kursus haji luth

Upload: kamarrudin-mohamad

Post on 16-Jul-2015

547 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

JADUAL KURSUS HAJI BERSIRI MUSIM HAJI 1428HMASJID Masjid Al Hidayah Jalan Sentul 52100 Kuala Lumpur Masjid Jamek Kg Batu Batu 5 Jalan Ipoh 52100 Kuala Lumpur Masjid Saidina Hamzah Kg. Batu Muda 51100 Kuala Lumpur Masjid Imam Shafie Jalan Perkasa, Taman Maluri 55100 Kuala Lumpur Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Taman Seri Rampai 50100 Kuala Lumpur Masjid Assyakirin Batu 5 Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur TARIKH 24 Mac 08 Julai 07 24 Mac 08 Julai 07 24 Mac 08 Julai 07 24 Mac 08 Julai 07 24 Mac 08 Julai 07 24 Mac 08 Julai 07 HARI Sabtu Ahad

WILAYAH PERSEKUTUANMASA

NAMA PENCERAMAHUs Hj Isahak b. Othman

9.00pg11.00pg 9.00pg11.00pg 9.00pg11.00pg 9.00pg11.00pg 9.00pg11.00pg 9.00pg11.00pg

Us Mohd Najib b. Ali

Ahad

Us. Hj Abdullah b. Awang

Ahad

Us Hj Shihabudin b. Alang Mat Piah

Ahad

Us Hj Hasnil b. Abu Bakar

Ahad

Tuan Hj Abu Hassan b. Wahab

Carta Aliran Aktiviti Jabatan Haji

Urusan HajiSatu lagi aktiviti utama TH ialah pengurusan haji. Pengendalian jemaah haji adalah merupakan aktiviti yang cukup sinonim dengan TH. Ianya dirancang dengan penuh teliti dan cukup berkesan. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan antara lainnya ialah:

Penyediaan pasport haji Urusan Haji Perkhidmatan kesihatan Kursus haji Pengangkutan pergi balik Perlindungan, pengawasan, kebajikan dan keselamatan kepada jemaah haji di Tanah Suci.

Bakal-bakal haji yang mempunyai wang simpanan yang mencukupi dengan mudahnya boleh mendaftar untuk menunaikan fardhu haji di semua pejabat cawangan TH. Mereka juga boleh merancang pemergian dalam tempoh enam tahun akan datang dengan adanya sistem pendaftaran haji terbuka yang telah diperkenalkan mulai tahun 1993 Bagi memudahkan pemergian dan mengelakkan kesesakan di lapangan terbang, TH telah membangunkan dua buah kompleks haji iaitu di Kelana Jaya yang mula beroperasi dalam tahun

1982 dan di Bayan Lepas dalam tahun 1995. Semua urusan check-in diuruskan di kompleks ini bagi jemaah haji yang berlepas dari KLIA Sepang dan LTAB Bayan Lepas. Kompleks Haji Kelana Jaya Kompleks tersebut dilengkapi dengan asrama penginapan, masjid, kantin dan dewan untuk syarahan dan taklimat. Jemaah haji dari kawasan luar diberi kemudahan penginapan dengan percuma sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci. TH merancang untuk mendirikan kompleks yang serupa bagi semua lapangan terbang yang menjadi terminal berlepas jemaah haji. Di Tanah Suci TH bertanggungjawab sepenuhnya menyediakan perkhidmatan kebajikan, pengawalan dan perlindungan kepada jemaah haji Malaysia. Perkhidmatan ini diberi melalui dua rombongan rasmi haji iaitu Rombongan Kebajikan dan Rombongan Kesihatan. Rombongan Kebajikan bertanggungjawab antara lainnya ialah:

Menyambut jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah, dan meneruskan kepulangan mereka ke Malaysia; Mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kebajikan melalui pejabat-pejabat zon di Madinah dan pejabat-pejabat Maktab di Makkah; Menyelaraskan urusan haji dengan pihak Wakil Bersatu di Jeddah, Muassasah Adillak di Madinah dan Muassasah Asia Tenggara di Makkah, Arafah dan Mina; Menziarahi pesakit-pesakit di hospital-hospital; Menyediakan kemudahan pengeluaran wang simpanan di Tanah Suci; Melaksanakan dam dan korban; Mendaftar kelahiran dan kematian; Mengadakan khidmat pakar rujuk mengenai ibadat haji dan ibadat lainnya; dan Mengadakan khidmat kunseling.

Rombongan Perubatan pula bertanggungjawab memberi perkhidmatan perubatan dan rawatan. Kemudahan hospital dan klinik disediakan di Jeddah, di maktab-maktab di Makkah, pejabat-pejabat zon di Madinah, klinik-klinik di Arafah, Mina Jamrah dan Mina Muasim.

Pendaftaran hajimelaksanakan sistem pendaftaran haji terbuka. Ini bermakna umat Islam boleh membuat pendaftaran bila-bila masa melalui mana-mana pejabat TH di seluruh negara. Syarat-syarat Pendaftaran

Warganegara Malaysia dan pemastautin Tetap yang beragama Islam. Menjadi pendeposit Tabung Haji (TH) dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1300 semasa pendaftaran dilakukan. Jika pemohon seorang muflis, surat pelepasan daripada Pejabat Pemegang Harta hendaklah dikemukakan semasa mendaftar.

Prosedur Pendaftaran Haji Dapatkan Borang Permohonan Untuk Pendaftaran dan Pasport Haji (JH/PHP/01) di Pejabat Daftar Haji dengan percuma. Bayaran Perkhidmatan Pendaftaran Bayaran perkhidmatan pendaftaran sebanyak RM 90.00 akan ditolak dari akaun bakal haji sebaik sahaja permohonan pendaftaran diterima. Wang ini tidak akan dikembalikan dalam apa-apa keadaan sekalipun. Tarikh Mendaftar Tarikh Pendaftaran haji adalah terbuka. Bakal-bakal haji boleh mendaftar pada bila-bila masa dalam waktu pejabat. Tempat Mendaftar Haji Pendaftaran boleh dibuat di:

Semua Pejabat TH; Pejabat-pejabat Daerah atau Jajahan yang tidak ada Pejabat TH.

Bakal-Haji Yang Lanjut Usia Dan Uzur Bakal haji yang lanjut usia hendaklah ditemani oleh waris pengiring terdekat yang akan mengaku untuk bertanggungjawab sepanjang masa menjaga kebajikan dan menyempurnakan ibadah haji di Tanah Suci, sekiranya bakal haji lanjut usia atau uzur jatuh sakit di Tanah suci. Butir-butir waris pengiring hendaklah dicatat dalam buku Rekod Rawatan Jemaah Haji. Bakal Haji Yang Tidak Siuman Bakal haji yang tidak siuman, tidak dibenarkan mendaftar haji kerana ia tidak wajib mengerjakan haji dan jika ia menunaikan haji, hajinya tidak sah. Pengidap Penyakit Yang Tiada harapan sembuh Mengikut syarat-syarat wajib haji, bakal haji yang mengidap penyakit yang tiada harapan sembuh tidak wajib menunaikan fardhu haji kerana bakal haji tersebut akan mengganggu dan menyulitkan jemaah haji lain.

Kebenaran untuk menunaikan haji adalah tertakluk kepada kelulusan pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan. Kuota dan Keutamaan Pemilihan Kerajaan Arab Saudi telah menghadkan bilangan jemaah haji menunaikan fardhu haji (kuota), sehubungan itu keutamaan pemilihan pemergian menunaikan fardhu haji berdasarkan mereka yang "mendaftar dahulu didahulukan" mengikut tarikh dan masa pendaftaran. Perbelanjaan Haji Kadar minima perbelanjaan haji yang diperlukan bagi seseorang dewasa atau kanak-kanak semasa mendaftar mengikut tahun pilihannya adalah seperti lampiran. Perbelanjaan haji meliputi bayaranbayaran berikut :

Pasport haji dan bayaran perkhidmatan pendaftaran. Tambang kapal terbang serta cukai lapangan terbang. Sewa rumah di Makkah dan Madinah. Perkhidmatan Muassasah Asia Tenggara dan Zamzanmi di Makkah, Muassasah Adilak di Madinah, Wakil Bersatu di Jeddah serta upah mengangkat bagasi. Khemah dan makan minum di Arafah dan Mina. Tambang bas dari Jeddah ke Madinah/ Makkah/ Arafah/ Muzdalifah/ Mina/ Makkah dan balik ke Jeddah.

Wang Untuk Perbelanjaan Di Tanah Suci Setiap bakal haji yang pergi secara biasa (Muassasah) bolehlah menyediakan wang dengan jumlah yang berpatutan untuk memenuhi sebarang keperluan selain dari perbelanjaan makan minum yang disediakan oleh TH. Wang ini boleh dimasukkan ke dalam akaun TH untuk dikeluarkan di Mekkah dan Madinah. TH juga menyediakan kemudahan membayar dam dengan cara potongan melalui akaun simpanan TH masing-masing. Anggaran bayaran dam bagi seekor kambing adalah Saudi Riyal 250.00. Perkhidmatan Di Tanah Suci Bakal-bakal haji hendaklah mengikut segala prosedur pengendalian haji termasuk aturcara serta perkhidmatan yang disediakan oleh TH dan pihak-pihak yang bertanggungjawab di Tanah Suci. Ini bermakna seseorang bakal haji tidak boleh membuat sebarang tuntutan balik yang disediakan tetapi tidak digunakan. Pasport Haji Dan Tiket Kapal Terbang

Pasport haji dan tiket kapal terbang akan diserahkan kepada bakal haji semasa melaporkan diri di lapangan terbang/ Kompleks TH. Buku Panduan Ibadat Haji Buku-buku Panduan Ibadat Haji akan diberi percuma semasa membuat pendaftaran haji. Kursus Haji Pejabat Daftar Haji akan memberitahu tarikh, masa dan tempat kursus haji diadakan kepada semua bakal haji pada tahun pilihan menunaikan fardhu haji. adalah menjadi tanggungjawab bakal-bakal haji mengikut dan mendalami kursus ini. Tanda Pengenalan Diri Pejabat Daftar Haji akan menyerahkan tanda pengenalan diri berupa rantai tangan dan lencana nama kepada bakal haji yang terpilih pada tahun ianya layak menunaikan fardhu haji. Pemeriksaan Kesihatan Pejabat Daftar Haji akan menghubungi bakal-bakal haji yang terpilih dalam bulan Sya'aban iaitu 3 (tiga) bulan sebelum penerbangan pertama berlepas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan anti meningitis. Bakal haji perlu membeli Buku Rekod Rawatan di Pejabat Daftar haji dengan harga RM 3.00 sebuah. Bakal haji yang tidak lulus pemeriksaan kesihatan akan ditangguh pemergiannya ke Tanah Suci sehingga disahkan oleh doktor kesihatannya pulih dan boleh menunaikan haji. Pemergian Secara Pakej / Konsortium Setiap bakal haji yang terpilih dan ingin mengikuti secara pakej bolehlah mengisi borang pendaftaran Pakej Haji (JH/PKJ/01) yang akan dihantar oleh pihak pakej, manakala yang ingin mengikuti Konsortium Haji bolehlah mendapatkan borang pengesahan mengikuti konsortium (JH/HP/07) dari pihak konsortium. Jadual PenerbanganTH Setiap bakal haji yang terpilih dan pergi secara biasa (Muassasah) jadual penerbangan haji (JPH) akan di hantar oleh TH, manakala bakal haji yang memilih perkhidmatan Pakej dan Korsortium, jadual penerbangan haji akan dihantar oleh pihak penganjur. Pembatalan atau Penundaan Pemergian Haji Bakal haji yang ingin membuat pembatalan atau penundaan pemergian haji hendaklah mengisi borang JH01 yang boleh didapati di Pejabat Daftar Haji dan menyerahkannya semula ke Pejabat Daftar Haji untuk diproses pembatalan atau penundaan pendaftaran haji tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan.

Bakal haji yang membuat pembatalan haji selepas perbelanjaan haji didebit (tolak) dari akaun masing-masing atau bakal haji telah diperuntukkan tempat duduk dalam penerbangan ( yang mana terdahulu), TH akan membekukan wang sebanyak RM900.00 dari akaun TH bakal haji berkenaan kecuali pembatalan atas sebab-sebab kematian, wanita tanpa mahram atau masalah kesihatan yang disahkan oleh doktor. TH berhak meminda, mengubah, menambah atau membatalkan mana-mana syarat yang terkandung di dalam laman ini dari semasa ke semasa jika perlu tanpa memberi sebarang notis. Pengecualian Tanggungan TH TH tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua jenis kemalangan termasuk kehilangan, kelewatan, bencana alam termasuk banjir, kebakaran, rusuhan, peperangan, ribut, gempa bumi dan apa jua jenis kesusahan, kesulitan, ketidakselesaan dan seumpamanya yang dialami dalam masa jemaah haji menunaikan fardhu haji termasuk juga semasa perjalanan pergi dan balik sama ada melibatkan tubuh badan atau harta benda dan jemaah juga adalah terhalang dari mengambil apa juga jenis dakwaan, tindakan tuntutan atau pampasan ganti rugi terhadap TH berikutan dari apa juga perkara yang berbangkit atau yang berpunca dari kemalangan tersebut.

NOTA: Maklumat ini tertakluk kepada pindaan akhir.

Pemeriksaan KesihatanTujuan Pemeriksaan Kesihatan, diadakan adalah untuk;

Memastikan peraturan Haji Kerajaan Arab Saudi dipatuhi. Mendapatkan suntikan wajib Meninggococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW -135). Suntikan boleh diperolehi dari Klinik dan HospitalKerajaan dengan percuma. Menentukan bakal haji tidak mengidap penyakit merbahaya atau penyakit berjangkit. Menentukan bakal haji yang mengalami penyakit kronik dirawat dan distabilkan serta mengenalpasti ubat yang diperlukan. Menyediakan rekod rawatan supaya mudah mendapat rawatan yang diperlukan ketika di Tanah Suci. Mengesan bakal haji wanita yang hamil. Wanita hamil tidak diluluskan untuk menunaikan haji. Mengesan kes tidak siuman atau nyanyuk. Kes-kes ini dikhuatiri boleh menyebabkan haji tidak sah. Memastikan bakal jemaah haji sihat dan berupaya melakukan ibadat Haji dengan sempurna.

Tempat pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan hanya boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan (hospital/klinik) kerajaan atau Klinik Panel Tabung Haji sahaja. Bagi jemaah haji yang memilih untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Panel Tabung Haji, kosnya hendaklah ditanggung sendiri oleh jemaah haji.

Cara PemeriksaanTerdapat dua peringkat pemeriksaan,iaitu:1. Jemaah haji yang berumur 60 tahun ke atas perlu menjalani pemeriksaan kesihatan 6 hingga 10 bulan sebelum bertolak ke Tanah Suci bertujuan untuk; o Mengenalpasti lebih awal status kesihatan bakal haji termasuk kesihatan mental, fizikal dan pemakanan. o Mengenalpasti kumpulan berisiko tinggi agar rawatan awal dapat diberikan. o Mengenalpasti keperluan-keperluan khas (peralatan perubatan / ubat-ubatan).

2. Pemeriksaan kesihatan wajib kepada semua bakal haji dilakukan 3 bulan sebelum berlepas ke Tanah Suci. Pemeriksaan ini adalah untuk 3 golongan iaitu:o Semua bakal haji yang terpilih di dalam kuota tahun berkenaan o Jemaah haji senarai menunggu (Standby) o Pemeriksaan ulangan untuk bakal haji melebihi 60 tahun Bagi kes-kes yang gagal dalam pemeriksaan kesihatan atau mereka yang perlu menjalani rawatan lanjut dikehendaki melalui pemeriksaan kesihatan kali kedua. Dalam sesetengah kes ada kemungkinanan pandangan pakar diperlukan untuk menentukan sama ada bakal haji layak untuk menunaikan haji atau sebaliknya. Setiap jemaah haji yang gagal dalam pemeriksaan kesihatan akhir (kali kedua) tetapi masih ingin menunaikan haji, perlu membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan melalui Pejabat Tabung Haji Negeri. Tabung Haji Negeri akan memanggil Jawatankuasa Rayuan untuk menimbangkan kes-kes rayuan. Keputusan dibuat secara muzakarah dan tidak bersifat individu. Segala keputusan Jawatankuasa Rayuan yang dikeluarkan adalah muktamad. Jemaah Haji yang gagal di dalam kes rayuan, pemergiannya ke Tanah Suci hendaklah ditangguhkan.

Proses Pemeriksaan Kesihatan Jemaah

Panduan KesihatanLANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL BAGI MENJAGA KESIHATANDI TANAH AIR

Jagalah kesihatan diri sebaik-baiknya dan ini hendaklah dilakukan semasa di Malaysia lagi. Elakkan dari menyembunyikan penyakit yang dihidapi ketika menjalani pemeriksaan kesihatan. Diwajibkan menghadiri ceramah-ceramah Kesihatan yang dianjurkan oleh pihak Tabung Haji dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di masjid-masjid yang mengadakan dan semasa Kursus Haji Intensif.

SENAMAN 1. Bakal-bakal jemaah haji di galakkan melakukan aktiviti senaman setiap tiga hari dalam seminggu selama 15-20 minit. 2. Berjalan adalah salah satu senaman yang mudah dan menyeronokkan dan berkesan untuk memperolehi faedah kesihatan. 3. Senaman berjalan, baik untuk jantung dan perjalanan darah dalam badan. 4. Senaman dimulakan dengan berjalan sederhana selama 1 minit dan berjalan perlahan selama 4 minit dan ulang 3 kali untuk jadikan jumlah 15 minit. Pada peringkat permulaan jarak yang tidak terlalu jauh dipilih dan jarak jauh berjalan di tambah secara berperingkat sehingga mencapai 5-6 kilometer. Alternatifnya senaman boleh dimulakan dengan tempoh 5-10 minit dan akhirnya setelah beberapa minggu mencapai tempoh 40 minit. 5. Senaman ini bolih dilakukan 5 atau 6 bulan sebelum anda ke Tanah Suci atau secepat mungkin. 6. Berjalan dengan cepat adalah senaman yang sangat digalakan agar senang untuk bertawaf dan saie semasa di Tanah Suci kelak kerana faedahnya pada jantung dan peningkatan pada daya tahan fizikal. 7. Mengurangkan ketegangan otot yang disebabkan oleh tekanan perasaan dan ianya sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah stress mental dan fizikal. 8. Senaman membantu menguatkan otot jantung, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan beban kerja jantung. Dengan melakukan senaman, otot jantung dan paru-paru akan menjadi lebih cekap untuk berfungsi lebih pantas, mempunyai kekuatan, kelembutan dan daya tahan yang sangat baik bagi melakukan kerja-kerja seperti berulang-alik ke masjid di Makkah dan di Madinah dan juga berjalan untuk melontar di Jamrat di hari-hari tasyrik sejauh lebih kurang 8 kilometer (pergi dan balik). 9. Mengekalkan pergerakkan di kalangan warga tua, menjadikan mereka mudah bergerak kesana kemari dan melakukan sesuatu kerja dengan lebih mudah dan selesa seperti dalam ibadat haji. 10. Bertekadlah untuk bersenam dan bersenamlah dengan tetap. 11. Dapatkan nasihat doktor sebelum dan selepas senaman jika ada masalah kesihatan.

MAKANAN (DIET) Makanan adalah penting untuk hidup kerana ia adalah sumber tenaga (kalori) dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan untuk tumbesar, bergerak, bermain, bekerja, berfikir, belajar dan beribadat. Untuk mendapatkan zat-zat yang diperlukan oleh badan ia bergantung kepada jumlah dan jenis makanan kita makan setaip hari. Makanan yang sihat mengandungi lebih dari 40 jenis zat-zat makanan dan sejumlah kalori yang diperlukan oleh badan setiap hari untuk kesihatan yang baik. Makanan yang sihat juga membekalkan imbangan karbohidrat, lemak dan protein yang betul bagi mengurangkan

risiko penyakit-penyakit kronik. Makanan begini hanya diperolehi dari pelbagai jenis makanan yang seharusnya menjadi hidangan harian yang segar, seimbang dan lengkap. Amalkan amalan makan yang baik berasaskan garis panduan makanan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Makan pelbagai jenis makanan. Imbangkan makanan yang anda makan dengan aktiviti fizikal. Pilih makanan yang banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Memilih makanan yang mengandungi gula dan garam yang sederhana , makanan yang mengandungi rendah lemak dan rendah kolesterol. 5. Meminum lebih banyak air kosong. 6. Memakan makanan yang bersih dan selamat.

MINUMAN Perlu banyak minum air kosong kerana :1. Keadaan cuaca panas menyebabkan cecair badan banyak hilang melalui pengeluaran peluh. 2. Penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal seperti berjalan. 3. Air sangat penting untuk fisiologi badan kita. 4. Mengekalkan suhu badan. 5. Pengeluaran bahan sisa dari badan. 6. Keperluan harian ialah lebih kurang 2 1/2 liter. 7. Perlu minum air kosong 1 1/2 liter atau 8- 10 gelas sehari (Keperluan 1 liter lagi di perolehi dari makanan harian). 8. Kurangkan pengambilan minuman yang bergula dan bergas atau berkabonat. 9. Minumlah sebelum anda merasa dahaga. 10. Di Tanah Suci teruskan amalan meminum air kosong setiap kali kembali dari masjid atau setelah sampai ke destinasi perjalanan kerana ada kemudahan tandas jika timbul keperluan. Perasaan tidak dapat menahan keinginan untuk membuang air kecil juga berlaku jika meminum Teh O atau meminum air minuman yang panas suhunya sedangkan suhu sekeliling sejuk seperti di waktu pagi atau di musim sejuk.

IMUNISASI (VACINATION) Vaksinasi mencegah daripada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. IMUNISASI WAJIB Vaksin Meningococcal Quadrivalent Semua bakal jemaah haji diwajibkan mendapat suntikan vaksin Anti Meninggococcal Meningitis iaitu "Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135". Meningitis ialah

radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan taraf tunjang yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bacteria. Virus atau bacteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan lansung dengan pembawa atau pengidap Dari saluran pernafasan, ia memasuki saluran darah dan menyebabkan keracunan darah dan ke otak lalu menyebabkan meningitis. Suntikan ini harus diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci dan ianya melindungi selama 3 tahun. IMUNISASI PILIHAN Bakal jemaah haji juga adalah di galakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan seperti: o Vaksin Influenza Suntikan ini boleh diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Influenza secara umumnya dikenali sebagai `flu`, adalah infeksi saluran pernafasan. iaitu menjangkit semua golongan - kanak-kanak dan orang dewasa. Virus Influenza berjangkit dengan menyebar daripada manusia ke manusia semasa pesakit bersin atau batuk. Vaksin influenza selamat bagi kebanyakan orang tetapi vaksin ini tidak boleh diberi kepada mereka yang alergik terhadap telur sebab vaksin Influenza disediakan daripada telur. Suntikan ini boleh diperolehi dari klinik-klinik swasta dan kosnya ditanggung sendiri oleh bakal haji. Jemaah Haji berumur 60 tahun keatas dan mereka yang bermasalah kesihatan iaitu pengidap penyakit kronik seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin dan orang yang lanjut usia amat digalakan mengambil vaksin influenza. o Vaksin Pneumokokus 23 - valent Vaksin ini mencegah dari penyakit Pnemonia iaitu sejenis jangkitan serius di bahagian peparu yang disebabkan oleh bacteria atau virus. Penyakit ini merupakan penyakit utama dikalangan kanak-kanak dan warga tua.

WANITA 1. Kedatangan Haid Tiada jadi masalah ketika kedatangan haid kecuali sewaktu tawaf dan saie. Jangan lupa membawa bekalan "sanitary pad" untuk kegunaan di Tanah Suci. 2. Pengambilan ubat hormon

Untuk bakal haji wanita yang ingin memberhentikan haidnya dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat hormon. Dinasihatkan juga, pengambilan ubat ini dimulakan sebulan sebelum bertolak ke Tanah Suci agar dapat membiasakan diri dengan ubat hormon yang diambil dan jika tidak sesuai lebih baik tidak diambil. Bakal haji wanita yang mengalami masalah haid juga di nasihatkan berjumpa dengan Pakar Obstetrik Dan Ginekologi sebelum berangkat ke Tanah Suci. 3. Ubat penahan sakit Bagi bakal jemaah haji wanita yang sering menghadapi masalah sakit ketika kedatangan haid, dinasihatkan membawa bekalan ubat penahan sakit yang diamalkan jika perlu.

BAHAYA MEROKOK Sekiranya anda seorang perokok, berhentilah merokok dari sekarang. Ini mesti dilakukan dengan kerelaan sendiri. Merokok berkait rapat dengan tiga sebab kematian teratas di Malaysia : 4. Penyakit Jantung Koronari. 5. Kanser paru-paru. 6. Strok (Angin Ahmar). LAIN-LAIN BAHAYA MEROKOK o o o o o o o Cepat penat / semput nafas (tidak sesuai untuk melakukan ibadat haji) Gastrik Hilang tenaga (merokok menyebabkan kurang nafsu makan) Ketagihan (Bahan nikotin) Masalah mati pucuk Mulut berbau Punca kebakaran

Mulai musim haji 1422H pihak Tabung Haji telah mengadakan penguatkuasaan Larangan Merokok di Bangunan Kediaman Jemaah Haji di Tanah Suci.

SEMASA DI TANAH SUCI Kebanyakan jemaah haji menghadapi tekanan kerana perubahan cuaca, kepadatan penduduk di Kota Makkah dan aktiviti-aktiviti ibadah haji. Jemaah haji dinasihatkan: 1. Sentiasa bersabar 2. Pakaian berwarna putih dan tidak tebal adalah sesuai jika cuaca panas.

3. Elak dari terdedah kepada cuaca sejuk dengan memakai pakaian tebal, berstokin dan menutup kepala jika cuaca terlalu sejuk khususnya ketika di Madinah. 4. Tutuplah mulut dan hidung dengan 'mask', serban atau tudung kepala yang nipis apabila berada di kawasan berdebu. 5. Teruskan amalan meminum air kosong setiap kali pulang dari masjid atau berjalan. Perlu minum 2-3 liter sehari khususnya apabila hawa panas. Perasaan tidak dapat menahan keinginan untuk membuang air kecil boleh berlaku dalam suasana berikut: 6. Meminum teh O (selepas 1-2 jam) 7. Meminum air yang panas suhunya sedangkan suhu sekeliling sejuk seperti di waktu pagi atau di musim sejuk. 8. Penggunaan kipas dan alat pendingin hawa secara berterusan. 9. Makan makanan yang berzat termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran. 10. Cuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas. 11. Kerjakan ibadat sunat setakat mana keadaan kesihatan mengizinkan. 12. Sekiranya batuk dan selsema yang ringan, selepas 24jam jika tidak beransur baik, segeralah ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi teruk. 13. Elakkan berada ditempat awam sewaktu sesak.

Rawatan Di Tanah SuciBagaimana Hendak Mendapatkan Rawatan Sekiranya Anda Sakit Di Tanah Suci

Memberitahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah/rakan sebilik (saudara mara) supaya menghantar anda ke klinik Maktab/Zon yang berhampiran untuk menerima rawatan awal. Menunggu ketibaan Pasukan Peronda Perubatan datang (sekiranya boleh tunggu dan anda tidak boleh berjalan). Pergi ke Klinik Maktab/Zon yang disediakan di tempat kediaman anda. Jika berlaku kecemasan di luar tempat kediaman segera ke Pejabat TH/Klinik Malaysia yang berhampiran.

Waktu Klinik7.00 pagi 5.00 petang hingga hingga 12.00 tengahari 10.00 malam RAWATAN KECEMASAN DIBUKA 24 JAM

Hospital Arab Di Tanah Suci

>Rombongan Perubatan di Tanah Suci saling bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kesihatan Arab Saudi dalam urusan kes penyakit berjangkit dan rawatan pesakit yang dirujuk ke Hospital Arab. Jika terdapat jemaah haji tenat yang memerlukan bantuan alat khas, pesakit akan dirujuk ke Hospital Arab di Makkah, Madinah atau Jeddah (jika keadaan memerlukan). Pesakit yang berada di Hospital Arab akan dilawat oleh Pegawai Perhubungan Hospital dan Doktor Rombongan Perubatan Malaysia untuk mengetahui perkembangan pesakit. Mereka yang telah pulih akan dibawa pulang ke Maktab/Zon masing-masing.

Kemudahan dan Perkhidmatan Yang Terdapat Di Hospital/Klinik Tabung Haji Di Tanah Suci

Alamat Hospital/Klinik

PerbelanjaanPerbelanjaan Haji adalah jumlah wang yang perlu dicukupkan oleh setiap jemaah haji untuk pembayaran dan perbelanjaan berikut :

Pasport Haji Tambang kapal terbang pergi balik Perkhidmatan pihak-pihak berwajib di Arab Saudi yang mengendalikan jemaah haji iaitu Muassasah Mutawwif di Makkah, Muassasah Adillak di Madinah dan wakil-wakil bersatu di Jeddah Sewa rumah penginapan di Makkah dan Madinah. Pengangkutan bas bagi perjalanan di Tanah Suci Makan-minum di Arafah dan Mina Khemah di Arafah dan Mina Bakal-bakal Haji dikehendaki mencukupkan jumlah Perbelanjaan Hajisemasa bersesuaian dengan tahun pilihan mereka (sila rujuk kadar Wang Perbelanjaan Haji (WPH) tahun berkenaan. Pada musim haji 1428 Hijrah / 2007 Masihi kadar Wang Perbelanjaan Haji (WPH) yang ditetapkan adalah seperti berikut:NEGERI UMUR SEMENANJUNG MALAYSIA SABAH SARAWAK 15 tahun ke atas RM8,973.00 RM9,054.00 RM9,096.00 2 hingga 15 tahun RM7,943.00 RM8,024.00 RM8,066.00 2 tahun kebawah RM15.00 RM15.00 RM15.00 Walau bagaimanapun, TH menanggung perbelanjaan lain-lain perkhidmatan yang diberi seperti berikut:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. SEBAHAGIAN BAYARAN MAKAN DI TANAH SUCI. GELANG TANGAN. BUKU IBADAT HAJI. RISALAH KESIHATAN. BUKU PANDUAN PERJALANAN JEMAAH HAJI. KURSUS HAJI. MAKAN DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KING ABDUL AZIZ (KAAIA). 8. INSURAN TAKAFUL. 9. AIR ZAM-ZAM 5 LITER.

Penerbangan

Jadual Penerbangan Haji adalah surat makluman butir-butir penerbangan pergi dan balik bagi setiap jemaah haji. Ia dikirimkan dalam tempoh dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri. Pada masa ini TH mengendalikan penerbangan haji daripada lapangan terbang :

KLIA Kuala Lumpur - urusan pemeriksaan masuk di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya Bayan Lepas, Pulau Pinang - urusan pemeriksaan masuk di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas Senai, Johor Kota Kinabalu, Sabah - urusan pemerikasaan masuk di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu Kuching, Sarawak Alor Setar - penerbangan sektor Alor Setar - Jeddah melalui KLIA

Perkhidmatan Di Tanah Air

Pendaftaran haji Bimbingan jemaah haji Panduan dan pemeriksaan kesihatan jemaah Alokasi penerbangan Penerbangan pergi dan balik jemaah haji

Perkhidmatan Di Tanah Suci Perkhidmatan di Tanah Suci merangkumi perkhidmatan berikut:1. Perkhidmatan Kebajikan 2. Perkhidmatan Perubatan

Perkhidmatan Kebajikan Sambutan di KAAIA Jeddaho o o o

Membantu jemaah haji dalam urusan imigresen/kastam Peruntukan Maktab Pemberian makanan Pengurusan bas ke Madinah/Makkah

Madinaho o o o o o o

Sambutan di Al-Hijrah/lapangan terbang/zon Pengurusan jemaah haji di Zon Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan Penyelarasan urusan ziarah Bimbingan haji/ziarah Pengeluaran wang di ibu pejabat dan zon Kaunseling

o o o o o o

Pendaftaran kematian Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/barang hilang Pakar rujuk ibadat haji Urusan makan/minum Urusan keberangkatan ke Makkah Urusan keberangkatan pulang ke Malaysia

Makkaho o o o o o o o o o o o

Sambutan jemaah haji di maktab Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan Bimbingan haji Membantu di dalam urusan bayaran dam/korban Menguruskan keberangkatan jemaah haji ke Arafah dan Mina Pengeluaran wang di ibu pejabat dan maktab Kaunseling Pendaftaran kematian Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/hilang Pakar rujuk ibadat haji Pengesahan/pertukaran penerbangan Pengurusan ziarah/lawatan kepada pesakit dengan mengadakan kemudahan perkhidmatan bus shuttle ke hospital untuk anggota keluarga pesakit

Arafah/Minao o o o o o o

Sambutan ketibaan jemaah haji Menguruskan kemasukan jemaah haji ke khemah-khemah Rondaan ke khemah Aduan/pertanyaan/jemaah sesat Bimbingan dan pakar rujuk Pendaftaran kematian Memantau urusan makan/minum yang diuruskan oleh pihak Muassasah

Syarat Wajib Haji/Umrah

Rukun Dan Wajib Haji

Rukun dan Wajib Umrah

Bercukur/Bergunting

Niat Ihram Haji Di Miqat

Larangan Dalam Masa Ihram

Larangan Dalam Ihram

Haji Tamatu

Haji Ifrad

Haji Qiran

DamTa'rif Dam ialah binatang ternakan al-an'am seperti unta, lembu, kambing atau kibas yang disembelih atau gantinya daripada makanan atau puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji atau umrah di atas sebab-sebab tertentu.

DAM IHSAR

DAM TERTIB DAN TAQDIR

DAM TERTIB DAN TA'DIL

DAM TAKHYIR DAN TA'DIL

DAM TAKHYIR DAN TAQDIR

Cara Mengerjakan Umrah

Tawaf Wada'

Ziarah Madinah

Agensi Pelancongan Pengelola Jemaah Haji 1428H Agensi pelancongan yang dilesenkan sebagai pengelola jemaah haji bagi musim haji 1428H Syarat-syarat penerimaan tawaran perkhidmatan haji oleh Pengelola Jemaah Haji 1426HPemilihan Jemaah Pemilihan sebagai jemaah haji adalah tertakluk kepada kuota haji (kuota yang dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi) Pembatalan Bagi jemaah haji yang membatalkan pemergian ke tanah suci, urusan mendapatkan semula Wang Perbelanjaan Haji yang telah dibayar kepada pengelola jemaah haji adalah urusan jemaah haji sendiri Bertukar Pengelola Jemaah Haji Jemaah haji tidak dibenarkan sama sekali membuat pertukaran pengelola jemaah haji Penarikan Diri Jemaah yang menarik diri daripada mengikut pengelola jemaah haji dan memohon semula mengikut kaedah Tabung Haji Muassasah hanya akan dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Jemaah haji mencukupkan semua Wang Perbelanjaan Haji Tabung Haji Jemaah haji tidak boleh memilih penerbangan Permohonan dikategorikan sebagai pendaftaran lewat dan tertakluk kepada kekosongan penerbangan catar Tabung Haji

Perkhidmatan yang disediakan / diselaraskan oleh Tabung Haji1. Pasport Haji 2. Penerbangan catar haji 3. Perkhidmatan Muassasah Asia Tenggara dan Zamzami di Makkah, Muassasah Adillak di Madinah, Wakil Bersekutu di Jeddah serta upah mengangkat bagasi 4. Khemah dan makan minum di Arafah dan Mina 5. Pengangkutan bas dari Jeddah ke Madinah / Makkah / Arafah / Muzdalifah / Mina /Makkah dan balik ke Jeddah 6. Buku Panduan Ibadat Haji

7. Kursus Haji - Pejabat Daftar Haji akan memberitahu tarikh, masa, tempat kursus haji diadakan kepada semua bakal haji yang terpilih dalam kuota haji dan di dalam senarai 'standby' 8. Pemeriksaan kesihatan - Pejabat Daftar Haji akan menghubungi bakal-bakal haji yang terpilih dalam bulan Sya'ban untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin Anti Meningitis. Bakal haji perlu membeli Buku Rekod Rawatan di Pejabat Daftar Haji dengan harga RM3 senaskhah. Bakal haji yang tidak lulus pemeriksaan kesihatan akan ditangguhkan pemergiannya ke Tanah Suci sehingga disahkan oleh doktor bahawa kesihatannya pulih dan boleh menunaikan haji 9. Tanda pengenalan diri - Pejabat Daftar Haji akan menyerahkan Gelang Pengenalan Haji dan lencana nama kepada bakal haji yang terpilih pada tahun ini mengikut jadual yang diaturkan 10. Perkhidmatan Kebajikan dan Perubatan di Tanah Suci 11. Pengeluaran wang di tanah suci - Setiap bakal haji digalakkan menyediakan wang dengan jumlah berpatutan untuk memenuhi sebarang keperluan selain daripada perbelanjaan makan minum yang disediakan oleh Tabung Haji / Pakej / Swasta. Wang ini boleh dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji untuk dikeluarkan semasa berada di Makkah dan Madinah 12. Tabung Haji juga menyediakan kemudahan menyempurnakan dam dan korbanAgensi

Alif Travel & Tours Sdn. Bhd. 20-4A, Level 4, Subang Jaya Business Centre Jln. USJ 9/5T, 47620, Selangor Telefon : 03 - 8600 1000 Faks: 03 - 8600 2000 e-mel: [email protected] Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. No. 9-1 Wisma Andalusia, Off Jalan Belangkas, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 9283 1588 Faks: 03 - 9283 7566 e-mel:[email protected] Agensi Pengembaraan Asari Murni Wisma Asari Murni, 114 Kompleks Sultan Abdul Hamid Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar, Kedah Telefon : 04 - 7722 Faks : 04 - 7724 227 e-mel :[email protected] Asia Oriental Travel Sdn. Bhd. No. 3, Lorong Raja Uda 2, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 2692 6808

Faks : 03 - 2692 1808 e-mel : [email protected] Ash-Har Travel & Tours Sdn. Bhd. 21-B, Tingkat 1, Bangunan IKTISAD, Jalan Dato' Pati 15000 Kota Bharu, Kelantan Telefon : 09 - 743 7050 Faks : 09 - 744 8050 e-mel: [email protected] Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. Lot 903, Tingkat 1, Bangunan PKDK Jalan Dato Pati, 15000 Kota Bharu,Kelantan Telefon : 09 - 744 7652 Faks : 09 - 744 7500 e-mel: [email protected] Cantumas Travel & Tours Sdn. Bhd. No. 12, Wisma Cantumas, Jalan Bukit Setiawangsa Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 4251 6588 Faks: 03 - 4251 7588 e-mel: [email protected] Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. F1, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan Telefon : 09 - 747 2431 Faks : 09 - 748 4707 e-mel: [email protected] C.S. Holidays Sdn. Bhd. No. 374, Tingkat Mezzanine, Wisma CS Holidays Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 2697 0800 Faks : 03 - 2697 0810 e-mel: [email protected] FB Travels Sdn. Bhd. Wisma FELCRA Lot. PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya 53300 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 4143 3655 Faks : 03 - 4149 3655 e-mel : [email protected]

Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd. No. 1-3, Medan Muamalat, Wisma Sara Km.8, Jalan Ampang 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan Telefon :03 - 4256 4133 Faks : 03 - 4252 4122 e-mel : [email protected] Hidayah Travel & Tours Sdn. Bhd. 2753-B, Jalan Changkat Permata, Taman Permata 53300 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 4106 3151 Faks : 03 - 4106 6834 e-mel : [email protected] ITT Travel & Tours Sdn. Bhd. 7447A Tingkat 1, Bangunan Haji Wahab Batu 2 1/2, (Km. 4) Jalan Semabok 75050 Melaka Telefon : 06 - 281 4806 Faks : 06 - 281 4805 e-mel : [email protected] Al-Nile Tour Travel Sdn. Bhd. No 15, Tingkat 1,Shahab Perdana Jalan Shahab 3, Jalan Sultanah Sambungan 05350 Alor Star, Kedah Darul Aman Telefon : 04 - 733 4023 Faks : 04 - 733 7528 e-mel : [email protected] KAA Travel & Tours Sdn. Bhd. 4th Floor, Wisma SPK, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 2148 0604 Faks : 03 - 2148 0641 e-mel : [email protected] www.kaatravel.com KAWAKIB Travel Sdn. Bhd. Tingkat 1, Lot 25, Wisma Serangkai, Jalan Sulaimani, 24000 CHUKAI, Terengganu Darul Iman Telefon : 09 - 858 4332 Faks : 09 - 868 3579 emel : [email protected]

KSB Travel & Tours Sdn. Bhd. Darul KSB, No. 15 Jalan 1/76 Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 9283 0576 Faks : 03 - 9283 0930 e-mel : [email protected] www.ksbtt.com Kuppena Travel & Tours Sdn. Bhd. No. 312 Tingkat Bawah, Lee Ling Commercial Centre Batu 4, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak Telefon : 082 - 646 655 Faks : 082 - 647 653 e-mel : [email protected] Lintas Travel Services Sdn. Bhd. No. 2-2, Jalan 1/76D Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 9287 2828 Faks : 03 - 9287 2323 e-mel : [email protected] Misbah Travel & Tours Sdn. Bhd. 100A, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail 60000 KUALA LUMPUR Telefon : 03 - 7728 3663 Faks : 03 - 7728 4802 e-mel : [email protected] Mitra Kembara Sdn. Bhd. Lot CA, 107B, Tingkat 4, City Square Centre 182, Jalan Tun Razak, 50400 KUALA LUMPUR Telefon: 03 - 2164 6606 Faks : 03 - 2164 6607 e-mel : [email protected] Perpel Travel & Tours Sdn. Bhd. No. 444, Jalan Kamarudin Terengganu Darul Iman Telefon : 09 - 622 2700 Faks : 09 - 622 0071 e-mel : [email protected]

Rayhar Travels Sdn. Bhd. No. 1341-1, Di Hadapan Sek. Men. Sultan Ismail, Kampung Besut, 24000 Kemaman Terengganu Darul Iman Telefon : 09 - 858 3942 Faks : 09 - 859 2472 e-mel : [email protected] www.rayhar.com Smas Travel Sdn. Bhd. Suite 3 & 3A, Level 2, Block 3B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 2272 2000 Faks : 03 - 2273 2211 e-mel : http:///www.smastravels.com.my Syarikat Rahman Brothers Travel & Tours Sdn. Bhd. 65-A, Jalan Meranti Merah, Taman Melodies 80250 Johor Bahru, Johor Darul Takzim Telefon : 07 - 333 1173 Faks : 07 - 332 1321 e-mel : [email protected] Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd. Lot 195-A, Tingkat 1, Jalan Bayam 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim Telefon : 09 - 744 3136 Faks : 09 - 748 6585 e-mel : [email protected] Harom Fast Travel Sdn. Bhd. Lot 1.14 - 1.16, 1st. Floor Bangunan Angkasa Raya Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 2148 9930 Faks : 03 - 2148 9914 e-mel : [email protected] TM Tours & Travel Sdn Bhd 41, Tingkat 1, Jalan Tun Tan Siew Sin 50050 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 2026 7693 Faks : 03 - 2026 7692 e-mel : [email protected] www.tmtours.com.my

Utas Travel & Tours Sdn. Bhd. 8668/1, Kompleks Perniagaan PKNM 78000 Alor Gajah, Melaka Telefon : 06 - 556 2845 Faks : 06 - 556 2398 e-mel : [email protected] www.utastravel.com.my Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. No. 11A-1, Jalan Singa E 20/E, Seksyen 20 40000 Shah Alam Selangor Telefon : 03 - 5549 1549 Faks : 03 - 5548 0022 e-mel : [email protected] www.zahafiz.com Felda Travel Sdn. Bhd. Ground Floor, FELDA (CITI) Jalan Maktab 6, Off Jalan Perumahan Gurney 54000 Kuala Lumpur Telefon : 03 - 2698 3833 Faks : 03 - 2698 7133 e-mel : [email protected] Tiram Travel Sdn. Bhd. 42A/B, Plaza Kota Raya Level Abdullah Ibrahim 80000 Johor Bahru, Johor Telefon : 07 - 2244 533 Faks : 07 - 2236 019 e-mel : [email protected] Putra Nilai Holiday Services Sdn Bhd 757708 (KKKP 4819) Suite 111-2B, Jalan 3 Batu Caves Centrepoint, 68100 Batu Caves. Tel. +603 6185 2342 Fax. +603 6187 5346 Associate Office: Tel. +603 6125 1309 Fax. +603 6125 1311 Email. [email protected] http://putranilaiholiday.blogspot.com/2008_06_01_archive.html

Pakej Haji Bersama Ustaz Mohd Rozalie dengan kerjasama CS Holidays Pakej Haji 1429H :CSE 1 RM 15, 790.00* (4 - 5 orang sebilik) CSE 2 RM 16,090.00* (3 - 4 orang sebilik) CSE 3 RM 21, 490.00* (2 orang sebilik) Tempat Penginapan:MAKKAH: Hotel Najd (+- 150 meter dari Masjidil Haram) MADINAH: Hotel Fayroz / Ansar Garden (+- 150 meter dari Masjidil Nabawi) *Harga Pakej adalah tertakluk kepada pindaan dari syarikat penerbangan, Hotel, Visa dan tukaran matawang asing, tanpa sebarang notis. SYARAT & KELAYAKAN BAKAL JEMAAH HAJI 1429H - Telah mendaftar dengan Tabung Haji dan terpilih untuk menunaikan Haji bagi tahun 2008M / 1429H - WANG DEPOSIT (RM 2,000.00 seorang dibayar semasa mendaftar) - Baki penuh hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 30 Ogos 2008 - Tarikh tutup pendaftaran: Pada atau sebelum 1 Ogos 2008. * NOTA: Harga dan jadual tertakluk pada sebarang pindaan tanpa sebarang notis pemberitahuan. UNTUK TEMPAHAN & KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:1. Aznida - 017 465 2416 2. Eskandar - 019 617 1818 3. Kamarul - 019 242 9886 4. Mohd Fuad - 019 284 6580 5. Ust. Mohd Rozalie - 019 276 9972