kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

42
KESEDIAAN PELAJAR DARI ASPEK KEMAHIRAN TEKNIKAL TERHADAP PEMBENTUKAN KEBOLEHKERJAAN DI KOLEJ VOKASIONAL WILAYAH SELATAN SUHAILI BINTI HANAFI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JUN 2015

Upload: phungkhue

Post on 01-Jan-2017

267 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

KESEDIAAN PELAJAR DARI ASPEK KEMAHIRAN TEKNIKAL TERHADAP

PEMBENTUKAN KEBOLEHKERJAAN DI KOLEJ VOKASIONAL WILAYAH

SELATAN

SUHAILI BINTI HANAFI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2015

Page 2: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

v

ABSTRAK

Graduan yang menganggur terus menjadi masalah yang semakin meruncing di Malaysia.

Terdapat majikan yang menganggap kompetensi akademik sahaja tidak mencukupi dan

mula meminta institusi pendidikan tinggi untuk menghasilkan graduan yang dilengkapi

dengan kemahiran teknikal. Kajian ini merupakan satu kajian untuk mengenalpasti

kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan

di kolej vokasional wilayah selatan. Seramai 113 responden telah dipilih sebagai sampel

kajian. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang

mengandungi 60 item. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan nilai alpha bagi

instrument kajian di mana nilai alpha bagi aspek kemahiran teknikal adalah α = 0.962

dan bagi aspek kebolehkerjaan adalah α = 0.954 . Data yang diperoleh dianalisis dengan

menggunakan Statistical Package for Social Science Version 20 (SPSS 20). Analisis

deskriptif dalam bentuk skor min digunakan untuk melihat kesediaan pelajar. Hasil

kajian mendapati bahawa tahap kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal

terhadap pembentukan kebolehkerjaan di Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional

Batu Pahat dan Kolej Vokasional Muar berada pada tahap tinggi. Hasil kajian juga

menunjukkan terdapat perbezaan antara jantina pelajar dari aspek kemahiran teknikal

yang mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan.

Page 3: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

vi

ABSTRACT

Unemployed graduates continues to be a growing problem in Malaysia and serious. There

are employers who regard academic competence alone is not enough and began to ask for

higher education institutions to produce graduates who are equipped with technical skills.

This study is to identify the readiness of students in terms of technical skills to

vocational colleges forming workability in the southern region. A total of 113

respondents were selected for this study. The instrument used in this study is a

questionnaire containing 60 items. A pilot study was carried out to get the alpha of the

instrument in which the alpha value for the ratio of technical skills is a = 0.962 and for

the workability is a = 0.954. Data were analyzed using the Statistical Package for Social

Science Version 20 (SPSS 20). The descriptive analysis in the form of mean scores are

used to seeing students' readiness. The study found that the level of readiness of students

in terms of technical skills in the formation of workability in Kluang Vocational

College, Vocational College Vocational College Batu Pahat and Muar are at high level.

The study also shows that there are differences between male and female students of

technical aspects that affect the readiness of students for forming workability.

Page 4: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Tujuan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Persoalan Kajian 7

1.7 Hipotesis Kajian 8

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Batasan Kajian 8

Page 5: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

viii

1.10 Kepentingan Kajian 8

1.11 Kerangka Konseptual Kajian 10

1.12 Definisi Istilah dan Operasi 12

1.12.1 Kesediaan 12

1.12.2 Pelajar 12

1.12.3 Kemahiran Teknikal 12

1.12.4 Kaedah 13

1.12.5 Prosedur 13

1.12.6 Teknik 13

1.12.7 Kebolehkerjaan 13

1.13 Rumusan 13

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kesediaan 15

2.3 Kemahiran 16

2.4 Kemahiran Teknikal 17

2.4.1 Kepentingan Kemahiran Teknikal 17

2.4.2 Elemen-elemen Kemahiran Teknikal 20

2.4.2.1 Kaedah 20

2.4.2.2 Prosedur 21

2.4.2.3 Teknik 21

2.5 Kemahiran Kebolehkerjaan 22

2.5.1 Kemahiran Komunikasi 23

2.5.2 Penyelesaian Masalah 24

2.5.3 Pemikiran Kritis 25

2.5.3.1 Ciri-ciri Pemikiran Kritis 26

2.5.4 Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehkerjaan 27

2.6 Kajian-kajian Lepas 28

2.7 Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)

di Malaysia 31

2.8 Pelan Transformasi Vokasional 32

2.9 Kolej Vokasional (KV) 34

2.10 Rumusan 35

Page 6: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 37

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka bentuk kajian 37

3.3 Kerangka Operasi 38

3.4 Populasi Kajian 40

3.5 Sampel Kajian 40

3.6 Lokasi Kajian 41

3.7 Instrumen Kajian 41

3.7.1 Soal selidik 42

3.8 Kesahan 43

3.9 Kajian rintis 44

3.10 Kebolehpercayaan 45

3.11 Pentadbiran soal selidik 46

3.12 Kaedah analisis data 46

3.13 Andaian 48

3.14 Rumusan 48

BAB 4 ANALISIS DATA 49

4.1 Pengenalan 49

4.2 Analisis kebolehpercayaan soal selidik 50

4.3 Analisis demografi responden 51

4.3.1 Taburan kekerapan dan peratusan

responden mengikut jantina 51

4.3.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut kursus pengajian 52

4.3.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut lokasi kolej vokasional 53

4.4 Analisis Persoalan Kajian 1: Tahap kesediaan

pelajar dari aspek kaedah terhadap pembentukan

kebolehkerjaan 53

4.5 Analisis Persoalan Kajian 2: Tahap kesediaan

pelajar dari aspek prosedur terhadap pembentukan

kebolehkerjaan 54

Page 7: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

x

4.6 Analisis Persoalan Kajian 3: Tahap kesediaan

pelajar dari aspek teknik terhadap pembentukan

kebolehkerjaan 56

4.7 Analisis Persoalan Kajian 4: Tahap kesediaan

pelajar dari aspek kebolehkerjaan 57

4.8 Analisis Persoalan Kajian 5: Perbezaan jantina

dari aspek kemahiran teknikal yang mempengaruhi

kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan 60

4.9 Rumusan 62

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 63

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan 63

5.2.1 Tahap kesediaan pelajar dari aspek kaedah

terhadap pembentukan kebolehkerjaan 64

5.2.2 Tahap kesediaan pelajar dari aspek prosedur

terhadap pembentukan kebolehkerjaan 65

5.2.3 Tahap kesediaan pelajar dari aspek teknik

terhadap pembentukan kebolehkerjaan 67

5.2.4 Tahap kesediaan pelajar dari aspek

Kebolehkerjaan 68

5.2.5 Perbezaan antara jantina dari aspek kemahiran

teknikal yang mempengaruhi kebolehkerjaan 69

5.3 Kesimpulan 71

5.4 Cadangan 72

5.4.1 Cadangan lanjutan 72

5.5 Rumusan 73

RUJUKAN 74

LAMPIRAN

Page 8: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

xi

SENARAI JADUAL

2.1 Teknik pengajaran kemahiran teknikal dari aspek kaedah 20

2.2 Struktur Program Kolej Vokasional 35

3.1 Bilangan responden kajian 41

3.2 Item soal selidik kajian 42

3.3 Tafsiran skala Likert lima mata pengukuran 43

3.4 Keputusan ujian kebolehpercayaan item kajian rintis 45

3.5 Tafsiran skor Alpha Cronbach 45

3.6 Keputusan ujian kebolehpercayaan item kajian sebenar 46

3.7 Kaedah penganalisisan data 47

3.8 Andaian pengkaji terhadap skor min dapatan kajian 47

4.1 Penganalisisan data dan jenis-jenis statistik 50

4.2 Andaian pengkaji terhadap tahap skor min dapatan kajian 50

4.3 Nilai kebolehpercayaan item 51

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 52

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kursus pengajian 52

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut lokasi kolej

vokasional 53

4.7 Taburan skor min bagi aspek kaedah 53

4.8 Taburan skor min bagi aspek prosedur 55

4.9 Taburan skor min bagi aspek teknik 56

Page 9: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

xii

4.10 Taburan skor min bagi aspek kebolehkerjaan 57

4.11 Ujian Normaliti 60

4.12 Ujian Normaliti Skewness dan Kurtosis 61

4.13 Ujian Mann Whitney U 61

Page 10: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

xiii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konseptual kajian 11

2.1 Skop Kemahiran Kebolehkerjaan 23

2.2 Pelan Transformasi Vokasinal 34

3.1 Kerangka Operasi Kajian 39

Page 11: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH

α - Alpha

p - significance value

BPK - Bahagian Pembangunan Kurikulum

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

CDEs - Career Development Events

DfEE - Department for Education and Employment

DVM - Diploma Vokasional Malaysia

ESECT- Enhancing Student Employability Co-ordination Team

ETP - Pelan Transformasi Ekonomi Negara

HOKI - Hemisfera otak kiri

ICT - Information and communications technology

KKV - Kurikulum Kolej Vokasional

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KV - Kolej Vokasional

NKEA - Education National Key Economic Area

PAV - Pendidikan Asas Vokasional

PTV - Pendidikan Teknik Vokasional

RMK9 - Rancangan Malaysia Kesembilan

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SMV - Sekolah Menengah Vokasional

SPSS - Statistical Package for the Social Science

TAFE - Institut Teknologi Pekerja

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Page 12: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Borang Semakan Soal Selidik

C Surat Kebenaran Kajian

D Analisis Data

E Carta Gantt

Page 13: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pelan Transformasi Ekonomi Negara (ETP) telah dilancarkan oleh kerajaan pada

tahun 2010 untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara ke arah mencapai

negara maju. Dalam misi ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun

2020, Malaysia terus mencuba secara aktif bagi menarik pelaburan luar ke dalam

negara ini (Jailani, 2007). Pada masa yang sama juga Malaysia dilihat sedang giat

melakukan pelbagai usaha dan alternatif bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti

sumber tenaga manusianya sendiri (Esa et al., 2012). Perkara ini dapat dilihat melalui

terminologi tempatan yang sering digunakan iaitu modal insan (human capital)

dalam segenap rancangan dan polisi yang telah diusahakan dengan penuh iltizam

oleh pihak berwajib (Jabatan Perdana Menteri, 2010).

Membangun dan mengekalkan modal insan yang bertaraf dunia merupakan

salah satu rangka kerja yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh

(2011-2015). Kepesatan pembangunan negara sememangnya memerlukan modal

insan yang berilmu dan berkemahiran dalam melaksanakan tanggungjawab

pembangunan. Justeru, modal insan dilihat memainkan peranan yang besar dalam

proses perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara (Ibrahim dan

Awang, 2008). Dalam usaha negara untuk mencapai hasrat ini, kelayakan pendidikan

yang tinggi diperlukan bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi,

tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional serta paras

produktiviti yang tinggi. Salah satu strategi yang akan dilaksanakan adalah

meningkatkan kemahiran individu untuk meluaskan kebolehpasaran dalam pekerjaan

Page 14: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

2

(Unit Perancang Ekonomi, 2010).

Tenaga kerja yang fleksibel, berkemahiran teknikal dan memiliki kemahiran

kebolehkerjaan yang tinggi seperti mempunyai pemikiran kreatif, kemahiran

menyelesaikan masalah serta kemahiran analitikal akan mempelopori pentas global

dunia pekerjaan serta menjadi pilihan majikan (Mohd Salleh dan Mohd Zaki, 2006).

Tenaga kerja yang mempunyai kemahiran kebolehkerjaan boleh mendepani

perubahan sosial dan keadaan ekonomi yang sentiasa berubah (Clark, 2011). Pekerja

atau pelajar yang menguasai kemahiran kebolehkerjaan berupaya melaksanakan

tugas dalam pelbagai situasi di alam kehidupan, pembelajaran dan pekerjaan seharian

(Abd Rahim dan Ivan, 2007)

Proses mengarusperdanakan pendidikan teknik dan vokasional melalui

Transformasi Pendidikan Vokasional (PTV) telah menaiktaraf sekolah menengah

teknik (SMT) menjadi kolej vokasional (KV) pada tahun 2012 secara berperingkat

(Abdullah Zawawi, 2011). Hasilnya 78 buah KV telah wujud pada tahun 2013

dengan menawarkan pelbagai program latihan kemahiran vokasional diseluruh

negara sama ada di peringkat persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mahupun

Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Matlamat menubuhkan KV telah dinyatakan

dengan jelas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu :

i. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang memiliki sijil atau

diploma yang diiktiraf oleh badan pensijilan, industri dan kerajaan.

ii. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang boleh melanjutkan

pengajian atau latihan lanjutan ke peringkat yang lebih tinggi.

iii. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang berupaya menjadi

usahawan.

iv. Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang memiliki sijil

kemahiran yang diiktiraf oleh badan-badan pensijilan kebangsaan dan

kerajaan.

v. Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

melaksanakan transformasi pendidikan vokasional.

(Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)

Kurikulum Kolej Vokasional (KKV) juga telah diperkenal dan dilaksanakan. Ia

mempunyai spesifikasi dan standard yang diiktiraf oleh pelbagai agensi dalam dan

luar negara. Kurikulum ini bersifat modular, berasaskan kecekapan, mengutamakan

Page 15: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

3

aspek amali dan anjal. Selain itu, ia merangkumi elemen kreativiti dan inovasi,

keusahawanan, kemahiran insaniah dan kemahiran teknologi yang digabung jalin

dengan keperluan industri serta badan profesional (Kementerian Pelajaran Malaysia,

2011). Pelaksanaan kurikulum tersebut bersandarkan orientasi pembelajaran

berasaskan pekerjaan. Proses pembelajaran sangat menitikberatkan kompetensi

bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah dengan nisbah dimensi

teori dan amali ialah 30:70 (Jabatan Pembagunan Kemahiran, 2009). Tambahan pula

terdapat empat elemen yang menjadi moto pelatih KV iaitu ilmu, aplikasi, kreativiti

dan inovasi serta merentasi tiga domain iaitu jati diri (hearts-on), ketajaman minda

(minds-on) dan kecekapan (hands-on)

1.2 Latar Belakang Masalah

Kajian pengesanan graduan KPT 2011 (KPTM, 2012) mendapati sebanyak 24

peratus responden belum mendapat pekerjaan semasa kajian dilakukan. Daripada

jumlah ini, sebanyak 69.5 peratus daripada responden menyatakan mereka sedang

mencari pekerjaan manakala sebanyak 12.2 peratus menyatakan mereka sedang

menunggu penempatan bagi melanjutkan pengajian dan 4.6 peratus menyatakan

mereka mahu berehat buat sementara waktu. Dapatan juga menunjukkan dalam

kalangan yang baru mendapat pekerjaan, sebanyak 55.6 peratus daripada mereka

menyatakan pernah menghadiri temu duga sebanyak 1-5 kali. Ini menunjukkan

persaingan untuk mendapatkan pekerjaan adalah tinggi dalam kalangan graduan

institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Menurut kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara dalam perbincangan

Study on the Unemployment Situation in Malaysia 2003 yang mendapati bahawa

beberapa punca pengangguran di kalangan siswazah, antaranya ialah kekurangan

latihan sebagai persediaan memasuki alam kerjaya, kurangnya kualiti dan

kebolehgunaan tenaga siswazah dan kekurangan kemahiran siswazah dalam aspek-

aspek tertentu seperti pengurusan bahasa kedua serta kemahiran berkomunikasi.

Konsep kebolehpasaran harus diperhatikan dalam situasi sebegini kerana ia dapat

mengambarkan seseorang itu mampu bekerja dengan memiliki pengetahuan,

kemahiran dan ciri-ciri yang menjadikannya sesorang berguna dan bernilai pada

konteks tertentu (Elinor Edvardsson Stiwne dan Tomas Jungert, 2007).

Page 16: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

4

Kesediaan pelajar dalam memenuhi kemahiran bagi menuntut keperluan

industri mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah melalui faktor

kurikulum, kemudahan (infrastuktur), pengajaran, dan pembelajaran ketika menjalani

pengajian. Berdasarkan faktor kurikulum, melalui kursus sedia ada yang ditawarkan

di kolej vokasional, banyak menekankan kemahiran teknikal secara “hands-on”

namun kemudahan yang terdapat di kolej vokasional adalah terhad. Masalah ini

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas.

Menurut Adnan (2008), jika keprihatinan dan sikap terhadap kelengkapan di

dalam bengkel seperti alatan dan mesin tidak diberi perhatian, proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bengkel tidak dapat dijalankan dengan baik. Ini memberi

kesan kepada pembentukkan individu yang mempunyai kemahiran yang tinggi

seperti yang diingini oleh negara. Kemudahan peralatan di dalam bengkel atau

makmal perlu dipandang dengan serius bagi memberi latihan amali yang mencukupi

kepada pelajar. Ini bagi mempersiapkan seseorang individu itu berada dalam bidang

pekerjaan kolar biru. Ini turut dinyatakan oleh Mahathir (2003), sebagai memenuhi

keperluan buruh negara, kerajaan perlu meningkatkan keperluan pendidikan

kemahiran teknikal di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi melalui latihan

amali kejuruteraan di bengkel serta latihan vokasional dalam industri. Bagi

memenuhi permintaan terhadap pendidikan berasaskan kemahiran, khususnya dalam

bidang kejuruteraan yang mempunyai latihan amali, pembangunan keupayaan pusat-

pusat latihan kemahiran di Malaysia amatlah diperlukan.

Kebanyakan majikan telah menyatakan amaran kepada pihak pengajian tinggi

tentang wujudnya “jurang kemahiran” yang diperlukan oleh majikan terhadap

kemahiran yang dimiliki oleh graduan (Dickinson, 2000). Menurut Hesketh (1999),

terdapat bukti yang jelas menunjukkan berlakunya “mistmach” kemahiran yang

dikehendaki oleh majikan dan keupayaan mereka untuk mengambil graduan yang

memiliki kemahiran tersebut. Pihak industri juga beranggapan bahawa, adalah lebih

efektif sekiranya graduan tersebut mendapat kemahiran yang baik daripada kursus di

pusat pengajian berbanding membangunkan kemahiran tersebut sendiri. Oleh itu,

adalah penting untuk pihak pengajian tinggi membangunkan kurikulum yang dapat

memenuhi kehendak pasaran dan industri.

Selain itu, faktor pembelajaran juga sangat perlu untuk diberikan perhatian

dalam menghasilkan graduan yang mampu memiliki kemahiran bagi memenuhi

tuntutan keperluan industri. Mengikut keputusan tinjauan awal melalui proses temu

Page 17: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

5

bual, didapati pelajar kolej vokasional kurang berminat untuk menjalankan kerja-

kerja kemahiran teknikal serta haasil kerja kurang berkualiti. Proses temu bual

terhadap pengajar Kolej Vokasional Muar adalah seperti berikut:

“Ada sebahagian masuk sebab desakan ibu bapa, jadi dia masuk tapi

tidak berminat. Kena pula kerja peluh-peluh panjat tangga dan

sebagainya, sebab yang masuk pun ibubapa dia yang uruskan. Bila

ditanya, mak ayah diorang yang suruh masuk.”

“Ada juga yang buat kerja lewat dan lambat. Ada jugak yang buat

kerja sambil lewa, sebab tu bukan minat yang datang dari dalam diri,

jadi kualiti kerja kurang.”

“Mana yang latarbelakangnya dari keluarga yang buat bisnes wiring

ke, yang tu kemahiran teknikal dia lebih sikit sebab kalau ada masa

free dia pergi tolong.” (P1)

Pelaksanaan kurikulum di kolej vokasional bersandarkan orientasi pembelajaran

berasaskan pekerjaan. Proses pembelajaran sangat menitikberatkan kompetensi

bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah dengan nisbah dimensi

teori dan amali ialah 30:70 (Jabatan Pembangunan Kemahiran, 2009). Namun begitu,

para pelajar tidak seharusnya meminimumkan diri mereka terhadap penguasaan

pembelajaran secara praktikal kerana aspek kemahiran praktikal sangat penting dan

perlu dimaksimumkan demi bersaing untuk mendapatkan pekerjaan kelak.

Pelajar merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam

penghasilan graduan yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi seterusnya

mengangkat nama universiti dalam bidang pendidikan negara. Kebanyakan pelajar

tidak dapat menghubungkaitkan keperluan pekerjaan dengan kurikulum yang

terdapat di pusat pengajian. Mereka hanya mempelajari apa yang tenaga pengajar

sampaikan dan hanya termaktub dalam silibus sahaja. Hanya segelintir pelajar yang

berfikir dan meneroka pengetahuan yang sedia ada bagi memastikan diri mereka

mahir terhadap sesuatu pembelajaran samada secara teori mahupun secara praktikal.

Oleh itu, terdapat tiga faktor yang menjadi perhatian penyelidik berkaitan dengan

hubungan antara pelajar dan kemahiran. Faktor-faktor tersebut ialah kaedah,

prosedur dan teknik terhadap aspek kemahiran teknikal itu sendiri.

Menurut ahli panel yang menyediakan laporan Expert Panel on Skills 2000

mendefinisikan kemairan sebagai kebolehan untuk mendapatkan pengetahuan dalam

peringkat menyempurnakan tugas. Gallagher (1999), pula merumuskan kemahiran

Page 18: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

6

sebagai set kemahiran yang merangkumi asas, teknikal, pengurusan dan kepimpinan.

Keperluan set ini adalah paling kritikal untuk membangunkan pengetahuan. Oleh

yang demikian, selain daripada penerapan elemen kemahiran insaniah, kemahiran

teknikal juga merupakan suatu faktor yang perlu ditekankan oleh pihak kolej

vokasional semasa merekabentuk program supaya ianya dapat melengkapkan

graduan dalam bidang pekerjaan. Selain itu, dari aspek para pelajar pula, bagi

memastikan diri mereka mampu bersaing dalam mendapatkan pekerjaan, penguasaan

kemahiran teknikal harus dipertingkatkan samada melalui kemahiran praktikal yang

diberikan menerusi kurikulum institusi mahupun mempunyai inisiatif kendiri untuk

mengikuti sebarang kursus yang menawarkan kemahiran tambahan.

1.3 Penyataan Masalah

Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jumlah siswazah yang

menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orang disebabkan tidak memiliki

kemahiran untuk mencari pekerjaan. Kebanyakan graduan yang berpeluang menapak

ke alam pekerjaan terpaksa bermula dari bawah. Hal ini adalah disebabkan oleh

graduan yang dihasilkan tidak memiliki kemahiran teknikal yang merangkumi aspek

kaedah, prosedur dan teknik seperti yang diperlukan oleh majikan. Selain itu,

majikan juga memerlukan pekerja yang memiliki kemahiran kebolehkerjaan seperti

kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis, kemahiran menyelesaikan masalah

dan kemahiran berfikir yang tinggi. Oleh itu, pengkaji akan menjalankan kajian

berkaitan kesediaan pelajar kolej vokasional terhadap aspek kemahiran teknikal

terhadap pembentukan kebolehkerjaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kesediaan pelajar Kolej

Vokasional dari aspek kemahiran teknikal yang merangkumi kaedah, prosedur dan

teknik terhadap pembentukan kebolehkerjaan dan wujudnya perbezaan tahap

kesediaan tersebut di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Page 19: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

7

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian yang akan dijalankan adalah bertujuan:

i. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari aspek kaedah terhadap

pembentukan kebolehkerjaan.

ii. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari aspek prosedur terhadap

pembentukan kebolehkerjaan.

iii. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari aspek teknik terhadap

pembentukan kebolehkerjaan.

iv. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari aspek kebolehkerjaan.

v. Mengenalpasti perbezaan antara jantina dari aspek kemahiran teknikal yang

mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan.

1.6 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam kajian ini adalah:

i. Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek kaedah terhadap pembentukan

kebolehkerjaan?

ii. Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek prosedur terhadap pembentukan

kebolehkerjaan?

iii. Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek teknik terhadap pembentukan

kebolehkerjaan?

iv. Apakah tahap kesediaan pelajar dari aspek kebolehkerjaan?

v. Adakah terdapat perbezaan antara jantina dari aspek kemahiran teknikal yang

mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan?

Page 20: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

8

1.7 Hipotesis Kajian

Hipotesis adalah andaian yang dibuat untuk diuji. Hipotesis null adalah pernyataan

yang menyatakan tiada hubungan atau perbezaan manakala Hipotesis alternatif

adalah hipotesis yang mempunyai hubungan atau perbezaan. Beberapa hipotesis

yang diuji bagi menjawab persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Ho: Tidak terdapat perbezaan antara jantina dari aspek kemahiran teknikal yang

mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan.

Ha: Terdapat perbezaan antara jantina dari aspek kemahiran teknikal yang

mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap pembentukan kebolehkerjaan.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini menfokuskan pelajar-pelajar kolej vokasional yang mengambil kursus

Teknologi Elektrik dan Teknologi Elektronik. Kajian ini dijalankan adalah untuk

mengkaji kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal yang merangkumi aspek

kaedah, prosedur dan teknik serta aspek kemahiran kebolehkerjaan

1.9 Batasan kajian

Kajian ini mempunyai beberapa batasan yang boleh mempengaruhi keputusan kajian.

Batasan-batasan kajian ini termasuklah keputusan kajian ini amat bergantung kepada

kejujuran responden kajian menjawab soal selidik dan sasaran penyelidik adalah

pelajar tahun tiga Kolej Vokasional yang mengambil kursus teknologi elektrik dan

teknologi elektronik.

1.10 Kepentingan Kajian

Kajian ini cuba menyingkap tahap kesediaan pelajar-pelajar kolej vokasional dari

aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan kebolehkerjaan. Dapatan yang

diperolehi daripada kajian ini diharap dapat membuka ruang perbincangan lanjut

Page 21: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

9

serta membantu pihak yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan program

ini agar dapat dilakukan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi mutu latihan

kemahiran yang disediakan. Pihak yang terlibat antaranya :

a) Pihak pentadbiran Kolej Vokasional

Diharapkan pihak pentadbiran dapat membuat persediaan lengkap dalam

menghadapi transformasi perlaksanaan Kolej Vokasional dan merangka strategi baru

sekiranya terdapat sebarang permasalahan timbul. Pihak pentadbiran sekolah perlu

membuat anjakan paradigma, perubahan minda dan mengatur program-program yang

sesuai membantu kearah kejayaan perlaksanaan Kolej Vokasional.

b) Pihak kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Bahagian Pendidikan

Teknik dan Vokasional (BPTV)

Kajian ini diharapkan Pihak kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Bahagian

Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) boleh membuat penambahbaikan

sekiranya perlu bagi memastikan perlaksanaan KV berjaya.

c) Pihak agensi luar

Pihak agensi luar seperti industri boleh bersama-sama dengan pihak kementerian

memberi nasihat dalam usaha untuk meningkatkan tahap kesediaan kemahiran

teknikal pelajar KV ini.

d) Pelajar

Pelajar KV haruslah bersama-sama membantu supaya mempersiapkan diri dengan

kemahiran teknikal dan kebolehkerjaan yang kukuh agar dapat memastikan diri

mereka mampu bersaing dalam mendapatkan pekerjaan.

Page 22: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

10

1.11 Kerangka Konsep kajian

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian yang digunakan oleh pengkajai

sepanjang melaksanakan kajian ini. Terdapat dua aspek utama yang dikaji iaitu aspek

kemahiran teknikal yang merangkumi aspek kaedah, prosedur dan teknik dan aspek

kebolehkerjaan yang merangkumi kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan

pemikiran kritis.

Page 23: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

11

Rajah 1.1: Kerangka konseptual kajian diubahsuai daripada kajian Rasul (2012)

Kemahiran

Kebolehkerjaan

Kemahiran

Teknikal

Pelajar Kolej

Vokasional

KAEDAH

mengenalpasti objektif

mengaplikasikan

pengetahuan sedia

merancang cara kerja

jangkaan hasil dapatan

perbincangan

analisis keputusan

PROSEDUR

memahami peraturan

memahami piawaian

keselamatan

menggunakan peralatan

keselamatan

TEKNIK

mahir menggunaan

peralatan

mengenal pasti peralatan

yang sesuai digunakan

mengetahui fungsi

peralatan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Lisan

Bukan lisan

PENYELESAIAN MASALAH

Persediaan diri

Pengumpulan maklumat

Pembentukan rancangan

tindakan

Penilaian terhadap

rancangan tindakan

PEMIKIRAN KRITIS

Reaktif

Menilai

Meneliti idea dengan

fakta yang telah

diketahui

Pembentukan

kebolehkerjaan

Page 24: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

12

1.12 Definisi istilah dan operasi

Definisi operasi merupakan suatu definisi terhadap beberapa istilah yang digunakan

dan disesuaikan untuk kefahaman dalam kajian ini. Terdapat beberapa istilah yang

penting dalam pernyataan kajian ini yang membawa makna tertentu. Oleh itu,

penyelidik telah mendefinisikan istilah tersebut untuk rujukan dan kefahaman

pembaca.

1.12.1 Kesediaan

Kesediaan adalah apabila seseorang individu itu bersedia untuk melakukan

sesuatu tindakan dan dapat melaksanakannya (Bong & Kaur, 1998). Manakala dalam

istilah operasional pula, kesediaan merujuk kepada kebolehan atau kesanggupan

pelajar Kolej Vokasional mengharungi cabaran dari aspek kemahiran teknikal

terhadap pembentukan kebolehkerjaan.

1.12.2 Pelajar

Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan terpilih (1998),

pelajar adalah seseorang yang menerima apa-apa perihal pendidikan, pengajaran,

latihan sepenuh masa atau separuh masa di sesuatu institusi pendidikan. Istilah

pelajar dalam kajian ini merujuk kepada pelajar tahun tiga Kolej Vokasional yang

sedang mengikuti kursus teknologi elektrik dan teknologi elektronik.

1.12.3 Kemahiran Teknikal

Salah (2001) menyatakan kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan

kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan

kaedah, proses, prosedur dan teknik.

Page 25: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

13

1.12.4 Kaedah

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),

hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan

yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

1.12.5 Prosedur

Ismail Masya (1994) mengatakan bahawa prosedur adalah suatu rangkaian tugas-

tugas yang saling berhubungan yang merupakan urutan-urutan menurut waktu dan

tata cara tertentu untuk melaksanakan suatu pekerjaan yang dilaksanakan berulang-

ulang.

1.12.6 Teknik

Menurut A Yahaya (2010), teknik adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus

yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai

teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat

kaedah itu akan tidak berhasil.

1.12.7 Kebolehkerjaan

Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai kemahiran selain dari kemahiran teknikal,

diperlukan untuk membantu mendapatkan pekerjaan, meningkat dan mencapai

potensi diri dalam kerjaya yang diceburi, serta untuk menyumbang ke arah kejayaan

organisasi. Di dalam kajian ini, aspek kebolehkerjaan termasuklah kemahiran

komunikasi, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis.

1.13 Rumusan

Secara keseluruhannya, menerusi bab ini pengkaji telah menggariskan objektif dan

tujuan kajian bagi memastikan kajian yang dijalankan berada pada landasan yang

Page 26: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

14

betul. Pengkaji turut menjelaskan aspek-aspek yang dikaji bagi mengenal pasti

kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap pembentukan

kebolehkerjaan. Selain itu bab ini turut menerangkan secara terperinci tentang

masalah yang hendak dikaji, persoalan yang timbul serta kepentingan kajian terhadap

pihak-pihak yang terlibat.

Page 27: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Malaysia berada di pertengahan jalan dalm pencapai matlamatnya untuk menjdai

sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Salah satu aspek yang perlu diberi

perhatian dalam mendukung cita-cita negara ini dengan peningkatan permintaan

terhadap tenaga mahir. Mengikut laporan yang dibentangkan dalam Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9), terdapat sejumlah 597,384 tenaga mahir yang dapat

dihasilkan oleh institut latihan di seluruh negara dan 4.8 juta tempat disediakan untuk

pekerja menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran sedia ada. Laporan dalam

RMK-9 juga menyebut terdapat keperluan ke atas pusat pengajian awam atau swasta

dalam melahirkan graduan dengan kemahiran seiringan dengan perkembangan

industri supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan majikan.

2.2 Kesediaan

Definisi kesediaan ialah perihal sedia, kesanggupan dan kerelaan. Dalam konteks

kajian ini, kesediaan adalah kesanggupan pelajar untuk belajar dalam situasi baru

iaitu transformasi Sekolah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Menurut

AR.Hamdan (2010), kesediaan belajar adalah persiapan seseorang pelajar itu serta

keyakinan yang sepenuhnya sebelum dan semasa proses P&P. Tahap kesediaan

pelajar diukur melalui aspek pengetahuan, kemahiran dan afektif. Menurut Kamis

(2011), kemahiran bermaksud kepandaian atau kemahiran yang dimiliki individu

Page 28: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

16

dalam bidang pekerjaan tertentu. Mahir ialah terlatih untuk mengerjakan sesuatu,

cekap, lancar dan pandai. Kemahiran yang dimaksudkan ialah, kemahiran pelajar

Kolej Vokasional bagi bidang yang diceburi manakala, pengetahuan membawa

maksud ilmu yang diperolehi oleh pelajar Kolej Vokasional semasa pengajian.

Menurut Stanford (1971), afektif di bawah konteks kesediaan belajar merujuk kepada

sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk

melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam kajian ini aspek kesediaan yang

akan dilihat merangkumi kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

pembentukan kebolehkerjaan.

2.3 Kemahiran

Kemahiran dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencapai dengan jayanya

sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan mahupun

kecekapan. Selain itu, kemahiran turut dimaksudkan sebagai suatu seni, iaitu

kebolehan atau teknik yang diperolehi memalui latihan atau pengalaman khususnya

yang mana melibatkan penggunaan anggota badan (Reader’s Digest Universal

Dictionary). Kebanyakan majikan beranggapan adalah lebih efektif sekiranya

graduan sesebuah institusi mendapat kemahiran melalui kursus program di university

berbanding membangunkan kemahiran tersebut sendiri. Mengikut DfEE(1997)

terdapat tiga jenis klasifikasi ke atas kemahiran. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah

kemahiran utama, kemahiran vokasional dan kemahiran khusus untuk sesuatu

jawatan. Kemahiran utama diperhalusi melalui sesuatu kemahiran umum yang

diperlukan dalam melaksanakan tugas asasi seseorang. Kemahiran ini termasuklah

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Selain itu, terdapat juga beberapa

kemahiran lain yang ditermakan sebagai kemahiran peribadi yang mudah

dipindahkan. Kemahiran yang dimaksudkan ini termasuklah keupayaan bekerj dalam

kumpulan, kemahiran komunikasi, motivasi kendiri, kemahiran mengurus diri sendiri

dan kemahiran asas dalam penggunaan teknologi maklumat. Kemahiran kedua ialah

kemahiran vokasional yang diperlukan dalam bidang tugas tertentu dan kurang

berguna kepada tugas di luar bidang tersebut. Kemahiran vokasional ini tidak

seumum kemahiran pertama tadi, tetapi ianya mudah dipindahkan. Seterusnya ialah

kemahiran khusus untuk sesuatu jawatan yang terhad kepada jawatan tertentu sahaja.

Page 29: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

17

Sebenarnya ia lebih berbentuk ilmu daripada kemahiran sebagaimana ianya biasa

dikenali secara tradisi.

2.4 Kemahiran Teknikal

Terdapat pelbagai definisi kemahiran yang sinonim dengan skop kemahiran teknikal.

Rosa (2000) mendefinisikan kemahiran teknikal sebagai yang berkaitan dengan

kaedah, prosedur atau teknik. Manakala Salah (2001) pula memberikan definisi yang

lebih menyeluruh dan luas. Selain itu, Salah (2001) juga turut menyatakan kemahiran

teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu aktiviti

yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan kaedah, proses, prosedur dan

teknik. Beliau juga menghuraikan bahawa kemahiran teknikal merupakan suatu

pengetahuan yang khusus dan keupayaan analitikal dalam penggunaan alat-alat dan

teknik dalam disiplin tertentu misalnya dlam kejuruteraan awam, kejuruteraan

elektrik dan elektronik mahupun sistem maklumat. Dalam kajian ini, pengkaji

mendefinisikan kemahiran teknikal sebagi kecekapan pelajar kolej vokasional dalam

melaksanakan beberapa kemahiran asas teknikal yang merangkumi aspek kaedah,

prosedur dan teknik dalam mengendalikan alatan teknikal.

2.4.1 Kepentingan Kemahiran Teknikal

Terdapat beberapa kajian yang membicarakan tentang tahap kepentingan dan

penekanan kemahiran teknikal bagi pelajar bidang elektrik dan elektronik. Sharpe

(1998) memberikan pandangan bahawa sememangnya kemahiran teknikal khusus

diperlukan oleh majikan terhadap pekerjanya. Bagi memastikan kemahiran teknikal

itu relevan dengan perkembangan semasa, beliau menegaskan pendekatan dalam

pendidikan perlu bersifat ‘hands-on’. Oleh itu, kurikulum yang sesuai perlu dirangka

untuk meningkatkan tahap produktiviti pekerja di masa depan. Menurut beliau, slah

satu cara yang wajar ialah mendedahkan pelajar dengan ilmu teknologi dan

kemahiran yang berkaitan dengannya.

Irene (1995) telah melakukan kajian dalam konteks kecenderungan pelajar

terhadap pelajaran berasaskan teknikal. Kajian telah dilakukan oleh Irene (1995)

Page 30: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

18

ialah membincangkan tentang isu-isu pendidikan dalam bidang pengurusan amnya

dan bidang kejuruteraan khususnya. Isu kemahiran teknikal turut menjadi elemen

penting yang menjadi topik perbincangan yang dibincangkan dengan serius. Melalui

perbandingan dengan negara barat, beliau mendapati faktor budaya mempengaruhi

kecenderungan seseorang pelajar untuk meminati atau menguasai pelajaran yang

bersifat kuantitatif atau teknikal. Pelajar berbangsa Cina didapat lebih suka dan

memberi lebih keutamaan malah mendapat skor yang lebih baik bagi mata pelajaran

teknikal atau kuantitatif (ekonomi, kewangan, perakaunan, dan seumpamanya)

berbnding dengan mata pelajaran kualitatif (Tabiat Organisasi, Pengurusan dan

seumpamanya).

Kajian yang dilakukan oleh Laughton dan Montanheiro (1996) berkaitan

kemahiran teras yang perlu dimiliki graduan telah dilakukan terhadap para pelajar di

Sheffield Bussiness School. Secara umumnya, terdapat dua kategori kemahiran yang

dikaji iaitu ‘soft skills’ dan ‘hard skills’. ‘Soft skills’ terdiri daripada pengurusan dan

pembangunan diri, bekerjasama dengan orang lain, berkomunikasi, menyelesaikan

masalah. Manakala, ‘hard skills’ pula terdiri daripada kemahiran mengaplikasikan

matematik, teknologi, teknikal, dan rekabentuk.

Selain itu juga, dapatan yang hampir sama telah diperolehi oleh Dench,

Perryman dan Giles (1988) dalam kajian mereka mengikuti persepsi industri.

Didapati bahawa industri meletakkan tahap kepentingan yang paling tinggi bagi

kemahiran komunikasi, bekerja dengan orang lain dan kemahiran untuk belajar.

Seterusnya diikuti dengan kemahiran berkaitan teknikal. Kemahiran teknikal tidak

perlu untuk semua bahagian organisasi, hanya bahagian tertentu sahaja yang

berkaitan. Manakala kemahiran generik pula penting untuk semua bahagian.

Selain daripada pandangan yang diambil daripada pelajar, pandangan

daripada pihak berkepentingan juga turut diambil kira. Billing (2003) telah

melakukan kajian perbandingan di UK, USA, New Zealand, Australia, dan Afrika

Selatan berkaitan kemahiran yang diperlukan oleh graduan. Beliau mendapati

bahawa terdapat persamaan dan persetujuan yang jelas bagi negara-negara tersebut

memberikan keutamaan yang tinggi kepada kemahiran komunikasi yang merupakan

salah satu elemen dalam kemahiran generik. Namun begitu, didapati UK lebih

memberi penekanan yang lebih berbanding USA, New Zealand, Australia dan Afrika

Selatan bagi kemahiran teknikal, penyelesaian masalah dan numerasi.

Page 31: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

19

Dalam kajian emperikal yang telah dijalankan oleh Salah (2001) berkaitan

kepentingan kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus projek didapati

bahawa kemahiran kemanusiaan mempunyai tahap kepentingan yang paling tinggi,

diikuti kemahiran pengurusan dan yang terakhir adalah kemahiran teknikal.

Kemahiran teknikal yang difokuskan dalam kajian beliau ialah pengetahuan

penggunaan alat dan teknik, pengetahuan tentang projek, memahami kaedah, proses

dan prosedur, pengetahuan teknologi dan kemahiran menggunakan komputer.

Namun begitu, kajian Salah tidak menerangkan kenapa terdapat perbezaan tahap

kepentingan bagi ketiga-tiga kemahiran tersebut.

Smits (2001) dalam kajiannya ada menerangkan bahawa kemahiran khusus

melalui bidang pekerjaan yang juga merujuk kepada kemahiran teknikal banyak

digunakan oleh sektor latihan dan secara relatifnya pasaran bagi kemahiran teknikal

adalah kecil berbanding kemahiran generik. Ini disebabkan kemahiran generic dapat

memberikan nilai tambah yang lebih kepada seseorang kerana melalui kemahiran

tersebut, kemahiran dan pengetahuan baru dapat dikuasai dengan lebih mudah.

Pandangan Smits ini sekurang-kurangnya memberi sedikit penjelasan terhadap

dapatan kajian Salah (2001).

Rosa (2000) dalam kajiannya terhadap sepuluh syarikat di Eropah telah

mengenalpasti tiga jenis kemahiran yang diperlukan oleh syarikat melalui analisis

jurang. Terdapat tiga kategori kemahiran yang ditemui iaitu kemahiran kemanusiaan,

kemahiran konseptual, dan kemahiran teknikal. Didapati bahawa jurang yang paling

besar, yang perlu dipenuhi ialah kemahiran kemanusiaan. Ini bermaksud pekerja-

pekerja masih belum mencapai tahap kemahiran kemanusiaan seperti yang

dikehendaki oleh syarikat memandangkan kemahiran ini adalah yang paling sukar

dikuasai. Kemahiran teknikal mempunyai jurang yang paling kecil untuk dipenuhi.

Ini bermakna sebahagian besar pekerja hampir memenuhi tahap kemahiran yang

dikehendaki. Pekerja lebih mudah menguasai kemahiran teknikal yang boleh

dipelajari melalui kursus dan latihan.

Seterusnya Mason (2002) dalam kajiannya telah menunjukkan impak pasaran

terhadap institusi pendidikan tinggi. Beliau mendapati penggunaan kemahiran tinggi

dalam sektor peruncitan, perkhidmatan komputer, pengangkutan dan komunikasi

telah menyebabkan peluang pekerjaan terhadap graduan menjadi semakin banyak

bagi memenuhi keperluan industri yang memerlukan pekerja yang mempunyai

keupayaan analisis, kemahiran generik dan pengetahuan serta kemahiran teknikal.

Page 32: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

20

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu didapati bahawa walaupun kemahiran

teknikal secara relatifnya mempunyai tahap kepentingan yang sedikit rendah

berbanding kemahiran generik, namun ia juga perlu dikuasai oleh pelajar

terutamanya kemahiran teknikal khusus berkaitan pekerjaan memandangkan

pengaruh teknologi dalam pekerjaan semakin besar. Pendekatan yang sesuai juga

perlu dilakukan supaya perkembangan teknologi dan kemahiran yang berkaitan

dengannya dapat diperolehi dan diaplikasikan sebagai pelengkap dalam membina

pakej keboleherjaan yang diperlukan industri.

2.4.2 Elemen-elemen kemahiran teknikal

Salah (2001) menyatakan kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan

kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan

elemen kaedah, prosedur atau teknik.

2.4.2.1 Kaedah

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),

hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan

yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Jadual 2.1 adalah

teknik pengajaran kemahiran teknikal dari aspek kaedah yang dikemukakan oleh

Smith (1971) dan Tamir (1977).

Jadual 2.1: Teknik pengajaran kemahiran teknikal dari aspek kaedah

Teknik pengajaran Tahap penyiasatan Kemahiran pembelajaran

Mini pengajaran Perancangan dan

rekabentuk

Mengenal pasti masalah

Mengaplikasi pengetahuan

sedia ada

Menghipotesis dan

jangkaan

Merancang penyiasatan

Mengenal pasti prosedur

Page 33: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

21

Penyiasatan Menjalankan

penyiasatan

Mengenal pasti komponen

utama penyiasatan

Menjalankan penyiasatan

Berinteraksi antara

pensyarah-peajar

Perbincangan Menganalisis dan

menginterpretasi

Menganalisis data

Menganalisis keputusan

Menginterpretasi maklumat

2.4.2.2 Prosedur

Menurut Muhammad Ali (2000), prosedur adalah tatacara kerja atau cara

menjalankan suatu pekerjaan. Manakala menurut Amin Widjaja (1995) prosedur

adalah sekumpulan bahagian yang saling berkaitan. Kamaruddin (1992) pula

menyatakan prosedur pada dasarnya adalah suatu susunan yang teratur dari kegiatan

yang berhubungan satu sama lainnya dan prosedur-prosedur yang berkaitan

melaksanakan dan memudahkan kegiatan utama dari suatu organisasi. Pengertian

prosedur menurut Ismail Masya (1994) mengatakan bahawa prosedur adalah suatu

rangkaian tugas-tugas yang saling berhubungan yang merupakan urutan-urutan

menurut waktu dan tata cara tertentu untuk melaksanakan suatu pekerjaan yang

dilaksanakan berulang-ulang. Berdasarkan pendapat beberapa ahli di atas maka dapat

disimpulkan prosedur adalah tatacara atau bagaimana cara untuk menyelesaikan

sesuatu perkara berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan.

2.4.2.3 Teknik

Menurut A Yahaya (2010), teknik adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus

yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai

teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat

kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk

mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah

Page 34: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

22

kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan

minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid

semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

2.5 Kemahiran Kebolehkerjaan

Menurut BPK(2010), kemahiran kebolehkerjaan didefinisikan sebagai kemahiran

selain dari kemahiran teknikal, diperlukan untuk membantu mendapatkan pekerjaan,

meningkat dan mencapai potensi diri dalam kerjaya yang diceburi, serta untuk

menyumbang ke arah kejayaan organisasi.

Sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membangunkan modal insan

khususnya dalam aspek Latihan kemahiran, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa

menyokong untuk meningkatkan tahap kemahiran seseorang pelajar bagi

menghadapi perubahan dalam dalam struktur ekonomi dalam menyumbang kepada

pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Adam Othman (2010), tenaga pekerja yang

mahir merupakan syarat asas untuk menjamin perkembangan ekonomi negara.

Seperti yang diketahui latihan kemahiran juga dikenal pasti menjadi sebagai tonggak

kejayaan sektor ekonomi di negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman.

Negara tersebut sebenarnya mempunyai sistem latihan yang mantap serta mampu

menghasilkan tenaga kerja yang kompeten serta memenuhi keperluan sektor industri

di negara tersebut termasuk sektor perkhidmatan. Menurut beliau lagi, bagi tujuan

tersebut sektor pendidikan teknik, vokasional dan kemahiran di Bahagian

Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia, memainkan

peranan yang penting dalam membantu membina modul dan unit kompetensi selaras

dengan kemahiran yang diperlukan dan seterusnya memberi peluang pelajar

memenuhi ruang pekerjaan (employability) apabila tamat persekolahan. Berdasarkan

kepada perkembangan dan perubahan struktur ekonomi semasa, pihak kerajaan

khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia sedang giat usaha untuk memartabatkan

aspek latihan kemahiran ke tahap lebih berkualiti bagi memenuhi keperluan

permintaan tenaga kerja dalam pelbagai sektor seperti perkilangan dan perkhidmatan.

Malah usaha juga sedang dan akan dilakukan untuk menyediakan tenaga kerja bagi

memenuhi keperluan sektor industri yang baru muncul (new emergence industry).

Atas dasar ini, terdapat lapan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh

Page 35: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

23

pelajar iaitu komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan

pengurusan diri, keupayaan pembelajaran, penggunaan teknologi, berinisiatif dan

keusahawan.

Rajah 2.1 : Skop Kemahiran Kebolehkerjaan

(Sumber : BPTV2012)

2.5.1 Kemahiran Berkomunikasi

Komunikasi bukan sekadar melalui percakapan, tetapi dengan menggunakan

pelbagai media atau peralatan moden khususnya komunikasi dengan internet dapat

memajukan diri sendiri untuk menjadikan seorang pekerja yang berilmu, Ahmad

(2007).

Dalam kajian oleh Salleh dan Noah (2000) kemahiran komunikasi dalam

kalangan pelajar adalah sangat penting. Mereka ada menyatakan bahawa bagi

memastikan sesebuah organisasi terus maju kehadapan, kemahiran insaniah amat

dititik beratkan oleh majikan semasa mencari calon-calon yang layak dan

Kemahiran Kebolehkerjaan

Komunikasi

Kerja Berpasukan

Penyelesaian Masalah

Inisiatif Dan Keusahawanan

Perancangan Dan

Pengurusan

Pengurusan Diri

Pengurusan Teknologi

Keupayaan Pembelajaran

Page 36: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

24

bersesuaian dengan kriteria yang dikehendaki seperti calon yang boleh

mengendalikan orang ramai, bekerja dengan orang ramai dan berkomunikasi dengan

orang ramai. Apabila menyalurkan sesebuah maklumat, masyarakat lebih suka

komunikasi secara lisan berbanding secara bertulis. Hal ini kerana, apabila maklumat

itu disalurkan secara bercakap akan mengurangkan masa penyampaian, tidak

memerlukan komputer, penyalinan semula dan pengedaran. Melihat kepada

kepentingan komunikasi yang berkesan, organisasi pada masa kini mengambil

pekerja yang sudah mempunyai kemahiran komunikasi dan melatih pekerja yang

sememangnya sudah berkhidmat di dalam syarikat supaya mereka dapat

meningkatkan kemahiran komunikasi yang ada di dalam diri mereka.

Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan graduan menganggur di Malaysia

kerana kurangnya kemahiran interpersonal di dalam diri mereka. Malah pernyatan ini

turut disokong di dalam laporan Pembangunan Sumber Manusia (2003) yang

menyatakan masalah mahasiswa dewasa kini ialah kurang berinteraksi walaupun

telah memasuki ke alam pekerjaan. Hasil kajian yang dijalankan oleh Institusi

Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (2003), punca utama kadar pengangguran

yang tinggi daripada para graduan ialah berkomunikasi secara penulisan dengan

kemahiran penulisan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris merupakan

kemahiran yang paling kurang dimiliki oleh responden. Ini telah membuktikan

bahawa graduan masa kini kurang penguasaan dalam kemahiran berkomunikasi.

Komunikasi yang dimaksudkan di dalam kemahiran kebolehkerjaan seperti

kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran bertutur, kemahiran memberi

maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan dan

komunikasi bukan lisan (Abdullah dan Ainon, 2002).

2.5.2 Penyelesaian Masalah

Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana

maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai

sesuatu matlamaat. Torrence (1973), mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai:

“ Proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini

melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian

Page 37: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

RUJUKAN

Ab Halim, F. (2013). Kemahiran Kebolehgajian, Estim Kendiri Dan Efikasi Kendiri

Pelajar Teknikal Dan Vokasional Yang Bermasalah Pendengaran Di Politeknik

Dan Kolej Komuniti, Malaysia: Universiti Putra Malaysia

Abdul, R. A. (1997). Motivasi Dan Pembangunan Diri, Cheras, Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1997). Memahami psikologi berfikir. T.T.P.: Utusan Publication &

Distributors Sdn Bhd.

Abu Bakar, Z, & Aziz, N. (2011). Kesediaan Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Tahun

Akhir Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan Di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. Journal Of Technical, Vocational & Engineering

Education, 2, 64-78.

Abu Bakar, Z., Zulpakar, M., & Azhar, K. (2010). Amalan Keselamatan Bengkel Di

Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 Aliran Kemahiran Hidup Semasa

Melakukan Kerja-Kerja Amali Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman

Universiti, Johor, 1-7.

Abu Zahari Abu Bakar (1992). Psikologi Pendidikan Untuk Guru. Petaling Jaya:

Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd.

Ahmad Bakri, H. (2013). Tahap Kebimbangan Pelajar Wanita Bidang Kejuruteraan

Terhadap Peluang Kerjaya: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Alias, J., Muslim, N., Mansor, A. Z., Salleh, R., & Basir, A. (2012). Generic Skills

Courses In Fulfilling The Requirement Of The Malaysian Qualification

Framework: A Study On Universiti Kebangsaan Malaysia Students. Journal Of

Applied Sciences Research, 8(5), 2608-2619.

Page 38: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

75

Amin, H. M. (2013). Kemahiran Insaniah Pelajar Prasiswazah: Analisis Perbezaan

Jantina. Jurnal Teknologi,61(1).

Arsat, M., & Rasid, N. A. (2010). Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Elektrik

Dan Elektronik Dalam Pembentukan Kerjaya: Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia

Barkhaya, M., & Maziah, N. (2013). Kesediaan Pelajar Memiliki Kemahiran

Teknikal Tambahan: Satu Kajian Di UTHM: Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia

Billing, D. (2003).Generic Cognitive Abilities In Higher Education: An International

Analysis Of Skills Sought By Stakeholders., Compare, Vol.33, No.3, Pp.

335-350.

Che Juhan Negara, R. (2012). Tahap Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Politeknik

Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel: Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

Clark, B.R. (1983). The Higher Education System: Academic Organization In Cross

National Perspective. London: University Of California Press.

Creswell, J.W. 2002.Educational Research: Planning, Conducting And Evaluating

Quantitative And Qualitative Research. Upper Saddler River, New Jersey:

Merrillprentice Hall

Cronbach, L.J., Shavelson, R.J. (2004). My Current Thoughts On Coefficient Alpha

Andsuccessor Procedures.Educational And Psychological Measurement, 64

(3), 391-418.

Dench, S., Perryman, S. dan Giles, L (1998).Employer’s Perceptions of key skills:

Institute for Employment Studies.

DfEE (1997). Advancing by Degrees: A study of graduate recruitment and skills

Utilization.DfEE: London

Dickson, M (2000), Giving Undergraduates Managerial Experience. Education +

Training, Vol 42 No 3, pp 159-169.

Esa, A., Sapon, N., & Ibrahim, S. (2011). Kemahiran Hands-On Pelajar Wanita

Bidang Kejuruteraan Elektrik Di Politeknik Malaysia: Universiti Tun

Hussein Onn.

Page 39: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

76

Fitt, A. B. (1990). An Experimental Study of Children „s Attitude to School in

Auckland, New Zealand British Journal of Psychology 57, him 25-30.

Frankel, J. R., &Wallen, N. E. (2007).How to design and evaluate research in

education. (6thed.). Boston, MA: McGraw- Hill

Gallagher, P. (1999). Critical Skills: Hitting a Moving Target. Background paper for

the Expert Panel of Skills. Ottawa: Industry Canada

Hamdan, A. R., & Ayop, A. F. (2010). Kesesuaian Isi Kandungan, Masa,

Kemudahan Dan Alatan, Dan Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Dalam

Matapelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari

Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di Daerah

Kluang: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Hashim (2000), Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Jurusan Kejuteraan

Awam Di Kalangan Pelajar UTM: Projek Sarjana Muda UTM

Hassan, S. S. S., & Esa, A. (2011). Penerapan Kemahiran Employability Dalam

Kalangan Pelajar Politeknik: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Hassan, Z., Said, H., Omar, J., & Hassan, H. (2006). Pengaplikasian Kemahiran

Berfikir Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah

Menengah Daerah Kota Bahru, Kelantan: Universiti Tun Hussein Onn

Hesketh, A.C. (1999), Towards a new economic sociology of the student financial

experience of higher education: Journal of Education Policy.

Husain, M. Y., Rasul, M. S., Mustapha, R., Malik, S. A., & Rauf, R. A. A. (2013).

Tahap Kemahiran Employability Pelajar Kejuruteraan Dari Perspektif

Majikan. Sains Humanika, 62(1).

Husaina, M. Y., Dan Vokasional, F. P. T., Mustaphab, R., Mohamadc, S. A. M. S.,

Mokhtard, S. B., Awam, J. K., & Omar, P. U. Persepsi Pensyarah

Kejuruteraan Terhadap Tahap Kemahiran Empolyability Pelajar

Kejuruteraan Institusi Teknikal: Satu Kajian Kes. Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia

Idris, P. D. U. P. S., & Patta, S. D. B. Pengaruh Demografi Terhadap Penguasaan

Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Program Pendidikan: Tesis

Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

International Labour Office (2009).Global Employment Trends. Januari 2009

Page 40: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

77

Kamarudin, N., Halim, L., Osman, K., & Meerah, T. M. (2009). Pengurusan

Penglibatan Pelajar Dalam Amali Sains (Management Of Students'

Involvement In Science Practical Work). Research In Science Education, 24,

51-59.

Kamarulzaman, N. F. (2014). Kekangan–Kekangan Pusat Latihan Kemahiran

Dalam Pengendalian Program Kemahiran: Doctoral Dissertation.Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research

Activities.Educational and Psychological Measurement.30, 607- 610.

Laughton, D. danMontanheiro, L. (1996).Core Skills In Higher Education: The

Student Perspective. Education & Training.Vol. 38 No 4. 17-24.

Madar, A. R., Aziz, A., Afzan, M., Razzaq, A., Rasid, A., Mustafa, M. Z., & Buntat,

Y. (2008). Kemahiran Employability Bagi Memenuhi Keperluan Industri.

Doctoral Dissertation.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mamat, W., & Norehan, W. (2013). Tahap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis

Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Dan Hubungannya Dengan

Pencapaian Pelajar: Doctoral Dissertation.Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

Mangkau, I. D. (2012). Penguasaan Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan

Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Tesis

Sarjana.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mason, G. (2002). High Skill Utilization Under Mass Higher Education: Graduate

Employement In Service Industries In Britain. Journal of Education &

Work.Vol. 15, No 4.427-456

Minghat, A. D., & Sikh Mohamad, R. (2010). Kesediaan Pelajar Dalam Mengikuti

Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar

Daerah Jerantut, Pahang., 1-10.

Mohamed, A., Isa, F. L. M., & Shafii, H. (2007). Kemahiran Di Kalangan Graduan

Sebagai Kriteria Penting Pasaran Tenaga Kerja: Kajian Kes Graduan

Fakulti Kejuruteraan, UKM: Seminar Pendidikan Kejuruteraan Dan Alam

Bina.

Mohd Andai, N. (2008). Pengurusan Maklumat Dalam Meningkatkan Kecekapan

Pentadbiran Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis

Sarjana.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Page 41: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

78

Mohd Salleh, K., Ibrahim, W. N. H., Sulaiman, N. L., Ibrahim, B., & Mustafa, M. Z.

(2008). Kemahiran Employability Dalam Kalangan Mahasiswa Dan

Pensyarah: Perbandingan Dengan Industri. Tesis Sarjana.Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia

Musa, M., & Esa, A. (2011). Tahap Penguasaan Kemahiran Generik Dalam

Kalangan Pelajar Tahun Akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik Serta

Pendidikan, UTHM: Journal Of Techno-Social, 1(1).

Mustapha, R., Huasain, M. Y., Mokhtar, S. B., Bakar, E. A., & Safian, M. A. (2011).

Kemahiran Employability Dari Perpektif Pelajar Kejuruteraan:Persidangan

Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan

Teknik Dan Vokasional (CIE-TVT 2011), 16-17.

Nizar, N. (2006). Ketrampilan Kemahiran Teknikal Graduan Institut Kemahiran

Belia Negara (IKBN): Tesis Sarjana. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein

Onn.

Osman, K., Iksan, Z. H., & Halim, L. (2007). Sikap Terhadap Sains Dan Sikap

Saintifik Di Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan, 32, 39-60.

Othman, H., Sulaiman, A., Masrom, N. R., & Buntat, Y. (2009). The Instillation Of

Employability Skills Through Problem Based Learning Model At Malaysia's

Higher Institution: Tesis Sarjana.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Othman, M. (2012). Tahap Kompetensi Pelajar Melaksanakan Kerja Amamli

Berpandukan Domain Psikomotor Simpson:Doctoral Dissertation, Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia.

Pua, P. K. (2014). Tahap Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar

Kejuruteraan Tahun Akhir Di Politeknik KPM : Doctoral Dissertation,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Rasul, M. S., Ismail, M. Y., Ismail, N., Rajuddin, R., & Rauf, R. A. (2009). Aspek

Kemahiran ‘Employability’yang Dikehendaki Majikan Industri Pembuatan

Masa Kini: Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(2), 67-79.

Razak, A., & Khadijah, S. (2013). Kesediaan Bakal Guru Dpli Terhadap Mata

Pelajaran Reka Cipta Untuk Mengajar Di Sekolah Menengah: Kajian Di

UTHM: Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Salah El-Sabaa (2001).The Skill And Career Path Of An Effective Project Manager.

Page 42: kesediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal terhadap

79

Salleh, A., Abdul, M. R., Hasan, I., & Husain, M. Y. Kemahiran Employability

Pelajar Kejuruteraan Dari Perspektif Pensyarah. Tesis Sarjana. Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia.

Smits (2001) Occupation Specific or Generic Skills? Conflicting Interests of Firms

and Apprentices. Faculty of Economic and Business Administration,

Maastricht University.

Sulaiman, S., Musa, T., & Maizura, T. (2011). Tahap Kefahaman Pelajar Tahun

Akhir (Perdana) Program Kemahiran Hidup Dalam Pembelajaran Teori Dan

Amali: Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Yahaya, A., & Chu, S. P. (2010). Peraturan Keselamatan Dan Penggunaan Alatan

Tangan: Peraturan Keselamatan Dan Penggunaan Alatan Tangan, 1-3.

Yahaya, A., & Siew Pang, C. (2008). Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Daerah

Segamat, Johor: Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.