lambang-lambang negara

7
LAMBANG-LAMBANG NEGARA Tujuan • Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan terhadap tanah air • Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air • Rakyat sentiasa bersemangaat • simbol perpaduan • Lambang kemegahan penduduk • Membezakan Malaysia dengan Negara lain • Melambangkan kedaulatan sesebuah Negara • Taat kepada pemerintah Salah satu lambang Negara ialah Jata Negara. ( a ) JATA NEGARA • Menjadi lambang kemegahan penduduk negara • Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri • Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu. • Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang. • Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka. • 2 ekor harimau melambangkan keberanian. • Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut. • Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan 14 buah negeri Persekutuan. • Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri Melayu Bersekutu.

Upload: masliza20

Post on 14-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Akademik

TRANSCRIPT

Page 1: LAMBANG-LAMBANG NEGARA

LAMBANG-LAMBANG NEGARATujuan

• Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan terhadap tanah air

• Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air

• Rakyat sentiasa bersemangaat

• simbol perpaduan

• Lambang kemegahan penduduk

• Membezakan Malaysia dengan Negara lain

• Melambangkan kedaulatan sesebuah Negara

• Taat kepada pemerintah

Salah satu lambang Negara ialah Jata Negara.

( a ) JATA NEGARA• Menjadi lambang kemegahan penduduk negara

• Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri

• Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

• Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.

• Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.

• 2 ekor harimau melambangkan keberanian.

• Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.

• Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan 14 buah negeri Persekutuan.

• Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri Melayu Bersekutu.

• Hitam putih lambang negeri Pahang.

• Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.

Page 2: LAMBANG-LAMBANG NEGARA

• Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.

• Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan

Terdapat juga lambang-lambang lain yang menjadi identiti dan kebanggaan negara kita.

( b ) BENDERA KEBANGSAAN• Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957

• Pada tahun 1949 ditubuhkan Jawatankuasa reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu

• Adakan pertandingan mereka bentuk bendera dan 373 peserta mengambil bahagian.

• Encik Mohamad Hamzah telah terpilih sebagai pemenang.

• Pada 26 Mei 1950 buat pertama kali Bendera Persekutuan berkibar di perkarangan istana Sultan Selangor.

• Bendera Persekutuan dikenali juga Jalur Gemilang.

• Dikibar di majlis rasmi dan adapt istiadat rasmi, seperti hari keputeraan Yang di- Pertuan Agong dan Hari Kebangsaan.

• Warna merah- keberanian

• Warna putih –kesucian

• Warna biru –Perpaduan

• Warna kuning –lambang kedaulatan Raja-raja Melayu

• Bulan sabit –lambang agama Islam sebagai agama rasmi

• Bintang berpecah empat belas-lambang gabungan empat belas negeri.

• 14 Jalur –warna merah dan putih lambang gabungan negeri.

( c ) LAGU KEBANGSAAN.

Lagu Kebangsaan negara kita ialah "Negaraku". Melalui lagu inilah rakyat menyatakan rasa bangga kerana dilahirkan di negara ini.

• Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah ‘God Save the Queen’

• Lagu kebangssan negara kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada tahun 1957

• Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur

Page 3: LAMBANG-LAMBANG NEGARA

• Pasukan pancaragam polis Di raja telah memperkenalkan 4 buah lagu.

• Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.

• Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut

• Lagu terang bulan dipilih sebagai asas lagu kebangsaan

• Digubah semula oleh En. Saiful Bahri

• Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara.

• Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air

• Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara

• Semua rakyat mesti berbangga dengan lagu kebangsaan.

Lagu Kebangsaan negara kita dinyanyikan semasa: upacara-upacara rasmi kerajaan. perhimpunan sekolah upacara menghormati kemenangan peserta negara kita dalam sukan antarabangsa.

Tugu Negara

Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I, Perang Dunia II dan semasa Darurat . Tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Parlimen

Parlimen ialah tempat berlangsungnya persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar di Negara kita.

Page 4: LAMBANG-LAMBANG NEGARA

Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20.

Bunga Raya

Bunga Raya bunga kebangsaan negara yang banyak terdapat di negara kita. Sebagai lambang bunga raya terdapat dalam setem dan di tempat-tempat lain.

Wau Bulan

Wau Bulan ialah sejenis permainan tradisi rakyat negara kita. Lambang ini digunakan oleh Sistem Penerbangan Malaysia.

Page 5: LAMBANG-LAMBANG NEGARA

RANCANGAN PENGAJARAN KSSR KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.

MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

KELAS 2 AMANAH

MASA 8.00 – 9.00

TEMA / TAJUK PERPADUAN / HARI RAYA

STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.6

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir P & P murid dapat :

1. Mendengar dan bertutur ayat tunggal dengan betul dan tepat.

2. Memahami ayat tunggal.

AKTIVITI:

1. Murid mendengar ayat tunggal yang dibaca oleh guru .

2. Murid menutur semula ayat tunggal yang didengarnya.

3. Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan diberi sampul surat yang mengandungi satu ayat tunggal. Setiap kumpulan bermain “telefon karat”.

4. Murid terakhir menulis dan menuturkan semula ayat tunggal yang didengar.

5. Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar secara lisan.

6. Murid menulis ayat tunggal berdasarkan gambar di dalam buku latihan.

EMK Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Islam /Moral.

Nilai : Hormat – menghormati,

TMK : Belajar melalui TMK

BBB Gambar , lembaran kerja, slaid power point.

PENILAIAN P & P Murid mendengar dan bertutur ayat tunggal dengan betul dan tepat.

REFLEKSI 40 orang murid dapat mendengar dan menuturkan ayat tunggal dengan betul dan tepat.

Pengayaan : Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar yang diberi.

Page 6: LAMBANG-LAMBANG NEGARA