ifolio.ukm.my · web viewpeserta yang hadir adalah seramai 79 orang yang terdiri daripada pelbagai...

40
KERTAS KERJA PEMBENTUKAN INSAN KAMIL ABAD 21 BERSAMA ANAK YATIM KASIH HARMONI, SG. BULOH, SELANGOR. MAHASISWA PBJJ SEMESTER 4, SET 4 2015 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini disediakan bagi memohon kebenaran dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan program tautan Mahabbah bersama Anak Yatim di Rumah Kasih Harmoni,Sg. Buloh, Selangor. 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG Program khidmat masyarakat ini diwujudkan untuk mendidik mahasiswa/i agar lebih prihatin dengan masyarakat sekeliling serta melahirkan sifat kepimpinan serta pada masa yang sama semangat kerja berpasukan dapat dipupuk disamping mengeratkan lagi hubungan mahasiswa/i pbjj semester 4, set 4, 2015. Selain itu, program ini juga adalah untuk mendedahkan kepada anak-anak yatim tentang betapa penting dan berharganya diri mereka sebagai generasi yang akan menjadi pelapis kepada pembangunan ekonomi negara serta mempunyai nilai jati diri yang unggul. Dalam program ini kami memfokuskan kepada tiga kemahiran berikut : 1. Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan. 2. Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme. 3. Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian masalah dan Pendekatan. 3.0 MISI Menjadikan program ini sebagai satu landasan bagi meningkat kesedaran mahasiswa/i terhadap aspek cinta dan sayang kepada anak yatim serta dengan ilmu yang dikongsi dalam program ini menjadi batu loncatan kepada

Upload: others

Post on 03-Feb-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJAPEMBENTUKAN INSAN KAMIL ABAD 21

BERSAMA ANAK YATIM KASIH HARMONI, SG. BULOH, SELANGOR.MAHASISWA PBJJ SEMESTER 4, SET 4 2015

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUANKertas kerja ini disediakan bagi memohon kebenaran dan kelulusan serta

bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan program tautan Mahabbah bersama Anak Yatim di Rumah Kasih Harmoni,Sg. Buloh, Selangor.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANGProgram khidmat masyarakat ini diwujudkan untuk mendidik mahasiswa/i agar

lebih prihatin dengan masyarakat sekeliling serta melahirkan sifat kepimpinan serta pada masa yang sama semangat kerja berpasukan dapat dipupuk disamping mengeratkan lagi hubungan mahasiswa/i pbjj semester 4, set 4, 2015.

Selain itu, program ini juga adalah untuk mendedahkan kepada anak-anak yatim tentang betapa penting dan berharganya diri mereka sebagai generasi yang akan menjadi pelapis kepada pembangunan ekonomi negara serta mempunyai nilai jati diri yang unggul. Dalam program ini kami memfokuskan kepada tiga kemahiran berikut :

1. Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan.2. Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme. 3. Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian masalah dan Pendekatan.

3.0 MISIMenjadikan program ini sebagai satu landasan bagi meningkat kesedaran

mahasiswa/i terhadap aspek cinta dan sayang kepada anak yatim serta dengan ilmu yang dikongsi dalam program ini menjadi batu loncatan kepada anak-anak yatim untuk penambahbaikan, penyesuaian yang terbaik dalam kehidupan seharian mereka sebagai generasi yang hebat dalam membangun modal insan negara yang cemerlang.

4.0 MATLAMATMatlamat program ini adalah menjadi fasilitator kepada anak-anak yatim

Rumah Kasih Harmoni kerana mereka adalah golongan yang perlu diberi perhatian dan bimbingan dari segi akademik dan sahsiah diri sebgai persiapan untuk membina modal insan negara cermerlang. Diharap program ini dapat menyuntik para fasilitator agar mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan.

5.0 OBJEKTIF5.1 Menerapkan nilai-nilai murni dan sahsiah yang unggul kepada anak-anak

yatim Kasih Harmoni.5.2 Memberi penekanan dan kepentingan kepada anak-anak yatim Kasih

Harmoni terhadap aspek ilmu.5.3 Menerapkan sikap prihatin kepada mahasiswa/i melalui program amal

tehadap badan bukan kerajaan yang membantu dalam pembangunan anak-anak yatim Kasih Harmoni.

6.0 TEMATransformasi Minda Menjana Peribadi Unggul

7.0 ANJURANMahasiswa/i Semester 4 PBJJ set 4Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASAProgram ini dicadangkan untuk diadakan pada :Tarikh  : 26 April 2015 (Ahad)Masa  : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

9.0 TEMPAT PROGRAM Tempat program yang dicadangkan ialah Rumah Kasih Harmoni, Kg. Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

10.0 CADANGAN PERASMIPerasmian Penutup

1) Encik Abd Khalid Bin Sameon ( Pensyarah UKM).

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Jumlah peserta = 90 orang Jumlah fasilitator = 10 0rang Jumlah urusetia = 21 orang Jumlah keseluruhan = 121 orang

12.0 STRUKTUR ORGANISASIRujuk Lampiran A 

13.0 TENTATIF PROGRAMRujuk Lampiran B

14.0 PERINCIAN PROGRAM

14.1 Ceramah MotivasiPengisian yang akan disampaikan oleh Mahasiswa UKM. Antara Pengisian ceramah tersebut adaalah :a) Tingginya darjat orang yang berilmu.b) Hebatnya menjadi seorang manusia.c) Solat adalah sumber kejayaan.

14.2 LDK – Amali Bersuci dan Solat Memperkenalkan peserta tentang pengertian bersuci, Konsep bersuci, teknik bersuci, cara bersuci dalam hutan, musafir, rukhsoh, praktikal.

14.2.1 Amali Istinjak

Masa : 30 MinitAlatan : Air, Batu, Kayu, Daun Kering, tisu dan bahan kesat yang lain, flip

chart.Objektif : Peserta mengetahui alat untuk beristinjak, melakukan istinjak

dengan betul mengetahui dan menyatakan hikmat beristinjak.Panduan Perlaksanaan: Peserta berkumpul dalam kumpulan kemudian

Fasilitator memberi penerangan tentang konsep istinjak, cara istinjak dan kepentingannya dalam kehidupan.

14.2.2 Amali Wuduk/Tayamum

Alatan : Botol Air Mineral 1.5 liter, Nota edaran, flip chart.

Objektif :1. Peserta memahami kepentingan wuduk untuk solat.2. Peserta dapat membaca niat wuduk dengan betul.3. Peserta dapat membezakan rukun wuduk/tayamum dengan sunat

wuduk/tayamum.4. Peserta dapat melakukan wuduk/tayamum dengan sempurna.

Panduan Perlaksanaan:

1. Fasilitator memberi penerangan tentang anggota wuduk ( sunat / wajib ) 2. Peserta membaca lafaz niat wuduk.3. Fasilitator menunjuk cara berwuduk dengan betul.4. Peserta mengamalikan wuduk secara individu.

14.2.3 Solat (Teori Dan Amali)Pengenalan : Memperkenalkan peserta tentang pengertian solat, konsep solat, rukhsoh solat, teknik solat menghormati waktu, solat musafir, praktikal. A ) SOLAT FARDHU SOLAT MUSAFIR/RUKHSOH SOLAT

Masa : 30 MinitAlatan : Flip Chart, buku panduan solatObjektif :

1. Peserta dapat menyatakan perlakuan solat fardhu dengan betul.2. Peserta dapat membaca bacaan dalam solat fardhu dengan betul.3. Peserta dapat mendirikan solat dengan sempurna secara individu dan berjemaah.4. Peserta dapat memupuk ukhwah atau silaturrahim dikalangan peserta.

Panduan Perlaksanaan :

1. Penceramah memberi penerangan tentang pengertian solat dan kepentingan solat dalam kehidupan :

‐ Syarat wajib solat,Syarat sah solat, waktu dan bilangan rakaat solat,cara melakukan solat (Tamam/Qasar/Jamak), tempat solat, pakaian solat dan rukun solat.

2. Peserta membaca bacaan dalam solat berdasarkan carta.

B) AMALI SOLAT FARDHU SOLAT MUSAFIR/RUKHSOH SOLATMasa : 60 MinitAlatan : Tempat , Pakaian Solat Yang Bersih, Buku Panduan Solat, Carta Bacaan Solat, Flip Chart.

Objektif :1. Peserta dapat menyatakan perlakuan solat fardhu dengan betul2. Peserta dapat membaca bacaan dalam solat fardhu dengan betul3. Peserta dapat mendirikan solat dengan sempurna secara individu dan berjemaah4. Peserta dapat memupuk ukhwah atau silaturrahim dikalangan peserta.

Panduan Perlaksanaan :1. Fasilitator membimbing peserta membaca bacaan dalam solat berdasarkan carta.2. Peserta dilatih tubi membaca dan menghafaz bacaan dalam solat secara kumpulan dan individu.3. Peserta diminta membaca bacaan solat secara individu4. Peserta mengamalikan solat fardu dengan sempurna dalam berkumpulan.

14.3 Aktiviti SukanekaProgram yang akan dilaksanakan oleh semua fasilitator dan urusetia bagi menambah kegembiraan setelah seharian memtuntut ilmu mengeratkan lagi silaturrahim antara anak-anak yatim Kasih Harmoni dan untuk mereka abadikan sebagai tanda kenangan.

15.0 BELANJAWANRujuk Lampiran C

.16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :

Pengarah Program Pembentukan Insan Kamil Abad 21 bersama Anak-anak Yatim Kasih Harmoni.

Encik Arshad Bin Sian.019-3888820arshad_sian@ hotmail.com

17.0 PENUTUPDiharapkan kertas kerja ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dan mendapat keluluskan serta sumbangan dana daripada pihak tuan. Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.Sesungguhnya kita hanya merancang namun perancangan Allah swt itu lebih baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASIPEMBENTUKAN INSAN KAMIL ABAD 21

BERSAMA ANAK-ANAK YATIM KASIH HARMONI

PenaungY.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

PengerusiY.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

PenyelarasProf. Madya Dr. Roslee Rajikan

PengarahPusat Pembangunan Mahasiswa Dan Alumni (PPMPA)

PenasihatEncik Abdul Khalid bin Sameon

Pensyarah Penyelaras Kursus HHHC 9401 Set 4

KetuaPengarahEncik Arshad bin Sian

Fakulti Pengajian Islam (Dakwah Dan Kepimpinan)GB 02156

Timbalan Ketua PengarahPuan Norashimah Bt Ismail

Fakulti Pengajian Islam (Dakwah Dan Kepimpinan)GB02302

SetiausahaPuan Nurun Najwa Bte Syafari

Fakulti Pengajian Islam (Syariah)GB02350

Penolong SetiausahaPuan Norhazlina Bt Hasan Adli

Fakulti Pengajian Islam (Dakwah Dan Kepimpinan)GB 02333

BendahariEncik Marzuki Bin Mat Hussain

Fakulti Pengajian Islam (Syariah)GB02313

AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANA:

Ketua Biro ProtokolEncik Md Farid @Selamat Bin Talibin Fakulti Pengajian Islam (Al- Quran Dan As Sunnah) [GB02338]

Ahli :Muhammad Safuan bin Razali FakultiPengajian Islam (Syariah) [GB02348]

Cik Nursafinas Binti Mohamad SafuanFakulti Pengajian Islam (Al Quran Dan As Sunnah) [GB02342]

Ketua Biro Publisiti dan Media Encik Hafizzuddin bin Mior Ahmad ZanidiFakulti Pengajian Islam (Syariah) [GB02324]

Ahli : Encik Safarul Izwan Bin MisnonFakultiPengajian Islam (Syariah) [GB02319]

Puan Aiza Fazelin binti Mat HaminFakulti Pengajian Islam (Dakwah Dan Kepimpinan) [GB02327]

Ketua Biro Cenderahati & Penerbitan :Puan Che Esah Bt HassanFakulti Pengajian Islam (Al Quraan Dan As Sunnah) [GB02303]

Ahli :Puan Norlizatul Salwa binti SaibudinFakultiPengajian Islam (Syariah) [GB02318]

Encik Mohd Wafiuddin Bin Ahmad FisolFakultiPengajian Islam (Syariah) [GB02351]

Ketua BiroTugas-Tugas Khas :Encik Mohammad Hikmal bin Abdul KadirFakulti Pengajian Islam (Dakwah Dan Kepimpinan) [GB02330]

LDK Mohd Mikdad B Md Salim (Ketua)FakultiPengajian Islam (Dakwah Dan Kepimpinan) [GB02331]

Ahli :Muhammad Iqbal Bin Abdul Kader Zailani Fakulti Pengajian Islam (Syariah) [GB01464]

Puan Annirda Binti Mohd Sairi Fakulti Pengajian Islam (Dakwah Dan Kepimpinan) [GB02328]

Ketua Biro Sukan Mohammad Zaki Abdul Ghani (Ketua)Fakulti Pengajian Islam (Dakwah Dan Kepimpinan) [GB02315]

Ahli :Encik Hafiz Hariri Bin SazaliFakulti Pengajian Islam[GB02339]

Motivasi Encik Abdul Baasit bin Omar(Ketua)Fakulti Pengajian Islam (Syariah) [GB02309]

Ketua Biro Lawatan :Puan Jumiah Binti Yasok (Ketua)FakultiPengajian Islam (Syariah) [GB02312]

Ketua Biro Teknikal :Encik Rosnilhakim Bin Hamzah @RasdiFakultiPengajian Islam (Al Quran Dan As Sunnah) [GB02306]

Ahli :Encik Ahmad Hafiz Bin Ahmad KamalFakultiPengajian Islam (Syariah) [GB02296]

Ketua Biro Jemputan Dan Sambutan :Cik Nur Amirah Adibah Bt Baharuddin FakultiPengajian Islam (Al Quran Dan As Sunnah) [GB02349]

Ahli :Encik Syed Walid Al Ghiffa bin Syed Ibrahim FakultiPengajian Islam (Syariah) [GB02347]

Ketua Biro JamuanPuan Norhayati Binti Mohd Yusoff (Ketua)FakultiPengajian Islam (Dakwah Dan Kepimpinan) [GB02332]

AhIi :Puan Norlia Bt GhazaliFakultiPengajian Islam (Dakwah Dan Kepimpinan) [GB02334]

Puan Masnita Bt HasanFakultiPengajian Islam (Syariah) Tahun 2 [GB002304]

Ketua Biro Keselamatan & Pengangkutan :Encik Mohd Dzul Fadhli Bin Dzul KarnainFakultiPengajian Islam (Al Quran Dan As Sunnah) [GB02340]

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

MASA TENTATIF

7.00 pagi Bertolak

8.00 pagi Pendaftaran/ Sarapan Pagi

8.30 pagi Taklimat Program- Ice Breaking

9.00 pagi Solat Dhuha

9.30 pagi Ceramah 1 ( Kepentingan Ilmu )

10.30 pagi Rehat/minum pagi

11.00 pagi Ceramah 2 ( Pembentukan Insan Kamil )

12.00 tgh Makan Tengah hari /Persiapan Diri Solat Zohor Berjemaah

12.30 tgh Makan tengahari / Solat zuhur

2.00 ptg LDK ( Amali Bersuci dan Solat )

4.00 ptg Minum Petang / Solat Asar Berjemaah

4.45 ptg Sukaneka

6.00 ptg Majlis Perasmian Penutup

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM1. Sumbangan

Ahli kumpulan ( RM100.00 x 31) (Dipulangkan)

Syarikat Swasta Individu PPMKA PKP

(-3,100.00)5,000.001,500.00

--

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 6,500.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM1.

2.

3.

4.

Pengangkutan

Jamuano VIP (RM20.00 x12 orang)o Peserta (RM10.00 x 90 orang)o AJK (RM10.00 x 31 orang)

Cenderamata programo Banner, Banting o Hamper (RM50.00 x 12 buah)o Perasmian (RM90.00 x 3 orang)o Pemenang acara (RM50.00 x 30 )o Saguhati (RM30.00 x 250)o Sumbangan

Lain-lain keperluan

-

240.00900.00310.00

-500.00270.00

-750.00

3,100.00

430.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 6,500.00

MINIT MESYUARAT BIL 1/2015

PROGRAM PEMBENTUKAN INSAN ABAD 21 BERSAMA ANAK YATIM KASIH

HARMONI, SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh : 28.3.2015 (Sabtu)

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Bilik 143, Bangunan Fakulti Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

KEHADIRAN :

1. Encik Arshad bin Sian - Pengarah/Pengerusi

2. Puan Norashimah Ismail - Timbalan Pengarah/Naib Pengerusi

3. Puan Nurun Najwa Syafari - Setiausaha

4. Puan Norhazlina Hasan Adli - Timbalan Setiausaha

5. Encik Marzuki bin Mat Hussain - Bendahari

6. Cik Nur Amirah Adibah Baharuddin - Ketua Biro Jemputan & Sambutan

7. Encik Md Farid@Selamat Talibin - Ketua Biro Protokol

8. Encik Abdul Basit Omar - Ketua Biro Motivasi

9. Puan Che Esah Hassan - Ketua Biro Cenderahati & Penerbitan

10. Encik Hafizzuddin bin Mior Ahmad Zanidi - Ketua Biro Publisiti & Media

11. Puan Norhayati Mohd Yusuff - Ketua Biro Jamuan

12. Encik Mohamad Zaki Abdul Ghani - Ketua Biro Sukan

13. Encik Rosnilhakim Hamzah@Rasdi - Ketua Biro Teknikal

14. Encik Mohd Dzul Fadhli bin Dzulkarnain - Ketua Biro Keselamatn &

Pengangkutan

15. Encik Mohammad Hikmal Abdul Kadir - Ketua Biro Tugas-tugas Khas

16. Puan Annirda Mohd Sairi - Ahli Jawatankuasa

17. Puan Norlia Ghazali - Ahli Jawatankuasa

18. Puan Jumiah Yasok - Ahli Jawatankuasa

19. Cik Nur Safinas Mohamad Safuan - Ahli Jawatankuasa

20. Encik Muhammad Safuan Razali - Ahli Jawatankuasa

21. Encik Safarul Izwan Misnon - Ahli Jawatankuasa

Tidak Hadir (Dengan Maaf) :

1. Puan Norlizatul Salwa Saibudin - Ahli Jawatankuasa

2. Puan Aiza Fazelin M. Hamin Saibuddin - Ahli Jawatankuasa

3. Puan Masnita Hassan - Ahli Jawatankuasa

4. Encik Ahmad Hafiz Ahmad Kamal - Ahli Jawatankuasa

5. Encik Mohd Haidir Zolkeplay - Ahli Jawatankuasa

6. Encik Mohd Mikdad Md Salim - Ahli Jawatankuasa

7. Encik Mohd Hafiz Hariri Sazali - Ahli Jawatankuasa

8. Encik Mohd Wafiuddin Ahmad Fisol - Ahli Jawatankuasa

9. Encik Muhammad Iqbal Abdul Kader Zailani - Ahli Jawatankuasa

10. Encik Syed Walid Al Giffa Syed Ibrahim - Ahli Jawatankuasa

11. En. Ab Manaf Samad - Ahli Jawatankuasa

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Penghargaan dan Terima Kasih

Pengerusi merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan

kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2 Pengerusi menjelaskan tentang program pembentukan insan abad 21 bersama

anak-anak yatim yang dijangka akan dijalankan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 26 April 2015( Ahad).

Tempat : Rumah Kasih Harmoni, Sg.Buloh, Selangor Darul Ehsan

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Tindakan: Makluman

2.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

2.1 Setiausaha membentangkan kertas kerja program pembentukan insan abad 21

bersama anak-anak yatim Kasih Harmoni, Sg. Buloh. berserta anggaran

perbelanjaan yang diperlukan.

2.2 Bendahari telah mencadangkan mengutip setiap peserta membayar belanja

program RM100.00 seorang dan selebihnya akan di usahakan melalui pelbagai

sumber.

2.3 Anggaran perbelanjaan keseluruhan belanja program RM5,460.00.

Diputuskan:

Mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima cadangan di atas dan akan

di kembalikan bakikutipan peserta sekiranya ada lebihan wang selepas

proram ini berakhir.

3.0 PELANTIKAN DAN PEMBENTANGAN SENARAI TUGAS AHLI

JAWATANKUASA KERJA

3.1 Pengerusi membentangkan senarai jawatankuasa berserta tugasan yang perlu

dijalankan.

3.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan kertas kerja tersebut dan pelantikan

ahli jawatankuasa dengan sedikit pindaan.

Diputuskan:

Mesyuarat sebulat suara menerima dan memperakui Jawatankuasa yang

dibentuk.

4.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen dan

menetapkan mesyuarat seterusnya yang akan diadakan pada hari Sabtu, 4 April 2015

bagi melaporkan tindakan yang telah dibuat oleh jawatankuasa berkenaan. Beliau

berharap agar program ini dapat bejalankan dengan lancar.

Mesyuarat ditamatkan jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh

………………..…………………. ………………………..

(NURUN NAJWA BT SYAFARI) (ARSHAD BIN SIAN)

Setiausaha Program Pengarah Program/Pengerusi

MINIT MESYUARAT BIL 2/2015

PROGRAM PEMBENTUKAN INSAN ABAD 21 BERSAMA ANAK YATIM KASIH

HARMONI, SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh : 4.04.2015( Sabtu )

Masa : 5.00 petang

Tempat : Bilik 143, Bangunan Fakulti Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

KEHADIRAN :

1. Encik Arshad bin Sian - Pengarah/Pengerusi

2. Puan Nurun Najwa Syafari - Setiausaha

3. Puan Norhazlina Hasan Adli - Timbalan Setiausaha

4. Encik Marzuki bin Mat Hussain - Bendahari

5. Cik Nur Amirah Adibah Baharuddin - Ketua Biro Jemputan & Sambutan

6. Encik Md Farid@Selamat Talibin - Ketua Biro Protokol

7. Encik Abdul Basit Omar - Ketua Biro Motivasi

8. Puan Che Esah Hassan - Ketua Biro Cenderahati & Penerbitan

9. Encik Hafizzuddin bin Mior Ahmad Zanidi - Ketua Biro Publisiti & Media

10. Puan Norhayati Mohd Yusuff - Ketua Biro Jamuan

11. Encik Mohamad Zaki Abdul Ghani - Ketua Biro Sukan

12. Encik Rosnilhakim Hamzah@Rasdi - Ketua Biro Teknikal

13. Encik Mohd Dzul Fadhli bin Dzulkarnain - Ketua Biro Keselamatn &

Pengangkutan

14. Encik Mohammad Hikmal Abdul Kadir - Ketua Biro Tugas-tugas Khas

15. Puan Annirda Mohd Sairi - Ahli Jawatankuasa

16. Puan Norlia Ghazali - Ahli Jawatankuasa

17. Puan Jumiah Yasok - Ahli Jawatankuasa

18. Cik Nur Safinas Mohamad Safuan - Ahli Jawatankuasa

19. Encik Muhammad Safuan Razali - Ahli Jawatankuasa

20. Encik Safarul Izwan Misnon - Ahli Jawatankuasa

21. Encik Ab Manaf Samad - Ahli Jawatankuasa

22. Puan Norlizatul Salwa Saibudin - Ahli Jawatankuasa

Tidak Hadir (Dengan Maaf) :

1. Puan Norashimah Ismail - TimbalanPengarah

2. Puan Aiza Fazelin M. Hamin Saibuddin - Ahli Jawatankuasa

3. Puan Masnita Hassan - Ahli Jawatankuasa

4. Encik Ahmad Hafiz Ahmad Kamal - Ahli Jawatankuasa

5. Encik Mohd Haidir Zolkeplay - Ahli Jawatankuasa

6. Encik Mohd Mikdad Md Salim - Ahli Jawatankuasa

7. Encik Mohd Hafiz Hariri Sazali - Ahli Jawatankuasa

8. Encik Mohd Wafiuddin Ahmad Fisol - Ahli Jawatankuasa

9. Encik Muhammad Iqbal Abdul Kader Zailani - Ahli Jawatankuasa

10. Encik Syed Walid Al Giffa Syed Ibrahim - Ahli Jawatankuasa

Turut Hadir :

1. Prof .Madya Dr. Fazilah Idris - Pensyarah UKM

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Penghargaan dan Terima Kasih

Pengerusi merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan

kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa hasil perbincangan setiausaha dengan pihak

rumah anak yatim telah mendapat persetujuan untuk melaksanakan

program pembentukan Insan Kamil Abad 21 seperti ketatapan berikut :

Tarikh : 26 April 2015

Tempat : Rumah Kasih Harmoni, Kg.Paya Jaras Dalam

Sg.Buloh, Selangor.

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

1.3 Pengerusi juga menjelaskan bahawa ada induvidu bersetuju menyumbang

sebahagian besar peruntukan yang telah dikemukakan tempohari.

Tindakan: Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Disahkan : Puan Norhayati

Disokong : Puan Che Esah

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada.

4.0 LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KERJA

4.1 Setiausaha melaporkan bahawa kertas kerja untuk program ini telahpun

dihantar kepada Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapat

kelulusan bagi menjalankan program tersebut.

4.2 Bendahari melaporkan jumlah terkumpul setakat ini hasil daripada individu

dan ahli kumpulan berjumlah RM 3100. Bendahari juga memberi peringatan

kepada ahli kumpulan yang masih belum menjelaskan bayaran.

4.3 Ketua Biro Protokal melaporkan bahawa beliau akan mengambil bahagian

dalam taklimat program pada waktu pagi dan Majlis Perasmian Penutup pada

waktu petang dan akan membahgikan tugasan tersebut kepada AJK yang

berada dibawahnya..

4.4 Ketua Biro Cenderahati dan Penerbitan melaporkan bahawa beliau dan AJK

akan membeli hamper untuk perasmi, tuan rumah dan hadiah serta saguhati

kepada pemenang dalam acara sukaneka.

4.5 Ketua Biro Publisiti dan Media melaporkan akan menyediakan banting, kad

urusetia dan video bersama Ajk untuk tujuan merakam program yang yang

akan berlangsung sebagai pembuktian.

4.6 Ketua Biro Jamuan memaklumkan bahawa beliau akan mencari harga

kartering yang paling ideal untuk sarapan, minum pagi, makan tengahari dan

minum petang.

4.7 Ketua Biro Sukan melaporkan bahawa terdapat tiga aktiviti sukaneka yang

akandilaksanakan dan mengarahkan Ajk dibawahnya untuk mencari peralatan

yang diperlukan untuk acara tersebut.

4.8 Ketua Biro Teknikal memaklumkan bahawa beliau dan Ajk akan

menyediakan Laptop, Lcd Screen dan Projektor bagi kegunaan sepanjang

program.

4.9 Ketua Biro Keselamatan dan Pengangkutan melaporkan akan memastikan

keselamatan ketika program berlangsung dan semua ahli bersetuju untuk hadir

ke program tersebut dengan kenderaan masing-masing untuk mengelakkan

kelewatan akibat daripada menunggu.

4.10 Ketua Biro Jemputan dan Sambutan memaklumkan beliau dan Ajk akan

menjemput perasmi dengan surat dan akan menyambut tetamu VIP pada hari

kejadian.

4.11 Ketua Biro Motivasi memaklumkan bahawa beliau akan mencari penceramah

yang bersesuaian dengan tajuk yang diberikan dalam masa terdekat.

4.12 Ketua Biro Tugas-Tugas Khas melaporkan akan memastikan semua tugas

berjalan lancar serta berbesar hati untuk membantu mana-mana tugasan yang

sukar untuk diselesaikan.

Tindakan : Makluman

4.13 Pengerusi memaklumkan bahawa Ketua Biro dan Ajk perlu bekerjasama

dengan baik untuk menjayakan program tersebut.

5.0 PENUTUP

Pengerusi merakamkan penghargaan kepada semua ahli mesyuarat yang dapat

bertindak cepat dan cekap.Beliau menetapkan mesyuarat seterusnya pada hari Sabtu,

18 April 2015 bagi membincangkan perkara-perkara yang belum dapat diselesaikan

bermula pukul 12.30tengahari.

Mesyuarat ditangguhkan jam 5.30petang.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

...………...............………… …………………

(NURUN NAJWA SYAFARI) (ARSHAD SIAN)

Setiausaha Program Pengarah Program

MINIT MESYUARAT BIL 3/2015

PROGRAM PEMBENTUKAN INSAN ABAD 21 BERSAMA ANAK YATIM KASIH

HARMONI, SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh : 18.4.2015( Sabtu )

Masa : 12.30 Tengahari

Tempat : Ruang Tengah Bangunan Fakulti Kimia, UKM

KEHADIRAN :

1. Encik Arshad bin Sian - Pengarah/Pengerusi

2. Puan Norashimah Ismail - Timbalan Pengarah

3. Puan Nurun Najwa Syafari - Setiausaha

4. Puan Norhazlina Hasan Adli - Timbalan Setiausaha

5. Cik Nur Amirah Adibah Baharuddin - Ketua Biro Jemputan &

Sambutan

6. Encik Md Farid@Selamat Talibin - Ketua Biro Protokol

7. Puan Che Esah Hassan - Ketua Biro Cenderahati &

Penerbitan

8. Encik Hafizzuddin bin Mior Ahmad Zanidi - Ketua Biro Publisiti & Media

9. Puan Norhayati Mohd Yusuff - Ketua Biro Jamuan

10. Encik Mohamad Zaki Abdul Ghani - Ketua Biro Sukan

11. Encik Rosnilhakim Hamzah@Rasdi - Ketua Biro Teknikal

12. Encik Mohd Dzul Fadhli bin Dzulkarnain - Ketua Biro Keselamatn &

Pengangkutan

13. Encik Mohammad Hikmal Abdul Kadir - Ketua Biro Tugas-tugas Khas

14. Puan Annirda Mohd Sairi - Ahli Jawatankuasa

15. Puan Norlia Ghazali - Ahli Jawatankuasa

16. Puan Jumiah Yasok - Ahli Jawatankuasa

17. Cik Nur Safinas Mohamad Safuan - Ahli Jawatankuasa

18. Encik Muhammad Safuan Razali - Ahli Jawatankuasa

19. Encik Safarul Izwan Misnon - Ahli Jawatankuasa

20. Puan Norlizatul Salwa Saibudin - Ahli Jawatankuasa

21. Puan Aiza Fazelin M. Hamin Saibuddin - Ahli Jawatankuasa

22. Encik Ahmad Hafiz Ahmad Kamal - Ahli Jawatankuasa

23. Encik Mohd Haidir Zolkeplay - Ahli Jawatankuasa

24. Encik Mohd Mikdad Md Salim - Ahli Jawatankuasa

25. Encik. Ab Manaf Samad - Ahli Jawatankuasa

26. Encik Mohd Wafiuddin Ahmad Fisol - Ahli Jawatankuasa

Tidak Hadir (Dengan Maaf) :

1. Encik Marzuki Mat hussien - Bendahari

2. Encik Abdul Basit Omar - Ketua Biro Motivasi

3. Puan Masnita Hassan - Ahli Jawatankuasa

4. Encik Mohd Hafiz Hariri Sazali - Ahli Jawatankuasa

5. Encik Muhammad Iqbal Abdul Kader Zailani - Ahli Jawatankuasa

6. Encik Syed Walid Al Giffa Syed Ibrahim - Ahli Jawatankuasa

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Penghargaan dan Terima Kasih

Pengerusi merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan

kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2 Pengerusi berbesar hati menjemput wakil dari ketua-ketua biro untuk

memberi laporan terkini tentang persiapan yang telah dijalankan bagi

melaksanakan program tersebut.

Tindakan: Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Disahkan : Encik Mohamad Zaki Abdul Ghani

Disokong : Encik Muhammad Safuan Razali

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada.

4.0 LAPORAN AHLI JAWATANKUASA KERJA

4.1 Setiausaha memaklumkan bahawa kertas kerja untuk program ini telahpun

mendapat kelulusan dari Pihak Universiti dan menyatakan sesiapa yang

ingin mendapatkan surat pelepasan cukai hendaklah berurusan secara

rasmi dengan Pihak Universiti.

4.2 Wakil dari Bendahari melaporkan bahawa duit jamuan telah diserahkan

sebanyak RM750 sebagai pendahuluan serta memaklumkan bahawa

masih terdapat ahli kumpulan yang masih belum menjelaskan bayaran

yang telah dipersetujui.

4.3 Ketua Biro Protokal melaporkan bahawa beliau telah menyiapkan teks

dalam taklimat program pada waktu pagi dan Majlis Perasmian Penutup

pada waktu Ajk telah siap sedia untuk membantu.

4.4 Ketua Biro Cenderahati dan Penerbitan melaporkan bahawa beliau dan Ajk

telah membeli hamper untuk perasmi, tuan rumah dan hadiah serta

saguhati kepada pemenang dalam acara sukaneka.

4.5 Ketua Biro Publisiti dan Media melaporkan bahawa banting telah disiapkan

yang mana telah disumbangkan oleh Norhashimah Ismail, manakala kad

urusetia masih dalam proses untuk siap sepenuhnya dan kamera video telah

disediakan bersama Ajk untuk dirakam pada hari kejadian.

4.6 Ketua Biro Jamuan memaklumkan bahawa duit pendahuluan jamuan telah

diberikan kepada beliau serta urusan makan minum dari pagi hingga

petang telah selesai.

4.6 Ketua Biro Sukan melaporkan bahawa Ajk dibawahnya telah membeli

peralatan yang diperlukan untuk acara yang tertentu.

4.7 Ketua Biro Teknikal memaklumkan bahawa segala peralatan alat bantuan

seperti Laptop, Lcd Screen dan Projektor telah selesai bagi kegunaan

sepanjang program.

4.8 Ketua Biro Keselamatan melaporkan akan memastikan aspek keselamatan

urusetia dan anak-anak yatim ketika program berlangsung.

4.9 Ketua Biro Jemputan dan Sambutan memaklumkan beliau dan Ajk telah

menjemput perasmi dengan surat dan akan menyambut tetamu VIP pada hari

kejadian.

4.10 Ketua Biro Motivasi memaklumkan bahawa penceramah untuk hari

tersebut telah bersetuju untuk memberi ceramah pada hari kejadian.

4.11 Ketua Biro Tugas-Tugas Khas berbesar hati untuk membantu Biro Media

untuk menyiapkan kad urusetia.

Tindakan : Makluman.

9.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerana telah bersiap

sedia untuk melaksanakan program tersebut dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan jam 1.35 tengahari.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

...………...............………… …………………

(NURUN NAJWA SYAFARI) (ARSHAD SIAN)

Setiausaha Program Pengarah Program

LAPORAN PROGRAM PEMBENTUKAN INSAN ABAD 21 BERSAMA ANAK YATIM KASIH

HARMONI, SUNGAI BULOH,SELANGOR DARUL EHSAN

PERASMIAN OLEH:EN.KHALID SAMEON

TARIKH:26 APRIL 2015

MASA:7.30 PAGI – 6.00 PETANG

TEMPAT:Rumah Kasih Harmoni di Kg.Paya Jaras

Dalam, Sg.Buloh Selangor

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

NAMA PROGRAM : Pembentukan Insan Kamil Abad 21 Bersama Anak-anak Yatim Rumah Kasih Harmoni di Kg.Paya Jaras Dalam, Sg.Buloh Selangor

OBJEKTIF

TEMA

:

:

Menanam sifat-sifat murni dan sahsiah yang unggul di dalam diri

setiap peserta semasa menjalankan aktiviti.

memberi penekanan dan kepentingan terhadap aspek ilmu

Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan

menerapkan sikap prihatin kepada mahasiswa/i melalui program

amal tehadap badan bukan kerajaan yang membantu dalam

pembangunan anak-anak yatim khususnya di Rumah Kasih

Harmoni ini

Mengeratkan silaturrahim dan membina kerjasama sesama

mahasiswa/i dan masyarakat.

“ Transfomasi Minda Menjana Peribadi Unggul ”

TARIKH : 26 April 2015 (Ahad)

TEMPAT : Rumah Kasih Harmoni di Kg.Paya Jaras Dalam, Sg.Buloh Selangor

PIHAK YANG TERLIBAT

: Jawatankuasa Pelaksana

- Terdiri daripada Mahasiswa/I PBJJ SET 4 2014/2015, Fakulti

Pengajian Islam UKM

:

:

:

:

Warden Rumah Kasih Harmoni

En.Jamaludin selaku pengurus Rumah Kasih Harmoni

Datin Raidah selaku penaja utama

79 orang anak-anak yatim

PERASMI ; En. Khalid Bin Sameon

KOS / SUMBER : Ahli kumpulan (31 Orang x RM100.00) = RM3100.00

Syarikat Swasta = RM5000.00

Individu = RM1500.00

2.0 LAPORAN SEMASA DAN PENGISIAN PROGRAM

Kedatangan kami telah disambut oleh En.Azam selaku warden Rumah Kasih

Harmoni. Program kami bermula tepat pada masanya seperti yang telah dirancangkan iaitu

tepat jam 9.00 pagi. Peserta yang hadir adalah seramai 79 orang yang terdiri daripada

pelbagai lapisan umur. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Zaki

Abdul Ghani. Program diteruskan lagi dengan taklimat aturcara program kepada para

peserta , sessi suai kenal dan ice-breaking serta sarapan pagi.

Slot pertama dimulakan dengan ceramah bertajuk ”Kepentingan Ilmu” yang telah

disampaikan oleh En.Mohd Mikdad bin Mohd Salim. Peserta kursus telah didedahkan

dengan kepentingan dan keperluan menuntut ilmu. Disamping dapat mencipta inovasi baru ,

ilmu juga berpotensi mencipta kecemerlangan diri dan negara. Majlis berhenti rehat seketika

untuk menikmati kudapan yang telah disediakan.

Slot kedua diteruskan dengan ceramah bertajuk ”Pembentukan Insan Kamil Abad

21”, oleh En.Mohd Mikdad. Peserta program sangat tertarik dengan penyampaian beliau

kerana menggunakan elemen lagu dan video clip yang menarik. Ceramah ini amat mencapai

objektif program iaitu memberi kesedaran disamping menyuntik semangat jati diri,

berketrampilan, berkepimpinan, berani dan bekerjasama. Program berhenti rehat seketika

untuk memberi laluan para peserta dan fasilitator menunaikan solat Zohor berjemaah.

Slot Latihan Dalam Kumpulan telah berjalan dengan aktif dan berkesan sekali, di

mana kelihatan peserta program telah mengikuti sesi ini dengan bersemangat sekali.

Peserta telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kanak-kanak dan remaja. Bagi kategori

kanak-kanak, mereka telah diberi penerangan tentang teori dan praktikal berkenaan rukun

solat, syarat sah solat, amali solat, tayammum, solat ketika sakit dan uzur serta cara-cara

mengambil wudhu dengan sempurna oleh En. Marzuki dan dibantu oleh para fasilitator.

Bagi kategori remaja pula, peserta diberikan sentuhan berlainan oleh fasilitator bagi

menerapkan konsep memperbaiki akhlak dan memurnikan sahsiah dalam diri peserta.

Melalui aktiviti ini mereka telah dirangsang supaya dapat menjumpai diri mereka yang

sebenar dan menginsafi bahawa tanggungjawab mereka adalah besar bagi mereka

mahkotakan impian mereka seterusnya ibu-bapa, guru dan bangsa serta agama mereka.

Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Khalid Bin Sameon yang

mana turut dihadiri oleh En.Jamaludin selaku pengurus Rumah Kasih Harmoni dan Datin

Raidah selaku penaja utama dalam program ini. Majlis diakhiri dengan penyampaian

cenderamata dan penghargaan kepada pihak penganjur, penaja utama dan perasmi

terutamanya. Majlis bersurai tepat pada pukul 6.00 petang.

Saya selaku ahli Biro Publisiti dan Media bersama Ketua Jawatankuasa saya iaitu

Encik Hafizzuddin bin Mior Ahmad Zanidi telah ditugaskan untuk merakam video dan

mengambil gambar pegun sepanjang program ini berlangsung. Antara tugas kami yang lain

adalah menempah ‘Backdrop’, ‘Bunting dan ‘Tag Name’. Oleh kerana rakan kami yang baik

hati telah bermurah hati untuk membuat Backdrop’ dan ‘Bunting. Beliau ialah Puan

Norashimah Ismail. Manakala bagi tempahan ‘Tag Name’, saya telah menempah kepada

rakan kami yang mana beliau mempunyai rakan yang boleh membuatnya dengan

memberikan harga yang berpatutan. Beliau ialah Encik Mohammad Hikmal Abdul Kadir.

3.0 KESIMPULAN3.1 Kelebihan / kebaikan program

1) Bermotivasi (mempunyai matlamat yang jelas)

2) Optimistik (percaya segala rancangan akan berjalan lancar)

3) Kerja berpasukan yang baik

3.2 Permasalahan yang timbul1) Gagal membuat perancangan yang teratur dan berkesan.

2) Objektif yang dicapai tidak seperti mana yang diharapkan.

3) Peserta yang terlibat terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

4.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya program ini adalah terbaik tetapi pihak pengurusan program

perlu menambah bilangan hari dari sehari ke 2 hari supaya lebih banyak pengisian boleh

dijalankan dan tidak terlalu padat masa yang diperlukan untuk pertukaran dari satu sesi ke

satu sesi yang lain.

Pihak pengurusan program juga perlu memberi tumpuan kepada pengambilan tempat dan

peserta. Mereka haruslah memperuntukkan peserta yang terdiri daripada purata umur yang

sama bagi memudahkan proses penyampaian maklumat diterima dan dipraktikkan.

Sebagai konklusinya, program seperti ini sungguh relevan dijalankan dalam

melahirkan bakal-bakal pemimpin yang bersahsiah unggul. Saya mengharapkan program

khidmat masyarakat ini dapat dijadikan sebagai satu wadah untuk membina modal insan

yang kamil dan sempurna dalam segala aspek kehidupan.

HHHC 9401NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

1) Mewujudkan perhubungan erat dan dinamis anatara mahasiswa dan mahasiswi

dengan anak-anak yatim di situ disamping menyelami hati mereka serta bertukar

pendapat. Contohnya, kami dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa

menjalankan aktiviti di dalam LDK. Hal ini membolehkan kami mempelajari kemahiran

berkomunikasi.

2) Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat

komponen manusia, iaitu aspek sosial dan kebertanggungjawaban, kemahiran

komunikasi, kerohanian, mental serta fizikal. Maka, semua mahasiswa dan

mahasiswi akan lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan diri mereka sendiri dalam

pengurusan maklumat dan mengekalkan aspek pembelajaran sepanjang hayat serta

mengambil tindakan yang sewajarnya.

3) Program Pembentukan Insan Kamil atau boleh juga disebut sebagai program

khidmat masyarakat sememangnya menyintil atau menyelitkan nilai-nilai yang

dikehendaki dalam diri setiap peserta. Sebagai contoh, nilai seperti kasih sayang,

cinta kepada alam sekitar, berdikari dan sebagainya dapat dipelajari oleh mahasiswa

dan mahasiswi. Sudah tentu nilai-nilai murni ini dapat mematarbatkan profesion

Pengajian Islam di dalam bidang Syariah, Dakwah dan Al-Quran Sunnah ini.

HHHC 9501PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

1) Program ini dapat memberi pendedahan kepada anak-anak yatim tentang betapa

penting dan berharganya diri mereka sebagai generasi yang akan menjadi pelapis

kepada pembangunan ekonomi negara serta mempunyai nilai jati diri yang unggul.

2) Fasilitator membimbing peserta membaca bacaan dalam solat berdasarkan carta dan

melatih tubi membaca dan menghafaz bacaan dalam solat secara kumpulan dan

individu.

HHHC 9601KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

1) Unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan jelas terpamer

dan kelihatan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, sebelum program lagi

masing-masing berikrar akan menjadikan program ini program yang berjaya, semua

mahasiswa dan mahasiswi UKM begitu berkerjasama dan bersikap komited.

Hasilnya, program ini dapat dilaksanakan dengan begitu jayanya.

2) pihak pengurusan Rumah Kasih Harmoni juga memberikan sepenuh kerjasama dari

awal hingga ke akhir program. Maka, program Pembentukan Insan Kamil ini

merupakan suatu program susulan untuk meneruskan kesinambungan silaturahim

ini. Seterusnya memberi aspirasi kepada semua mahasiswa dan mahasiswi untuk

berjaya dalam menyampaikan ilmu dakwah sekaligus menempatkan diri di menara

gading.

Lampiran gambar

LAPORAN PROGRAM PEMBENTUKAN INSAN ABAD 21 BERSAMA ANAK YATIM KASIH HARMONI, SUNGAI BULOH,

SELANGOR DARUL EHSAN

AKTIVITI KEDUA

TAYANGAN VIDEO

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM

PROGRAM PEMBENTUKAN INSAN ABAD 21 BERSAMA ANAK YATIM KASIH HARMONI, SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL

EHSAN 26 APRIL 2015