krm3023tugasan2

13
KRM3023 ASAS UKURAN TAJUK TUGASAN KUMPULAN UPSI07(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NURSYITRAFAIZ BINTI AHMAD FAUZI D20102041898 0194225575 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR AZHAR BIN AHMAD TARIKH SERAH: 02 NOVEMBER 2012 (JUMAAT) ONLINE MYGURU3 TUGASAN 2: (Individu) a. Bagi tajuk tertentu daripada Unit Pengajaran yang anda pilih sendiri, rancangkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Di samping itu, kenal pasti kesukaran yang biasa dihadapi oleh murid dalam unit pengajaran yang telah dipilh. Bagi setiap kesukaran, bincangkan cara untuk mengatasinya. b. Buat satu rakaman video yang memberi penerangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dalam (a).

Upload: nursyitrafaiz-ahmad-fauzi

Post on 02-Dec-2015

45 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KRM3023Tugasan2

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KRM3023

ASAS UKURAN TAJUK TUGASAN

KUMPULAN

UPSI07(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NURSYITRAFAIZ BINTI AHMAD FAUZI D20102041898 0194225575

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR AZHAR BIN AHMAD TARIKH SERAH: 02 NOVEMBER 2012 (JUMAAT) – ONLINE MYGURU3

TUGASAN 2: (Individu)

a. Bagi tajuk tertentu daripada Unit Pengajaran yang anda pilih sendiri, rancangkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian.

Di samping itu, kenal pasti kesukaran yang biasa dihadapi oleh murid dalam unit pengajaran yang telah

dipilh. Bagi setiap kesukaran, bincangkan cara untuk mengatasinya.

b. Buat satu rakaman video yang memberi penerangan pengajaran dan pembelajaran yang telah

dirancang dalam (a).

Page 2: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

2

ISI KANDUNGAN HALAMAN

a. Pengenalan 3

b. Aktiviti P&P 4

c. Miskonsepsi 5

d. Penutup 7

e. Rujukan 8

f. Lampiran 1 – 4 9 – 12

Page 3: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

3

a) Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah merupakan kesinambungan dan satu

penambahbaikan bagi sistem pendidikan negara yang masih lagi berpaksikan kepada

Falsafah Pendidikan Negara. Ia telah dibangunkan demi melahirkan anak didik yang

seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi dan

rohani sebagai proses menyediakan mereka dalam menangani arus globalisasi dan

lonjakan ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke 21.

Justeru, setiap mata pelajaran dalam sistem pendidikan KBSR telah

ditambahbaik melalui transformasi yang jitu demi menzahirkan hasrat yang telah

ditetapkan. Bagi subjek Matematik khasnya di peringkat sekolah rendah, proses

pembelajarannya amat menegaskan penguasaan bahasa matematik, kefahaman

konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan

masalah serta penerapan nilai – nilai murni. Selain daripada itu, beberapa elemen

penting turut diterapkan merentasi kurikulum seperti elemen kreativiti, keusahawanan

dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam setiap aspek standard

pembelejaran.

Bagi subjek matematik KSSR sebanyak empat bidang pembelajaran telah

diperkenalkan iaitu Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra

serta Statistik dan Kebarangkalian. Bagi perancangan aktiviti pembelajaran dan

pengajaran yang dipilih bagi tugasan ini, bidang Sukatan dan Geometri menjadi seleksi

di bawah tajuk Timbangan Berat khusus bagi pelajar Tahun 2 sekolah rendah.

Melalui aktiviti yang dirancang, di akhir proses pembelajaran, para murid diharap

dapat mengaitkan penggunaan simbol g bagi unit gram serta simbol kg bagi unit

kilogram. Bagi menilai kefahaman murid, lembaran kerja akan diberikan kepada setiap

seorang. Jika terdapat murid yang masih belum dapat menguasai kemahiran yang

disampaikan satu tindakan susulan akan dibuat seperti latihan kendiri bersama guru

serta projek bimbingan rakan sebaya.

Page 4: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

4

b) Aktiviti P&P Bagi aktiviti persediaan, guru akan melekatkan 6 keping kad imbasan (Lampiran

1) pada papan putih di hadapan kelas. Bagi fasa pemerhatian dan membuat analisis ini,

murid akan dipilih secara rawak melalui cabutan nama yang telah guru sediakan di

dalam balang untuk tampil ke hadapan dan menulis jisim objek yang terdapat pada kad

imbasan. Sebaik usai proses ini dijalankan, semua murid diminta menyebut nilai jisim

yang telah ditulis oleh rakan mereka tadi secara beramai – ramai. Kemudian, guru

bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil (sebaiknya 4 – 5 orang murid sahaja

dalam satu kumpulan, jika berlebihan ia akan menjejaskan efisiensi aktiviti

berkumpulan). Setiap wakil kumpulan akan dipanggil oleh guru untuk tampil ke hadapan

bagi mengambil set kad imbasan(10 keping bagi satu set) yang memaparkan gambar

makanan yang ada label jisim pada bungkusannya. Sebelum itu, guru perlu

menerangkan dan menunjukkan label barangan bagi memudahkan murid untuk

mengenalpastinya pada bungkusan barang. Terangkan dengan jelas bahawa label

berat pada barangan biasa ditulis sebagai “Berat bersih” di bahagian bawah

bungkusan. Tunjukkan beberapa contoh dengan menggunakan barangan sebenar

seperti bungkusan biskut, Milo dan lain - lain.

Kemudian, berdasarkan set kad imbasan tersebut, murid diminta mencatatkan

jisim setiap barang pada borang (Lampiran 2) yang mengandungi jadual bagi aktiviti ini.

Bincangkan hasil dapatan mereka berdasarkan aktiviti yang telah dilaksanakan.

Seterusnya, bagi fasa imaginasi yang merangkumi proses penjanaan dan

sintesis idea, guru akan meminta para murid menjelaskan perkaitan antara unit gram

dengan simbol g serta unit kilogram dengan simbol kg yang terdapat pada bungkusan

makanan di dalam kad imbasan. Guru kemudian mengeluarkan alat penimbang gram

dan alat penimbang kilogram (Lampiran 3), selanjutnya meminta murid meneliti unit

yang tertera pada kedua – dua alat penimbang tersebut dan bandingkan dengan

maklumat pada borang yang telah mereka isikan tadi. Ajukan soalan tentang perkaitan

antara simbol – simbol tersebut dengan unit gram dan kilogram. Berdasarkan aktiviti

yang telah dibuat, murid akan dapat menyatakan bahawa g adalah gram manakala kg

adalah kilogram.

Page 5: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

5

Bagi fasa perkembangan di mana proses penambahbaikan dan penilaian

dilaksanakan, murid diminta membuat kesimpulan bahawa g adalah singkatan bagi

gram dan kg merupakan singkatan bagi kilogram. Seterusnya, murid diminta mencatat

jisim 10 benda yang terdapat di rumah iaitu jisim yang dilabelkan pada pembalut atau

bekas makanan (Lampiran 4). Guru perlu maklumkan bahawa hasil dapatan kerja

mereka akan dibincangkan pada sesi pembelajaran yang akan datang.

Kemudian, guru mula mengedarkan lembaran kerja (Lampiran 5) dan

menerangkan dengan jelas kehendak soalan iaitu menulis jisim yang diberi dalam gram

dengan menggunakan simbol g dan kilogram dengan menggunakan simbol kg. Aktiviti

ini dilaksanakan sebagai satu aktiviti pengukuhan di dalam kelas. Berdasarkan

keupayaan mereka menjawab lembaran kerja tersebut, guru akan dapat melihat tahap

penguasaan kemahiran yang telah murid pelajari serta dapat pula menilai tahap

kesediaan mereka untuk mempelajari kemahiran yang selanjutnya. Di samping itu, guru

juga perlu sentiasa menerapkan nilai kejujuran di kalangan murid melalui aktiviti yang

telah dilaksanakan.

c) Miskonsepsi

Miskonsepsi berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, misconception.

Menurut Webster’s New International Dictionary(1996), conception membawa

pengertian sebagai kemampuan, fungsi atau proses membentuk idea, abstrak atau

berkenaan pemahaman maksud simbol yang mewakili idea atau abstrak. Mis pula

bermaksud salah atau tidak. Maka gabungan kedua – dua perkataan tersebut

membawa pengertian sebagai membentuk idea, abstrak atau pemahaman yang salah

terhadap sesuatu topik. Oleh kerana matematik merupakan satu subjek yang penuh

dengan penggunaan rumus dan simbol, situasi miskonsepsi dalam pembelajaran

seseorang murid adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Justeru, ia sering menjadi

penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang

berkaitan dengan konsep yang telah disalahertikan. Menurut Dr See Kin Hai (2007),

berlaku banyak miskonsepsi umum dalam matematik seperti pemahaman yang kurang

lengkap terhadap fakta-fakta nombor, contohnya komputasi asas seperti kira tambah 9

Page 6: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

6

+ 3 = 12 atau kira darab 2 x 8 = 16. Mengingat fakta-fakta asas seperti ini adalah

penting kerana ia membolehkan murid membuat pendekatan kepada pemikiran

matematik yang lebih tinggi dengan lebih baik dan lancar ketika mempelajari kemahiran

baru.

Selain itu, kelemahan dalam komputasi/pengiraan seperti tahap pemahaman

konsep matematik muris yang tidak konsisten dalam pengiraan. Mereka ini sering

melakukan kesilapan disebabkan oleh membuat kesilapan dalam membaca simbol atau

teknik penyelesaian operasi yang salah.

Kesukaran dalam memindah pengetahuan juga merupakan salah – satu

miskonsepsi umum yang dihadapi murid di mana ia terjadi apabila murid kurang

kemahiran dalam pemindahan konsep matematik yang abstrak atau aspek konseptual

dengan realiti sedangkan kefahaman mengenai perwakilan simbol alam dunia yang

nyata adalah penting kerana ia akan memudahkan murid untuk mengingati sesuatu

konsep. Contohnya, menyentuh dan memegang bentuk kuboid lebih memberi erti

kepada murid daripada proses pembelajaran yang berbentuk abstrak iaitu melalui

ilustrasi semata – mata.

Kesukaran membuat perkaitan dalam pengalaman matematik turut dikategorikan

sebagai miskonsepsi umum. Contohnya, murid mungkin menghadapi kesukaran untuk

membuat perkaitan antara nombor dengan kuatiti. Tanpa kemahiran ini murid akan

mengalami kesukaran mengingat kembali dan membuat aplikasi atau generalisasi

terhadap situasi atau pengetahuan baru.

Selain daripada yang tertera di atas, kefahaman yang kurang lengkap mengenai

bahasa matematik juga menjadi punca miskonsepsi. Ia terjadi apabila murid lemah

dalam matematik disebabkan oleh kurang mahir membaca, menulis dan bercakap.

Dalam senarion pembelajaran matematik, masalah ini akan lebih ketara apabila adanya

istilah matematik yang kemungkinan besar belum pernah didengar di luar bilik

matematik ataupun ia membawa maksud yang berlainan.

Page 7: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

7

Miskonsepsi yang Melibatkan Ukuran Berat

Terdapat pelbagai keadaan yang boleh mengundang berlakunya miskonsepsi ketika

pembelajaran ukuran berat terutamanya bagi pelajar sekolah rendah. Antara yang

paling general adalah kesalahan yang berpunca daripada guru dalam segi memberi

jenis soalan (pilih jawapan) dan rajah (terlalu kecil, jarum tidak kelihatan dengan jelas

dan kesalahan dalam perkataan) dan sebagainya.

Bagi aktiviti pembelajaran yang dirancang bagi tugasan ini, miskonsepsi yang

berkemungkinan berlaku ialah apabila murid keliru dengan penggunaan simbol yang

betul bagi unit berat kilogram dan gram. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurang

kefahaman atau pengetahuan serta tidak dapat membezakan di antara kilogram (kg)

dan gram (g) sejak awal pembelajaran lagi.

Selain daripada itu, mereka juga berkemungkinan memberi tafsiran yang salah

ketika membaca kehendak soalan misalnya menyatakan berat pada alat penimbang

yang mengandungi kedua – dua unit gram atau kilogram dengan mengunakan simbol

yang betul.

Justeru, guru memainkan peranan yang penting bagi mempastikan para murid

menguasai sepenuhnya kemahiran – kemahiran pembelajaran awal ukuran berat agar

tidak berlaku sebarang miskonsepsi terhadap sesi pembelajaran yang akan datang.

Hal ini kerana jika perkara ini berlaku sudah pasti ia akan menjejaskan tahap

penguasaan murid tersebut serta guru terpaksa pula mengorbankan masa dan tenaga

serta berusaha keras untuk membantu murid berkenaan.

d) PENUTUP

Perancangan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid adalah

amat penting. Guru perlu bijak menggunakan kepelbagaian teknik pengajaran di

samping tidak melupakan penggunaan kaedah – kaedah pembelajaran seperti yang

disaran oleh para pakar pembelajaran agar ia dapat mengoptimumkan tahap

pencapaian murid dalam menguasai satu – satu bidang subjek.

Page 8: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

8

Guru juga perlu memastikan para murid mempunyai persediaan dari segi mental

dan pengetahuan sedia ada yang secukupnya kerana ia dapat mengelakkan

berlakunya miskonsepsi dalam pembelajaran apabila topik baru ingin diperkenalkan.

Penggunaaan bahan bantu belajar yang menarik dan efektif turut menyumbang

kepada peningkatan fokus murid terhadap proses pembelajaran. Ini akan membantu

mereka memahami konsep – konsep matematik dengan lebih baik. Bahan

pembelajaran yang berbentuk ICT patut ditingkatkan penggunaannya oleh para guru

ketika proses P&P kerana kajian telah membuktikan betapa alatan teknologi yang

canggih mampu memberikan impak maksimum kepada tahap pencapaian

pembelajaran murid tidak kira samada di sekolah mahupun di rumah.

Di samping itu, ia dapat membantu murid untuk seiring berkembang dengan

percambahan sains dan teknologi pada era globalisasi yang tiada sempadan. Oleh itu,

para guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran pengendalian ICT agar

mereka turut beroleh manfaat dan dapat pula membimbing anak didik merentas zaman

siber ini dengan penuh yakin dan beriltizam.

e) Rujukan

Alwyn Olivier, (1998). Handling pupils’ misconceptions. Department of Didactics,

University of Stellenbosch, Stellenbosch 7600

Ian Stewart. (2002). Pendekatan Konstruktivisme . [Laman Web]. Tersedia :

www.geocities.com/venusstewart/konstruktivisme_matematik.htm

Nor Asmah Md Noh (2000). Senario pengajaran dan pembelajaran Matematik. [On-

Line]. Tersedia : www. geocities.com

Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin, Sabri Ahmad(2007). Trend Pengajaran dan

Pembelajaran dalam Matematik. Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd.

See Kin Hai (Dr.), (2007) Analisis Kesilapan Umum Dalam Matematik di Sekolah-

Sekolah Rendah. Universiti Brunei Darussalam.

Page 9: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

9

f) Lampiran (1) Kad imbasan bagi aktiviti 1

2. _______ gram

3. ___ kilogram

6. ______ gram

5. ______ gram

4. ___ kilogram

2. ____kilogram

Page 10: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

10

(2) Contoh beberapa barang yang terdapat dalam set permainan kad imbasan.

Kumpulan: __________________________________ Tarikh: __________ Isikan jadual di bawah dengan nilai berat yang terdapat pada label barangan.

Bil Barangan Berat bersih pada

label barangan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Page 11: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

11

(3) Alat peninbang

Penimbang berat dalam unit kilogram

Penimbang berat dalam unit gram.

Page 12: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

12

(4) Contoh Lembaran Kerja Rumah.

Arahan: Senaraikan 5 jenis barangan yang mempunyai unit gram dan 5 jenis

barangan yang mempunyai unit kilogram. Tulis jawapan kamu di dalam jadual

di bawah.

Nama: ____________________________________________ Tarikh: ______________

Bil Nama barangan Berat pada label

barang

Berat barangan

dalam unit penuh

Contoh: Sos tomato 250 g 250 gram

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Page 13: KRM3023Tugasan2

KRM3023 ASAS UKURAN (TUGASAN 2) NURSYITRAFAIZ BT AHMAD FAUZI KUMPULAN: UPSI07 (A112PJJ) D20102041898

13

(5) Contoh Lembaran Kerja Pengukuhan di Dalam Kelas

Nama: _______________________________ Tarikh: ___________________

Arahan: Tulis simbol yang betul bagi setiap unit jisim yang diberi.

Contoh: 237 gram = 273 _g_

a) b)

c) d)

e) f)

340 gram = 340 ___

65gram = 65 _____

500 gram = 500 ___

1 kilogram = 1 ___

2 kilogram = 2 ____

5 kilogram = 5____