kuliah zohorhaniff.sg/wp-content/uploads/2018/05/kuliah-9.pdfal-quran - contoh: allah menyatakan...

15
KULIAH ZOHOR “Memudahkan Manusia Melakukan IbadahMasjid Maarof | 30 Mei 2018 Muhammad Haniff Hassan [email protected] / www.haniff.sg

Upload: dinhminh

Post on 04-Apr-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KULIAH ZOHOR “Memudahkan Manusia Melakukan Ibadah”

Masjid Maarof | 30 Mei 2018

Muhammad Haniff Hassan

[email protected] / www.haniff.sg

رو بن العاص بن ع عنما وعن عبد الله رسول أنه رض الله صىل -الله

ة الوداع -هللا عليه وسمل لم :فقال رجل , لوا يسألونه فجع , وقف ف حجه

لم : قال ف , فجاء أ خر " ذبح ول حرج ا : " قال .فحلقت قبل أن أذبح , أشعر

ئل يوم " رم ول حرج ا : " قال , فنحرت قبل أن أرمي , أشعر ئذ عن فما س

له قال ر ا م ول أخ ء قد "ل حرج افعل و : " ش

Matn (Teks) Hadith

Terjemahan Hadith

• Abdullah b. Amr B. Al-`As berkata bahawa Rasulullah s.a.w, ketika melakukan haji wida’, berdiri di Mina sedang orang-orang bertanya padanya. Seorang bertanya: Aku tidak mengerti laluaku cukur sebelum menyembelih. Jawab Nabi s.a.w: Sembelihlah dan tidak mengapa (berdosa). Dan orang lain bertanya: Aku tidak mengerti, maka aku menyembelih sebelummelempar. Jawab Nabi s.a.w: Lemparlah dan tidak apa-apa. Maka pada saat itu ditanya tentang sesuatu yang diajukan ataudiundurkan melainkan dijawab: Berbuatlah dan tidak apa-apa(dosa). (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Pengajaran Hadith

1. Memudahkan amalan agama dengan meraikan kepelbagaianmanusia dan membenarkan kepelbagaian dalam persoalanfuru’ (cabang).

2. Muslim tidak mempunyai kuasa tasyri’ seperti Rasulullahs.a.w untuk menentukan apa yang boleh dan tidak bolehdalam amalan agama tetapi semangat yang ditunjukkan olehRasulullah s.a.w boleh dicontohi.

3. Contoh penghayatan ialah dengan menawarkan kepadamereka yang bermasalah pandangan ulama yang berbezadalam persoalan yang wujud khilaf ulama sesuai dengankonteks pihak yang berkenaan.

4. Membuat pihak yang mempunyai masalah merasa rahmatdari keluasan dan keanjalan Islam hasil dari khilaf ulama yang ada.

5. Hendaklah sentiasa peka akan kepelbagaian manusia.

6. Kepelbagaian menyebabkan satu huraian sahaja tidakmungkin sesuai untuk semua

- hendaklah sentiasa berusaha menyediakan huraian yang pelbagai sesuai dengan kepelbagaian manusia.- dapat dilihat dalam pelbagai syariat yang diturunkan dalamAl-Quran- contoh: Allah menyatakan hukum puasa dan haji bagipelbagai pihak dalam yang berada dalam situasi yang berbeza (Al-Baqarah : 183-185, 196-203).

7. Jika dalam persoalan ibadah, Islam memberi keluasan danmeraikan kepelbagaian

- keterbukaan kepada kepelbagaian lebih diperlukan lagidalam persoalan keduniaan seperti dakwah, selama mana terdapat dasar mengenainya.

KULIAH ZOHOR “Haram, Halal, Syubhat Dan Yang Didiamkan”

Masjid Maarof | 30 Mei 2018

Muhammad Haniff Hassan

[email protected] / www.haniff.sg

ـ صىل هللا عليه وسملقال رسول الله

، وبينما ات ل يعلمها كثري من االحالل بي والحرام بي به هقى مش لنهاس، فمن ات

ينه وعرضه، و أ ل تب ات اس به بات كراع ير المش عى حول من وقع ف الش

نه لك .الحمى، يوشك أن يواقعه ف أل وا نه حى الله

أرضه مل حى، أل ا

ذا ص نه ف الجسد مضغة ا

ذا فسدت لحت صلح الجسد كه، و محارمه، أل وا

ا

أل وه القلب .فسد الجسد كه

Matn (Teks) Hadith

Terjemahan Hadith

• Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud

“Apa yang halal adalah jelas dan apa yang haram juga telahjelas. Di antara keduanya perkara-perkara yang samar-samar(syubhat) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa yang memelihara diri dari syubhat, sesungguhnya dia telahmemelihara agama dan maruahnya dan sesiapa yang jatuhdalam syubhat, sesungguhnya dia telah jatuh dalam perkarayang haram. Seumpama seorang pengembala yang mengembaladi sekitar kawasan larangan. Adalah dikhuatiri dia akanmencerobohinya…….

• …….Sesungguhnya setiap raja mempunyai kawasanlarangannya dan kawasan larangan Allah ialah larang-larangannya. Ketahuilah, di dalam tubuh (manusia) terdapatseketul darah. Jika ia baik, maka baiklah seluruh badan danjika ia rosak, maka rosaklah juga seluruh badan. Ketahuilahbahawa ia adalah hati.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

ـ صىل هللا عليه وسمل قال رسول الله

ف كتابه فهو حالل وم م فهو حرام وما سكت عن ما أحله الله ه فهو ا حره

عافيته فا يا عافية فاقبلوا من الله لم يكن نس اآ ية ثه ت . «نه الله ذ ال

يا ﴾ ﴿ ك نس [64: مرمي]وما كن رب

Matn (Teks) Hadith

Terjemahan Hadith

• Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

“Apa yang Allah telah halalkan dalam kitabNya, ia adalah halal. Apa yang Allah telah haramkan, ia adalah haram. Apa yang Diaberdiam diri mengenai satu perkara, ia adalah satu kemaafan(keringanan). Maka terimalah kemaafan (keringanan) dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan selama-lamanya lupa. Rasulullahs.a.w kemudian membaca: ‘Dan tidaklah Tuhan kamu itu lupa.’ (Maryam: 64)” (Riwayat Al-Hakim dan Al-Bazzar. Rujuk haditsyang seumpamanya dalam ke hadits ke 30 dari Hadits 40 An-Nawawi)

Pengajaran Hadith

1. Membezakan perkara yang dinamakan halal, perkara yang dinamakan haram, perkara yang dinamakan syubhat dan adaperkara pula yang dinamakan al-maskut anhu (yang didiamkan oleh syara’).

2. Dakwah bukan hanya untuk menghalalkan apa yang telahdihalalkan oleh Allah taala, mengharamkan apa yang diharamkan, memberi peringatan mengenai syubhat tetapijuga membenarkan perkara-perkara yang didiamkan olehAllah taala bagi keringanan manusia.

3. Dasar bagi kaedah yang dipegangi oleh jumhur ulama, kecuali mazhab Hanafi, bahawa asal hukum bagi perkarayang bukan ibadat adalah halal kecuali ada dalil yang sebaliknya.

4. Kewajiban untuk mendasarkan setiap sesuatu yang dilakukannya atas dalil Al-Quran dan Sunnah, itu tidakbermakna bahawa perkara bukan ibadat yang tidak adadalam Al-Quran dan Sunnah itu semestinya haram dilakukan.

5. Apabila melihat sesuatu tindakan yang bukan bersifat ibadatyang tidak diketahui dalilnya dalam Al-Quran dan Sunnah, beban untuk membuktikan perkara itu haram dilakukan ialahatas orang itu.

6. Melakukan yang sebaliknya, iaitu menyerang perbuatanberkenaan dan menuntut pihak berkenaan pula untukmempertahankan perbuatannya dengan dalil, adalah salah.

7. Menghalalkan apa yang diharamkan, mengharamkan apayang dihalalkan, berlengah terhadap perkara yang syubhat, menidakkan orang ramai dari keringanan dan keluasan yang diberikan oleh Allah taala dalam perkara yang didiamkan, semuanya adalah kekejian yang perlu ditinggalkan oleh para pendakwah.