konsep sah

7
1. Bersinonim dengandibenarkan: lulus, diterima, halal,boleh, diakui, Berantonim dengan haram 2. Bersinonim dengan benar:pasti, nyata, sabit, sudah tetap,terang, sahih, tentu, muktamad,cerat, asi, isbat, pentan, sidi,absah, Berantonim dengan samar-samar Kata Terbitan : mengesahkan,kesahan, pengesahan, 1.0 Pengenalan 2.0 3.0 4.0 Tajuk Sinopsis Bidang Klasifik si ZINA Persetubuhan yang tidak sah atau haram antara lelaki danpermpuan tanpa ikatan nikah yang mengikut syarak. AGAMA Konsep MORATORIUM Moratorium ialah penangguhan sah untuk pembayaran hutang atau tanggungjawab kewangan. Ia dicapai melalui dekri perundangan atau eksekutif. Moratorium melambatkan tindakan undang-undang terhadap hutang dan tidak melepaskan penghutang daripada tanggungjawab untuk membayar tetapi sekadar menangguhkan tarikh hutang yang perlu dibayar. UMUM LIEN Lien ialah tuntutan yang sah di sisi undang- undang oleh seseorang terhadap harta orang lain sebagai cagaran untuk hutang. Lien hampir sama dengan gadai janji (pinjaman atas harta). Tetapi tidak seperti gadai janji, lien tidak boleh diserah hak (dipindahkan) kepada orang lain (lihat Gadai janji; Kontrak). UMUM

Upload: wbf8264

Post on 06-Feb-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

agama

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Sah

1. Bersinonim dengandibenarkan: lulus, diterima, halal,boleh, diakui, Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar:pasti, nyata, sabit, sudah tetap,terang, sahih, tentu, muktamad,cerat, asi, isbat, pentan, sidi,absah, 

Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan,kesahan, pengesahan,

1.0 Pengenalan

2.0

3.0

4.0

Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi

ZINAPersetubuhan yang tidak sah atau haram antara lelaki danpermpuan tanpa ikatan nikah yang mengikut syarak.

AGAMA Konsep

MORATORIUM

Moratorium ialah penangguhan sah untukpembayaran hutang atau tanggungjawabkewangan. Ia dicapai melalui dekri perundanganatau eksekutif. Moratorium melambatkan tindakanundang-undang terhadap hutang dan tidakmelepaskan penghutang daripada tanggungjawabuntuk membayar tetapi sekadar menangguhkantarikh hutang yang perlu dibayar.

UMUM

LIEN

Lien ialah tuntutan yang sah di sisi undang-undang oleh seseorang terhadap harta orang lainsebagai cagaran untuk hutang. Lien hampir samadengan gadai janji (pinjaman atas harta). Tetapitidak seperti gadai janji, lien tidak boleh diserahhak (dipindahkan) kepada orang lain (lihat Gadaijanji; Kontrak).

UMUM

HAK RIPARIAN

Hak riparian ialah hak pemilik tanah yang sahdari segi undang-undang terhadap hartanya yangmenyempadani atau membentuk dasar sungaiatau anak sungai

UMUM

KEBUK GASKebuk gas merupakan cara pelaksanaan hukummati yang sah di sesetengah negeri di AmerikaSyarikat.

UMUM

MINOR Minor adalah orang yang masih di bawah umur. Di UMUM

Page 2: Konsep Sah

kebanyakan negara, umur yang sah dari segiundang-undang ialah 21 tahun. Namun kini, banyaknegara telah mengurangkan umur itu kepada 18tahun. Umur dewasa adalah umur ketika seseorangitu layak untuk mengundi, dan berkahwin tanpameminta keizinan ibu bapa. Ia juga merupakanumur seseorang itu perlu bertanggungjawabterhadap perbuatannya.

PAJAKAN

Pajakan ialah kontrak antara individu yangmempunyai hak yang sah ke atas tanah atau harta laindengan penyewa harta berkenaan.

UMUM

PERLINDUNGAN DATA

Perlindungan data ialah menyelamatkanmaklumat elektronik yang tersimpan dalamkomputer. Perlindungan data termasuklah:(1) perlindungan sah hak awam untuk melihatmaklumat yang mungkin ada dalam pangkalandata komputer, dan (2) perlindungan daripadakecurian, kerosakan perisian (program) dan datayang tersimpan dalam ingatan komputer. Jeniskedua perlindungan data dikenali juga sebagaikeselamatan data .

UMUM

PERTEMPURAN DUNBAR

Pertempuran Dunbar berlaku di Scotland padatahun 1296 dan 1650 apabila Edward I, Raja Englanddiminta memutuskan hak takhta yang sah ke atasScotland . Edward I memilih John Balliol, tetapimelayaninya sebagai seorang Vassal yang tidakberkuasa. Balliol menentang Edward dan padatahun 1296, Edward menyerang Scotland danmengalahkan Balliol di Dunbar.

UMUM

SETINGGAN

Setinggan ialah orang yang tinggal di atassebidang tanah tetapi tidak mempunyai hak milikatau apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa diamemiliki tanah berkenaan. Dalam sesetengah kes,seseorang setinggan boleh membuat tuntutanyang sah terhadap tanah tertentu sekiranya tidakada orang lain yang mempunyai tuntutan yang sahdi sisi undang-undang terhadap tanah yang sama.Pada beberapa zaman tertentu dalam sejarah, parapeneroka telah menjelajah ke kawasan yang belumdiduduki dan kemudiannya menuntut hak milikterhadap tanah tersebut. Di Australia dan diAmerika Syarikat, ramai setinggan mendudukitanah yang belum lagi disukat ataupun diukurdan yang belum pernah mempunyai sebaranghak milik. Mereka mendirikan rumah danmembersihkan tanah berkenaan. Dengan berbuatdemikian, mereka percaya bahawa mereka telahberoleh hak untuk membeli tanah berkenaan padaharga yang minimum apabila kerajaan menjualnya.

UMUM

Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi

Page 3: Konsep Sah

BUKU LOGBuku log ialah rekod bertulis yang rasmi dan sahtentang kejadian-kejadian yang berlaku dalampelayaran sesebuah kapal.

UMUM

RIBA

Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi,yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Disesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai cajfaedah yang dikenakan melebihi daripada kadarmaksimum yang sah di sisi undang-undang.Orang perseorangan atau institusi yangmengenakan kadar yang lebih daripada yangdibenarkan di sisi undang-undang dikenalisebagai pemakan riba .

UMUM

NOTARI AWAM

Notari awam ialah pegawai yang diberi kuasaoleh undang-undang untuk mengesahkan dokumentertentu, dan untuk mengangkat sumpah. Banyakdokumen, seperti surat ikatan, mesti disahkan olehnotari sebelum ia boleh dikuatkuasakan secara sahdari segi undang-undang. Tujuan pengesahansesuatu dokumen oleh notari adalah untukmelindungi mereka yang menggunakannyadaripada pemalsuan.

UMUM

PERKAHWINANPERKAHWINAN, satu kesatuan yang sah antara lelaki dengan perempuan sebagai suami isteri.  Anak-anak yang lahir hasil daripada kesatuan ini diktiraf sebagai anak yang sah.

BUDAYA Konsep

NERNST, WALTHER HERMANN

Nernst, Walther Hermann (18641941), ahlikimia fizik Jerman, menerima Hadiah Nobel tahun1920 dalam bidang kimia kerana formulanyahukum termodinamik ketiga (lihat Termodinamik ).Ukurannya tentang haba tentu bahan pada suhurendah membuktikan bahawa hukum ini adalahsah. Nernst lahir di Briessen, Jerman.

UMUM

SOAMES, LORD

Soames, Lord (1920 1987) ialah tokoh politikKonservatif Inggeris yang memegang jawatansebagai presiden majlis bandaran dari tahun 1979hingga tahun 1981. Pada tahun 1979 dan tahun 1980dia memangku jawatan Gabenor Zimbabwesemasa negara tersebut melalui tempoh peralihanmendapat kemerdekaan yang sah. Soamesmendapat pendidikan di Eton College dan RoyalMilitary College, Sandhurst. Pada tahun 1950, diamenjadi ahli parlimen dan memegang jawatankanan dalam kerajaan dari tahun 1958 hingga tahun1964. Dia dilantik sebagai duta ke Perancis daritahun 1968 hingga tahun 1972. Soames ialahPesuruhjaya Kesatuan Eropah dari tahun 1973hingga tahun 1977.

UMUM

ZIONISME

Zionisme ialah satu gerakan politik penjajahyang dinisbahkan kepada (dinamakan sempena)orang Yahudi yang mempunyai sifat fanatikperkauman. Gerakan ini ditubuhkan untukmenyelesaikan masalah orang Yahudi sertamembuka jalan kepada mereka untuk kembali ketanah air asal mereka serta berhijrah ke Palestin,yang mereka dakwa sebagai tanah air merekayang sah dari segi sejarah dan agama. Ataskeinginan inilah, mereka bergerak cergasbermetodekan penjajahan untuk mendirikannegara Yahudi di Palestin.

UMUM

Page 4: Konsep Sah

MALAIKAT

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripadacahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dantidak berkahwin, tidak menderhakai perintah AllahSWT bahkan menjalankan semua perintah-Nyadan segala kerja yang ditugaskan oleh Allahkepada mereka. Beriman kepada para malaikatmerupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah imanseseorang kecuali dia beriman kepada malaikat.

UMUM

MINUIT, PETER

Minuit, Peter (15801638) ialah gabenor koloniBelanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kinisebahagian daripada New York City) daripadaOrang Asli Amerika pada tahun 1626 denganbarang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, ataukira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan).Pembelian ini menyebabkan terdirinyapenempatan di pulau itu secara sah oleh SyarikatHindia Barat Belanda. Minuit mendirikan NewAmsterdam, sebuah penempatan di bahagianbawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikattersebut. Walaupun penduduknya dilindungi olehair di tiga sisi, tetapi Minuit membina FortAmsterdam sebagai perlindungan tambahandaripada Orang Asli Amerika yang bersikapbermusuhan. New Amsterdam ialah asaspermulaan New York City.

UMUM

GUNDIK

GUNDIK, perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGI

Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi

BATALBatal, sesuatu yang tidak sah dan menyalahi hukum syarak. Dengan erti kata lain, amalan tersebut tidak diterima atau sia-sia dan tidak diberikan pahala.

AGAMA Konsep

PETITION OF RIGHT

Petition of Right ialah satu dokumen yangditulis pada tahun 1628 oleh Parlimen Inggeris dandikemukakan kepada Raja Charles I. Dokumentersebut mengisytiharkan bahawa tindakan-tindakan yang tertentu oleh Raja tidak mengikutperlembagaan, seperti mengenakan cukai tanpapersetujuan Parlimen, menempatkan anggotatentera di rumah persendirian, menubuhkankerajaan tentera dan memenjarakan rakyat dengancara yang tidak sah di sisi undang-undang.

UMUM

PERLEMBAGAAN BRITISH

Perlembagaan British ialah rangka kerjakerajaan dan undang-undang Great Britain.Perlembagaan ini tidak dinyatakan dalamsebarang dokumen tetapi terdiri daripadabeberapa piagam yang berasingan, akta parlimen,keputusan undang-undang, dan adat. Mengikutundang-undang, Parlimen ialah institusi yangpaling tinggi kedudukannya dan ia bolehmengubah sebarang peruntukan perlembagaan.

UMUM

Page 5: Konsep Sah

Tetapi, mengikut tradisi, terdapat beberapaperkara yang tidak dapat diubah oleh parlimen.Misalnya, rakyat dilindungi daripada sebarangpemenjaraan yang tidak sah berasaskan writ ofhabeas corpus , yang bertarikh dari tahun 1200-an(lihat Habeas corpus ).

NAMA

Nama. Setiap orang mempunyai nama.Sesetengah orang mempunyai banyak nama.Dalam kebanyakan negara, orang mempunyaisekurang-kurangnya dua nama, iaitu nama yangdiberi dan nama keluarga. Nama keluarga adalahnama keturunan yang diturunkan kepada semuaahli keluarga. Ia juga dikenali sebagai namakeluarga atau nama akhir, kerana di sesetengahnegara nama ini diletakkan selepas nama yangdiberi. Nama yang diberi atau nama pertamamembezakan ahli-ahli dalam keluarga. Nama yangdiberi dan nama keluarga adalah nama yang sahseseorang. Orang di Asia dan Afrika kerapmemberi nama kepada anak-anak mereka denganmakna tertentu. Kerap kali mereka tidakmenggunakan nama keluarga. Nama boleh jadinama peribadi, nama gelaran, atau nama sukuan.Sistem penamaan tradisional kerap diubahsuaiuntuk disesuaikan dengan penggunaan moden.

UMUM

PERHAMBAAN

Perhambaan merupakan satu amalan manusiayang memiliki manusia lain. Seorang hamba abdimenjadi hak milik kepada tuannya dan bekerjauntuknya tanpa sebarang upah atau gaji. Pemilikyang disebut tuan atau puan membekalkanmakanan, tempat tinggal, dan pakaian kepadanya.Perhambaan bermula pada zaman prasejarah dandiamalkan sejak dari zaman tersebut. Perhambaanpada zaman purba mencapai kemuncaknya diGreece dan Empayar Rom. Pada ZamanPertengahan, amalan perhambaan mengalamikemerosotan. Kemudian pada tahun 1500-an dan1600-an, penjajahan Dunia Baru oleh orang Eropahtelah mengakibatkan berkembangnya perhambaansecara pesat. Kemerosotan perhambaandisebabkan oleh perubahan moral terhadapperhambaan pada tahun 1800-an. Kini, perhambaanadalah tidak sah di sisi undang-undang di hampirsetiap negara tetapi amalan ini masih lagi wujud dibeberapa bahagian Afrika, Asia, dan AmerikaSelatan.

UMUM

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia.  Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu.  Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam.  Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya.  Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum

SEJARAH DAN ARKEOLOGI

Konsep

Page 6: Konsep Sah

syarak.  Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut.

KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerjayang mencuba untuk memperbaiki gajiahlinya dan keadaan bekerja mereka. Merekamelakukannya melalui perundingan denganwakil-wakil majikan dalam prosedur yangdikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuanjuga memperjuangkan hal berkaitan dengankesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan-latihan kemahiran, di samping mencari faedahlain kepada ahlinya seperti potongan hargabarangan dan memperuntukkan kemudahanpusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhankesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu,sah di sisi undang-undang kebanyakan negara.Walau bagaimanapun, di negara-negarayang mengamalkan demokrasi, aktiviti yangdijalankan, tertakluk kepada garis panduan yangditetapkan. Di beberapa buah negara sepertiKesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanyatidak dibenarkan.

UMUM