kuiz 1 maksud fdi dan kepentingannya

1
4. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Foreign Direct Invesment’ (FDI) dan kepentingannya di dalam ekonomi. Menurut Bank Negara Malaysia, ‘Foreign Direct Investment’ (FDI) atau Pelaburan Lansung Asing merujuk kepada pelaburan dalam bentuk instrument kewangan daripada pelabur langsung asing dalam enterpris langsung asing di Malaysia. Kepentingan Perdana pelabur asing membuat pelaburan di Malaysia ialah meningkatkan ekonomi melalui pelaburan. Kerajaan Malaysia dapat menambahkan pendapatan negara melalui kutipan cukai tidak langsung daripada para pelabur dari seantero dunia. Misalnya duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan dan sebagainya. Malah kerajaan persekutuan juga dapat memperoleh sumber pendapatan daripada pendapatan pelaburan iaitu hasil jualan saham kerajaan dalam syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC). Selain itu, dengan kemasukan pelabur asing membuat pelaburan di negara kita, kita dapat mengurangkan pengaliran wang keluar negara. Ini kerana para pelabur akan membina kilang-kilang atau syarikat-syarikat mereka di negara kita. Pelabur asing akan menyalurkan modal yang banyak dan kepakaran ke kilang-kilang tersebut. Dengan cara ini, penggunaan bahan mentah tempatan dapat dijamin, harga komoditi lebih berdaya saing jika dieksport. Oleh sebab sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah, kemudiannya bahan mentah ini diproses menjadi barangan siap atau barangan separuh siap dan dijual semula ke Malaysia dengan harga yang tinggi. Jadi, dengan strategi menarik para pelabur membina kilang di negara kita, kita dapat menangani masalah yang dihadapi sebelum ini. Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan oleh Malaysia dalam perdagangan antarabangsa telah mengalakkan kemasukan pelaburan langsung asing dan perkongsian pintar dan ini telah membantu mempercepatkan pertubuhan ekonomi Malaysia. Hal ini demikian kerana ini dapat mewujudkan persaingan yang baik antara pelabur asing dengan perniaga tempatan dan seterusnya menggalakkan berkembangan industri kecil. Pihak pengeluar akan mengeluar barang yang lebih bermutu dengan kaedah yang paling cekap serta menghalang wujudnya firma monopoli di pasaran. Peniaga- peniaga tempatan juga akan menumpu perhatian mereka dalam usaha penyelidikan dan pembangunan dan penggunaan teknologi yang terkini untuk menghasilkan barang mereka.

Upload: fadzlli-amin

Post on 27-Sep-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Maksud FDI dan kepentingannya

TRANSCRIPT

  • 4. Apakah yang dimaksudkan dengan Foreign Direct Invesment (FDI) dan kepentingannya di dalam ekonomi.

    Menurut Bank Negara Malaysia, Foreign Direct Investment (FDI) atau Pelaburan Lansung Asing merujuk kepada pelaburan dalam bentuk instrument kewangan daripada pelabur langsung asing dalam enterpris langsung asing di Malaysia.

    Kepentingan Perdana pelabur asing membuat pelaburan di Malaysia ialah meningkatkan ekonomi melalui pelaburan. Kerajaan Malaysia dapat menambahkan pendapatan negara melalui kutipan cukai tidak langsung daripada para pelabur dari seantero dunia. Misalnya duti import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan dan sebagainya. Malah kerajaan persekutuan juga dapat memperoleh sumber pendapatan daripada pendapatan pelaburan iaitu hasil jualan saham kerajaan dalam syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC).

    Selain itu, dengan kemasukan pelabur asing membuat pelaburan di negara kita,

    kita dapat mengurangkan pengaliran wang keluar negara. Ini kerana para pelabur akan membina kilang-kilang atau syarikat-syarikat mereka di negara kita. Pelabur asing akan

    menyalurkan modal yang banyak dan kepakaran ke kilang-kilang tersebut. Dengan cara ini, penggunaan bahan mentah tempatan dapat dijamin, harga komoditi lebih berdaya saing jika dieksport. Oleh sebab sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah, kemudiannya bahan mentah ini diproses menjadi barangan siap atau barangan separuh siap dan dijual semula ke Malaysia dengan harga yang tinggi. Jadi, dengan strategi menarik para pelabur membina kilang di negara

    kita, kita dapat menangani masalah yang dihadapi sebelum ini. Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan oleh Malaysia dalam perdagangan

    antarabangsa telah mengalakkan kemasukan pelaburan langsung asing dan perkongsian pintar dan ini telah membantu mempercepatkan pertubuhan ekonomi Malaysia. Hal ini

    demikian kerana ini dapat mewujudkan persaingan yang baik antara pelabur asing dengan perniaga tempatan dan seterusnya menggalakkan berkembangan industri kecil. Pihak

    pengeluar akan mengeluar barang yang lebih bermutu dengan kaedah yang paling cekap serta menghalang wujudnya firma monopoli di pasaran. Peniaga- peniaga tempatan juga akan menumpu perhatian mereka dalam usaha penyelidikan dan pembangunan dan penggunaan teknologi yang terkini untuk menghasilkan barang mereka.