kos_relevan_stpm.docx

6
KOS Kos merupakan sumber yang dikorbankan (dalam bentuk nilai wang atau nilai persamaanwang) untuk mendapatkan keluaran dan perkhidmatan yang akan memberikan faedahsemasa atau masa hadapan kepada organisasi. Kos mempunyai maksud yang berbeza bergantung kepada situasi yang diaplikasikan bagitujuan berbeza. Memahami konsep dan klasifikasi kos membolehkan akauntanpengurusan menyediakan data bersesuaian dengan keperluan pengurus. Kos-kos yang dilibatkan di sesebuah organisasi boleh dilkasifikasikan mengikut objektif kosiaitu penilaian inventori, pembuatan keputusan dan kawalan. OBJEKTIF KOS PEMBUATAN KEPUTUSAN Setiap gambaran yang ingin diketahui oleh pengurus apabila menilai satu keputusan berkaitan dengan kos adalah melalui 2 kaedah/objektif : (a) tingkah laku kos (kos tetap, kos berubah dan kos campuran) (b) kos relevan dan kos tidak relevan KOS RELEVAN DAN KOS TIDAK RELEVAN Konsep yang berguna kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan adalah kerelevanan. Kos relevan merupakan kos masa hadapan yang akan berbaza daripada satualternatif kepada satu alternatif.

Upload: kc-teoh

Post on 15-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

stpm

TRANSCRIPT

Page 1: KOS_RELEVAN_STPM.docx

KOS

Kos merupakan sumber yang dikorbankan (dalam bentuk nilai wang atau nilai persamaanwang) untuk mendapatkan keluaran dan perkhidmatan yang akan memberikan faedahsemasa atau masa hadapan kepada organisasi.

Kos mempunyai maksud yang berbeza bergantung kepada situasi yang diaplikasikan bagitujuan berbeza. Memahami konsep dan klasifikasi kos membolehkan akauntanpengurusan menyediakan data bersesuaian dengan keperluan pengurus.

Kos-kos yang dilibatkan di sesebuah organisasi boleh dilkasifikasikan mengikut objektif kosiaitu penilaian inventori, pembuatan keputusan dan kawalan.

OBJEKTIF KOS PEMBUATAN KEPUTUSAN

Setiap gambaran yang ingin diketahui oleh pengurus apabila menilai satu keputusan berkaitan dengan kos adalah melalui 2 kaedah/objektif :

(a) tingkah laku kos (kos tetap, kos berubah dan kos campuran)

(b) kos relevan dan kos tidak relevan

KOS RELEVAN DAN KOS TIDAK RELEVAN

Konsep yang berguna kepada pihak pengurusan dalam membuat keputusan adalah kerelevanan.

Kos relevan merupakan kos masa hadapan yang akan berbaza daripada satualternatif kepada satu alternatif. Manakala kos tidak relevan adalah kos yang tiadabezanya di antara kesemua alternatif.

Pihak pengurus perlu mendefinisikan secara jelas antara kos relevan dan kos tidak relevan supaya mereka tidak membazirkan

Page 2: KOS_RELEVAN_STPM.docx

masa mempertimbangkan kos yang sama yang tidakmemberi kesan ke atas mana-mana keputusan yang akan diambil.

Secara terperincinya, kos relevan merupakan maklumat kos dan hasil yang digunakan untuk membantu pengurusan membuat keputusan atau pertimbangan untuk memilihsesuatu yang mempunyai kesan jangka pendek & dalam situasi tertentu.

APLIKASI PEMBUATAN KEPUTUSAN

Pembuatan Keputusan boleh digunakan dalam 3 situasi :

(a)Membuat atau Membeli

(b)Meneruskan atau Menghentikan barisan produk/bahagian/segmen

(c)Menerima atau Menolak pesanan khas

(a)Membuat atau Membeli

Keputusan samada hendak terus membuat komponen yang sedang digunakan dlm pengeluaran produknya atau membeli daripada pembekal luar.

biasanya kos jenis berubah - relevan & boleh elak.

susutnilai aset - tidak relevan kerana tidak boleh elak & kos hangus

kos overhed tetap-kos tidak boleh elak & tidak relevan

(b)Meneruskan atau Menghentikan barisan produk/bahagian/segmen

Wujud apabila pengurus menghadapi situasi di mana prestasi keuntungan sesuatu segmen perniagaan @ barisan produk tertentu tidak memuaskan.

Untung @ rugi dan margin caruman segmen itu perlu dinilai untuk melihatpencapaian

Kos tetap yang bersifat umum tidak relevan.

Sebagai contoh, gaji penguruskilang dan belanja susutnilai kilang

(c) Menerima atau Menolak pesanan khas

Keputusan menerima sesuatu pesanan khas atau kontrak ini bergantung kepada lebihan kapasiti pengeluaran pengeluar

Page 3: KOS_RELEVAN_STPM.docx

Sekiranya wujud kapasiti terbiar (idle), kemungkinan besar jualan melalui pesanan khas memberi keuntungan tambahan sykt. walaupun harga jualan adalah di bawah harga jualan sebenar.

Secara umumnya, KOS RELEVAN terbahagi kepada 5 jenis iaitu :

(i) Kos Hangus

(ii)Kos Pertambahan

(iii)Kos Melepas

(iv)Kos Pembezaan

(v)Kos Boleh Elak

(i) Kos Hangus

juga dikenali sebagai kos tenggelam merupakan kos yang telah dilibatkan dan tidak boleh diperolehi kembali, kos telah berlaku pada masa lepas yang tidak boleh elak dan tidak relevan, kos dianggap relevan apabila kos tersebutakan terlibat atau berlaku di masa hadapan. Sebagai contohnya adalah kos mesin lama.

(ii)KosPertambahan

terlibat apabila syarikat ingin menjalankan sesuatu aktiviti. Sebagai contoh, bila membeli mesin baru, perlu dihantar

pekerja baru untuk latihan penggunaan mesin baru dengan kos berjumlah RMXXXX, maka kos RMXXXX dikenali sebagai kos pertambahan.

(iii) Kos Melepas

Page 4: KOS_RELEVAN_STPM.docx

merupakan satu faedah atau manfaat yang terpaksa dilepaskan atau dikorbankan akibat memilih satu alternatif yang lain.

Sebagai contoh, hasil sewa kedai yang terpaksa dilepaskan apabila syarikat menggunakan kedai tersebut untuk membuat tempahan khas.

(iv) Kos Pembezaan

kos-kos yang terlibat antara alternatif hanya akan relevan apabila terdapat perbezaan kos antara alternatif-alternatif tersebut. Contoh, susutnilai mesin lama RM2000, susut nilai mesin baru RM1000, maka pembezaan RM1000dikenalai sebagai kos pembezaan.

(v)Kos Boleh Elak

kos yang tidak perlu terlibat atau tidak terus berlaku lagi di masahadapan jika alternatif itu dipilih.

Sebagai contoh, kos sewa peralatan khas dalam pembuatan sesuatu komponen.

Kos tidak boleh elak

kos yang masih perlu terus berlaku walaupun mana-mana alternatif diambil dan ianya tidak mempunyai ciri pembezaan dan tidak relevan.

FAKTOR KUALITATIF MEMPENGARUHI APLIKASI PEMBUATAN KEPUTUSAN

Seorang pengurus apabila menilai satu keputusan boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor kualitatif seperti berikut :

i. Sosial -Hubungan baik dengan pembekal, peluang pekerjaan,

tanggungjawabmasyarakat

Page 5: KOS_RELEVAN_STPM.docx

ii. Persekitaran -Imej syarikat dan kualiti alam sekitar

iii.Teknologi - Proses semakin efisyen dan elektif,

kecanggihan teknologi

iv. Peraturan &Undang-undang -Kehendak kerajaan, peraturan syarikat