kpenghubung

30
Saya pergi ke kedai. Saya membeli epal. Saya membeli buah durian. Saya membeli buah rambutan. Saya juga membeli semangka. Saya pergi ke kedai bersama Ali. Saya pergi ke sana bersama Samad. Saya pergi ke sana dengan Murad. Samad memakai baju biru. Samad memakai seluar hitam.Murad memakai baju biru.Samad memakai seluar hitam. Apakah perasaan kamu semasa membaca petikan ini ?

Upload: sekolah-rendah-park-view

Post on 26-May-2015

2.459 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kata Penghubung P3-P4

TRANSCRIPT

Page 1: Kpenghubung

Saya pergi ke kedai. Saya membeli epal. Saya membeli buah durian.Saya membeli buah rambutan. Saya juga membeli semangka.Saya pergi ke kedai bersama Ali. Saya pergi ke sana bersama Samad. Saya pergi ke sana dengan Murad.Samad memakai baju biru. Samad memakai seluar hitam.Murad memakai baju biru.Samad memakai seluar hitam.

Apakah perasaan kamu semasa membaca petikan ini ?

Page 2: Kpenghubung

Sekolah Rendah Park View

Awak di mana? Saya di rumah

Amerika

Singapura

Page 3: Kpenghubung

Kata Penghubung* perkataan yang digunakan untuk

mencantumkan/menggabungkan dua atau lebih ayat supaya menjadi satu ayat selari.

* Ia boleh hadir di awal atau di tengah ayat.

Contoh Kata Penghubung :

dan sambil walaupun

kerana lalu supaya

jika atau tetapi

Page 4: Kpenghubung

Ia terbahagi kepada 3 jenis :

Kata Hubung Gabungan

Kata Hubung Pancangan

Kata Hubung Berpasangan

Page 5: Kpenghubung

Kata Hubung Gabungan

Digunakan untuk mencantumkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.

Contoh Kata Hubung Pancangan :dan , atau , tetapi , lalu , sambil

* dua atau lebih objek atau subjek .

Page 6: Kpenghubung

dan

* digunakan untuk mengabungkan dua atau lebih objek dan subjek .

Zairin suka membaca suratkhabar.Zairin suka membaca majalahZairin suka membaca suratkhabar dan majalah.

Ali suka makan epal.Ali suka makan nangka.Ali suka makan durian.

Ali suka makan epal,nangka dan durian.

Objek

Objek

Page 7: Kpenghubung

dan

* digunakan untuk mengabungkan dua atau lebih objek dan subjek .

Subjek

Ali gemar berbasikal di taman.Rahman gemar berbasikal di taman.

Ali dan Rahman gemar berbasikal di taman.

Page 8: Kpenghubung

atau

Saya akan pergi ke Pulau Pinang esok atau lusa .

Awak hendak makan nasi ayam atau laksa ?

Cikgu yang baru itu akan mengajar kita esok atau lusa.

* Digunakan untuk menunjukkan sesuatu pilihan.

Page 9: Kpenghubung

sambil

* Digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatanyang dilakukan pada masa yang sama.

Kakak menjahit baju sambil mendengar radio.

Milla membaca serta menconteng sesuatu di dalam buku.

Page 10: Kpenghubung

lalu

Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian.

Langit mendung lalu hujan pun turun.

Orang itu bangun lalu keluar.

* digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut.

Page 11: Kpenghubung

tetapi

Orang itu kaya tetapi dia tetap menghulurkan derma.

* Digunakan untuk menunjukkan maksud yangberlawanan.

Baik aku dermakan duit ini

Aku mesti cuba

Page 12: Kpenghubung

Kata Hubung Pancangan

Digunakan untuk gabungkan ayat kecil dengansatu ayat induk.

~ ayat kecil disambungkan dengan ayat yanglebih panjang.

Contoh Kata Hubung Pancangan :jika , kerana , walaupun ,supaya

Page 13: Kpenghubung

Contoh ayat :Ayat induk :Saya akan ke rumah awak.Ayat kecil:Hari tidak hujan.

Saya akan ke rumah awak jika hari tidak hujan.

Ibu menyuruh saya membawa payung ke sekolahsupaya tidak basah.

Ayat induk :Ibu menyuruh saya membawa payung.Ayat kecil:Saya tidak basah.

Page 14: Kpenghubung

jika

Jika rancangan ini berhasil kita akan mendapat keuntungan.

Tolong hantarkan buku ini jika saya tidak datang.

Saya akan ke rumah awak petang nanti jika hari tidak hujan.

Ayat induk :Saya akan ke rumah awak petang nanti.Ayat kecil:Hari tidak hujan.

* digunakan untuk menerangkan sesuatu syarat.

Page 15: Kpenghubung

kerana

Halimah tidak datang ke sekolah kerana dia demam.

Perlawanan itu terpaksa di tunda kerana hujan lebat.

Ah Seng terlambat ke sekolah kerana ketinggalan bas.

Page 16: Kpenghubung

supaya

* Digunakan untuk menunjukkan tujuan sesuatu perbuatan.

Sayur-sayuran ini dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.

Amalia minum susu pada setiap pagi supaya badannya sihat.

Page 17: Kpenghubung

walaupun

* Digunakan untuk menunjukkan makna yang bertentangan.

Alina tidak sombong walaupun dia cantik dan pandai.

Page 18: Kpenghubung

Isikan tempat kosong dengan Kata Penghubung yang sesuai.

dan sambil walaupun

kerana lalu supaya

jika atau tetapi

1.Dia tetap pergi ke sekolah _________ sakit perut.

2.________ awak tidak keberatan, datanglah ke rumah saya esok.

3.Pipi kirinya bercalar _________ dicakar oleh kucing liar.

walaupun

Jika

kerana

Page 19: Kpenghubung

Isikan tempat kosong dengan Kata Penghubung yang sesuai.

dan sambil walaupun

kerana lalu supaya

jika atau tetapi

4.Mereka masih memadamkan api itu __________ ia masih menyala juga.

5.Budak itu didenda oleh polis ________membuang sampah sembarangan.

6.Jamil mengecat pintu rumahnya ____________ bersiul.

7.__________ bapanya sudah tua,badannya masih tegap.

tetapi

kerana

sambil

Walaupun

Page 20: Kpenghubung

Cantumkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi ayat selari.

1. Midah menyanyi.Dia sangat gembira

2. Saya suka berenang .Saya suka berbasikal.

3. Awak tidak kunci pintu.Pencuri akan masuk ke dalam rumah.

Midah menyanyi kerana dia sangat gembira.

Saya suka berenang dan berbasikal.

Pencuri akan masuk ke dalam rumah jika awak tidak kunci pintu.

Page 21: Kpenghubung

4. Sudin belajar dengan rajin.Dia gagal di dalam peperiksaan.

5. Kamal berkelakuan baik.Dia ingin dipuji oleh guru.

6. Hari hujan.Emak membawa payung ke pasar.

Walaupun Sudin belajar dengan rajin dia tetap gagal di dalam peperiksaan.

Kamal berkelakuan baik kerana ingin dipuji oleh guru.

Jika hari hujan,emak membawa payung ke pasar.

Page 22: Kpenghubung

4. Rahimah bersenam setiap hari.Badannya sihat.

5. Asri membaca buku.Dia berbaring di katil.

6. Anjing itu kecil.Anjing itu garang.

Rahimah bersenam setiap hari supaya badannyasihat.

Asri membaca buku sambil berbaring di katil.

Anjing itu kecil tetapi garang.

Page 23: Kpenghubung

Kenalpasti kesilapan di dalam ayat berikut.Kemudian betulkan ayat tersebut dengan menggunakan Kata Penghubung yang sesuai.

1.Ahmad supaya Ali ke sekolah pada pukul tujuh pagi.

2.Ibu memarahinya walaupun dia akan menjadi budak yang baik.

3. Tetapi pasukan badminton sekolah tidak hadir, pasukan lawan akan menang.

4. Dia memberi Tim hadiah atau hari ini harijadi Tim.

dan

kerana

supaya

jika

Page 24: Kpenghubung

Kenalpasti kesilapan di dalam ayat berikut.Kemudian betulkan ayat tersebut dengan menggunakan Kata Penghubung yang sesuai.

5. Dia mendengar radio walaupun membuat kerja sekolah.

6. Bunga itu cantik supaya mahal.

7. Awak boleh pilih yang ini jika itu ?

8. Tetapi minum kopi , ayah membaca suratkhabar.

sambil

sambil

atau

tetapi

Page 25: Kpenghubung

Aktiviti Kumpulan :

Anda telah berjanji dengan rakan karib kamu bahawa kamu akan menghadiri majlis harijadinyapada hari Ahad. Sewaktu hendak keluar rumah untuk ke majlis itu, ibu kamu menerima panggilankecemasan. Ibu terpaksa keluar untuk menghantarnenek ke hospital. Anda diminta tinggal di rumahuntuk menjaga kedua adik-adik kamu yang masihkecil.

Apa yang akan kamu lakukan untuk menyelesaikan masalah kamu ? Apakah perasaan kamu ketika itu ?

Page 26: Kpenghubung

Aktiviti Kumpulan :

Dengan menggunakan Kata Penghubung yang sesuai nyatakan strategi yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah kamu.Terangkan juga perasaan kamu.Strategi Saya :

Jika ibu meminta saya menjaga adik, saya akanduduk di rumah sahaja.

Walaupun ibu meminta saya keluar rumah , saya akanpergi juga.

Saya akan rasa sedih dan kecewa apabila dipaksa duduk di rumah.

Saya akan menidurkan adik lalu keluar dari rumah dengan senyap.

Page 27: Kpenghubung

Aktiviti Kumpulan :

Bayangkan diri kamu sebagai seorang pelancong.Kamu sedang dalam perjalanan pulang ke Singapura selepas melawat negara Eropah.Di pertengahan jalan,pesawat kamu telah terhempas.Kamu adalah satu-satunya mangsa yang terselamat di dalam kecelakaan itu.Kamu berenang ke sebuah pulau yang berhampiran. Pulau itu tiada penghuninya dan tiada peralatan canggih yang boleh membantu kamu. Kamu juga telah kehilangan semua harta benda.Di pulau itu hanya terdapat pokok-pokok kelapa,gunung-ganang,bukit-bukau dan haiwan.

Page 28: Kpenghubung

Aktiviti Kumpulan :

Dengan menggunakan Kata Penghubung yang sesuai nyatakan strategi yang akan diambil untuk menyelamatkan diri kamu.Terangkan juga perasaan kamu.

Strategi Saya :

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 29: Kpenghubung

Selesai

Faham Semua ??

Page 30: Kpenghubung

Tugasan :

Buku Kerja Ms 27Lembaran Kerja