lampiran_3_-_surat_perjanjian

Upload: wawa2006

Post on 15-Oct-2015

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

  • - 1 -

    PERJANJIAN

    Perjanjian ini dibuat pada...................haribulan ...................tahun

    (Bulan)

    DI ANTARA..........................................................................................No.KadPengenalan.............................

    (Nama Pelatih Dalam Huruf Besar)

    di alamat ........................................................................................ .....................................................................

    .......................................................................................................(kemudian daripada ini disebut PELATIH)

    sebagai pihak pertama DENGAN KERAJAAN MALAYSIA yang diwakili oleh Pengarah Majlis Latihan

    Pertanian Kebangsaan (kemudian daripada ini disebut KERAJAAN)

    sebagai pihak kedua DAN .................................................................................................................................

    (Nama Penjamin Pertama Dalam Huruf Besar)

    No. Kad Pengenalan.................................................di alamat ...........................................................................

    ...........................................................................................................................................................................

    Dan....................................................................................................................................................................

    (Nama Penjamin Kedua Dalam Huruf Besar)

    No. Kad Pengenalan.................................................di alamat .............................................................. .............

    ............................................................................................................................................................................

    (kemudian daripada ini disebut PENJAMIN-PENJAMIN) sebagai pihak ketiga, adalah MENYAKSIKAN

    seperti berikut :

    1. PELATIH, dengan kelulusan dan persetujuan PENJAMIN-PENJAMIN dengan ini sesungguhnya

    bersetuju bahawa -

    (1) akan memasuki dan meneruskan latihan kemahiran serta memasuki semua penilaian yang

    disyaratkan dalam latihannya di

    ............................................................................................................................. (kemudian daripada

    ini disebut PUSAT BERTAULIAH) sebagaimana yang diluluskan oleh KERAJAAN untuk

    mendapatkan satu Sijil Kemahiran Malaysia yang dikehendaki oleh KERAJAAN seperti yang

    dinyatakan di dalam Surat Tawaran Latihan yang dinyatakan di Fasal 9 Perjanjian ini dan bahawa

    PELATIH akan menyempurnakan latihan yang tersebut itu dalam masa yang ditetapkan dalam

    Surat Tawaran Latihan atau satu tempoh masa yang diluluskan oleh KERAJAAN ;

    (2) semasa tempoh latihan, akan mematuhi apa-apa peraturan dan tatatertib dan atau peraturan semasa

    PUSAT BERTAULIAH tersebut. PELATIH juga dikehendaki mematuhi peraturan dan tatatertib

    mana-mana PUSAT BERTAULIAH lain dalam tempoh latihan.

    2. Sebagai balasan bagi hal tersebut di atas KERAJAAN dengan ini bersetuju -

    (1) bahawa KERAJAAN akan menyediakan kepada PELATIH peralatan, penginapan, makanan dan

    pakaian kerja amali mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut.

  • - 2 -

    3. (1) Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa jika pada bila-bila masa dalam tempoh

    kuatkuasa. Perjanjian ini, salah seorang atau kedua-dua PENJAMIN itu mati atau tidak lagi

    bermastatautin di dalam Malaysia atau berada di luar Malaysia lebih daripada dua belas (12) bulan

    berturut-turut atau dihukum bankrap atau memperoleh suatu perintah pentadbiran pemakan gaji,

    maka dalam tiap-tiap hal yang demikian itu, PELATIH atau salah seorang daripada PENJAMIN-

    PENJAMIN yang masih ada, hendaklah mendapatkan seorang atau dua orang mengikut mana

    yang berkenaan untuk menggantikan PENJAMIN atau PENJAMIN-PENJAMIN yang tersebut itu;

    dan tiada seorang pun boleh menggantikan seseorang daripada PENJAMIN-PENJAMIN itu

    melainkan dia disetujuterima oleh KERAJAAN dan PENJAMIN baru bersetuju menjadi seorang

    PENJAMIN mengikut had-had dan syarat-syarat Perjanjian ini.

    (2) Jika sekiranya tiada orang seperti tersebut di atas didapati untuk menggantikan PENJAMIN atau

    PENJAMIN-PENJAMIN yang disebut dalam Fasal 3(1) KERAJAAN boleh, pada bila-bila masa

    selepas itu menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu PELATIH, selanjutnya tidak mempunyai

    apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah di bawah Perjanjian ini.

    4. (1) Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa semasa dalam tempoh latihan, PELATIH -

    (a) tidak boleh melakukan perbuatan salah laku dalam apa jua cara pun yang pada pendapat

    KERAJAAN mungkin menjatuhkan nama baik KERAJAAN atau nama baik Malaysia dan

    tidak melakukan mana-mana kesalahan tatertib di Bahagian Vlll Buku Peraturan Pelatih;.

    (b) tidak boleh menukar latihan dan pengkhususan pengajiannya tanpa kebenaran

    KERAJAAN terlebih dahulu;

    (c) tidak boleh melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau perbuatan yang boleh

    menjejaskan pengajiannya;

    (d) tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan sama ada yang berpendapatan ataupun tidak, kecuali

    dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan KERAJAAN;

    (e) tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh

    KERAJAAN tidak selaras dengan kepentingan PELATIH atau kepentingan KERAJAAN;

    (f) tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau

    kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis dari KERAJAAN dan

    (g) tidak boleh menjadi seorang ahli atau mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan,

    pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang tujuan atau kegiatan-kegiatan itu adalah pada

    pendapat KERAJAAN boleh ditafsirkan sebagai bercorak politik tanpa terlebih dahulu

    mendapat kelulusan bertulis dari KERAJAAN. KERAJAAN, mempunyai budi bicara

    mutlaknya untuk memberi atau tidak memberi kelulusan itu.

    5. (1) Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa PELATIH tidak boleh pada bila-bila masa

    dalam tempoh kuat kuasa Perjanjian ini, iaitu tempoh latihan dan sehingga tamat tempoh

    perjanjiannya di bawah Fasal 1 perjanjian ini :

    (a) mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-

    mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau

    tunjuk perasaan yang, pada pendapat KERAJAAN, memudaratkan kepentingan

    KERAJAAN dan PUSAT BERTAULIAH.

  • - 3 -

    (b) menyediakan atau mengedarkan dengan apa-apa cara, atau mengambil apa jua bahagian

    dalam menyediakan atau mengedarkan, sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-

    mana tempat oleh mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu

    penghasutan atau tunjuk perasaan yang, pada pendapat KERAJAAN, memudaratkan

    kepentingan KERAJAAN atau PUSAT BERTAULIAH;

    (c) menyedia, mencetak, membahagi atau mengedarkan, atau mengambil bahagian dengan apa-

    apa cara dalam penyediaan, percetakan dan pengedaran apa-apa dokumen atau bahan-bahan

    lain yang, pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan KERAJAAN dan

    PUSAT BERTAULIAH.

    (d) membuat apa-apa kenyataan di sesuatu perhimpunan, kumpulan orang, di mana-mana

    tempat yang, pada pendapat KERAJAAN adalah memudaratkan kepentingan

    KERAJAAN dan PUSAT BERTAULIAH

    (e) tidak terlibat atau bersekongkol dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

    6. (1) Jika PELATIH melakukan perlanggaran terhadap mana-mana sekatan dalam Fasal 4 dan 5

    Perjanjian ini, KERAJAAN boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menamatkan Perjanjian ini.

    Dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak KERAJAAN di bawah Perjanjian ini, PELATIH tidak

    mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah Perjanjian ini.

    (2) Penamatan Perjanjian ini menurut perenggan (1) Fasal ini adalah muktamad.

    7. Adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa jika PELATIH -

    (a) meninggalkan latihannya sebelum sempurnanya latihan itu atau menukar latihan pengajiannya,

    dalam kedua-dua hal tanpa persetujuan KERAJAAN; atau

    (b) menyebabkan Perjanjan ini ditamatkan mengikut Fasal 3 Perjanjian; atau

    (c) dibuang dari PUSAT BERTAULIAH, atau

    (d) telah melakukan apa-apa perlanggaran yang menyebabkan perjanjian ini ditamatkan oleh

    KERAJAAN di bawah Fasal 6 Perjanjian ini;

    maka dalam mana-mana hal yang demikian itu, PELATIH dan PENJAMIN-PENJAMIN

    hendaklah bersama-sama dan masing-masing bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-

    waris, wasi-wasi, penerima-penerima serah hak mereka, membayar balik kepada KERAJAAN,

    apabila diminta dalam tempoh enam puluh (60) hari pada kadar Ringgit Tiga Puluh Sahaja (RM

    30.00) sehari selama tempoh PELATIH mengikuti latihan.

    8. Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa walau apapun yang berlawanan yang

    terkandung di atas, KERAJAAN boleh dengan memberi satu (1) bulan notis secara bertulis kepada

    PELATIH menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, tanpa memberi apa-apa sebab dan dengan ini

    segala faedah bagi dan tanggungan PELATIH atau PENJAMIN-PENJAMIN di bawah Perjanjian ini adalah

    terhenti .

    9. Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa Surat Tawaran Latihan dalam fail

    .........................................................................................bertarikh .....................................................

    (No Rujukan Surat Tawaran) (Tarikh Surat Tawaran)

    .........................................................................................bertarikh ............................................. ........

    .........................................................................................bertarikh .....................................................

    hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

  • - 4 -

    PADA MENYAKSIKAN PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS, pihak-pihak kepada

    Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meterai mereka pada hari dan tahun yang dinyatakan di

    atas.

    Ditandatangani .............................................................................................................. .....................................

    oleh ......................................................................................................................................PELATIH tersebut

    di hadapan

    Nama Saksi (HURUF BESAR) .........................................................................................................................

    Alamat ................................................................................................................................................................

    Pekerjaan Saksi .............................................................................. ....................................................................

    No. Kad Pengenalan ...................................................................

    ...........................................................

    Tandatangan Saksi

    Ditandatangani, dan dimeterai ............................................................................................................... ............

    (Pegawai Yang Diberi Kuasa).

    oleh ..............................................................................................................................bagi pihak KERAJAAN

    (Nama Pegawai Yang Diberi Kuasa)

    di hadapan

    Nama Saksi (HURUF BESAR) .................................................................................................... .....................

    Alamat ...................................................................................................................... ..........................................

    Pekerjaan Saksi ..................................................................................................................................................

    No. Kad Pengenalan ...................................................................

    ...........................................................

    Tandatangan Saksi

    Ditandatangani .............................................................................................................. .....................................

    (Penjamin Pertama)

    oleh ...................................................................................................................................PENJAMIN tersebut

    (Nama Penjamin)

    di hadapan

    Nama Saksi (HURUF BESAR) .................................................................................................... .....................

    Alamat ...................................................................................................................... ..........................................

    Pekerjaan Saksi ..................................................................................................................................................

    No. Kad Pengenalan ...................................................................

    ...........................................................

    Tandatangan Saksi

    Ditandatangani .............................................................................................................. .....................................

    (Penjamin Kedua)

    oleh ...................................................................................................................................PENJAMIN tersebut

    (Nama Penjamin)

    di hadapan

    Nama Saksi (HURUF BESAR) .................................................................................................... .....................

    Alamat ...................................................................................................................... ..........................................

    Pekerjaan Saksi ..................................................................................................................................................

    No. Kad Pengenalan ...................................................................

    ...........................................................

    Tandatangan Saksi

    K

    O

    S

    O

    N

    G

    K

    A

    N

    * Saksi hendaklah terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau B dan Penghulu serta boleh menjadi saksi

    kepada Pelatih/Penjamin Pertama dan Kedua.