

Inilah menunjukkan seriusnya masalah merokok di kalangan pelajar sekarang. Tindakan pelajar yang merokok tanpa menghiraukan papan-papan tanda larangan merokok sama ada di dalam kawasan sekolah atau di tempat-tempat awam begitu amat ketara ketika ini. Perbuatan ini wajar dihentikan bagi membentuk golongan remaja yang sihat demi untuk pembangunan negara pada masa akan datang. (Dewan Masyarakat, Ogos 1997).

Selain dari itu, Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dengan anak menyumbang ke arah pembentukan disiplin yang baik. Tanpa hubungan yang baik anak-anak akan merasa diri mereka diberi perhatian, tidak diperlukan dan tidak disayangi. Justeru itu, anak-anak ini kemungkinan akan melibatkan diri dalam masalah disiplin. Selain itu, daripada kajian ini juga mendapati bahawa ibu bapa perlu memberikan perhatian yang lebih dan mengambil berat dari aspek mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak memperoleh kasih sayang daripada ibu bapa beerti anak-anak kemungkinan besar kurang melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak diingini dan kurang masalah disiplin di kalangan mereka (Siti Nor Yaacob, Abdullah Al Hadi Haji Mohamed et. al 1994).

Bukti ini bertepatan dengan pendapat Hassan Mohd Ali (1997) yang menyatakan bahawa peranan ibu bapa seringkali dikaitkan dengan pembentukan tingkah laku, sahsiah, dan moral anak-anak. Ibu bapa adalah modal terbaik untuk anak-anak. Mereka juga adalah role model yang terdekat dengan anak-anak untuk dicontohi. Segala tindak tanduk sama ada yang baik atau buruk akan diperhatikan dan diikuti oleh anak-anak. Malangnya anak-anak akan cepat terikut dengan contoh yang buruk daripada yang baik.

Pengaruh iklan merupakan faktor persekitaran yang mampu menarik minat seseorang itu untuk merokok. Ini disokong oleh Rusli Hashim (2005:46) pengaruh iklan rokok suatu ketika dahulu seperti Dunhill mendapat tajaan bola sepak di bawah Liga Dunhill, Marlboro memaparkan imej Koboi dan Salem memaparkan percutian kumpulan muda-mudi di kawasan pergunungan yang dingin. Setiap jenama ini membawa mesej bukan sahaja tentang keenakkan merokok, bahkan ada juga yang menyematkan gambaran kejayaan,

kemewahan, keunggulan dan berbagai-bagai lagi. Pengaruh iklan-iklan seumpama ini begitu mendalam, sehingga ramai di kalangan masyarakat cuai akan aspek yang kurang sihat ini.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu sehaluan dan bergabung tenaga dalam menangani masalah disiplin dan akhlak pelajar. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, negara tidak akan mencapai seperti mana yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Mahathir, 1991).

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk :

i. Mengenal pasti peranan ibu bapa dalam menangani isu merokok dalam kalangan anak- anak .

ii. Mengenal pasti pernanan kerajaan dalam menangani isu merokok dalam kalangan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah

iii. Mengenal pasti peranan masyarakat dalam menangani isu merokok dalam kalangan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

1.4 KERANGKA KONSEP

Peranan ibu bapa dalam menangani isu merokok dalam kalangan anak-anak.

Langkah langkah mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah

Peranan kerajaan dalam menangani isu merokok dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menagah.

Hasil kajian

Peranan masyarakat dalam menangani isu merokok dalam kalangan anak-anak.

LANGKAH 1 : Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Merokok di Kalangan Anak Anak Mahupun Anaknya Belajar Di Sekolah Rendah ataupun Sekolah Menengah.

LANGKAH 2 : Peranan Kerajaan Dalam Menangani Masalah Merokok di Kalangan Anak Anak Mahupun Anaknya Belajar Di Sekolah Rendah ataupun Sekolah Menengah.

LANGKAH 3 : Peranan Masyarakat Dalam Menangani Masalah Merokok di Kalangan Anak Anak Mahupun Anaknya Belajar Di Sekolah Rendah ataupun Sekolah Menengah.

LANGKAH 1 : PERANAN IBU BAPA DALAM MENANGANI MASALAH MEROKOK DI KALANGAN ANAK ANAK MAHUPUN ANAKNYA BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH ATAUPUN SEKOLAH MENENGAH.

Saban hari cuping telinga kita dihidangkan oleh media massa tentang penagihan dadah dalam kalangan remaja. Berdasarkan maklumat daripada laman web Buletin Agensi Anti Rokok Kebangsaan 2007, seramai 1207 orang merokok setiap bulan . Hal ini amat serius dan memerlukan pengawasan yang rapi oleh semua golongan masyarakat terutamanya ibu bapa. Malah, ibu bapalah yang sering diletakkan beban kesalahan apabila anak-anak terjerumus ke dalam gaung jijik merokok . Yang tersirat di sebalik pandangan ini ialah tanggungjawab untuk memantau anak-anak amat besar dalam menangani isu merokok ini berbanding golongan masyarakat yang lain. Sebenarnya , peranan ibu bapa bermula sejak anak-anak masih di peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Dr Haji Zahazan Mohamed seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bukunya Anakku Hebat Anakku Soleh,

Zaman kanak-kanak ialah suatu zaman kanak-kanak itu mendapat pendidikan di rumah daripada ibu bapanya "

Berdasarkan pandangan ini , maka tugas membimbing dan mendidik serta menyerapkan nilai-nilai murni merupakan tugasan besar ibu bapa malah tidak boleh dipikul oleh orang lain hatta oleh saudara mara di sekeliling. Proses pentarbiahan tentang perkara-perkara positif terutamanya nilai-nilai agama perlu dimulakan di dalam rumah. Segala kehendak baik oleh ugama seperti bercakap benar perlu diamalkan dalam kalangan ahli keluarga. Dengan kata lain, proses pemantauan dan pendidikan sebenarnya bermula dari rumah.

Apabila anak-anak telah dapat menerima ajaran agama dengan baik dan mengalikasinya dalam setiap aktiviti harian , sudah pastilah mereka dapat mengawal diri daripada perkara negatif iaitui penagihan dadah.Hal ini kerana, perasaan sangat takut akan tuhan akan mencegah naluri anak-anak daripada mendekati najis dadah. Situasi ini juga berlaku kerana anak-anak dapat membezakan perlakuan yang murni dengan yang tidak bermoral. Oleh itu,pemantauan yang serius oleh ibu bapa terhadap pengamalan ugama anak-anak akan membentuk suatu benteng yang kukuh bagi menepis pengaruh penagihan dadah kepada anak-anak. Dalam memberi perhatian kepada anak-anak, sikap pilih kasih antara anak-anak perlu dihindari. Perilaku ini mampu melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak-anak. Perbezaan layanan akan mewujudkan tekanan perasaan, sakit hati , benci dan cemburu sesama anak-anak. Implikasinya , anak-anak yang berasa tidak mendapat layanan istimewa akan bertindak melakukan apa-apa sahaja untuk menarik perhatian ibu bapa seperti melibatkan diri dalam dunia merokok. Intihanya, perhatian yang sama rata dan adil perlu menjadi keutamaan untuk menghindari pengaruh merokok.

Selain itu, hubungan kekeluargaan yang erat juga mampu membendung serangan merokok dari menerobos masuk ke dalam keluarga. Hubungan erat dengan keluarga kembangan seperti datuk, nenek, ibu saudara, bapa saudara dan sepupu-sepupu akan melahirkan ikatan yang intim. Keadaan ini dapat membantu ibu bapa memantau kelakuan anak-anak kerana kebiasaannya anak-anak akan lebih mudah meluahkan isi hati kepada orang lain berbanding ibu bapa sendiri. Oleh itu , dalam usaha mengawal perilaku anak-anak dari terjebak dengan merokok, ibu bapa perlu sentiasa berhubung dan menziarahi kaum keluarga kembangan agar anak-anak berasa diri mereka sentiasa disayangi diberi perhatian oleh semua kaum keluarga. Akibatnya, anak-anak akan berhati-hati dalam setiap tindak tanduk yang ingin dilakukan. Hal ini dapat membantu ibu bapa memantau anak-anak lalu menghalang anak-anak daripada terjerumus ke dalam kancah merokok yang kotor itu. Intihanya, ibu bapa mesti menguatkan ikatan ukhwah dengan saudara-mara yang lain supaya mereka boleh menjadi mata-mata yang bersedia memerhati tindak- tanduk anak-anak seterusnya dapat mengawal anak-anak dari terlibat dengan merokok.

Dalam mendidik anak-anak pada awal zaman remaja, ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak-anak. Sebagai contoh, pakar motivasi terkenal, Dr. Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan motivasi stesen televisyen TV3 pernah menyarankan agar seorang bapa bertukar menjadi kanak-kanak lelaki untuk memainkan watak raksasa melawan anak lelakinya yang menjadi watak ultraman.Bagi Dr. Fadzilah Kamsah , perlakuan ini amat penting bagi perkembangan mental dan emosi anak-anak kerana dapat mewujudkan hubungan yang erat dalam keluarga. Dalam erti kata lain ibu bapa perlu memahami naluri anak-anak tentang kegemaran dan kecenderungan mereka dalam sesuatu bidang. Jika ada anak-anak remaja,ibu bapa boleh melibatkan diri bersama-sama dalam aktiviti yang digemari oleh anak-anak seperti mendaki gunung. Dengan cara ini, anak-anak akan berasa dihargai dan disayangi seterusnya berasa yakin dan selamat jika bersama-sama keluarga . Natijahnya , anak-anak akan lebih gemar bersama-sama keluarga berbanding rakan-rakan di luar rumah. Oleh itu, kesefahaman antara ibu bapa dan anak-anak amat perlu, agar anak-anak tidak berasa terpinggir dan menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya yang boleh menarik mereka ke lembah merokok.

Akan tetapi, ibu bapa tidak boleh menyekat sepenuhnya pergaulan anak-anak di luar rumah. Lebih-lebih lagi, jika anak-anak sudah mula menapak kaki ke dalam alam persekolahan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap rakan-rakan yang menjadi sahabat anak-anak. Hal ini kerana ,kebanyakan perokok mendakwa mereka menjadi perokok kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan. Malah, di peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya lebih besar berbanding ibu bapa. Sehubungan dengan itu, latar belakang rakan-rakan anak-anak perlu diselidik dengan teliti. Adalah sangat baik jika ibu bapa menjalinkan hubungan persahabatan dengan ibu bapa kepada rakan-rakan anak-anak. Jalinan hubungan yang baik ini akan melahirkan rasa tanggungjawab yang ikhlas untuk saling memantau gerak-geri anak-anak masing-masing. Seterusnya, dapat menyelamatkan anak-anak daripada fenomena negatif ini menular dalam kehidupan keluarga.

Selain menjalinkan ikatan persahabatan antara ibu bapa, kerjasama yang erat juga amat penting dijalinkan dengan pihak sekolah tempat anak-anak belajar. Keprihatinan ibu bapa tentang hal ehwal disiplin dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah dapat menyekat anak-anak dari terus leka dan tidak menumpukan perhatian pada pelajaran. Maklumat tentang anak-anak daripada pihak sekolah perlu diberi perhatian positif. Hal ini kerana, sebahagian besar waktu siang anak-anak dihabiskan di kawasan sekolah ,iaitu lebih kurang lima jam sehari. Apatah lagi, jika anak-anak tinggal di asrama ; mereka hanya bertemu keluarga pada setiap hujung minggu sahaja. Maka , ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk bersama-sama mengawal disiplin dan tingkah laku anak-anak mereka. Melalui tindakan ini, anak-anak akan berasa sentiasa diawasi dan tiada peluang untuk melakukan hal-hal yang kurang baik seperti merokok di kawasan sekolah. Hal ini kerana, punca awal penagihan dadah datangnya daripada kegemaran merokok. Kesimpulannya, jalinan kerjasama antara ibu bapa dan sekolah juga mampu mengelak unsur buruk ini menyusup masuk ke dalam kehidupan anak-anak dan memporak- perandakan kebahagian keluarga.

Secara tuntasnya, pencegahan merokok dalam kalangan anak-anak memang terletak di bahu ibu bapa. Namun begitu, ibu bapa tidak dapat bergerak sendirian bagi menanganinya. Permuafakatan dengan masyarakat amat penting. Masyarakat tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan hanya menuding jari kepada ibu bapa yang terbabit. Hal ini kerana, wabak dan rokok boleh menyusup masuk ke dalam setiap keluarga jika tidak diawasi bersama-sama. Sikap prihatin perlu ada, umpama peribahasa Melayu, cubit paha kanan, paha kiri terasa. Oleh itu, semua ibu bapa yang merupakan salah satu entiti dalam masyarakat perlu saling membahu untuk membanteras isu negatif ini daripada terus memburu anak-anak mereka lalu membarah dalam komuniti.

LANGKAH 2 : PERANAN KERAJAAN DALAM MENANGANI MASALAH MEROKOK DI KALANGAN ANAK ANAK MAHUPUN ANAKNYA BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH ATAUPUN SEKOLAH MENENGAH.

Walaupun pelbagai penyakit atau bahaya rokok itu telah didedahkan kepada mereka yang merokok atau masyarakat umum tetapi gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang. Oleh yang demikian, pihak-pihak tertentu terpaksa berusaha lebih gigih untuk mengurangkan atau mengelakkan masyarakat terutama golongan remaja termasuklah pelajar supaya berhenti merokok. Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah kempen , ceramah , mengadakan program aktiviti sukan dan sebagainya.

Pelbagai kempen dijalankan untuk mengatasi masalah merokok baik oleh kerajaan mahupun pihak persendirian. Misalnya, kerajaan telah mengadakan kempen anti merokok melalui pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam televisyen, radio, poster-poster mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah mahupun di pejabat dan sebagainnya. Dalam ceramah mahupun iklan itu hendaklah dinyatakan tentang bahayanya merokok, kesan merokok serta dinyatakan faedah orang yang tidak merokok atau berhenti merokok seperti hidup lebih lama, dapat menghindari racun yang terkandung dalam rokok, dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok, menjadi teladan yang baik kepada anak-anak, dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat, meningkatkan deria rasa dan bau, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat. Seseorang itu mestilah kuat semangat dan mendisiplinkan diri untuk berhenti merokok seperti tetapkan tarikh untuk berhenti merokok, yakinkan diri, buat nota peringatan, katakan pada diri anda, Aku bukan perokok, tumpukan pada hari ini jangan dulu fikirkan hari seterusnya, sentiasa berfikiran positif, dapatkan sokongan daripada orang sekeliling seperti rakan sebaya, ibu bapa atau keluarga, lawan keinginan atau perasaan untuk merokok dan gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai. Amalan berpuasa dari pandangan Islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa seseorang itu tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam jika selalu berpuasa, seseorang itu tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Tuhan. Seseorang itu hendaklah beri hadiah atau habuan kepada diri sendiri sekiranya dia tidak lagi merokok. Ini untuk mendapatkan kepuasan hasil dari pemberhentiannya merokok.Selain itu, individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka seperti merokok. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri. Oleh itu, perokok hendaklah melakukan aktiviti sukan ini kerana ia dapat menghindarkan dirinya dari tabiat merokok. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita. Jika seseorang itu sibuk dengan aktiviti atau kerja yang dilakukannya, dia akan lupa untuk menghisap rokok kerana tidak ada masa untuk menghisap rokok. Bagi ibu yang mengandung pula hendaklah didedahkan kepada iklan-iklan tentang pentingnya menjaga bayi yang dikandungnya dan dedahkan perkara-perkara yang boleh memudaratkan keadaan bayinya mahupun kesiahtan dirinya sendiri. Manakala, bagi pelajar di sekolah pula hendaklah dikenakan dendaan yang setimpal kepada mereka yang didapati merokok seperti pelajar yang merokok itu akan diadukan kepada pihak polis dan pihak polis akan mendenda mereka. Ini adalah kerana pihak polis bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin pelajar. Ibu bapa juga akan dipanggil untuk memberitahu perihal anak mereka yang merokok. Pelajar yang merokok itu juga akan dirujuk kepada guru kaunseling untuk menanyakan kenapa dia merokok. Di negara Brunei Darussalam, kerajaan telah pun menetapkan undang-undang iaitu tidak membenarkan sesiapa saja untuk merokok di kawasan-kawasan tertentu seperti dalam panggung wayang, rumah sakit, sekolah, pejabat dan di kawasan awam yang tertentu. Denda akan dikenakan kepada sesiapa saja yang melanggar undang-undang tersebut. Penjual rokok di kedai juga tidak menjual rokok kepada remaja yang berumur di bawah lapan belas tahun. Sesiapa yang didapati berumur di bawah lapan belas tahun akan dikenakan denda yang setimpal. Pihak-pihak yang berkenaan juga diharap akan dapat bekerjasama dalam membanteras tabiat merokok ini, dengan tidak menjual kepada pembeli yang di bawah umur dan jangan hanya memikirkan keuntungan saja.

LANGKAH 3 : PERANAN MASYARAKAT DALAM MENANGANI MASALAH MEROKOK DI KALANGAN ANAK ANAK MAHUPUN ANAKNYA BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH ATAUPUN SEKOLAH MENENGAH.

Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada remaja. Remaja kini semakin hilang ketahanan jiwa. Mereka mudah terpengaruh dan terjebak dengan segala macam kerosakan, maksiat dan budaya kuning. Mereka mudah hanyut mengikut arus. Mereka tidak ada pegangan dan pendirian. Mereka tidak mampu menangkis pengaruh yang jahat dan merosakkan. Mereka sukar membezakan yang batil dengan yang hak. Sebenarnya, banyak lagi punca yang menyebabkan remaja bertindak liar sekali gus mengamalkan gaya hidup yang negatif.

Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. Oleh itu, semua anggota masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangani kemelut sosial yang kian berleluasa dalam kalangan remaja kita kerana masyarakat merupakan lokomotif utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja.

Mereka perlu memasang mata dan telinga terhadap gelagat anak-anak muda. Kita perlu lebih proaktif dan prihatin akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka. Sebagai contoh, anak muda kita pada awalnya akan menghisap rokok, kemudian akan terlibat dalam gejala menagih dadah. Jika terlihat remaja berkumpul dengan rakan sebaya dalam keadaan mencurigakan, segera laporkan kepada pihak polis ataupun paling tidak kepada ibu bapa mereka. Ia lebih menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang.

Aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan hendaklah diadakan - contoh, diadakan hari keluarga ataupun gotong-royong - apabila aktiviti berfaedah seperti itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim semakin padu menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk melakukan perkara negatif seperti mencuri di dalam taman perumahan mereka. Orang dewasa dalam kelompok masyarakat perlu menjadi model untuk dicontohi oleh anak-anak muda. Andainya orang dewasa mahu melakukan perbuatan yang tidak senonoh, janganlah di depan anak-anak muda, kelak dituduh seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Sebagai contoh, orang dewasa tidak boleh menegur anak muda yang menghisap rokok sekiranya diri sendiri menghisap rokok.

Seterusnya , menegur atau membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan. Mereka berani untuk menegur kelakuan sumbang remaja. Masyarakat menjalankan tanggung jawab mereka untuk memberikan nasihat kepada remaja kita supaya remaja tidak tersesat jalan dan tidak terbabit dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat Negara. Ini juga sama-sama membantu remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada remaja dalam menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda mereka itu.

Konklusinya, untuk memastikan remaja kita terselamat daripada terjebak dalam kanca sosial, pelbagai langkah dapat diambil oleh semua pihak. Semua strategi yang dirancang harus dilaksanakan dengan segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama pihak ibu bapa dan sekolah amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang bakal menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin masa depan kelak. Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana globalisasi kini. Mahukah kita semua melihat remaja kita terus dibelenggu pelbagai masalah hidup tanpa kita melakukan apa-apa tindakan? Sudah tentu jawapannya tidak. Semuanya ini akan menjadi kenyataan sekiranya setiap rakyat bekerjasama bagi memastikan modal insan yang berakhlak mulia dapat dilahirkan.

3.0 KESIMPULAN

Isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masalah tabiat merokok ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk di atasi, walaupun pelbagai peraturan dan undang-undang telah diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini. Ramai orang menyedari akan bahayanya merokok. Di kotak-kotak rokok pun telah dibuat amaran dan ingatan betapa bahayanya merokok itu tetapi bilangan perokok terus saja bertambah yang melibatkan berbagai-bagai lapisan masyarakat terutama golongan remaja termasuklah pelajar. Rokok diperbuat daripada sejenis daun tembakau yang mengandungi bahan nikotin, tar (candu) dan karbon monoksida. Ketiga-tiga bahan ini amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat sama ada di kampung, bandar dan sebagainya. Masyarakat atau perokok menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup mereka.

Jadi dapat disimpulkan bahawa merokok merupakan kegiatan bodoh yangdilakukan manusia yang mengorbankan wang, kesihatan, kehidupan social, pahala, persepsi positif, dan lain sebagainya. Maka bersyukurlah anda jika belummerokok, kerana anda adalah orang yang pandai.Sebahagian perokok biasanya akan mengajak orang lain yang belum merokok untuk merokok agar merasakan penderitaan yang sama dengannya, iaitu terjebak dalam ketagihan asap rokok yang jahat. Sebahagian perokok juga ada yang secarasengaja merokok di tempat umum agar asap rokok yang dihembuskan dapatterhirup orang lain, sehingga orang lain akan terkena penyakit kanser. Jadi, ketikaseseorang menawarkan rokok maka tolak dengan baik. Merasa kesihanlah padamereka yang merokok. Jangan dengarkan mereka yang menggangap anda lebihrendah dari mereka jika tidak merokok kerana dalam hati dan fikiran mereka yangwaras mereka ingin berhenti merokok.

4.0 CADANGAN

Kajian ini yang bertujuan untuk mementukan faktor yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok supaya sesuatu langkah dan tindakan boleh diambil untuk mengatasi atau mencegahnya daripada terus berkembang. Gejala ini kalau dibiarkan ia akan menjadi duri dalam daging kepada pihak sekolah, masyarakat dan Negara. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan penagih dadah adalah berpunca dari amalan merokok diperingkat remaja.

Kajian seperti ini perlu dijalankan keatas sampel yang lebih besar agar mendapat input yang lebih baik dan berkesan. Seharusnya kajian ini juga berterusan keatas sampel yang sama supaya dapat melihat perkembangannya sebagai pedoman kepada semua. Mungkin akan berlaku perubahan apabila mereka meningkat umur kematangannya.Keputusan kajian dapatan diharapkan dapatdilanjtkan. Begitu juga hasil kajian ini dapat member cadangan kepada pihak sekolah agar :

1. Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan lagi supaya pelajar merasakan merokok adalah satu perbuatan yang hina dan keji yang merosakkan diri sendiri.

2. Hubungan sekolah dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat suapay dapat berganding bahu membanteras amalan merokok ini dari teru menjadi penyakit dalam masyarakat.

3. Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai atau yang terjebak akan merasakan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.

5.0 REFLEKSI

NAMA: BHAVANII RAJASEGARNO. KAD.PENGENALAN: 831206 02 5586

Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas gejala merokok dan masalah yang timbul dikalangan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah kita dari segi punca atau faktor berlakunya perkara tersebut, implikasi dan pengawalan atau langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara daripada terus berlaku. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya secara individu. Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini adalah terhadap sub-sub tugasan yang memerlukan saya mengaplikasikan semua bahan kajian yang dibuat sebagai kajian tindakan. Sememangnya semua maklumat atau nota dapat dicari dan dirujuk di dalam buku-buku rujukan dan sumber internet, namun untuk menjawab dan menjelaskan soalan tugasan ini kami perlu memahami konsep pembentukan kata terlebih dahulu. Bagi saya, tugasan kali ini saya perlu mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari dalam kelas dan melalui pembacaan untuk menyelesaikan tugasan ini.

Saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan kami. Saya mulai akur dengan pendapat yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh hal yang demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam pembelajaran di dalam kelas dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat dan mendengar samata-mata.

Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru bahasa. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.

6.0 RUJUKAN

Ahmad Nazri Mohamad. (2004). Perokok Masih Bongkak. New Straits Times (M)Berhad.

Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph. D, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Fagerstrom, K. 0. (2001). From reduced smoking to quitting: impro vements in COPDsymptoms and long function: a case report. Nicotine & Tobacco Research.

Gillmore, M. R., Wells, E. A., (2002). Children's beliefs about smoking. Nicotine & TobaccoResearch

Griesar, W. S., Zajdel, D. P., (2002). Nicotine effects on alertness and spatial attention in nonsmokers. Nicotine & Tobacco Research

Noresah bini Baharom (1996), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 863.

Pathiban a/l Sinapan (2002), Vandalisme, Gangstarisme dan Salah Laku Sosial Pelajar (Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Vani Appalasami (2001), Masalah Sosial di Kalangan Remaja (Latihan IlmiahJabatan Anropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya).

Wan Norasiah Wan Ismail (2003), Akhlak Remaja di Felda Ulu Belitong (Disertasi Master Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Zool Hilmi Hj. Suhaimi (1998), Gejala Sosial Remaja dan Penyelesaiannya (Latihan Ilmiah Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

18