rumah mampu milik - buletin.hartabumi.com · macam kondominium: h y d s l ng ... menyimpulkan...

14
HARTANAH HOT | FOKUS KAWASAN | SENARAI HARTANAH 3 DIS 2018 Edisi : #20 CERITA-NAH! Hartanah Hot Dahlia Cahaya Alam Isu-isu menarik: Fokus Kawasan Encorp Cahaya Alam Senarai Hartanah Hartanah Bawah RM500,000 di Shah Alam [email protected] | 03 – 2771 9774 | www.hartabumi.com @hartabumi.com Rumah Mampu Milik Macam Kondominium: H� �y � D � S �l �ng

Upload: trandan

Post on 10-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HARTANAH HOT | FOKUS KAWASAN | SENARAI HARTANAH 3 DIS 2018Edisi : #20

CERITA-NAH!

Hartanah HotDahlia Cahaya Alam

Isu-isu menarik:

Fokus KawasanEncorp Cahaya Alam

Senarai HartanahHartanah Bawah RM500,000di Shah Alam

[email protected] | 03 – 2771 9774 | www.hartabumi.com @hartabumi.com

Rumah Mampu MilikMacam Kondominium: H��y� D� S�l�ng��

3 DIS 2018HB 01

Ketua EditorRADZI TAJUDDIN

EditorHUDA NAIM

PenulisMEHMED AEZHAD

KreatifAMIRUL NIDZAM

HASIENAH ROSLAN

Maklum [email protected]

Maklum balasJika anda ada sebarang komen atau cadangan, sila email kami :

[email protected] sedia mendengar pandangan anda

Penerbit:REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

6-08 Oval Damansara,

No 685 Jalan Damansara,Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.Tel : 03 – 2771 9774

Hak cipta terpelihara. Semua artikel yang diterbitkan tetap menjadi hak milik REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

Buletin hartabumi.com di-terbitkan setiap hujung bulan dan diedarkan secara atas talian di portal:

www.hartabumi.com/buletin

Hartanah HotDahlia Cahaya Alam

4-6

Hartanah Bawah RM500,000 Di Shah Alam

Senarai Hartanah12

Fokus Kawasan10-11

Masih Mencari Rumah KediamanAnda? Encorp Cahaya Alam MungkinJawapannya.

Rumah Mampu Milik MacamKondominium: Hanya di Selangor

Isu Muka Depan7-8

HARTANAH HOTHB 04

Dahlia, satu lagi projek kediaman di township Cahaya Alam yang terletak di Seksyen U12 Shah Alam, bakal menerjah di ruang jendela pemikiran anda semua dalam konteks perumahan eksklusif khas untuk pembeli yang inginkan kediaman kontemporari dengan akses kemudahan yang lengkap.

Dahlia merupakan projek dalam pemban-gunan yang sedang dibangunkan oleh konglomerat hartanah Encorp.

Berlandaskan kepada kejayaan projek-projek kediaman terdahulu di Cahaya Alam seperti Akasia, Jasmine, Lotus, pusat komersial Magnolia dan sebagainya, kini kediaman Dahlia bakal menjadi mercu baharu Cahaya Alam yang pastinya akan menggamit memori indah para pembeli.

Projek Dahlia ini merangkumi 171 unit kediaman yang dibangunkan atas tanah berkeluasan 209 ekar yang diperkasakan dengan kemudahan yang pelbagai untuk mewujudkan suasana kejiranan yang harmoni seterusnya menjadi santunan komuniti di sini.

Mari kita lihat apakah spesifikasi kediaman Dahlia:

Ditubuhkan pada tahun 2000 dan seterusnya disenaraikan di BURSA Malaysia pada tahun 2003, Encorp terus konsisten dalam membina reputasi kecemerlangan menerusi perkhid-matan yang inovatif.

Dahlia Cahaya AlamSeindah Namanya

Spesifikasi Kediaman

Dengan kepesatan pembangunan hartanah di Selangor yang mewujudkan pelbagai penawaran, tim Hartabumi percaya kediaman Dahlia merupakan kediaman yang patut anda miliki atas beberapa faktor:

Kediaman Dahlia dan projek pembangunan Cahaya Alam ini dibangunkan oleh konglom-erat hartanah terkemuka di Malaysia iaitu Encorp Berhad.

Pemaju Yang Komited

Jenis Kediaman: 2 Storey Link Home

Keluasan: 22’ x 75’

Luas Binaan: 2304 sqft

Jumlah Bilik: 3 + 1

Jumlah Bilik Air: 3

3 DIS 2018

HB 05

Encorp mempunyai kepakaran luas dalam bidang pembangunan hartanah, manaka-la pada masa yang sama Encorp terus mengekalkan momentum dalam bidang berkaitan seperti construction manage-ment, retail mall & facilities management.

Menerusi kepakarannya, Encorp telah membangunkan pelbagai projek hartanah dalam dan luar negara termasuk The Strand di Kota Damansara, Encorp Marina Puteri Harbour di Iskandar Puteri dan The Residences di McCallum Lane di Perth, Australia.

Penduduk bakal menikmati kemudahan taman lanskap berkeluasan panjang 800 meter di tengah-tengah projek kediaman yang dilengkapi dengan trek jogging, kolam air, taman kanak-kanak dan lain-lain.

Kediaman Dahlia dibangunkan dengan konsep terbuka, maka ia akan memudah-kan akses para penduduk untuk ke taman lanskap dan seterusnya menghubungkan semua komuniti di projek kediaman yang berbeza dalam bandar ini.

Taman lanskap yang berlatarbelakangkan kehijauan dalam arus kemodenan ini bakal membangkitkan getus dan rasa keriangan anak-anak kecil yang sering mendambakan taman untuk bermain yang luas dan terbuka.

Manakala lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar mewujudkan rasa selamat dalam kalangan ibu bapa kerana ianya dipagari oleh kediaman yang menja-di benteng semulajadi.

Dewan komuniti yang disediakan khusus untuk penduduk juga akan memudahkan urusan komu-niti dalam menyenggara aktiviti kemasyarakatan sekaligus mengeratkan hubungan sesama jiran.

Malah untuk menikmati secawan teh tarik kaw atau menjamu roti nan cheese juga menjadi lebih mudah kerana restoran mamak juga tersedia di sini, apatah lagi untuk membeli barang keperluan harian kerana Speedmart 99 juga tersedia untuk penduduknya.

Kediaman Dahlia di Cahaya Alam ini lokasinya cukup strategik kerana terletak betul-betul di kawasan kejiranan yang kepadatannya seimbang antara keperluan dan juga penawaran.

Lokasinya di Seksyen U12 Shah Alam, bersebe-lahan dengan Seksyen 7 Shah Alam yang merupakan kawasan kediaman/perbandaran yang cukup popular dengan pilihan gaya hidup kontemporari di Shah Alam.

Dalam 10KM radius dari bandar Cahaya Alam ini, penduduk akan menikmati akses jalan raya dan lebuhraya yang mudah untuk dimasuki

seperti lebuhraya NKVE, Lebuhraya Persekutu-an, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya PLUS

Di sebalik ketidakpastian mengenai dasar-dasar kerajaan dalam menyantuni industri hartanah di Malaysia memandangkan Malaysia diperintah oleh kerajaan baharu disamping perkembangan ekonomi serantau yang mencetus sedikit kebim-bangan.

Masih dalam fasa pembangunan, Taman Bandar yang terletak dalam township BBR ini berkeluasan 125 ekar mempunyai variasi kemudahan, dengan hanya satu pintu masuk dan keluar bagi tujuan keselamatan.

Dilengkapi TamanLanskap (Linear Park)

Kemudahan KomunitiYang Lengkap

Selangor Kekal DestinasiPelaburan Utama

Lokasi Yang Strategik

Maka anda tidak perlu bergerak jauh memba-wa keluarga atau teman untuk aktiviti rekreasi dan sosial kerana kemudahan telah tersedia untuk anda di sana.

Kediaman Dahlia di Cahaya Alam ini lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk penduduknya seperti masjid untuk orang Islam, dewan orang ramai untuk aktiviti komu-niti serta lot komersial yang menempatkan rumah-rumah kedai dan restoran untuk keper-luan penduduknya.

Maka tidak timbul isu untuk beribadah bagi orang Islam, malah terdapat kemudahan rumah ibadah lain seperti kuil Hindu yang terletak di sebelah bandar I-City dalam 10KM radius.

3 DIS 2018

3 DIS 2018HB 06

Ironinya negeri Selangor tetap menjadi pilihan pemain hartanah dengan jumlah transaksi hartanah tertinggi untuk suku tahun pertama 2018. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh NAPIC, untuk suku pertama 2018 ini negeri Selangor telah mencatatkan sejumlah 15,312 transaksi pembelian hartanah melibatkan hampir RM10 billion.

Rekod ini jauh mengatasi kebanyakan negeri lain di Malaysia dan ia menunjukkan bahawa Selangor merupakan negeri terbaik dalam konteks pelaburan hartanah di Malaysia.

Justeru tim Hartabumi percaya bahawa Selangor bakal amnya dan Shah Alam khususnya akan terus menjadi tunjang kepada kecemerlangan sektor hartanah di Malaysia kini dan pada masa hadapan.

Justeru bagaimana dengan reaksi anda mengenai kediaman Dahlia di Bandar Cahaya Alam ini? Menarik bukan?

Dengan rangkaian fakta yang dihamparkan, tim Hartabu-mi percaya bahawa kediaman Dahlia ini merupakan satu pilihan yang tepat untuk anda semua yang tercari-cari kediaman serba mewah dan lengkap untuk pelaburan atau persaraan. Tunggu apa lagi? Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat panggilan ke +6019 400 9868.

HB 07 ISU MUKA DEPAN

Bayangkan ada sebuah rumah yang mempunyai keluasan lebih 1,000 kaki persegi. Di luar rumah disediakan dua lot parking manakala di dalam rumah pula terdapat perabot seperti kabinet dapur dan kabinet bilik tidur. Tidak cukup dengan itu, turut disediakan adalah kemudahan pemanas air dan pendin-gin hawa di setiap bilik tidur.

Pada anggapan anda berapakah harga untuk rumah dengan kemudahan seperti kondomini-um mewah ini?

Sebenarnya inilah konsep perumahan mampu milik yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan bayangkan, harganya tidak lebih daripada RM250,000! Mengagumkan bukan?

Beliau mengumumkan projek ini semasa pembentangan sulungnya sebagai menteri besar ketika Belanjawan Negeri Selangor 2019. Menteri besar Inc. (MBI) pula dipilih sebagai syarikat yang akan menguruskan projek ini sepenuhnya.

Setakat ini sebanyak 5,000 unit telah mendap-at kelulusan oleh Lembaga Menteri Besar Inc (MBI) meliputi kawasan Bangi Lama (1,100), Sungai Sering di Ulu Klang (2,500) dan Paya Jaras (1,400).

Terdapat beberapa kaedah yang akan dilaksanakan oleh Maybank. Melalui dana sebanyak RM1 bilion, institusi kewangan itu akan mengembangkan RTO dengan menyedi-akan bayaran pendahuluan untuk membeli hartanah. Dengan kaedah ini, satu rekod tercipta apabila Selangor merupakan negeri pertama yang berjaya menyediakan dana itu dengan bantuan khusus dari Maybank.

Beberapa inisiatif RTO yang turut ditawarkan Maybank kepada pembeli rumah adalah Maybank Houzkey atau Maybank2own.

Selain itu, sistem RTO yang dirancang itu juga turut membantu untuk mengekalkan nilai asal hartanah walaupun penyewa silih berganti.

Untuk pembeli berpendapatan rendah dan sederhana pula, bantuan pinjaman 100% serta sewa bulanan yang tidak membebankan akan disediakan.

Selain MBI sebagai peneraju utama projek, Amirudin turut memaklumkan kerjasama dengan Maybank yang telah berjanji untuk melaksanakan sistem sewa-milik (RTO) yang mampu meringankan bebanan para pembeli rumah di negeri itu.

Terdapat beberapa kaedah yang akan dilaksanakan oleh Maybank. Melalui dana sebanyak RM1 bilion, institusi kewangan itu akan mengembangkan RTO dengan menyedi-akan bayaran pendahuluan untuk membeli hartanah. Dengan kaedah ini, satu rekod tercipta apabila Selangor merupakan negeri pertama yang berjaya menyediakan dana itu dengan bantuan khusus dari Maybank.

Selain MBI sebagai peneraju utama projek, Amirudin turut memaklumkan kerjasama dengan Maybank yang telah berjanji untuk melaksanakan sistem sewa-milik (RTO) yang mampu meringankan bebanan para pembeli rumah di negeri itu.

Di samping itu, Kerajaan Negeri turut menyatakan sasaran untuk membina 30,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun.

Rumah Mampu MilikMacam Kondominium: H��y� D� S�l�ng��

3 DIS 2018

Athira

HB 08

Apa yang menarik, 20% daripada bayaran sewa itu nanti akan disimpan untuk dijadikan tabungan jika mereka berhasrat membeli rumah pada masa akan datang.

Memahami masalah perumahan semasa di negeri tersebut, Amirudin berkata, apa yang berlaku bukan kerana masalah bekalan rumah tidak mencukupi, sebaliknya berpun-ca daripada pinjaman dan harga tanah yang terlalu tinggi.

Hal ini dibuktikan dengan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) yang menunjukkan bahawa pada suku kedua tahun ini, Selangor merupakan pembekal kediaman terbesar dalam negara sebanyak 1.52 juta daripada 5.51 juta unit yang terdapat di seluruh negara manakala Johor pula merupakan negeri kedua terbesar dengan menyediakan sebanyak 799,000 unit kediaman.

Justeru, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pemaju dan agensi kewangan untuk membantu rakyat mendapatkan rumah pertama termasuklah mendapatkan deposit 10%.

Menggariskan pencapaian semasa, Amirudin memberitahu, kerjasama kerajaan negeri dengan sektor swasta untuk membina Rumah Selangorku di pelbagai lokasi strategik telah melangkui sasaran awal sebanyak 15,000 unit pada tahun ini.

Sehingga 31 Ogos lalu sahaja, sebanyak 28,639 unit telah dibina yang mana 3,770 unit telah diserahkan kepada pembeli manakala lagi 24,869 unit pula masih dalam pembinaan yang dijangka akan selesai pada awal tahun 2025. Baki sebanyak 75,991 unit lagi berada pada dua peringkat iaitu 60% pada peringkat Kebenaran Merancang manakala 40% lagi pada peringkat Pelan Bangunan.

Komitmen Kerajaan Negeri pada tahun hadapan pula adalah dengan RM50 juta untuk membantu pembeli mendapatkan rumah melalui Skim Sewa Pintar.

Berdasarkan skim ini, golongan muda yang berpendapatan rendah hingga RM5,000 yang menyewa rumah akan dibantu. Tempoh masa menyewa yang ditetapkan pula adalah minimum 2 tahun dan maksimum 5 tahun.

Sekiranya dalam tempoh ini mereka berhasrat untuk membeli rumah, sebanyak 30% daripada nilai sewa tersebut akan dikembalikan kepada mereka yang mana akan digunakan untuk membayar deposit rumah baru atau mengurus-kan proses pembelian seperti bayaran perjanjian jual beli (S&P), duti setem dan sebagainya.

Bagi memastikan objektif ini tercapai Kerajaan Negeri melalui Lembaga Peruma-han dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memberi keutamaan kepada penyewa yang mendaftar dalam Skim Sewa Pintar untuk ditawarkan dalam mana-mana projek Rumah Selangorku. Hal ini akan membantu mereka untuk memiliki rumah sendiri dalam tempoh lima tahun.

Setakat ini, sebanyak 842 rumah mampu milik bernilai RM122.8 juta dalam proses pemilikan di bawah kendalian LPHS dan syarikat Housing and Properties Selangor Sdn Bhd (PHSSB) telah dilantik sebagai agensi untuk menguruskan proses skim ini. Manakala sebanyak 341 unit rumah boleh disewa pada kadar RM450 hingga RM650 sebulan.

Menyimpulkan kejayaan membantu merin-gankan beban rakyat serta membantu untuk mendapatkan rumah idaman pertama, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Soffan Affendi Aminudin berkata, pihaknya komited untuk melaksanakan perumahan mampu milik untuk rakyat negeri itu.

Seperti yang ditegaskan oleh Amirudin bahawa kerjasama melalui perkongsian strategik itu akan memberikan keuntungan kepada rakyat, Soffan pula menambah bahawa MBI sentiasa komited untuk membi-na rangka kerja dan formula yang kuat serta konkrit untuk memastikan hasrat yang digariskan Kerajaan Negeri akan dicapai pada suku tahun hadapan.

Dengan pelaksanaan program itu, Kerajaan Negeri boleh membantu kira-kira 5,000 pemilik rumah dengan menamatkan bantuan kewangan Amirudin Shari Menteri Besar Selangor

3 DIS 2018

HB 10

Penduduk bakal menikmati kemudahan taman lanskap berkeluasan panjang 800 meter di tengah-tengah projek kediaman yang dilengkapi dengan trek jogging, kolam air, taman kanak-kanak dan lain-lain.

Kediaman Dahlia dibangunkan dengan konsep terbuka, maka ia akan memudah-kan akses para penduduk untuk ke taman lanskap dan seterusnya menghubungkan semua komuniti di projek kediaman yang berbeza dalam bandar ini.

Taman lanskap yang berlatarbelakangkan kehijauan dalam arus kemodenan ini bakal membangkitkan getus dan rasa keriangan anak-anak kecil yang sering mendambakan taman untuk bermain yang luas dan terbuka.

Manakala lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar mewujudkan rasa selamat dalam kalangan ibu bapa kerana ianya dipagari oleh kediaman yang menja-di benteng semulajadi.

FOKUS KAWASAN

Menjadi dambaan dan idaman setiap orang dan ingin memiliki sebuah kediaman yang dilengkapi dengan fasiliti yang holistik dan menepati cita rasa. Tunggu apa lagi?

Encorp Cahaya Alam merupakan sebuah pembangunan secara usaha sama antara Must Ehsan Development Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat di bawah kumpulan Encorp Berhad dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS).

Dengan lokasi yang cukup strategis, Encorp Cahaya Alam terletak di Seksyen U12, Shah Alam. Sebuah pembangunan yang ideal bagi mereka yang inginkan ketenangan dan lari dari kesibukan kota.

Seperti kemilau namanya, pembangunan Encorp Cahaya Alam ini menitikberatkan kepuasan pelanggan adalah menjadi aspek utama yang perlu diberikan perhatian. Ini diperlihatkan melalui fasa pembangunan sebelumnya seperti Jasmin 1 & 2 dan Roselle.

Encorp Cahaya Alam Mungkin Apa Yang Anda Cari.Rumah Kediaman Anda?

Pada kali ini, Hartabumi akan berkongsi fakta mengenai kelebihan Encorp Cahaya Alam dan mengapa pembangunan ini berkilau seindah namanya?

Pembangunan Encorp Cahaya Alam di Seksyen U12, Shah Alam ini yang terletak di kawasan Bandaraya telah mendapat pengiktirafan pada tahun 2000.

Maka Bandaraya ini membangun dengan pesat dan menjadi destinasi pelaburan, pekerjaan serta hiburan.

Akses mudah menghubungkan lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang ke Encorp Cahaya Alam seperti berikut:

Lebuhraya Persekutuan dan NKVE pula memainkan peranan penting sebagai akses utama penduduk sekitar Shah Alam dan Klang untuk ke Encorp Cahaya Alam.

Masih Mencari

Lokasi Strategik

Mengapa Strategik?

Lebuhraya PLUS

South Klang Valley Expressway (SKVE)

North Klang Straits Bypass

Lebuhraya ELITE

Lebuhraya KESAS

3 DIS 2018

HB 11

Pembinaan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (LPPB) yang bermula dari Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak akan dijangka siap pada awal tahun 2019.

Secara tuntasnya akan memberikan alternatif perhubungan ke Encorp Cahaya Alam sekitar 5 – 7 KM radius.

Jangan risau! Pembangunan Encorp Cahaya Alam ini, berada di lingkaran perkhidmatan pengangkutan awam negeri Selangor, melalui perkhidmatan Bas Selangorku dengan radius kurang dari 4 KM dari Seksyen 7 dan merupa-kan salah satu laluan untuk Bas Selangorku.

Seperti juga perkhidmatan KTM Komuter melalui Stesen Padang Jawa yang pastinya melegakan penduduk sekitarnya.

Keperluan ibadah kepada penduduk yang berbilang agama, tidak menjadi masalah. Bagi penduduk beragama Islam, terdapat Surau An-Nur, manakala bagi penganut agama lain terdapat kuil dan tokong yang berada di Seksyen 7.

Pembinaan LRT 3 kini diteruskan, dengan laluan sepanjang 37 KM ini merangkumi 26 buah stesen. Menariknya salah satu stesen yang berdekatan dengan pembangunan Encorp Cahaya Alam ialah stesen i-City dengan hanya jarak 5 KM.

Pusat Komersial Encorp Cahaya Alam, menyediakan pelbagai keperluan barangan harian kepada penduduk, dan salah satunya ialah di pasar mini – 99 Speedmart.

Pasaraya Besar pula seperti, Giant dan Tesco pula berada dalam lingkungan 10 KM sahaja. Di sini juga terdapat pelbagai tempat menjamu selera untuk santai bersama keluarga atau teman.

Bandaraya Shah Alam boleh dikatakan dikelilingi institusi oleh pendidikan rendah hingga pendidikan tinggi. Encorp Cahaya Alam sendiri mempunyai beberapa buah pra-sekolah untuk anak-anak kecil mendap-atkan pendidikan awalan.

Manakala hampir 100 buah sekolah rendah dan menengah terdapat di sekitar Bandaraya ini (data Pejabat Pendidikan Daerah Shah Alam). Bagi pengajian tinggi pula, terdapat UiTM, MSU, PTPL,CIAST dan ADTEC yang memberikan kemudahan pendidikan lepasan sekolah.

Linear Park, merupakan tempat riadah bagi penduduk, yang dikelilingi dengan kehijauan flora yang menyejukan mata.

Di Linear Park ini juga terdapat taman permainan kanak-kanak, laluan untuk berjoging dan disediakan meja-meja catur bagi mempelbagaikan lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Encorp Cahaya Alam sangat mengutamakan keselamatan kanak-kanak anda.

Sekira inginkan hiburan yang lebih, penghuni-penghuninya boleh ke pusat membeli belah yang berdekatan seperti AEON Shah Alam & Bukit Raja, Kompl-eks PKNS, Plaza Alam Sentral danSpace U8.

Malah pembinaan pusat membeli, iaitu Central i-City Shopping Centre bakal menjadi daya tarikan terbaru di Shah Alam dengan jarak hanya 5 KM dari Encorp Cahaya Alam.

Bagaimana dengan tawaran serta nilai tambah yang telah Hartabumi tonjolkan untuk Encorp Cahaya Alam? Menarik?

Kami percaya bahawa pembangunan di Encorp Cahaya Alam ini, adalah terbaik untuk dimiliki sama ada dengan tujuan pemilikan, pelaburan atau persaraan.

Tunggu apa lagi? Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat panggilan ke +6019 400 9868.

Kredit: Kerajaan Negeri Selangor

Akses KepadaPengangkutan Awam

Membeli KeperluanHarian & Menjamu Selera

PerkhidmatanPengangkutan AwamMasa Hadapan

Institusi PendidikanBerhampiran

Mengecapi Hiburandan Riadah

Kemudahan Ibadah

3 DIS 2018

3 DIS 2018HB 12 SENARAI HARTANAH

Dari RM 180,000

Saiz Binaan : 900 sqftStatus Geran : Strata

Bilik : 3

Tandas : 2

Jenis Kediaman : Apartment

DE BAYU

Dari RM 361,000

Saiz Binaan : 655- 1,035 sqftStatus Geran : Strata

Bilik : 2-4

Tandas : 2-3

Jenis Kediaman : Apartment

GEO @ BUKIT RIMAU

Dari RM 470,000

Saiz Binaan : 1920 sqftStatus Geran : Individual

Bilik : 4

Tandas : 3

Jenis Kediaman : End Lot

IMPIAN BENTARA

Dari RM 451,000

Saiz Binaan : 864 -981 sqftStatus Geran : Strata

Bilik : 3

Tandas : 3

Jenis Kediaman : Apartment

ALAM SANJUNG

Dari RM 445,000

Saiz Binaan : 688 - 999 sqftStatus Geran : Strata

Bilik : 3

Tandas : 3

Jenis Kediaman : Apartment

URBANO

Dari RM 465,000

Saiz Binaan : 466 - 769 sqftStatus Geran : Strata

Bilik : 2

Tandas : 2

Jenis Kediaman : Apartment

HILL 10

RUMAH IDAMANHartanah Bawah RM500,000D i S h a h A l a m

Dapatkan di

www.buletin.hartabumi.com

ANDA SUKA BACACERITA-NAH?

Mahu dapatkan edisi lepas?