kp01 penyentuh

Upload: saiful

Post on 01-Mar-2016

56 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Soalan Kawalan Motor-penyentuh

TRANSCRIPT

ggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

TAJUK : PENYENTUHTUJUAN :

Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelatih mengenai simbol yang digunakan dalam litar kawalan motor. PENERANGAN :

Alat perlindungan dan pensuisan amat penting dalam operasi sistern elektrik. Dalam penggunaan teknologi moden khususnya yang berkaitan dengan sistem elektrik. adalah amat penting bagi pencipta dan penyelenggara sistem elektrik untuk menyediakan bekalan elektrik berterusan tanpa gangguan kepada semua mesin. Untuk menyediakan perkhidmatan ini, adalah penting bagi anda selaku orang teknikat, mengetahui dan rnemahami perbezaan asas di antara suis, pemutus litar, penyentuh dan geganti serta cara operasinya. Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang perkara diatas

Penyentuh adalah suis mekanikal yang dikendalikan secara automatik (elektromagnet) , iaitu sentuhan antara sesentuh tetap ( permanent contact) dengan sesentuh bergerak {moving contact). Sentuhan antara sesentuh di dalam kontaktor dihasilkan oleh daya tarikan magnet yang dikawal oleh kemagnetannya. Perrnukaan sentuhan pula berlaku apabila kernagnetan diluputkan, dimana ketika sesentuh bergerak yang ditarik, hasil tindakan spring yang mengawalnya

Komponen-Komponen Penyentuh

1. Sesentuh utama ( main contacts ) - Untuk mengendalikan beban utama. Berarus besar dan biasanya sesentuh bersaiz besar dan tebai serta ditanda dengan nombor-nornbor kecil, contohnya 1,2,3,4,5 dan 6.2. Sesentuh tambahan ( auxiliary contacts ) - sebagai litar kawalan dan berarus rendah. Oleh itu sesentuhnya kecil dan bernombor besar, contohnya 13,14.21,22 dan sebagainya. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu sesentuh sedia buka { normally open ) dan sesentuh sedia tutup ( normally close)3. Gelung kendalian ( No Volt release / No Volt coil} Ia mendapat bekalan 240 Volt atau 415 Volt. Untuk mendapatkan kemagnetan bagi penarik angker (armature) dan seterusnya menarik pemegang sesentuh bergerak (plunger), menjadikan sesentuh sedia buka akan tertutup dan sebaliknya.4. Teras bergerak (angker) - Bilah magnet sementara yang tinggi kecekapannya . la menggerakkan bar setelah geklung kendaiian rnenghasilkan daya tarikan magnet.5. Teras tetap - terdiri dari lapisan (laminated) keluli. Teras tetap akan menjadi electromagnet setelah gelung mendapat bekalan dan seterusnya menarik teras bergerak.6. Spring menolak - Spring menolak teras bergerak semasa gelung kendalian diluputkan dan seterusnya sesentuh akan kembali kepada kedudukan asal.7. Bar bersilang - Berfungsi sebagai pemegang sesentuh bergerak secara selari yakni bertindak serentak semua sesentuh.Rajah 1: Gambarajah asas penyentuh

Prinsip Operasi Penyentuha. Gelung kendalian boleh berfungsi 240 V - 1 fasa atau 415V-2 fasa biasanya ada tercatat pada plet nama penyentuh dan gelung itu sendiri.b. Sewaktu gelung kendalian mendapat bekalan , ia akan menghasilkan eiektromagnet pada teras tetap.c. Teras tetap akan menarik teras bergerak yang terpasang bar bersilang dan dengan ini sesentuh akan bertukar sedia buka menjadi tertutup dan sesentuh sedia tutup menjadi terbuka.d. Apabila bekalan ke gelung kendalian diluputkan , tidak ada daya tarikan lagj, menyebabkan spring menolak kembali bar yang terpasang sesentuh. kepada kedudukan asal.e. Saiz penyentuh bergantung kepada beban yang hendak digunakan.NOTA:

Sekiranya anda hendak membuat pembelian penyentuh, pastikan spesifikasi berikut hendaklah dinyatakan;I. Jumlah sesentuh N/0 dan N/CII. Kadaran arus beban yang hendak digunakanIII. Bekalan bagi gelung kendalian. samaada 240VAC - 1PH, atau 415VAC-2

Rajah 2: Penyentuh

LATIHAN / SOALAN :

1. Nyatakan definisi penyentuh.

2. Terangkan gelung kendalian bagi pemyentuh.

3. Terangkan prinsip operasi penyentuh.

4. Nyatakan 2 jenis sesentuh tambahan penyentuh.

5. Nyatakan voltan kendalian penyentuh.

RUJUKAN :

1. PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK

Abd. Samad Hanif

Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

HJ. YAHYA BIN EMAT

Terbitan : IBS BUKU SDN. BHD.

Bar Bersilang

Kandung Penyentuh

Contoh yang di tunjukan dalam rajah di bawah mempunyai beberapa sesentuh yang sedia buka dan beberapa sesentuh lagi yang sedia tertutup dalam keadaan OFF. Apabila dalam keadaan ON sesentuh-sesentuh yang sedia tutup akan terbuka.

Daya Tarikan Magnet

CONTOH Rajah di atas menunjukan 3 sesentuh sedia buka dan 2 sesentuh sedia tutup

Apabila bekalan dimasukan ke gelung kontaktor.

Daya Tarikan Magnet

Pin Angker

Sesentuh Pegun (Tidak Bergerak)

Spring Sesentuh

Sesentuh Bergerak

Spring Menolak

Punca

Angker

Gelung Kendalian

Magnet Pegun(Tidak Bergerak)

Kusyen

Tapak