konserto terakhir_komsas_ spm

4
1. Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa- peristiwa yang menarik dan meninggalkan kesan terhadap pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang paling menarik dan berkesan bagi diri anda. Jelaskan mengapakah anda berpendapat sedemikian. Peristiwa: Hilmy terlantar di hospital. Ketika ini Datuk Johari diberitahu bahawa Hilmy sebenarnya ialah anak kandungnya sendiri. Datuk Johari berasa amat kesal terhadap sikapnya selama ini, setelah mengetahui siapa sebenarnya Hilmy. Dia telah mengabaikan tanggungjawabnya dan tidak melayan Hilmy dengan baik. Peristiwa ini menarik kerana sebagai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab, akhirnya dihukum oleh pengarang dengan hukuman yang setimpal. Ini disebabkan Datuk Johari tidak sempat berjumpa dengan Hilmy dan memohon maaf. Sebagai pembaca saya berasa sangat berpuas hati dengan peristiwa ini. 2. Huraikan mana-mana satu watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda pelajari . Encik Bakar: Seorang seniman agung. Seorang yang tidak mengharapkan balasan. Dia mengajar Hilmy muzik tanpa bayaran. Bapa mentua Hilmi setelah Hilmy berkahwin dengan Azizah. Seorang yang baik hati. En.Bakar mengajar seni muzik kepada ramai pemuda tanpa penat lelah. 3. Semangat setiakawan sering ditonjolkan oleh pengarang dalam sesebuah novel. Buktikan penyataan ini berdasarkan novel yang telah anda pelajari. Semangat setiakawan ini terserlah apabila Dr.Nathan memberi tanah hitam kepada Hilmi untuk menanam pokok bunga. Beliau enggan menerima wang daripada Datin. Semangat setiakawan terserlah di antara Hilmi dengan En.Bakar. En.Bakar sanggup mambantu Hilmi belajar muzik tanpa mengharapkan sebarang balasan. 4. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh watak utama dalam sesebuah novel. Bandingkan sebab- sebab kejayaan watak utama dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. Dalam novel Bukit Kepong, Othman mempunyai pendirian yang tetap. Beliau memasuki pasukan polis walaupun tidak direstui oleh ibu bapanya. Malah beliau berjaya menamatkan latihan polis yang memang susah. Dalam novel Konserto Terakhir, Hilmi juga mempunyai pendirian yang tetap. Beliau tetap dengan pendiriannya untuk menceburi bidang muzik dan akhirnya beliau berjaya. Othman dalam novel Bukit Kepong mempunyai semangat berani. Beliau sanggup berperang dengan anggota komunis yang bilangannya ramai. Dalam novel Konserto Terakhir, Hilmi juga mempunyai sikap berani. Beliau sanggup datang ke bandar seorang diri dan menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran dengan hati yang tabah. 5. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan persoalan-persoalan yang menarik perhatian anda. Nyatakan contoh-contoh yang sesuai. Dalam novel Konserto Terakhir persoalan yang menarik ialah berusaha memajukan diri. Ini dapat dibuktikan apabila Hilmi belajar muzik dengan En.Bakar. Lama- kelamaan dia menjadi penggubah lagu untuk rakaman dan menang tiga tahun berturut-turut pasta muzik tahunan anjuran RTM. Satu lagi persoalan ialah ikhlas semasa menjalankan tugas. Walaupun terpaksa bekerja sebagai tukang kebun, dia bekerja dengan bersungguh- sungguh. Ramai tetamuyang datang ke rumah Datuk Johari

Upload: subramaniam-rengasamy

Post on 07-Jun-2015

9.069 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Soalan dan jawapan berdasarkan novel Konserto Terakhir oleh Abdullah Hussain.

TRANSCRIPT

Page 1: Konserto Terakhir_KOMSAS_ SPM

1. Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik dan meninggalkan kesan terhadap pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang paling menarik dan berkesan bagi diri anda. Jelaskan mengapakah anda berpendapat sedemikian.

Peristiwa: Hilmy terlantar di hospital. Ketika ini Datuk Johari diberitahu bahawa Hilmy sebenarnya ialah anak kandungnya sendiri. Datuk Johari berasa amat kesal terhadap sikapnya selama ini, setelah mengetahui siapa sebenarnya Hilmy. Dia telah mengabaikan tanggungjawabnya dan tidak melayan Hilmy dengan baik. Peristiwa ini menarik kerana sebagai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab, akhirnya dihukum oleh pengarang dengan hukuman yang setimpal. Ini disebabkan Datuk Johari tidak sempat berjumpa dengan Hilmy dan memohon maaf. Sebagai pembaca saya berasa sangat berpuas hati dengan peristiwa ini.

2. Huraikan mana-mana satu watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

Encik Bakar: Seorang seniman agung. Seorang yang tidak

mengharapkan balasan. Dia mengajar Hilmy muzik tanpa bayaran.

Bapa mentua Hilmi setelah Hilmy berkahwin dengan Azizah.

Seorang yang baik hati. En.Bakar mengajar seni muzik kepada ramai pemuda tanpa penat lelah.

3. Semangat setiakawan sering ditonjolkan oleh pengarang dalam sesebuah novel. Buktikan penyataan ini berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

Semangat setiakawan ini terserlah apabila Dr.Nathan memberi tanah hitam kepada Hilmi untuk menanam pokok bunga. Beliau enggan menerima wang daripada Datin. Semangat setiakawan terserlah di antara Hilmi dengan En.Bakar. En.Bakar sanggup mambantu Hilmi belajar

muzik tanpa mengharapkan sebarang balasan.4. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh watak utama dalam sesebuah novel. Bandingkan sebab-sebab kejayaan watak utama dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.

Dalam novel Bukit Kepong, Othman mempunyai pendirian yang tetap. Beliau memasuki pasukan polis walaupun tidak direstui oleh ibu bapanya. Malah beliau berjaya menamatkan latihan polis yang memang susah. Dalam novel Konserto Terakhir, Hilmi juga mempunyai pendirian yang tetap. Beliau tetap dengan pendiriannya untuk menceburi bidang muzik dan akhirnya beliau berjaya. Othman dalam novel Bukit Kepong mempunyai semangat berani. Beliau sanggup berperang dengan anggota komunis yang bilangannya ramai. Dalam novel Konserto Terakhir, Hilmi juga mempunyai sikap berani. Beliau sanggup datang ke bandar seorang diri dan menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran dengan hati yang tabah.

5. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan persoalan-persoalan yang menarik perhatian anda. Nyatakan contoh-contoh yang sesuai.

Dalam novel Konserto Terakhir persoalan yang menarik ialah berusaha memajukan diri. Ini dapat dibuktikan apabila Hilmi belajar muzik dengan En.Bakar. Lama-kelamaan dia menjadi penggubah lagu untuk rakaman dan menang tiga tahun berturut-turut pasta muzik tahunan anjuran RTM. Satu lagi persoalan ialah ikhlas semasa menjalankan tugas. Walaupun terpaksa bekerja sebagai tukang kebun, dia bekerja dengan bersungguh-sungguh. Ramai tetamuyang datang ke rumah Datuk Johari memuji cara Hilmi menggubah halaman rumahnya itu. Persoalan lain yang menarik ialah keangkuhan manusia akibat sikap sombong dan bangga diri. Hal ini tergambar pada watak Datin Salmah yang sentiasa memburuk-burukkan Hilmi agar dapat menghalaunya dari rumah.

6. Huraikan teknik penceritaan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.

Teknik dialog digunakan sepanjang novel Konserto Terakhir. Dialog yang digunakan adalah pendek dan berkesan. Pengarang juga menggunakan teknik pemerian. Sebagai contohnya, pengarang menerangkan keadaan bilik hayati secara terperinci yang menjelaskan keadaan yang tidak terurus. Teknik imbas kembali juga terdapat apabila Hilmi teringatkan keadaan sayur, bunga, dan ayam yang dibelanya di kampung. bTeknik monolog juga terdapat dalam novel ini. En.Bakar berkata seorang diri tentang kebaikan Hilmi., “Budak ini terlalubaik, hormat dan sopan.” Teknik monolog dalaman juga digunakan dan ini dapat kita lihat apabila Hilmi berkata di dalam hatinya apabila terlihat kereta yang masuk di perkarangan rumah Datuk Johari.

7. Kekuatan utama sesebuah novel ialah kebolehan pengarang melukiskan wataknya secara realistik. Sejauh manakah watak utama dalam novel yang telah anda pelajari dibangunkan secara realistik.

Cerita novel ini bermula dengan kisah Hilmi yang berasal dari kampung berhijrah ke bandar dan tinggal di rumah Datuk Johari. Fenomena ini memang biasa berlaku di kalangan masyarakat luar bandar di negara kita. Hilmi tidak berpelajaran tinggi dan dipandang rendah oleh Datin Salmah. Namun Hilmi masih sabar dan terus tinggal di rumah Datuk Johari dan bekerja sebagai tukang kebun. Pengarang berjaya melukiskan watak Hilmi sebagai tukang kebun secara realistik kerana Hilmi menyedari kelemahan dan kekurangan yang ada padanya dan bersabar walaupun diberi layanan buruk. Ini wajar kerana adalah sukar untuk menentang orang yang berkedudukan tinggi lebih-lebih lagi yang kaya. Hilmi jatuh cinta kepada Hayati, anak Datuk Johari. Hal ini juga boleh dianggap realistik kerana kata orang cinta itu buta dan cinta tidak memandang darjat atau

Page 2: Konserto Terakhir_KOMSAS_ SPM

kedudukan. Juga kita mendapati En.Bakar menyedari bakat muzik yang terpendam dalam diri Hilmi dan membantunya mengasah bakatnya dalam bidang muzik. Akhirnya Hilmi menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Ini bukanlah mustahil kerana setiap manusia mempunyai bakat dalam pelbagai bidang dan bakat ini ada kalanya terpendam dalam diri. Bakat yang terpendam ini akan menyerlah kalau diasah dengan baik. Kesungguhan, kerajinan dan minat Hilmi dalam bidang muzik menyebabkan Hilmi berjaya dalam bidang muzik walaupun tidak berpelajaran tinggi. Ini adalah hakikat hidup.

8. Huraikan nilai negatif masyarakat yang dapat anda perhatikan dalam novel yang telah anda pelajari.

Dalam novel ini terdapat nilai-nilai negatif seperti masyarakat yang mementingkan diri.Contohnya Datin Salmah sering mencari alasan untuk menghalau Hilmi dari rumahnya demi kepentingannya. Juga terdapat ahli masyarakat yang mengutamakan darjat dan kedudukan. Contohnya Datuk Johari dan Datin Salmah sanggup menghina keluarga Hilmi yang miskin malah memberi layan buruk terhadapnya. Terdapat juga ahlimasyarakat yang tidak mengamalkan semangat kejiranan. Datuk Johari dan Datin Salmah tidak pernah bertegur sapa dengan jiran mereka iaitu Dr.Nathan. Juga ada ahli masyarakat yang terpengaruh dengan budaya barat yang liar. Contohnya Azizah walaupun sudah berumah tangga berpakaian seksi dan keluar dengan lelaki lain. Ada ahli masyarakat yang tidak setia dalam hal rumah tangga. Contohnya Hilmi masih mencintai Hayati dan menyimpan suratnya serta menggubah lagu untuknya walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Begitulah juga halnya dengan Hayati yang sudah berumah tangga tetapi berterus terang dengan suaminya bahawa dia masih mencintai Hilmi. Juga terdapat ahli masyarakat yang tidak tahu menghormati orang lain. Contohnya Datin Salmah menengking dan memekik pekerja-pekerjanya. Ada

ahli masyarakat yang ingin menganiaya orang lain. Contohnya Mohsin cuba memberi sejumlah wang kepada bos Hilmi untuk menghalau Hilmi dari kedai minyak tempat Hilmi bekerja.

9. Watak protagonis biasanya memiliki niali murni yang boleh dijadikan contoh kepada orang lain. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, nyatakan nilai murni yang dimiliki oleh watak berkenaan.

Watak protagonis dalam novel Koserto Terakhir ialah Hilmi. Hilmi memiliki banyak nilai murni yang boleh diteladani oleh orang lain. Nilai murni yang ditonjolkan oleh Hilmi ialah kasih sayang. Hilmi amat menyayangi Hayati sehingga berasa cemburu apabila melihat Hayati berjalan bersama dengan Mohsin. Amanah. Hilmi menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik. Sebagai tukang kebun dia menjaga kebun rumah Datuk Johari dengan baik. Kerajinan. Hilmi sentiasa menunjukkan sikap krajinan sama ada sebagai tukang kebun ataupun sebagai pemuzik. Sikap kerajinan inilah yang menyebabkan Hilmi menjadi pemuzik yang terkenal. Kesabaran. Walaupun Datin Salmah memberi layanan yang buruk dan menghinanya, Hilmi tetap bersabar dan tidak langsung menentang Datin Salmah. Ketaatan. Hilmi tetap taat kepada Datuk dan Datin walaupun diberi layanan buruk. Dia juga taat kepada perintah Allah. Walaupun dia sibuk dengan tugasnya, dia tidak pernah lupa mendirikan sembahyang.

10. Pengarang yang berpengalaman akan menggunakan pelbagai gaya bahasa dalam menghidupkan karyanya. Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Dalam novel Koserto Terakhir pelbagai gaya bahasa yang menarik telah digunakan. Terdapat pemilihan kata-kata yang sesuai dengan latar cerita dan watak. Contohnya perkataan Inggeris “Morning Coffee” , abstract, winter, prestige,

instrument dan sebagainya yang digunakan dalam masyarakat yang mengamalkan cara hidup barat. Pengarang juga menggunakan kata-kata yang tepat dalam bidang muzik seperti not, quartet, orkes, frekuensi, nada, melodi, irama dan sebagainya. Juga terdapat penggunaan bahasa Arab seperti asar, Al-Fatihah dan tauhid. Turut terdapat penggunaan kata daerah seperti dialek Kedah dan Jawa. Contohnya berantakan (tidak teratur) , kenes (bergaya) dan sebagainya. Terdapat penggunaan peribahasa seperti “Jauh panggang dari api.” Pengarang juga menggunakan unsur simile dan metafora. Contohnya, “gelisah seperti ayam dara yang pertama kali mahu bertelur,” dan “warna perlindungan.” Ada unsur personifikasi.Contohnya,”perasaan rendah dirinya meronta-ronta mahu melepaskan diri.”

11. Perjalanan cerita sesebuah novel banyak bergantung kepada kebolehan pengarang mewuudkan konflik pada watak-watak utamanya. Huraikan konflik sedemikian pada watak-watak utama dalam novel yang telah anda pelajari.

Terdapat banyak konflik yang diwujudkan oleh penulis dalam novel Konserto Terakhir. Antaranya ialah percintaan antara Hayati dan Hilmi. Hayati yang pada mulanya tidak begitu senang dengan kehadiran Hilmi akhirnya jatuh cinta kerana melihatkan sifat dan kelakuan Hilmi yang baik. Konflik semakin berkembang apabila Datin Salmah memberi layanan yang buruk terhadap Hilmi. Hilmi dihina dan dimarahi kerana merosakkan piano anaknya. Datin tidak menyenangi hubungan Hayati dan Hilmi sehingga Hilmi bertindak meninggalkan rumah Datuk Johari. Konflik semakin rumit apabila kehidupan rumah tangganya tidak dapat diselamatkan lagi. Hilmi dan Azizah tidak lagi hidup bersama. Ini turut membawa konfliknya ke puncak apabila Hilmi jatuh sakit dan dimasukkan di hospital. Konflik turut dirasai oleh Hayati apabila mengetahui bahawa Hilmi ialah abang kandungnya dan bukan sepupu sebagaimana yang diceritakan oleh Datin Salmah

Page 3: Konserto Terakhir_KOMSAS_ SPM

sendiri kepada Hayati dalam novel ini.