konsep retorik

4
KONSEP RETORIK Retorik dalam bahasa Yunani disebut sebagair hetor ike yang bermaksud seni berpidato. Dalam bahasa Perancis pula, retorik dikenali sebagairhetorique yang disebut sebagai rhetoric dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Arab menyebut retorik sebagai al- Balaghah yang bermakna sampai, terang dan jelas. Al-Balaghah ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitual-Bayan,al-Maani danal- Badi. Retorik Barat pula terbahagi kepada dua, iaituschemes dantropes. Retorik moden dapat didefinisikan sebagai seni yang menggunakan bahasa secara berkesan untuk memujuk khalayak, seni keindahan dalam berbahasa sama ada dalam pengucapan ataupun penulisan (fiksyen atau bukan fiksyen), dan seni yang memanipulasi bahasa bagi tujuan propaganda. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1326) pula, retorik adalah seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar. Di samping itu, Asmuth dan Berg Ehlers dalam Umar Jusuh (1989:xx) ada menyatakan bahawa retotik lebih menekankan akibat atau tujuan penggunaan sesuatu pengucapan. Skema dam majaz merupakan dua komponen utama di bawah retorik. Skema atau schemes ini boleh difahami ayat-ayatnya secara tersurat, manakala majaz atau tropespula merupakan bahasa yang perlu difahami maknanya secara tersirat. Strategi skema ini terbahagi kepada skema seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman, dan skema hiperbaton. Strategi majaz pula dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian, iaitu majaz pertautan, majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz pertentangan, dan majaz Melayu. Umar Jusuh (1989:237) mentakrifkan majaz atau tropes ini sebagai ungkapan bahasa, pepatah dan sebagainya. Majaz juga membawa makna memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya hubungan dan petunjuk. Strategi majaz ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu majaz yang dapat difahami dengan akal dan majaz yang dapat difahami dengan lafaz. Selain skema dalam pendekatan retorik ini, pengarang juga banyak menyelitkan strategi- strategi majaz atautropes dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Majaz pertama yang diselitkan dalam Seluang Menodak Baungdan Ketika Cinta Bertasbih 1 ialah majaz pertautan. Majaz pertautan adalah gaya bahasa yang mengaitkan atau menghubungkan sesuatu perkara dengan perkara lain untuk mewujudkan hubungan pertautan makna sama ada bersifat simbolik, perumpamaan atau tamsilan. Majaz pertautan yang digunakan oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam novel mereka ini ialah strategi disfemisme, iaitu penggunaan kata-kata yang kasar untuk tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, Shahnon Ahmad lebih gemar menggunakan pendekatan ini berbanding saudara Habiburrahman dalam Ketika Cinta Bertasbih 1. Kata-kata kasar yang gemar digunakan oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya, Seluang Menodak Baung selalunya bersifat sinis dan kadangkala menggunakan kata-kata kesat ataupun tidak sopan. Kehadiran kata-kata kasar ini dapat dilihat dalam contoh-contoh ayat yang berikut: (35)Musibat semua manusia di kota raya ini. (Seluang Menodak Baung, 1998: 150) (36) Kalau kau hendak ikutbar ua-bar ua itu, ikut saja dan jangan pulang ke rumah aku ini. (Seluang Menodak Baung, 1998: 247) (37) Begitu banyak korban perempuanjalang kiriman

Upload: hashim-abd-halim

Post on 27-Jun-2015

941 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP RETORIK

KONSEP RETORIK Retorik dalam bahasa Yunani disebut sebagair hetor ike yang bermaksud seni berpidato. Dalam bahasa Perancis pula, retorik dikenali sebagairhetorique yang disebut sebagai rhetoric dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Arab menyebut retorik sebagai al- Balaghah yang bermakna sampai, terang dan jelas. Al-Balaghah ini terbahagi kepada tiga

jenis, iaitual-Bayan,al-Maani danal- Badi. Retorik Barat pula terbahagi kepada dua, iaituschemes

dantropes. Retorik moden dapat didefinisikan sebagai seni yang menggunakan bahasa secara

berkesan untuk memujuk khalayak, seni keindahan dalam berbahasa sama ada dalam pengucapan

ataupun penulisan (fiksyen atau bukan fiksyen), dan seni yang memanipulasi bahasa bagi tujuan

propaganda. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1326) pula, retorik adalah seni

menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi

pemikiran pendengar. Di samping itu, Asmuth dan Berg Ehlers dalam Umar Jusuh (1989:xx) ada

menyatakan bahawa retotik lebih menekankan akibat atau tujuan penggunaan sesuatu pengucapan. Skema dam majaz merupakan dua komponen utama di bawah retorik. Skema atau schemes ini boleh difahami ayat-ayatnya secara tersurat, manakala majaz atau tropespula

merupakan bahasa yang perlu difahami maknanya secara tersirat. Strategi skema ini terbahagi

kepada skema seimbang, skema perulangan, skema pengguguran, skema ragaman, dan skema

hiperbaton. Strategi majaz pula dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian, iaitu majaz

pertautan, majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz pertentangan, dan majaz Melayu. Umar Jusuh

(1989:237) mentakrifkan majaz atau tropes ini sebagai ungkapan bahasa, pepatah dan sebagainya. Majaz juga membawa

makna memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya

hubungan dan petunjuk. Strategi majaz ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu majaz yang dapat

difahami dengan akal dan majaz yang dapat difahami dengan lafaz.

Selain skema dalam pendekatan retorik ini, pengarang juga banyak menyelitkan strategi-strategi majaz atautropes dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Majaz pertama yang diselitkan dalam Seluang Menodak Baungdan Ketika Cinta Bertasbih 1 ialah majaz pertautan. Majaz pertautan adalah gaya bahasa yang mengaitkan atau menghubungkan sesuatu perkara dengan perkara lain untuk mewujudkan hubungan pertautan makna sama ada bersifat simbolik, perumpamaan atau tamsilan. Majaz pertautan yang digunakan oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam novel mereka ini ialah strategi disfemisme, iaitu penggunaan kata-kata yang kasar untuk tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, Shahnon Ahmad lebih gemar menggunakan pendekatan ini berbanding saudara Habiburrahman dalam Ketika Cinta

Bertasbih 1. Kata-kata kasar yang gemar digunakan oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya, Seluang Menodak Baung selalunya bersifat sinis dan kadangkala menggunakan kata-kata kesat ataupun tidak sopan. Kehadiran kata-kata kasar ini dapat dilihat dalam contoh-contoh ayat yang berikut:

(35)Musibat semua manusia di kota raya ini. (Seluang Menodak Baung, 1998: 150) (36) Kalau kau hendak ikutbar ua-bar ua itu, ikut saja dan jangan pulang ke rumah aku ini. (Seluang Menodak Baung, 1998: 247) (37) Begitu banyak korban perempuanjalang kiriman Mosad itu. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 385) Di samping itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy juga ada menyelitkan

Page 2: KONSEP RETORIK

strategi eufemisme dalam kedua-dua novel ini. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:402) mentakrifkan eufemisme sebagai ungkapan yang lebih lembut, iaitu sopan, manis dan sebagainya untuk menggantikan ungkapan yang lebih kasar. Strategi eufemisme ini bertentangan dengan strategi disfemisme yang menggunakan kata-kata kasar. Dalam strategi eufemisme ini, pengarang Seluang Menodak Baung danKetika

Cinta Bertasbih 1 telah menghaluskan kata-kata supaya lebih sopan dan bersesuaian dengan situasi. Hal ini jelas dapat dilihat dalam contoh-contoh berikut: 16

(38) Kadang-kadang payah betul Piahbers alin. (Seluang Menodak Baung, 1998: 260) (39) Ayahm eninggal kerana kecelakaan. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 329) Dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini juga turut diselitkan unsuralus i oleh pengarang. Istilah lain bagi alusi ialah kilatan atau bayangan, iaitu pemerian yang membayangkan atau merujuk sesuatu secara tidak langsung kepada suatu kisah, cerita atau peristiwa yang berasaskan peranggapan bahawa penulis dan pembaca mempunyai pengetahuan, pengalaman dan konsep yang sama (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007: 13). Menurut Umar Junus (1989:209), strategi alusi ini akan komunikatif apabila khalayak mengenal unsur yang dijadikan alusi. Unsur alusi ini ada diselitkan dalam contoh ayat-ayat berikut:

(40) Kalau Salam berubah sikap, memang betul-betullah anak itu bernamaTuah ataupunJebat. Piah kurang peduli sangat yang mana satu. Kedua-duanya hulubalang yang berani menentang sesuatu. (Seluang Menodak Baung, 1998: 281-282)

(41) Seperti Nabi Adam ketika dilarang makan buah Khuldi malah jadi penasaran. Dan begitulah manusia jika mendapat larangan... (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 80)

Selain itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam novelSeluang Menodak Baungdan Ketika Cinta Bertasbih 1 juga banyak menekankan unsur-unsur perbandingan. Majaz perbandingan melibatkan penggunaan unsur-unsur bahasa yang bersifat membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan atau sengaja dianggap mempunyai persamaan. Pendekatan yang digunakan oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman ini berjaya menambahkan kesan dan kemaknaan dalam perkara yang hendak ditegaskan, di samping berjaya mewujudkan keindahan dalam hal yang ingin diperkatakan.

17

Unsurpersonifikasi merupakan strategi yang paling menarik dalam majaz perbandingan ini. Perkataan personifikasi merupakan cantuman dua perkataan, iaitu “persona” dan “fic”. Perkataan “persona” bermaksud orang, pelaku, aktor atau topeng yang dipakai dalam persembahan drama, manakala “fic” pula membawa pengertian membuat (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007: 331). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa personifikasi ialah pemberian ciri-ciri peribadi orang atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, objek tidak bernyawa, atau idea yang abstrak. Cantuman perkataan personifikasi ini sahaja sudah cukup menarik, apatah lagi gaya bahasanya yang pasti penuh dengan keindahan. Keindahan unsur personifikasi ini tergambar dalam ayat berikut:

(42) Dari jauh kepala badai menjerit dan sekali lagi melanda terus menuju hala yang telah ditetapkan. (Seluang Menodak Baung, 1998: 360) (43)Angin berhembus sangat kencang. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 115) Di samping itu, pengarang turut mengetengahkan strategi metafora dalam majaz perbandingan ini dalam novel Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Metafora merupakan gabungan daripada kata “meta” yang bermaksudm em indahkan dan “pherein” yang bermaknamembawa. Unsur metafora ini sering dikaitkan dengan “pemindahan”. Dalam retorik klasik, metafora dirumuskan sebagai perbandingan atau persamaan yang dipendekkan, atau pemindahan kepada erti lain (Umar Junus, 1989: 227). Unsur metafora ini jelas tergambar dalam ayat-ayat berikut:

Page 3: KONSEP RETORIK

(44) Dan seluruh keluarga Salam juga penuh yakin bahawa Suman akan muncul besok pagi-pagi bersama sinar lembut matahari. (Seluang Menodak Baung, 1998: 43)

(45) Aku masih harus memperhatikan adik-adikku sampai ke gerbang masa depan yang jelas dan cerah. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 121) Selain itu, Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy turut membuat perbandingan secara langsung dalam novel mereka ini. Menurut Nik Hassan Basri Nik 18

Ab. Kadir (2007:365),simile ialah perbandingan terus, iaitu membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja dianggap sama. Perumpaan ini secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bagai, laksana, umpama, ibarat, bak, dan sebagainya. Perbandingan secara terus ini dapat dilihat dalam contoh-contoh ayat yang berikut:

(46) Biar rimba itu cerah seperti padang jarak padang tekukur. (Seluang Menodak Baung, 1998: 295) (47) Suara itu nyaring bagai burung camar, terbang ke tengah laut. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 74) Penggunaan majaz pertentangan, iaitu penggunaan kata atau frasa yang saling bertentangan dari segi makna dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 juga amat menarik sekali. Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007:149) pula, majaz pertentangan yang disebut sebagai gaya bahasa pertentangan oleh beliau ialah bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna yang sebenarnya. Teknik yang gemar digunakan Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam majaz pertentangan ini ialahhiperbola, iaitu kata yang berasal daripada bahasa Yunani. Kata majmuk ini dibina melalui gabungan perkataan “hyper” yang bermaksudmelebihi dan “billien” yang bermaksudkeluarkan atauluahkan. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa hiperbola ialah strategi yang mengandungi penyataan tentang sesuatu perkara secara berlebih-lebihan atau secara melampau dari segi jumlah, sifat atau ukurannya.

Penggunaan teknik hiperbola dalam novel Seluang Menodak Baung danKetika Cinta Bertasbih 1 ini berjaya memberi kesan dan pengaruh yang mendalam kepada khalayak pembaca untuk menghayati setiap perjalanan dan perkembangan cerita ini. Dalam hal ini, kedua-dua pengarang bijak menggunakan kata-kata dan diksi untuk memberi penekanan maksud terhadap situasi atau perkara yang dibangkitkan dalam novel mereka ini. Tujuannya adalah untuk memperhebat lagi setiap perkara yang digarap oleh pengarang supaya memberi kesan yang lebih mendalam kepada khalayak pembaca.

19 Antara teknik hiperbola dalam novel-novel ini yang menarik dan berjaya memberi kesan mendalam ialah: (48) Kau akan besar dan kelak akan terus melaungkan suara sampai pekak segala gendang telinga. (Seluang Menodak Baung, 1998: 183) (49) Saat ayah tiada, kami merasakan dunia terasa gelap. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 329) Selain strategi hiperbola dalam majaz pertentangan, pengarang turut menyelitkan teknik oksimoron dalam karya Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1. Strategi oksimoron ini membabitkan pergandingan dua kata atau istilah yang lazimnya bersifat bertentangan. Dalam hal ini, pengarang menggunakan frasa atau ayat yang mengandungi dua perkara yang bertentangan. Misalnya dapat dilihat dalam ayat-ayat di bawah:

(50) Hanya dengan jalan tidak senonoh kita mendapat perhatian yang betul. (Seluang Menodak Baung, 1998: 204) (51) Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 424) Retorik seterusnya yang diketengahkan oleh Shahnon Ahmad dan Habiburrahman El Shirazy dalam Seluang Menodak Baung dan Ketika Cinta Bertasbih 1 ini ialahmajaz ragaman. Majaz ragaman merupakan kepelbagaian struktur ayat yang membawa pelbagai makna. Dalam majaz ragaman ini, pengarang menggunakanstrategi onomatopia, iaitu penggunaan kata-kata yang bunyinya meniru makna kata tersebut. Kehadiran retorik jenis ini dapat dilihat dalam contoh ayat-ayat yang berikut: (52)Bergerancang bunyi; jatuh bersama Fatah. (Seluang Menodak Baung, 1998: 130)

Page 4: KONSEP RETORIK

(53)Bam!Bam!Bam! (Seluang Menodak Baung, 1998: 311)

(54)Kriing...kriing...kriing. (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 334)

20 Selain itu, pengarang turut menyelitkan teknik ekslamasi dalamSeluang Menodak Baungdan Ketika Cinta Bertasbih 1 melalui majaz ragaman ini. Dalam hal ini, pengarang banyak menggunakan kata seru bagi menegaskan maksudnya. Walau bagaimanapun, teknik ini lebih gemar digunakan oleh Habiburrahman El Shirazy dalam novelnya ini berbanding Shahnon Ahmad yang kurang menggunakan teknik ekslamasi ini. Penggunaan kata seru ini dapat dilihat dengan jelas dalam ayat-ayat di bawah:

(55)He Kumat! Aku adapr oblemlah. (Seluang Menodak Baung, 1998: 342) (56)Ah, entahlah! (Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007: 318)