konvokesyen ke-61...johor bahru, 10 november - amalan membaca dalam kalangan masyarakat merupakan...

17
INFO TERKINI KONVO 11 NOVEMBER 2018 I 3 RABIUL AWAL 1440H I SESI II & III KONVOKESYEN KE-61 92/2018 BIL. PENGERUSI UTM HOLDINGS TERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PENGURUSAN TIGA TIPS UNTUK BERJAYA PENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA SUAMI ISTERI SAMA-SAMA GENGGAM IJAZAH KEKURANGAN FIZIKAL BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA MAHASISWA DIINGAT UNTUK SENTIASA BERPEGANG KEPADA NILAI TERAS UTM BIJAK MENGURUS & MENGHARGAI MASA RAHSIA KEJAYAAN SAYA AMALAN MEMBACA DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN ILMU SERTA MEMPERKUKUHKAN BAHASA KEBANGSAAN TIGA TOKOH TEKNIKAL TERIMA GELARAN PROFESOR EMERITUS

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INFO TERKINI

KONVO11 NOVEMBER 2018 I 3 RABIUL AWAL 1440H I SESI II & III

KONVOKESYEN KE-61

92/2018BIL.

PENGERUSI UTM HOLDINGS TERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PENGURUSAN

TIGA TIPS UNTUK BERJAYAPENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA

SUAMI ISTERISAMA-SAMAGENGGAM IJAZAH

KEKURANGAN FIZIKAL BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

MAHASISWA DIINGAT UNTUK SENTIASA BERPEGANG KEPADANILAI TERAS UTM

BIJAK MENGURUS & MENGHARGAI MASA RAHSIA KEJAYAAN SAYA

AMALAN MEMBACA DAPAT MENINGKATKANPENGUASAAN ILMUSERTA MEMPERKUKUHKAN BAHASA KEBANGSAAN

TIGA TOKOH TEKNIKAL TERIMA GELARAN PROFESOR EMERITUS

Johor Bahru, 10 November - Amalan membaca dalam kalangan masyarakat merupakan suatu amalan mulia yang perlu dididik sejak kecil lagi. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya merupakan masyarakat membaca seiring dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan slogannya ‘KL Baca - Caring Through Reading’.

Sempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM turut menyambut baik pengiktirafan tersebut dan menzahirkan, “Saya berharap, dengan ini, Perpustakaan UTM akan mengatur dan menjalankan lebih banyak aktiviti bagi menjayakan gagasan tersebut. Saya juga berharap warga akademik, alumni dan para graduan UTM, melalui Penerbit UTM Press dapat mengambil dan memanfaatkan peluang ini untuk menghasilkan lebih banyak penerbitan buku-buku ilmiah, penyelidikan dan juga bahan bacaan umum.”

Baginda juga turut bertitah, “Kempen galakan membaca oleh pihak Perpustakaan UTM dan perpustakaan negeri juga haruslah sentiasa diadakan bagi menggalakkan lebih ramai lagi mahasiswa dan juga orang ramai, terutamanya para pelajar sekolah membaca. Saya percaya, dengan amalan membaca ini, kita dapat meningkatkan penguasaan ilmu serta memperkukuhkan bahasa kebangsaan kita dan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.”

Selain itu, baginda Tuanku Canselor dan juga DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor turut mengutuskan ucapan takziah atas pemergian enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah terkorban ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas lombong di Puchong baru-baru ini. Baginda juga turut menzahirkan rasa duka cita dan simpati kepada semua yang terlibat dalam peristiwa tsunami yang melanda daerah Palu dan Donggala di Sulawesi Tenggara pada bulan Oktober yang lalu.

Pada majlis konvokesyen kali ke-61 ini, Tuanku Canselor turut berkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Mohd. Ramli bin Kushairi serta Anugerah Profesor Emeritus kepada Ir. Ishak bin Abd. Rahman, Sr. Dr. Ayob bin Sharif, dan Ir. Dr. S. Kannan a/l Krishna.

AMALAN MEMBACA DAPAT MENINGKATKAN

PENGUASAAN ILMUSERTA MEMPERKUKUHKAN

BAHASA KEBANGSAAN

Johor Bahru, 10 November – Seramai 3652 orang graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menerima ijazah masing-masing bersempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM, sewaktu berucap dalam majlis konvokesyen berkenaan turut memberikan nasihat kepada para graduan, iaitu “Ingatlah bahawa ilmu yang saudara-saudari miliki ini adalah satu amanah, dan

MAHASISWA DIINGAT UNTUK SENTIASA BERPEGANG KEPADA

NILAI TERAS UTMmerupakan satu tanggungawab yang besar untuk membina masyarakat yang makmur dan sejahtera.”

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para graduan agar sentiasa berpegang kepada nilai teras UTM, iaitu integriti, sinergi, kecemerlangan, dan kelestarian. Beliau menyatakan bahawa, “Integriti bukan sekadar menghindari daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa atau tidak jujur. Integriti juga merangkumi antaranya mendisiplinkan diri, menepati waktu, telus, ikhlas dan cekap, mengambil pertanggungjawaban sepenuhnya dan tidak mengambil ringan terhadap tugasan yang diberi, berhemah dan membina personaliti atau karakter yang baik, dan bersedia memperbaiki kelemahan diri.”

Datuk Naib Canselor turut berkongsi tiga pesanan utama untuk dijadikan panduan bagi mengharungi cabaran era Industri 4.0. Antaranya ialah para graduan perlu mengubah cara berfikir dan tidak boleh terbelenggu dengan kotak pemikiran lama untuk mendepani cabaran revolusi teknologi ketika ini. Graduan perlu lebih berani untuk berminda keusahawanan, menguasai kemahiran untuk mengharungi kehidupan dan bersedia untuk menimba ilmu secara berterusan. Selain itu, graduan perlu melihat dunia ini dengan pandangan yang lebih luas melalui konsep kelestarian kerana apa yang ada di sekeliling kita perlu dikongsi bersama.

Tambah Datuk Naib Canselor lagi, “Kita perlu menerima perubahan ini dan bersedia melaksanakannya selagi ia memberi kebaikan kepada pemegang taruh terutamanya kepada mahasiswa dan ibu bapa. Kebebasan kepada pelajar memerlukan kebijaksanaan, tindakan berhikmah dan berpegang kepada nilai kesopanan dan saling menghormati.”

Sebelum mengakhiri ucapan, YBhg. Datuk Naib Canselor turut menyeru agar para graduan yang kini merupakan alumni UTM untuk sama-sama mencurahkan pengetahuan, pengalaman, dan kepakaran bagi meneruskan kegemilangan UTM selain turut sama menyumbang ke dalam Tabung Endownmen dan Tabung Wakaf UTM untuk dimanfaatkan oleh mahasiswa yang memerlukan.

Johor Bahru, 10 November – Tiga tokoh teknikal melakar sejarah tersendiri apabila dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus sempena Majlis Konvokesyen UTM kali ke-61 di sini hari ini. Ketiga-tiga tokoh berkenaan, masing-masing dari bidang Kejuruteraan dan Ukur Tanah, mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang berkaitan yang melayakkan mereka menerima pengiktirafan ini.

DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, selaku Tuanku Canselor UTM telah menyempurnakan pengurniaan gelaran Profesor Emeritus berkenaan kepada Ir. Ishak bin Abdul Rahman, Sr. Dr. Ayob bin Sharif, dan Ir. Dr. S. Kannan a/l Krishna pada sesi pertama istiadat Konvekesyen UTM kali ini.

Ir. Ishak bin Abdul Rahman dilahirkan pada 25 September 1941 di Pondok Kuin, Batu Kurau, Taiping, Perak. Mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya di Perak, beliau kemudiannya menyambung pengajian Diploma Kejuruteraan Awam di Maktab Teknik, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajiannya di United Kingdom. Berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Sarjana Sains (Hydraulics,

TIGA TOKOH TEKNIKAL TERIMA GELARAN PROFESOR EMERITUS

Hydrology and Coastal Dynamics) dari University of Strathclyde di Glasgow, Scotland.

Memulakan kerjaya di UTM pada Jun 1961 sebagai staf akademik di Maktab Teknik Kuala Lumpur, kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pensyarah “B” di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM. Antara jawatan pentadbiran yang pernah dipegang oleh Ir. Ishak ialah Timbalan Dekan dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar); Timbalan Pengarah, Pusat Perniagaan Teknologi Termaju (BATC); dan Pengarah Kampus UTM, Jalan Semarak (yang kini dikenal sebagai Jalan Sultan Yahya Petra), Kuala Lumpur. Atas keterlibatannya dalam beberapa fasa pembangunan, kemajuan, dan kejayaan UTM, maka beliau dilantik sebagai Profesor pada tahun 1991.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Ir. Ishak telah terlibat dalam pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan pembangunan, kemajuan dan kualiti entiti, serta program akademik. Beliau mempunyai kelayakan profesional sebagai Fellow di Institusi Jurutera Malaysia (IEM); Jurutera Profesional Berdaftar di Lembaga

Jurutera Malaysia (BEM); ahli Malaysian Institute of Management (MMIM); ahli ASEAN Engineers (ASEAN Eng.); dan ahli ASEAN Professional Engineering Council (APEC Eng.). Kepakaran beliau diakui di peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai wakil Malaysia di International Engineering Meeting (Washington Accord, E.M.F) di Seoul, Korea Selatan (2013); di Kyoto, Jepun (2009); di Singapura (2008); di Washington, Amerika Syarikat (2007); di Dublin, Ireland (2006); dan di Hong Kong (2005). Ketokohannya juga melayakkan Ir. Ishak bin Abdul Rahman menerima pengiktirafan dan dianugerahkan Pingat Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) pada tahun 1995, Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.) pada tahun 1995, dan The Honorary Fellow AFEO (Asean Federation of Engineering Organization) pada tahun 2012. Ir. Ishak bersara wajib pada September 1996 setelah berkhidmat di UTM selama 39 tahun.

Penerima anugerah seterusnya ialah Sr. Dr. Ayob bin Sharif, anak kelahiran Paya, Johol, Negeri Sembilan. Berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Satelit Geodesi dari University of Newcastle-upon-Tyne, United Kingdom. Dr. Ayob memulakan kerjayanya di UTM (sebelumnya dikenal sebagai Institut Teknik Kuala Lumpur) pada 1973 sehinggalah menamatkan perkhidmatannya pada 2006 sebagai Profesor. Pada tahun 2005, beliau telah diperakukan sebagai Juru Ukur Tanah Berlesen oleh Lembaga Juru Ukur Tanah Malaysia.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya di UTM, Dr. Ayob telah menyandang pelbagai jawatan, antaranya Ketua Jabatan, Astronomi dan Geodesi (1980–1985), Dekan, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi (1994–2001), dan Pengarah, Institut Geospatial Sains & Teknologi (INSTEG) (2003–2006). Sepanjang tempoh menjalankan tugsanya sebagai Dekan, program akademik telah dikemas kini sejajar dengan perkembangan teknologi dan akademik bidang ukur di peringkat antarabangsa. Terminologi “Surveying” telah digantikan dengan “Geomatic” untuk memberi gambaran yang lebih luas dalam bidang dan profesion ukur. Di samping itu, fakulti juga telah melaksanakan tiga program baharu dalam disiplin geomatik peringkat Sarjana Muda, iaitu Kursus Geoinformatik (GIS), Sains Remote Sensing, serta Kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

Bukan sekadar memajukan bidang geomatik (ukur) melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, dan perundingan bukan sahaja di UTM, Dr. Ayob Shariff turut menyumbang kepakaran dalam komuniti geomatik di Malaysia. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan perundingan menggunakan sistem GPS dan GIS

melalui Kajian Pemantauan Pemendapan Tanah Kota Bharu Kelantan (2001), Pembangunan Sistem Informasi Ampangan Negeri Sembilan (2006), Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan, dan Pembangun Sistem Digital Stratabase Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2008).

Penerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (J.S.M.) ini, kini meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Lembaga Pengelola “Geospatial Science and Technology College” Kuala Lumpur (2014 sehingga kini), dan Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Juru Ukur Tanah Berdaftar Malaysia (2013 sehingga kini).

Penerima anugerah yang sama, Ir. Dr. S. Kannan a/l Krishna pula merupakan pakar dalam bidang tenaga yang telah menerajui pelbagai kajian dan inisiatif berkaitan kecekapan tenaga di peringkat tempatan mahupun global. Mendapat pendidikan awal di Johor Bahru sebelum mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya (1964 – 1968) di bawah dianugerahi Biasiswa Pengajaran Persekutuan (Federal Teaching Scholarship). Kemudian, beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya (1986) sebelum meneruskan pengajian Sarjana Sains Kejuruteraan di University of Manchester Institute of Science and Technology, United Kingdom melalui tajaan hadiah latihan ITK (1973–1974), diikuti Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya pada 1993 sewaktu beliau telah pun berkhidmat di UTM.

Sepanjang berkhidmat dengan UTM, Ir. Dr. S. Kannan telah menyandang beberapa jawatan penting seperti Ahli Jawatankuasa, Kurikulum, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal; Ahli Senat, UTM; Ahli Jawatankuasa Kecil, Penyelidikan Senat; dan Ahli Jawatankuasa, Keutuhan Pengurusan UTM. Beliau yang juga Jurutera Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia, sentiasa terlibat dengan aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan masyarakat apabila menjadi mentor kepada pensyarah muda di samping membimbing mereka mendapatkan kelayakan sebagai jurutera profesional.

Atas dedikasinya yang tinggi terhadap UTM, beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan, antaranya Pingat Kebaktian, Kementerian Pertahanan (1986); Anugerah Perkhidmatan Berdedikasi, UTM (1991); Anugerah Penyelidikan, UTM (1991); dan Anugerah Perkhidmatan Masyarakat, UTM (199). Ir. Dr. S. Kannan juga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai Ahli/Pengerusi Lembaga Hakim, “Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga dalam Bangunan di ASEAN” dari tahun 1999 hingga 2006.

Johor Bahru, 10 November – Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-61 menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Pengerusi UTM Holdings Sdn. Bhd., YBhg. Tan Sri Dato’ Mohd Ramli bin Kushairi dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan. Ist iadat penganugerahan berkenaan telah disempurnakan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor selaku Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia

Tokoh berusia 82 tahun ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah UTM sejak tahun 2004. YBhg. Tan Sri Dato’ Mohd Ramli juga merupakan Pengerusi South Malaysia Industries Berhad, Pengarah MASSCORP Berhad, dan bekas Pengarah Gamuda Berhad. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada tahun 1961, iaitu sebagai Penolong Setiausaha di Bank Negara Malaysia. Beliau kemudiannya meneruskan khidmat di Lembaga Penasihat Tarif dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dari tahun 1967 hingga 1972. Pada tahun 1972 hingga 1983, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah dan akhirnya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan bagi Kumpulan FIMA Berhad.

PENGERUSI UTM HOLDINGS TERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR PENGURUSAN

Tan Sri Dato’ Mohd Ramli merupakan graduan Ijazah Kepujian dalam bidang Sains Sosial dari Hull University, United Kingdom sebelum menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah di King’s College, University of London. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan termasuklah p e m b a b i t a n n y a d a l a m perkhidmatan pemeriksaan kualiti dan kuantiti kepada industri minyak dan gas menerusi Petrotechnical Inspection Sdn. Bhd., pembangunan hartanah melalui Primamuda Holdings Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat sekutu SGS Group of Companies yang berpengkalan di Geneva. Beliau juga terlibat dalam industri tenaga di Indonesia.

K e t o k o h a n n y a d a l a m bidang perniagaan tidak perlu disangkal lagi apabila beliau pernah menjadi Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia; Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia; dan Setiausaha Agung ASEAN-Chambers of Commerce and Industry. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Majlis Piawaian & Akreditasi Malaysia di samping merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Standard Kebangsaan. Selain itu, Tan Sri Dato’ Mohd Ramli turut

bergiat aktif dalam beberapa organisasi bukan kerajaan, antaranya ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Bainun dan Yayasan Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2002. Beliau juga ialah ahli dalam Kumpulan Perancang Luar University of Hull, United Kingdom sejak Jun 2003. Kini, beliau dilantik sebagai Presiden Eisenhower Fellows Association, Malaysia yang merupakan sekutu Eisenhower Fellowships, Amerika Syarikat.

Tan Sri Dato’ Mohd Ramli merupakan penerima Anugerah ‘The Brand Laureate Most Eminent Brand ICON Leadership Award 2014’ yang dianugerahkan oleh organisasi The Brand Laureate. Beliau juga telah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 5 Jun 1999, serta Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) yang membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 19 April 1988.

Johor Bahru, 10 November – Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-61 menjadi kenangan manis buat adik Nurzariyatul Syahirah binti Masrol, graduan Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) apabila dinobatkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dalam sesi pertama yang berlangsung pagi tadi.

Nurzariyatul Syahirah yang memperolehi CGPA 3.9 melahirkan rasa syukur atas kejayaan yang diperoleh hari ini. Berdisiplin, tekun, dan bijak mengurus masa menjadi pegangan beliau selain tidak lupa kepada pepatah Melayu, “Masa Itu Emas”. Tambahnya lagi, “Saya sentiasa fokus semasa belajar dalam kelas agar masa selebihnya boleh digunakan untuk mengulang kaji.”

Anak sulung daripada lima (5) beradik yang berasal dari Kluang, Johor ini amat aktif menyertai aktiviti kokurikulum. Antaranya program anjuran fakulti, selain menjadi anggota Jawatankuasa Mahasiswa kolej, dan setiausaha Persatuan Anak Johor UTM. Cabaran utama yang dihadapi oleh beliau ialah menyeimbangkan masa yang padat dengan aktiviti

BIJAK MENGURUS & MENGHARGAI MASA

RAHSIA KEJAYAAN SAYAko-kurikulum, menghadiri kelas dan makmal, serta menyelesaikan projek akhir Sarjana Muda. Beliau perlu sentiasa mempunyai inisiatif untuk mengatasi kesibukan yang dilalui saban hari. Inisiatif yang diamalkan ialah menyiapkan setiap tugasan terlebih dahulu agar mempunyai masa setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran di samping memanfaatkan gajet yang dimiliki dengan memasukkan nota dan slide pelajaran untuk memudahkan proses ulang kaji.

Nurzariyatul turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu dan ayahnya atas segala pengorbanan dan jasa mereka selama ini.

Tahniah dan selamat maju jaya buat Nurzariyatul Syahirah!

TIGA TIPS UNTUK BERJAYAPENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA (PINGAT JAYA CEMERLANG)

Johor Bahru, 10 November – Seorang graduan UTM telah melakarkan sejarah hari ini apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) bersempena Majlis Konvokesyen UTM ke-61. Beliau ialah Tan Boon Siang, 24 tahun yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Canselor UTM di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Ketika ditemui pemberita, Boon Siang amat berbesar hati untuk berkongsi tips kejayaan beliau. Pertama, seseorang mahasiswa itu perlu mengenal pasti matlamat dan membuat pilihan yang bijak. Kedua, mereka perlu kekal fokus dalam setiap pilihan yang dibuat dan akhir sekali, mereka perlu mempunyai pengurusan masa dan jadual yang baik.

Pengalaman Boon Siang sebagai Naib Presiden Komunikasi Antarabangsa dalam Majlis Perwakilan Pelajar 2016/2017 dan juga sebagai Pengarah UTM Karier Karnival telah banyak mengajar dan memberikan pengalaman kepada beliau untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi rakan-rakan pelajar. Antara masalah yang sering dihadapi ialah tersalah dalam membuat pilihan bidang pengajian serta tidak fokus dalam pembelajaran.

Kini, Boon Siang bekerja di sebuah syarikat elektronik sebagai Training Specialist yang bertanggungjawab dalam Unit Talent Development. Harapan beliau kepada mahasiswa junior UTM supaya berpegang pada tiga tips kejayaan tadi dan semoga kejayaan beliau dapat menjadi inspirasi kepada semua.

“... seseorang mahasiswa itu perlu mengenal pasti matlamat dan membuat

pilihan yang bijak ...”

“... kekal fokus dalam setiap pilihan yang dibuat ...”

“... mempunyai pengurusan masa dan jadual yang baik ...”

Johor Bahru, 10 November – “Perancangan yang rapi merupakan kunci permulaan bagi sebuah kejayaan. Permulaan sesuatu yang baru pastinya sukar untuk dihadapi. Justeru, kita perlu sentiasa pandang ke hadapan dan hadapi perkara tersebut dengan penuh komited

dan bersungguh-sungguh.” Itulah kata-kata semangat yang menjadi kunci kejayaan

pasangan suami isteri, Nur Suhaili Abd Aziz (27 tahun) graduan Doktor Falsafah

dan Muhammad Khairullah Nor Azmi (25 tahun) graduan Sarjana Falsafah

(Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun), Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) ketika ditemui di Majlis

Konvokesyen UTM kali ke-61 yang

b e r l a n g s u n g di Dewan

S u l t a n

SUAMI ISTERISAMA-SAMA

GENGGAM IJAZAH

Iskandar, UTM Johor Bahru.Kejayaan mereka pastinya memerlukan

pengorbanan dan perjuangan yang besar sebagai asam garam dalam perjuangan ilmu. “Sebagai seorang pelajar, kami perlu bijak mengambil peluang yang hadir, jangan terlalu memilih, sentiasa berfikiran positif terhadap segala cabaran tanpa memikirkan langkah untuk berpatah balik”, ujar Muhammad Khairullah yang merupakan anak kelahiran Selangor. Tambahan beliau lagi, kekangan waktu antara keluarga, kerjaya, dan penyelidikan menjadi antara cabaran utama di sebalik tirai kemanisan kejayaan ini. Atas semangat usaha yang gigih dan disiplin yang tinggi, semua masalah dihadapi dapat diselesaikan dengan izin Allah SWT.

Bagi Nur Suhaili yang sedang hamil anak pertama, detik bersejarah ini pastinya akan terpahat dalam lipatan sejarah hidup mereka. Beliau menjadikan sokongan penuh daripada suami dan keluarga sebagai motivasi untuk terus berjaya. Tambahan pula beliau sentiasa mengingati pesan ayahnya melalui ungkapan, “Merancang Itu Separuh Daripada Akal” untuk terus mengorak langkah merencana resepi

kejayaan dalam segala bidang yang diceburi. Beliau turut percaya bahawa penguasaan

ilmu pengetahuan sebagai penanda aras untuk menjadi lebih matang.

KEKURANGAN FIZIKAL bukan penghalang untuk berjaya

Johor Bahru, 11 November - Kekurangan fizikal bukan penghalang bagi seseorang individu itu untuk mencapai apa yang mereka impikan. Jika cekal berusaha, kejayaan bakal menjadi milik semua orang termasuk mereka yang bergelar golongan kurang upaya (OKU). Berpegang teguh pada prinsip “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan”, Lee Ke Vin, 27, berjaya meraih segulung ijazah Sarjana dalam bidang Sains (Bioteknologi) bersempena dengan Majlis Konvokenyen UTM ke-61. Beliau yang menghidap penyakit tulang belakang melengkung atau lebih dikenali sebagai skoliosis, dak pernah menjadikan kekangan fizikal i tu sebagai penghalang untuk beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Ini jelas terbuk apabila beliau masih mampu memandu kenderaan sendiri untuk

b e r u l a n g - a l i k d a r i u n i ve r s i ke r u m a h kediamannya.

“Saya senasa mencabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang orang lain fikir mustahil bagi insan seper saya. Saya mengambil sikap untuk dak senang berputus asa dan cuba memberikan yang terbaik dalam apa sahaja kerja yang dilakukan”, ujar anak muda berasal dari Johor Bahru.

Beliau yang kini bertugas di salah satu industri seramik di Pasir Gudang dak menolak kemungkinan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah kelak. Di akhir temu bual, beliau turut menasiha golongan yang senasib dengannya agar dak mudah berputus asa dalam mencari kejayaan dalam hidup.

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

PENAUNG: Dato’ Wan Mohd Zawawi bin Wan Abd. Rahman dan Encik Abdul Razib Haji ShahuddinSIDANG PENGARANG: Ungku Haliza Ungku Zahar (Ketua Editor), Salina Shamsuri, Mohd Hafifi Jamal,

Ahmad Fadhli Syed Hassan, Nur ‘Aina Osman, Sharil Amri Jamaludin, Syazlin Sarapol GRAFIK: Hafizah Mohamad Ahyah, Norizan Yaacob, Mohd Hairy Zolkefle

FOTO: Nor Azman Sukri, Isyamfazrin, Halid Jamaluddin LAMAN SESAWANG: Zuraida Abd. Ghani LOGISTIK: Suhaimi Ikhwan

http://web.utm.my/convocation/facebook: Info Terkini Konvo UTM

Hakcipta Terpelihara © Universiti Teknologi Malaysia