konsep undang undang antarabangsa - amir

16
TAJUK PEMBENTANGAN KONSEP UNDANG- UNDANG ANTARABANGSA & MULTILATERAL DAN UNILATERAL

Upload: j-tune-entertainment

Post on 22-Jun-2015

854 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep undang undang antarabangsa - amir

TAJUK PEMBENTANGANKONSEP UNDANG- UNDANG ANTARABANGSA

&MULTILATERAL DAN UNILATERAL

Page 2: Konsep undang undang antarabangsa - amir

TAJUK PEMBENTANGAN KITA PADA HARI INI BERKISAR TENTANG DUA

PERKARA IAITU:

Konsep undang- undang antarabangsa

Multilateral dan unilateral

Page 3: Konsep undang undang antarabangsa - amir

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN UNDANG- UNDANG ANTARABANGSA…?????

Page 4: Konsep undang undang antarabangsa - amir

• Suatu peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku atau

prosedur yang dibentuk oleh adat , perjanjian atau autoriti.

• Suatu set peraturan atau prinsip yang mentadbir hal ehwal

sesuatu komuniti yang dikuatkuasakan oleh sesuatu

autoriti politik,suatu sistem guaman.

• Suatu set peraturan atau prinsip yang mengendalikan

sebahagian sistem guaman: undang-undang cukai,

undang-undang jenayah dan lain- lain

-Free Online Dictionary

Definisi undang- undang

Page 5: Konsep undang undang antarabangsa - amir

• Undang-undang ialah semua peraturan yang berkaitan

dengan tingkah laku yang dibentuk mengikut autoriti atau

adat sesuatu kaum

-Webster Dictionary

• Satu set peraturan yang mentadbir tingkahlaku dalam

masyarakat

-Yaqin

• Satu set peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah

Negara.

-Sumber Tambahan-Wikipedia

Page 6: Konsep undang undang antarabangsa - amir

Badan undang-undang yang "mengawal kegiatan-kegiatan entiti yang mempunyai keperibadian antarabangsa“.

Secara tradisi, itu bermaksud kelakuan dan hubungan dua hala antara negara- negara dunia. Akan tetapi, sekarang undang-undang antarabangsa juga difahami sebagai meliputi struktur dan kelakuan pertubuhan antarabangsa dan, setakat tertentu, perbadanan2 multinasional dan individu-individu.

Rosalyn Higgins dalam bukunya "Masalah-masalah dan Proses: Undang-undang Antarabangsa dan bagaimana kita menggunakannya" (Problems and process: International law and how we use it) 

Konsep undang- undang antarabangsa

Page 7: Konsep undang undang antarabangsa - amir

Undang-undang antarabangsa adalah sistem normatif "yang

digubal berdasarkan prinsip-prinsip yang sama, prinsip yang diikuti semua, tidak kira sama ada kita kaya atau miskin, berkulit putih atau hitam, beragama atau tidak, atau datang dari negara yang maju atau sedang membangun".

Istilah "Undang-undang antarabangsa umum" harus dibezakan dengan "Undang-undang antarabangsa khusus". Kedua-duanya merupakan sistem undang-undang supranasional.

Page 8: Konsep undang undang antarabangsa - amir

FUNGSI UNDANG- UNDANG

ANTARABANGSA

Page 9: Konsep undang undang antarabangsa - amir

Undang-undang antarabangsa mengenalpasti dan meletakkan negara sebagai aktor utama di pentas antarabangsa.

Undang-undang juga mengambil berat akan layanan sesuatu negara terhadap rakyatnya dalam kawasan jajahan mereka sendiri. Secara langsung, wujudnya rejim komprehensif yang mengenai hak kumpulan, layanan terhadap pendatang asing, hak pelarian, jenayah pada peringkat antarabangsa, masalah kewarganegaraan dan hak asasi manusia secara amnya. 

Meliputi penjagaan sekuriti, stabiliti dan keamanan di peringkat antarabangsa, kawalan senjata, penyelesaian diplomatik pertikaian yang berlaku dan pengaturan penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.

undang-undang antarabangsa adalah untuk regulasi isu-isu berkait alam sekitar global, perkongsian global seperti perairan antarabangsa, angkasa lepas, komunikasi global dan perdagangan antarabangsa.

Page 10: Konsep undang undang antarabangsa - amir

undang-undang antarabangsa bersifat horizontal, dengan semua negara

berdaulat dan secara teorinya sama taraf. Disebabkan oleh keadaan ini,

terdapat masalah asas dalam penguatkuasaan undang-undang diperingkat

antarabangsa kerana penguatkuasaannya tertahluk kepada kemahuan negara-

negara bersama dan kekuatan negara-negara tersebut dalam penggubalan,

kepatuhan dan penguatkuasaan sebarang undang-undang.

undang-undang antarabangsa secara lazimnya tidak mempunyai sistem

kehakiman yang wajib bagi mereka yang melanggar undang-undang ini atau

bagi negara-negara yang ingin membawa pertikaian sesama mereka untuk

diadili. Ini tidak menafikan wujudnya tiada tribunal-tribunal dalam

perundangan antarabangsa. Sebagai contoh, kewujudan Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu adalah sebagai satu cara bagi masyarakat dunia untuk

menguatkuasakan undang-undang keatas mereka yang melanggarnya.

Page 11: Konsep undang undang antarabangsa - amir

• Undang-undang jenayah antarabangsa• Undang-undang mengenai penggunaan kekerasan• Undang-undang kemanusiaan antarabangsa• Undang-undang laut• Undang-undang diplomatik• Undang-undang konsular• Undang-undang Tanggungjawab Negeri• Undang-undang alam sekitar antarabangsa

Bahagian- bahagian antarabangsa

Page 12: Konsep undang undang antarabangsa - amir

APA ITU MULTILATERAL?????

Page 13: Konsep undang undang antarabangsa - amir

MULTILATERAL

Hubungan multilateral ialah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah ditubuhkan dan disertai oleh Malaysia antaranya ialah Persatuan Asia Tenggara (ASA), Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) dan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Malaysia juga mengambil bahagian yang aktif dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi-agensinya seperti Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Perhubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju (Britain dan Amerika Syarikat).

Page 14: Konsep undang undang antarabangsa - amir
Page 15: Konsep undang undang antarabangsa - amir

UNILATERAL

Perjanjian yang dilakukan secara sepihak, tanpa adanya keputusan dari kedua belah pihak yang berkaitan. Contoh: isu pesawat Indonesia yang dilarang mendarat di Eropah, perjanjian yang dilakukan oleh Uni Eropah mengenai penerbangan Indonesia itu termasuk perjanjian Unilateral, kerana Indonesia yang seharusnya merupakan pihak yang terlibat langsung tetapi tidak diturut sertakan dalam membuat keputusan tersebut .

Page 16: Konsep undang undang antarabangsa - amir

• Setiap negara mempunyai undang- undang yang tersendiri. Undang- undang antarabangsa perlu diikut oleh semua pihak agar tidak berlaku sebarang pergaduhan antara sesebuah negara yang boleh mencetuskan peperangan.

• Hubungan dipomatik antara sesebuah negara juga penting bagi mengukuhkan ukhwah dan saling bergantungan antara satu sama lain.

• Pihak yang bertanggungjawab haruslah menguatkuasakan undang- undang yang sedia ada bagi mewujudkan keadilan dan kesaksamaan

KESIMPULAN