kuliah 5 baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL KAMPUS 1 TAJUK 1 BAIK PULIH ALATAN TANGAN DAN PERABOT BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP Perabot banyak terdapat di rumah, pejabat, atau di dalam bilik darjah. Antara perabot yang terdapat dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, rak dan almari. Perabot di dalam bilik darjah perlu digunakan secara cermat dan perlu disenggara dan dibaiki sekiranya kerosakan terdapat kerosakan dari semasa ke semasa. 1.1 Mengenalpasti jenis perabot yang terdapat di dalam bengkel. Berikut merupakan di antara perabot yang terdapat di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Perabot yang sedia ada mungkin terdapat kerosakan disebabkan penggunaan

Upload: cekgu-sya

Post on 25-Oct-2015

266 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

1

TAJUK 1 BAIK PULIH ALATAN TANGAN DAN PERABOT BENGKEL

KEMAHIRAN HIDUP

Perabot banyak terdapat di rumah, pejabat, atau di dalam bilik darjah. Antara perabot

yang terdapat dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, rak dan almari. Perabot di dalam

bilik darjah perlu digunakan secara cermat dan perlu disenggara dan dibaiki sekiranya

kerosakan terdapat kerosakan dari semasa ke semasa.

1.1 Mengenalpasti jenis perabot yang terdapat di dalam bengkel.

Berikut merupakan di antara perabot yang terdapat di dalam bengkel Kemahiran Hidup.

Perabot yang sedia ada mungkin terdapat kerosakan disebabkan penggunaan

Page 2: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

2

Kerusi

Meja

Rak

Almari

Page 3: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

3

1.2 Mengenal pasti bahagian perabot yang rosak

Bahagian perabot yang rosak dapat dikenal pasti melalui tiga cara iaitu

• pemerhatian

• membuat semakan

• menggunakan perabot

Terdapat beberapa jenis - jenis kerosakan yang sering berlaku pada perabot di bengkel.

Berikut merupakan jenis kerosakan yang sering berlaku di dalam bengkel beserta

punca-puncanya.

KERUSI

Kerosakan yang dialami Punca-puncanya

1. Papan alas tempat duduk

tertanggal.

kerusi terjatuh

kaki kerusi goyah

2. Penyadar tercabut skru longgar

3. Kaki kerusi goyah murid duduk dengan cara yang

tidak betul

skru Allen longgar

4. Kaki kerusi patah terjatuh dengan hentakan yang

kuat

Page 4: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

4

1.3 Mengenalpasti alatan dan bahan yang sesuai untuk membaik pulih perabot di

bengkel

Setelah dikenal pasti kerosakan kecil pada perabot, kerja-kerja pembaikan memerlukan

alatan tangan dan bahan-bahan yang sesuai. Berdasarkan jadual di bawah, terdapat

lapan jenis alatan tangan yang sesuai untuk membaik pulih perabot yang rosak.

MEJA

Kerosakan yang dialami Punca-puncanya

1. Papan meja tertanggal selalu diangkat

2. Papan meja pecah terjatuh

meja selalu terkena air

3. Kaki meja longgar dan

condong

skru Allen longgar

4. Kaki meja patah terjatuh dengan hentakan yang

kuat

Page 5: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

5

Alatan Tangan dan kegunaannya.

Alatan Tangan Kegunaannya

1. Pengukur keluli • untuk membina garisan lurus,mengukur serta

memindahkan jarak

2. Gergaji tangan • untuk mengerat dan membelah kayu

3. Sesiku L • untuk menanda garisan bersudut 90` dan untuk

menguji kepersegian dan keratan permukaan kayu.

4. Tukul kuku kambing • untuk mengetuk dan mencabut paku

5. Pita pengukur • digunakan untuk mengukur jarak

6. Berus

• berus cat

• berus syelek

berus cat digunakan untuk menyapu cat manakala

beres syelek digunakan untuk menyapu syelek

7. Pisau penanda digunakan untuk menanda garisan potongan pada

permukaan kayu sebelum menggergaji

8. Kunci Allen digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru

Allen

Page 6: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

6

Bahan untuk membaiki kerosakan perabot

Bahan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja membaiki kerosakan kecil pada

perabot adalah seperti berikut:

Setelah mengenali alatan tangan dan bahan serta jenis kerosakan, barulah kerja-kerja

membaiki atau mengantikan bahagian perabot yang rosak dapat dijalankan.

Bahan untuk

membaiki kerosakan

perabot

1. Paku

2. Skru

3. Glu

4. Kayu 5. Syelek

6. Kertas las

7. Papan lapis

8. Tepung penyumbat

Page 7: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

7

TAJUK 2 PENYELENGGARAAN ALATAN TANGAN DAN PERABOT BENGKEL

KEMAHIRAN HIDUP

Peralatan dan perabot dalam sesebuah sekolah, lama-kelamaan akan menjadi

usang dan rosak. Apabila ini berlaku, kita terpaksa membeli peralatan dan perabot baru.

Ini memerlukan belanja atau kos yang besar. Tempoh masa peralatan dan perabot itu

menjadi rosak, ia sebenarnya bergantung kepada sejauh mana ianya diselenggara.

Senggaraan yang baik mengikut rutin amatlah diperlukan bagi memastikan setiap

peralatan dan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik. Peralatan dan perabot

yang tidak disenggara dengan baik dan betul akan cepat rosak dan merugikan dari segi

pelaburan modal untuk membeli. Untuk itu bagi memudahkan, sesebuah sekolah

perlulah merancang dan mengamalkan satu sistem senggaraan yang berkesan

sekiranya ingin menjadi sebuah bengkel kemahiran hidup yang terbaik dari segi

membaik pulih dan menyenggara peralatan dan perabot. Penyelenggaraan bermaksud

menjaga dan merawat sesuatu bahan atau peralatan supaya sentiasa dalam keadaan

baik dan sempurna.

1.0 CARA-CARA SENGGARAAN DILAKUKAN

1.1 SENGGARAAN PERALATAN

Perkara-perkara di bawah ini perlu dicatatkan di dalam Buku Rekod Senggaraan

untuk setiap peralatan yang ada, setiap kali senggaraan dilakukan.

Page 8: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

8

� Semua peralatan mestilah dibersihkan setiap kali siap digunakan kerana

kebersihan adalah penting dalam senggaraan.

� Pelinciran pada peralatan mestilah diperiksa terlebih dahulu sebelum

menggunakannya.

Perkara yang perlu ada di dalam buku rekod senggaara

Nama peralatan

Tarikh diperbuat dan

nama pengeluar

Tarikh dibeli dan nama pembekal

Kos pembelian

Nombor siri pada

peralatan

Jumlah masa peralatan digunakan sejak baru

Kekerapan pemeriksaan

yang dijalankan terhadap peralatan

Jumlah kos dan jenis

senggaraan yang pernah

dilakukan terhadap peralatan

Anggaran masa sebelum

peralatan jadi rosak dan tidak

boleh digunakan lagi

Page 9: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

9

� Peralatan haruslah diuji dan dilaraskan pada masa-masa yang telah ditetapkan

oleh pengeluar.

� Pemeriksaan ke atas peralatan mestilah dibuat terhadap alat keselamatan yang

sedia ada pada peralatan.

� Menyediakan senarai langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjalankan

senggaraan peralatan. Berikut merupakan langkah-langkah senggara peralatan:

� Setiap peralatan yang perlu disenggara mestilah disenggara dengan seberapa

segera yang boleh sebelum kerosakan itu bertambah teruk.

� Mengisar mata alat – hujung mata alat hendaklah sentiasa dikisar supaya tajam

dan mudah melakukan kerja dengannya.

Mengesan kerosakkan melalui kaedah pemeriksaan

pandang

Uji menggunakan bekalan kuasa terlebih dahul (untuk

memastikan kerosakkan yang dialami tidak berpunca

daripada bekalan kuasa)

Setelah dikenalpasti, asingkan alatan dengan bekalan

kuasa.

Lakukan pembaik pilih ke atas alatan yang rosak.

Selesai baik pulih, uji menggunakan bekalan kuasa

untuk memastikan alatan berfungsi atau tidak.

Page 10: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

10

� Pemeriksaan dan baik pulih hendaklah dilakukan ke atas peralatan sebelum

digunakan.

� Guru dan murid-murid yang bakal mengendalikan mana-mana peralatan haruslah

diberikan serba sedikit tunjuk ajar tentang cara-cara membaik pulih kerosakan yang

kecil pada peralatan tersebut. Ini untuk mengelakkan guru-guru dan murid-murid

tersebut dari bahaya akibat menggunakan peralatan yang rosak.

1.3 SENGGARAAN PERABOT

Senggaraan perabot terkandung di bawah senggaraan banggunan. Oleh yang

demikian secara tidak langsung senggaraan banggunan ini dapat memelihara

persekitaraan dalam dan luar banggunan dan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan

fizikal banggunan sahaja, justeru penyenggaraan perabot juga dititikberatkan di dalam

bengkel. Persekitaran banyak mempengaruhi mental pekerja untuk menghasilkan mutu

kerja yang lebih sempurna baik dari segi senggaraan bangggunan mahupun

senggaraan perabot. Bukan itu sahaja, persekitaran yang baik juga memberi gambaran

yang baik kepada masyarakat luar terutama warga di sekolah kerana ia dapat memberi

keselesaan kepada murid-murid untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran

dengan selesa dan harmoni. Di antara perkara yang perlu diambil berat adalah seperti:

Tingkap

Lampu

Almari dan tempat-tempat menyimpan lain

Meja kerja

Rak penyimpanan alatan tangan

Kerusi

Page 11: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

11

2.0 JENIS-JENIS SENGGARAAN

2.1 SENGGARAAN KAWALAN

Senggaraan jenis ini adalah senggaraan yang paling berkesan kerana

senggaraan dilakukan sebelum sesebuah peralatan dan perabot menjadi rosak. Ia

dilakukan berterusan dari masa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah

ditetapkan. Senggaraan jenis ini adalah lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja - kerja

senggaraan berterusan tetapi dalam jangka masa yang panjang. Ini menguntungkan

kerana kerosakan yang besar dapat dielakkan. Senggaraan kawalan mengandungi:

� Rekabentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan

� Pemeriksaan ke atas alatan dan perabot perlu mengikut jadual untuk mengelakkan

kerosakan daripada berlaku

� Membuat servis, baikpulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa berada dalam

keadaan yang sempurna

� Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan

seperti mengecat peralatan daripada berkarat dan perabot daripada menjadi cepat

reput.

2.2 SENGGARAAN PEMBETULAN

Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan atau perabot itu

rosak. Ini bermakna kerja-kerja senggaraan tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan

yang berlaku. Contohnya melakukan baik pulih kaki kerusi yang patah, membaik pulih

tingkap yang pecah dan sebagainya. Bahagian senggaraan yang menjalankan

Page 12: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

12

senggaraan pembetulan hanya berfungsi sekiranya berlaku kerosakkan sahaja.

Biasanya senggaraan pembetulan dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan perabot

yang tidak digunakan dengan terlalu kerap. Walaupun kos senggaraan jangka pendek

adalah rendah namun untuk jangka masa panjang ia mungkin akan menjadi terlalu

tinggi.

2.3 SENGGARAAN RAMALAN

Senggaraan Ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan

kerosakkan. Biasanya ramalan tentang kemungkinan berlakunya kerosakan pada

peralatan dibuat dengan menggunakan alatan sensitif seperti alat penganalisis gegaran

dan amplitud, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu, tolok rintangandan

sebagainya. Bagi senggaraan ramalan di dalam bengkel kemahiran hidup pula,

senggaraan ramalan boleh dilakukan melalui kaedah pemerhatian. Sebagai contoh

guru boleh meramal sesuatu kerosakkan tersebut dengan melihat peralatan tersebut

sebelum membuat pemeriksaan ke atas alatan tersebut. Senggaraan ramalan banyak

dilakukan dalam industri yang melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti

komputer. Ini adalah kerana peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil

dan rumit untuk disenggara setiap hari. Tambahan pula kebanyakkan bahagian-

bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis. Sekiranya

berlaku kerosakkan dan berkemungkinan besar ia memerlukan bahagian-bahagian

yang baru.

Page 13: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

13

3.0 LANGKAH-LANGKAH KAWALAN SENGGARAAN

Berkesan atau tidak sesebuah sistem senggaraan yang dijalankan bergantung

kepada sebaik mana kerja-kerja merekod dan kelancaran aktiviti sesebuah senggaraan

itu dilakukan. Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan yang lebih

berkesan. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang langkah-langkah yang biasanya

diambil sebelum sesuatu kerja senggaraan itu dijalankan.

3.1 ARAHAN KERJA

Biasanya kerja senggaraan bermula dengan panggilan daripada guru atau murid

yang membuat aduan tentang kerosakan atau gangguan yang terdapat dalam bengkel

kemahiran hidup. Kemudian guru panitia kemahiran hidup akan mengeluarkan arahan

kepada individu yang terlibat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setelah

selesai, guru atau induvidu yang melakukan senggaraan hendaklah merekodkan

maklumat seperti kerja yang dilakukan, masa yang diambil, kos alat ganti yang diguna,

bilangan pekerja yang diperlukan dan sebagainya. Rekod ini disimpan dan digunakan

sebagai rujukan pada masa hadapan.

3.2 JADUAL KERJA

Sebagai langkah untuk menolong bahagian senggaraan membuat kerja dengan

lebih cekap, selalunya penasihat kawalan bahagian senggaraan dengan pertolongan

Page 14: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

14

guru panitia akan membuat anggaran tentang jumlah pekerja dan masa yang diambil

untuk sesuatu jenis kerja senggaraan yang diperlukan. Ini akan memudahkan bahagian

senggaraan mengagih-agihkan kakitangannya apabila lebih daripada satu kerosakan

berlaku serentak.

3.3 KOS SENGGARAAN

Kos senggaraan adalah jumlah kos pekerja yang menjalankan kerja dicampur

dengan kos bahan-bahan ganti yang digunakan. Ini perlu juga direkodkan untuk

mendapat jumlah kos senggaraan yang diperlukan dalam masa setahun.

3.4 BELANJAWAN

Belanjawan biasanya dibuat setahun sekali dan jumlah wang yang diperuntukkan

kebahagian senggaraan bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam

masa setahun. Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas

dalam jumlah peruntukan tahunan.

3.5 REKOD ALATAN

Seperti yang telah dinyatakan, rekod-rekod alatan adalah penting dalam sesuatu

program senggaraan. Rekod-rekod sepatutnya mengandungi semua data alatan

tersebut seperti nombor siri, pembekal, kos membeli dan sebagainya.

Page 15: Kuliah 5 Baik pulih dan penyelenggaraan alatan bengkel.pdf

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3112 – PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

KAMPUS

15

KESIMPULAN

Baik pulih dan penyelenggaraan alatan dan perabot merupakan salah salah satu

daripada tajuk yang memerlukan penekanan kepada pengurusan di dalam bengkel

kemahiran hidup. Modul pengajaran dan pembelajaran ini menerangkan tentang

perabot yang perlu dibaik pulih dan cara penyelenggaraan yang perlu dilakukan kepada

alatan dan perabot. Bagi melakukan penyelenggaraan dan baik pulih, perlu diingatkan

bahawa keselamatan di dalam bengkel perlu diutamakan supaya tidak berlaku

kemalangan di dalam bengkel.