kuakultur

20
Industri akuakultur telah lama bertapak di negara kita. Saban tahun, pengeluaran akuakultur semakin meningkat berikutan permintaan yang tinggi. Ini dapat dilihat hasil pengeluaran pada tahun 2009 yang meningkat sebanyak 7.93% dari 333,450 tan metrik kepada 362,155 tan metrik. Akuakultur air payau merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran ini berbanding akuakultur air tawar. Pemilihan lokasi akan akan menentukan keluasan kolam tanah yang ingin dibina. Terdapat 5 syarat utama dalam pemilihan lokasi kolam yang sesuai iaitu; - Berhampiran dengan punca air - Kawasan yang bebas dari banjir - Terdapat kemudahan pengangkutan - Tidak jauh dari lokasi pemasaran - Terdapat bekalan elektrik Setelah meneliti 5 syarat utama di atas, lokasi yang dipilih adalah di Kg Sondoton Baru kerana lokasi tersebut memenuhi syarat asas. PEMILIHAN TAPAK Lokasi yang dipilih keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah : i. Suhu air – 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C ) ii. pH air – 6-8 iii. Oksigen terlarut – lebih dari 2.5 ppm

Upload: aiza-acdee

Post on 28-Aug-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bukan hak milik

TRANSCRIPT

Industri akuakultur telah lama bertapak di negara kita. Saban tahun, pengeluaran akuakultur semakin meningkat berikutan permintaan yang tinggi. Ini dapat dilihat hasil pengeluaran pada tahun 2009 yang meningkat sebanyak 7.93% dari 333,450 tan metrik kepada 362,155 tan metrik. Akuakultur air payau merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran ini berbanding akuakultur air tawar.

Pemilihan lokasi akan akan menentukan keluasan kolam tanah yang ingin dibina. Terdapat 5 syarat utama dalam pemilihan lokasi kolam yang sesuai iaitu; Berhampiran dengan punca air Kawasan yang bebas dari banjir Terdapat kemudahan pengangkutan Tidak jauh dari lokasi pemasaran Terdapat bekalan elektrikSetelah meneliti 5 syarat utama di atas, lokasi yang dipilih adalah di Kg Sondoton Baru kerana lokasi tersebut memenuhi syarat asas.

PEMILIHAN TAPAKLokasi yang dipilih keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :i. Suhu air 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )ii. pH air 6-8iii. Oksigen terlarut lebih dari 2.5 ppmiv. Karbon dioksida kurang dari 2.5 ppmv. Ammonia kurang dari 1.0 ppmvi. Kemasinan 0-20 pptKedalaman air antara 3 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKARModul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap array. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos.PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAHPengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAHAnak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan haba.KADAR PELEPASAN BENIHKadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKANKadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIAIkan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).PEMASARAN IKAN TILAPIAPada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram.

ernakan Ikan Sangkar : Penjana Pendapatan

Latar belakang Projek Projek ini dipilih memandangkan Daerah Pekan mempunyai kawasan yang sesuai untuk projek ini di Sungai Pahang yang luas. Projek ini sudah menjadi antara aktiviti ekonomi utama yang terbukti memberi hasil yang baik kepada pengusaha.Latar belakang Peserta Peserta daripada golongan Miskin daripada senarai eKasih Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Peserta akan ditempatkan bersama dengan (Mento) yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ternakan ikan sangkar khususnya ter-nakan ikan Patin dan Talapia. Perseta akan mendapat tunjuk ajar secara terus dalam proses pengurusan ternakan dan sebagainya.Latar belakang Mentor Mentor mengusahakan ikan ternakan ikan dari tahun 2004 bersama FAMA dan mempunyai bilangan sangkar sebanyak 24 buah, lapan buah ( 10 x 10) dan 16 (20 x 10) sangkar. Memiliki pusat jualan ternakan ikan sangkar milik sendiri, yang dibantu khusus oleh FAMA Hasil ternakan ikan di gerai jualan runcit yang dibangunkan oleh FAMA di bawah Cawangan Akualkultur. Hasil ternakan diambil oleh pemborong/peraih untuk memenuhi pasaran tempatan.Kos Pengeluaran Bagi PesertaKos pengeluaran yang terlibat bagi aktiviti ini adalah : Sangkar ternakan 20 kakix 10 kaki : 3,500 /unit benih ikan : RM 720.00/sangkar makanan ikan : RM3,795 /sangkar seh-ingga boleh dipasarkan elaun sara hidup : RM 350 x 5 Bulan = RM 1750,00 lain-lain peralatan kecil dan pentadbi-ran : mengikut keperluan semasaKos keseluruhan pengeluaran peringkat pertama melibatkan 2 unit sangkar berukuran 20 kaki x 10 kaki = RM19,240.00 termasuk elaun sara hidup RM 350 / BulanKos untuk pusingan kedua dan sete rusnya adalah dianggarkan sebanyak RM10,780Semua kos pusingan pertama di atas akan ditanggung oleh pihak FAMA dan disalurkan secara bersistem dan berperingkat serta dipantau oleh pegawai FAMA dan juga mentor yang dilantik.Manakala kos operasi pusingan kedua akan diambil dari keuntungan jualan pusingan pertama dan seterusnya.PulanganBerdasarkan kepada kos-kos yang terlibat di atas, perkiraan pulangan akan dibuat di atas perbelanjaan modal operasi semusim dan selepas itu akan membawa kepada pengiraan pulangan modal yang dilaburkan bagi pembinaan sangkar ternakan.Perkiraan bagi pulangan semusim (ikan tilapia dan patin) bagi dua sangkar adalah : benih ikan : RM720 x 2 = RM1,440. makanan ikan : RM3,795 x 2 = RM7,590 Pendahuluan sara hidup peserta : RM350 x 5 bulan = RM1,750 jumlah kos pengeluaran : RM10,780 harga jualan : RM8.00/kg purata kasar kuantiti ternakan yang dikeluarkan : 1000kg/sangkar jumlah jualan : RM8.00 x 2000 kg = RM16,000 keuntungan : RM16,000 - RM10,780 = RM5,520/semusimIni adalah perkiraan kasar yang dibuat bagi semusim. Bilangan sangkar yang dicadangkan kepada setiap peserta adalah sebanyak dua buah sangkarmenepati jumlah pendapatan yang digariskan. Jika dicampurkan dengan elaun sara hidup setiap bulan dan keuntungan jualan dihujung musim, peserta akan mendapat pendapatan kasar sebulan sebanyak RM1,044.KawalanSemua projek yang dicadangkan ini akan dipantau oleh mentor yang dilantik disamping pegawai FAMA di Daerah Pekan ini, di mana lokasi sangkar adalah berhampiran dengan mentor ataupun bersama dengan mentor.Peserta pula akan diwajibkan mengikuti beberapa peraturan : kursus ternakan kursus pengurusan ikan dan sangkar buku kedatangan kerja dan rekod kewangan buku akaun AGROBANKPeserta Jumlah peserta yang dicadangkan adalah seramai 10 orang / sebagai peserta sokongan. Peserta yang dipilih ini adalah mereka yang tinggal berhampiran dengan sun-gai Pahang.Pasaran Semua hasil dibeli oleh FAMA sen diri melalui Pusat Operasi Akuakultur Lanchang dan juga diuruskan oleh mentor. Harga yang ditawarkan adalah mengikut persetujuan pusat dengan bersandarkan harga pasaran semasa. FAMA juga menggalakan pengusaha menjual sendiri secara kecil-kecilan bagi membolehkan hasil pendapatan yang tinggi.

SistemPenternakanKelebihanKekurangan

KolamTanahKawasanairbertakungyangtidaksesuaiuntuktanamanmudahdidapati.Bolehmenternakdenganbilanganikanyangbanyak.ikancepatmembesarterdapatmakanansemulajadiKospembinaanyangtinggi.Kesihatanikansukardipantau.BerlakugangguanbencanaalamsepertibanjirdankemarauGangguanhaiwanpemangsasepertiburung,biawakdanmemerang

Sangkar TerapungMudahdiuruskandanmudahmemunguthasil.Ikancepatmembesarkeranaterdapatmakanansemulajadi.GunaperairanyangsediaadaModal yangbesardanpenyelenggaraanyangtinggiMemerlukankemahiranyangtinggiIkanterlepaskeluarjikasangkarrosak

TangkiKonkrit/TidakmemerlukankawasanyangluasModal yangrendahdansenangdiurusMudahmemunguthasildanmemantaukesihatanikanMemerlukankemahiranmembinaMemerlukanalatpengudaraanTiadamakanansemulajadi

Kandang(pens)MenggunakanperairansediaadadanterdapatmakanansemulajadiRekabentukyangringkasdanmudahSenangmemantaukesihatanikanGangguanbencanaalamsepertikemaraudanbanjirGangguanhaiwanpemangsaIkanterlepaskeluarjikakandarrosak

Bekas LombongMudah terdapat kawasan lombongTerdapat makanan semula jadiSukadiuruskeranakawasanyangluasdansukarmemnguthasilKesihatansukardipantauTerdapatgangguanhaiwanpemangsa

PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DALAM KOLAM

PENGENALAN

Nama Tempatan : Tilapia MerahNama Inggeris : Black Tilapia/ Nile BreamNama Saintifik : Oreochromis niloticusKadar tumbesaran: Boleh mencapai 600gm dalam 6 8 bulanHarga pasaran : 450 gm ke atas = RM8.00 RM12.00 / kgBenih ikan = RM 0.10 RM 1.00 / ekor

Ikan Tilapia dipilih disebabkan beberapa potensi;

i. Mempunyai nilai pasaran yang tinggiii. Tumbesaran yang cepatiii. Rupa bentuk luaran yang menarikiv. Tulang yang sedikitv. Isi ikan yang enak vi. Tahan kepada perubahan persekitaranvii. Tempoh yang singkat dalam menternakviii. Terdapat teknologi untuk pengeluaran komersilix. Sesuai diproses dalam pelbagai bentuk produk

KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM

1. Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.2. Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.3. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.4. Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.5. Senang untuk memasarkan ikan.

PEMBINAAN KOLAM

1. Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.2. Bersihkan kawasan di mana kolam akan dibina.3. Korek kolam menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.4. Kedalaman kolam yang sesuai = lebih kurang 4 5 kaki.5. Komponen utama kolam yang perlu ada/ dibina :a. Batas atau ban pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).b. Saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.

Gambar 3 : Parit untuk saluran sumber air masukGambar 4 : Saluran air keluar melalui monk

BAir masukParit untuk saluran air keluarParit untuk saluran air masukAAir masukParit untuk saluran air masukParit untuk saluran air keluar

Satu rangkai kolam selariRajah Dua rangkai kolam selariGambarajah 1 : - Beberapa Jenis Susunan Kolam-Kolam Ikan

Tambak/ Batas/ BanSaluran Air MasukDasar kolam3 kaki5 kakiSaluran air keluarMonkSaluran Air KeluarSaluran air masukKeceruanan tebing = 45o

Gambarajah 2 : Contoh Keratan lintang sebuah kolam ternakan ikan

PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN

1. Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.2. Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.3. Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:a. Meningkatkan pH airb. Mengeraskan dasar kolamc. Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.d. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.e. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan :pHBawah 44 4.54.5 4.05.0 5.55.5 66 6.5Kg/haKapur Batu Putih - Limestone, CaMg (CO)38053044228319021012888Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime)2917228317761395761634Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime)1903152211421015507507

Gambar 5 : Kolam yang telah ditabur kapurGambar 6 : Aktiviti pengapuran sedang dijalankan

f. Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolamGambar 7: Kolam yang telah dikapur dan dibiarkan kering sehingga dasar merekah/pecah

g. Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis adalah seperti berikut :Jenis BajaKadar yang disyorkanBaja Fosfat

i. Double Superfosfat (DSP)400 kg/ ha/ setahunii. Triple Super Fosfat (TSP)340 kg/ ha/ setahunBaja Nitrogen

i. Amonium Sulfat80 kg/ ha/ setahunii. Amonium Nitrat1,350 kg/ ha/ setahuniii. Amonium liquar550 kg/ ha/ setahuniv. Urea67 kg/ ha/ setahun

h. Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.

Gambar 8: Kolam yang baru siap dibina (sebelum air dimasukan)Gambar 9: Kolam yang sama iaitu setelah air dimasukkan

Gambar10 : Beberapa buah kolam penternak untuk ternakan ikan tilapia

i. Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :

ParameterNilai Yang Sesuaii. Oksigen Terlarut (D.O)Lebih dari 2.5 ppmii. Karbon dioksidaKurang dari 25 ppmiii. pH6 8iv. Suhu air20 35oC (optimum 28 32oC)v. AmmoniaKurang dari 1.0 ppm

PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA

1. Kadar pelepasan = 3,000 5,000 ekor/ ha.2. Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.

PEMAKANAN

1. Ikan Tilapia adalah daripada jenis Omnivorous ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).2. Terdapat 3 punca utama iaitu :a. Makanan semulajadi bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dllb. Makanan tambahan dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.3. Cara pemberian makanan :a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolamb. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa5. Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian makanan adalah seperti berikut :Saiz Ikan% Makanan yang patut diberi mengikut berat badanAnak ikan kurang dari 2 inci6 10%Anak ikan antara 2 6 inci3 6%Ikan lebih dari 6 inci2%

Gambar11 : Makanan ikan iaitu pellet (kiri) dan tumbuhan (kanan)Gambar 12 : Aktiviti menabur makanan.Gambar 13: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet) berjenama DINDINGGambar 14: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet) berjenama CARGILL

AKTIVITI HARIAN

Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

1. Memberi makanan2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas3. Memeriksa kualiti air.4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar5. Mengawal rumpair6. Mengawal pemangsa7. Membuat catatan harian

PENUAIAN

1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :a. Penuaian secara sebahagian menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.b. Penuaian keseluruhan dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya.2. Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.

Gambar 15: Ikan yang dituai dikumpul dalam kolam simen sebelum dipasarkan.Gambar 16: Penternak baru sahaja menuai ikan tilapianya menggunakan pukat

Gambar 17: Aktiviti penuaian ikan menggunakan pukatGambar 18: Aktiviti penuaian ikan menggunakan pukat

PENGANGKUTAN IKAN UNTUK PEMASARAN

Terdapat 2 cara utama yang boleh digunakan :i. Bekas-Bekas / Tangki - berbagai bekas boleh digunakan seperti tong plastik, basin, bakul, kotak kayu dll. Bekas-bekas ini perlu dibekalkan pengudaraan dan suhu air dikawal.ii. Membungkus sesuai sekiranya destinasi pasaran yang jauh. Selalunya bahan pelali dan air batu digunakan bagi memastikan ikan berada dalam keadaan yang baik.

Gambar 19: Peti plastik yang diguna untuk menyimpan ikan untuk dipasarkanGambar 20: Tangki PVC yang diisi air dan dibekalkan pengudaraan digunakan semasa memasarkan ikan.

Gambar 21: Bekalan oksigen dimasukkan ke dalam beg plastik yang mengandungi ikan dalam jumlah yang sedikit.Gambar 22: Ikan dalam tangki yang diangkut menggunakan lori untuk dipasarkan.

Ubat untuk Ikan TilapiaSalam untuk semua penternak ikan

Kali ini saya nk memperkenalkan penawar bagi penyakit Ikan Tilapia. Ubat ini boleh didapati daripada semua kedai2 menjual ikan/akuarium. Namun harganya agak berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain. Ubat ini khas utk merawat ikan yang terkena white spot dan badan yang kekuning-kuningan.Contoh ikan terkenaparasit yang jelas adalah ikan akan berenang-renang dalam keadaan tak tentu arah di sekeliling kolam.Seolah -olah cuba menjauhi sesuatu. dan contoh yang kedua pula ikan akan mula hilang selera makan dan badannya amat lemah sekali.

Harga :rm130.00

Untuk kolam tangki fiber sebesar 8 x 4, sukatannya adalah 50ml. Ianya hendaklah digunakan selama tiga hari berturut-turut. Satu lagi ubat dari keluaran yang sama adaahanti bakteria. Ianya berfungsi untuk membunuh bakteria yang terdapat didalam air. Bekteria wujud sekiranya air terlalu kotor dan berbau. Contoh penyakit apabila ikan terkena bakteria adalah bidai dan sirip ikan terdapat kesan luka dan terputus.( koyak). Untuk tangki fiber sebesar 8x4 sukatannya adalah 50ml.Gunakan ianya selama tiga hari berturut-turut dan anda akan melihat perubahan yang ketara sekali.

Harga: rm50.00

Kedua-dua ubat anti parasit ini boleh digunakan. Terpulang kepada anda nk guna mana satu. Tapi kedua-duanya mempunya kesan yang sama, iaitu membunuh parasit yang ada di dalam badan ikan tilapia. gunakan sebotol ubat ini untuk kolam sebesar 8x4. gunakannya sebanyak tiga hari berturut-turut dan anda akan lihat perubahan yang begitu ketara sekali.Selamat mencuba dan salam maju jaya untuk semua perternak.

Jenis-Jenis Kolam

Selain dari kolam tanah, kolam jenis lain yang digunakan ialah kolam berbentuk sangkar yang diletakkan didalam sungai, parit taliair,kolamdiperbuat dari simen, pvc, asbestos, dan kanvas.

Secara peribadi, saya lebih suka memilih kolamtanah. Kedalamannya 3 - 4 kaki sudah cukup (lebih dalam lebih baik, tapi jangan dalam sangat sampai 10 kaki nanti susahnak pam), yang penting permukaannya mesti luas. (Lebih luas lebih baik.)

Kelebihan Kolam Tanah :-

Ruang kolam yang luas - mempunyai kadar oksigen terlarut atau dissolve oxygen (DO) yang tinggi hasil dari pancaran cahaya matahari dan angin yang bertiup. Ruang yang luas, ikan hiduplebih bebas. Mengurangkan stress kepada ikan. Ikan lebih cepat membesar Kadar kematian ikan minima. Boleh menghasilkanikan dalam jumlah yang besar. (Tan)Suhu air pada malam hari adalah suhu alam semulajadi, suhu dalam kolam tanah 33C - 35C. Suhu badan manusia normal ialah 35C. Suhu dalam kolam simen 30C (sejuk). Suhu dalam kolah PVC 33C. (sila uji sendiri guna termometer)

Sebab itulah pembenihan ikan dalam kolam simen jarang yang berjaya kecuali menggunakan alat pemanas dan alat bantuan oksigen. Pembenihan dalam kolam tanah selalunya berjayamenghasilkan ribuan anak benih ikan tanpa perlukan sebarang alat pemanas atau alat bantuan oksigen.(kolam perlu luas)

Pemilihan tapak kolam

Perkara yang harus dipertimbangkan sebelum memulakan projek, kegagalan dalam memilih tapak yang baik akan membawa kegagalan projek ini. Berikut antara perkara yang perlu dipertimbangkan :-

1-Jenis TanahTentukan jenis fizikal dan kimia tanah,Paras mata air dan keupayaan menakung air.Elakkan tanah berpasir, gambut dan berasid. (PH tanah yang sesuai 7.00 8.5)Elakkan kawasan rendah, yang sering dilanda banjir atau kemarau panjang.

2-Kedudukan dan Saiz KolamSebelum memulakan kerja-kerja mengorek kolam, tentukan dahulu arah tiupan angin. Kolam yang baik hendaklah dikorek memanjang mengikut arah tiupan angin. Ini supaya angin dapat bertiup diseluruh kawasan permukaan kolam untuk menghasilkan oksigen terlarut (DO)yang mencukupi untukikan yang padat dalam kolam. Sebarang jenis pokok juga tidak boleh ditanamdisekeliling kolamsupaya tidak menjadi penghalang kepada tiupan angin.(kalau nak buat pertanian cari tanah lain la..) Saiz kolamyang terlalu kecil tidak ekonomik. Sekurang-kurangnya 40 x 60 kaki persegi bagi sebuah kolam.

3-PasaranPastikan ikan yang dihasilkan boleh dijual tanpa masalah.

4-Bekalan Air untuk kolamUntuk mengisi kolam, Mengganti air yang meresap,membersihkan kolam dan kecemasan.

Air perlu dilihat dari 2 sudut :-

Kualiti dan Kuantiti-Kualiti-Sumber bekalan air yang berkualiti (PH antara 6.5 8.5)-Kuantiti-Mesti terdapat dengan banyak, mudah diperolehi dan berterusan. Contohnya dari parit taliair, sungai, tasik, lombong, mata air dan lain-lain. Kemudahan untuk membuang air kolam juga perlu diperhatikan, samada dibuang secara graviti atau dipam keluar.

5-Prasarana, rumah, setor, bekalan elektrik dan airUntuk kemudahanpekerja.Setor untuk menyimpan peralatan seperti pam air, makanan ikan dan lain-lain.

6-Kenderaan dan PerhubunganKenderaan seperti lori, van, kereta dan motor serta jalan raya yang baik diperlukan untuk kemudahan pekerja, membawa masuk bekalan makanan, benih, membawa keluar ikan untuk dipasarkan dan lain-lain.

Elakkan kawasan yangsangat terpencil dan tiada kemudahan asas.

7-KecemasanTidak jauh dari Balai Polis, Hospital dan Bomba yang boleh dihubungi ketika kecemasan.Tidak jauh dari Jabatan Perikanan dan boleh dihubungi ketika kecemasan atau untuk mendapatkan khidmat nasihat.(Sebaiknya hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Perikanan terdekat sebelumpemilihan tapak lagi)

8-Sosial dan kemasyarakatanMenjaga hubungan baik dengan masyarakat sekeliling untuk mengelakkan permusuhan dan dendam yang boleh mengakibatkan kecurian ikan atau dikhianati (kolam diracun).

100x120 panjang dan tinggi 140.

3 kaki lebar6 kaki panjang

Pada waktu ini,sektor perikanan telah menyumbangkan 1.37 % kepada KDNK dan menyediakan peluang pekerjaan 21,114 orang penternak ikan (Jabatan Perikanan Malaysia, 2003). Keadaan ini menunjukkan permintaan ikan dalam negara telah mengatasi penawaran. Untuk memenuhi permintaan, negara terpaksa mengimport sebanyak 5.7 peratus lagi. Jabatan Perikanan Malaysia telah dan sedang mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan pengeluaran ikan negara. Antara usaha yang sedang diambil adalah dengan menggalakkan perikanan laut dalam dan membangunkan sektor akuakultur. Penambahan vesel laut dalam serta pengurusan sumber perikanan secara mapan dan berterusan akan menjamin keberkekalan sumber ini bagi masa akan datang. Namun begitu, pergantungan kepada pengeluaran perikanan tangkapan mungkin tidak dapat lagi memenuhi permintaan yang kian bertambah. Justeru, sebagai alternatif sektor akuakultur telah diberi penekanan bagi menjamin pengeluaran ikan negara memandangkan sektor ini mempunyai kawasan berpotensi yang luas. Dijangkakan bahawa pengeluaran daripada sektor ini akan dapat ditingkatkan empat kali ganda pada tahun 2010 (Jabatan Perikanan Malaysia, 2003). Sektor perikanan telah menunjukkan perkembangan pesat sejak zaman sebelum merdeka lagi. Namun demikian, sepanjang tempoh berkenaan perkembangan ini turut membawa kepada beberapa perkembangan negatif. Keadaan ini boleh dilihat daripada aspek pengurusan sumber perikanan di perairan negara. Dalam usaha meningkatkan pendaratan ikan semaksimum mungkin, salah satu aspek yang sangat penting diberi perhatian adalah jaminan sumber perikanan berkenaan tidak habis dalam jangka masa yang singkat. Kemerosotan sumber perikanan bermakna akan berlaku kemerosotan industri perikanan negara.

Pemasaran adalah proses pengurusan yang dilakukan oleh individu ataupun kumpulan dalam memperoleh keperluan dan keinginan mereka , dengan cara membuat dan mempertukarkan produk dan nilai dengan pihak lain ( Kotler dan Amstrong , 2000 ; Simamora , 2001 : 1 ) .

Strategi pemasaran atau bauran pemasaran (marketing mix) adalah alat syarikat untuk mendapatkan respon yang diingini. Strategi pemasaran adalah salah satu usaha untuk mengoptimumkan proses pemasaran. Prinsip pemasaran adalah pencapaian matlamat suatu organisasi bergantung pada seberapa mampu syarikat / marketer memahami keperluan dan keinginan pelanggan dan memenuhi dengan cara yang lebih berkesan dan efektif berbanding pesaing.Berangkat dari prinsip tersebut, seorang pemasar pertama kali harus memusatkan perhatiannya pada pelanggan untuk mencari tahu keperluan dan keinginan mereka. Jadi, dalam hal ini keperluan dan keinginan pelanggan menduduki titik sentral. Syarikat atau marketer harus paham betul keperluan dan keinginan pelanggannya. Perlu diingat kembali bahawa pelanggan adalah orang-orang yang berkuasa untuk membuat keputusan untuk membeli atau tidak membeli suatu produk. Jadi, pelanggan adalah sebahagian daripada pasaran, kerana yang disebut pasaran adalah pembeli itu sendiri baik pembeli sebenar atau berpotensi.

mengkaji kehendak dan keperluan peniaga ikan menawarkan harga yang lebih rendah, mengupah syarikat pengedar surat khabar untuk menyelitkan'handout pamphlet'ke dalam surat khabar untuk tempoh tertentu. Promosi melaluibanner

Jualan Secara BorongPemasaran Ikan Basah secara borong telah dimulakan semenjak tahun 1990. Antara lokasi-lokasi projek ini ialah di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur, Pasar Borong Pandan di Johor Bharu dan Pasar Besar Klang di Selangor.Waktu operasi bermula dari pukul 1.30 pagi hingga 8.00 pagi. Bekalan ikan tersebut diperolehi daripada nelayan tempatan dan juga dari luar negara seperti Indonesia dan Thailand.Projek ini berperanan untuk membekalkan ikan ke pasar-pasar yang kecil, kedai-kedai, supermarket, individu dan sebagainya. Pemborong, peruncit dan individu boleh memperolehi bekalan dari NEKMAT melalui projek ini.Diantara ikan yang biasa dibekalkan adalah seperti merah, kerapu,jenahak,tenggiri, bawal,sotong dan lain-lain mengikut permintaan pelanggan.Jualan Secara Runcit (Pasar Nelayan Dan Pasar Tani)Selaras dengan saranan kerajaan bagi mengurangkan peranan orang tengah dalam pengedaran dan pemasaran ikan segar kepada rakyat, NEKMAT telah diarah memainkan peranan yang lebih berkesan. Bekalan ikan telah diperolehi dari Persatuan-Persatuan Nelayan Kawasan yang berhampiran serta juga dari nelayan-nelayan di seluruh negara.PENDEKATAN PEMASARAN SESUATUPRODUK DALAM PASARAN1. Pendekatan berorientasikan firma2. Pendekatan berorientasikan produk atau3. Pendekatan berorientasikan pasaran4. Pedekatan berorientasikan pengguna.TUJUAN PEMASARANMembantu menyelesaikan masalah penggunaMemperluaskan pilihan penggunaMeningkatkan jualan dan keuntunganPengeluar .Menggalakkan pertumbuhan ekonomi .SASARAN PEMASARANBarang yang telah dikeluarkan oleh golongan pengeluar akan dipasarakan . Barang ini akan dibeli oleh pelbagai golongan sosio- ekonomi .Golongan sosio-ekonomi terbahagi kepada dua kumpulan iaitu individu sebagai pengguna dan sebagai pengeluar .