lampiran syarat-syarat penyewaan tadika · pdf fileelektrik - pihak penyewa dikehendaki...

4
SYARAT-SYARAT PENYEWAAN TADIKA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 1. SEWA - - - - - Tawaran penyewaan ini adalah untuk tempoh selama 3 tahun mulai …….………. hingga ………………… dengan kadar sewa adalah RM …………………. (Ringgit Malaysia : ……………….. Ringgit Sahaja ) sebulan. Goods Service Tax (GST) sebanyak 6% iaitu bersamaan dengan RM ..................... sebulan perlu dibayar oleh pihak tuan/dituntut oleh Majlis bagi pihak Kerajaan Persekutuan. Bagi maksud kutipan GST no. pendaftaran MBSA ialah 000919900160. Penyewa adalah dikehendaki membayar tiga (3) bulan cagaran sewa. Cagaran sewa ini tidak boleh di anggap sebagai bayaran sewa bulanan pada bila-bila masapun. Walau bagaimanapun Majlis berhak tidak memulangkan mana-mana bahagian atau keseluruhan cagaran tersebut jika pihak penyewa gagal membayar sewa sebagaimana yang ditetapkan. Bayaran sewa hendaklah dijelaskan kepada Majlis tidak lewat dari tujuh (7) haribulan tiap-tiap bulan. Caj Lewat sebanyak RM …………… akan dikenakan sekiranya pihak penyewa membayar selepas tarikh tujuh (7) haribulan setiap bulan. Sekiranya penyewa gagal menjelaskan bayaran tersebut, Majlis berhak menamatkan penyewaan dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut bayaran tunggakan sewa tersebut. Bagi mengelakan tunggakan sewa, pihak penyewa dikehendaki mengemukakan cek tertunda (post-dated cheque) setiap tahun selama tempoh penyewaan dan perlu dikemukakan semasa membuat bayaran surat perjanjian dan mati setem atau menjawab surat setuju terima 2. KEGUNAAN - - - - - Premis ini hanya untuk menjalankan aktiviti tadika/taska sahaja. Sebarang perubahan jenis aktiviti hendaklah mendapat kelulusan dari pihak Majlis terlebih dahulu. Pihak penyewa tidak dibenarkan menyewa mana-mana bahagian ruang premis ini kepada sesiapa juga tanpa kebenaran secara bertulis kepada pihak Majlis. Pihak penyewa adalah dihendaki mengelak dari melakukan sebarang perbuatan yang mungkin mengganggu ketenteraman penghuni-penghuni lain atau menganggu keamanan di kawasan sekitarnya . Pihak penyewa dikehendaki mendapatkan lesen perniagaan dengan pihak MBSA sebelum menjalankan perniagaan. Mendapatkan lesen papan iklan atau papantanda dengan bayaran yang ditentukan oleh Majlis. LAMPIRAN

Upload: truonganh

Post on 05-Mar-2018

334 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAMPIRAN SYARAT-SYARAT PENYEWAAN TADIKA · PDF fileELEKTRIK - Pihak penyewa dikehendaki membayar wang cagaran elektrik berjumlah RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja)

SYARAT-SYARAT PENYEWAAN TADIKA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

1. SEWA - - - - -

Tawaran penyewaan ini adalah untuk tempoh selama 3 tahun mulai …….………. hingga ………………… dengan kadar sewa adalah RM …………………. (Ringgit Malaysia : ……………….. Ringgit Sahaja ) sebulan. Goods Service Tax (GST) sebanyak 6% iaitu bersamaan dengan RM ..................... sebulan perlu dibayar oleh pihak tuan/dituntut oleh Majlis bagi pihak Kerajaan Persekutuan. Bagi maksud kutipan GST no. pendaftaran MBSA ialah 000919900160. Penyewa adalah dikehendaki membayar tiga (3) bulan cagaran sewa. Cagaran sewa ini tidak boleh di anggap sebagai bayaran sewa bulanan pada bila-bila masapun. Walau bagaimanapun Majlis berhak tidak memulangkan mana-mana bahagian atau keseluruhan cagaran tersebut jika pihak penyewa gagal membayar sewa sebagaimana yang ditetapkan. Bayaran sewa hendaklah dijelaskan kepada Majlis tidak lewat dari tujuh (7) haribulan tiap-tiap bulan. Caj Lewat sebanyak RM …………… akan dikenakan sekiranya pihak penyewa membayar selepas tarikh tujuh (7) haribulan setiap bulan. Sekiranya penyewa gagal menjelaskan bayaran tersebut, Majlis berhak menamatkan penyewaan dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut bayaran tunggakan sewa tersebut. Bagi mengelakan tunggakan sewa, pihak penyewa dikehendaki mengemukakan cek tertunda (post-dated cheque) setiap tahun selama tempoh penyewaan dan perlu dikemukakan semasa membuat bayaran surat perjanjian dan mati setem atau menjawab surat setuju terima

2.

KEGUNAAN

- - - - -

Premis ini hanya untuk menjalankan aktiviti tadika/taska sahaja. Sebarang perubahan jenis aktiviti hendaklah mendapat kelulusan dari pihak Majlis terlebih dahulu. Pihak penyewa tidak dibenarkan menyewa mana-mana bahagian ruang premis ini kepada sesiapa juga tanpa kebenaran secara bertulis kepada pihak Majlis. Pihak penyewa adalah dihendaki mengelak dari melakukan sebarang perbuatan yang mungkin mengganggu ketenteraman penghuni-penghuni lain atau menganggu keamanan di kawasan sekitarnya . Pihak penyewa dikehendaki mendapatkan lesen perniagaan dengan pihak MBSA sebelum menjalankan perniagaan. Mendapatkan lesen papan iklan atau papantanda dengan bayaran yang ditentukan oleh Majlis.

LAMPIRAN

Page 2: LAMPIRAN SYARAT-SYARAT PENYEWAAN TADIKA · PDF fileELEKTRIK - Pihak penyewa dikehendaki membayar wang cagaran elektrik berjumlah RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja)

3.

PENGUBAHSUAIAN

-

Pihak penyewa tidak dibenarkan membuat apa-apa tambahan atau pindaan dalaman ruang premis atau dimana-mana bahagian premis tersebut melainkan setelah memohon dan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Majlis serta mematuhi kehendak Undang-Undang Kecil yang dikuatkuasakan oleh Majlis.

4.

PERLINDUNGAN INSURAN

-

Penyewa bertanggungjawab mengambil perlindungan insuran ke atas segala harta penyewa yang dibawa atau disimpan di ruang premis ini. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan terhadap harta benda penyewa.

5.

KEBERSIHAN

- -

Pihak penyewa hendaklah menjaga dan bertanggungjawab ke atas kebersihan di dalam premis dan di luar premis sepanjang masa. Faktor utama yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :- a) Rumput di dalam kawasan premis hendaklah sentiasa

pendek dan kemas. b) Untuk mengelakkan pembiakan nyamuk, pihak penyewa

perlu meletakkan ubat jentik-jentik secara berjadual di longkang atau takungan air di dalam kawasan.

c) Pihak penyewa perlu mengambil langkah-langkah yang perlu

untuk mengelakkan penyakit berjangkit seperti menggunakan antiseptik yang sesuai bagi kerja-kerja pembersihan lantai setiap hari.

c) Kesemua tandas dalam premis perlu sentiasa berkeadaan

bersih. Pihak Majlis berkuasa/berhak menentukan taraf mutu kebersihan yang dikehendaki dari masa ke semasa menurut undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Majlis.

6.

KEROSAKAN - a) Semasa menyewa pihak penyewa adalah bertanggungjawab memperbaiki segala kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan atau kecuaian pihak penyewa sendiri. Majlis adalah berhak memberi NOTIS bertulis dua (2)minggu kepada pihak penyewa untuk memperbaiki apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan atau kecuaian pihak penyewa dan sekiranya NOTIS ini tidak dihiraukan Majlis berhak memasuki ruang premis ini dan memperbaikinya dimana pihak penyewa adalah bertanggungjawab menampung segala perbelanjaan yang dikenakan.

b) Sebarang kerosakan sistem air buangan ( waste water )

yang disebabkan oleh kecuaian penyewa adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk mengatasi dan menyelenggarakannya. Sekiranya pihak penyewa gagal berbuat demikian penyelenggaraan akan dilakukan oleh Majlis dan kosnya akan dicajkan kepada penyewa.

Page 3: LAMPIRAN SYARAT-SYARAT PENYEWAAN TADIKA · PDF fileELEKTRIK - Pihak penyewa dikehendaki membayar wang cagaran elektrik berjumlah RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja)

c) Pihak penyewa tidak dibenarkan membuat apa-apa

pindaan kepada ruang premis ini kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis dari Majlis.

7.

BEKALAN ELEKTRIK

-

Pihak penyewa dikehendaki membayar wang cagaran elektrik berjumlah RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja) kepada Majlis. Bayaran untuk bekalan elektrik ditanggung sendiri oleh pihak penyewa. Penyewa hendaklah berhubung terus dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad) untuk urusan mendapatkan kontrak bekalan elektrik atas nama pihak penyewa. Semua bayaran deposit, bil bulanan atau apa-apa bayaran lain yang berhubung dengannya hendaklah ditanggung sendiri oleh pihak penyewa.

8.

BEKALAN AIR DAN PEMBENTUNGAN

- -

Pihak penyewa dikehendaki membayar wang cagaran air berjumlah RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja) kepada Majlis. Penyewa dikehendaki menjelaskan bil penggunaan air yang dikenakan oleh SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) secara terus kepada SYABAS. Resit bayaran hendaklah dikemukakan kepada Majlis setiap kali bayaran dibuat. Cagaran air ini hanya akan dikembalikan setelah Majlis berpuashati bahawa pihak penyewa tidak mempunyai tunggakan dengan pihak SYABAS. Semua bayaran deposit, bil bulanan atau apa-apa bayaran lain yang berhubung dengannya hendaklah ditanggung sendiri oleh pihak penyewa. Pihak penyewa juga dikehendaki membayar caj pembentungan yang dikenakan oleh IWK ( Indah Water Konsortium ) secara terus kepada pihak IWK. Resit bayaran hendaklah dikemukakan kepada Majlis setiap kali bayaran dibuat.

9. PEMERIKSAAN OLEH PEGAWAI MAJLIS

- Pihak Majlis, samada melalui pegawai atau mana-mana ejen yang dilantik boleh memasuki dan memeriksa ruang yang disewa oleh pihak penyewa dari masa ke semasa.

10.

SURAT PERJANJIAN

- - -

Pihak penyewa dikehendaki menandatangani surat perjanjian penyewaan terlebih dahulu sebelum menduduki ruang premis tersebut. Segala perbelanjaan untuk menyediakan surat perjanjian hendaklah ditangggung oleh pihak penyewa. Pihak penyewa dikehendaki mendapatkan bil bayaran penyediaan surat perjanjian dan mati setem di Jabatan Undang-Undang, Tingkat 2, Lif A, Wisma MBSA.

11.

PERBELANJAAN GUAMAN

-

Majlis berhak menuntut balik segala perbelanjaan peguam sekiranya tindakan mahkamah diambil ke atas pihak penyewa kerana melanggar mana-mana syarat di dalam perjanjian ini.

Page 4: LAMPIRAN SYARAT-SYARAT PENYEWAAN TADIKA · PDF fileELEKTRIK - Pihak penyewa dikehendaki membayar wang cagaran elektrik berjumlah RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja)

12.

NOTIS PENAMATAN

- - - -

- -

Jika sekiranya pihak penyewa gagal menjelaskan sewa maka pihak Majlis boleh menamatkan penyewaan ini dengan memberikan satu (1) bulan notis bertulis kepada pihak penyewa. Jika sekiranya pihak penyewa didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam perjanjian ini maka pihak Majlis boleh menamatkan penyewaan ini dengan memberikan satu (1) bulan notis bertulis kepada pihak penyewa. Penyewa boleh menamatkan penyewaan ini dengan memberikan tiga (3) bulan notis bertulis kepada Majlis. Selepas tamat tempoh notis penamatan tersebut pihak Majlis boleh menyampaikan notis bertulis untuk tempoh empat belas (14) hari bagi maksud mengambil milik (“take vacant possession”) premis tersebut. Segala kerosakkan pada premis tersebut semasa pihak Majlis mengambil “ vacant possession”, maka pihak Majlis boleh menuntut gantirugi atau kos yang terlibat bagi membaikpulih kerosakkan yang berlaku daripada pihak penyewa. Majlis berhak untuk tidak mengembalikan wang cagaran sewa sekiranya pihak penyewa menamatkan penyewaan 2 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

13.

PENJAMIN

-

Penyewa perlu menyediakan surat ‘Jaminan Pengarah Syarikat’ seperti dilampirkan. Pihak penyewa perlu mengembalikan borang yang telah lengkap diisi beserta dengan salinan kad pengenalan penjamin.

Sekiranya pihak penyewa bersetuju dengan syarat-syarat seperti diatas, penyewa dikehendaki memberi persetujuan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan, bersama-sama bayaran seperti berikut :-

i) Cagaran sewa tiga bulan (3) bulan - RM .............. ii) Sewa bulan pertama - RM .............. iii) Cagaran Utiliti Air - RM 1,000.00 iv) Cagaran Utiliti Elektrik - RM 1,000.00

---------------------- RM ---------------------- Bayaran cagaran hendaklah di buat menggunakan cek atas nama MBSA-AKAUN CAGARAN bagi item (i), (ii) & (iii). Manakala bayaran bagi item (iv) hendaklah dibuat atas nama MAJLIS

BANDARAYA SHAH ALAM. Sekiranya tiada maklumbalas dari pihak penyewa dalam tempoh tersebut, pihak Majlis beranggapan bahawa pihak penyewa telah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditawarkan.