landskap

77
LANDSKAP

Upload: siti-noramira

Post on 19-Jul-2015

1.371 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Landskap

LANDSKAP

Page 2: Landskap

Pengenalan Landskap

Tanaman Dalam Landskap

Reka Bentuk Taman Mini

Pembinaan Taman Mini

Penyenggaraan Taman Mini

Page 3: Landskap

Maksud

Landskap bermaksud satu usaha untuk

memelihara alam sekitar dan

keindahannya supaya manusia dapat

hidup dengan lebih selesa dan harmoni.

Page 4: Landskap

Kepentingan LandskapKepentingan Landskap Dari Segi Ekonomi

Perniagaan nurseri – membekalkan pelbagai jenis

pokok hiasan, bahan dan alatan penanaman.

Kedai bunga – menerima tempahan atau menjual

bunga segar dan bekas penanaman.

Kontraktor landskap – melukis pelan, mereka

bentuk landskap, penanaman, pembinaan struktur

dan penyenggaraan.

Menggalakkan aktiviti pelancongan – menyediakan

pelbagai tempat menarik dan menjadi daya tarikan

kepada pelancong.

Page 5: Landskap

Kepentingan LandskapKepentingan Landskap Terhadap Alam Sekitar

Mengawal hakisan tanah – memelihara kawasan

seperti lereng-lereng bukit dan tebing-tebing

sungai.

Mengawal suhu persekitaran – membantu

mengurangkan kepanasan dari pancaran matahari

terik.

Mengawal pencemaran alam sekitar – membantu

menyaring udara tercemar dan menghadang tiupan

angin kencang dan bunyi bising.

Imbangan ekologi dan hidupan fauna – menarik

hidupan fauna dan mewujukan suatu ekosistem

yang stabil.

Page 6: Landskap

Kepentingan LandskapKepentingan Landskap Dari Segi Estetika

Ciri menarik – rupa bentuk, warna, saiz dan bau

landskap menjadi daya penarik dan

mempertingkatkan nilai estetika.

Merangsang ketenangan jiwa – kepelbagaian

warna dan bentuk landskap merangsang

ketenangan jiwa.

Mempertingkatkan taraf hidup – kebaikan landskap

dari segi rekreasi, kesihatan, pelancongan dan

sosio ekonomi akan meningkatkan taraf kehidupan.

Page 7: Landskap

Tanaman Dalam LandskapKumpulan Tanaman Landskap

Pokok bunga semusim.

Pokok hiasan.

Pokok renek.

Pokok naungan.

Pokok memanjat

Pokok palma.

Pokok lendair.

Pokok herba.

Pokok paku pakis.

Pokok kaktus.

Penutup bumi.

Page 8: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Bunga Semusim

Jenis tanaman yang mempunyai kitaran hayat yang kurang daripada

setahun. Contohnya seperti bunga matahari (Helianthus sp.), bunga

keembong (Impatiens sp.), balung ayam (Celosia sp.), zinnia (Zinnia

elegans), dan bunga butang (Gomphrena sp.).

Balung ayam (Celosia sp.) Zinnia (Zinnia elegans)

Page 9: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Hiasan

Mempunyai rupa bentuk, daun, bunga, dan buah yang menarik. la

digunakan untuk menghiasi kawasan dan sebagai penanda bagi

menarik perhatian. Contohnya seperti pokok kenanga, batai laut, dan

akasia perak.

Kenanga (Cananga odorata) Batai (Peltophorum pterocarpum)

Page 10: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Renek

Tumbuhan yang mempunyai banyak batang dan muncul dari pangkal.

Pokok renek dibahagi kepada tiga jenis iaitu: (a) Pokok renek berdaun

- Mempunyai bentuk daun yang cantik seperti akalipa kuning

(Acalypha wilkesiana) dan pokok puding (Codeaeum sp).

Pokok puding (Codeaeum sp) Akalipa (Acalypha wilkesiana)

Page 11: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Renek

(b) Pokok renek berbunga - Mempunyai warna yang menarik atau

bunga seperti bunga raya (Hibiscus rosa sinensis) dan bunga kertas

(Bougainvillea sp.)

Bunga kertas (Bougainvillea sp) Bunga raya (Hibiscus rosa sinensis)

Page 12: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Renek

(c) Pokok renek pagaran - Mempunyai pokok yang sentiasa

mengeluarkan daun dari bahagian pangkal, perlu ditanam rapat dan

perlu sentiasa dipangkas. Contohnya seperti pokok teh (Ehrieta

microphylla) dan Caricature (Graptophyllum pictum).

Pokok teh (Ehrieta microphylla) Caricature (Graptophyllum pictum)

Page 13: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Naungan

Ditanam untuk menjadi tempat teduhan. Biasanya tumbuh merendang

serta mempunyai kanopi yang padat seperti akasia kuning, semarak

api, kayu manis, bunga tanjung, dan ketapang.

Akasia (Acacia sp.) Ketapang laut (Terminalis catappa)

Page 14: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Memanjat

Mempunyai batang yang lembut. Memerlukan sokongan untuk

memanjat. Pancang atau struktur perlu dibina khusus untuk

membolehkan ia memanjat atau menjalar. Contoh pokok jenis ini ialah

seperti sirih dan seri pagi.

Markisa (passiflora laurifolia) Seri pagi (Ipomea digitata)

Page 15: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Palma

Pokok jenis ini merupikan pokok daripada famili Palmae. Biasanya

mempunyai satu batang yang berakhir dengan jambak daun seperti

pokok pinang raja (Cyrtostachys lakka) dan pokok kelapa gading

(Cocos nucifera).

Kelapa gading (Cocos nucifera) Palma di raja (Roystonea regia)

Page 16: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Lendair

Tidak mempunyai tisu kayu pada bahagian-bahagian sokongannya

seperti ranting dan batang. Tidak tahan dengan pancaran matahari

yang kuat. Biasanya ditanam di dalam bangunan seperti resam batu

(Begonia sempervirens) dan pokok pilen (Pilea microphyl).

Resam batu (Begonia sp.) Pilen (Pilea microphyl).

Page 17: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Herba

Ditanam untuk mendapatkan unsur warna hijau dan tekstur yang

menarik . Boleh dijadikan ubat-ubatan tradisional misaInya misai

kucing (Orthosiphon aristatus), kancing baju (Corchorus capsularis),

dan cekur (Kaempferia galanga).

Misai kucing (Orthosiphon aristatus) Cekur (Kaempferia galanga).

Page 18: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Paku Pakis

Merupakan spesies pokok yang berdaun hijau, menarik, dan tidak

berbunga. Contoh pokok paku pakis ialah pakis sungai (Diplazium

esculentum) dan tunjuk langit (Helminthostachys zeylancia).

Paku pakis Bolton

(Nephrolepis exaltata)

Pakis sungai

(Diplazium esculentum)

Page 19: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Pokok Kaktus

Daripada famili Cactaceae. Pokok ini telah menjalani proses ubahsuai

semula j adi untuk membolehkan ia hidup di gurun pasir yang bersuhu

tinggi serta kekurangan air. Contoh kaktus adalah Espostoa sp dan

Cereus peruvianus.

Kaktus (Cereus peruvianus) Kaktus (Echinocactus grusonii)

Page 20: Landskap

Tanaman Dalam LandskapJenis Tanaman Yang Biasa Digunakan

Penutup Bumi

Ditanam untuk mengawal rumpai. Tumbuhan rendah yang menjalar di

atas permukaan. Contohnya Zebrina pendula, Hemigraphis colorta dan

rumput bermuda (Cynodon dactylon).

Zebrina pendula Hemigraphis colorta

Page 21: Landskap

Tanaman Dalam LandskapFungsi Tanaman Landskap

1. Memberi perlindungan dan teduhan daripada hujan, angin,

sinaran matahari dan silauan cahaya.

Page 22: Landskap

Tanaman Dalam LandskapFungsi Tanaman Landskap

2. Membentuk ruang di mana tanaman dan elemen landskap boleh

membentuk sempadan kepada ruang-ruang tertentu seperti seperti

antara pejalan kaki dan jalan.

Page 23: Landskap

Tanaman Dalam LandskapFungsi Tanaman Landskap

3. Menghadang pemandangan yang tidak cantik seperti kawasan

pembuangan sampah, longkang dan sungai tercemar.

Page 24: Landskap

Tanaman Dalam LandskapFungsi Tanaman Landskap

4. Mengarah pergerakan, petunjuk arah atau persimpangan di

mana tumbuhan landskap boleh digunakan untuk mengarahkan

pergerakan lalulintas atau penghalang pergerakan.

Page 25: Landskap

Tanaman Dalam LandskapFungsi Tanaman Landskap

5. Melembutkan pemandangan di mana bentuk dan jalinan

tumbuhan dapat mengurangkan kesan-kesan binaan konkrit.

Page 26: Landskap

Tanaman Dalam LandskapFungsi Tanaman Landskap

6. Mengurangkan kebosanan di mana tanaman landskap di

sepanjang jalan mengurangkan kebosanan ketika memandu

kenderaan.

Page 27: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Keringkasan

Ringkas dan menarik dengan pelbagai warna dan bentuk

tanaman. Mempunyai kawasan lapang walaupun pada sekala

kecil.Tidak ditanam dengan terlalu banyak jenis tanaman.

Gubahan yang

ringkas

menggunakan

sedikit unsur

Gubahan yang

yang terlalu

banyak ciri dan

unsur

Page 28: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Keringkasan

Page 29: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Keringkasan

Page 30: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Keanekaan

Kombinasi beberapa tanaman yang berlainan sifat, bentuk,

warna dan saiz. Mengelakkan kebosanan reka bentuk.

Penanaman yang seragam

Penanaman pelbagai bentuk pokok

Page 31: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Keanekaan

Page 32: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Keanekaan

Page 33: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Keseimbangan

Keseimbangan dari segi skala taman, saiz, bentuk dan warna

tanaman. Mewujudkan keseragaman dan kesetabilan

penglihatan sama ada secara formal atau tidak formal.

Imbangan simetri

mewujudkan reka

bentuk formal.

Imbangan tidak simetri

mewujudkan reka bentuk

yang tidak formal.

Page 34: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Keseimbangan

Page 35: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Keseimbangan

Page 36: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Penumpuan dan Penegasan

Bertujuan untuk menarik perhatian dan mengawal pandangan

pemerhati terhadap ruang landskap tertentu. Dilakukan dengan

cara menggunakan:

ciri rupa bentuk dan ketinggian yang berbeza;

warna yang terang;

ciri istimewa sesuatu tanaman dan bahan

Ciri-ciri pelbagai yang terkawal mewujudkan penegasan.

Page 37: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Penumpuan dan Penegasan

Page 38: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Penumpuan dan Penegasan

Page 39: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Turutan

Berlaku perubahan dalam sesuatu ciri landskap yang dilakukan

secara beransur-ansur seperti mengikut bentuk, jalinan dan

warna.

Turutan perubahan warna Turutan perubahan jalinan

Turutan melalui perubahan bentuk

Bulat

Bujur

Leper

Tinggi

Sederhana

Rendah

GelapTerangKasar Sederhana Halus

Page 40: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Turutan

Page 41: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Turutan

Page 42: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Skala

Skala yang sesuai dengan penggunaan taman di ruang tertentu

seperti di ruang tamu rumah sebagai perhiasan.

Penggunaan mengikut skala yang sesuai

Page 43: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Skala

Page 44: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniPrinsip Reka Bentuk Taman Mini

Skala

Page 45: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniSimbol Tanaman dan Elemen Landskap

Simbol Tanaman Landskap

Acalypha sp.

Hibiscus sp.

Codiaeum sp.

Bougainvillea sp.

Rumput

Ixora sp.

Page 46: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniSimbol Tanaman dan Elemen Landskap

Simbol Binaan Landskap

Batu bata

KayuSambungan

teratur

Kelikir

Sambungan bersambung

Batu

Page 47: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniSimbol Tanaman dan Elemen Landskap

Simbol Pergerakan Air

Page 48: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniSimbol Tanaman dan Elemen Landskap

Kesan Bayang

Bayang waktu petangBayang waktu pagi

Page 49: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniMelakar Gambar Rajah Buih

Merupakan suatu lakaran tangan berbentuk bulatan-bulatan

yang mewakili tanaman, objek dan binaan pada satu reka

bentuk landskap. Menggunakan skala anggaran sahaja.

Pokok renek

Pokok renekKolam

Kawasan lapang

Pokok renek Pokok tinggi

Kerusi

Pokok renek

Pokok renek

Page 50: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniMenghasilkan Pelan Induk Reka Bentuk

Taman Mini

Satu perancangan membina taman mini.

Dilukis bagi menunjukkan perkara-perkara berikut:

Jenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan.

Susunan tumbuhan yang digunakan.

Jenis kelengkapan dan objek lain yang

digunakan.

Kedudukan alat-alat hiasan seperti kolam dan

patung kecil.

Page 51: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniMenghasilkan Pelan Induk Reka Bentuk

Taman Mini

Kolam

Kawasan lapang

Pondok mini

Jambatan

Kerusi

Lorong pejalan kaki

Pokok tinggi

Pokok renek

Page 52: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniMelakar Pandangan Perspektif

Merupakan lukisan pandangan dari hadapan ke belakang.

Pandangan perspektif satu titik – dilukis mengikut pandangan

hadapan menuju ke belakang kepada satu titik sahaja.

Titik LenyapGarisan Mendatar

Page 53: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniMelakar Pandangan Perspektif

Pandangan perspektif dua titik – dilukis mengikut pandangan

hadapan menuju ke belakang kepada dua arah iaitu kiri dan

kanan.

Page 54: Landskap

Reka Bentuk Taman MiniMereka Bentuk Model Taman Mini

Tujuan mereka bentuk model taman mini ialah:

Menguji ruang sama ada mencukupi atau tidak.

Mengkaji skala unsur dan elemen landskap yang

digunakan.

Mengkaji kawasan yang mendapat cahaya dan terlindung.

Langkah membina model taman mini:

Gunakan papan lapis sebagai tapak model.

Gunakan ‘paper mache’ atau tisu bercampur gam sebagai

permukaan tanah.

Elemen seperti batu dihasilkan dengan tisu atau kertas.

Pokok dihasilkan dari ranting kayu kecil dan daunnya

daripada span berwarna hijau.

Struktur seperti kerusi dan pagar dihasilkan dengan batang

mancis atau batang ais kerim.

Model perlu dikemaskan dengan papan tanda tajuk, arah

angin dan skala.

Page 55: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini Dalam Bekas Terbuka

1. Sediakan bekas, medium penanaman, tumbuhan dan batu

kerikil.

Page 56: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini Dalam Bekas Terbuka

2. Masukkan batu kerikil pada bahagian dasar bekas bagi

menutup lubang saliran.

Page 57: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini Dalam Bekas Terbuka

3. Masukkan medium penanaman (campuran tanah loam,

bahan organik dan pasir mengikut nisbah 3:2:1 atau 7:3:2).

Page 58: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini Dalam Bekas Terbuka

4. Tanam pokok mengikut pelan yang telah dibuat.

Page 59: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini Dalam Bekas Terbuka

5. Siram pokok yang ditanam.

Page 60: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini Dalam Bekas Terbuka

6. Taman mini yang telah siap.

Page 61: Landskap

Pembinaan Taman MiniTaman Mini Dalam Bekas Tertutup (Terrarium)

1. Sediakan bekas lut sinar , medium penanaman , batu kerikil dan

bahan tanaman .

Page 62: Landskap

Pembinaan Taman MiniTaman Mini Dalam Bekas Tertutup (Terrarium)

2. Masukkan batu kerikil sebagai asas dan medium penanaman .

Page 63: Landskap

Pembinaan Taman MiniTaman Mini Dalam Bekas Tertutup (Terrarium)

3. Buat lubang tanaman menggunakan kayu kecil .

Page 64: Landskap

Pembinaan Taman MiniTaman Mini Dalam Bekas Tertutup (Terrarium)

4. Masukkan bahan tanaman menggunakan penyepit kecil .

Page 65: Landskap

Pembinaan Taman MiniTaman Mini Dalam Bekas Tertutup (Terrarium)

5. Siram bahan tanaman menggunakan siraman yang halus .

Page 66: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini di Tapak atau Plot

1. Lakarkan pelan .

Page 67: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini di Tapak atau Plot

2. Penyediaan tapak .

Page 68: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini di Tapak atau Plot

3. Penyediaan lubang .

Page 69: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini di Tapak atau Plot

4. Penanaman .

Page 70: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini di Tapak atau Plot

5. Taman mini yang hampir siap dibina .

Page 71: Landskap

Pembinaan Taman MiniMembina Taman Mini di Tapak atau Plot

6. Taman mini yang telah siap dibina .

Page 72: Landskap

Penyenggaraan Taman MiniPenjagaan Bekas Terbuka di Tapak atau Plot

1. Menyiram – sekurang-kurangnya sehari sekali

Page 73: Landskap

Penyenggaraan Taman MiniPenjagaan Bekas Terbuka di Tapak atau Plot

2. Meletakkan sungkupan – untuk mengekalkan kelembapan dan

mencegah pertumbuhan rumpai. Gunakan daun-daun kering atau

plastik politena.

Page 74: Landskap

Penyenggaraan Taman MiniPenjagaan Bekas Terbuka di Tapak atau Plot

3. Melakukan pemangkasan – membuang bahagian tumbuhan yang

tidak dikehendaki dan berpenyakit.

Page 75: Landskap

Penyenggaraan Taman MiniPenjagaan Bekas Terbuka di Tapak atau Plot

4. Merumput - dengan cara mencabut dengan tangan sahaja.

Page 76: Landskap

Penyenggaraan Taman MiniPenjagaan Bekas Tertutup

1. Lakukan pemangkasan pada tumbuhan yang tumbuh terlalu tinggi.

2. Keluarkan daun yang telah layu dan mati.

3. Gantikan tumbuhan yang telah mati.

4. Pembajaan dengn menggunakan unsur utama dua bulan sekali.

Larutkan baja sebelum guna bagi elakkan kesan pemeluwapan.

Page 77: Landskap

SEKIAN