kpt6044tugasan3kajiantinjauan

20
NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KOD & NAMA KURSUS Semester 3 Sesi 2013/2014 KPT 6044: Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 SARJANA PENDIDIKAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL 1 KAJIAN TINJAUAN: Penggunaan Internet Mempengaruhi Sikap Pelajar PEMARKAHAN

Upload: nijalbahari

Post on 30-Jun-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

KOD & NAMA KURSUS

Semester 3 Sesi 2013/2014

KPT 6044: Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL M20121000459 SARJANA PENDIDIKAN

TEKNOLOGI

INSTRUKSIONAL

PENSYARAH: PROF MADYA DR ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

Tarikh : 9 November 2013

1

KAJIAN TINJAUAN:

Penggunaan Internet Mempengaruhi Sikap Pelajar

PEMARKAHAN

Page 2: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

1.0 Pengenalan

Perkembangan teknologi dewasa ini sangat pesat sehingga adakalanya membimbangkan

sesetengah pihak tentang kesannya terhadap masyarakat. Seperti contoh, perkembangan

teknologi komunikasi massa terutamanya Internet telah memberikan pelbagai impak sama ada

baik atau buruk kepada setiap golongan masyarakat tidak kira tua mahupun muda.

Menurut sumber dari Majalah Estidotmy, Internet merupakan rangkaian komputer-

komputer yang sebelum ini digunakan oleh para penyelidik dan saintis untuk berkongsi

maklumat yang kemudiannya berkembang menjadi alat paling penting dalam kehidupan manusia

masa kini. Tetapi di Malaysia, penggunaan Internet hanya mula diperkenalkan pada tahun 1991

selepas penyelidikan dijalankan oleh universiti-universiti tempatan. Kini, Malaysia mencatatkan

bilangan pengguna Internet sebanyak 4.8 juta pada tahun lepas dan dijangka semakin bertambah

pada tahun ini.

Populariti Internet di negara ini adalah disebabkan ia sememangnya alat atau medium

komunikasi, pembelajaran, hiburan dan perniagaan yang membawa perubahan besar dalam

kehidupan kita. Bagi para pelajar dan pendidik misalnya, penggunaan Internet akan

memudahkan mereka mendapatkan bahan-bahan pembelajaran termasuk untuk tugasan sekolah.

Aplikasi seperti e-mel, pembelajaran dalam talian seperti yang ditawarkan Portal Pendidikan

Utusan, perpustakaan digital dan sebagainya hanya boleh diperkenalkan melalui Internet.

Seorang pelajar kini boleh melayari beribu-ribu perpustakaan digital di seluruh dunia dalam

mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran mereka dengan hanya perlu duduk di hadapan

komputer.

Disebabkan konsep Internet yang menekankan kepada konsep kebebasan, para pelajar dan

pengguna harus bijak menggunakannya agar tidak terpengaruh untuk mengunjungi laman-laman

web yang terlarang dan tidak berfaedah.

2

Page 3: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Sungguhpun begitu, perkembangan teknologi ini tidak semua baik kesannya, ada yang

buruknya seperti dengan Internet dunia seolah-olah milik kita kerana dengan Internet kita boleh

melayari segala maklumat tanpa sempadan, tanpa kawalan dan tapisan ibarat membawa `dunia'

kepada anda dengan hanya berada di hadapan komputer di rumah, pejabat atau sekolah. Sistem

ini boleh diperoleh melalui komputer atau televisyen. Tambahan pula kini internet juga boleh

dilayari menerusi telefon bimbit.

Bagi segelintir golongan pelajar mereka suka melayari internet tanpa tujuan dan akan

terus melayarinya dalam tempoh masa yang lama. Fenomena ini akan menyebabkan mereka

malas untuk mengulangkaji pelajaran dan ia akan memberi kesannya kepada kegagalan dalam

pelajaran. Selain itu, bagi mereka yang berfikiran negatif, mereka akan melayari laman web yang

tidak baik. Hal ini boleh mengganggu perasaan kita sebagai seorang pelajar dan akibatnya, kita

akan terpengaruh dengan budaya kuning yang dibawa menerusi Internet.

2.0 Pernyataan masalah

Komunikasi massa adalah merujuk kepada komunikasi umum yang selalunya menggunakan

perantaraan (Narimah Ismail, 2006: 17). Perantaraan yang dimaksudkan dalam komunikasi ini

ialah penggunaan televisyen, akhbar, majalah, radio, dan buku. Bahan perantaraan ini juga

digunakan sebagai satu alat komunikasi bagi menyampaikan maklumat serta apa yang berlaku di

sekeliling kita.

Dalam membincangkan perihal komunikasi massa, bahan perantaraan ini boleh memberi

kesan terhadap masyarakat terutamanya pelajar. Kesan media massa ini merujuk kepada

perubahan perilaku dan pemikiran seseorang setelah menerima maklumat daripada media massa

yang digunakannya dari segi emosi dan pemikiran.

Jenis aplikasi yang dilayari memainkan peranan penting dalam pembentukan sikap

seseorang pelajar di mana kecenderungan mereka menjadi positif jika melayari laman web yang

berfaedah dan begitu juga sebaliknya. Selain itu, jumlah masa yang diperuntukkan untuk

melayari Internet juga antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan dan perubahan sikap

3

Page 4: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

seseorang pelajar. Justeru itu, penyelidik telah mengambil inisiatif untuk melakukan kajian

mengenai punca berlakunya perubahan sikap pelajar serta mengenal pasti laman web atau

aplikasi yang kerap di gunakan oleh pelajar semasa melayari Internet.

3.0 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk:

1) Mengenalpasti jenis aplikasi dan laman web yang kerap dilayari oleh pelajar.

2) Mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan Internet di kalangan pelajar.

3) Mengenalpasti tujuan penggunaan Internet oleh pelajar.

4) Menghubungkaitkan penggunaan Internet, jantina dengan perubahan sikap pelajar.

4.0 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah berbentuk kajian kuantitatif. Kajian kuantitatif adalah kajian yang

menggunakan maklumat atau data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur,

melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian.

Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif. Kajian ini telah dijalankan di

salah sebuah sekolah menengah di daerah Maran, Pahang. Seramai 40 orang responden telah

terlibat di dalam kajian tinjauan ini. Instrumen yang digunakan adalah direka dan disesuaikan

dengan latar belakang pendidikan responden yang terlibat. Penyelidik telah membahagikan soal

selidik kepada empat bahagian. Bahagian A ialah mengenai demografi responden seperti jantina

dan pendapatan ibu bapa. Manakala Bahagian B ialah mengenai jenis aplikasi yang digunakan

dan tempoh masa melayari Internet. Penyelidik telah mewujudkan Bahagian C dan D untuk

mengetahui tujuan utama responden melayari Internet dan menghubungkaitkan penggunaan

Internet, jantina dengan perubahan sikap pelajar.

4

Page 5: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

5.0 Dapatan Kajian

Jadual 1 menunjukkan taburan bilangan responden. Seramai 40 orang responden terlibat dan 16

orang adalah pelajar lelaki (40%) dan 24 orang adalah pelajar perempuan (60%).

TABURAN BILANGAN RESPONDENJANTINA BILANGAN

PELAJARPERATUS (%)

Lelaki 16 40Perempuan 24 60Jumlah 40 100

Jadual 1: Taburan Bilangan Responden

Bahagian B ialah mengenai jenis aplikasi yang digunakan dan tempoh masa yang digunakan oleh

pelajar untuk melayari Internet. Faktor ini adalah antara penyumbang terbesar kepada

peningkatan penggunaan Internet dan seterusnya akan mempengaruhi sikap pelajar. Hasil kajian

adalah seperti di dalam Jadual 2 dan 3 di bawah.

JENIS APLIKASI MELAYARI INTERNET

JENIS APLIKASI LELAKIPERATUSAN

(%) PEREMPUANPERATUSAN

(%)

Facebook, Twitter, Myspace 2 12.5 4 16.7Email (Yahoo, Hotmail, Gmail) 1 6.3 3 12.5Youtube, Tonton online (TV3), blog 4 25.0 3 12.5‘Chat-room’ (Skye, Yahoo Messenger, 4 25.0 3 12.5MSN Messenger, Facebook Messenger)Berita online, laman web e-pembelajaran 2 12.5 7 29.2Permainan atas talian (Cityville, Farmville, 3 18.8 4 16.7 Chefville)JUMLAH 16 100.0 24 100

Jadual 2: Jenis Aplikasi Yang Digunakan oleh Pelajar Melayari Internet

5

Page 6: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Jadual 2, menunjukkan jenis aplikasi yang kerap dilayari oleh para pelajar tidak kira lelaki

mahupun perempuan. Tetapi kecenderungan pelajar lelaki untuk melayari laman web seperti

‘Youtube’ dan ‘chat-room’ lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan. Pelajar

perempuan lebih suka melayari laman web yang berfaedah seperti laman web e-pembelajaran.

PERATUSAN PERATUSAN

KEKERAPAN MELAYARI INTERNET LELAKI % PEREMPUAN %

Kurang daripada 1 jam 1 6.25 10 41.7

1- 2 jam 4 25 6 25.0

3 – 4 jam 6 37.5 6 25.0

Lebih dari 5 jam 5 31.25 2 8.3

Jumlah 16 100 24 100

Jadual 3 : Kekerapan Pelajar Melayari Internet

Jadual 3, menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak kira lelaki atau perempuan

memperuntukkan selama 3 hingga 4 jam sehari bagi tujuan melayari Internet. Kekerapan pelajar

perempuan menggunakan Internet adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar lelaki di mana

mereka hanya memperuntukkan kurang daripada 1 jam untuk melayari Internet setiap hari.

6

Page 7: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Bahagian C dan D adalah untuk mengkaji tujuan utama pelajar melayari Internet dan

menghubungkaitkannya dengan sikap pelajar. Hasil kajian yang didapati adalah seperti Jadual 4.

TUJUAN MELAYARI INTERNET DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU PELAJAR

TUJUAN MELAYARI INTERNET

BIL PERNYATAAN L PERATUSAN (%)

P PERATUSAN (%)

1 Untuk mencari kenalan baru 2 12.5 1 4.22 Untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan 1 6.3 2 8.33 Untuk mencari bahan ilmiah untuk dijadikan rujukan 0 0.0 5 20.8

ketika belajar

4 Untuk bermain aplikasi permainan dalam talian (game) 4 25.0 2 8.35 Untuk memuat turun video 3 18.8 2 8.36 Untuk mengetahui berita-berita semasa dalam 0 0.0 6 25.0

dan luar Negara

7 Untuk melayari laman ‘online streaming’ seperti ‘youtube’ 5 31.3 1 4.28 Untuk berkongsi pendapat mengenai sesuatu perkara yang 1 6.3 5 20.8

tidak difahami

Jumlah 16 24

HUBUNGAN INTERNET DENGAN SIKAP PELAJAR

Bil Pernyataan L PERATUSAN (%)

P PERATUSAN (%)

1 Internet memberi banyak kesan buruk kepada pelajar. 1 6.3 8 33.32 Internet memberi banyak kesan baik kepada pelajar. 3 18.8 4 16.73 Aplikasi dalam Internet mempengaruhi sikap pelajar. 2 12.5 4 16.74 Pelajar akan meniru perlakuan, perbuatan seperti yang

dilihat di Internet. 6 37.5 4 16.75 Internet membuatkan pelajar leka. 4 25.0 4 16.7

16 24

Jadual 4 : Tujuan Melayari Internet dan Hubungan Internet dengan Sikap Pelajar.

7

Page 8: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Jadual 4, menunjukkan bahawa tujuan utama pelajar melayari Internet dan pola peratusannya

adalah berbeza mengikut jantina. Bagi pelajar lelaki, mereka menyatakan bahawa tujuan utama

melayari Internet adalah untuk melayari laman ‘online streaming’ seperti ‘Youtube’ yang

mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 31.3% manakala bagi pelajar perempuan, tujuan utama

mereka melayari Internet adalah untuk mengetahui berita semasa dalam dan luar negara. Tujuan

ini mencatatkan peratusan tertinggi di kalangan pelajar perempuan iaitu sebanyak 25%.

Manakala untuk hubungkait antara Internet, jantina dan sikap pelajar, penyelidik telah

mengemukakan soalan berbentuk pendapat. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar lelaki

lebih cenderung menyatakan bahawa pelajar akan meniru perlakuan, perbuatan seperti yang

dilihat di Internet. Ini mencatatkan peratusan tertinggi di kalangan pelajar lelaki iaitu 37.5%.

Seramai 8 orang responden di kalangan pelajar perempuan mengatakan bahawa Internet

memberi kesan buruk kepada pelajar. Ini adalah peratusan tertinggi di kalangan pelajar

perempuan iaitu 33.3%.

6.0 Perbincangan

Mutakhir ini penggunaan Internet sangat meluas di kalangan pelajar. Ini merupakan satu

fenomena yang baik untuk perkembangan minda mereka jikalau menggunakannya dengan tujuan

yang baik. Tetapi jika sebaliknya ia sangat memberi kesan yang mendalam kepada sahsiah dan

sikap pelajar.

Kecenderungan pelajar adalah berbeza mengikut jantina. Selalunya pelajar lelaki boleh

digolongkan di dalam golongan yang ingin mencuba dan meniru sesuatu benda baru. Perkara

demikian agak berbeza dengan pelajar perempuan yang kebanyakkan masih mempunyai

perasaan takut untuk mencuba benda baru yang bertentangan dengan norma-norma baik dalam

masyarakat mahupun untuk kehidupan mereka sebagai seorang pelajar.

Aplikasi seperti ‘Youtube’ adalah sangat berguna kepada para pelajar jikalau

menggunakannya dengan tujuan yang betul. Hal ini kerana di dalam aplikasi ini, segala macam

maklumat dipapar dan diajar dengan terperinci oleh orang yang mahir di dalam bidang tersebut.

8

Page 9: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Tetapi terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang memaparkan video yang

tidak berfaedah dan akan menyumbangkan kepada perubahan sikap pelajar seperti video buli,

mencuri, dan segala macam video yang mengajar pelajar tentang budaya buruk. Ini sangat

memberi kesan kepada orang yang melihatnya tambahan pula aplikasi ini selalu di layari oleh

pelajar lelaki.

Ini berbeza dengan pelajar perempuan yang lebih suka melayari Internet untuk tujuan

mencari bahan ilmiah. Hal ini kerana dengan Internet pelbagai ilmu boleh didapati dan kadang

kalanya ilmu itu tidak terdapat di dalam buku dan tidak di ajar oleh guru ketika di sekolah.

Perbezaan minat dalam melayari aplikasi Internet telah membuktikan bahawa sikap pelajar akan

dipengaruhi oleh minat mereka melayari Internet.

Selain itu, kebanyakan pelajar agak kerap melayari Internet setiap hari. Mereka

memperuntukkan 3 – 4 jam sehari untuk tujuan ini. Tempoh masa ini agak panjang bagi seorang

pelajar yang tidak menggunakan Internet sebagai medium utama untuk proses pembelajaran. Di

Malaysia, kebanyakan sekolah hanya menggunakan Internet sebagai medium kedua untuk

mencari maklumat tambahan. Guru tetap menjadi medium utama dalam proses pembelajaran dan

pengajaran.

Dalam tempoh masa yang panjang ini, pelbagai jenis maklumat dan aplikasi boleh

dilayari. Bagi pelajar yang positif, tempoh masa ini digunakan sebaik mungkin untuk mecari

segala macam maklumat baru untuk dijadikan maklumat tambahan serta secara tidak langsung

boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar. Tetapi bagi mereka yang negatif,

mereka mula mengkaji dan meniru apa yang dibawa oleh Internet. Mereka akan cuba

mengaplikasikannya di sekolah atau dunia realiti untuk membuktikan bahawa maklumat yang

didapati dari Internet adalah benar dan sahih.

Sikap seseorang pelajar adalah bergantung kepada bagaimana mereka melihat dunia luar

dan mengaplikasikannya di dunia sekeliling mereka. Hal ini kerana dengan Internet kita boleh

melihat dunia luar tanpa sempadan. Tiada tapisan maklumat dan hanya diri kita sendiri yang

akan membuat perhitungan sama ada maklumat itu baik atau tidak. Kecenderungan pelajar dalam

9

Page 10: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

melayari aplikasi seperti ‘online streaming’ adakalanya memberi kesan positif seperti membina

keyakinan diri ketika berkomunikasi, dan tetapi kesan buruknya tetap ada. Bagi gologan pelajar

yang ingin mencuba perkara baru mereka akan cuba mencari dan melayari seberapa banyak

aplikasi dan akhirnya akan terhasil lah budaya ‘punk’ di sekolah, budaya bertindik di kalangan

pelajar lelaki dan juga ‘gansterism’.

Bagi golongan pasif atau golongan yang ingin mencuba benda baru tetapi masih takut-

takut, mereka juga akan melayari aplikasi tersebut tetapi akan melebihkannya dengan melayari

aplikasi yang berbentuk ilmiah seperti e-pembelajaran. Bagi golongan ini, pelajaran lebih utama

dari segalanya. Matlamat mereka adalah untuk belajar setinggi yang mungkin. Untuk golongan

seperti ini, selalu majoritinya adalah pelajar perempuan. Mereka jarang untuk menimbulkan

sebarang masalah disiplin ketika di sekolah.

Seperti yang kita sedia maklum, peratusan peningkatan masalah disiplin di sekolah di Malaysia

adalah datangnya daripada sikap buruk pelajar lelaki. Ini sangat membimbangkan kita kerana

pelajar lelaki adalah bakal pemimpin negara di masa akan datang.

Internet membuatkan pelajar leka dan tidak menghargai masa. Ini dipersetujui oleh

kebanyakan responden di mana dengan Internet kita tidak akan menghiraukan dunia sekeliling.

Kita mula tidak mengulangkaji pelajaran, tidak menyiapkan kerja sekolah dan mula tidak

menghargai masa. Penggunaan Internet sangat melekakan tidak kiralah kita ini pelajar, pekerja,

ibu bapa sekalipun. Hal ini kerana kita berasa seronok dengan menggunakan Internet. Internet

akan membuatkan seolah-olah kita berada di dunia tanpa sempadan. Maklumat boleh dilayari

dengan begitu mudah dan tanpa sekatan.

Ada baik dan buruknya penggunaan Internet kepada pelajar. Jikalau positif pelajar itu

maka positiflah caranya ketika melayari Internet dan begitu juga sebaliknya. Internet melekakan

pelajar adalah bergantung dengan bagaimana kita menggunakan dan memperuntukkan masa

untuk tujuan melayari Internet.

10

Page 11: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

7.0 Kesimpulan

Bagi konteks pelajar mereka menggunakan Internet untuk tujuan sampingan seperti mencari

kenalan baru, berkomunikasi sesama mereka, mencari maklumat tambahan serta mula untuk

mengenal dunia luar. Tidak semua aplikasi dalam Internet memudaratkan pelajar. Ada aplikasi

yang berguna seperti Wikipedia di mana kita boleh mengetahui mengenai sesuatu perkara

dengan lebih mendalam lagi. Baik atau buruknya Internet adalah bergantung kepada bagaimana

seseorang pelajar itu menggunakannya.

Perubahan sikap pelajar adalah berhubung rapat dengan bagaimana mereka melihat dunia

luar dan cuba menyesuaikan diri mereka. Bagi golongan pelajar di mana ketika ini adalah fasa

yang ingin mencuba sesuatu benda baru. Mereka ingin membuatkan orang sekeliling mereka

melihat mereka sebagai idola. Disebabkan perkara tersebut, maka mereka cuba untuk mencari

sesuatu kelainan dan Internet adalah jawapannya. Dengan Internet segala macam perlakuan

buruk boleh diikuti seperi budaya merokok, minum arak, membuang masa dan perkara negatif

yang lain boleh didapati.

Golongan yang mudah terpengaruh dengan Internet adalah golongan remaja iaitu

golongan pelajar itu sendiri. Tetapi selalunya untuk terpengaruh dengan perkara negatif adalah

pelajar lelaki. Hal ini kerana di fasa ini, pelajar lelaki ingin membuktikan bahawa mereka adalah

hero di mata masyarakat, tetapi cara mereka salah. Mereka menjadi hero untuk perkara negatif.

Mula mencuba untuk merokok, ponteng sekolah dan melepak membuang masa.

Manakala ini sebaliknya terjadi kepada golongan pelajar perempuan di mana mereka

berlumba-lumba untuk menjadi terbaik di kalangan terbaik. Mereka juga ingin menjadi hero tapi

dengan cara mereka sendiri iaitu berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik. Hal ini juga

mungkin disebabkan oleh faktor sekeliling di mana seperti yang kita sedia maklum peratusan

pelajar perempuan di universiti tempatan awam mahupun swasta adalah tinggi.

Persaingan untuk pelajar perempuan memasuki universiti adalah tinggi berbanding

dengan pelajar lelaki. Oleh sebab itu, mereka perlulah belajar bersunggh-sungguh untuk

11

Page 12: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

mencapai impian memasuki university kerana persaiangan pelajar perempuan adalah tinggi dan

potensi untuk melanjutkan pelajaran di university tipis sekiranya tidak mencapai keputusan yang

cemerlang di dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk membendung gejala negatif

di kalangan pelajar terutamanya di kalangan pelajar lelaki. Para ibu bapa seharusnya memantau

kegiatan anak mereka ketika melayari Internet. Ini bukan bertujuan untuk mengongkong tetapi

lebih ke arah untuk memantau dan memandu mereka menuju ke jalan yang betul dan menjadi

seorang pelajar yang bersih dari segi masalah disiplin. Sebagai ibu bapa, kita perlulah menjadi

‘sahabat’ kepada mereka agar mereka senang dan sedia untuk berkongsi segala masalah yang

timbul. Hal ini kerana fasa remaja adalah fasa yang menentukan sama ada seseorang itu akan

menjadi baik atau sebaliknya. Mereka mengalami konflik dalaman ketika ini di mana keinginan

untuk mencuba dan meneroka benda baru adalah tinggi.

Kita boleh rumuskan bahawa, semua pihak haruslah berganding bahu untuk

membendung masalah perubahan sikap pelajar yang disebabkan oleh penggunaan Internet. Tidak

semua Internet itu buruk. Ada juga baiknya kerana Internet adalah lambang kemajuan kita

sebagai bangsa manusia yang mampu mencipta satu alat komunikasi yang boleh

menghubungkan satu dunia dengan hanya satu klik.

12

Page 13: Kpt6044tugasan3kajiantinjauan

NIJAL BAHARI BIN ISMAIL

M20121000459

KPT 6044 : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

Bibliografi

Madzani Saidie Nusa, (2013), Kesan Internet Ke atas Pelajar : Manfaat atau Kemudaratan

http://madzani.blogspot.com/2013/01/kesan-internet-ke-atas-pelajar-manfaat.html

Azwita Usman, 2010, “Kajian Kuantitaif, Kualitatif dan Gabungan”,

http://deitaz.blogspot.com/2010/08/kajian-kualitatif-kuantitatif-dan.html

Abu Bakar, 2010, “Media Massa Memainkan Peranan Penting Dalam Pembangunan dan

Berupaya Mempengaruhi Perlakuan Khalayak, Khususnya di Negara Sedang Membangun”,

http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/media-massa-memainkan-peranan-penting.html

Pusat Maklumat Penerangan, “Internet, Sejarah dan Faedahnya”,

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/34-megabait/6741-internet-

sejarah-dan-feadahnya.html

Anis. (2000). Penggunaan kafe siber oleh remaja. http://www.bijak.net.my

13