kumpulan utama 9: pekerjaan asas

21
MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 363 Kumpulan Utama 9: PEKERJAAN ASAS Pekerja asas menjalankan tugas yang mudah dan rutin yang biasanya memerlukan penggunaan perkakas tangan dan dalam sesetengah keadaan memerlukan tenaga fizikal yang banyak. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran tahap pertama. Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut: 91 PENCUCI DAN PEMBANTU 92 BURUH PERTANIAN, PERHUTANAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN 93 BURUH PERLOMBONGAN, PEMBINAAN, PEMBUATAN, DAN PENGANGKUTAN 94 PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN 95 PEKERJA JUALAN DAN PERKHIDMATAN TEPI JALAN DAN PEKERJA YANG BERKAITAN 96 PEMUNGUT SAMPAH DAN PEKERJA ASAS LAIN 91 PENCUCI DAN PEMBANTU Pencuci dan pembantu menjalankan pelbagai tugas di rumah persendirian, hotel, pejabat, hospital, dan pertubuhan lain, dan juga di dalam pesawat udara, gerabak keretapi, trem, dan kenderaan yang seumpamanya bagi memastikan bahagian dalam dan lekapan sentiasa bersih, atau mereka mencuci dan mensterika pakaian dengan tangan. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 911 PENCUCI DAN PEMBANTU RUMAH, HOTEL, DAN PEJABAT 912 PENCUCI KENDERAAN DAN TINGKAP, PEKERJA DOBI, DAN PEKERJA PENCUCIAN TANGAN YANG LAIN 911 PENCUCI DAN PEMBANTU RUMAH, HOTEL, DAN PEJABAT Pencuci dan pembantu rumah, hotel, dan pejabat, menyapu, memvakum, mencuci, menggilap, menguruskan linen rumah, membeli barang keperluan rumah, menjalankan pelbagai tugas bagi memastikan bahagian dalam dan lekapan di hotel, pejabat, dan pertubuhan lain serta pesawat udara, kereta api, bas, dan kenderaan seumpamanya sentiasa bersih dan kemas. 9111 PENCUCI DAN PEMBANTU RUMAH Pencuci dan pembantu rumah, menyapu, memvakum, mencuci, menggilap, menguruskan linen rumah, membeli barang keperluan rumah, menyediakan makanan, menghidang makanan, dan menjalankan pelbagai kerja rumah yang lain.

Upload: duongphuc

Post on 12-Jan-2017

321 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 363

Kumpulan Utama 9:

PEKERJAAN ASAS Pekerja asas menjalankan tugas yang mudah dan rutin yang biasanya memerlukan penggunaan perkakas tangan dan dalam sesetengah keadaan memerlukan tenaga fizikal yang banyak. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan utama ini memerlukan kemahiran tahap pertama. Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut: 91 PENCUCI DAN PEMBANTU 92 BURUH PERTANIAN, PERHUTANAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN 93 BURUH PERLOMBONGAN, PEMBINAAN, PEMBUATAN, DAN

PENGANGKUTAN 94 PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN 95 PEKERJA JUALAN DAN PERKHIDMATAN TEPI JALAN DAN PEKERJA

YANG BERKAITAN 96 PEMUNGUT SAMPAH DAN PEKERJA ASAS LAIN 91 PENCUCI DAN PEMBANTU Pencuci dan pembantu menjalankan pelbagai tugas di rumah persendirian, hotel, pejabat, hospital, dan pertubuhan lain, dan juga di dalam pesawat udara, gerabak keretapi, trem, dan kenderaan yang seumpamanya bagi memastikan bahagian dalam dan lekapan sentiasa bersih, atau mereka mencuci dan mensterika pakaian dengan tangan. Kumpulan sub-utama ini terdiri daripada kumpulan kecil yang berikut: 911 PENCUCI DAN PEMBANTU RUMAH, HOTEL, DAN PEJABAT 912 PENCUCI KENDERAAN DAN TINGKAP, PEKERJA DOBI, DAN PEKERJA

PENCUCIAN TANGAN YANG LAIN 911 PENCUCI DAN PEMBANTU RUMAH, HOTEL, DAN PEJABAT Pencuci dan pembantu rumah, hotel, dan pejabat, menyapu, memvakum, mencuci, menggilap, menguruskan linen rumah, membeli barang keperluan rumah, menjalankan pelbagai tugas bagi memastikan bahagian dalam dan lekapan di hotel, pejabat, dan pertubuhan lain serta pesawat udara, kereta api, bas, dan kenderaan seumpamanya sentiasa bersih dan kemas. 9111 PENCUCI DAN PEMBANTU RUMAH Pencuci dan pembantu rumah, menyapu, memvakum, mencuci, menggilap, menguruskan linen rumah, membeli barang keperluan rumah, menyediakan makanan, menghidang makanan, dan menjalankan pelbagai kerja rumah yang lain.

Page 2: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 364

Tugas merangkumi:

menyapu, memvakum, menggilap dan mencuci lantai dan perabot, atau mencuci tingkap dan lekapan lain;

mencuci, menseterika, dan membersihkan linen dan tekstil lain; mencuci pinggan mangkuk; menyedia, memasak, dan menghidangkan makanan dan minuman; membeli makanan dan pelbagai barang keperluan rumah yang lain; membersihkan, menyahjangkit, dan menyahbau dapur, bilik air, dan tandas; membersihkan tingkap dan permukaan kaca yang lain; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

91111 Pembantu, domestik 91112 Pencuci pakaian (wanita), rumah 91113 Pencuci, domestik 91114 Jurukemas domestik 91115 Pekerja pencucian, domestik

9112 PENCUCI DAN PEMBANTU DI PEJABAT, HOTEL, DAN PERTUBUHAN LAIN Pencuci dan pembantu di pejabat, hotel, dan pertubuhan lain menjalankan pelbagai kerja pembersihan bagi memastikan bahagian dalam dan lekapan di hotel, pejabat, dan pertubuhan lain serta pesawat udara, kereta api, bas, dan kenderaan seumpamanya sentiasa bersih dan kemas. Tugas merangkumi:

menyapu, memvakum, mencuci, dan menggilap lantai, perabot, dan lekapan lain di dalam bangunan, koc, bas, trem, kereta api, dan pesawat udara;

mengemas tempat tidur, membersihkan bilik air, membekalkan tuala, sabun, dan barang yang berkaitan;

membersihkan dapur dan biasanya membantu membuat kerja dapur, termasuk membasuh pinggan mangkuk;

mengutip sampah, mengosongkan tong sampah, dan membawa sampah ke tempat sampah untuk dipungut;

menjalankan tugas yang berkaitan. Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

91121 Pengemas bilik 91122 Porter, hotel/bellman 91123 Pencuci, pinggan mangkuk/tangan 91124 Tukang cuci, hotel/kelab/kafe 91125 Tukang bancuh air

Page 3: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 365

912 PENCUCI KENDERAAN DAN TINGKAP, PEKERJA DOBI, DAN PEKERJA PENCUCIAN TANGAN YANG LAIN

Pencuci kenderaan dan tingkap, pekerja dobi dan pekerja pencucian tangan yang lain membersihkan tingkap, almari pameran, atau permukaan lain pada bangunan atau kenderaan dan menseterika, mendobi, atau mencuci kering linen dan tekstil lain dengan tangan. 9121 TUKANG DOBI DAN TUKANG SETERIKA (TANGAN) Tukang dobi dan tukang seterika pakaian menseterika atau mencuci kering linen dan tekstil lain dengan tangan. Tugas merangkumi:

mencuci dan menseterika linen, pakaian, fabrik, dan barang seumpamanya dengan tangan di kedai dobi atau pertubuhan lain;

membersihkan pakaian, fabrik, barang kulit, dan barang yang seumpamanya dengan tangan dan larutan kimia, di kedai cucian kering atau pertubuhan lain;

mengganti butang dan membuat kerja membaik pulih yang mudah; meletakkan barang di atas rak dan menggantung barang untuk penghantaran dan

pengambilan; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

91211 Pekerja dobi dan pencucian kering 91212 Tukang seterika 91213 Tukang cuci pencucian kering, tangan 91214 Penekan seterika

9122 PENCUCI KENDERAAN Pencuci kenderaan membasuh, membersihkan, dan menggilap kenderaan. Tugas merangkumi:

membersihkan, membasuh, dan menggilap kereta dan kenderaan lain dengan tangan atau mesin;

memvakum bahagian dalam kenderaan dan mencuci kering permaidani dan pelapik; menggunakan agen pencuci untuk menghapuskan kesan kotoran daripada bahagian dalam

kenderaan; membasuh tayar, lengkung roda, dan tayar yang kotor; mencuci dan menggilap tingkap kenderaan; mengosongkan dan membersihkan kompartmen di dalam kenderaan; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

91221 Tukang cuci, bas/dalaman 91222 Tukang cuci, kenderaan

Page 4: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 366

91223 Tukang cuci, pesawat 91224 Operator, autogilap 91225 Tukang cuci, bangunan 91226 Pemerinci kereta

9123 PENCUCI TINGKAP Pencuci tingkap mencuci dan menggilap tingkap dan pemasangan kaca yang lain. Tugas merangkumi:

mencuci tingkap atau permukaan kaca yang lain dengan air atau pelbagai larutan, mengeringkan dan menggilapnya;

menggunakan tangga, perancah berbuai, kerusi serang, trak timba hidraulik, dan kelengkapan lain untuk sampai ke tingkap di bangunan bertingkat dan membersihkannya;

memilih cara membersih atau menggilap yang sesuai; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

91231 Tukang cuci, tingkap 9129 PEKERJA PENCUCIAN YANG LAIN Pekerja pencucian yang lain membersihkan tingkap, bahan, dan objek seperti permaidani, dinding, kolam renang, dan menara pendinginan dengan menggunakan kelengkapan dan pencuci kimia yang khas. Tugas merangkumi:

membersihkan permaidani dan perabot upholsteri dengan menggunakan mesin dan alat tambahannya;

memilih dan menggunakan agen pencuci untuk menghapuskan kesan kotoran pada permaidani;

merawat permaidani dengan kimia pencegah tanah dan deodoran serta mengawal perosak; membersihkan dinding batu, permukaan dan fasia logam dengan menggunakan pencuci air

tekanan tinggi dan pelarut; menggunakan kaedah kimia dan pencucian tekanan tinggi untuk menghapuskan

mikroorganisma daripada sistem air dan penurasan, serta menggunakan vakum basah dan kelengkapan penyedut lain untuk menyedut kerak, kotoran yang terkumpul, dan enapan lain di kolam renang dan di komponen dan saliran menara pendinginan;

menjalankan tugas yang berkaitan. Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

91291 Pekerja, rencam dan kelengkapan dandanan diri 91292 Pekerja, pelbagai (pencucian) 91293 Operator, pencucian 91294 Tukang cuci permaidani 91295 Tukang cuci kolam renang

Page 5: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 367

91296 Tukang cuci grafiti 92 BURUH PERTANIAN, PERHUTANAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN Buruh pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan biasanya menjalankan tugas yang mudah dan rutin dalam perladangan, perhutanan, perikanan, perburuan, atau penjeratan yang memerlukan peralatan tangan yang mudah dan biasanya tenaga fizikal yang banyak. Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut: 921 BURUH PERTANIAN, PERHUTANAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN 921 BURUH PERTANIAN, PERHUTANAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN Buruh pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan biasanya menjalankan tugas yang mudah dan rutin dalam perladangan, perhutanan, perikanan, perburuan, atau penjeratan yang memerlukan peralatan tangan dan biasanya tenaga fizikal yang banyak. 9211 BURUH LADANG TANAMAN Buruh ladang tanaman membantu kerja ladang dengan melakukan pelbagai tugas perladangan yang mudah. Tugas merangkumi:

menggali dan menyodok untuk membersihkan parit atau untuk tujuan lain; memuatkan dan memunggah pelbagai tanaman dan bahan lain; mencakar, melonggokkan, dan menyusun rumput kering; menyiram dan merumput; memetik buah-buahan, sayur-sayuran, dan pelbagai tanaman; membantu kerja menanam, menuai, dan kerja am di ladang; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

92111 Pekerja kebun 92112 Pekerja, estet/ladang 92113 Pekerja, pembajaan 92114 Pekerja kebun, sayur-sayuran

9212 BURUH LADANG TERNAKAN Buruh ladang ternakan membantu kerja penternakan dengan melakukan pelbagai tugas ladang yang mudah.

Page 6: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 368

Tugas merangkumi:

menggali dan menyodok untuk membersihkan parit atau untuk tujuan lain; mencakar, melonggokkan, dan menyusun rumput kering; menyiram dan merumput; memberi makan dan minum, dan membersihkan haiwan serta memastikan kandang

haiwan bersih; menjalankan kerja berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

92121 Pemungut telur ayam 92122 Pembersih ladang ternakan 92129 Pekerja ladang ternakan

9213 BURUH LADANG CAMPURAN TANAMAN DAN TERNAKAN Buruh ladang campuran tanaman dan ternakan membantu kerja ladang dengan melakukan pelbagai tugas perladangan yang mudah. Buruh ladang ternakan membantu kerja penternakan dengan menjalankan pelbagai tugas ladang ternakan yang mudah. Tugas merangkumi:

menggali dan menyodok untuk membersihkan parit atau untuk tujuan lain; memuatkan dan memunggah pelbagai tanaman dan bahan lain; mencakar, melonggokkan dan menyusun rumput kering; menyiram dan merumput; memetik buah-buahan, sayur-sayuran, dan pelbagai tanaman; membantu kerja menanam, menuai, dan kerja am di ladang; memberi makan, memberi minum, dan membersihkan haiwan dan memastikan kandang

haiwan bersih; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

92131 Pembantu, kebun 9214 BURUH KEBUN DAN HORTIKULTUR Buruh kebun dan hortikultur menjalankan pelbagai tugas perkebunan yang mudah. Tugas merangkumi:

menyediakan tanah dan menanam pokok bunga, pokok renek, dan pokok di taman atau kebun awam atau kebun persendirian;

memotong rumput dengan mesin potong rumput tangan atau motor kuasa; merapikan dan mencantas laluan, batas bunga, dan pagar dengan menggunakan gunting

pokok dan peralatan mencantas;

Page 7: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 369

memangkas pokok renek dan pokok untuk membentuk dan meningkatkan pertumbuhan dengan menggunakan pemangkas;

merumput dan menjaga pokok; menyembur pokok renek dan pokok di halaman dengan baja atau racun serangga; mencakar, menyapu, dan membakar daun, rumput, atau sampah; menyiram halaman dan pokok dengan menggunakan hos, penyiram, atau dengan sistem

perenjis pegun atau boleh alih; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

92141 Tukang kebun 92142 Pemotong rumput 92143 Pemotong pokok 92144 Pekerja penyelenggaraan padang permainan 92145 Pekerja, padang golf 92146 Buruh, landskap

9215 BURUH PERHUTANAN Pekerja perhutanan menjalankan pelbagai tugas perhutanan, perburuan, dan penjeratan yang mudah. Tugas merangkumi:

menggali lubang untuk menanam pokok; menyusun balak dan kayu; membersihkan semak di kawasan hutan; membersihkan kawasan pendaratan di tapak pembalakan; menggali lubang, memasang perangkap, mengawasi, dan menjalankan tugas mudah yang

lain yang berkaitan dengan perburuan dan penjeratan; menjalankan tugas yang berkaitan; menyelia pekerja lain.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

92151 Buruh, perhutanan 92152 Buruh, pemburuan 92153 Buruh, pemerangkapan 92154 Operator, kayu basah

9216 BURUH PERIKANAN DAN AKUAKULTUR Buruh perikanan dan akuakultur menjalankan pelbagai kerja perikanan yang mudah. Tugas merangkumi:

menggali dasar laut dan memberi makan ikan dan moluska yang diternak; menjalankan tugas yang berkaitan.

Page 8: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 370

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

92161 Buruh, perikanan 93 BURUH PERLOMBONGAN, PEMBINAAN, PEMBUATAN, DAN

PENGANGKUTAN Buruh perlombongan, pembinaan, pembuatan, dan pengangkutan menjalankan tugas yang mudah dan rutin dalam perlombongan, pembinaan, pembuatan, dan pengangkutan yang memerlukan penggunaan peralatan tangan dan biasanya tenaga fizikal yang banyak. Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut: 931 BURUH PERLOMBONGAN DAN PEMBINAAN 932 BURUH PEMBUATAN 933 BURUH PENGANGKUTAN DAN PENYIMPANAN 931 BURUH PERLOMBONGAN DAN PEMBINAAN Buruh perlombongan dan pembinaan dan pekerja yang berkaitan menjalankan tugas yang mudah dan rutin yang berkaitan dengan perlombongan atau pembinaan, yang memerlukan penggunaan peralatan tangan dan tenaga fizikal yang banyak. 9311 BURUH PERLOMBONGAN DAN PERKUARIAN Buruh perlombongan dan perkuarian menjalankan tugas yang mudah dan rutin yang berkaitan dengan perlombongan atau perkuarian. Tugas merangkumi:

membasuh tolok pada palung untuk mendapatkan pekatan timah dengan menggunakan dulang;

menyelenggara atau membina pemasangan bawah tanah; mengalihkan sokongan kayu dan keluli dari kawasan kerja yang tidak digunakan di

lombong dan kuari; memuatkan, mengalihkan, mengasingkan, dan menyusun bahan dan bekalan; menggali kapur, tanah liat, kelikir, atau pasir dari lubang yang terbuka; membuang pelbagai halangan seperti yang diarahkan; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

93111 Buruh timba 93112 Buruh, perkuarian

9312 BURUH KEJURUTERAAN AWAM Buruh kejuruteraan awam menjalankan pelbagai tugas rutin yang berkaitan dengan bangunan dan penyelenggaraan jalan, empangan, dan binaan yang seumpamanya.

Page 9: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 371

Tugas merangkumi:

menggali dan mengambus lubang dan parit, meratakan kelikir dan bahan yang berkaitan serta menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan bangunan dan penyelenggaraan landasan kereta api dan jalan;

memuatkan dan memunggah bahan dan kelengkapan pembinaan dan membawanya ke tapak pembinaan;

menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

93121 Buruh, pembinaan 93122 Buruh, penyelenggaraan/empangan

9313 BURUH PEMBINAAN BANGUNAN Buruh pembinaan bangunan menjalankan pelbagai tugas rutin yang berkaitan dengan kerja pembinaan bangunan.

Tugas merangkumi:

membersihkan bata bangunan yang telah digunakan dan membuat kerja lain yang mudah di tapak perobohan;

membuang pelbagai halangan seperti yang diarahkan; memuatkan dan memunggah bahan dan kelengkapan pembinaan dan membawanya ke

tapak pembinaan; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

93131 Pengandar raga 93132 Pekerja, penyelenggaraan 93133 Buruh, penggalian 93134 Pembersih tanah 93135 Pekerja landasan, kereta api 93136 Pekerja rencam pembinaan bangunan 93137 Buruh, perobohan

932 BURUH PEMBUATAN Buruh pembuatan dan pekerja yang berkaitan menjalankan tugas yang mudah dan rutin yang berkaitan dengan pembuatan yang memerlukan penggunaan peralatan tangan dan biasanya tenaga fizikal yang banyak. 9321 PEMBUNGKUS TANGAN Pembungkus tangan menjalankan tugas rutin yang mudah yang berkaitan dengan sektor pembuatan seperti pengasingan produk, pembungkusan dengan tangan, dan pemasangan komponen yang mudah dengan tangan.

Page 10: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 372

Tugas merangkumi:

mengasingkan produk atau komponen secara manual; memasang komponen yang mudah; membungkus bahan atau produk dengan tangan di dalam kotak, beg, karton, peti, tong,

dan bekas lain untuk penghantaran atau penyimpanan; mengalih, mengangkat, membawa, memuat, memunggah, atau membasuh bahan mentah

atau produk di pelbagai industri pembuatan atau membaiki dan menyelenggara bangunan; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

93211 Pembungkus, tangan 93212 Tukang label, tangan

9322 PEKERJA PEMPROSESAN GETAH Pekerja pemprosesan getah memproses susu getah mentah di kilang. Tugas merangkumi:

membekukan susu getah dengan asid dan air; menjaga mesin penggelek yang menggelek getah beku menjadi kepingan atau getah

sekerap menjadi kepingan getah krep; menjaga rumah asap untuk mengawet dan mengeringkan kepingan getah yang telah

digelek; menjaga relau di rumah asap untuk mengeringkan kepingan getah; menggunting dan mengasingkan kepingan getah mengikut kualiti; mengendalikan mesin pemerah dan penghancur untuk memproses getah menjadi blok

dengan kualiti istimewa; membersihkan dan menyediakan tangki susu getah dan sesekat aluminium yang

digunakan untuk membekukan susu getah; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

93221 Pembeku getah 93222 Pembuat getah keping 93223 Penjaga, rumah asap/getah 93224 Tukang nyala rumah asap 93225 Penggunting dan pengisih getah keping 93226 Pencuci, tangki lateks 93227 Pekerja, proses getah cebis 93228 Operator, mesin pelapis/getah

9329 BURUH PEMBUATAN YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA Buruh pembuatan dan pekerja yang berkaitan yang tidak dikelaskan dalam mana-mana Kumpulan Kecil 932: Buruh Pembuatan dan Pekerja Yang Berkaitan menjalankan pelbagai tugas yang

Page 11: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 373

mudah dan rutin yang berkaitan dengan sektor pembuatan seperti pengasingan produk, pembungkusan dengan tangan, dan pemasangan komponen yang mudah dengan tangan. Tugas merangkumi:

menjalankan pengasingan produk atau komponen secara manual; menjalankan pemasangan komponen yang mudah; membungkus bahan atau produk dengan tangan di dalam kotak, beg, karton, peti, tong,

dan bekas lain untuk penghantaran atau penyimpanan; mengalihkan, mengangkat, membawa, memuatkan, memunggah, atau membasuh bahan

mentah atau produk dalam pelbagai industri pembuatan atau membaiki dan menyelenggara bangunan;

menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

93291 Buruh, pembuatan 93292 Pengisih 93293 Pelilit, lingkaran/tangan 93294 Buruh, pemasangan 93295 Pencuci, pembuatan/tangan

933 BURUH PENGANGKUTAN DAN PENYIMPANAN Buruh pengangkutan dan penyimpanan mengayuh basikal dan kenderaan yang seumpamanya untuk mengangkut penumpang atau barang, memandu kenderaan yang ditarik oleh haiwan untuk mengangkut penumpang atau barang, memandu jentera yang ditarik oleh haiwan, mengendalikan pengangkutan barang dengan tangan, dan mengisi stok di rak dan ruang pameran di kedai. 9331 PENGAYUH KENDERAAN BERPEDAL Pengayuh kenderaan tangan atau berpedal mengayuh basikal dan kenderaan yang seumpamanya untuk mengangkut penumpang atau barang.

Tugas merangkumi:

memuatkan atau memunggah barang, atau membantu penumpang naik atau turun dari kenderaan;

membawa kenderaan mengikut arah yang dikehendaki dengan mengambil kira trafik dan peraturan jalan raya;

memeriksa komponen kenderaan untuk mengesan haus lusuh dan kerosakan; menyelenggara kenderaan, membuat kerja baik pulih yang mudah, dan memasang

bahagian ganti; mengutip tambang atau bayaran.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

93311 Pengayuh, kenderaan berpedal

Page 12: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 374

9332 PEMANDU KENDERAAN DAN JENTERA TARIKAN HAIWAN Pemandu kenderaan dan jentera yang ditarik oleh haiwan memandu kenderaan yang ditarik oleh haiwan untuk mengangkut penumpang atau barang. Tugas merangkumi:

memasang abah-abah pada haiwan dan mengikatnya pada kenderaan atau jentera; memuatkan atau memunggah barang, atau membantu penumpang naik atau turun dari

kenderaan; memandu haiwan mengikut arah yang dikehendaki dengan mengambil kira trafik dan

peraturan jalan raya; mengutip tambang atau bayaran; memandu haiwan untuk menarik gerabak di lombong atau kuari; memandu haiwan yang diikat pada jentera ladang atau jentera lain; memandu gajah pekerja; menyelenggara kenderaan atau jentera, membuat kerja baik pulih yang mudah, dan

memasang bahagian ganti; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

93321 Pemandu, jentera atau kenderaan menarik haiwan 93322 Pemandu, kereta lembu 93323 Pemandu, tren haiwan

9333 PENGENDALI PENGANGKUTAN BARANG Pengendali pengangkutan barang menjalankan tugas seperti membungkus, membawa, memuatkan, dan memunggah perabot dan barang rumah yang lain; atau memuatkan dan memunggah kargo kapal, pesawat udara, dan pengangkutan lain; atau membawa dan menyusun barang di pelbagai gudang.

Tugas merangkumi:

membungkus perabot, mesin, dan alat untuk pejabat atau rumah serta barang yang berkaitan untuk diangkut dari satu tempat ke tempat lain;

membawa bahan dari atau di dalam kawasan kerja di bangunan perindustrian; membantu mengikat barang dan menutupnya dengan kain tarpaulin; membawa barang untuk dimuatkan atau dipunggah dari van, trak, gerabak, kapal, atau

pesawat udara; memandu arah pemandu trak ke ruang memuat barang atau melalui ruang tertutup; memuatkan dan memunggah biji-bijian, batu arang, pasir, dan barang yang seumpamanya

dengan meletakkannya di atas tali sawat penghantar, paip, dan sebagainya; menyambung hos antara paip pemasangan pesisir yang utama dengan tangki barj dan

dengan tangki kapal lain untuk memuatkan dan memunggah petroleum, gas cair, dan cecair lain;

membawa dan menyusun barang di gudang dan bangunan yang seumpamanya; menjalankan tugas yang berkaitan.

Page 13: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 375

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

93331 Buruh limbungan 93332 Pengendali, kargo/barang angkut/produk 93333 Pekerja muatan barang, kereta api, dan kenderaan 93334 Pekerja muatan barang, kapal terbang 93335 Pekerja muatan barang, bot (cecair dan gas) 93336 Porter, gudang 93337 Pengendali, bahan

9334 PENGISI RAK Pengisi rak mengisi stok di rak dan ruang pameran serta memastikan stok di pasar raya, kedai runcit, dan kedai borong yang lain sentiasa bersih dan teratur. Tugas merangkumi:

meletakkan barang dengan kemas di dalam bekas dan di atas rak, dan menyusun barang yang besar di atas lantai;

menyusun barang di atas rak dengan memastikan barang dengan tarikh luput yang awal di susun di sebelah hadapan rak;

membuang barang yang tamat tarikh luput; menyelenggara susunan rak dengan menempatkan stok yang hendak dibuang di lokasi

yang berasingan; menyemak barang yang telah dijual dan mengambil barang yang diperlukan dari bilik

stok; mendapatkan barang untuk pelanggan dari rak atau bilik stok; membawa pelanggan ke lokasi barang yang dicari; menerima, membuka, mengeluarkan barang, dan memeriksa barang yang rosak daripada

pembuat atau pengedar; menjalankan tugas yang berkaitan.

9335 BURUH PENYIMPANAN Buruh penyimpanan membantu operasi di gudang. Tugas merangkumi:

mengendalikan forklif elektrik untuk mengangkut bahan di dalam gudang; memuatkan barang ke dalam dan memunggah barang keluar dari treler; memesan dan mengisi semula barang yang diambil, barang stok, kemasukan data,

memeriksa produk yang hendak dihantar berdasarkan pesanan penghantaran; bertanggungjawab menyelenggara forklif secara tetap; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

93351 Penjaga stor 93352 Operator, stor

Page 14: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 376

93353 Pekerja, stor 93354 Pekerja, gudang 93355 Operator, gudang

94 PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN Menjalankan pelbagai tugas penyediaan makanan selain memasak, seperti menyediakan makanan sejuk dan kerang-kerangan, daging hiris, dan membancuh kopi atau teh. Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut: 941 PEMBANTU PENYEDIA MAKANAN 941 PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN Menjalankan pelbagai tugas penyediaan makanan selain memasak, seperti menyediakan makanan sejuk dan kerang-kerangan, daging hiris, dan membancuh kopi atau teh. 9411 PENYEDIA MAKANAN SEGERA Penyedia makanan segera melayan pelanggan restoran makanan segera, meminta pesanan pelanggan dan menekan kekunci mesin pengira untuk merekodkan pesanan dan mengira bil secara serentak. Memilih makanan yang dipesan dari ruang hidangan atau penyimpanan dan meletakkan makanan di atas dulang penghidang atau di dalam beg bawa pulang. Tugas merangkumi:

menghidang minuman sejuk, dengan menggunakan mesin minuman, atau minuman susu sejuk atau pencuci mulut, dengan menggunakan mesin susu goncang atau kastard beku;

membuat dan menghidangkan minuman panas, dengan menggunakan pemanas air automatik atau alat pembuat kopi;

memasang penutup pada bekas minuman dan meletakkannya di atas dulang penghidang atau di dalam bekas bawa pulang;

menerima bayaran; memasak atau membahagi-bahagikan kentang goreng atau menjalankan tugas mudah

yang lain untuk menyediakan makanan, melayan pelanggan atau menyelenggara kawasan tempat makan atau penghidangan makanan supaya teratur.

9412 PEMBANTU DAPUR Menjalankan apa-apa gabungan tugas yang berikut untuk menyelenggara kawasan kerja dapur dan kelengkapan serta perkakas restoran supaya berada dalam keadaan bersih dan teratur; menyapu dan mengelap lantai; membasuh meja kerja, dinding, peti ais, dan bongkah daging; mengasingkan dan membuang sampah ke dalam bekas yang dikhaskan; membasuh bekas sampah dengan stim atau menyiramnya dengan air menggunakan hos; serta mengasingkan botol dan memasukkan botol pakai buang ke dalam mesin penghancur botol.

Page 15: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 377

Tugas merangkumi:

membasuh periuk, kuali, dan dulang dengan tangan; mengikis makanan pada pinggan mangkuk yang kotor dan membasuhnya dengan tangan

atau meletakkannya di atas rak atau penghantar ke mesin basuh pinggan mangkuk; menggilap barang perak dengan menggunakan pasak mesin penggilap, celupan kimia,

roda penggilap, dan kain; memegang gelas yang diterbalikkan di atas pemberus putar untuk membersihkan

permukaan dalam gelas; memindahkan bekalan dan kelengkapan di antara kawasan penyimpanan dengan kawasan

kerja dengan tangan atau menggunakan trak tangan; menyediakan meja jamuan; membasuh dan mengupas sayur-sayuran dengan pisau atau mesin pengupas; memuatkan dan memunggah bekalan dan makanan ke dalam dan dari trak yang

mengambil atau menghantar bekalan dan makanan. Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini: 94121 Pembantu, dapur

95 PEKERJA JUALAN DAN PERKHIDMATAN TEPI JALAN DAN PEKERJA

YANG BERKAITAN Pekerja jualan dan perkhidmatan tepi jalan dan pekerja yang berkaitan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pekerja perkhidmatan tepi jalan dan yang berkaitan. Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut: 951 PEKERJA PERKHIDMATAN TEPI JALAN DAN PEKERJA YANG

BERKAITAN 952 PENJUAL TEPI JALAN (TIDAK TERMASUK MAKANAN) 951 PEKERJA PERKHIDMATAN TEPI JALAN DAN PEKERJA YANG

BERKAITAN Pekerja perkhidmatan tepi jalan dan pekerja yang berkaitan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pekerja perkhidmatan tepi jalan dan penjual tepi jalan (termasuk makanan). 9510 PEKERJA PERKHIDMATAN TEPI JALAN DAN PEKERJA YANG

BERKAITAN Pekerja perkhidmatan tepi jalan dan pekerja yang berkaitan menjual barang atau menyediakan perkhidmatan tanpa premis dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tugas merangkumi:

menjual barang; memesan barang; menjalankan tugas yang berkaitan.

Page 16: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 378

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

95101 Penjaja, ais krim 952 PENJUAL TEPI JALAN (TIDAK TERMASUK MAKANAN) Penjual tepi jalan (tidak termasuk makanan) menjual barang atau menyediakan perkhidmatan di tepi jalan. 9520 PENJUAL TEPI JALAN (TIDAK TERMASUK MAKANAN) Penjual tepi jalan (tidak termasuk makanan) menjual barang atau menyediakan perkhidmatan melalui jualan tepi jalan dengan menggunakan kereta sorong atau kiosk tepi jalan seperti di arena, gelanggang kasut roda, dan stadium besbal. Tugas merangkumi:

menyediakan dan mempamerkan barang niaga di tengah-tengah orang ramai atau di gerai; memesan atau membeli bekalan dan menyimpan stok di dalam kereta sorong atau gerai; menghantar barang niaga, melayan pelanggan, mengutip wang bayaran, dan memberi

baki; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

95201 Penjual, surat khabar 95202 Penjaja

96 PEMUNGUT SAMPAH DAN PEKERJA ASAS YANG LAIN Pemungut sampah mengutip sampah dari bangunan, taman, jalan, dan tempat awam yang lain atau memastikan jalan dan tempat awam yang lain sentiasa bersih atau menjalankan kerja rencam untuk rumah atau bangunan persendirian. Kumpulan utama ini terdiri daripada kumpulan sub-utama yang berikut: 961 PEMUNGUT SAMPAH 962 PEKERJA ASAS YANG LAIN 961 PEMUNGUT SAMPAH Pemungut sampah dan pekerja asas yang lain mengutip sampah dari bangunan, taman, jalan, dan tempat awam yang lain atau memastikan jalan dan tempat awam yang lain sentiasa bersih. 9611 PEMUNGUT SAMPAH Pemungut sampah berperanan memungut dan membuang sampah dari bangunan, taman, jalan, dan tempat awam untuk dilupuskan.

Page 17: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 379

Tugas merangkumi:

memandu atau berada di dalam lori sampah; memungut sampah dari rumah, bangunan komersil, dan bangunan perindustrian; memasukkan sampah ke dalam tong atau lori sampah; memunggah sampah dari lori sampah; mengangkat bekas najis dari kediaman persendirian dan bangunan lain; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

96111 Pekerja, pelupusan sampah 96112 Pengangkat najis 96113 Pengendali sisa

9612 PENGISIH SAMPAH Pengisih sampah mengenal pasti dan mengisihkan barang yang sesuai untuk dikitar semula dan meletakkannya di dalam bekas yang dikhaskan untuk dijual atau dilupuskan selepas itu. Mereka mungkin membeli barang ini, mencarinya di tapak pelupusan sampah atau tempat awam atau bekerja dengan pengusaha kitar semula. Tugas merangkumi:

mengutip barang untuk kitar semula dari premis rumah, premis komersil, dan premis perindustrian atau dari tempat awam seperti di tepi jalan;

mengasingkan kertas, kaca, plastik, aluminium, atau bahan boleh kitar semula yang lain mengikut jenis;

meletakkan barang ini di dalam bekas yang dikhaskan; mengenal pasti dan mengetepikan barang seperti perabot, kelengkapan, jentera, atau

komponen yang sesuai untuk dibaik pulih atau digunakan semula; menjual bahan boleh kitar semula atau boleh guna semula; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

96121 Pengisih, sampah

9613 TUKANG SAPU DAN BURUH YANG BERKAITAN Tukang sapu dan buruh yang berkaitan menyapu dan membersihkan jalan, taman, lapangan terbang, stesen, dan tempat awam yang lain. Tugas merangkumi:

menyapu jalan, taman, lapangan terbang, stesen, dan tempat awam lain yang seumpamanya;

mengendalikan penyapu sedut mekanik untuk membersihkan jalan; menepuk debu pada permaidani dengan menggunakan pemukul permaidani;

Page 18: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 380

menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

96131 Tukang sapu, jalan 96132 Tukang sapu, taman 96133 Buruh, kerja rencam

962 PEKERJA ASAS YANG LAIN Kumpulan unit ini meliputi pekerja asas lain yang menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan penghantar mesej, porter, pekerja rencam, pembaca meter, pemungut wang mesin layan diri, pengumpul air dan kayu api, atendan, jaga, penjaga pintu, dan pekerja yang berkaitan. 9621 PENGHANTAR MESEJ DAN BUNGKUSAN DAN PORTER BAGASI Penghantar mesej, penghantar bungkusan, dan porter bagasi menghantar mesej, bungkusan, dan barang lain di dalam bangunan atau antara bangunan, ke rumah dan ke tempat lain, atau mengangkat bagasi terutamanya di stesen dan lapangan terbang. Tugas merangkumi:

menghantar mesej, bungkusan, dan barang lain di dalam bangunan atau antara bangunan, atau di tempat lain;

menjalankan tugas sebagai wakil pos; menghantar pelbagai barang kepada dan daripada syarikat, kedai, rumah, dan tempat lain; mengangkat dan menghantar bagasi di stesen, lapangan terbang, dan tempat lain; mengambil dan menghantar fail, mesej, dokumen, dan barang lain di dalam atau bagi

pihak pejabat, perindustrian atau perniagaan; menampal poster atau mempamerkan poster dan kain rentang di tempat yang mudah

dilihat untuk mengiklankan acara hiburan, acara politik, atau produk; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

96211 Penghantar mesej/khidmat kiriman cepat 96212 Porter, bagasi (kecuali hotel) 96213 Pelayan pejabat 96214 Penghantar, surat khabar/risalah 96215 Kedi, golf 96216 Pembantu, penghantaran 96217 Pembantu am pejabat N1

9622 PEKERJA RENCAM Pekerja rencam membersihkan, mengecat, dan menyelenggara bangunan, kawasan, dan kemudahan serta membuat kerja baik pulih yang mudah.

Page 19: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 381

Tugas merangkumi:

membaiki tingkap yang pecah, skrin, pintu, pagar, dapur barbeku, meja berkelah, rak, almari dan barang lain;

menggantikan barang yang rosak seperti mentol lampu; membaiki dan mengecat permukaan dalam dan luar seperti dinding, siling dan pagar; membetulkan pintu dan tingkap; menggantikan sesendal paip; memasang susur tangan dan susur genggam; memunggah arang batu atau kayu dan meletakkannya di dalam bilik bawah tanah di

rumah atau bangunan persendirian; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

96221 Pekerja rencam pekerjaan asas 96222 Pekerja rencam pelbagai pekerjaan asas

9623 PEMBACA METER DAN PEMUNGUT WANG MESIN SWALAYAN Pembaca meter dan pemungut wang mesin swalayan dan pekerja yang berkaitan mengisi stok mesin swalayan dan memungut wang dari mesin atau dari meter letak kereta dan kotak syiling yang lain, atau membaca meter elektrik, gas, atau air. Tugas merangkumi:

mengisi stok di ruang penyimpanan pada mesin layan diri dan memungut wang dari bekasnya;

memungut wang dari meter letak kereta dan kotak syiling yang seumpamanya; membaca meter elektrik, gas, atau air dan merekodkan penggunaannya; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

96231 Pembaca meter 96232 Pemungut, mesin jual/wang

9624 PEMUNGUT AIR DAN KAYU API Pemungut air dan kayu api memungut kayu dan air untuk memasak, memanaskan, membersih, dan sebagainya. Tugas merangkumi:

mengumpulkan kayu untuk memasak dan memanaskan, sebagai bahan api, dan untuk kegunaan lain;

mengumpul air untuk membersih, memasak, dan sebagainya; menjalankan tugas yang berkaitan.

Page 20: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 382

9625 ATENDAN Atendan biasanya menyediakan perkhidmatan di pejabat, perindustrian, perniagaan, perusahaan, rekreasi, dan yang berkaitan. Tugas merangkumi:

melayan keperluan pesakit dan menyelenggara kebersihan wad di hospital dan bangunan yang berkaitan;

membersihkan kelengkapan makmal; mengendalikan lif penumpang atau barang di dalam bangunan; melayan keperluan orang yang terlibat dalam sukan; memungut bayaran letak kereta, mengeluarkan keratan tiket, membawa pelanggan ke

medan parkir, dan memparkir kereta; memungut tiket dan membenarkan pengunjung masuk ke taman hiburan dan permainan,

membantu pengunjung naik dan turun dari alat permainan, serta mengikat dan membuka tali pinggang dan palang keselamatan;

menentukan lorong boling untuk pelanggan, mengeluarkan kertas pungutan mata, menyewakan kasut boling, dan memungut bayaran;

menjadualkan penggunaan padang golf, gelanggang tenis, kelab kesihatan, dan kemudahan rekreasi lain; memungut bayaran daripada pemain; dan menjual atau menyewakan kelengkapan sukan;

membersihkan dan menjaga tandas di dalam bangunan seperti pejabat, panggung wayang, restoran, dan bangunan lain supaya sentiasa kemas dan teratur;

menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

96251 Atendan, makmal 96252 Atendan, hospital 96253 Atendan, parkir 96254 Atendan, lif 96255 Atendan, taman hiburan/rekreasi 96256 Atendan, bilik 96257 Atendan, sukan 96258 Atendan, kren

9629 PEKERJA ASAS YANG TIDAK DIKELASKAN DI MANA-MANA Kumpulan unit ini meliputi pekerja asas yang tidak dikelaskan dalam mana-mana Kumpulan Kecil 962: Pekerja Asas. Tugas merangkumi:

membuat kerja am; mengatur lampu, skrin dan kamera pada sudut yang dikehendaki dan mengalihkan alatan

yang dugunakan sebagai latar belakang bagi kegunaan jurugambar seperti yang diarahkan;

membantu tugas-tugas dibilik gelap seperti mencampurkan bahan kimia dan menghasilkan filem;

Page 21: Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas

MASCO 2008 Kumpulan Utama 9: Pekerjaan Asas 383

memandu kenderaan bagi membawa peralatan kamera; membersihkan kawasan tadika; menjalankan tugas yang berkaitan.

Contoh pekerjaan yang dikelaskan di sini:

96291 Pekerja rendah awam R1 96292 Pekerja rendah awam khas R3 96293 Pekerja/buruh tidak mahir am 96294 Pekerja, tadika 96295 Pekerja, pengembungan 96296 Pekerja, penggergajian 96297 Operator, pemasiran 96298 Pembantu kamera/Pemandu N3