kuasa dan politik dalam pendidikan

7
Kuasa dan Politik Dalam Pendidikan June 29, 2009 By Kulanzsalleh 1 Comment Sering kali kita mendengar di sana-sini orang memperkatakan tentang politik. Tidak kira pelbagai peringkat penutur dan pelbagai pandangan mengenai pengertiannya. Ahli politik memperkatakan tentang makna politik bagi mereka, semetara pihak yang lain pula mengujarkan tentang kuasa politik yang disalah guna oleh sesetengah pihak. Para guru sedang aktif dalam politik negara, sedangkan pelajarnya leka berpolitik dengan rakan di luar sekolah. Sang bapa sibuk berpolitik di luar rumah, sedangkan si ibu sedang asyik berpolitik dengan jiran tetangga. Lihatlah betapa besarnya pengaruh politik ini dalam kehidupan kita. Setiap orang memang tidak dapat lari daripadanya. Walaubagaimanapun saya bukanlah hendak menghuraikan panjang lebar tentang politik negara. Apatah lagi untuk mencampuri bidang tersebut. Bukan kerana tidak berminat atau menyerahkan bulat-bulat kepada orang tertentu untuk menguruskannya, tetapi hanya belum sampai masanya saya terlibat dalam arena tersebut. Ini kerana masih banyak selok-belok politik yang belum saya ketahui. Bahkan politik di rumah dan di tempat kerja juga perlu saya uruskan. Justeru, saya hanya ingin berkongsi bidang politik ini dengan mereka yang seangkatan dengan saya, iaitu kuasa dan politik dalam pendidikan. Dalam bidang pendidikan, khususnya sesebuah sekolah, kuasa adalah milik pentadbir dan guru-guru kanan dalam herarki pentadbiran. Pihak pengurusan sekolah mempunyai sumber kuasa dalam hal tertentu yang menyebabkan arahan dan dominasi politik mereka dipatuhi. Dominasi politik dalam konteks ini adalah berupa kuasa yang mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan, menentukan budaya pengurusan dan komunikasi dalam organisasi. Dalam hal ini, kuasa dan politik dalam pendidikan amat penting dalam membuat keputusan, aktiviti, sistem dan iklim sekolah berkenaan. Kuasa dan politik dapat mendominasikan sistem dan peraturan sesebuah sekolah yang akan memangkin kelancaran pengurusan sesebuah sekolah. Bahkan ia juga menjadi penentu aras dalam menentukan sama ada berkesan atau tidak pengurusan di sekolah berkenaan. Secara analoginya, sebuah sekolah yang berkesan adalah disebabkan amalan kuasa dan politik yang positif dan sebaliknya sekolah yang kurang atau tidak berkesan pula adalah disebabkan amalan kuasa dan politik yang negatif oleh pentadbirnya. Kuasa dan politik dalam pentadbiran sekolah adalah merangkumi kuasa dan autoriti pihak pengurusan yang mencakupi sumber kuasa mereka yang menyebabkan mereka dapat mempengaruhi kakitangan bawahan untuk berkerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Begitu juga amalan politik yang positif sudah tentu akan menjadi pemangkin kepada kejayaan amalan kuasa tersebut dan seterusnya membawa kepada pencapaian matlamat dan wawasan sekolah yang telah ditetapkan. Justeru, kuasa dan politik sangat penting dalam mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah. Namun demikian, kuasa dan politik adalah bergantung dengan penerimaan kakitangan sekolah. Ini telah dijelaskan oleh Griffith (1984) dalam Zaidatol Akmaliah Lope Phie (2000) yang menganggap kuasa dan politik sangat penting dalam mempengaruhi hubungan manusia. Kejayaan dalam hubungan tersebut bergantung kepada hubungan dua hala di antara pentadbir dan orang di bawah pentadbiran mereka. Hubungan yang baik akan dapat membantu kelancaran pentadbiran manakala hubungan yang menolak atau negatif sudah pasti akan menggagalkan segala usaha yang telah dirancang. Sebagai contoh, kita fokuskan pandangan pada situasi di sekolah-sekolah. Organisasi tersebut terdiri daripada guru-guru, kakitangan am, ibu bapa, pelajar, peraturan, lembaga sekolah, iklim, budaya dan juga autoriti profesionnya sendiri. Justeru, adakah pentadbir dapat menggunakan kuasanya tanpa penglibatan daripada seluruh oraganisasi terlibat. Mungkin ada yang menjawab “ya” dengan alasan pentadbir boleh menggunakan kuasa autokratiknya, tetapi adakah hasil yang diperoleh sama seperti yang diharapkan? Sudah tentu tidak. Pentadbir tidak akan mampu bertindak sendirian jika pengikutnya tidak bersetuju dengannya dan tidak rela dipengaruhi. Maka dengan itu, dapatlah dirumuskan bahawa kuasa sebenar dalam politik di sekolah atau institusi pendidikan adalah diukur berdasarkan sejauh mana pentadbir dapat memaksimumkan penglibatan atau penerimaan kakitangannya secara sukarela terhadap kepimpinan beliau, bukannya diukur berdasarkan betapa hebatnya pentadbir mengarah kakitangannya secara paksa. Bagaimanakah pula pentadbir dapat memaksimumkan penglibatan kakitangannya (secara sukarela) dalam politik pendidikan yang dimaksudkan. Jawapannya adalah bergantung kepada gaya kepimpinan dan bagaimana pentadbir melaksanakan kuasa mereka. Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang boleh diamalkan oleh pentabir, iaitu: 1. Kepimpinan Demokratik (Democratic Leadership) Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering menurunkan kuasanya kepada

Upload: mdjefry

Post on 14-Feb-2016

251 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

reference

TRANSCRIPT

Page 1: Kuasa Dan Politik Dalam Pendidikan

Kuasa dan Politik Dalam PendidikanJune 29, 2009 By Kulanzsalleh 1 Comment Sering kali kita mendengar di sana-sini orang memperkatakan tentang politik. Tidak kira pelbagai peringkat penutur dan pelbagai pandangan mengenai pengertiannya. Ahli politik memperkatakan tentang makna politik bagi mereka, semetara pihak yang lain pula mengujarkan tentang kuasa politik yang disalah guna oleh sesetengah pihak. Para guru sedang aktif dalam politik negara, sedangkan pelajarnya leka berpolitik dengan rakan di luar sekolah. Sang bapa sibuk berpolitik di luar rumah, sedangkan si ibu sedang asyik berpolitik dengan jiran tetangga. Lihatlah betapa besarnya pengaruh politik ini dalam kehidupan kita. Setiap orang memang tidak dapat lari daripadanya.Walaubagaimanapun saya bukanlah hendak menghuraikan panjang lebar tentang politik negara. Apatah lagi untuk mencampuri bidang tersebut. Bukan kerana tidak berminat atau menyerahkan bulat-bulat kepada orang tertentu untuk menguruskannya, tetapi hanya belum sampai masanya saya terlibat dalam arena tersebut. Ini kerana masih banyak selok-belok politik yang belum saya ketahui. Bahkan politik di rumah dan di tempat kerja juga perlu saya uruskan. Justeru, saya hanya ingin berkongsi bidang politik ini dengan mereka yang seangkatan dengan saya, iaitu kuasa dan politik dalam pendidikan.Dalam bidang pendidikan, khususnya sesebuah sekolah, kuasa adalah milik pentadbir dan guru-guru kanan dalam herarki pentadbiran. Pihak pengurusan sekolah mempunyai sumber kuasa dalam hal tertentu yang menyebabkan arahan dan dominasi politik mereka dipatuhi. Dominasi politik dalam konteks ini adalah berupa kuasa yang mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan, menentukan budaya pengurusan dan komunikasi dalam organisasi. Dalam hal ini, kuasa dan politik dalam pendidikan amat penting dalam membuat keputusan, aktiviti, sistem dan iklim sekolah berkenaan. Kuasa dan politik dapat mendominasikan sistem dan peraturan sesebuah sekolah yang akan memangkin kelancaran pengurusan sesebuah sekolah. Bahkan ia juga menjadi penentu aras dalam menentukan sama ada berkesan atau tidak pengurusan di sekolah berkenaan. Secara analoginya, sebuah sekolah yang berkesan adalah disebabkan amalan kuasa dan politik yang positif dan sebaliknya sekolah yang kurang atau tidak berkesan pula adalah disebabkan amalan kuasa dan politik yang negatif oleh pentadbirnya.Kuasa dan politik dalam pentadbiran sekolah adalah merangkumi kuasa dan autoriti pihak pengurusan yang mencakupi sumber kuasa mereka yang menyebabkan mereka dapat mempengaruhi kakitangan bawahan untuk berkerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Begitu juga amalan politik yang positif sudah tentu akan menjadi pemangkin kepada kejayaan amalan kuasa tersebut dan seterusnya membawa kepada pencapaian matlamat dan wawasan sekolah yang telah ditetapkan. Justeru, kuasa dan politik sangat penting dalam mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah. Namun demikian, kuasa dan politik adalah bergantung dengan penerimaan kakitangan sekolah. Ini telah dijelaskan oleh Griffith (1984) dalam Zaidatol Akmaliah Lope Phie (2000) yang menganggap kuasa dan politik sangat penting dalam mempengaruhi hubungan manusia. Kejayaan dalam hubungan tersebut bergantung kepada hubungan dua hala di antara pentadbir dan orang di bawah pentadbiran mereka. Hubungan yang baik akan dapat membantu kelancaran pentadbiran manakala hubungan yang menolak atau negatif sudah pasti akan menggagalkan segala usaha yang telah dirancang.Sebagai contoh, kita fokuskan pandangan pada situasi di sekolah-sekolah. Organisasi tersebut terdiri daripada guru-guru, kakitangan am, ibu bapa, pelajar, peraturan, lembaga sekolah, iklim, budaya dan juga autoriti profesionnya sendiri. Justeru, adakah pentadbir dapat menggunakan kuasanya tanpa penglibatan daripada seluruh oraganisasi terlibat. Mungkin ada yang menjawab “ya” dengan alasan pentadbir boleh menggunakan kuasa autokratiknya, tetapi adakah hasil yang diperoleh sama seperti yang diharapkan? Sudah tentu tidak. Pentadbir tidak akan mampu bertindak sendirian jika pengikutnya tidak bersetuju dengannya dan tidak rela dipengaruhi. Maka dengan itu, dapatlah dirumuskan bahawa kuasa sebenar dalam politik di sekolah atau institusi pendidikan adalah diukur berdasarkan sejauh mana pentadbir dapat memaksimumkan penglibatan atau penerimaan kakitangannya secara sukarela terhadap kepimpinan beliau, bukannya diukur berdasarkan betapa hebatnya pentadbir mengarah kakitangannya secara paksa.Bagaimanakah pula pentadbir dapat memaksimumkan penglibatan kakitangannya (secara sukarela) dalam politik pendidikan yang dimaksudkan. Jawapannya adalah bergantung kepada gaya kepimpinan dan bagaimana pentadbir melaksanakan kuasa mereka.Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang boleh diamalkan oleh pentabir, iaitu:1. Kepimpinan Demokratik (Democratic Leadership)Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing. Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa.2. Kepimpinan Autokratik (Autocratic Leadership)Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif. Stail kepimpinan autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses membuat keputusan yang tepat.3. Kepimpinan Lepas-Bebas (Laizssez-Faire Leadership)Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujui tercapai. Selain itu, pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk dikawal.Ketiga-tiga gaya kepimpinan di atas adalah penentu kepada bentuk kuasa dan juga penjalanan politik dalam pentadbiran di sekolah. Oleh itu terpulanglah kepada para pentadbir gaya kepimpinan yang mana jadi amalan mereka selama ini. Sebagai rumusannya, memang tidak ada satupun jenis kepimpinan yang terbaik kerana aplikasi gaya kepimpinan itu juga bergantuk kepada amalan kerja dan sikap individu dalam sesebuah organisasi.Cuma apa yang dapat diperkatakan di sini, semua pentadbir seharusnya dapat menghindarkan diri daripada menjalankan kuasa dan politik yang berunsurkan kepentingan diri sendiri. Ini kerana amalan seumpama itu akan melunturkan sikap saling mempercayai di antara satu sama lain yang akhirnya meruntuhkan sistem politik organisasi yang cuba dibangunkan. Wallahualam..http://kulanzsalleh.com/kuasa-dan-politik/79

Politik Dalaman Sekolah dan Impaknya Kepada Sekolah: Satu Penerokaan

Page 2: Kuasa Dan Politik Dalam Pendidikan

Nor Azmawati Abdul Rahman,Nordin Abd Razak,

Mohammad Zohir AhmadHazri Jamil

PendahuluanKejayaan sesebuah organisasi seperti sekolah banyak bergantung kepada tanggungjawab dan komitmen guru. Komitmen guru dipercayai menjadi faktor yang paling kritikal dalam menentukan keberkesanan sesebuah sekolah (Nir, 2002) dan seterusnya menentukan kejayaan sistem pendidikan dan persekolahan. Tambahan pula, komitmen guru adalah sangat berkait rapat dengan prestasi kerja guru (Tsui & Cheng, 1999) dan sangat mempengaruhi serta memainkan peranan penting dalam pencapaian murid (Park, 2005; Riehl & Sipple, 1996). Komitmen guru bergantung kepada faktor persekitaran dalaman sekolah seperti kualiti kehidupan kerja guru. Salah satu dimensi kualiti kehidupan kerja guru ialah keperluan politik yang merujuk kepada sejauh mana keadaan dalaman organisasi sekolah dapat memenuhi keperluan politik guru, iaitu: demokrasi dan autonomi, kepercayaan dan kejujuran rakan sekerja dan keadilan (Nor Azmawati Abdul Rahman, 2009). Kewujudan politik dalaman sekolah berpotensi untuk mempengaruhi kualiti kehidupan kerja guru dan seterusnya komitmen guru. Makalah ini akan membincang tentang kewujudan politik dalaman sekolah dan impaknya kepada sekolah lebih-lebih lagi kepada komitmen kerja guru.

Kualiti Kehidupan Kerja Guru dan Politik Dalaman SekolahKualiti kehidupan kerja guru merupakan elemen yang sangat penting dalammemastikan keperluan hidup guru sebagai pekerja dan individu dipenuhi oleh organisasi sekolah. Kualiti kehidupan kerja guru yang baik lebih berperanan dalam memberikan motivasi dan kepuasan kerja guru di sekolah berbanding ganjaran ektrinsik dan intrinsik (Mohd Othman Yussoff, 1996; Mohd Roodzi Aziz, 1997). Holt (1998) menghuraikan kualiti kehidupan kerja sebagai satu konsep cara persekitaran kerja itu menjadi bermakna kepada pekerja sehingga mereka bermotivasi untuk melaksanakan tugas dan mencapai kepuasan kerja. Manakala bagi Yuosuf (1996) kualiti kehidupan kerja merupakan satu frasa generik yang melindungi perasaan pekerja untuk setiap dimensi kerja termasuk ekonomi, ganjaran serta faedah, keselamatan pekerjaan, suasana kerja, organisasi, hubungan interpersonal dan penilaian intrinsik. Fitzsimmons (2002) pula,mendefinisikan kualiti kehidupan kerja sebagai suatu keadaan atau kriteria kerja yang dapat membina motivasi, semangat, kualiti dan kepuasan kerja para pekerjanya. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa kualiti kehidupan kerja adalah satu konstruk yang komprehensif bertujuan untuk membangunkan diri individu (pekerja) yang melibatkan kebaikan dan kesejahteraan pekerja seperti memberikan pengalaman kerja yang bermanfaat, memenuhi keperluan peribadi pekerja sebagai individu serta mengelakkan tekanan dan kesan-kesan negatif akibat kerja. Berkaitan dengan kualiti kerja guru di sekolah, Nordin Abdul Razak et al. (2009 in-progress) mengoperasionalkan kualiti kehidupan kerja sebagai keupayaan organisasi sekolah dan persekitaran kerja di sekolah yang dapat membina dan memenuhi keperluan-keperluan guru yang diukur dengan 4 keperluan iaitu keperluan psikologi, keperluan sosial, keperluan politik dan keperluan ekonomi. Keperluan politik berkait rapat dengan politik dalaman organisasi sekolah.

Manakala politik dalaman organisasi adalah tingkah laku politik yang berlaku di dalam persekitaran dalaman sesebuah organisasi seperti sekolah yang juga merupakan sebuah entiti organisasi (Katz & Kahn, 1978). Pfeffer dan Group (1992) pula mentakrifkan politik organisasi sebagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh seseorang untuk memperolehi, meningkat dan menggunakan kuasa serta sumber-sumber lain untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang diutamakan dalam sebarang situasi dan keadaan. Menurut Cropanzano (1995), aktiviti politik dalaman organisasi merupakan tindakan mempengaruhi orang lain untuk memperoleh kuasa bagi mencapai objektif peribadi walaupun terpaksa mempergunakan orang lain. Politik dalaman organisasi juga dilihat sebagai satu percubaan mempengaruhi orang lain di dalam organisasi untuk mencapai tujuan peribadi (Rusinah, Sabariah, Suhaimi & Ramayah, 2003). Sementara itu, Mintzberg (1983) melihat politik dalaman organisasi sebagai alat dominasi sosial yang digunakan oleh individu atau kumpulan untuk mencengkam pihak lain dalam organisasi yang sama. Moorhead dan Griffin (1992) mengaitkan konsep politik sebagai kuasa atau gelagat seseorang untuk mendapatkan, memantapkan dan menggunakan kuasa untuk memperoleh sumber yang diingini.

Kini politik dalaman organisasi semakin subur wujud dan menular ke dalam setiap organisasi terutamanya organisasi yang mempunyai sumber-sumber yang terhad (Rusinah et al., 2003). Menurut Rusinah et al. lagi, apabila organisasi menghadkan sumber atau kekurangan sumber dari yang sepatutnya, para pekerja mula melaksanakan taktik atau tingkah laku politik untuk menjaga keperluan dan kepentingan sumber asal serta berusaha mengekalkan status-quomereka. Politik dalaman organisasi ini bertambah buruk lagi dengan kekurangan peraturan dan undang-undang organisasi serta pengurus-pengurus organisasi yang lemah dan tidak profesional dalam membuat keputusan. Keputusan-keputusan penting organisasi dibuat secara kabur dan sangat bergantung atas budi bicara serta kepentingan diri tanpa pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan peraturan dan undang-undang organisasi.

Dalam makalah ini, politik dalaman sekolah dimaksudkan sebagai satu percubaan tingkah laku atau lisan ahli organisasi sekolah sama ada secara individu atau berkumpulan yang berstrategik untuk mempengaruhi dan mempergunakan warga sekolah yang lain terutamanya guru-guru demi menjaga kepentingan peribadi, melindungi sumber dan mengekalkan status quo atau jawatan yang disandang.

Kewujudan Politik Dalaman Organisasi SekolahSebagai sebuah organisasi, sekolah juga tidak dapat lari dan terdedah kepada elemen-elemen dalaman organisasi yang membawa kepada kewujudan politik dalaman sekolah. Sekolah mengalami proses dan aktiviti yang biasa berlaku dalam sesebuah organisasi seperti penurunan kuasa, pembahagian tugas dan tanggungjawab, pengagihan sumber, proses membuat keputusan, penyeliaan dan juga perhubungan atau interaksi antara ahli organisasi (Abdul Shukor Abdullah, 1991). Sebagai sebuah entiti sosial, sekolah mempunyai sumber yang terhad untuk ahli-ahlinya seperti perjawatan hakiki, kenaikan pangkat, pergerakan gaji dan juga mobiliti sosial. Keadaan ini membawa kepada persaingan antara ahli-ahli organisasi (khususnya guru-guru) yang mempunyai kehendak dan keperluan peribadi tersendiri yang perlu dipenuhi sebagai individu.

Dalam usaha mendapatkan sumber yang terhad, penglibatan dalam pengagihan kuasa, keutamaan peranan dalam proses membuat keputusan penting organisasi, mengelakkan birokrasi dalam hierarki, mendapatkan kepercayaan daripada kumpulan pentadbir, pengurangan tugas dan sebagainya demi kepentingan dan keselesaan peribadi tanpa disedari telah menimbulkan konflik antara ahli organisasi sekolah. Konflik dalaman organisasi sekolah diburukkan lagi dengan sikap keengganan memahami dan bertoleransi

Page 3: Kuasa Dan Politik Dalam Pendidikan

yang berpunca daripada kematangan emosi yang rendah (Rusinah et al., 2003). Konflik yang wujud dalam organisasi sekolah ini merupakan antara faktor-faktor yang akhirnya membawa kepada aktiviti politik dalaman organisasi.

Terdapat beberapa konflik yang berlaku dalam organisasi dan konflik-konflik ini menjadi faktor kepada aktiviti politik yang membawa kepada perlakuan taktik-taktik politik dalam organisasi. Pfeffer (1981) menjangkakan aktiviti politik sering berlaku di bawah tiga keadaan, iaitu: (i) konflik dalam mencapai matlamat, strategi dan sumber, (ii) konflik dalam proses membuat keputusan penting untuk organisasi, dan (iii) konflik dalam pembahagian kuasa antara ahli organisasi. Robbins (1996) pula memberikan lima faktor asas kepada berlakunya aktiviti politik dalam sesebuah organisasi iaitu kekaburan matlamat, kekurangan sumber, perubahan teknologi dan persekitaran, keputusan yang tidak diprogramkan dan perubahan organisasi. Allen, Madison, Porter, Renwick dan Mayes (1979) pula telah mengenalpasti beberapa taktik politik dalam aktiviti politik yang biasanya dilakukan di dalam organisasi, iaitu: (i) mengawal perolehan sumber maklumat daripada disebarkan kepada ahli organisasi yang lain; (ii) berusaha membina sokongan daripada pihak atasan yang lebih berkuasa; (iii) cuba merapat dan menyesuaikan diri dengan pihak yang lebih berkuasa; (iv) berusaha membina tanggapan pihak atasan yang menyenangkan untuk dirinya dan membina tanggapan yang tidak menyenangkan pihak atasan kepada ahli organisasi yang lain; dan seterusnya (v) menyalah atau menyerang pihak lain.

Konflik dan perlakuan taktik-taktik politik dalam organisasi boleh juga dilihat dalam konteks sekolah. Konflik yang berlaku lebih kepada konflik antara pihak pengurusan sekolah dengan guru. Konflik juga boleh berlaku dalam kalangan pihak pengurusan tertinggi sekolah misalnya antara Pengetua/Guru Besar dengan Penolong-Penolong Kanan; konflik antara pihak pengurusan tertinggi sekolah dengan guru-guru kanan mata pelajaran (yang juga dikategorikan sebagai sebahagian daripada pihak pengurusan sekolah); dan konflik antara kelompok-kelompok guru tertentu misalnya antara guru-guru senior dengan guru-guru yang baru dan juga mungkin konflik antara guru yang berlainan bidang atau disiplin. Di sekolah, konflik boleh berlaku keadaan seperti yang dinyatakan oleh Pfeffer (1981). Manakala taktik politik dalam aktiviti politik yang biasanya berlaku di dalam organisasi seperti yang dikemukakan oleh \Allen, Madison, Porter, Renwick dan Mayes (1979) juga boleh berlaku di sekolah.

Politik dalaman sekolah boleh memberikan impak atau implikasi positif dan juga negatif sama ada terhadap individu atau organisasi. Menurut Vigoda (2000), politik dalaman organisasi merupakan satu proses sosial yang biasa dan mempunyai impak pro dan kontra. Vigoda berpendapat politik dalaman organisasi mungkin berperanan untuk memberikan manfaat kepada pekerja seperti meningkatkan kedudukan dan kejayaan atau menyebabkan ketidakfungsian pekerjaan seperti menimbulkan kerugian, kehilangan kuasa dan perasaan negatif terhadap orang lain. Robbins (1996) menegaskan bahawa politik dalaman organisasi merupakan aktiviti yang tidak diperlukan sebagai sebahagian daripada peranan formal individu dalam organisasi kerana aktiviti tersebut mempengaruhi pengagihan sumber, peluang, kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam organisasi. Politik dalaman organisasi atau sekolah boleh memberikan impak atau implikasi positif dan juga negatif sama ada terhadap individu atau organisasi. Dalam hal ini, Robbins (1996) telah menyatakan kesan positif politik dalaman organisasi, antaranya, ialah: (i) politik dalaman organisasi dapat memperbetulkan kelemahan dan ketidakfungsian sistem; (ii) dapat memastikan ahli organisasi yang paling berpengaruh menjadi pemimpin organisasi; (iii) dapat membolehkan organisasi mendedahkan halangan yang dihadapi melalui sistem pengaruh yang sah; (iv) dapat memastikan setiap isu atau permasalahan diperdebatkan dengan mendalam; dan (v) akhirnya dapat memudahkan laluan bagi membolehkan pengurus organisasi membuat keputusan. Bagi Kumar dan Ghadially (1989), antara hasil positif politik dalaman organisasi adalah kemajuan kerjaya, kenaikan pangkat dan status, meningkatkan daya saingan dan posisi, memiliki kuasa dan kedudukan, dapat melakukan perubahan yang strategik, mencapai tujuan organisasi dan peribadi, kejayaan mengimplementasikan polisi-polisi baru organisasi, kejayaan pengurusan dan meningkatkan ekspresi kendiri.

Meskipun politik dalaman organisasi memberi kesan yang positif, namun secara umumnya, politik dalaman dianggap sebagai suatu perkara yang tidak baik, tidak adil, tidak sihat dan tidak diperlukan di tempat kerja. Politik dalaman organisasi cenderung mempunyai perspektif negatif yang menumpu kepada tingkah laku manusia yang tidak baik seperti memanipulasi orang lain demi kepentingan diri (Feris & King, 1996; Ganz & Muray, 1980). Beberapa kajian yang telah dilakukan membuktikan politik organisasi mempunyai hubungan atau kesan negatif terhadap pengurusan sumber tenaga kerja, memanipulasi keputusan organisasi dan menganggu komunikasi antara rakan sekerja (Drory, 1993), prestasi kerja yang menurun dan ketidaktelusan dalam membuat keputusan organisasi (Eisenhardt & Bourgeois, 1988) dan tingkahlaku yang kadang-kadang melampaui batas (Liden & Mitchell, 1988). Hasil dari penyelidikan-penyelidikan yang telah dilakukan terhadap persepsi politik dalaman organisasi menunjukkan bahawa politik dalaman organisasi menyebabkan persekitaran dalaman kerja gagal untuk berfungsi (Parker et al., 1995).

Rusinah et al. (2003) mengenal pasti beberapa hasil negatif daripada kajian-kajian politik dalaman organisasi yang telah dilakukan oleh para pengkaji sebelum ini dan antaranya ialah menambahkan tekanan dan ketidakpuasan kerja, menurunkan tahap komitmen pekerja terhadap organisasi, prestasi kerja yang semakin menyusut, mewujudkan halangan dalam komunikasi ahli-ahli organisasi dan akhirnya menambahkan niat untuk berhenti kerja. Vigoda dan Kapun (2005) dalam kajian mereka ‘Perceptions of politics and perceived performance in public and private organisations’menunjukkan bahawa politik organisasi merupakan salah satu faktor yang berpotensi untuk mempengaruhi prestasi kerja pekerja sama ada dalam organisasi awam mahupun swasta.

Dapatan-dapatan ini memberikan justifikasi potensi politik dalaman organisasi dalam mempengaruhi hasil, prestasi dan mutu kerja pekerja serta cenderung untuk mempengaruhi hal pengurusan organisasi seperti dalam membuat keputusan, kenaikan pangkat dan juga pemberian ganjaran. Politik dalaman organisasi juga dilihat memberi kesan buruk terhadap produktiviti dan prestasi kerja pada peringkat individu dan organisasi (Vigoda, 2000). Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang dilakukan tentang kewujudan kepada politik dalaman organisasi masih lagi kurang terutamanya yang menyelidiki politik dalaman sekolah. Kajian yang dilakukan oleh Rusinah et al., (2003) yang meneliti faktor yang mempengaruhi politik dalaman organisasi pendidikan di Malaysia iaitu ‘Factor Associated Perception of organizational politic in the government higher education institutions’.Hasil dapatan ini secara tidak langsung menunjukkan politik dalaman organisasi menganggu tingkah laku pekerja organisasi dan persekitaran kerja menjadi negatif. Kajian Nor Azmawati Abdul Rahman (2009) menunjukkan bahawa semakin tinggi politik dalaman yang wujud dalam sekolah maka semakin rendah atau menurun kualiti kehidupan kerja guru di sekolah.

Page 4: Kuasa Dan Politik Dalam Pendidikan

Politik Dalaman Sekolah (PDS) mempunyai dua dimensi iaitu dimensi Politik Pentadbir dan politik dalam kalangan guru iaitu Politik Guru (Nor Azmawati Abdul Rahman, 2009). Politik Pentadbir adalah taktik dan aktiviti politik yang dilakukan oleh kumpulan pentadbir dalam organisasi sekolah seperti guru besar dan guru-guru penolong kanan (iaitu pentadbiran, hal ehwal murid dan ko-kurikulum). Sementara itu, Politik dalam kalangan guru pula adalah tingkahlaku dan taktik politik guru-guru untuk mengelakkan konflik dengan pentadbir sekolah dan dengan guru-guru. Dapatan kajian juga menunjukkan politik dalaman sekolah yang melibatkan politik dalam kalangan pentadbir sekolah adalah lebih tinggi daripada politik dalam kalangan guru-guru.

Hasil daripada dapatan kajian-kajian yang telah dijalankan tentang kesan-kesan kewujudan politik dalaman organisasi yang lebih menampakkan keburukan berbanding memberi kebaikan kepada individu mahupun organisasi. Justeru, tingkah laku politik organisasi dan fenomena politik dalaman organisasi ini perlulah dielakkan dan dikaji faktor-faktor yang mendorong kewujudannya. Penutup Politik dalaman organisasi sekolah wujud dan memberikan kesan positif dan negatif kepada sekolah. Jika diuruskan dengan baik berdasarkan perspektif yang sihat dan positif dengan mengambil kira peraturan dan undang-undang yang ada serta keikhlasan dalam bekerja, politik dalaman sekolah dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada kelicinan pengurusan dan pencapaian sekolah. Namun yang banyak berlaku ialah politik dalaman sekolah lebih memberi kesan negatif berbanding dengan kesan positif kepada ahli organisasi iaitu guru. Hal ini berkait dengan perspektif negatif yang melihat politik sebagai tingkah laku manusia yang tidak baik seperti memanipulasi orang lain demi kepentingan diri. Pentadbir sekolah sebagai pihak yang berautoriti dilihat menggunakan pengaruh dan kuasa yang ada pada mereka dalam mengurus perjalanan sekolah. Dapatan kajian yang menunjukkan politik dalam kalangan pentadbir sekolah adalah lebih ketara berbanding dengan politik dalam kalangan guru menunjukkan pengaruh dan kuasa pentadbir sekolah. Namun kajian yang mendalam dan menyeluruh tentang politik dalaman organisasi sekolah dan impaknya kepada sekolah adalah perlu dalam mengungkai persoalan yang berkaitan

Ciri tengah model politik.

Model politik memeluk/mengamalkan teori2 yang mencirikan membuat keputusan sebagaimana proses tawar-menawar. Mereka menganggap bahawa organisasi adalah arena politik yang anggotanya melibatkan diri dalam aktiviti politik dalam mengejar kepentingan mereka. Analisis memberi tumpuan kepada pengagihan kuasa dan pengaruh dalam organisasi dan di tawar-menawar dan rundingan antara kumpulan berkepentingan. Konflik dianggap sebagai endemik dalam organisasi dan pengurusan adalah menjurus ke arah peraturan tingkah laku politik. Takrif dicadangkan di bawah menggabungkan elemen utama pendekatan ini : Model politik menganggap bahawa dalam dasar organisasi dan keputusan yang muncul melalui proses perundingan dan tawar-menawar. Kumpulan-kumpulan kepentingan membangun dan membentuk perikatan dalam usaha mencapai objektif dasar tertentu. Konflik dilihat sebagai satu fenomena semula jadi dan kuasa terakru kepada pakatan dominan dan bukannya memelihara pemimpin formal.

Politik cenderung dianggap sebagai keprihatinan kerajaan pusat dan tempatan dan dikaitkan kukuh dengan parti-parti politik yang bersaing untuk undi kami pada pilihan raya umum, tempatan dan Eropah. Ia amat berguna untuk melonggarkan identiti berhampiran ini di antara kerajaan dan politik sebelum mendapatkan memohon metafora politik kepada institusi pendidikan. Politik negara dan tempatan kuat mempengaruhi persekitaran di mana sekolah-sekolah dan kolej beroperasi. Kerajaan pusat menentukan watak meluas sistem pendidikan dan ini tidak dapat tidak disokong oleh pandangan politik parti majoriti. Pendidikan 1988 Akta Pembaharuan, sebagai contoh, dengan penekanan terhadap sekolah sendiri urusan bersaing untuk pelanggan, mempunyai asal-usul dalam falsafah Parti Konservatif bahawa prinsip-prinsip pasaran berfungsi untuk meningkatkan prestasi. Politik tempatan telah menjadi kurang berpengaruh sejak Akta 1988 yang memperuntukkan banyak tanggungjawab bekas LEA kepada kerajaan pusat atau kepada institusi pendidikan. Walau bagaimanapun, LEA mengekalkan kuasa untuk menentukan kedudukan pembiayaan kebanyakan sekolah melalui kawalan ke atas formula LMS. Elemen formula, dan pemberat mereka, merupakan hasil daripada pertimbangan politik parti majoriti, dalam batasan-batasan yang ditetapkan dalam undang-undang. Walaupun kerajaan pusat dan tempatan menentukan rangka kerja yang luas untuk pendidikan, model politik terpakai bagi sekolah, kolej dan organisasi lain seperti banyak kerana ia berkaitan dengan parti-parti politik:

Saya mengambil sekolah, bersama-sama dengan hampir semua organisasi sosial lain yang akan terbelah dengan konflik sebenar atau berpotensi di antara ahli; menjadi kurang diselaraskan; menjadi ideologi yang pelbagai. Saya mengambil ia menjadi penting bahawa jika kita ingin memahami sifat sekolah sebagai; organisasi, kita perlu mencapai beberapa memahami konflik ini, (Ball, 1987, ms. 19) Kaitan model politik kepada institusi pendidikan diakui oleh kedua-dua ahli akademik dan pengamal. Dalam pendidikan perspektif ini sering dirujuk sebagai 'micropolitics. Glatter (1982, ms. 16) mendakwa bahawa micropolitics adalah 'perspektif yang penting': Bahasa kuasa, pakatan, arena, pertandingan, tawar-menawar, rundingan, minat, kekaburan dan sebagainya seolah-olah sangat membantu dalam retorik membezakan dari realiti ... dalam menarik perhatian kepada maksud yang berbeza yang individu yang berbeza, kumpulan dan institusi mempunyai dan pelbagai cara mereka mula mencapai mereka. . . . pendekatan yang boleh meluas diistilahkan perspektif micropolitical adalah penting untuk memahami pentadbiran dan pengurusan pendidikan.

Baldridge (. 1971, ms 19-20) menjalankan penyelidikan di universiti-universiti di Amerika Syarikat dan membuat kesimpulan bahawa model politik, daripada perspektif formal atau keserakanan, terbaik ditangkap realiti kehidupan dalam pendidikan tinggi:Apabila kita melihat proses yang kompleks dan dinamik yang meletup di kampus moden hari ini, kita lihat tidak tegar, aspek formal birokrasi mahupun elemen konsensus mengarahkan tenang yang collegiums akademik. Sebaliknya . . . [kumpulan-kumpulan kepentingan] muncul. . . Kumpulan-kumpulan ini menyuarakan kepentingan mereka dalam pelbagai cara, membawa tekanan kepada proses membuat keputusan dari mana-mana beberapa sudut. . . Kuasa dan pengaruh, sekali dinyatakan, melalui satu proses yang kompleks sehingga dasar adalahberbentuk, membentuk semula dan palsu keluar atau tuntutan bersaing pelbagai kumpulan.Model politik mungkin hanya sebagai sah bagi sekolah-sekolah dan melanjutkan pelajaran kerana mereka adalah untuk universiti.

Model politik mempunyai ciri-ciri utama yang berikut:1. Mereka cenderung untuk memberi tumpuan kepada aktiviti kumpulan dan bukannya institusi secara keseluruhan. Penekanan adalah pada unit asas (Becher dan Kogan, 1992) tidak peringkat sekolah atau kolej. Interaksi antara kumpulan adalah di tengah-tengah pendekatan politik manakala

Page 5: Kuasa Dan Politik Dalam Pendidikan

model formal dan keserakanan menekankan tahap institusi itu; 'TheUnit asas analisis politik tradisional adalah sub kumpulan. . . unit asas perspektif tidak terlibat dalam politik adalah keseluruhan sistem '(Bacharach dan Lawler, 1980) Dalam pendidikan banyak pusat-pusat analisis politik mengenai pengaruh jabatan akademik. Marland (. 1982, ms 122-3) merujuk kepada 'kuasa politik ketua-ketua jabatan dan deprecates pendekatan keratan mereka ke sekolah membuat dasar: Status dan harga diri daripada ketua-ketua jabatan seolah-olah akan meningkatkan sempit pandangan dan menurun jika mereka membangunkan wawasan yang lebih luas. Bagi ahli contoh sebuah jabatan tertakluk mendadak akan mengkritik kepala mereka jabatan jika dia atau dia tidak menolak unremittingly untuk kepentingan diri yang jabatan. Oleh itu, ketua pasukan yang baik dirasai oleh pasukan sebagai seorang yang menuntut bulat-bulat, dengan penuh megah, dan konsisten untuk guru-guru, lebih banyak ruang, lebih banyak wang, peralatan yang lebih, lebih banyak bilik, lebih murid-murid, kumpulan-kumpulan kecil, dan, di atas semua, lebih banyak masa murid.Ball (. 1987, ms 221) merujuk kepada 'politik yg berkenaan dgn Baron' dan membincangkan sifat konflik antara pemimpin kumpulan kecil: 'Di zaman pertengahan, konflik baron Inggeris pada dasarnya berkaitan dengan dua perkara: kekayaan dan kuasa. Di sekolah yang kebimbangan dan kepentingan baron akademik dan pastoral pada dasarnya yang sama: peruntukan daripada bajet. . . dan pengaruh ke atas dasar-dasar sekolah. 'Pursaill (1976) merujuk kepada peranan politik ketua-ketua jabatan dalam pendidikan lanjutan di dalam tahun 1970-an. Beliau mengatakan bahawa struktur kolej cenderung untuk menjadi 'feudal' dengan ketua-ketua jabatan melaksanakan 'hak-hak berkenaan dgn Baron. Walaupun organisasi kolej cenderung untuk menjadi lebih pelbagai pada 1990-an (lihat Bab 3, p.32), pengurus pertengahan masih bersaing untuk sumber dan kuasa melalui proses dasarnya politik.

2. model Politik prihatin dengan kepentingan dan kumpulan berkepentingan. Individu dianggap mempunyai pelbagai kepentingan yang mereka mengejar dalam organisasi. Hoyle (. 1986, ms 128) membezakan antara kepentingan peribadi dan profesional: kepentingan Profesional. . . pusat komitmen untuk kurikulum tertentu, sukatan pelajaran, cara kumpulan murid, kaedah pengajaran, dan lain-lain. . . kepentingan profesional menjadi sebahagian daripada proses micropolitical mengikut strategi yang digunakan untuk melanjutkan mereka. Kepentingan peribadi memberi tumpuan kepada isu-isu seperti status, kenaikan pangkat dan syarat-syarat kerja 'Hoyle (1982, ms 89.) Mata kepada pembangunan kumpulan berkepentingan sebagai satu cara utama mencari dan mencapai matlamat individu: Minat dikejar oleh individu tetapi kerap mereka yang paling berkesan dilaksanakan secara kerjasama dengan orang lain yang berkongsi kepentingan bersama. Sebahagian daripada ini mungkin mempunyai sifat-sifat kumpulan dalam bahawa mereka adalah agak lama bertahan dan Nave tahap perpaduan, tetapi yang lain. . . akan menjadi persatuan longgar individu yang bekerjasama hanya jarang apabila minat yang sama datang ke hadapan.

Kumpulan berkepentingan yang lebih kekal, seperti jabatan, adalah yang padu kerana nilai dan kepercayaan bersama. Individu-individu dalam kumpulan itu mempunyai sikap yang sama terhadap banyak isu-isu utama dalam sekolah-sekolah dan kolej. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dalam matlamat dan nilai antara kumpulan berkepentingan, yang membawa kepada pemecahan bukannya perpaduan organisasi. Mengenai isu-isu tertentu, kumpulan boleh membentuk pakatan untuk mendesak supaya dasar-dasar yang mencerminkan kepentingan bersama mereka. Kerjasama ini mungkin bersifat sementara, Pembubaran apabila objektif tertentu telah dicapai, manakala kumpulan-kumpulan kepentingan sendiri sering mempunyai kepentingan kekal.

3. model politik menekankan kelaziman konflik dalam organisasi. Kumpulan berkepentingan mencapai objektif bebas mereka yangboleh bezakan dengan ketara dengan matlamat subunit lain dalam institusi dan membawa kepada konflik di antara mereka: "Pemimpin itu, sebagai salah satu yang bertanggungjawab untuk matlamat keseluruhan organisasi, perlu sedar nilai-nilai yang berbeza dan kepentingan yang pada akar konflik dalam organisasi (Wilkinson, 1987, ms. 60). Satu ciri penting perspektif politik adalah pandangan bahawa konflik adalah ciri biasa organisasi. Model Collegial mempunyai berat sebelah keharmonian yang kuat dan kemungkinan perbezaan pendapat diabaikan atau diambil dari sini. Dalam Sebaliknya, Baldridge et al. (1978, ms 35.) Perhatian konflik di institusi pendidikan kerana kedua-duanya tidak dapat dielakkan dan selamat datang: 'Dalam, sistem sosial berpecah-belah yang dinamik, konflik adalah semula jadi dan tidak semestinya gejala pecahan dalam komuniti akademik. Malah, konflik adalah satu faktor penting dalam menggalakkan perubahan organisasi sihat 'Adalah penting untuk membezakan antara bentuk yang membina dan membinasakan konflik.; ia boleh menjadi positif dan bukannya unsur negatif dalam organisasi.

4. model politik menganggap bahawa matlamat-matlamat organisasi yang tidak stabil, tidak jelas dan dipertandingkan. Individu, kumpulan berkepentingan dan gabungan mempunyai tujuan mereka sendiri dan bertindak ke arah pencapaian mereka. Matlamat boleh dipertikaikan dan kemudian menjadi elemen penting dalam konflik di antara kumpulan. subunit tertentu berjaya dalam menetapkan matlamat mereka sebagai objektif institusi manakala kepentingan lain berusaha untuk menggantikan maksud rasmi dengan objektif mereka sendiri. Cyert (1975, ms. 28) membincangkan sifat percanggahan pendapat antara kumpulan berkepentingan dan institusi.