lampiran.gmgm3073

Upload: ahmad-fitri

Post on 04-Mar-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UMISS

TRANSCRIPT

Lampiran I

KESATUAN PERUNDANGAN SEKERJATarikh: 15 OGOS 2002Kepada:

Anggota Kakitangan dan Kumpulan Sokongan,Kesatuan Perundangan Sekerja,Kompleks Kementerian Pertahanan,25, Persiaran Perdana, Presint 7,62675 Putrajaya, Malaysia.

Tuan/Puan,NOTIS MESYUARAT PENUBUHAN KESATUAN SEKERJAPerkara di atas dirujuk.2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuanberikut:Tarikh : 25 OGOS 2002Masa : 9.00 pagiTempat: Bilik Mesyuarat I

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:i. Melantik Pengerusi Sementara dan Pencatat Minit dalam mesyuarat penubuhan.ii. Membincangkan secara ringkas tujuan penubuhan kesatuan sekerja.iii. Menetapkan skop keahlian kesatuan sekerja.iv. Menetapkan kadar yuran masuk dan yuran bulanan.v. Menetapkan nama dan alamat berdaftar kesatuan sekerja.vi. Membincangkan dan meluluskan peraturan-peraturan kesatuan sekerja.vii. Melantik Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan empat (4) orang Ahli Jawatankuasa.viii. Lain-lain Hal.ix. Penutup.

Kehadiran dan kerjasama Tuan/Puan akan memberi manfaat kepada kita semua.

Sekian dan terima kasih.

Lampiran II

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN KESATUAN SEKERJAKESATUAN PERUNDANGAN SEKERJACyberdyne, PutrajayaTarikh: 25 OGOS 2002Masa: 9.00 pagiTempat: Bilik Mesyuarat I,Jumlah yang hadir: 28 orang ahli

Kehadiran:1. En. Husin bin Mohd2. En. Harun bin Ghani3. En. Muhammad Rozali bin Sulong4. Cik Fadzillah binti Harun5. Cik Salasiah binti Salleh6. Cik Rosmawati binti Mohammad7. Cik Nurul Hanis binti Mohd8. En. Alias bin Abdul Aziz9. En. Khairul Azlan bin Mohd @ Mamat10. En. Mohd Suhaimi bin Aziz11. En. Azilan bin Arifin12. En. Azahari bin Ismail13. En. Rosaidi bin Mohamed14. En. Ibrahim bin Jalil15. En. M Rezal bin Abu Bakar16. En. Salahuddin bin Abu Bakar17. Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam18. En. Md. Zahri bin Ismail19. En. Raziei bin Md. Rahim20. En. Zaimin bin Endut21. En. Mohd Zahri bin Ismail22. En. Raziei bin Md. Rahim23. En. Ibrahim bin Mohd Taib

1. Ucapan Pengerusi MesyuaratTuan Pengerusi Majlis, En. Husin bin Mohd Noor mengucapkan salam sejahtera dan mengajak semua ahli yang hadir pada pagi ini membaca Al-Fatihah untuk memberkati mesyuarat mereka. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli yang hadir bagi menubuhkan kesatuan sekerja yang akan mewakili ahli-ahli di dalam berurusan dengan majikan. Seterusnya, Tuan Pengerusi Majlis melantik salah seorang ahli dengan persetujuan ahli-ahli yang lain iaitu Cik Fadzillah binti Harun sebagai pencatat minit sementara untuk mencatat minit mesyuarat ini. Pengerusi menerangkan secara ringkas agenda mesyuarat pada pagi ini iaitu melibatkan perbincangan mengenai tujuan penubuhan kesatuan, menetapkan skop keahlian, yuran kesatuan, nama kesatuan dan alamat berdaftar, peraturan yang digunapakai di dalam kesatuan, perlantikan Jawatankuasa kesatuan dan perkara-perkara lain yang berkaitan.Pengerusi berharap kepada semua ahli yang hadir agar dapat memberi kerjasama dan berbincang untuk memudahkan keputusan bagi menubuhkan kesatuan sekerja ini dapat dilaksanakan dengan segera. Majlis diteruskan dengan perbincangan berkenaan agenda yang telah ditetapkan.

2. Tujuan Penubuhan Kesatuan SekerjaPengerusi bertindak menerangkan secara umum berkenaan fungsi kesatuan sekerja dan seterusnya membincangkan tujuan penubuhan kesatuan sekerja bersama-sama ahli yang lain yang hadir. Hasil daripada perbincangan dengan ahli, tujuan penubuhan kesatuan sekerja di organisasi ini adalah seperti berikut:a) Mengorganisasikan pekerja-pekerja sebagai ahli Kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

b) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.

c) Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan pekerja-perkerja lain,di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan, atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut peraturan 26 dan peraturan 27.

d) Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.

e) Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.

f) Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.

g) Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.Kesemua ahli yang hadir bersetuju dengan cadangan dan perbincangan berkaitan dengan tujuan penubuhan kesatuan sekerja ini.

3. Menetapkan skop keahlianPengerusi meneruskan perbincangan berkaitan dengan skop keahlian di mana beliau meminta pandangan daripada ahli-ahli yang hadir untuk mencadangkan dan menetapkan skop keahlian yang boleh mendaftar dan terlibat di dalam kesatuan sekerja ini. Hasil daripada cadangan dan perbincangan, keputusan bagi skop keahlian adalah seperti berikut:a. Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada Kakitangan Sokongan Satu dan Kakitangan Sokongan Dua Dari Gred 1 Hingga Gred 40 yang digaji oleh Cyberdyne.

4. Yuran KesatuanPengerusi meminta ahli-ahli memberikan pendapat berkenaan dengan yuran yang perlu dikenakan ke atas ahli-ahli yang ingin mendaftar masuk serta yuran bulanan bagi kesatuan sekerja ini. Respon yang diberikan oleh ahli yang hadir sangat memberangsangkan dengan pelbagai cadangan berkaitan telah diberikan.Hasil perbincangan Pengerusi bersama ahli-ahli yang hadir, kata sepakat diperolehi berkenaan dengan yuran kesatuan iaitu:i. Yuran masuk/pendaftaran RM3.00ii. Yuran bulanan RM5.00Kadar bayaran yang ditetapkan ini adalah tertakluk kepada persetujuan bersama ahli-ahli yang hadir melalui undian yang dilakukan dan sebarang kenaikan atau pertukaran jumlah bayaran yuran hendaklah diputuskan melalui undian sulit menerusi perkara 25.

5. Menetapkan nama dan alamat berdaftar Kesatuan SekerjaHasil perbincangan bersama-sama ahli, persetujuan diperolehi untuk menamakan kesatuan sekerja yang mewakili mereka ialah Kesatuan Perundangan Sekerja. Selain itu, ahli sebulat suara telah bersetuju untuk menggunakan alamat berdaftar bagi kesatuan iaitu Rumah Rehat, Kompleks Kementerian Pertahanan, 25, Persiaran Perdana, Presint 7, 62675 Putrajaya, Malaysia.

6. Peraturan-peraturan Kesatuan SekerjaPengerusi membentangkan peraturan-peraturan yang digunapakai bagi kesatuan sekerja ini untuk diluluskan oleh ahli-ahli kesatuan sekerja. Peraturan-peraturan adalah meliputi aspek seperti:

PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT PEJABAT BERDAFTARPERATURAN 2: TUJUANPERATURAN 3: AHLI KESATUANPERATURAN 4: YURAN DAN TUNGGAKANPERATURAN 5: BERHENTI MENJADI AHLIPERATURAN 6: HAK AHLIPERATURAN 7: KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLIPERATURAN 8: PERLEMBAGAAN DAN PENTADBIRANPERATURAN 9: MESYUARAT AGUNG DWITAHUNANPERATURAN 10: MESYUARAT AGUNG LUARBIASAPERATURAN 11: PEGAWAI DAN PEKERJA KESATUANPERATURAN 12: MAJLIS JAWATANKUASA KERJAPERATURAN 12.A: JAWATANKUASA TEMPATANPERATURAN 13: TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI KESATUANPERATURAN 14: PEMEGANG AMANAHPERATURAN 15: JURUAUDIT DALAMPERATURAN 16: JURUAUDIT LUARPERATURAN 17: JEMAAH PEMERIKSA UNDIPERATURAN 18: GAJI DAN BAYARAN-BAYARAN LAINPERATURAN 19: KEWANGAN DAN KIRA-KIRAPERATURAN 20: PEMERIKSAAN BUKU-BUKU DAN KIRA-KIRAPERATURAN 21: YURAN KHAS/ KUTIPAN KHASPERATURAN 22: PERTIKAIAN PERUSAHAANPERATURAN 23: KEGIATAN PENDIDIKANPERATURAN 24: PERATURAN-PERATURAN DAN PINDAAN PERATURAN-PERATURANPERATURAN 25: UNDI RAHSIAPERATURAN 26: PERLANTIKAN JEMAAH PENIMBANGTARAPERATURAN 27: PERTIKAIAN DALAM KESATUANPERATURAN 28: PEMBUBARAN

Setelah selesai pembentangan oleh Pengerusi berkenaan dengan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kesatuan sekerja, seorang ahli telah mencadangkan bahawa meluluskan segala peraturan yang telah dibentangkan oleh Pengerusi. Oleh demikian, peraturan-peraturan ini telah diluluskan oleh ahli yang hadir sebulat suara.

7. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kesatuan SekerjaPengerus memohon semua ahli yang hadir untuk memberikan cadangan untuk memilih ahli jawatankuasa kesatuan bermula daripada Pengerusi sehingga kepada AJK iaitu seramai empat orang. Hasil daripada cadangan dan persetujuan daripada semua ahli yang hadir, antara individu yang dilantik bagi memimpin kesatuan sekerja ini adalah seperti berikut:Pengerusi : En. Husin bin Mohd NoorTimbalan Pengerusi : Pn. Nik Mariati binti Nik HitamSetiausaha : Cik Fadzillah binti HarunBendahari : Cik Nurul Hanis binti MohdAhli Jawatankuasa : 1. En. Mohd Zahri bin Ismail2. En. Raziei bin Md. Rahim3. En. Ibrahim bin Mohd Taib4. Cik Salasiah binti Salleh8. Hal-hal lain8.1 En. Husin bin Mohd Noor (Pengerusi)8.1.1 Memberi tugas kepada Pn. Nik Mariati binti Nik Hitam (Timbalan Pengerusi) untuk menguruskan urusan berkaitan dengan pendaftaran kesatuan sekerja kepada Ketua Pengarah.8.1.2 Semua AJK perlu memberi kerjasama dan pertolongan bagi memudahkan urusan tersebut.Majlis telah bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Pengerusi di dalam perkara 8.1.1 dan 8.1.2.Tindakan: Timbalan Pengerusi dan Setiausaha

9. PenutupPengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan semua yang hadir dan berharap agar penubuhan kesatuan sekerja ini dapat memberi manfaat kepada semua ahli. Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 1.30 petang pada 25 OGOS 2002.

Disediakan olehCik Fadzillah binti HarunSetiausaha

TARIKH: 27 OGOS 2010

BORANG DLampiran III

AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

_________________________________________

PERAKUAN PENDAFTARAN

(Seksyen 13 dan Peraturan 7)_______________________________

ADALAH DENGAN INI DIPERAKUI

Bahawa

KESATUAN PERUNDANGAN SEKERJACYBERDYNE SYSTEM

telah didaftarkan pada hari ini sebagai suatu kesatuan sekerja dibawah seksyen 12 (1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan bahawanombor pendaftarannya ialah SK 299.

Diberi di bawah tandatangan saya pada 12 haribulan SEPTEMBER 2002

Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja

Lampiran IV

ANGGOTA KAKITANGAN DAN KUMPULAN SOKONGANKESATUAN PERUNDANGAN SEKERJA (KPS)

Ruj. Tuan:Ruj. Kami: Bil (1) dlm. KPSTarikh: 26 SEPTEMBER 2002

Ketua Pengarah,Cyberdyne SystemKompleks Kementerian Pertahanan,25, Persiaran Perdana, Presint 7,62675 Putrajaya, Malaysia.

Tuan,PERKARA: PELAWAAN PERUNDINGAN KOLEKTIFMerujuk perkara di atas.2. Berdasarkan maklumat di atas, saya Harun bin Mohd Noor wakil dari Kesatuan Perundangan Sekerja (KPS) selaku Pengerusi yang telah dilantik ingin mempelawa Tuan untuk mengadakan satu perundingan kolektif bagi membincangkan dan mempertimbangkan cadangan yang telah diutarakan oleh persatuan kami. Antara cadangan yang ingin kami perbincangkan adalah seperti berikut:

a) Peruntukan latihan bagi memberi lebih pendedahan dan memperkembangkan kemahiran dan kebolehan para pekerja.

b) Peruntukan upah bagi setiap pekerja yang terpaksa mengorbankan hari cuti rehat dan melaksanakan kerja lebih masa.

c) Peruntukan hari kelepasan bagi setiap pekerja.

3. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar Tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami untuk mengadakan perundingan kolektif tersebut. Maklum balas dari Tuan adalah diharapkan bagi memastikan perundingan ini dapat diteruskan demi kepentingan organisasi dan para pekerja. Kerjasama dan maklum balas dari Tuan adalah amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.Saya yang berkhidmat,

(HUSIN BIN MOHD NOOR)PengerusiKesatuan Perundangan Sekerja (KPS)